Monday, March 30, 2009

Dewan Negara - 30 Mac 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ahmad Rusli bin Haji Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan berdasarkan suasana masa kini serta kedudukan masa akan datang terhadap keperluan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan.

2. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan dengan kejatuhan harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan koko dan peningkatan harga baja, racun dan kos operasi adakah Kerajaan bercadang memberi subsidi kepada pekebun yang membuat pembelian bahan input.

3. Prof. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah matlamat sebenar PPSMI dan apakah rasional menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar kedua mata pelajaran ; dan
(b) nyatakan jumlah elaun khas yang dibayar kepada guru-guru tersebut, kos pembiayaan untuk pembelian peralatan multimedia dan infrastruktur serta nama syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan-peralatan tersebut.

4. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan apabila menangguhkan sehingga setahun kenaikan tol di lima lebuh raya baru-baru ini dan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan agar kenaikan tol pada masa akan datang dapat dielakkan.

5. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan elaun pengangguran (unemployment allowance) bagi pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan. Jika ada, bagaimanakah elaun pengangguran ini akan dibiayai.

6. Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan sektor kayu-kayan negara.

7. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memecahkan monopoli perniagaan dalam negara kita supaya tidak merugikan rakyat di mana misalnya monopoli barangan makanan seperti gula dan beras menyebabkan sering mengalami kenaikan harga dan sekali gus menghapuskan amalan kronisme.

8. Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memantau dan mengkaji kesan pemanasan glabal atas cuaca di negara kita. Jika ada, apakah kesan buruk yang dihadapi sekarang.

9. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah punca-punca telah dikenal pasti dalam berlakunya masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah menengah yang berleluasa dewasa ini dan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasinya terutama sekali gejala buli di sekolah.

10. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kaedah penjualan langsung yang diamalkan oleh syarikat-syarikat dalam negara menyebabkan banyak produk makanan dan ubat-ubatan dijual kepada orang awam. Apakah peranan Kementerian dalam memastikan produk makanan dan ubat-ubatan itu selamat digunakan.

11. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan kos Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu melibatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Polisi Diraja Malaysia, lain-lain jabatan dan kos keseluruhan.

12. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah alternatif sekiranya kos untuk membekalkan air dan elektrik kepada sesebuah kampung terpencil didapati tidak ekonomi. Adakah Kerajaan bercadang untuk memindah dan memusatkan penduduk-penduduk yang berkenaan ke lokasi yang lebih sesuai dan boleh dibekalkan air dan elektrik.

13. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori ibu tunggal yang didaftarkan dan mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian untuk mengenal pasti kumpulan ini dan pecahan mengikut kaum dan umur.

14. Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai mutu sukan negara makin merundum terutama sekali pencapaian jaguh-jaguh negara yang memegang 'title' nombor satu dunia seperti Dato' Nicole David dan Dato' Lee Chong Wei yang tewas baru-baru ini di dalam kejohanan masing-masing. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan tahap prestasi mereka harus berada seiring dengan gelaran mereka.

15. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian meluluskan permohonan ibu bapa untuk anak-anak mereka "bersekolah di rumah" (home-schooling).

b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Dewan Rakyat - 25 Mac 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. ATURAN URUSAN MESYUARAT, PERBAHASAN DAN USUL-USUL

1. Usul Oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas)

2. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) oleh DAP Bakri.

3. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

a.
(D.R. 9/2009) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009.

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur (dikeluarkan dari Dewan sehingga jam 1,00 tengahari), BN Batu Pahat (Pencelahan - PKR Balik Pulau), PAS Kuala Terengganu, Bebas Pasir Mas, BN Ledang, DAP Beruas, BN Mambong, PKR Subang,

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung -
Keputusan Belah bahagian = Bersetuju 45 undi, Tidak bersetuju 36 undi.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Sesi Petang
- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - DAP Ipoh Barat (2.32), DAP Ipoh Timur (2.42) (Pencelahan - Peraturan Mesyuarat oleh DAP Ipoh Barat, PKR Permatang Pauh),
- Keputusan Belah Bahagian = Bersetuju 50 Undi, Tidak Bersetuju 39 undi.

b. (D.R. 14/2008) - (3.30) Timbalan Menteri Pengajian Tinggi akan mencadangkan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008.

- Perbahasan - BN Lipis, DAP Batu Gajah (3.55), BN Silam, PAS Kubang Kerian (4.16), BN Mambong, PKR Kulim Bandar Baru (4.51), BN Labuan, Bebas Pasir Mas, PKR Lembah Pantai, DAP Rasah, PAS Kuala Krai (5.48), DAP PJ Utara, DAP Kepong.

- Timbalan Menteri (BN Kluang) (6.47) menggulung - (Pencelahan - PAS Kuala Selangor (6.52)

c. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Kumpulan Modal Perdana Sdn. Bhd. (KMPSB), suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti.”
- Perbahasan - DAP Kepong (7.20), Timbalan Menteri Menjawab.

d. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11, Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 32 tahun 2009 disahkan.”
- Perbahasan - DAP Kepong,

e. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 36 tahun 2009 disahkan.”
- Perbahasan - DAP Kepong

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.40 malam kepada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Perbahasan Rang Undang-Undang di bawah akan di bincangkan pada mesyuarat akan datang:-

1.
(D.R. 15/2008) - Menteri Pertahanan akan mencadangkan Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008.

