Saturday, November 28, 2009

Dewan Rakyat, 30 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan-cadangan penambahan jadual penerbangan di kalangan syarikat penerbangan AirAsia, MAS dan MASWING khususnya bagi kawasan Kota Kinabalu - Sandakan, Sabah. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, DAP Kota Melaka ]

2. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan akan melanjutkan tempoh permit import beras kepada Bernas sedangkan Bernas telah kerap kali melanggar undang-undang mengimport beras tanpa kebenaran Kementerian; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang membuka pasaran bebas untuk mengimport beras bagi mengelakkan monopoli oleh Bernas sahaja. [ Tidak Hadir ]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Penggerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai konsep "1 Belia 1Malaysia" dan adakah Kerajaan bercadang untuk terus memberikan bantuan pengupayaan kepada persatuan belia pada tahun 2009. [ Soalan tambahan: BN Penggerang, PKR PJ Selatan ]

4. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak rakyat Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah. Bolehkah Kementerian memberi satu angka yang terkini mengikut pecahan negeri. [ Soalan tambahan: PKR Nibong Tebal, BN Putatan ]

5. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk menggalakkan penduduk-penduduk rumah panjang untuk melibatkan diri secara aktif melalui program homestay di Negeri Sarawak khasnya di kawasan Daerah Lubok Antu. [ Tidak Hadir ]

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kecacatan yang berlaku di kalangan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang berhampiran dengan Pusat Tenaga Nuklear; dan
(b) apakah bentuk jaminan serta imbuhan kepada pekerjapekerja di pusat tersebut. [ Soalan tambahan: PKR Bagan Serai ]

7. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa ramai warga Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara bagi setiap bulan sejak Mac 2008 hingga Ogos 2009 dan perbandingan keseluruhan dengan tahun 2007. [ Soalan tambahan: BN Labis, PAS Kuala Selangor (10.44 pagi) ]

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolahsekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara al- Quran, mata pelajaran diniah dan mata pelajaran akademik serta apakah landasan kepada prinsip ini. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan beberapa negara termasuk Negara China, Australia dan Amerika Syarikat telah berjaya mencipta dan mengedarkan vaksin untuk H1N1. Adakah Kementerian melakukan penyelidikan dalam negara ini untuk mengeluarkan vaksin tersebut sendiri. Kalau tidak, bilakah pihak Kementerian akan bekerja sama dengan negara tersebut untuk membolehkan Malaysia mendapat vaksin ini. [ Soalan tambahan: BN Alor Gajah, DAP Kepong ]

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah keberkesanan pindaan seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 yang mengehadkan pampasan pekerja. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat ]

11. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah langkah terkini bagi memajukan sukan bola sepak dalam negara, dan adakah cadangan supaya pasukan bola sepak negara dikendalikan oleh pihak swasta atau GLC Kerajaan; dan
(b) berapakah perbelanjaan yang Kerajaan keluarkan untuk aktiviti sukan berbanding dengan kegiatan atau aktiviti belia dalam negara ini. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, Bebas Pasir Mas ]

12. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah warga Malaysia yang tercicir daripada mendapat pendidikan dan apakah strategi dan tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah keciciran warga Malaysia terhadap pendidikan di Malaysia. [ Tidak Hadir ]

13. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah along yang sudah dikenakan tindakan sehingga kini dan bentuk tindakan yang diambil. [ Tidak Hadir ]

14. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rasional meletakkan sasaran pencapaian satu pingat emas di Sukan Olimpik akan datang di London dengan peruntukan kos sebanyak RM16 juta serta bagaimanakah bentuk persediaan yang dibuat dan bidang apakah yang mungkin menjadi harapan utama. [ Soalan tambahan: PKR Indera Mahkota ]

17. Datuk Hajjah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah Kerajaan bercadang untuk membasmi kekurangan zat makanan (malnutrition) di kawasan Tanjong Manis yang amat ketara; dan
(b) apakah Kementerian sedar bahawa keadaan tersebut wujud sekian lama ini. [ Soalan tambahan: BN Tanjong Manis ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 19. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengapakah terdapat perbezaan geran tahunan FAM yang diperuntukkan di antara pasukan negeri dan pasukan kelab yang masing-masing bermain dalam Liga Super.

Soalan No. 20. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan di bawah slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, bilakah lagi rakyat di kawasan luar bandar akan mendapat peruntukan yang mencukupi bagi memastikan kemudahan asas luar bandar di beri dan di selia dengan sebaiknya.

Soalan No. 29. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani isu gaji pembantu rumah (amah) Indonesia.

Soalan No. 30. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan polisi dan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat sekiranya ada dan sekiranya tiada, adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan polisi dan garis panduan untuk diguna pakai di seluruh negara.

Soalan No. 36. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan Repot Polis No.Manek Urai /000205/09 bertarikh 13 Julai 2009 yang dibuat di Balai Polis Laloh terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri berkenaan perbuatan rasuah.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa)

1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 November 2009)

1.1. [ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (BN Bera) - Celahan - BN Jempol, BN Arau, PKR Indera Mahkota (11.50 pagi), BN Sekijang, BN Arau, PKR Sungai Petani, PKR Indera Mahkota, BN Putatan, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor (12.39 tengahari), DAP Bakri ]

[ Sesi Petang - Sambung Penggulungan (BN Bera) - Celahan - DAP Kota Melaka, Bebas Pasir Mas, DAP Telok Intan ]

1.2. [ Perbahasan Bagi Kepala B27, P27 Kementerian Kerja Raya ] - BN Ledang, PKR Bagan Serai, BN Lenggong, BN Tenom, PAS Pokok Sena (4.08 petang), BN Jempol, Bebas Pasir Mas, BN Putatan, PKR Telok Kemang, BN Lipis, PAS Jerai (5.27 petang), BN Limbang, PKR Sungai Petani, PKR Ampang, BN Sri Gading]

[ Perbahasan: PAS Kota Raja (6.05 petang), BN Tuaran, BN Silam, DAP Serdang, BN Batang Sadong, PAS Bukit Gantang, BN Lawas, DAP Kota Kinabalu, BN Ranau, DAP Kota Melaka, BN Sekijang ]

[ Timbalan Menteri Kerja Raya (BN Stampin) menggulung - Celahan - BN Ledang, BN Jasin, DAP Klang, BN Kuala Krau ]

1.2. [ Perbahasan Bagi Kepala B 28/ P28 Kementerian Pengangkutan - BN Kuala Krau, PAS Rantau Panjang, BN Ledang, DAP Kepong, BN Tenom, PKR PJ Selatan, BN Johor Bahru, PJ Utara ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 malam. Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Wednesday, November 25, 2009

