Tuesday, March 10, 2009

Dewan Rakyat, 10 Mac 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato’ Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah insentif Kementerian bagi menggalakkan pengusaha pertanian:-
(a) mempraktikkan kaedah pengurusan perosak bersepadu bagi mengurangkan kos racun perosak; dan
(b) menggunakan kaedah fertigasi yang telah terbukti memberi hasil pengeluaran yang tinggi serta menjimatkan penggunaan baja.
- Soalan Tambahan - BN Kuala Krau, DAP Ipoh Barat.

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) apakah bidang-bidang yang menjadi pilihan dalam pemberian geran bantuan kewangan kepada penyelidik akademik tempatan dan terangkan kenapa bidang-bidang tersebut menjadi pilihan; dan
(b) apakah pencapaian yang dicapai oleh penyelidik tempatan yang boleh dibanggakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan apakah bentuk bantuan dan usaha untuk mengkomersialkannya. - Tidak Hadir.

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser di kalangan rakyat Malaysia dan apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan pemeriksaan kanser di kalangan rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar.
- Soalan Tambahan - BN Sibuti, PKR Machang.

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan adakah Kementerian berhasrat menambah Bank Kerjasama Koperasi seperti Bank Rakyat dalam usaha membantu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam menyediakan Tabung Modal Pusingan bagi menggerakkan koperasi dalam negara kita. - Tidak Hadir.

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar Bumiputera yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di seluruh negara pada tahun 2006, 2007 dan 2008.
- Soalan Tambahan - BN Libaran, PAS Bachok (10.27 pagi).

6. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan memandangkan pelatih-pelatih yang mendaftar mendapatkan lesen memandu berhadapan dengan masalah memahami menggunakan kaedah ujian berkomputer kerana tidak ramai tahu dan mahir menggunakan komputer:-
(a) adakah Kerajaan bercadang memansuhkan ujian berkomputer ini; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang membenarkan mereka yang gagal ujian berkomputer diberi kelonggaran dengan hanya diperlukan lulus peperiksaan dalam kaedah yang lain.
- Soalan Tambahan - PKR Sungai Petani, BN Kinabatangan.

7. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status rancangan jangka panjang untuk melihat Wilayah Persekutuan Labuan dihubungkan dengan tanah besar Sabah, berikutan Kerajaan telah membelanjakan RM5 juta untuk kajian bersepadu yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dengan perbelanjaan yang banyak untuk satu kajian, adakah ianya tetap dilaksanakan. Sekiranya dilaksanakan, adakah status bebas cukai Labuan akan ditarik balik seperti Pulau Pinang sebelum ini.
- Soalan Tambahan - BN Labuan.

8. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah kes pergaduhan dan penjenayah di sekolah dalam negeri Melaka dari tahun 2003 hingga 2008 dan berapa kes yang melibatkan Sekolah Menengah Teknik Melaka dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terlibat.
- Soalan Tambahan - DAP Kota Melaka, BN Jasin.

9. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah dana yang dikutip oleh semua pihak untuk rakyat Palestin baru-baru ini dan bagaimana maklum balas Kerajaan terhadap cadangan agar para pelajar Palestin yang layak ditaja untuk belajar di universiti negara ini dalam pelbagai bidang yang boleh membina negara Palestin kembali.
- Soalan Tambahan - BN Pontian, Bebas Pasi Mas.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memperkasakan Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang (11.01 pagi), BN Maran.

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan memandangkan harga minyak asli telah turun ke paras rendah iaitu sama harga pada tahun 2007 dan awal tahun 2008. Kenapa Kerajaan masih mengizinkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)mengenakan bayaran tambahan ke atas penerbangan antarabangsa.
- Soalan Tambahan - PAS Tumpat (11.10 pagi), PAS Shah Alam (11.12 pagi).

12. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah nilai pembelian bangunan perumahan bagi polis di Taman Nelly Kolombong, Inanam, dan apakah sebab semua bangunan tersebut dirobohkan setelah didiami oleh anggota polis kurang
dari 5 tahun.
- Soalan Tambahan - BN Sepanggar, BN Putatan.

13. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana pemantauan dilakukan oleh Kerajaan bagi membendung salah laku dan salah urus tadbir dalam syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Khazanah Nasional dan Badan-badan Berkanun.
- Soalan Tambahan -DAP Kepong, PAS Kuala Selangor (11.26 pagi).


14. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh memandangkan ia yang menelan belanja RM54 juta kini telah berada dalam keadaan yang terbiar dan usang.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap Sila KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 30 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah pendapatan kesemua Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pernahkah terdapat sebarang rundingan antara Kementerian dan IPP berkaitan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

Soalan No. 32 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar pihak Kerajaan melalui Peguam Negara telah memaklumkan kepada Pengerusi SPR bahawa Kabinet membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) menjelang PRU ke-12 yang lalu.

Soalan No. 36 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menghadapi kemungkinan begitu ramai rakyat kehilangan pekerjaan sehingga 400,000 orang yang dijangka hilang pekerjaan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan antara 350,000 hingga 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang menghadapi kemungkinan diberhentikan apabila kirakira setengah juta pekerja di Singapura berdepan dengan kemungkinan diberhentikan.

Soalan No. 38 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pelan Kerajaan dalam memelihara kepentingan perdagangan negara di pasaran antarabangsa dalam menghadapi keadaan ekonomi lembap kini.

Soalan No. 48 - Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang royalti petroleum yang telah dibayar secara terus oleh Kerajaan kepada Kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak dari tahun 2000 hingga 2008

Soalan No. 50 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan dalam menentukan jenis bahan luar yang disiarkan stesen TV1 dan TV2 dan nyatakan berapa jenis bahan luar yang disiarkan oleh kedua-kedua saluran tersebut dan apakah kategori bahan-bahan tersebut.

Soalan No. 52 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah konkrit yang diambil Kerajaan dalam melaksanakan resolusi tentang Palestin yang diputus Dewan Rakyat 12 Januari 2009.

Soalan No. 54 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah cara dan mekanisme penentuan dan pengkelasan kaunter-kaunter yang halal dalam pasaran kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. Sejauh mana perkembangannya dari tahun ke tahun.

Soalan No. 66 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha membantu industri makanan laut sejuk beku yang terjejas akibat Kesatuan Eropah menyekat kemasukan produk makanan laut sejuk beku baru-baru ini.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009
d. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
- Giliran Jabatan Perdana Menteri menggulung - BN Cameron Highland (Timbalan Menteri).
- Pencelahan - BN Sri Gading, BN Kalabakan, BN Kinabatangan, BN Kintulu, PKR Padang Serai, BN Pasir Salak, BN Kota Melaka, BN Arau, PAS Titiwangsa (12.29, 12.35 tengahari), PSM Sungai Siput, PAS Pokok Sena (12.40, 1245 tengahari), PAS Kuala Krai (12.54 tengahari), BN Batu Pahat, BN Jempol.

- Sesi Petang - BN Padang Rengas (Menteri) - Pencelahan - DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Gelugor, BN Batu Pahat, PKR Ampang, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Indera Mahkota, DAP Bukit Bintang, PAS Shah Alam (3.33, 3.37, 3.44 petang), DAP Ipoh Barat, PKR Batu, DAP Kepong.

e. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan kali Kedua
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima billion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008