2. (D.R. 19/2008) - Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008.

3. (D.R. 18/2008) - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mencadangkan Rang Undang-undang Orang-orang Papa (Pindaan) 2008.

4. (D.R. 20/2008) -
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencadangkan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008.

5. (D.R. 26/2008) -
Menteri Pengangkutan akan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008.

6. (D.R. 29/2008) -
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mencadangkan Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008.

7. (D.R. 4/2009) -
Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

8. (D.R. 30/2008) -
Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008.

9. (D.R. 13/2008) -
Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008)

10. (D.R. 7/2009) - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) (Pengesahan) 2009

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Tuesday, March 24, 2009

Dewan Rakyat - 24 Mac 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. ATURAN URUSAN MESYUARAT, PERBAHASAN DAN USUL-USUL

1. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama:

a. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009

2. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua:
a. (D.R. 28/2008) - Menyambung semula Perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008
- Perbahasan -
DAP Ipoh Barat (10.02) - Pencelahan - BN Putatan, PAS Kuala Krai (10.33), PAS Kubang Kerian(10.38), BN Sri Gading, BN Tuaran, PAS Tumpat (10.48), BN Rompin, BN Silam)

- Perbahasan - Bebas Pasir Mas (11.07), (Pencelahan - BN Kinabatangan, DAP Beruas, BN Maran)

- Perbahasan - BN Tenggara (11.32), PKR Selayang (11.37), PAS Kuala Selangor (11.44), PKR Subang (11.58), PKR Lembah Pantai

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas) Menggulung -
- Pencelahan - PAS Kuala Selangor, DAP Ipoh Barat, DAP Segamat, PKR Subang.

- Peringkat Jawatankuasa - Tiada perbahasan.

Sesi Petang (2.30)
b. (D.R. 6/2009) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Betong) mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009
- Perbahasan - BN Mambong (2.49), (Pencelahan - BN Arau), BN Sekijang (3.08),

- Perbahasan -
PAS Shah Alam (3.18), DAP Kepong (3.27) (Pencelahan - PAS Pendang (3.30)), DAP Kuching (3.56), BN Langkawi (4.05), DAP Batu Kawan (4.12), BN Silam (4.16), PKR Balik Pulau (4.22), PAS Kuala Krai (4.25),
- Menteri Menggulung (4.30) -

- Peringkat Jawatankuasa (Fasal 1 hingga 7) - DAP Kepong (4.50), PAS Kuala Krai, PAS Tumpat, BN Tuaran,
- Menteri Menggulung -

c.
(5.11) (D.R. 1/2009) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Batang Lupar) akan mencadangkan Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009
- Perbahasan - PAS Tumpat (5.18), PAS Kuala Krai, BN Silam, PSM Sungai Siput,
- Timbalan Menteri Menggulung -

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.45 petang kepada 10.00 pagi 25 Mac 2009.


Monday, March 23, 2009

Dewan Rakyat - 23 Mac 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL -Bacaan Kali Yang Kedua

1. Peraturan Mesyuarat 18 oleh DAP Kuching

2. (D.R. 5/2009) - Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan Pindaan) 2009


- Perbahasan - Bebas Pasir Mas (10.08), BN Jasin, PAS Kubang Kerian, DAP Kepong, DAP PJ Utara, BN Putatan, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka.
- Timbalan Menteri Kewangan Menggulung -

2. (D.R. 31/2008) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008.

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur (2.37), BN Batu Pahat, DAP Bukit Gelugor, BN Mambong (3.17), PAS Pendang (3.22), BN Pontian (3.27), PSM Sungai Siput (3.30), DAP Seremban (3.33), DAP Teluk Intan (3.36), PKR Balik Pulau (3.48), PKR Selayang, PAS Shah Alam (4.11), DAP Batu Gajah (4.19), DAP Bukit Mertajam (4.24), PKR Subang (4.32),

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Padang Rengas) Menggulung - (Pencelahan - DAP Bukit Gelugor, PKR Batu, PKR Subang)

3. (D.R. 28/2008) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (5.13) akan mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008
- Perbahasan -
DAP Ipoh Barat (5.17),

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang kepada 10.00 pagi hari Selasa 24 Mac 2009.

Friday, March 20, 2009

Dewan Rakyat - 19 Mac 2009 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pembelaan Kerajaan terhadap golongan pesara di sektor swasta. Adakah skim pencen swasta akan dilaksanakan segera.
- Soalan Tambahan - BN Batu Pahat, DAP Ipoh Barat.

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan darihal “ASEAN Security Community” menyentuh status kewujudan, organisasi, fungsi, pencapaian dan halangan setakat ini.
- Soalan Tambahan - PKR Machang (10.17 pagi), BN Jasin.

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pencapaian negara kita dalam mematuhi piawaian dan kualiti antarabangsa bagi produk-produk pertanian dan perikanan.
- Soalan Tambahan - BN Kota Belud, PAS Bachok (10.29 pagi).

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengekang merebaknya penyakit AIDS dan HIV daripada 80 ribu tahun lalu menjadi hampir tiga kali ganda iaitu 300 ribu pada tahun 2015 sepertimana laporan Majlis AIDS Malaysia.
- Soalan Tambahan - PKR Telok Kemang, BN Hulu Terengganu.

5. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha feri yang masih mengekalkan harga tambang feri meskipun harga minyak telah turun dan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha yang mengabaikan mutu perkhidmatan, kebersihan dan keselesaan penumpang.
- Soalan Tambahan - BN Langkawi, BN Sri Gading. (pencelahan PAS Pokok Sena 10.52 pagi).

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidak ada berkemungkinankah penubuhan sebuah cawangan Universiti Pertanian Malaysia di kawasan Bagan Serai yang mempunyai pelbagai potensi penyelidikan.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai, BN Arau.

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai penanaman semula hutan di kawasan pembalakan di Sarawak. Setakat ini berapa banyakkah kawasan yang telah ditanam semula dengan pokok hutan asli dan berapa banyakkah kawasan yang telah dijadikan ladang komersial. Adakah wujudnya peraturan untuk penanaman semula hutan di kawasan yang dibalakkan.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Rajang, PAS Pendang (11.11 pagi)

8. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes penipuan melalui telefon bimbit/talian tetap telah dilaporkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah kes penipuan ini telah diselesaikan dalam tempoh tersebut. Adakah Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Jika ya, jelaskan langkah-langkah yang telah diambil. Jika tidak, mengapa.
- Soalan Tambahan - DAP Bakri, BN Ledang.

9. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah daripada Kementerian untuk memastikan W.P Labuan cukup dengan bekalan makanan sendiri atau Self-Sufficient in food supply, oleh kerana W.P Labuan kini bergantung sepenuhnya kepada import bekalan makanan daripada tanah besar Sabah, dan sebagai contohnya Labuan kini masih mengimport produk pertanian dengan anggaran kasar RM600 ribu sebulan.
- Soalan Tambahan - BN Labuan.

10. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memajukan industri mineral negara. Berapakah pelaburan langsung (FDI) yang telah dibawa masuk bagi memajukan sektor ini dan berapa peratuskah sumbangan sektor ini pada GNP negara.
- Soalan Tambahan - PAS Pokok Sena (11.40 pagi).

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengiktiraf Gerakan Pembebasan Hamas di Palestin serta kemenangannya dalam pilihan raya di wilayah yang ditakluki itu.

Soalan No. 16 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan Kerajaan dalam menangani masalah kadar pengangguran yang dijangka meningkat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Soalan No. 38 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan pelancong Asia Barat yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi Pelancongan dalam tahun 2007 dan 2008.

Soalan No. 52 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sejauh mana kebenaran dan status cadangan Kementerian untuk mendirikan PPR di kawasan Indian Settlement Kampung Pandan bagi memelihara warisan sejarah.

Soalan No. 56 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) bilangan pengendali takaful di Malaysia dan nilai caruman peserta takaful berbanding yang mencarum di dalam polisi Insurans konvensional sejak tahun 2000-2008; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk mensyaratkan agen takaful dan polisi insurans biasa untuk mempromosikan hanya salah satu produk sahaja pada satu-satu masa.

Soalan No. 58 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan satu sistem yang praktikal. Jika tidak, terangkan sebabsebabnya.

Soalan No. 64 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan dalam usaha memboikot barangan Amerika Syarikat/Israel, apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan ia turut disertai pengguna, peniaga dan pemborong.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus empat puluh satu juta enam ratus tujuh puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM2,341,677,400) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2008 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

6) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.41 (RM1,239,237,500) dan P.41 (RM1,171,046,000) Kementerian Pelajaran).

- Sambung Perbahasan - DAP Kepong, BN Kulai.
- Perbahasan - DAP Ipoh Timur. - Pencelahan - BN Jasin.
- Perbahasan - BN Jasin.

- Perbahasan - PKR Padang Serai. - Pencelahan - BN Putatan, BN Tanjong Manis.
- Perbahasan - PAS Pokok Sena (11.40 pagi). - Pencelahan - BN Batu Pahat, PAS Kuala Krai (12.15 tengahari).
- Perbahasan - BN Hulu Terengganu.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Ayer Hitam. - Pencelahan - PAS Parit Buntar (12.29 tengahari), DAP Beruas, PKR Padang Serai, PAS Parit Buntar (12.37 tengahari), PAS Rantau Panjang (12.41 tengahari), PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, DAP Rasah, PKR Padang Serai.

- Sesi Petang
- Sambungan Timbalan Menteri menjawab - BN Ayer Hitam. - Pencelahan - PKR Padang Serai, BN Kinabatangan, DAP Ipoh Timur, DAP Taiping.

7) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.42 (RM789,599,700) Kementerian Kesihatan.
- Perbahasan - PKR Ampang, DAP Serdang, BN Rompin, PAS Hulu Langat (3.52 petang), PAS Titiwangsa (3.53 petang), BN Silam, DAP Bandar Kuching.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Mersing. - Pencelahan - PAS Hulu Langat (4.08 petang), PAS Shah Alam (4.10 petang).

7) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.43 (RM40,000,000) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Perbahasan - BN Langkawi, DAP Tanjong, BN Tenggara, DAP Rasah, BN Jasin, PAS Jerai (4.29 petang), BN Pasir Salak, PAS Titiwangsa (4.34 petang), PAS Pasir Puteh (4.45 petang), BN Labuan, BN Kinabatangan, BN Maran.