Dewan Rakyat, 25 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang diperuntukkan kepada Majlis-majlis Perbandaran di Sabah; dan
(b) apakah kaedah pengagihannya. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, DAP Kota Kinabalu ]

2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian Kementerian mengenai campur tangan politik terhadap sistem dan hal ehwal pendidikan negara. Apa keputusan Kementerian terhadap cadangan agar hal-ehwal pendidikan dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pendidikan yang dianggotai oleh tokoh-tokoh pendidikan dan bukan orang politik. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pulau ]

3. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian untuk mengatasi kekangan utama kepada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pesaing penting dalam bioteknologi yang dianggap
sebagai 'bidang masa depan', seperti mana yang telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri kita, bahawa kita gagal untuk melahirkan 'high caliber science, technology and innovative human capital'. [ Soalan tambahan: BN Silam ]

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah peruntukan pembangunan telah diluluskan untuk Bandaraya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dalam tahun 2007, 2008 dan 2009. Berapa daripada jumlah yang diluluskan itu telah
dibelanjakan. [ Soalan tambahan: DAP Kuching ]

5. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menambahkan peruntukan di bawah RMK-10 untuk pertukaran penambahbaikan paip air jenis AC (Asbestos Cement) kepada jenis HDPE (High Density Polyethlene) dan menambah bilangan loji air di seluruh negeri Sarawak khasnya di kawasan Parlimen Sarikei berikutan peningkatan permintaan bekalan air di kawasan luar bandar. Jika tidak, apakah faktor-faktor. [ Soalan tambahan: BN Sarikei ]

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan dan lokasi Pusat Jagaan Kanak-kanak yang ditubuhkan oleh Kementerian supaya membolehkan ibu-ibu tunggal keluar
bekerja. [ Soalan tambahan: PSM Sungai Siput ]

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pelan tindakan Dasar FELDA sebagai gedung makanan negara; dan
(b) sejauh manakah penglibatan peneroka FELDA di Jempol dalam pelaksanaan dasar ini dan apakah faedah yang diperoleh. [ Soalan tambahan: BN Jempol ]

8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peruntukan asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia sering kali tidak diikuti di Malaysia oleh pihak berkuasa seperti polis dan penguatkuasaan termasuk mahkamah-mahkamah kita. Adakah
Kerajaan berhasrat untuk menjadikan pengajian dan pengetahuan mengenai hak-hak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. [ Soalan tambahan: DAP Telok Intan ]

9. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan semenjak Menteri baru mengambil alih Kementerian ini, berapa banyak permohonan kerakyatan Malaysia telah diluluskan dan bilangan permohonan yang masih dipertimbangkan. Mengapa proses
permohonan kerakyatan mengambil masa yang begitu panjang. [ Soalan tambahan: BN Tebrau

10. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah statistik pembuatan dan jualan kereta ‘Savy’ dan ‘Juara’ yang dicapai oleh Proton; dan (b) berapakah kerugian atau keuntungan yang dicatatkan oleh Proton bagi kedua-dua jenis kereta ini, termasuk kos Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). [ Soalan tambahan: PKR Petaling Jaya Selatan ]

11. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dapatkah Kerajaan menubuhkan sebuah kolej di kawasan Limbang sama ada institut kemahiran atau vokasional memandangkan keadaan geografi Limbang yang berada di antara dua daerah Negara Brunei Darussalam amatlah menyulitkan untuk keluar dengan perlunya memiliki pasport dan kos perjalanan yang tinggi sedangkan ramai golongan yang memerlukan institut kemahiran atau vokasional ini. [ Soalan tambahan: BN Limbang, PAS Kuala Selangor (11.24 pagi) ]

12. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa jawatan Ketua Agensi bagi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn. Bhd. disandang oleh pesara-pesara politik dan bukannya pengurus profesional. Berikan statistik penuh tentang keupayaan pengurusan dan keutuhan kewangan semasa Penang Port Sdn. Bhd. untuk membolehkannya diperawamkan menerusi inisiatif IPO (Initial Public Offer). [ Tidak Hadir ]

13. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Pagoh-Parit Sulong, Johor akan dinaik taraf memandangkan jalan tersebut adalah jalan utama pengangkutan awan seperti bas ekspres menghubungkan Batu Pahat dengan Lebuh Raya Utara-Selatan. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong ]

Soalan No. 14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa danselamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar (11.29 pagi) ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 23. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan barubaru ini dilaporkan Kerajaan bercadang untuk membina baluh (stock pile) untuk menyimpan padi di Thailand. Apakah kewajaran baluh penyimpan padi di bina di sana dan berapakah kos projek ini dan berapakah jumlah tan padi yang boleh disimpan.

Soalan No. 30. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan lagi usahausaha menyelamatkan Palestin dari ancaman Israel.

Soalan No. 37. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha yang dijalankan untuk mendidik umat Islam berhubung hak yang dijamin oleh Islam terhadap rakyat bukan Islam.

38. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik permohonan golongan belia yang ingin keluar daripada agama Islam di seluruh negara bermula pada tahun 2006 hingga 2008.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa)

Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (25 November 2009)

1.1. [ Perbahasan Bagi Kepala B24, P24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - ]2.1 DAP PJ Utara - Celah - DAP PJ Selatan. PAS Tumpat (11.50 pagi), BN Jasin, DAP Kota Melaka, Bebas Sepanggar ]

[ Penggulungan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (BN Jeli) - Celahan - DAP Kota Melaka, BN Jasin, BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota (12.41 tengahari), DAP Bukit Bintang ]

[ Sesi Petang - Sambung Penggulungan (BN Jeli) - Celahan - PAS Kuala Selangor (2.45 petang), DAP Bukit Bintang, BN Jempol ]

1.1. [ Perbahasan Bagi Kepala B25, P25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - DAP PJ Utara, DAP PJ Selatan, BN Parit Sulong - Celah - BN Arau. PKR Indera Mahkota (3.40 petang), Bebas Pasir Mas, BN Labuan, PKR Sungai Petani - Celah - PKR Padang Serai. DAP Kepong, BN Pasir Salak, PAS Hulu Langat (4.43 petang), BN Batang Sadong, DAP Telok Intan, BN Tenom, PKR Balik Pulau (5.05 petang), BN Langkawi, DAP Bakri, PSM Sungai Siput ]

