Thursday, March 19, 2009

Dewan Rakyat - 18 Mac 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan positif atau negatif terhadap import dan eksport produk dan perkhidmatan di negara ini dalam situasi ekonomi dunia kini dan menyatakan langkah-langkah baru galakan industri bagi meningkatkan eksport serta nyatakan pasaran terkini negara baru yang diteroka.
- Soalan Tambahan - BN Pontian, DAP Kota Melaka.

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan serta peratusannya kepada syarikat-syarikat korporat berbanding dengan pinjaman secara individu dari tahun 2005 hingga 2008.
- Soalan Tambahan - PKR Kuala Kedah, BN Lipis.

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan negara asing manakah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan latihan bersama.
- Soalan Tambahan - BN Sri Gading, PAS Kuala Krai (10.30 pagi)

4. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-
(a) berapakah saiz modal francais tempatan berbanding francais di negara lain; dan
(b) berapakah pula francais tempatan ini yang gagal atau mengalami kerugian. - Tidak Hadir.

5. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar pada tahun ini di kawasan Parlimen Lubok Antu dan sebutkan nama kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terlibat.
- Tidak Hadir.

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional penubuhan Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pelaburan luar negara yang dijalankan FELDA, sebutkan aktiviti/jenis pelaburannya, prospek pelaburan dan implikasi kewangan.
- Soalan Tambahan - PKR Machang (10.36 pagi), BN Kuala Krau.

7. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) adakah benar bahawa panggilan kecemasan 999 bantuan bomba di Sarawak kini dilencongkan (divert) ke Kuala Lumpur sebelum arahan dikeluarkan untuk bomba Sarawak bertindak; dan
(b) jika benar, apakah tindakan untuk membaik pulih keadaan.
- Soalan Tambahan - BN Tanjong Manis, PKR Gombak (10.45 pagi).

8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan memberi galakan yang wajar dalam usaha menambah keluasan tanaman getah klon balak.
- Soalan Tambahan - PAS Kota Bharu (10.49 pagi), BN Mambong.

9. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menjamin kestabilan Bursa Saham kita dalam keadaan merudumnya ekonomi dunia, terutamanya keupayaan pihak Kerajaan untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan kedua-dua pengguna dan pembekal modal dan seterusnya memartabatkan lagi pasaran kewangan dan saham kita.
- Soalan Tambahan - BN Arau, DAP Bukit Bintang.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah keperluan baja negara, jumlah baja yang diimport, jumlah pengeluaran baja tempatan dan apakah dasar yang diguna pakai bagi pengeluaran baja tempatan dan penggunaan baja kompos sebagai alternatif baja kimia.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang (11.07 pagi), BN Ranau.

11. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah penyediaan lampu jalan solar boleh diguna pakai terutama di jalan-jalan negeri terutama di Sabah dalam usaha untuk mengurangkan kes kemalangan maut di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Libaran, PAS Pendang (11.22 pagi)

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) sejak bilakah Ijazah Perubatan dari Universiti Malaya (MBBS) tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain sedangkan pada satu masa dahulu ianya diiktiraf; dan
(b) apakah sebab-sebab ianya tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain.
- Soalan tambahan - DAP Telok Intan.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program-program yang telah dan akan diadakan oleh Kementerian bagi membendung belia dan beliawanis negara terlibat dengan gejala-gejala negatif bagi tempoh 2008 hingga 2010 dan apakah keberkesanannya.

Soalan No. 16 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam memantau kakitangan awam dan swasta yang berkemungkinan akan berhadapan dengan keadaan tidak mampu membayar ansuran pinjaman bagi mengelak krisis subprima Amerika melanda Malaysia.

Soalan No. 48 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan dalam memastikan bekas penanaman tembakau mendapat sumber pendapatan baru yang setanding dengan industri tembakau.

Soalan No. 62 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan penubuhan sekretariat SENADA dan apakah status penubuhannya sehingga kini. Berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini.

Soalan No. 64 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah besar yang Kementerian sedang rancang dan usahakan untuk mewujudkan negara Palestin yang benar-benar bebas dan merdeka.