- Menteri menjawab - BN Tanjong Malim. - Pencelahan - PAS Kubang Kerian (4.57 petang).

8) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.44 (RM30,761,000) dan P.44 (RM10) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
- Perbahasan - BN Jempol, PAS Baling (5.06 petang), BN Maran, PAS Pasir Puteh (5.12 petang), BN Tenggara, PAS Jerai (5.18 petang), BN Silam, PAS Kubang Kerian (5.28 petang), BN Lipis, PAS Parit Buntar (5.42 petang).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Tebrau. - Pencelahan - PAS Parit Buntar (5.52 petang), BN Tenggara.

9). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.46 (RM20) Kementerian Sumber Manusia.
- Perbahasan - Tiada Perbahasan.

10). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- Perbahasan - DAP Serdang, DAP Batu Gajah.
- Timbalan Menteri menjawab - BN Sungai Besar. - Pencelahan - DAP Batu Gajah.

12). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.49 (RM6,000,000) Kementerian Pengajian Tinggi.
- Perbahasan - BN Ledang.
- Timbalan Menteri menjawab - BN

13). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.60 (RM757,681,400) Kementerian Pertahanan.
- Perbahasan - PAS Kubang Kerian (6.29 petang), BN Labuan, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, PKR Machang (6.39 petang), BN Silam
Timbalan Menteri menjawab - BN Masjid Tanah. - Pencelahan - PKR Machang.

14). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.62 (RM399,272,100) Kementerian Dalam Negeri.
- Perbahasan - DAP Rasah, PAS Parit Buntar (7.14 malam), BN Silam.


Thursday, March 19, 2009

Dewan Rakyat - 18 Mac 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan positif atau negatif terhadap import dan eksport produk dan perkhidmatan di negara ini dalam situasi ekonomi dunia kini dan menyatakan langkah-langkah baru galakan industri bagi meningkatkan eksport serta nyatakan pasaran terkini negara baru yang diteroka.
- Soalan Tambahan - BN Pontian, DAP Kota Melaka.

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan serta peratusannya kepada syarikat-syarikat korporat berbanding dengan pinjaman secara individu dari tahun 2005 hingga 2008.
- Soalan Tambahan - PKR Kuala Kedah, BN Lipis.

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan negara asing manakah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan latihan bersama.
- Soalan Tambahan - BN Sri Gading, PAS Kuala Krai (10.30 pagi)

4. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-
(a) berapakah saiz modal francais tempatan berbanding francais di negara lain; dan
(b) berapakah pula francais tempatan ini yang gagal atau mengalami kerugian. - Tidak Hadir.

5. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar pada tahun ini di kawasan Parlimen Lubok Antu dan sebutkan nama kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terlibat.
- Tidak Hadir.

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional penubuhan Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pelaburan luar negara yang dijalankan FELDA, sebutkan aktiviti/jenis pelaburannya, prospek pelaburan dan implikasi kewangan.
- Soalan Tambahan - PKR Machang (10.36 pagi), BN Kuala Krau.

7. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) adakah benar bahawa panggilan kecemasan 999 bantuan bomba di Sarawak kini dilencongkan (divert) ke Kuala Lumpur sebelum arahan dikeluarkan untuk bomba Sarawak bertindak; dan
(b) jika benar, apakah tindakan untuk membaik pulih keadaan.
- Soalan Tambahan - BN Tanjong Manis, PKR Gombak (10.45 pagi).

8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan memberi galakan yang wajar dalam usaha menambah keluasan tanaman getah klon balak.
- Soalan Tambahan - PAS Kota Bharu (10.49 pagi), BN Mambong.

9. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menjamin kestabilan Bursa Saham kita dalam keadaan merudumnya ekonomi dunia, terutamanya keupayaan pihak Kerajaan untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan kedua-dua pengguna dan pembekal modal dan seterusnya memartabatkan lagi pasaran kewangan dan saham kita.
- Soalan Tambahan - BN Arau, DAP Bukit Bintang.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah keperluan baja negara, jumlah baja yang diimport, jumlah pengeluaran baja tempatan dan apakah dasar yang diguna pakai bagi pengeluaran baja tempatan dan penggunaan baja kompos sebagai alternatif baja kimia.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang (11.07 pagi), BN Ranau.

11. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah penyediaan lampu jalan solar boleh diguna pakai terutama di jalan-jalan negeri terutama di Sabah dalam usaha untuk mengurangkan kes kemalangan maut di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Libaran, PAS Pendang (11.22 pagi)

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) sejak bilakah Ijazah Perubatan dari Universiti Malaya (MBBS) tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain sedangkan pada satu masa dahulu ianya diiktiraf; dan
(b) apakah sebab-sebab ianya tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Britain.
- Soalan tambahan - DAP Telok Intan.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program-program yang telah dan akan diadakan oleh Kementerian bagi membendung belia dan beliawanis negara terlibat dengan gejala-gejala negatif bagi tempoh 2008 hingga 2010 dan apakah keberkesanannya.

Soalan No. 16 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam memantau kakitangan awam dan swasta yang berkemungkinan akan berhadapan dengan keadaan tidak mampu membayar ansuran pinjaman bagi mengelak krisis subprima Amerika melanda Malaysia.