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, November 24, 2009

Dewan Rakyat, 24 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan peranan Bernama TV sebagai suara Kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan dan perpaduan, khususnya mengembangkan gagasan 1 Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Tenom, PAS Kubang Kerian (10.11 pagi) ]

2. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan terdekat Kerajaan untuk melaksanakan Skim Kebajikan Kesihatan Komprehensif Nasional yang mampu dibiayai oleh semua rakyat. Bagaimana Kementerian mamastikan agar tiada lagi rayuan derma perubatan kesihatan melalui media massa. [ Soalan tambahan: PKR PJ Selatan, BN Kalabakan ]

3. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan perundingan dengan negara jiran Brunei Darul Salam berhubung pembinaan jambatan sempadan Sarawak / Brunei di Sungai Pandaruan. [ Soalan tambahan: BN Lawas, BN Limbang ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berikutan terdapat dua jenis minyak petrol dijual di stesen minyak Petronas iaitu Petronas Primax 3 dengan harga RM2.05 satu liter dan Petronas Primax 95 dengan harga RM1.80 satu liter, adakah benar Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak ini boleh merosakkan enjin dan jika benar kenapa kebanyakan stesen Petronas menjual minyak jenis ini. [ Soalan tambahan: PKR Sungai Petani, BN Ledang ]

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha bagi menggalakkan budaya penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serta apakah kelebihan sekiranya membuat potongan gaji SSPN; dan (b) berapakah jumlah nilai akaun deposit sejak SSPN mula diperkenalkan pada Ogos 2004 mengikut negeri-negeri. [ Soalan tambahan: BN Libaran, PAS Pendang (10.45 pagi) ]

6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di tahap manakah kedudukan miskin bandar dan miskin tegar dalam Lembah Klang terutama di Kuala Lumpur dan ibu negeri-ibu negeri dan adakah benar Kerajaan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan yang sama di semua tempat tersebut. Jika ia, apakah sebabnya. [ Soalan tambahan: DAP Cheras ]

7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan akan membina lebuh raya "Pan Borneo"; dan
(b) sama ada Kerajaan bercadang untuk membina jalan raya dari Sarawak ke Timur Kalimantan dan dari Tawau, Sabah. ke tempat yang sama. [ Soalan tambahan: BN Putatan, BN Limbang ]

8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah menjadi polisi Kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama yang berusia 10 tahun dan ke atas, serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah. Dan adakah Kerajaan berhasrat menghapuskan skim perlindungan pihak ketiga. Apakah bukti Kerajaan mendahulukan rakyat dalam polisi insurans kenderaan. [ Tidak Hadir ]

9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera yang menyertai sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) tetapi terpaksa berhenti disebabkan kepincangan dan penindasan oleh francaisor. [ Soalan tambahan: BN Dungun ]

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat yang mempunyai ijazah berkhidmat di pejabat kesihatan daerah dan hospital Kerajaan serta sudahkah Kerajaan melaksanakan jawatan dan skim gaji baru kepada jururawat-jururawat berijazah ini. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar (10.25 pagi) ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan projek pembinaan MRSM dari tahun 2007 hingga 2009 di bawah kendalian MARA yang mengalami peningkatan harga kos melebihi 10 peratus dari bajet asal semasa pembinaan dan apakah puncanya.

Soalan No. 17. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk membentangkan satu Kertas Putih mengenai masalah urus tadbir MAS yang telah menyebabkan dalam jangka masa 10 tahun ini MAS mengalami kerugian yang amat ketara dan kehilangan wang sebanyak RM8 bilion.

Soalan No. 18. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah pesakit Barah Pangkal Rahim dan jenis rawatan terkini yang terdapat di dalam negara; dan
(b) status terkini program pelalian untuk wanita di negara ini terhadap papiloma virus dalam usaha pencegahan Barah Pangkal Rahim.

Soalan No. 19. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah konkrit dan holistik bagi memastikan kepenggunaan vaksin anti-HPV ke atas remaja perempuan memberikan kesan efikasi pencegahan atau 'prophylactic' yang tinggi.

Soalan No. 20. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) berapakah jumlah projek Kerajaan Pusat dan Negeri sepanjang 2008-2009 yang runtuh atau roboh dan berapakah jumlah kos kerugian yang dialami dan siapakah kontraktor-kontraktor yang terlibat dan apa tindakan yang diambil ke atas mereka; dan
(b) apakah langkah Kerajaan untuk mengelak tragedi sama berulang dan bilakah laporan lengkap setiap insiden tersebut akan didedahkan.

Soalan No. 29. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah beliau berpuas hati dengan prestasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak ia ditubuhkan.

Soalan No. 30. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana BERNAS dahulunya Lembaga Padi dan Beras Negara dari sebuah anak syarikat (GLC) sahamnya boleh bertukar tangan kepada syarikat asing di Hong Kong. Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan peristiwa begini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan No. 34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rasionalnya memilih ketuaketua parti komponen BN sebagai pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian kawasan Parlimen yang tidak diwakili oleh wakil rakyat BN dan sekali gus mengetepikan wakil-wakil rakyat yang dipilih secara sah melalui
sistem pilihan raya.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa)

1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (24 November 2009)

1.1. Perbahasan bagi Kepala B22, P22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

[ Perbahasan - BN Silam, PAS Padang Terap (11.52 pagi) - Celahan - BN Maran. BN Kinabatangan, Bebas Pasir Mas, BN Kanowit, PSM Sungai Siput, BN Serian, PKR Ketereh, BN Libaran ]

[ Sesi Petang - Perbahasan - PAS Pokok Sena (2.35 petang) - Celahan - PKR Balik Pulau, DAP Segambut. BN Parit Sulong, PAS Kota Raja (3.00 petang), PAS Jerai (3.12 petang), BN Kota Belud, DAP Telok Intan, BN Batang Sadong, PKR Balik Pulau, BN Paya Besar, PAS Pendang (3.50 petang), BN Lipis ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Selangau ) - Celahan - BN Jempol, BN Jasin, PAS Padang Terap (4.58 petang), Bebas Sepanggar, Bebas Pasir Mas, PKR Batu (5.29 petang) ]

1.2. Perbahasan bagi Kepala B23, P23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar[ Perbahasan -PKR Kuantan (5.37 petang), BN Tuaran, Bebas Tawau, BN Lipis, Bebas Pasir Mas, PKR Lembah Pantai, BN Kuala Krau, PAS Parit Buntar (6.45 ptg), BN Silam, DAP Bandar Kuching, DAP Bakri, BN Dungun, PKR Indera Mahkota (7.33 malam), BN Tuaran, PKR Bagan Serai (7.47 malam) ]

