Sidang Khas Dewan Rakyat bincang keganasan Israel di Gaza
Kabinet hari ini bersetuju satu Sidang Khas diadakan di Dewan Rakyat, pagi Isnin depan khusus bagi membincangkan konflik dan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, di sini.
Sebelum ini, pada 4 Januari lalu, Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng menghantar memorandum kepada Perdana Menteri supaya memanggil satu sidang khas bagi membincangkan kekejaman Israel keatas Paletin.
Berikut adalah memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 5 Januari lalu.
Kami bagi pihak 82 orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat memandang berat perkembangan politik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin semenjak akhir tahun 2008 yang menyebabkan kematian lebih 400 orang rakyat Palestin dalam masa seminggu. Keganasan yang dilancarkan oleh Israel ini adalah satu pencerobohan ke atas nilai kemanusiaan yang tidak perlu diperbahaskan lagi.
Kedegilan Israel dalam melakukan keganasan begitu jelas apabila mereka dengan angkuh menolak pandangan masyarakat antarabangsa supaya mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Israel sebaliknya menegaskan bahawa mereka akan terus melancarkan serangan bagi menghancurkan Semenanjung Gaza yang menjadi kubu Hamas.
Memorandum Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri yang dihantar pada 5 Januari lalu.