Thursday, April 1, 2010

Dewan Rakyat 1 April 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang hubungan luar dan dua hala negara dengan negara-negara luar di peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena ( 10.10 Pagi)]

2. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi membanteras SMS menawarkan video lucah yang makin berleluasa kebelakangan ini. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ke atas keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang telah uzur misalnya SK Tanjung Aru 1, dalam kawasan Parlimen Putatan; dan (b) mengapa tidak ada sekolah dari Sabah dan Sarawak tersenarai dalam SBP (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan siapa harus dipersalahkan. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan maklumat harga sayuran utama di ladang dan di pasaran kerana didapati harga di ladang rendah serta kos bahan input yang semakin tinggi termasuk kos operasi(tidak balik modal). Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi membantu penanam sayur ini.

5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah satu kajian perlu di buat untuk memastikan jalanjalan yang di bina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. [ Soalan Tambahan :

6. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan-tindakan Kerajaan untuk memperkasakan Pulau Pinang sebagai hub pengangkutan dan apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang di bawah NKRA.

7. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah strategi Kerajaan untuk menambah nilai dan menaikkan tahap pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah. Berapakah peruntukan dan jenis projek-projek yang diagihkan untuk tahun ini (2010)dan yang dirancang untuk RMK-10.

8. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah rancangan Kementerian untuk menyekat perdagangan manusia yang haram melibatkan perempuan dari Indonesia ke Tawau (seperti) yang dilaporkan TV3) di pelabuhan "Batu" di Tawau, di mana aktiviti penyeludupan minyak, beras dan gula yang bersubsidi melalui "Batu" untuk transaksi di pertengahan laut juga serius; dan
(b) adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina kemudahan baru yang baik untuk membendung masalah-masalah yang membawa kerugian besar kepada negara dalam pencapaian NKRA. [Soalan Tambahan : BEBAS Tawau, BN Tangga Batu]

9. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kemajuan yang dicapai dalam kerjakerja menaik taraf Jalan Metading - Selangan, di Bahagian Mukah yang jaraknya sejauh 53km di mana pembinaannya telah pun dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada Julai 2010.

10. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kematian akibat penyakit AIDS dalam 5 tahun yang lalu serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini serta keberkesanannya. [Soalan Tambahan : DAP Puchong, BN Kinabatangan]

11. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pelajar-pelajar kita di universiti tempatan dan di universiti luar negara tidak terpengaruh dan tidak terlibat dalam kegiatan keganasan (terrorists)antarabangsa. [Soalan Tambahan : PAS Padang Terap (11.20 Tengahari),

12. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk menanggung peningkatan kos dalam 16 projek MRSM yang melebihi bajet asal; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan peningkatan kos yang mendadak. [Soalan Tambahan : PKR Ketereh]

13. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan masalah kebanjiran warga negara asing dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi 'membersihkan' dan 'memutihkan' mereka ini yang memang terkenal
kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. [Soalan Tambahan : BN Paya Besar]

Peraturan Mesyuarat 23 (1) (5) oleh DAP Batu Gajah.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:-
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status kedudukan pembinaan Jalan raya Persekutuan dari Teloi Timur ke Padang Toi Batu 5 bernilai RM10 juta yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2008 yang lalu. (semasa pilihan raya umum ke-12).

22. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan Jabatan Imigresen tahun 2009 dalam operasi:-
(a) membuat serbuan dan tangkapan pelajar luar negara yang telah tamat visa pelajar dan bekerja tanpa permit; dan
(b) membuat serbuan terhadap pendatang asing tanpa permit kerja dan masuk dengan visa pelawat serta terlibat dalam aktiviti maksiat dan pelacuran.

24. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah alasan penyelesaian kes pembunuhan Teoh Beng Hock dan Kugan dilengah-lengahkan sedangkan rakyat mahu melihat penyelesaian yang segera dan tepat terhadapnya.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah dasar pemberian 10 peratus kerja kepada kontraktor kelas F masih diteruskan dan nyatakan kaedah pemilihannya.

34. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan punca sebenar Kerajaan memanggil balik Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna dan menamatkan perkhidmatan beliau ekoran tindakan beliau semasa pengundian resolusi mengecam Iran atas isu nuklear.

40. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Royalti Petroleum yang sepatutnya dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008 (semasa Dato' Idris Jusoh menjadi Menteri Besar) dan dari tahun 2008 hingga Mac 2010 (semasa Dato' Ahmad Said) dan berapakah jumlah sebenar yang telah dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam tempohtempoh masa tersebut.

44. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dibentangkan di Parlimen.

52. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hasil siasatan oleh Bank Negara tentang kegiatan pengurup wang dan apakah jumlah wang yang telah dipindah keluar secara haram.

62. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana kajian dibuat terhadap pelaksanaan cukai GST. Apakah impak kepada rakyat dan negara.

64. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang telah dan yang akan dibelanjakan oleh Kementerian untuk mempromosikan 1Malaysia; dan
(b) apakah program 'JUARA RAKYAT' termasuk salah satu daripada kempen 1Malaysia.

70. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam usaha memastikan penyaluran kemudahan infrastruktur kepada penduduk luar bandar dapat
dinikmati oleh rakyat secara maksima.

C. PADA PERMULAAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (31 Mac 2010)

[Perbahasan : BN Beaufort ( Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan) - Celahan - PAS Kota Raja, PKR Gombak, DAP Bukit Mertajam, PAS Shah Alam, BN Kinabatangan, DAP Bukit Mertajam, DAP Bakri, PAS Hulu Langat, BN Putatan, DAP Bakri, BN Silam, BN Putatan, PKR Ampang]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) - REHAT-

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) - DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, PKR Batu, BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa, BN Tangga Batu, PAS Kota Raja, PAS Titiwangsa, BN Padang Besar, BN Sri Gading, DAP Batu Gajah]

[Perbahasan : BN Sembrong ( Menteri Dalam Negeri) - Celahan - BN Kota Belud, PAS Kuala Krai, DAP Beruas, PAS Shah Alam, PKR Batu, PKR Permatang Pauh, BN Sri Gading, PKR Batu, PKR Wangsa Maju, DAP Ipoh Timur, BN Tebrau, DAP Bakri, BEBAS Kulim Bandar Baru, DAP Kepong, DAP Bukit Bendera, PAS Titiwangsa, PAS Rantau Panjang, PKR Machang, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PKR Sungai Petani ]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri WP & Kesejahteraan Bandar) - Celahan - BN Lenggong, DAP Segambut, PKR Permatang Pauh, PAS Titiwangsa, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PAS Titiwangsa]

[Perbahasan : BN Padang Rengas ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau, PAS Kubang Kerian ( 6.54 Petang), PKR Permatang Pauh, BEBAS Bayan Baru, PKR Permatang Pauh ( 7.18 Malam), DAP Ipoh Timur]

[Perbahasan : BN Tasik Gelugor ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - DAP Ipoh Barat, BN Pasir Salak, BN Sri Gading, BN Padang Besar, PKR Lembah Pantai, DAP Kepong, DAP Bukit Bendera, PKR Balik Pulau, DAP Bukit Bendera]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau]


Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

3. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

4. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008