Soalan No. 71 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah dan akan di ambil oleh JAKIM untuk memartabatkan tulisan jawi yang makin terpinggir hari ini.

c. - Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama
1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencadangkan Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) (Pengesahan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus empat puluh satu juta enam ratus tujuh puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM2,341,677,400) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2008 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Lumut. - Pencelahan - BN Alor Gajah, DAP Batu Gajah, PKR Padang Serai, PAS Tumpat (11.49, 12.04, 12.13 pagi), PAS Shah Alam (11.55,12.11 pagi), PKR Balik Pulau, BN Jasin, DAP Bukit Bintang, DAP Kepong, PAS Rantau Panjang (12.39,12.41 tengahari), BN Tenggara, BN Batu Pahat, PKR Indera Mahkota (12.54 tengahari).

- Sesi Petang

1) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.6 (RM154,137,650) P.6 (RM70.00) dan Kepala B.7 (RM312,383,000) Jabatan Perdana Menteri.

- Perbahasan - PKR Permatang Pauh, (2.33 petang)(Pencelahan - BN Sri Gading, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur).

- Perbahasan - PAS Kubang Kerian (3.05 petang), DAP Batu Gajah, PKR Lembah Pantai (3.19 petang), DAP Bukit Bintang.

- Perbahasan -BN Jasin (Pencelahan - PKR Balik Pulau), - Perbahasan - PKR Machang (Pencelahan - PKR Balik Pulau).

- Perbahasan - PAS Rantau Panjang (3.44 petang). - Pencelahan - PKR Balik Pulau.

- Menteri menjawab - BN Senator. - Pencelahan - PAS Titiwangsa (3.57 petang), PAS Shah Alam (4.03 petang, PKR Gombak, PKR Machang (4.08 petang), BN Sri Gading.

- Menteri menjawab - BN Redang Rengas. - Pencelahan - DAP Bandar Kuching, DAP Kepong, DAP Rasah, PAS Shah Alam (5.02 petang).

2) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.11 (RM 772,85, 500) Jabatan Perkhidmatan Awam.

- Perbahasan - PAS Kuala Selangor (5.07 petang), PAS Shah Alam (5.08 petang), BN Pontian, PAS Kuala Krai (5.12 petang), PAS Rantau Panjang (5.13 petang).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Lumut. - Pencelahan - PAS Shah Alam (5.20 petang), PAS Rantau Panjang (5.24 petang).

3) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.27 (RM 60,000,000) P.27 (RM 34,541,083) Kementerian Kerja Raya.

- Perbahasan - DAP Kota Melaka, DAP Rasah, PAS Sik (5.37 petang), DAP Kepong, PKR Gombak (5.40 petang), BN Pasir Salak, PAS Pasir Puteh (5.45 petang), PAS Pendang (5.46 petang), PAS Titiwangsa (5.47 petang), PAS Rantau Panjang (5.47 petang).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Stampin. - Pencelahan - BN Pasir Salak, PKR Gombak.

4) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.28 (RM203,600,000) Kementerian Pengangkutan.

- Perbahasan - DAP Rasah, DAP Kota Melaka, BN Sekijang,

- Menteri menjawab - BN Pandan. - Pencelahan - BN Sekijang, PKR Indera Mahkota.

5) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.29 (RM300,000,010) dan P.30 (RM10) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi).

- Perbahasan - PKR Gombak (6.18 petang) - Kepala P.30 tidak dibenarkan bahas.

- Perbahasan - BN Pontian, DAP Rasah, PAS Pendang (62.6 petang). Pencelahan -PKR Gombak (6.27 petang),

- Perbahasan - DAP Kepong, BN Sekijang. Pencelahan -PKR Indera Mahkota (6.35 petang).

- Perbahasan - BN Silam, BN Jasin, DAP Batu Gajah, BN Tenggara, DAP Bandar Kuching.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Julau. - Pencelahan - DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah, DAP Rasah.

6) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.41 (RM1,239,237,500) dan P.41 (RM1,171,046,000) Kementerian Pelajaran).

- Perbahasan - DAP Rasah, PAS Pasir Puteh (7.30 petang), PAS Jerai (7.32 petang), BN Bintulu, BN Putatan, PKR Ampang, BN Lipis, DAP Kepong.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam sehingga 10.00 pagi 19 Mac 2009.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008