[ Penggulungan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (BN Pensiangan) - Celahan - PKR Kuantan, BN Arau, Bebas Pasir Mas, DAP Kepong, BN Kuala Krau, PAS Kota Raja, DAP Bandar Kuching, DAP Bakri ]

1.3. Perbahasan bagi Kepala B24 dan P24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - [ Perbahasan - BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, BN Tenom, DAP Ipoh Timur, BN Parit, Bebas Pasir Mas, BN Arau, DAP Kepong, BN Maran, PAS Kuala Krai (10.14 malam), BN Silam ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Friday, November 20, 2009

Dewan Rakyat, 23 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam meningkatkan penggunaan teknologi terkini di pintu-pintu masuk sempadan negara kita terutamanya dalam meningkatkan keupayaan mesin pengimbas (scanner) kerana pemasangan mesin pengimbas teknologi terkini di pintu keluar masuk negara bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan tetapi juga menambah hasil pendapatan negara. [ Soalan tambahan: BN Arau, DAP Bukit Bintang ]

2. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan penaiktarafan "Terminal Bas Plaza Rakyat" di Puduraya telah diambil alih oleh syarikat "Global Upline Sdn. Bhd." (GUSB) (rujuk jawapan bertulis 19 Februari 2009). Apakah perancangan seterusnya bagi memastikan projek ini tidak terbengkalai dan tidak menjejaskan kelancaran perkhidmatan bas dan bilakah projek ini akan dijangka siap sepenuhnya. [ Soalan tambahan: PKR Bandar Tun Razak, BN Kalabakan ]

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai wanita yang berjaya dalam perniagaan di Malaysia ini supaya boleh menjadi model kepada wanita lain. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, PAS Pendang (10.25 pagi) ]

4. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dengan terperinci 6 kes yang didakwa, disabitkan atau dihukum di Amerika Syarikat untuk menghantar peralatan dan teknologi tentera ke Iran yang membabitkan Malaysia dan alasan Malaysia menjadi sebuah pusat bagi aktiviti sedemikian. [ Soalan tambahan: PKR Selayang, BN Kinabatangan ]

5. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penguat kuasa penjara di seluruh negara dan apakah Kerajaan peka dengan keperluan mereka berbanding pelbagai faedah dan insentif yang diberikan kepada pasukan polis dan anggota tentera. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PKR Sungai Petani ]

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilakah Jabatan Kanak-kanak akan ditubuhkan; dan
(b) apakah langkah-langkah perlindungan kanak-kanak dalam sistem Mahkamah Sivil. [ Soalan tambahan: PKR Ampang, BN Sekijang ]

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejak tahun 2006, sejauh manakah kejayaan pihak Kementerian untuk membangunkan sekurang-kurangnya 10,000 orang usahawan Industri Asas Tani di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga bagaimanakah sambutan para belia Sabah terutamanya dari kawasan luar bandar ke atas pihak Kementerian ini. [ Soalan tambahan: BN Silam, Bebas Pasir Mas ]

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan walaupun tidak seperti dadah, rokok dan barang kawalan lain, kayu balak merupakan ketulan besar yang beratnya bertan-tan dan kena dibawa dengan jentera besar, bising dan menggunakan jalan yang luas. Oleh itu ianya mudah dikesan. Mengapa jumlah pembalakan haram masih tidak dapat dikurangkan atau dihapuskan. [ Soalan tambahan: PAS Sik (11.09 pagi), BN Jempol ]

9. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj kad kredit "extra" kepada pembeli yang menggunakan kad kredit. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, DAP Serdang ]

10. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapakah Kerajaan Malaysia enggan mengutuk Kerajaan Sri Lanka terhadap masalah pembunuhan dan pelarian etnik Tamil selepas perang di mana pada masa kini lebih 300,000 pelarian berada di kem-kem tahanan tanpa makanan, pakaian, perubatan dan kemudahan asas yang mencukupi. [ Soalan tambahan: DAP Batu Kawan, PKR Permatang Pauh (11.24 pagi) ]

11. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian sedar pengajaran di kebanyakan universiti tempatan di dalam Bahasa Inggeris termasuk dalam Pengajian Melayu dan Agama Islam, hampir melumpuhkan kewibawaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut. [ Soalan tambahan: BN Paya Besar ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 20. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran petroleum negara antara 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam Ringgit Malaysia.

Soalan No. 21. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status Balai Polis Pendang yang terbengkalai sejak 2002 dan apakah tindakan terhadap syarikat pembinaan terbabit yang gagal meneruskan pembinaan tersebut.

Soalan No. 23. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan perkhidmatan jalur-lebar di negara ini, setelah Malaysia melancarkan projek mega MSC, berbanding negara-negara yang jauh lebih lewat membuat pelaburan dalam teknologi ICT.

Soalan No. 24. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah kejayaan Kementerian dalam menangani serangan Influenza A H1N1; dan
(b) apakah strategi dalam mengatasi serangan virus mutasi baru.

Soalan No. 26. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan khususnya SPRM ke atas dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan masih terdapat anggota Kabinet Kerajaan Malaysia yang terlibat dengan amalan politik wang dan rasuah.

Soalan No. 31. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kadar kemalangan kereta api di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Soalan No. 34. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada berlaku pertindanan antara projek di bawah peruntukkan pembangunan dari Bajet 2009 dengan peruntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua.

Soalan No. 39. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia menimbang untuk melantik Bekas-bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pengerusi/Ahli SPR.

Soalan No. 40. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada tindakan selanjutnya boleh diambil oleh pekerja terhadap majikan selepas daripada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Perusahaan terhadap pembuangan kerjanya secara tidak sah.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (23 November 2009)

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [Perbahasan Bagi kepala B20, P20 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - BN Tenom, Bebas Pasir Mas, BN Putatan, PAS Padang Terap (11.50 pagi), BN Lipis, PKR Kuala Kedah, BN Maran, BN Parit Sulong, PAS Kota Raja (12.50 tengahari), BN Jempol.