Soalan No. 48 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan dalam memastikan bekas penanaman tembakau mendapat sumber pendapatan baru yang setanding dengan industri tembakau.

Soalan No. 62 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan penubuhan sekretariat SENADA dan apakah status penubuhannya sehingga kini. Berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini.

Soalan No. 64 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah besar yang Kementerian sedang rancang dan usahakan untuk mewujudkan negara Palestin yang benar-benar bebas dan merdeka.

Soalan No. 71 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah dan akan di ambil oleh JAKIM untuk memartabatkan tulisan jawi yang makin terpinggir hari ini.

c. - Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama
1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencadangkan Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) (Pengesahan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus empat puluh satu juta enam ratus tujuh puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM2,341,677,400) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2008 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Lumut. - Pencelahan - BN Alor Gajah, DAP Batu Gajah, PKR Padang Serai, PAS Tumpat (11.49, 12.04, 12.13 pagi), PAS Shah Alam (11.55,12.11 pagi), PKR Balik Pulau, BN Jasin, DAP Bukit Bintang, DAP Kepong, PAS Rantau Panjang (12.39,12.41 tengahari), BN Tenggara, BN Batu Pahat, PKR Indera Mahkota (12.54 tengahari).

- Sesi Petang

1) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.6 (RM154,137,650) P.6 (RM70.00) dan Kepala B.7 (RM312,383,000) Jabatan Perdana Menteri.

- Perbahasan - PKR Permatang Pauh, (2.33 petang)(Pencelahan - BN Sri Gading, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur).

- Perbahasan - PAS Kubang Kerian (3.05 petang), DAP Batu Gajah, PKR Lembah Pantai (3.19 petang), DAP Bukit Bintang.

- Perbahasan -BN Jasin (Pencelahan - PKR Balik Pulau), - Perbahasan - PKR Machang (Pencelahan - PKR Balik Pulau).

- Perbahasan - PAS Rantau Panjang (3.44 petang). - Pencelahan - PKR Balik Pulau.

- Menteri menjawab - BN Senator. - Pencelahan - PAS Titiwangsa (3.57 petang), PAS Shah Alam (4.03 petang, PKR Gombak, PKR Machang (4.08 petang), BN Sri Gading.

- Menteri menjawab - BN Redang Rengas. - Pencelahan - DAP Bandar Kuching, DAP Kepong, DAP Rasah, PAS Shah Alam (5.02 petang).

2) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.11 (RM 772,85, 500) Jabatan Perkhidmatan Awam.

- Perbahasan - PAS Kuala Selangor (5.07 petang), PAS Shah Alam (5.08 petang), BN Pontian, PAS Kuala Krai (5.12 petang), PAS Rantau Panjang (5.13 petang).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Lumut. - Pencelahan - PAS Shah Alam (5.20 petang), PAS Rantau Panjang (5.24 petang).

3) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.27 (RM 60,000,000) P.27 (RM 34,541,083) Kementerian Kerja Raya.

- Perbahasan - DAP Kota Melaka, DAP Rasah, PAS Sik (5.37 petang), DAP Kepong, PKR Gombak (5.40 petang), BN Pasir Salak, PAS Pasir Puteh (5.45 petang), PAS Pendang (5.46 petang), PAS Titiwangsa (5.47 petang), PAS Rantau Panjang (5.47 petang).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Stampin. - Pencelahan - BN Pasir Salak, PKR Gombak.

4) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.28 (RM203,600,000) Kementerian Pengangkutan.

- Perbahasan - DAP Rasah, DAP Kota Melaka, BN Sekijang,

- Menteri menjawab - BN Pandan. - Pencelahan - BN Sekijang, PKR Indera Mahkota.

5) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.29 (RM300,000,010) dan P.30 (RM10) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi).

- Perbahasan - PKR Gombak (6.18 petang) - Kepala P.30 tidak dibenarkan bahas.

- Perbahasan - BN Pontian, DAP Rasah, PAS Pendang (62.6 petang). Pencelahan -PKR Gombak (6.27 petang),

- Perbahasan - DAP Kepong, BN Sekijang. Pencelahan -PKR Indera Mahkota (6.35 petang).

- Perbahasan - BN Silam, BN Jasin, DAP Batu Gajah, BN Tenggara, DAP Bandar Kuching.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Julau. - Pencelahan - DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah, DAP Rasah.

6) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.41 (RM1,239,237,500) dan P.41 (RM1,171,046,000) Kementerian Pelajaran).

- Perbahasan - DAP Rasah, PAS Pasir Puteh (7.30 petang), PAS Jerai (7.32 petang), BN Bintulu, BN Putatan, PKR Ampang, BN Lipis, DAP Kepong.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam sehingga 10.00 pagi 19 Mac 2009.

Wednesday, March 18, 2009

Dewan Rakyat - 17 Mac 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai kebanjiran pekerja asing masih lagi menjadi masalah di negara kita. Apakah tindakan Kerajaan terhadap majikan yang melebihi kuota dalam pengambilan pekerja ini.
- Soalan tambahan - BN Kuala Nerus, PAS Kubang Kerian (10.07 pagi).

2. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan subsidi kepada penternak ikan yang diperuntukkan 1 kg = RM1.60 manakala kepada nelayan yang keluar ke laut hanya diperuntukkan 1 kg = RM0.10.
- Soalan tambahan - PKR Nibong Tebal, BN Kalabakan.

3. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diusahakan bagi mengekalkan bangunan warisan di seluruh negara.
- Soalan tambahan - BN Simpang Renggam, DAP Kota Melaka.

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah peratus pelajar-pelajar yang gagal dan diberhentikan dari institusi-institusi pengajian tinggi awam sepanjang tempoh 2005 hingga 2008.
- Soalan tambahan - PAS Jerai (10.30 pagi), BN Kinabatangan.

5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah bentuk baru dalam menjenamakan Kempen Beli Produk Malaysia bagi merancakkan pertumbuhan permintaan domestik sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara ketika berlaku krisis ekonomi dunia sekarang.
- Soalan tambahan - BN Lipis, Bebas Pasir Mas, BN Jempol.

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kementerian Kesihatan bercadang menyemak semula faedah-faedah kerja lebih masa bagi ahli-ahli farmasi yang berkhidmat di hospital-hospital awam, supaya mereka juga dapat menikmati bayaran kerja lebih masa seperti doktor-doktor perubatan dan bukan hanya diberi pampasan dengan cuti tambahan sahaja.
- Soalan tambahan - Bebas Tawau, BN Mambong.

7. Dato’ Lee Chee Leong [ Kampar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang bilangan pelajar sekolah yang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gengsterisme semakin meningkat. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah kritikal ini.
- Soalan tambahan - BN Kampar, PKR Kuantan.

8. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan dan program yang dilaksanakan di peringkat Kementerian untuk menangani masalah sosial yang berkaitan dengan Mat Rempit yang merupakan antara masalah yang paling utama yang membelenggu golongan belia di negara ini.
- Soalan tambahan - DAP Rasah, BN Pasir Salak.

9. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian untuk memastikan pengusaha-pengusaha spa mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan, penjagaan kulit dan ubat-ubatan sebelum mereka diberi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan perniagaan spa.
- Soalan tambahan - BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa (11.11).

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapa banyak Apparatus Assignment (AA) telah dikeluarkan daripada 2004 hingga 2008 dan kenapa banyak pelesen NFP dan NSP rungut mereka tidak dapat melaksanakan projek perkhidmatan kepada pengguna walaupun terdapat demand yang bertaraf komersial.
- Soalan tambahan - DAP Jelutong, BN Paya Besar.

11. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan untuk menaik taraf Balai Polis Tambunan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah. - Tidak Hadir.

12. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah kolej-kolej swasta yang telah ditutup di seluruh negara kerana tidak berdaya maju dan apakah strategi Kerajaan untuk membantu kolej-kolej swasta ini. - Tidak Hadir.

13. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani malah kegelisahan ramai kakitangan Perpustakaan Awam Peringkat Negeri, Daerah dan Desa di seluruh negara yang sebahagian besarnya masih berjawatan Kontrak dan Sambilan apakah pecahan perjawatan mengikut negeri-negeri.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sejauh manakah kebenaran dakwaan pihak-pihak tertentu mengenai beberapa produk yang dikaitkan dengan syarikat-syarikat Amerika yang dipercayai menyumbang kepada rejim Zionis dan apakah pendirian Kerajaan terhadap urus niaga produk-produk ini di dalam negara ini sekiranya dakwaan ini benar.

Soalan No. 16 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program Harm Reduction, jumlah klinik yang terlibat, jumlah penagih yang dapat dipulihkan dan apakah ada klinik yang didapati menjual methadone secara haram.

Soalan No. 22 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi memastikan harga getah dan kelapa sawit stabil dalam pasaran.

Soalan No. 28 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan ke negeri Kelantan mengikut kawasan Parlimen dan jenis peruntukan sejak tahun
1990 hingga kini.

Soalan No. 34 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pengusaha lori mengenakan caj tambahan sewenang-wenangnya bagi barang yang diangkut dan apakah kuasa Kementerian mengawal tindakan pengusaha ini supaya tidak membebankan pengguna.

Soalan No. 40 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia membuat pendaftaran Pemilih secara online.

Soalan No. 50 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan ketelusan dalam pengurniaan konsesi kutipan tol bagi Fasa II Projek Lebuh raya Pantai Timur dan seterusnya tidak membebankan rakyat.

Soalan No. 54 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) dasar-dasar dan faktor-faktor penting dalam perhitungan penyusunan “National Airport Masterplan” yang antara lainnya telah dikatakan memperuntukkan sebanyak 10,000 hektar tanah untuk lapangan terbang; dan
(b) menerangkan akan kepentingan kriteria ‘clustering’ dalam menjana ‘software and hardware connectivity’ supaya sesebuah lapangan terbang sama ada LCCT (contohnya Labu) atau lapangan terbang biasa mampu berdaya saing.

Soalan No. 67 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian telah mengemukakan satu kertas rangka kaedah baru yang lebih berkesan dalam pembelajaran bahasa Inggeris termasuk dalam pengajaran dan amalan bahasa Inggeris.

