Friday, March 13, 2009

Dewan Rakyat - 12 Mac 2009 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Akta Profesion Perundangan 1976 untuk memperketat lagi bidang dan kuasa Majlis Peguam Malaysia yang kelihatan semakin terlibat dalam politik negara, sambil mengabaikan kebajikan keahliannya.
- Soalan Tambahan - BN Jerlun, DAP Ipoh Barat.

2. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan stok penimbang getah dan kelapa sawit bagi mengurangkan jurang kejatuhan harga kedua-dua komoditi tersebut. - Tidak Hadir.

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan KPWKM telah pun melancarkan Program CARI dan apakah tahap kejayaan terkini Program CARI dalam usaha membantu memberikan kemudahan bantuan tanpa kerenah birokrasi kepada mereka yang memerlukan.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara, DAP Batu Gajah.

4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah pelaburan langsung asing yang diterima Malaysia pada suku keempat 2008 berbanding tempoh yang sama 2007; dan
(b) jumlah kilang asing yang menghentikan operasi sepanjang 2008 serta jumlah yang hilang pekerjaan. - Tidak Hadir.

5. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Sibu merupakan bandar yang kedua terbesar di negeri Sarawak tetapi Lapangan Terbang Sibu jauh ketinggalan berbanding dengan Lapangan Terbang Kuching, Miri dan Bintulu:-
(a) bagaimanakah perkembangan projek pemanjangan terminal; dan
(b) bilakah projek ini akan dilaksanakan.
- Soalan Tambahan - PAS Bachok (10.27 pagi), BN Lanang.

6. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang berjaya memasuki Maktab Perguruan dan berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2005 hingga 2008.
- Soalan Tambahan - BN Kapar, BN Batu Pahat.

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah peraturan-peraturan Kastam yang dilaksanakan oleh Kerajaan didapati berbeza yang dikenakan terhadap pelawat-pelawat yang memandu masuk ke Sabah dari Sarawak dan Labuan berbanding yang dikenakan terhadap mereka dari negara jiran Brunei. - Tidak Hadir.

8. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia untuk mencegah banjir di sekitar Lembah Kinta.
- Soalan Tambahan - PKR Gopeng, BN Mambong.

9. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mengikut negeri yang ditangkap dan dihantar balik ke negara masing-masing semenjak tahun 2004. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan masalah ini. - Tidak Hadir.

10. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah usaha Kerajaan melengkapi hospital-hospital utama negeri agar setaraf dengan Hospital Kuala Lumpur.
- Soalan Tambahan - PKR Bayan Baru, BN Ledang.

11. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengangkat kawasan sawah padi di Parlimen Parit dijadikan salah satu jelapang padi yang boleh menyumbang kepada hasil pengeluar tinggi bagi pesawah-pesawah dengan kemudahan infrastruktur yang diberikan.
- Soalan Tambahan - BN Parit, PAS Pendang (10.55 pagi).

12. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keputusan siasatan polis terhadap tujuh kes serangan fizikal terhadap wartawan dan jurugambar sejak tahun 2007 dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menjaga keselamatan pekerja media dan kes-kes sebegini akan disiasat dengan cepat dan adil.
- Soalan Tambahan - DAP Klang.

Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk tahun 2009 dan 2010 dan bolehkah pihak Kementerian memaklumkan jenis bantuan yang disalurkan kepada penerima di kawasan Parlimen Papar; dan
(b) berapakah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian dalam Program Bantuan Rumah (PBR) bagi golongan tidak produktif, OKU dan Ibu Tunggal di kawasan Parlimen Papar
dan dinyatakan jumlah dan bilangan serta senarai penerimanya.
- Soalan Tambahan - BN Papar, PAS Rantau Panjang (11.12 pagi).

Soalan No. 14 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah pentakrifan kontrak sosial serta bagaimanakah ia dizahirkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan apakah usaha memastikan manamana pihak tidak menggunakan isu ini bagi menjejaskan keharmonian hubungan rakyat Malaysia.
- Soalan Tambahan - PAS Parit Buntar (11.19 pagi), BN Pasir Salak.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 24 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah polisi UiTM terhadap pengambilan pelajar-pelajar luar negara; dan
(b) berapakah jumlah pelajar dari luar negara yang mengikut program pra dan pascasiswazah di IPTA khususnya UiTM.

Soalan No. 28 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kemajuan terkini dicapai oleh Kerajaan Pusat dalam menangani isu jenayah rentas sempadan.

