Wednesday, April 8, 2009

Dewan Rakyat - 7 April 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kemajuan dalam usaha Bio-Diesel daripada minyak kelapa sawit dan sejauh mana usaha ini boleh menolong menyelesaikan masalah stok minyak kelapa sawit negara.
2. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) apakah tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang terpilih menyertai PLKN tetapi gagal melaporkan diri ke kem PLKN; dan
(b) apakah tindakan Kementerian yang diambil oleh ke atas mereka yang meminta penangguhan bagi memasuki PLKN kerana melanjutkan pelajaran di dalam/luar negara.

3. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memberikan perumahan secara percuma kepada rakyat termiskin.

4. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pakej yang akan dirancang oleh Kementerian kepada peminjam yang tidak mampu membayar balik pinjamannya akibat kehilangan mata pencarian kesan daripada kegawatan ekonomi global.

5. Puan Heng Seai Kie minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Mencegah Lompat Parti demi memberhentikan budaya berpolitik yang tidak beretika serta menstabilkan politik dalam negara.

6. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kekerapan semakan piawaian dan kaedah pemotongan dan penyelenggaraan lereng bukit bagi tujuan pembinaan jalan dan lebuh raya selaras dengan pendekatan lestari dan mengurangkan kos membaik pulih.

7. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah dengan membatalkan penswastaan IJN akan menambah beban kepada Kerajaan. Apakah operasi sekarang tidak boleh ditingkatkan demi untuk memenuhi permintaan rakyat yang mahukan IJN di bawah penyeliaan Kerajaan.

8. Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk meminimakan "Red Tape" dengan mengurangkan penggunaan borang sebanyak 21 jenis dalam perlaksaan OSC dan CCCC dalam industri perumahan.

9. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan penjualan uniform dan peralatan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan seperti polis, tentera, bomba dan pasukan penyelamat kini dijual berleluasa di kedai-kedai. Adakah Kementerian sedar atau membenarkan penjualannya secara mudah diperolehi orang awam.

10. Dato' Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status dan perancangan Lebuh Raya Pantai Timur dalam mewujudkan rangkaian perhubungan yang berkesan.

11. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu persatuan-persatuan sukan di seluruh negara untuk terus berbakti dan menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

12. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah bentuk serta jumlah bantuan dan insentif yang diberikan oleh Kementerian kepada pertubuhan / badan bukan Kerajaan (NGO) di dalam memajukan kesusasteraan kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan.


b. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1), Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu Ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah seperti berikut:-
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Bin Pawanteh [ Pengerusi ] (Tuan Yang di Pertua Dewan Negara)
2. Y.B. Dato’ Ir. Wong Foon Meng
3. Y.B. Dato’ Seri Empiang Jabu
4. Y.B. Dato’ Kamarudin bin Ambok
5. Y.B. Puan Mumtaz binti Md. Nawi


c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

1. (D.R. 2/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

2. (D.R. 3/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

3. (D.R. 5/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009

4. (D.R. 31/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008

5. (D.R. 28/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008

6. (D.R. 6/2009) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009

7. (D.R. 1/2009) - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009

8. (D.R. 9/2009) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009

9. (D.R. 14/2008) - Menteri Pengajian Tinggi mencadangkan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Dewan Negara - 6 April 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang komitmen Kerajaan untuk menghadapi pilihan raya kecil serentak untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Apakah pihak SPR berkeyakinan dapat menanganinya terutama peruntukan kewangan yang tinggi. Bagaimana pula dengan DUN Batang Ai di Sarawak, apakah perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, sedangkan pilihan raya peringkat DUN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.

2. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian telah menjalankan kajian bagi melihat keberkesanan cara penyampaian mata pelajaran moral dan agama di sekolah. Kegiatan salah laku pelajar yang sering dilaporkan jelas menunjukkan penerapan nilai-nilai murni perlu diperhebatkan lagi dan salah satu cara ialah melalui mata-mata pelajaran berkenaan.

3. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERIPENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negara ini bersedia dari segi kualiti untuk layak disenaraikan antara 500 universiti terbaik di seluruh dunia dalam THE QS World University Ranking.

4. Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah panduan sedia ada mengenai penggunaan "natural-gas vehicle" ataupun NGV bagi kenderaan persendirian dan sama ada cadangan bagi menggalakkan para pemilik kenderaan persendirian untuk bertukar ke NGV sebagai usaha "alternative fuel".

5. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah dana bagi tujuan peningkatan infrastruktur yang telah disalurkan kepada kampung-kampung di seluruh negara sejak tahun 2008 sehingga kini.

6. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah positif yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi memastikan budaya buli di sekolah/institusi pendidikan yang semakin serius dapat diatasi. Apakah perancangan jangka pendek dan panjang dan sasaran Kementerian bagi menangani gejala tersebut.

7. Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan kelembapan ekonomi negara yang disebabkan oleh krisis ekonomi dunia, apakah pada pendapat Kerajaan kelemahan struktur ekonomi kita yang paling ketara dan apakah cadangan Kerajaan mengatasi kelemahan ini supaya kita dapat lebih bertahan kalau krisis dunia seperti ini berlaku lagi di masa-masa hadapan.

8. Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI
PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan semua negeri di seluruh Malaysia untuk menerbitkan filem sejarah setiap negeri untuk seluruh rakyat Malaysia mengenai sejarah tempatan.

9. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bentuk bantuan kewangan dan nasihat yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam industri pertanian.

10. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasionalnya pihak penguat kuasa mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di lokasi-lokasi yang tidak sesuai seperti di hujung kepala jambatan dan di tempatkan di laluan sibuk hingga mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

11. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-
(a) apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menyeragamkan harga minyak petrol yang dijual di pedalaman melalui stesen minyak mini dengan kawasan bandar; dan
(b) apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan penjualan gas petroleum cecair (LPG) di bawah harga Kerajaan khususnya di kawasan luar bandar termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

12. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) berapakah pengeluaran perabot Malaysia pada tahun 2006, 2007 dan juga 2008; dan
(b) apakah cabaran serta destinasi eksport industri perabot Malaysia


b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -


c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

1. (D.R. 2/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

2. (D.R. 3/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

3. (D.R. 5/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009

4. (D.R. 31/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008

5. (D.R. 28/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008

6. (D.R. 6/2009) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009

7. (D.R. 1/2009) - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009

8. (D.R. 9/2009) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009

9. (D.R. 14/2008) - Menteri Pengajian Tinggi mencadangkan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Dewan Negara - 2 April 2009 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan merancang untuk menambah peruntukan kredit mikro bagi memastikan lebih banyak perniagaan kecil mendapat akses dari kredit seperti TEKUN dan Tabung Amanah Ikhtiar memandangkan iannya banyak membantu golongan tersebut meskipun jumlahnya masih terbatas.

2. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjana tenaga elektrik melalui proses nuklear memandangkan ia terbukti ekonomikal dalam jangka panjang.

3. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kejayaan yang dicapai oleh negara di dalam melahirkan usahawan tani dalam penternakan/pemasaran udang harimau, ikan keli, lintah, ketam kepah, cacing umpan dan lain-lain.

4. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membayar elaun litigasi kepada para pegawai pendakwa raya dan Peguam Persekutuan yang mengendalikan kes di mahkamah pelbagai peringkat di seluruh negara kerana beban tugas dan bilangan kes yang berganda yang dihadapi mereka.

5. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas atau Dinar Emas bagi melindungi aset daripada inflasi.

6. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan proses menghantar pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal mereka kerana kos sara diri mereka sewaktu dalam tahanan ditanggung oleh Kerajaan dan melihat kepada keadaan kemerosostan ekonomi dunia, ini amatlah merugikan Kerajaan.

7. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah inisiatif-inisiatif terbaru Kementerian dalam memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan juga sensitiviti budaya di kalangan masyarakat Malaysia memandangkan isu perpaduan kian meruncing.

8. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula prosedur soal siasat polis terhadap orang-orang yang ditahan di lokap polis untuk memastikan kes seperti A. Kugan tidak berulang lagi.

9. Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan bagi mempergiatkan sektor pembinaan serta merancakkan lagi pembangunan sektor hartanah supaya dapat menjanakan kegiatan ekonomi yang boleh memberi faedah kepada seluruh rakyat.

10. Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan di masa-masa akan datang terutamanya di Sarawak bagi mendedahkan rakyat terhadap buah-buahan tempatan yang didapati dari hutan-hutan seperti "buah puak/buah tampoi" dan sama ada terdapat usaha penyelidikan terhadap kebaikan buah-buahan ini dari segi kesihatan.

11. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menggalakkan rakyat jelata untuk menggunakan kenderaan yang lebih mesra alam seperti basikal. Adakah Kerajaan bercadang untuk menjadikan jalan-jalan awam lebih selamat kepada penungggang-penunggang basikal sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaannya di kawasan-kawasan yang sesuai.

12. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menolong orang Sarawak, khasnya etnik Penan yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan status kewarganegaraan. Adakah Kementerian mempunyai statistik dan maklumat yang berkenaan di mana berapa ramai orang Sarawak yang menghadapi masalah ini.

13. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI
PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan untuk menarik pelancong-pelancong luar negara datang ke Malaysia dalam suasana ekonomi global menghadapi krisis sekarang ini.

14. Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah reputasi pegawai kesihatan sekarang menurun, kerana semakin banyak saman terhadap pegawai hospital Kerajaan difailkan di mahkamah.

15. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan enrolmen pelajar di Kolej Komuniti pada 2008 dan sejauh manakah sambutan terhadap kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti kepada orang ramai yang berhasrat untuk memberi nilai tambah kepada diri masing-masing.


b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

1. (D.R. 2/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

2. (D.R. 3/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

3. (D.R. 5/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009

4. (D.R. 31/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008

5. (D.R. 28/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008

6. (D.R. 6/2009) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009

7. (D.R. 1/2009) - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009

8. (D.R. 9/2009) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009

9. (D.R. 14/2008) - Menteri Pengajian Tinggi mencadangkan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Thursday, April 2, 2009

Dewan Negara - 1 April 2009

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah Kementerian tidak ada satu pelan tindakan untuk membanteras Denggi dan Chikungunya sedangkan penyakit tersebut bukanlah sesuatu perkara yang baru dan ia kerap berlaku.

2. Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan pembangunan ekonomi yang pesat dan penuh cabaran, apakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu IPO Khas kepada golongan minoriti bagi meningkatkan ekuiti agar setanding dengan kaum-kaum lain.

3. Dato' Hajah Samsiah binti Samsudin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk memberi kenaikan pencen sehingga RM720 kepada pesara-pesara yang berkhidmat dari 21 hingga 25 tahun atau bagaimana Kementerian memandang masalah pesara-pesara ini.

4. Dr. Malasingam a/l Muthukumar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah rancangan atau program yang digariskan agar bekas penagih dapat berdikari setelah keluar dari pusat serenti memandangkan mereka sukar mencari pekerjaan; dan
(b) adakah Kementerian mempunyai statistik bilangan penagih yang kembali menagih dadah atas tekanan emosi kerana gagal mencari nafkah hidup.

5. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Pelan Induk Pembangunan Orang Asli jangka panjang bagi memastikan Orang Asli menerima segala kemudahan prasarana dan kemantapan ekonomi menjelang 2020.

6. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sehingga kini berapa banyak jumlah kutipan derma kemanusiaan Gaza yang telah dipungut melalui pelbagai tabung yang ditubuhkan dan jumlah yang telah pun disalurkan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

7. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kejatuhan nilai permintaan negara berbanding penawaran yang agak ketara. Jika ada, sila jelaskan dan bagaimana usaha pragmatik untuk mengatasinya.

8. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pemberhentian kerja dan penutupan kilang-kilang industri adalah merupakan masalah besar kepada negara. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah supaya kilang terus beroperasi dan jumlah pekerja yang berhenti dapat memenuhi permintaan jawatan kosong yang sedia ada.

9. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah langkah-langkah strategik yang perlu dilaksanakan agar Rukun Negara menjadi amalan dan pegangan seluruh rakyat Malaysia. Memandangkan Rukun Negara cuba diimplementasikan bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang tinggi. Namun akhir-akhir ini, telah menampakkan ada golongan yang tidak mengamalkannya.

10. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta PERDANA MENTERI menyatakan pada masa kini, ramai kakitangan Kerajaan meluahkan ke tidak puashatian sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan di seluruh organisasi Jabatan dan agensi Perkhidmatan Awam. Bagaimanakah Kerajaan menilai semula PTK ini dan melakukan penambahbaikan sistem PTK ini agar ianya menjadi satu sistem penilaian yang baik dan adil kepada semua pekerja di sektor awam.

11. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kaedah yang digunakan oleh pihak PDRM untuk mengawal kes jenayah yang meningkat secara mendadak. Apakah altenatif lain bagi jabatan polis untuk menangkap penjenayah selain daripada menembak mati.

12. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapakah pembaikan jalan raya Kota Belud-Langkon, Kota Marudu masih belum dimulakan sedangkan Kementerian sudah pun berjanji di Dewan yang mulia ini untuk membaikinya di tahun 2007.

13. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah penglibatan masyarakat India di dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan industri pelancongan negara serta peluang-peluang pekerjaan yang wujud di dalam sektor pelancongan domestik yang boleh diceburi oleh rakyat.

14. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah ada perbezaan spesifikasi bagi kereta nasional yang dieksport ke luar negara berbanding dengan penggunaan tempatan dan adakah Kerajaan bercadang untuk menyamakan spesifikasinya bagi menggalakkan rakyat untuk membeli barangan keluaran tempatan dan berapakah bilangan import kereta ke luar negara.

15. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Telekom Malaysia Berhad setelah menerima banyak aduan daripada pelanggan-pelanggan perkhidmatan Streamyx yang tidak berpuas hati di atas kualiti perkhidmatan.


b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Wednesday, April 1, 2009

Dewan Negara - 31 Mac 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan memastikan rakyat jelata nampak kesan-kesan yang ketara usaha Kerajaan untuk merangsang ekonomi negara dan seterusnya mengukuhkan keyakinan mereka terhadap ekonomi negara.

2. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa banyak inovasi yang telah dibuat sejak 2004 hingga 2008 dan berapa banyak pula sumbangannya kepada GDP negara.

3. Datuk Sim Kheng Hui minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemungkinan Kerajaan dan pihak pembangkang dapat mengetepikan persaingan politik dan bekerjasama untuk menangani krisis ekonomi, seperti mana yang disarankan oleh masyarakat umum menerusi kajian media massa.

4. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPTA dan IPTS berjaya mendedahkan para siswa universiti membentuk sikap hidup yang terbuka untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan masyarakat di Malaysia.

5. Dato' Haji Ikhwan Salim bin Dato' Sujak minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah pihak Perbadanan Putrajaya akan memperbanyakkan lagi kawasan meletak kenderaan di antara Parcel A ke E memandangkan banyaknya kenderaan yang diletakkan di bahu jalan yang mengakibatkan pihak Polis terpaksa menyaman mereka kerana ianya menjejaskan imej negara.

6. Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai projek-projek di bawah PFI dan PPP yang telah diluluskan dan yang sedang dikaji dan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010. Apakah sekitar dan bidang yang akan diberi tumpuan untuk projek dalam kaedah ini dan apa pra-syaratnya.

7. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang didaftarkan di bawah Program Cari mengikut kaum, jantina dan negeri.

8. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mengapa harga barang-barang keperluan asas masih lagi tinggi memandangkan seluruh dunia mengalami deflasi dan harga minyak di paras terendah sejak tahun ‘bretton wood’ dibubarkan. Mengapa pihak ketiga/pembekal masih lagi degil untuk tidak menurunkan harga-harga barang asas. Apakah pihak Kementerian tidak boleh membuat apa-apa selain retorik.

9. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) apakah kesan kejatuhan harga getah tiruan (synthetic rubber) terhadap harga getah asli (natural rubber) sejak kebelakangan ini; dan
(b) bagaimanakah tahap kejayaan negara di pasaran dunia di dalam industri getah.

10. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan piawaian dan model audit dan perakaunan kewangan Islam yang diguna pakai di dalam sistem perbankan Islam Malaysia dan apakah jaminan bahawa semua bank mengasingkan tunai secara fizikal bagi perkiraan pendapatan konvensional dan syariah dalam mengira keuntungan dan percukaiannya.

11. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 khususnya mengenai pengiklanan yang mengelirukan disebabkan kelemahannya yang ada pada Akta itu sekarang.

12. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan bakal diambil oleh Kementerian untuk menarik perhatian ramai lagi pelajar bukan Bumiputera supaya menyertai kursus-kursus yang dikendalikan oleh kolej swasta, contohnya Kolej Komuniti.

13. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk melindungi kepentingan Orang Asli selain dalam Akta 134 yang ada seperti menubuhkan Dana Amanah Rakyat Orang Asli dan sebagainya.

14. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilakukan untuk memastikan beberapa buah pulau yang menjadi pertikaian antara negara Indonesia, Singapura dan Filipina dapat diselesaikan dengan segera dan keputusannya memihak kepada negara kita.

15. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan dalam usaha meningkatkan kemudahan sistem pengangkutan di negeri Perak sebagai alternatif sekiranya Lapangan Terbang di Ipoh tidak dapat dibuka semula.

b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008