Soalan No. 68 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan program pembayaran rebat RM625 setiap kenderaan bawah 2,000cc selepas tempoh asal tamat hujung Mac ini.

c. - Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama
1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 DAN YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima billion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.
- menyambung Perbahasan peringkat Jawatankuasa sesebuah majlis -

1) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

- Perbahasan - BN Maran (11.37 pagi), PAS Kota Raja (11.43 pagi), DAP Batu Gajah, BN Lipis, PKR Kuantan, BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa (11.58 pagi), BN Rompin, PKR PJ Selatan, BN Silam, PAS Pendang (12.11 tengahari), PKR Sungai Petani, PAS Rantau Panjang (12.15 tengahari).

- Timbalan Menteri Menjawab - BN Sungai Besar. Pencelahan - PAS Kota Raja (12.35 tengahari), DAP Batu Gajah, PKR Kuantan, PAS Kuala Krai (12.36 tengahari), BN Jempol, PKR PJ Selatan, DAP Beruas.

2) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.49 (RM6,000,000) Kementerian Pengajian Tinggi.

- Perbahasan - PAS Kuala Krai (12.50 tengahari), PKR Subang, PKR Indera Mahkota.

Sesi Petang

3). Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.60 (RM6,000,000) Kementerian Pertahanan.
- Perbahasan - Tiada Perbahasan.

4) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.62 Kementerian Dalam Negeri.

- Perbahasan - PAS Hulu Langat (2.39), BN Sekijang, DAP Batu Gaja, PKR Lembah Pantai, PAS Pokok Sena (2.53), PKR Sungai Petani, DAP Serdang, PAS Titiwangsa, PAS Rantau Panjang, BN Putatan, BN Silam, BN Pontian, BN Kuala Nerus, BN Tenggara, DAP Rasah.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Alor Setar. Pencelahan - PAS Rantau Panjang, PKR Lembah Pantai, PAS Shah Alam, PKR Lembah Pantai.

5) Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kepala P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

- Perbahasan - PKR Sungai Petani (4.19), BN Arau, BN Tuaran, PAS Kubang Kerian (4.30), BN Tenggara, PAS Sik (4.39), PKR Indera Mahkota, BN Silam, PAS Rantau Panjang.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Pensiangan - Pencelahan - BN Tuaran, BN Labis.

2. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus empat puluh satu juta enam ratus tujuh puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM2,341,677,400) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2008 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”.

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur (5.49). Pencelahan - PAS Kuala Krai, PAS Tiwangsa (6.01), PKR Batu, BN Jasin, PKR Gopeng, BN Hulu Terengganu).

- Perbahasan - Bebas Pasir Mas (6.37).

- Perbahasan - PAS Tumpat (6.48 petang). - Pencelahan - PAS Pendang, PAS Kuala Krai, DAP Batu Gajah).

- Perbahasan - BN Pontian (7.33 malam). - Pencelahan - PKR Batu, Bebas Tawau (7.50 malam), BN Jasin (8.00).

- Perbahasan - PAS Padang Terap (8.05 malam). - Pencelahan - PAS Rantau Panjang

- Perbahasan - BN Ledang. - Pencelahan - BN Jasin, PKR Indera Mahkota, BN Sekijang, BN Tenggara.

- Perbahasan - PKR Batu. - Pencelahan - PAS Pendang

-Perbahasan - BN Tenggara. - Pencelahan - BN Sekijang, BN Maran, DAP Kota Melaka, PAS Kubang Kerian (9.47 malam), BN Sibuti, BN Ledang, PAS Jerai, BN Arau, DAP Kota Melaka (10.13 malam).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan disambung pada 10.00 pagi 18 Mac 2009.

Tuesday, March 17, 2009

Dewan Rakyat - 16 Mac 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah Belanjawan 2009 akan menggalakkan kemasukan pelaburan IKS-IKS luar negeri ke negara kita memandangkan mereka harus menjadi sasaran Kerajaan untuk merancakkan lagi pemindahan teknologi dan R&D di negara kita.
- Soalan Tambahan - BN Silam, PKR Kuala Langat.

2. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan berapakah peruntukan perbelanjaan untuk program TEKUN Rakan Niaga 2008 dan 2009 serta bagaimanakah kaedah perlaksanaannya.
- Soalan Tambahan - PKR Indera Mahkota, BN Jempol.

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah syarikat-syarikat kelolaan Khazanah Nasional yang telah mendapat untung pada tahun 2008. Berikan data-data mengikut susunannya.
- Soalan Tambahan - BN Sekijang, PKR Balik Pulau.

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan akan menggalakkan orang ramai supaya lebih mengamalkan makanan sayur-sayuran dan mengurang atau mengelakkan memakan daging yang tidak sesuai untuk manusia dari segi kesihatan, etika dan sains.
- Soalan Tambahan - DAP Telok Intan, BN Batu Pahat.

5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah bentuk infrastruktur yang telah disediakan oleh Kerajaan untuk pengurusan sisa pembuangan elektronik (e-waste) di Jabatan Kerajaan, hospital dan sektor swasta yang menggunakan peralatan elektronik seperti komputer. Adakah satu bentuk kempen kesedaran mengenai e-waste telah dijalankan.
- Soalan Tambahan - BN Sibuti.

