Sunday, March 28, 2010

Dewan Rakyat, 29 Mac 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usl-Usul (KLIK)
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan untuk memperluaskan dan memperkasakan Pasar Tani di negara ini, memandangkan ia menjadi wadah menjana ekonomi rakyat.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diatur oleh Kementerian bagi menghadapi isu pendidikan yang semakin kritikal. Adakah Kementerian berpandangan Dasar Pendidikan Kebangsaan masih relevan untuk memastikan keberkesanan dan persaingan dalam mendepani cabaran masa depan pendidikan negara. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan ]

3. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengelaskan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) dan menyingkatkan semula jenis kemudahan kredit kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam, DAP Kepong ]

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar kos pemasangan CCTV di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, apakah nama syarikat yang dianugerahkan kerja pemasangan ini dan adakah dilakukan melalui proses tender secara terbuka. [ Soalan tambahan: PKR Wangsa Maju, BN Hulu Terengganu ]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tahap peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh sektor awam dan swasta berbanding dengan tahap negara-negara maju di dunia.
[ Soalan tambahan: BN Pasir Salak, DAP Bagan ]

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat menjual ekuitinya dalam Proton dan senaraikan syarikat-syarikat yang menunjukkan minat. Apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan daya saing automotif negara dalam ASEAN untuk bersaing dengan Thailand. [ Soalan tambahan: PKR Gombak, BN Arau ]

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) kedudukan indeks jenayah negara sekarang; dan
(b) apakah usaha Kerajaan bagi membendung masalah kebanjiran pendatang tanpa izin haram dalam negara. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, PAS Padang Terap ]

8. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) kutipan royalti untuk karya seni luar negara yang disiarkan di negeri ini berbanding dengan royalti oleh pengkarya tempatan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan kutipan royalti pengkarya tempatan di luar negara. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah, Bebas Pasir Mas ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah dasar pemilikan tanah masyarakat Orang Asli; dan
(b) berapakah jumlah suratan hak milik tanah yang sudah diserahkan kepada masyarakat Orang Asli. [ Soalan tambahan: BN Jempol ]

Ucapan Takziah kepada Isteri MP PKR Hulu Selangor.

Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan sempit di Kg Gajah Putih dan jambatan sempit Kg Charok Tenang (Sg Senam) yang telah dibina sejak zaman awal kemerdekaan lagi yang telah berlaku banyak kemalangan maut. Bilakah Jambatan ini akan dibina semula sebelum lebih ramai pengguna yang menjadi mangsanya.

30. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perkembangan mutakhir pengambil alihan aset air di negeri Selangor dan apakah langkah-langkah segera Kerajaan untuk menambahkan sumber air di Lembah Klang bagi menghadapi jangkaan krisis bekalan air dalam masa terdekat ini.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status kedudukan Keramat Mall dan Dewan Orang Ramai Dato' Keramat.

36. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang menunaikan fardu haji ke Mekah.

44. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah Prostar yang telah ditubuhkan dan apakah hasil daripada penubuhan ini dan apakah kesan kepada remaja setelah menyertai pertubuhan ini, serta statistik terkini di dalam pengawalan gejala najis dadah dalam negara hasil dari wujudnya Prostar ini.

46. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah hasil petroleum di sempadan Malaysia-Thailand mengikut tahun hingga kini.

59. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan Orang Islam) menurut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan hendak dibentangkan di Parlimen.

61. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Sekolah Menengah Agama dan mewujudkan Sekolah Rendah Agama di Negeri Terengganu. Sila nyatakan mengapa tidak ada pengambilan guru-guru baru J-QAF pada tahun ini.

63. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau akan menyiasat Menteri-menteri yang mana pembantu-pembantu mereka sedang disiasat atas salah guna kuasa dan rasuah.

66. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Kementerian/Jabatan dan agensi Kerajaan termasuk syarikat kerajaan (GLC) yang terlibat dalam program Juara Rakyat yang dianjurkan oleh UMNO di seluruh negara dan berapakah jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan dan dibelanjakan oleh Kementerian/ Jabatan dan agensi Kerajaan termasuk syarikat kerajaan (GLC).

72. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Bank Pertanian bercadang untuk membuka cawangan di sekitar pelabuhan perikanan Tok Bali yang kini sedang pesat pertumbuhan baru di Koridor timur negara.

73. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) status kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Adakah ia memenuhi standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan adakah ia belum memperolehi sijil kelayakan menduduki; dan
(b) status rumah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Benarkah ia tidak boleh digunakan. Mengapa.

C. PADA PERMULAAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan - * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (25 Mac 2010)

Peraturan Mesyuarat 37 (1) dan 36 (12) - oleh Bebas Pasir Mas terhadap PKR Machang [ DAP Ipoh Timur, PKR Permatang Pauh ]

[Perbahasan: BN Parit, PKR Wangsa Maju, PAS Kubang Kerian, ] REHAT

Sesi Petang, mulai 2.30 petamg [Perbahasan: PAS Kubang Kerian, BN Ranau, DAP Bukit Mertajam, BN Johor Bahru,

[ PAS Shah Alam (DAP Taiping, PKR Machang), BN Sabak Bernam, PKR Padang Serai, BN Sekijang, Bebas Bagan Serai, BN Maran, PAS Kota Raja, BN Kanowit, DAP Bakri, BN Hulu Terengganu ]

[ PKR Bandar Tun Razak, BN Sarikei, PAS Kuala Selangor, Bebas Nibong Tebal, BN Gelang Patah, DAP Klang, BN Setiu, PKR Batu, BN Sipitang ]

Mesyuarat ditamatkan pada jam 9.30 malam dan ditangguhkan sehingga 10.oo pagi 30 Mac 2010.

Bacaan kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008