[ Sesi Petang - Perbahasan - PAS Pasir Puteh (2.35 petang), BN Mambong, BN Silam, PKR Machang, BN Muar, BN Limbang, BN Labis ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (BN Larut) - Celahan - PKR Kuala Kedah (3.24 petang), BN Kuala Krau, BN Mambong, BN Tuaran, BN Sekijang, PKR Batu, PKR Machang (4.07 petang), PKR Kuala Kedah, BN Jasin, BN Pasir Salak, BN Kanowit, BN Tenom, DAP Bakri, BN Jasin, Bn Tuaran, BN Pasir Salak, BN Sri Gading ]

2.2 [Perbahasan Bagi kepala B21, P21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - BN Arau - Celahan - BN Bintulu. PAS Pokok Sena (5.56 petang), BN Labuan, PKR Machang (6.20 petang), BN Silam, PKR Kuala Kedah, BN Bintulu, Bebas Pasir Mas, BN Mambong, PKR Kulim Bandar Baru, BN Putatan ]

[ Perbahasan - PAS Padang Terap, BN Hulu Terengganu, DAP Kota Melaka, BN Tenom, PKR Bagan Serai, BN Lenggong, Bebas Sepanggar, BN Lawas, DAP Batu Gajah, BN Kuala Krau, PKR Batu, BN Lipis, BN Parit Sulong ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (BN Batang Lupar) - BN Kuala Krau, PKR Machang, BN Lenggong, BN Kalabakan, BN Arau, BN Simpang Renggam, BN Tenom, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, BN Lipis, BN Hulu Terengganu ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Atursan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Thursday, November 19, 2009

Dewan Rakyat, 19 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kerajaan akan menarik balik keputusan mengharamkan syarikat rokok dari menaja (iklan jenama berdasar gaya hidup dan bukannya rokok itu sendiri) aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak. Orang ramai mengetahui prestasi pasukan negara telah jatuh dengan begitu teruk sekali kerana kekurangan dana penajaan. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kerangka persiapan terhadap pekerja sekiranya kegawatan ekonomi berterusan dan apakah tindakan segera dalam membantu pekerja. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat, BN Maran ]

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah pro-aktif yang boleh dimainkan oleh Kedutaan Malaysia di seluruh dunia bagi memperjelaskan pendirian negara berhubung isu semasa, ekonomi, sosial dan budaya, keselamatan serta politik antarabangsa. [ Soalan tambahan: BN Lipis, PAS Tumpat ]

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa peruntukan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang ditubuhkan pada tahun 2004 tidak ditambah, malah dipotong memandangkan pencapaiannya yang begitu cemerlang dan telah berjaya menurunkan kematian kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus. Berikan sebab. [ Soalan tambahan: PKR Kuantan ]

5. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan Kerajaan terhadap laman web yang menghasut dan menghina Islam di Internet sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PAS Pokok Sena ]

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran kelengkapan pertahanan (defence equipments) di rantau ini dan senaraikan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk menjayakan matlamat tersebut. [ Soalan tambahan: PKR Machang, BN Arau ]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana langkah-langkah yang telah diambil dalam usaha memasukkan seluruh daerah Hulu Terengganu ke dalam wilayah KETENGAH. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PKR Machang ]

8. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula Akta Bangunan Pengurusan Harta Bersama supaya bangunan berstrata dielakkan menjadi "urban slum" dan bagaimana COB, JMB dan MC dapat diperkasakan. [ Tidak hadir ]

9. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan keberkesanan penyediaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan bandar dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Ledang, DAP Bukit Mertajam ]

10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya pihak Kerajaan membuat keputusan untuk membuat pembelian kereta BMW dan Mercedes dan seterusnya menggantikan Proton Perdana V6 kepada hakim-hakim. [ Soalan tambahan: PAS Pasir Puteh, DAP Ipoh Barat ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 15 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang kemajuan siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat IBU PEJABAT JKR tentang insiden keruntuhan bumbung stadium utama Kuala Terengganu, stadium tertutup dan kolam akuatik Kuala Terengganu.

Soalan No. 27 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya terakhir dijalankan dan bilakah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru akan dimulakan.

Soalan No. 36 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam pembekalan benih getah kepada Projek Tanaman Semula RISDA, badan ini memberikan kepada nurseri swasta. Dalam hal ini banyak berlaku penipuan klon yang hanya disedari bila getah tersebut mula ditoreh. Mengapa hal ini berlaku dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan mengapakah Kerajaan tidak boleh mengenakan 'Surcaj' kepada nurseri terlibat.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mencadangkan Rang undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Penjelasan Usul 18 oleh DAP Ipoh Timur dan PKR Permatang Pauh.

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)

Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010(D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 November 2009)

2.1 [ Perbahasan - Bagi Kepala B13/P13 Kementerian Luar Negeri - DAP Kepong, BN Lipis, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PKR PJ Selatan, BN Maran, PAS Tumpat (12.31 tengahari), BN Sri Gading, DAP Ipoh Barat, ] Mesyuarat Rehat dan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[ Sesi petang - Perbahasan - DAP Bakri, PKR Ampang, PKR Sungai Petani, PKR Indera Mahkota, PAS Parit Buntar (3.19 petang), BN Arau, DAP Serdang, BN Labuan, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, PKR Klim Bandar Baru, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri (Senator) - Celahan - DAP Kepong, PAS Parit Buntar, PKR Balik Pulau, PKR Kulim Bandar Baru, BN Jasin, PKR Padang Serai, DAP Serdang, DAP Bakri, PAS Tumpat ]

Pengundian - Bersetuju=37 undi, Tidak bersetuju=21 undi. Lebih suara bersetuju. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Majlis mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.43 petang sehingga 10.00 pagi Isnin 23 November 2009.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, November 17, 2009

Dewan Rakyat, 18 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan usahawan yang dapat dilahirkan dan projek perniagaan yang dapat dibangunkan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) termasuk Skim Prosper Siswazah oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga 30 September 2009. [ Soalan tambahan: BN Sekijang ]

2. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kemampuan simpanan bekalan yang ada dalam penjanaan elektrik, usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kecekapan tenaga elektrik bagi Kerajaan
bagi bangunan Kerajaan, industri-industri berintensif dan juga peringkat isi rumah serta apakah keperluan untuk mempunyai kabel bagi Empangan Bakun di bawah dasar laut. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera ]

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Mahkamah Syariah benar-benar bebas dan berintegriti dalam menjatuhkan sebarang bentuk hukuman dan keputusan tanpa sebarang campur tangan. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, PKR Permatang Pauh ]

4. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan di manakah dan bilakah jambatan Beaufort Kedua yang merentasi Sungai Padas boleh disiapkan dan adakah jambatan lama akan dibaiki. [ Soalan tambahan: DAP Kota Kinabalu ]

5. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai profil yang komprehensif bagi semua kawasan Parlimen terutama dari segi status ekonomi, kemudahan asas, kemiskinan, kesihatan, pelajaran. Nyatakan kawasankawasan Parlimen yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai segi keperluan asas dan pembangunan yang penting untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat di kawasan itu. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, PAS Kuala Selangor ]

6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengikut prosedur, berapa lama sesuatu laporan perubatan itu sepatutnya dibekalkan kepada pemohon kerana di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan akan mengambil masa yang lama yang kadang kala
sehingga 6 bulan. [ Soalan tambahan: DAP Seremban, BN Arau ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa cara mendapatkan buku teks pada awal musim persekolahan dipersulitkan, di mana ibu bapa terpaksa bergegas dari satu pembekal kepada pembekal lain kerana pada banyak keadaan pembekal yang dilantik tidak dapat membekalkan buku secara penuh seperti yang diperlukan; dan
(b) jika sedar, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk meringankan kesulitan ibu bapa. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, DAP Kepong ]

8. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut peratus pencapaian untuk setiap bidang yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Berapa jumlah peruntukan RMK-9 bagi Sabah yang telah dibelanjakan termasuk pelaksanaan stimulus pakej yang dijanjikan. [ Soalan tambahan: Bebas Sepanggar, PKR Balik Pulau ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian akan mula melaksanakan Projek Agropolitan di Pulau Bruit untuk membasmi kemiskinan tegar yang telah sekian lama dipersetujui dengan Kerajaan
Negeri Sarawak; dan
(b) berapakah peruntukkan untuk tujuan tersebut. [ Tidak Hadir - Cuti ]

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mengamalkan prinsip tender terbuka dan sebaliknya ia akan dikerah untuk menjanakan projek-projek pembangunan di Iskandar Malaysia secara usaha sama dengan Malaysian Resources Corp. Bhd. (MBCB). Apakah
jaminan pulangan kepada para pencarum KWSP. [ Soalan tambahan: DAP Jelutong, BN Jempol ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme perlindungan untuk institusi kewangan Islam tempatan apabila bank Islam mega diwujudkan oleh Kerajaan.

Soalan No.23 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membentuk suasana dan pendekatan menyeru rakyat memahami prinsip Islam dan pelbagai agama yang lain.

Soalan No. 29 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan helikopter jenis Nuri yang digunakan oleh TUDM bagi tempoh 2006 hingga 2009.

Soalan No. 30 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) pengesahan YB Menteri mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan Israel dan bila, di mana, berapa lama dan kenapa; dan
(b) apakah perkara yang dibincangkan dan adakah mendapat restu Kabinet Malaysia untuk pertemuan tersebut.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul 18 (1) oleh DAP Ipoh Barat.

2. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010(D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (18 November 2009)

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [Perbahasan Bagi kepala B10-12/ P10 dan P70 Kementerian Kewangan - PKR Permatang Pauh, Bebas Pasir Mas, BN Johor Bahru, DAP PJ Utara, BN Ledang, PAS Kuala Selangor ] Mesyuarat rehat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[ Sesi Petang - Perbahasan - PAS Kuala Selangor, BN Jasin, PKR Machang, BN Parit Sulong, PAS Tumpat, BN Jempol, PKR Indera Mahkota, BN Langkawi, DAP Bukit Mertajam, BN Kanowit, PAS Rantau Panjang, BN Limbang, PKR Wangsa Maju, BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - Celahan - DAP PJ Utara, BN Johor Bahru, PKR Kuantan, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PKR Wangsa Maju, BN Arau, DAP Klang, DAP Jelutong, PKR Kulim Bandar Baru, PKR Batu ]

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Rakyat, 17 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil pihak Kementerian setakat ini untuk menambah baik infrastruktur sektor penerbangan terutamanya di Lahad Datu, memandangkan selain perkembangan pelancongan yang bertambah pesat, projek pembesaran ini juga penting untuk menyokong aktiviti Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) dan akuakultur. [ Soalan tambahan: BN Silam, BN Kalabakan ]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapa banyak dana yang diperuntukkan bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang diurus oleh SME Bank; dan
(b) siapakah yang mendapat manfaat dari skim ini dan bagaimana kaedah pembayaran balik. [ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat (10.15 pagi), Bebas Pasir Mas ]

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah pelancong asing yang sudah berkunjung ke negara ini setakat ini. [ Soalan tambahan: BN Sipitang, DAP Kota Kinabalu ]

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan kemajuan projek pembangunan koridor utara (NCER) yang telah diumumkan beberapa tahun dahulu dan menyenaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah NCER. [ Soalan tambahan: PAS Jerai (10.29 pagi), PAS Pokok Sena (10.33 pagi) ]

5. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha telah diambil bagi memantapkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) supaya ianya mempunyai daya saing yang tinggi bagi melahirkan modal insan setelah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). [ Soalan tambahan: BN Besut, PKR Machang (10.45 pagi) ]

6. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan berniat untuk mewajibkan semua penganggur untuk mendaftar diri mereka dengan Kementerian. Jika benar apakah statistik pengangguran boleh diperoleh untuk membuat perancangan bagi dasar Kerajaan. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, ]

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Hospital Duchess of Kent yang mempunyai bangunan baru 6 tingkat tersebut terdapat 1,000 kesan kerosakan seperti yang dilaporkan oleh pengerusi Lembaga Pelawat-pelawat pada masa lawatan mereka pada bulan Jun 2009. Berapakah di antara 1,000 kesan kerosakan tersebut telah diperbaiki dan bilakah kesemua kerosakan tersebut akan diperbaiki.

8. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah benar bilangan penumpang AirAsia dijangkakan mencecah 10 hingga 15 juta penumpang menjelang 2015 sekiranya benar apakah tindakan Kerajaan untuk membina / membesar terminal di LCCT bagi menampung bilangan penumpang itu dan berapakah belanja projek ini dan bilakah dimulakan secara agresif. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa (11.08 pagi), BN Pasri Salak ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian menyediakan peluangpeluang peningkatan sumber pendapatan rakyat-rakyat termiskin; dan
(b) berapakah banyak ruang perniagaan yang disediakan untuk rakyat termiskin berniaga. [ Soalan tambahan:

10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai terkini data-data yang lengkap berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan usaha yang telah dilaksanakan menerusi program pembasmian rakyat termiskin di seluruh negara dari tahun 2005 sehingga kini. [ Soalan tambahan: PKR Ketereh ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapakah penamatan bekas Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini tidak mengikut tatacara persaraan yang biasa dilakukan apabila seseorang Panglima Angkatan Tentera secara bersara. Kenapakah pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dibuat secara tergesa-gesa.