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana pekerja yang telah dibuang kerja tetapi berminat menyertai program latihan vokasional (Skills Retraining) yang ditawarkan oleh Kerajaan akan menampung keperluan harian untuk keluarga mereka mengikut kursus latihan.
- Soalan Tambahan - PSM Sunagai Siput, BN Rembau.

7. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan plastik adalah satu bahan yang amat berbahaya kepada kesihatan jika dibakar atau digunakan untuk bungkusan makanan panas. Minta penjelasan apakah strategi Kementerian untuk memberi penerangan dan mendidik rakyat kerana bahan dioxin yang dihasilkan sudah terbukti antara penyebab kepada penyakit kanser.
- Soalan Tambahan - BN Padang Besar, PAS Kuala Krai (11.04 pagi).

8. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada terdapat undangundang terbaru ataupun cadangan daripada Kementerian yang mana pemaju-pemaju rumah pangsa harus mengemukakan permohonan “strata title” atas satu projek baru dalam tempoh masa yang tertentu.
- Soalan Tambahan - PKR Nibong Tebal.

9. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengenal pasti dan menghapuskan pembaziran dalam perbelanjaan pembangunan dan pentadbiran.
- Soalan Tambahan - BN Pulai, DAP Kepong.

10. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah ada cadangan supaya semua gaji dan elaun Pengerusi dan CEO Syarikat GCLC dipotong 50% serta merta memandangkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, manakala gaji yang diterima begitu lumayan dan dikritik masyarakat.
- Soalan Tambahan - Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan proses Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti awam di Malaysia adalah dijalankan dengan telus dan bebas.

Soalan No. 18 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pekerja yang diberhentikan dalam sektor pembuatan dalam tempoh suku terakhir 2008 dan suku pertama 2009.

Soalan No. 26 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah fungsi dan objektif Yayasan Pelaburan Bumiputra dan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputra yang ditubuhkan Kerajaan dan nyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai oleh kedua-dua
yayasan ini semenjak ditubuhkan.

Soalan No. 54 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di bawah dasar perlindungan hidupan liar, BABI hutan adalah binatang yang dilindungi. Masalahnya kawasan pertanian di kampung, binatang ini menjadi masalah besar dan satu trauma kepada petani. Adakah Kementerian bercadang supaya binatang ini dihapuskan dari senarai akta perlindungan ataupun diberi Permit kepada pemburu yang berminat atau berikan tugas kepada RELA untuk mengurangkan jumlahnya.

Soalan No. 56 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan telah menggunakan mata wang yang lain dari Dollar Amerika Syarikat (USD) dalam urusan perdagangan peringkat antarabangsa. Jika ada,nyatakan perinciannya.

Soalan No. 58 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Petronas untuk membina “supply base” di Tumpat untuk memberi khidmat dan mendaratkan minyak dan gas dari pelantar-pelantar di pesisir lautan Kelantan.

Soalan No. 62 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai perdagangan antara Malaysia dan Israel bagi tempoh tiga tahun terakhir ini. Apakah kebenaran di belakang tabir ini tidak bertentangan dengan dasar Kerajaan yang menolak hubungan dagang dengan Israel yang telah melakukan banyak keganasan di Palestin.

Soalan No. 64 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan terus mengawal sendiri aktiviti penggunaan sinaran mengion dalam perubatan. Bagaimana pula kawalan dibuat terhadap penggunaan peralatan perubatan yang menggunakan sinaran tak mengion seperti ultrasound, penyinaran UV dan lain-lain.

Soalan No. 66 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan usaha mewujudkan profil pertanian di 222 Kawasan Parlimen bagi menambah baik pengeluaran hasil pertanian.

Soalan No. 68 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada SPR telah menjalankan kajian untuk meneruskan penggunaan dakwat kekal semasa pengundian dan tindakan SPR seterusnya.

Soalan No. 69 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mewajibkan pensijilan logo halal sebagai syarat pengoperasian semua kedai makan seperti restoran, kantin dan hotel (public eatery outlets) di seluruh negara.

c. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB.
Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.


Pencelahan (Point of Order) - DAP Ipoh Timur, PAS Tumpat (11.37 pagi), DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Gelugor, PKR Subang, PKR Permatang Pauh.

d. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan kali Kedua
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima billion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut”. [Peringkat Jawatankuasa]

Sesi Petang - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Kerja Raya) - BN Ledang, BN Silam, PKR Balik Pulau, BN Labuan.

Timbalan Menteri menjawab - BN Stampin.
- Pencelahan - DAP Batu Gajah, DAP Klang,DAP Bagan, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Jasin, PAS Shah Alam (3.04 petang), BN Padang Rengas.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Pengangkutan) - DAP Rasah, DAP Jelutong, PKR Bandar Kuching, PKR Machang (3.32 petang), BN Putatan, DAP Kota Melaka, BN Padang Besar.

Menteri menjawab - BN Pandan.
- Pencelahan - PAS Hulu Langat (3.49 petang), DAP Jelutong, DAP Bandar Kuching, PKR Machang (4.12 petang), Bebas Sepanggar.

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi) - PKR Indera Mahkota (4.23 petang), DAP Batu Gajah, PAS Kuala Krai (4.37 petang), DAP Rasah, BN Kapit, DAP Kepong.

Timbalan Menteri menjawab - BN Julau.
- Pencelahan -

- Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008