Wednesday, August 27, 2008

Dewan Rakyat - 28 Ogos 2008

Aturan Urusan Mesyuarat
1. Majlis Angkat Sumpah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan dalam aturan urusan mesyuarat, KLIK

Antara soalan-soalan MP PAS yang dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat:
Soalan ke 8 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan usaha yang telah diambil untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat radiasi gelombang frekuensi daripada menara-menara
pemancar telekomunikasi.

Soalan ke 13 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memasang peralatan NGV dan hidrofuel sebagai galakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada petrol dan diesel.

Soalan ke 25 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula kadar baru pemberian biasiswa JPA 55 peratus untuk Bumiputera dan 45 peratus untuk bukan Bumiputera.

Soalan ke 31 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pembinaan rumah kos rendah untuk pemindahan penduduk di atas tanah rizab KTM sepanjang Gurun-Alor Setar akan dimulakan.

2. Mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang - perbahasan Rang Undang-Undang.a. Menyambung semula Perbahasan Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Menteri Dalam Negeri. Klik

Anwar angkat sumpah esok

Dato Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pagi esok (Khamis - 28 Ogos).

Demikian dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia ketika membaca pemasyhuran semasa memulakan sidang pagi ini.

"Saya telah menerima surat dari Suruhanjaya Pilihanraya 8.30 pagi ini memaklumkan keputusan pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, oleh yang demikian majlis angkat sumpah akan diadakan pada pagi esok," katanya dengan tepukan gemuruh dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sementara itu, sebelum Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) mengemukakan soalannya mengucapkan tahniah kepada pengundi Permatang Pauh yang memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Semalam Dato Seri Anwar memenangi pilihanraya kecil menewaskan Dato' Arif Shah dengan majoriti 15,579 undi.

Anwar memperolehi 31,195 manakala calon BN 15,524 undi dan calon Akim, Hanafi Mamat hanya 92 undi.

Tuesday, August 26, 2008

Anwar menang besar, majoriti lebih 17,000

TERKINI DARI PERMATANG PAUH

Sebentar tadi SPR telah mengumumkan keputusan rasmi pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan Dato' Seri Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi dengan Anwar memperolehi 31, 195 mengalahkan Calon BN Dato Arif Shah yang mendapat 15,524 undi dan Calon Akim dapat 92 undi.

Setakat jam 8.30 malam, keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

Maklumat lengkap boleh diikuti melalui Harakahdaily dan Malaysiakini

Dewan Rakyat - 27 Ogos 2008

Aturan Urusan Mesyuarat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan dalam aturan urusan mesyuarat, KLIK

Antara soalan-soalan MP PAS yang dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat:
Soalan ke 4 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah sekolah seluruh negara yang terlibat dengan pembinaan bangunan tambahan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan nyatakan jumlah mengikut negeri serta kos pembinaan setiap bangunan tambahan bagi setiap sekolah yang terlibat dan senaraikan kontraktor utama yang memperoleh projek pembinaan tersebut mengikut pakej.

2. Mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang - perbahasan Rang Undang-Undang.
a. Menyambung semula Perbahasan Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Menteri Dalam Negeri. Klik

26 Ogos 2008 - Pilihanraya Permatang Pauh

SELAMAT MENGUNDI, KAMI TUNGGU DATO' SERI ANWAR DI PARLIMEN
Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Menurut maklumat yang diterima, pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.

Menurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

Dewan Rakyat - 26 Ogos 2008

Aturan Urusan Mesyuarat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan dalam aturan urusan mesyuarat, KLIK

Antara soalan-soalan MP PAS yang dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini:
Soalan ke 4 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek E-Tanah yang dilancarkan pada tahun 2005 dari segi;
(a) status Projek Perintis di Pulau Pinang; dan
(b) status projek hari ini secara menyeluruh dan bila akan dilaksanakan di seluruh negara.

Bagaimanapun soalan Dr Mujahid tidak dapat dijawab oleh kementerian kerana beliau selaku Penyelaras Jentera PAS bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Soalan no. 26 -
Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah program Prostar yang telah diwujudkan dan sejauh mana ia dapat membantu membimbing remaja menjauhi gejala tidak sihat; dan
(b) jumlah/jenis bantuan yang diberikan untuk setiap Prostar ini setiap tahun.

2. Mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang - perbahasan Rang Undang-Undang.
a. Menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau 2008 (peringkat Jawatankuasa). Klik

b. Perbahasan Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Menteri Dalam Negeri. Klik

Monday, August 25, 2008

Undi Anwar, tolak BN, rayu Presiden PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi di Permatang Pauh untuk bangkit menolak Barisan Nasional dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadap, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pemilihan Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat adalah merupakan langkah yang disepakati parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/Barisan Nasional pada hari pengundian 26 Ogos ini.


Katanya, erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika pemikiran dan jasad rakyat terus dijajah oleh BN sekian lama.

Beliau juga mengajak pengundi-pengundi yang berada di luar Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS untuk pulang mengundi Anwar.

Dewan Rakyat - 25 Ogos 2008

Aturan Urusan Mesyuarat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan dalam aturan urusan mesyuarat, KLIK
Antara soalan soalan MP PAS yang dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini:
Soalan ke 10 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pembantu rumah asing mengikut negara asal mereka yang bekerja di negara ini dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan akta-akta bertujuan mengawal selia serta menjaga kepentingan dan kebajikan mereka serta juga para majikan.