Soalan No. 14 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu akan diteruskan memandangkan sehingga kini tiada aktiviti fizikal dilaksanakan sedangkan pelaksanaannya adalah di bawah peruntukan RMK9. Kelewatan pelaksanaan projek ini banyak memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di musim perayaan dan mungkin juga kesan kepada keselamatan jalan raya.

Soalan No. 19 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagi simpanan gas di Blok PM 301, bilakah pengeluaran akan bermula dan ke manakah gas-gas ini akan didaratkan.

Soalan No. 20 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik jumlah pesakit atau rakyat Malaysia yang menderita akibat ketagihan arak.

Soalan No. 21 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes tangkapan, sabit kesalahan dan bentuk hukuman bagi kesalahan minum arak sejak tahun 2000. Dan sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap premis menjual arak termasuk kelab malam.

Soalan No. 25 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

Soalan No. 27 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar dan strategi terkini Negara-negara OIC bagi menyelesaikan konflik di Selatan Filipina.


B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (17 November 2009)

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [ Perbahasan Bagi Kepala B1 - B9 dan P6 dan P7 Jabatan Perdana Menteri - PKR Sungai Petani. Celahan - DAP Batu Gajah, BN Batang Sadong. Bebas Sepanggar, BN Lipis, PAS Shah Alam (12.15 tengahari), PSM Sungai Siput, BN Kinabatangan, DAP Bandar Kuching.

[ Sesi petang mulai jam 2.30 petang - Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Jabatan Peguam Negara) - BN Padang Rengas - Celahan - DAP Ipoh Timur, PKR Machang (2.46 petang), PKR Balik Pulau (2.51 petang), PAS Kubang Kerian (2.55 petang), PKR Machang (3.00 petang), PAS Kuala Selangor (3.16 petang), DAP Ipoh Barat, PAS Shah Alam (3.39 petang), PKR Permatang Pauh (3.55 petang).

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Jabatan Perkhidmatan Awam)- BN Senator - Celahan - DAP Ipoh Barat, DAP Beruas, PKR PJ Utara.

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung - BN Bukit Gelugor - Celahan - PAS Kuala Krai (5.12 petang), PAS Shah Alam (5.15 petang), DAP Bukit Mertajam, BN Parit Sulong, BN Kanowit, BN Lenggong, PKR Kuantan, Bn Kinabatangan, PAS Kuala Selangor (6.03 petang), PSM Sungai Siput, DAP Klang.

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Hal Ehwal Islam) - BN Senator - Celahan - BN Ledang, PKR Indera Mahkota (6.32 petang), BN Kudat, PKR Indera Mahkota.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.50 petang hingga 10.00 pagi Rabu, 18 November 2009

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Friday, November 13, 2009

Dewan Rakyat, 16 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah penglibatan kaum-kaum dalam sektor pertanian di seluruh negara mengikut bidang seperti pertanian, penternakan dan sebagainya mengikut pecahan negeri-negeri dan berapakah jumlah keperluan pemakanan negara yang masih diimport. [ Soalan tambahan: BN Maran, DAP Bukit Mertajam ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara 'build-operate-transfer' oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-9. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai ]

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan graduan menganggur yang berdaftar dengan Job Clearing System (JCS), Kementerian sehingga 30 September 2009 mengikut IPTA dan bidang utama.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang, PKR Kuala Langat ]

4. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan Projek Intergrated Transport Information System (ITIS) dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kemudahan rangkaian jalan raya dan nyatakan peratusan kejayaannya. Mungkinkah sistem ini boleh diimplementasikan
di bandar-bandar besar di negeri-negeri lain. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan ceiling penjualan saham ASB kepada ramai Bumiputera yang berminat dan mampu atau dimansuhkan terus ceiling seperti mana yang dinikmati oleh pelabur kaya Amanah Saham 1Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai kampung-kampung Orang Asli di mana projek-projek pertanian telah dilaksanakan dan menyenaraikan projek-projek yang telah diserah balik kepada masyarakat Orang Asli untuk diuruskan oleh mereka sendiri. [ Tidak Hadir ]

7. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan hubungan negara kita dengan negara-negara jiran sentiasa baik. [ Soalan tambahan: BN Serian, DAP Ipoh Barat ]

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah tindakan tegas tidak diambil ke atas dua ahli akademik UiTM yang dikesani terlibat dalam kesalahan plagiarisme atau memplagiat penerbitan buku panduan untuk pelajar universiti tersebut. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, DAP Bukit Gelugor ]

9. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan dasar pembelian kereta terpakai yang telah berusia 15 tahun bagi tujuan pelupusan dan sehingga kini, berapa ramai pemilik kenderaan yang menyertai skim ini dengan jumlah kenderaannya sekali. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Pendang ]

10. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mewujudkan satu Konsortium menggabungkan FELDA, RISDA dan FELCRA. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Jempol ]

11. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan maksud cadangan pembiayaan secara Public Financial Initiative atau PFI bagi pembinaan Hospital Daerah Dungun yang dianggarkan sebanyak RM180 juta dan dijangka menyediakan 128 buah katil dan nyatakan bilakah ianya akan dimulakan. [ Soalan tambahan: BN Dungun ]

12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan hanya memberikan diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Smart Tag dan Touch N Go dan jumlah transaksinya melebihi 80 kali sebulan. [ Tidak hadir ]

13. Tuan Hasbi Bin Habobollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dapatkah kerajaan membina sebuah sekolah Menengah Kebangsaan yang baru untuk menggantikan SMK limbang yang sudah berusia 47 tahun dan dalam keadaan yang sangat daif dengan murid sekolah yang berjumlah melebihi 1000 orang. [Soalan tambahan: BN Limbang ]

14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah Jabatan Kastam Kelantan digunakan untuk tujuan taksiran dan kutipan cukai bagi pengeluaran gas dan minyak di kawasan Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) dan kenapakah sebelum ini Jabatan Kastam Terengganu digunakan sedangkan Kota Bharu adalah lebih dekat bagi kawasan-kawasan itu. [ Soalan tambahan: PAS Shah Alam ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan Kementerian dalam meneruskan projek pembesaran Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Soalan No. 28 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik kadar jenayah tahun 2009 berbanding tahun 2008; dan
(b) sejauh manakah pasukan keselamatan berjaya mengatasi masalah jenayah yang berleluasa.

