Thursday, March 12, 2009

Dewan Rakyat - 11 Mac 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian untuk mempelbagaikan sektor penglibatan usahawan bumiputera dalam industri pelancongan, memandangkan kebanyakan ejen pelancongan bumiputera sekarang lebih banyak tertumpu kepada perniagaan jualan tiket, mengadakan pakej umrah dan bergantung kepada kontrak lawatan kerja ke luar negara oleh agensi Kerajaan.
- Soalan Tambahan - BN Arau, PAS Kubang Kerian (10.10 pagi).

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan pekerja-pekerja asing yang dipecat dan memfailkan kes di bawah Seksyen 20 Akta Perusahaan 1967 di mana jarak masa kes didengar di Mahkamah Perusahaan dua tiga tahun disamping permit mereka masih sah.
- Soalan Tambahan - PKR Kuala Langat, BN Kinabatangan.

3. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah perlaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) amat perlahan. Kenapa Sime Darby selaku peneraju utama kepada NCER tidak berminat untuk melaksanakannya.
- Soalan Tambahan - BN Batu Pahat, DAP Bagan.

4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa tiada tindakan diambil berkenaan laporan polis dan BPR yang dibuat oleh Dato Seri Anwar bin Ibrahim terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan sekiranya ada, apakah tindakan itu.
- Soalan Tambahan - DAP Puchong, DAP Ipoh Timur.

5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cara-cara untuk mengawal keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi di negara kita.
- Soalan Tambahan - BN Jerantut, PKR Sungai Petani.

6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan bagi memastikan para belia yang telah diberi bimbingan mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Sila berikan beberapa contoh kejayaan yang dapat dibanggakan dikalangan belia yang telah mendapat bimbingan agensi di bawah Kementerian.
- Soalan Tambahan - PKR Ketereh.

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah sebenarnya keseluruhan skop projek Petronas di Kimanis Sabah dan berapakah kosnya; dan
(b) apakah kaedah pelantikan kontraktor pelaksana dan siapakah kontraktor-kontraktor pelaksana yang dilantik.
- Soalan Tambahan - BN Kalabakan, PAS Shah Alam (10.58 pagi).

8. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan pernah mengeluarkan laporan mengenai kes-kes penindasan pekerja-pekerja asing yang dibayar gaji rendah serta ditipu; dan
(b) jika ada, apakah langkah dalam menangani isu ini dan jika tiada, kenapa.
- Soalan Tambahan - DAP Ipoh Barat, BN Pontian.

9. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah permohonan Permit Masuk dan warganegara yang sudah diluluskan yang mengikuti negara; dan
(b) langkah-langkah untuk mengatasi masalah permohonan Permit Masuk dan warganegara.
- Soalan Tambahan - BN Gelang Patah, PAS Rantau Panjang (11.20 pagi).

10. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa setelah 51 tahun merdeka masyarakat orang asli masih gagal di intergrasi ke dalam masyarakat umum Malaysia.
- Soalan Tambahan - PKR Padang Serai, BN Maran.

11. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah Kerajaan menggubal undang-undang bagi mewujudkan pegawai Kerajaan beragama Islam membayar zakat secara potongan gaji.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 15 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peranan sekolah sebagai tempat mengesan dan membekalkan pelapis jaguh sukan Negara telah lama berlaku tetapi dalam masa yang sama peranan Kementerian ini untuk membantu penyediaan kemudahan asas sukan di sekolah masih tidak jelas. Apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kementerian untuk memperbaiki keadaan ini.

Soalan No. 22 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat komuniti NUR yang telah dan sedang ditubuhkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri dan apakah kayu ukur yang telah ditetap dan digunakan oleh pihak Kementerian di dalam menilai kejayaan program NUR.

Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah memulakan kajian semula harga gas bagi sektor tenaga bagi membolehkan tarif elektrik diturunkan dan jika dimulakan, sejauh manakah perkembangannya serta apakah tindakan susulan jika kajian itu disiapkan.

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan persidangan-persidangan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia semasa menjadi pengerusi Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Apakah pencapaian yang dicapai semasa beliau memegang jawatan tersebut.

Soalan No. 36 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian yang telah difikirkan bagi memastikan syarikat milik penuh Kerajaan KTMB lebih efisien dan berdaya saing seperti di United Kingdom dan Australia.

Soalan No. 38 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kematian Kugan Ananthan yang mati ketika di lokap di Balai Polis Taipan, USJ 20 Januari lalu.

Soalan No. 44 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah benar Kerajaan Malaysia mengiktiraf Kumpulan Fatah bukan HAMAS sebagai wakil Palestin walaupun HAMAS sebuah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin secara demokratik.

Soalan No. 56 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah benar Kerajaan Malaysia mengiktiraf Kumpulan Fatah bukan HAMAS sebagai wakil Palestin walaupun HAMAS sebuah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin secara demokratik.

Soalan No. 60 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang apakah langkah-langkah yang diambil oleh pengeluar kereta Malaysia (terutama Proton dan Perodua) dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembekal komponen kereta.

Soalan No. 62 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha mencegah politik wang dan salah guna kuasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.

Soalan No. 63 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mencadangkan penggunaan sistem kewangan Islam sepenuhnya dalam menjalankan urusan perdagangan dua hala dengan Negara OIC setelah didapati bahawa sistem kewangan Islam dapat bertahan dari serangan krisis kewangan global yang sedang berlaku sekarang ini.

Soalan No. 66 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah baki kelulusan RM22.88 bilion peruntukan untuk Kerajaan-kerajaan Negeri yang belum diberikan dan berapakah baki peruntukan untuk negeri Perak dan Pulau Pinang.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009
2. Menteri Dalam Negeri mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

d. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

e. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan kali Kedua
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima billion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

- Perbahasan - PKR Permatang Pauh (11.35 pagi).
- Pencelahan - BN Batu Pahat, BN Pontian, DAP Beruas, PAS Titiwangsa (12.18 tengahari), PKR Kulim Bandar Bharu, BN Pontian, PAS Kuala Terengganu (12.33 tengahari), PAS Shah Alam (12.35 tengahari), BN Tuaran, PKR Machang, BN Padang Besar.

- Sesi Petang - BN Batu Pahat.
- Pencelahan - BN Ledang, PAS Titiwangsa (2.41 petang), DAP Beruas, BN Lipis, PAS Kuala Selangor (2.55 petang), PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota.

- Perbahasan - DAP Bagan, BN Muar.
- Perbahasan - Bebas Pasir Mas. - Pencelahan - PAS Sik (4.26 petang).

- Perbahasan - BN Kimanis. - Pencelahan - BN Tuaran, BN Kota Belud, PAS Rantau Panjang (4.51 petang), PAS Shah Alam (4.52 petang).

- Perbahasan - PAS Kuala Selangor (4.59 petang), PKR Machang (5.26 petang), BN Batang Sadong (5.54 petang).

- Perbahasan - DAP Kepong. - Pencelahan - BN Putatan, BN Arau.
- Perbahasan - BN Sri Gading (6.40 petang). - Pencelahan - PKR Balik Pulau.

- Perbahasan - PAS Pokok Sena(6.58 petang), BN Mukah.

- Perbahasan - DAP Jelutong. - Pencelahan - BN Kuala Krau, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota. DAP Batu Gajah.
- Perbahasan - BN Ranau.

- Perbahasan - PAS Kubang Kerian (8.38 malam). - Pencelahan - BN Kuala Krau, PKR Balik Pulau, BN Rompin, PAS Pokok Sena (9.03 malam), DAP Jelutong, DAP Bukit Bintang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam sehingga 10.00 pagi 12 Mac 2009.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008