Soalan No. 30 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilangan hakim-hakim Mahkamah Syariah yang sedang berkhidmat di Malaysia serta bilangan peguam-peguam Syariah yang berdaftar di bawah Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri-negeri; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Jabatan Peguam Syariah Negara.

Soalan No. 32 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah usaha-usaha terkini Kementerian untuk menyiapkan Projek Pembinaan Jambatan Sultan Yahya kedua antara Kota Bharu-Tumpat.

Soalan No. 38 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah pengusaha Bengkel Motosikal Bergerak yang dilancarkan di Pendang pada 16/7/2008 setakat ini.

Soalan No. 42 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah fungsi Yayasan Guru Malaysia dalam memajukan bidang pendidikan di negara ini.

Soalan No. 54 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan badan manakah yang mempunyai autoriti dan boleh memberi tanda/logo halal setelah audit halal dijalankan. Sekiranya badan berkenaan adalah lebih dari satu, nyatakan dan berikan justifikasinya.

Soalan No. 60 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas pengumuman Kerajaan bahawa kadar kemiskinan di negara ini berada pada kadar 5.7 peratus dan apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Soalan No. 64 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah kejayaan KAGAT dalam menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam ATM dan apakah langkah-langkah penambahbaikan yang dibuat.

Soalan No. 70 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peruntukkan Kerajaan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

c. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan kali Kedua
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima billion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

- Perbahasan - PAS Pendang (11.38 pagi). - Pencelahan - BN Kinabatangan.

- Perbahasan - BN Simpang Renggam (11.50 pagi), BN Sibuti (12.02 tengahari).

- Perbahasan - DAP Klang (12.13 tengahari) - Pencelahan - DAP Bukit Mertajam.

- Perbahasan - BN Mambong.

- Menteri Kewangan menggulung - BN Pekan.
- Pencelahan - DAP Ipoh Timur, PKR Lembah Pantai, PKR Balik Pulau, DAP Klang.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri) - BN Kinabatangan, PAS Tumpat (3.41 petang), DAP Ipoh Timur, BN Pontian, BN Kuala Krau, BN Tenggara, DAP Puchong, BN Gelang Patah, BN Ledang, BN Sekijang.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Kewangan) - DAP Rasah, BN Silam, PKR Kuala Kedah, PKR Machang (4.52 petang), BN Tenggara, BN Ledang, PAS Kuala Selangor (5.05 petang), PSM Sungai Siput, BN Silam, BN Tuaran, DAP Bandar Kuching, BN Sibuti.

Menteri Kewangan II menjawab - BN Tasek Gelugor
- Pencelahan - DAP Rasah, PKR Kulim Bandar Bharu (5.50 petang), PAS Shah Alam (5.52 petang), PAS Kuala Selangor (6.00, 6.13 petang), PKR Indera Mahkota (6.14 petang), DAP Klang, BN Jasin.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) - PAS Kubang Kerian (6.55 petang), BN Jasin, PAS Hulu Langat (7.03 malam).

Menteri menjawab -
- Pencelahan - BN Jasin.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pertanian Asas Tani) - BN Kuala Krau, PKR Sungai Petani, BN Setiu, BN Arau, BN Silam, BN Kuala Nerus, PAS Hulu Langat (7.59 malam).

Menteri menjawab - BN
- Pencelahan - PAS Kuala Krai (8.10 malam), BN Kuala Krau.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) - DAP Rasah, BN Lipis, PKR Kulim Bandar Baharu, BN Kuala Krau, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Arau, DAP Telok Intan, BN Tenggara, PAS Hulu Langat (8.41 malam), BN Silam, DAP Jelutong, BN Sibuti.

Menteri menjawab - BN
- Pencelahan - DAP Rasah, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Kepong, PAS Shah Alam (9.00 malam)

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) - DAP Rasah, BN Arau, PKR Lembah Pantai, PKR Selayang, BN Silam, DAP Seputeh, BN Ledang, PAS Hulu Selangor (9.43 malam), DAP Kepong.

Timbalan Menteri menjawab - BN
- Pencelahan - DAP Rasah, PKR Selayang, DAP Seputeh, PAS Shah Alam (10.00 malam).

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) - Tiada Perbahasan.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Kerja Raya) - DAP Batu Gajah, DAP Seputeh, BN Maran, PAS Shah Alam (10.25 malam).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam sehingga 10.00 pagi 16 Mac 2009.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008