Soalan No. 29 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Sultan Yahya Kedua akan siap dan adakah jambatan itu kini dipendekkan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (16 November 2009)

1. [ Perbahasan usul Potong Gaji Menteri Di JPM (BN Tasek Gelugor) -

YB Tuan Chong chieng Jen [ DAP Bandar Kuching ] akan mencadangkan "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurang sebanyak RM10.00 daripada perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebanyak RM10.00."

[ Perbahasan - BN Jempol, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor, BN Ledang, Bebas Pasir Mas, DAP Bukit Mertajam, BN Arau, BN Tasek Gelugor ]

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [ Perbahasan Bagi Kepala B1 - B9 dan P6 dan P7 Jabatan Perdana Menteri - PKR Permatang Pauh, ] (Mesyuarat rehat sehingga jam 2.30 petang).

[ Sesi petang mulai jam 2.30 petang - PKR Permatang Pauh, BN Ledang, Bebas Pasir Mas ( 3.14 petang), BN Silam, DAP Ipoh Timur (3.44 petang), PAS Kubang Kerian (4.02 petang), BN Sri Gading, PAS Marang (4.20 petang), BN Johor Bahru, PKR Machang (4.47 petang), BN Simpang Renggam, DAP Ipoh Barat, BN Labuan, DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, PKR Batu (5.38 petang), BN Limbang, PAS Pokok Sena (5.48 petang), BN Kuala Krau, DAP Kepong ] Mesyuarat ditangguhkan pada jam6.30 petang.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.

Thursday, November 12, 2009

Dewan Rakyat, 12 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sasaran jumlah rumah-rumah yang sepatutnya dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menyatakan jenis-jenis rumah tersebut dan pencapaian setakat ini dengan memberikan angka-angka berasingan bagi rumah yang di bina oleh Kerajaan dan pihak swasta untuk tahun 2008. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Sik (10.10 pagi) ]

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah projek lebuh raya yang telah dilaksanakan tetapi tergendala beberapa lama; dan
(b) apakah tindakan segera Kerajaan untuk menyiapkan projekprojek tersebut. [ Tidak Hadir ]

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan setakat ini bagi tahun 2009 dan jangkaan jumlah bagi tahun hadapan sekiranya mekanisme subsidi sedia ada dikekalkan. [ Soalan tambahan: BN Rembau, PKR Machang (10.19 pagi) ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kematian akibat jangkitan H1N1 / selesema babi sehingga September 2009; dan
(b) kenapakah Kementerian lambat bertindak untuk hadapi masalah ini jika dibandingkan dengan jangkitan-jangkitan lain sebelum ini, sebagai contoh Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), yang jumlah kematiannya amat kecil. [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perkembangan dalam memastikan kewujudan sekolah wawasan sesuai dengan matlamat 1Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading ]

6. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) perkembangan terbaru tahap pembangunan dan pencapaian Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya serta sumbangannya terhadap kemajuan teknologi kepada negara yang dapat di manfaat oleh rakyat; dan
(b) keseluruhan kos perbelanjaan oleh Kerajaan dalam mewujudkan MSC termasuk perincian bayaran khidmat pakar kepada firma McKinsey. [ Soalan tambahan: PKR Pantai Dalam (10.38 pagi) ]

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) strategi atau langkah mengatasi masalah bencana alam seperti masalah banjir atau bencana di luar jangkaan terutama di kawasan berisiko tinggi; dan
(b) apakah cadangan dan perancangan Kementerian mengatasi masalah banjir di daerah kecil Lenggong. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Beruas ]

8. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan lebih ramai belia terutamanya belia dari masyarakat India untuk mengambil bahagian dalam
program-program Kementerian; dan
(b) berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2006-2009 peserta yang mengambil bahagian dalam program anjuran Kementerian dan jumlah perbelanjaan. [ Soalan tambahan: PKR Kapar ]

9. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Kementerian boleh membantu mempercepatkan kenaikan taraf sekolah-sekolah di luar bandar agar pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang sama taraf dengan pelajar di dalam bandar. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, Bebas Pasir Mas ]

10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang sudah dikeluarkan Kerajaan berbanding kemajuan projek Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER). [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah, BN Tenggara ]

11. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang palsu yang dapat dirampas sepanjang tahun 2009 dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah pemalsuan Ringgit Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Ledang ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah baja padi yang diberikan kepada petani di negeri Kelantan; dan
(b) apakah syarat-syarat bagi seorang petani mendapat bantuan baja padi.

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dari tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan
dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 22 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.

Soalan No. 30 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah penghasilan "National Energy Policy" Kerajaan dapat menyelesaikan isu-isu seperti ketelusan mekanisme/formula "pass-through" di dalam perjanjian pembelian tenaga, isu pembekalan gas bagi menjana tenaga dan sumber tenaga alternatif.

Soalan No. 32 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek persekutuan yang dijalankan di kawasan Parlimen Sik bagi tahun 2008-2009 dan senaraikan juga projek Peruntukan Khas RM500 ribu yang telah di buat di kawasan Parlimen Sik.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (11 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (11 November 2009)

19. [ Menteri Sumber Manusia menggulung - BN Segamat. Celahan - DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau (11.42 pagi), PKR Kuala Langat (11.44 pagi), DAP Ipoh Barat, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor (11.57 pagi), Bebas Pasir Mas, BN Arau, BN Kinabatangan, PAS Rantau Panjang (12.10 pagi), PAS Kuala Selangor (12.13 tengahari), BN Arau, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat (12.25 tengahari), DAP Ipoh Barat.

20. [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggulung - BN Bera. Celahan - DAP Taiping.

Sesi petang - Celahan - PAS Rantau Panjang (2.35 petang), BN Arau, DAP Segambut, BN Arau, PAS Kota Raja (2.46 petang), PAS Pokok Sena (2.53 petang), (2.53 petang), PAS Rantau Panjang, PAS Kuala Selangor (2.54 petang), BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa (3.24 petang), Bebas Pasir Mas, PAS Pendang (3.30 petang), DAP Beruas, PKR Kuantan (3.56 petang), BN Batang Sadong, BN Arau, Bebas Pasir Mas, PKR Kuantan (4.52 petang), PAS Kuala Selangor (4.55 petang), PAS Rantau Panjang (5.04 petang), DAP Kota Melaka.

21. [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggulung - BN Senator. - Celahan - PKR Kuantan, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, PKR Kuantan (5.52, 6.10 petang).

22. [ Menteri Luar Negeri menggulung - BN Kampar - Celahan - PKR Balik Pulau (6.24 petang), PKR Wangsa Maju.

23. [ Menteri Pelancongan menggulung - BN Raub - Celahan -

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008