Soalan ke 14 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek fasa dua projek tebatan banjir Sungai Junjung di Pulau Pinang yang menelan belanja RM 60 juta. Apakah sudah diluluskan.

Soalan ke 19 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
(a) peranan syarikat Central Management Catalogue Agency Sdn. Bhd (CMCA) di dalam perlaksanaan projek-projek tawaran Kerajaan; dan
(b) bagaimanakah peranan syarikat ini di dalam membantu IKS dan SME.

Soalan ke 31 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina empangan getah (rubber dam) di sekitar jambatan Tendong merentangi Sungai Kelantan bagi mengatasi kekurangan air dalam kawasan pertanian Kemubu dan empangan Lemal.

2. Mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang - perbahasan Rang Undang-Undang.
a. Menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2008, KLIK
b. Menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau 2008 (peringkat Jawatankuasa).

Thursday, August 21, 2008

Dewan Rakyat - 21 Ogos 2008

Aturan Urusan mesyuarat Dewan Rakyat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Antara soalan MP PAS hari ini:
No. 6 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula penstrukturan subsidi minyak yang rata-rata mengakibatkan rakyat merasa terlalu terkesan dan tertekan akibat kenaikan harga barangan keperluan yang meningkat tanpa kawalan.

No. 8 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) jumlah projek yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh KEDA dalam RMK-9; dan
(b) jenis dan jumlah projek yang masih belum terlaksana hingga kini dan projek yang terpaksa ditutup dan punca penutupan.

Lihat Aturan Mesyuarat hari ini, KLIK

2. Mulai jam 11.30 pagi Menteri Kewangan akan mengemukakan Rang Undang-undang bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-undang Perbekalan 2009.

3. Selepas itu Menyambung perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Klik Rang Undang-undang disini.

4. Menyambung semula pertimbangan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 Ogos 2008). Klik Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008.

Tuesday, August 19, 2008

Dewan Rakyat - 20 Ogos 2008

Aturan Urusan mesyuarat Dewan Rakyat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan-soalan berikut, KLIK

2. Mulai jam 11.30 pagi Menteri Pertahanan akan mengemukakan Rang Undang-undang bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008..

3. Selepas itu Menyambung perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Klik Rang Undang-undang disini.

4. Menyambung semula pertimbangan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 Ogos 2008). Klik Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008.

Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 ditangguh

Akhirnya buat kali pertama kerajaan melalui Menteri Perladangan dan Komoditi mengakui Rang undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 ditangguhkan bagi Peguam Negara dan pegawai-pegawai kementerian mengkaji semula fasal 12 dan 13 yang bertentangan antara satu sama lain selepas diasak hebat oleh pembangkang.

Perbahasan Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan semula selepas Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008.

Antara butiran fasal-fasal dalam Rang undang-undang yang bertentangan adalah seperti berikut:

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
12. Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap-
(a) Lembaga;
(b) Mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau mana pekhidmat atau ejen Lembaga; atau
(c) mana-mana orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai atau pekhidmat Lembaga,

berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan atau ditingglkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
13. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, mana-mana- anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Difahamkan oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, banyak fasal-fasal dalam Rang Undang-undang yang bertentangan antara satu sama lain.

Dewan Rakyat - 19 Ogos 2008

Aturan Urusan mesyuarat Dewan Rakyat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan-soalan berikut, KLIK

2. Mulai jam 11.30 pagi Menteri Pengajian Tinggi akan mengemukakan Rang Undang-undang bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(Pindaan) 2008.

3. Selepas itu Menyambung perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 akan dibahaskan. KLIK Rang Undang-Undang disini

4. Perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Klik Rang Undang-undang disini.

Monday, August 18, 2008

Mahasisawa minta mansuh AUKU

Perhimpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU, disertai 13 perkumpulan mahasiswa, bermula kira-kira jam 9 pagi dalam cuaca lembab di depan Parlimen hari ini.

Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang mengusulkan pindaan akta kontroversi tersebut minggu ini.

Selain mengusungkan "mayat simbolik", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai akronim lain AUKU.

Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan di perhimpunan itu.

Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu ini.

Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan), Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan) dan Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus).

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".

Memorandum Gabungan tersebut telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen dan pegawai-pegawai dan orang ramai yang melalui jalan ke Parlimen tersebut.

Dewwan Rakyat - 18 Ogos

Aturan Urusan mesyuarat Dewan Rakyat
1. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mulai jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Lihat soalan-soalan berikut, KLIK

2. Mulai jam 11.30 pagi Kerajaan akan mengemukakan Rang Undang-undang bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Indentitifikasi Deoksiribonuskleik (DNA) 2008.

3. Selepas itu Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 akan dibahaskan. KLIK Rang Undang-Undang disini

Saturday, August 2, 2008

Dr Wan Azizah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanaraya pada hari rabu depan.



Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.

Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu.

Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008).

Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami.

Ke mana sahaja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan atau mempunyai persepsi bahawa beliau adalah proksi Anwar.

Memang pun! Kerusi parlimen Permatang Pauh sememangnya kerusi milik Anwar. Wan Azizah menggantikannya seketika, sementara Anwar disekat undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya.

PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri.

Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Bagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.



Berita Lanjut

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008