Pakatan Rakyat berusaha bentuk Kerajaan Baru
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Haji Omar menasihatkan pelbagai pihak agar tidak memberi gambaran salah atau negatif ketika Pakatan Rakyat berusaha membentuk kerajaan baru.
Dalam satu wawancara semalam Mahfuz menyatakan, hasrat agar kerajaan baru terbentuk kerana ia sebenarnya adalah kerana kemahuan rakyat sendiri.
"Saya harapkan tidak ada pihak yang memberi perspektif negatif terjadap usaha Pakatan Rakyat ini untuk membentuk kerajaan baru yang sebenarnya dimahukan rakyat itu sendiri sebab kita nak pastikan kembalikan persoalan perpaduan mantap dan tidak lagi menggunakan kepentinagn politik sempit dan perkauman yang akhirnya meghancurkan tamadun negara," ujarnya.
Sebelum ini Mahfuz berkata, banyak pihak yang cuba mengagalkan usaha Pakatan Rakyat ini termasuk Umno dengan memainkan isu perkauman seolah-olah membayangkan jika berlaku perubahan kerajaan, Melayu akan menjadi boneka kepada bangsa lain.
