Tuesday, April 6, 2010

Dewan Rakyat 6 April 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah benar program 'SUBUR' dihentikan kerana senarai nama mereka yang layak dalam program e-kasih tidak dapat diselaraskan dengan program 'SUBUR'. Jika benar apakah langkah pengubahsuaian yang akan diambil oleh Kerajaan.
[ Soalan tambahan: BN Kota Tinggi, PAS Kuala Krai ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan kes ragut 5 tahun terakhir ini, jumlah kematian terkini mangsa ragut, berapa peratus yang dapat diselesaikan (peragut ditangkap hingga didakwa dan dihukum). Apakah rancangan jangka panjang Kementerian untuk memastikan negara ini bebas dari jenayah ragut.
[ Soalan tambahan: PAS Kota Raja, BN Kinabatangan ]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian akan membina politeknik atau kolej komuniti di Parlimen Kota Belud memandangkan Kota Belud belum ada kemudahan pendidikan tinggi walaupun mempunyai penduduk hampir 100,000 orang. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, DAP Kota Kinabalu ]

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab SUHAKAM menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan (selection committe) tanpa berunding dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan Akta SUHAKAM menyatakan bahawa 3 orang ahli NGO seharusnya dilantik dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut. Nyatakan kenapakah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan tanpa mengikut kehendak akta dan kriteria yang diambil oleh SUHAKAM yang terdiri daripada NGO. [ Soalan tambahan: DAP Seputeh]

5. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha pemantauan yang dilakukan ke atas proses peralihan kuasa pertubuhan Belia 2007 yang telah dikuatkuasakan serta sejauh mana Kementerian menjadi juru pandu kepada belia-belia yang baharu dipilih sebagai pemimpin ini. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Jerai]

6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan daripada jumlah kedatangan kira-kira 24 juta pelancong ke negara kita setiap tahun, berapa ramaikah pelancongpelancong tersebut yang datang dari Negara China, India, Singapura dan negara-negara Timur Tengah. [ Soalan tambahan: BN Arau]

7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa balai polis Ranau tidak dapat membuat rondaan ke kampung-kampung kerana ketiadaan kenderaan pacuan 4 roda yang mencukupi. Bolehkah Kementerian membekalkan kereta pacuan 4 roda yang boleh digunakan di kawasan luar bandar di daerah Ranau. [ Soalan tambahan: BN Ranau]

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan Halal telah dikembalikan di bawah kuasa JAKIM sepenuhnya dan bagaimana pula perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada HDC sebelum ini, apakah HDC akan diberhentikan operasinya. [ Soalan tambahan: PAS Baling]

9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka semula laluan menghubungi Genting - Fraser Hill - Cameron Highlands - Lojing dan seterusnya ke Banding di Perak untuk membolehkan rakyat menikmati keindahan flora dan fauna semula jadi di Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Langkawi]

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan status keputusan Mahkamah Buruh terhadap tuntutan pekerja-pekerja Kilang Nikko yang ditutup baru-baru ini di Seberang Prai, Pulau Pinang. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar ]

11. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menangani masalah keciciran kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen untuk belajar di sekolah-sekolah.

12. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa kos membubuh tar jalan raya dari Sapalut/ Kalabakan telah meningkat daripada kos asal yang diumumkan RM100 juta ke RM200 juta dan mengapa terpaksa menunggu sehingga RMK-10.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah keberkesanan Harm Reduction yang telah dilaksanakan setakat ini dan jumlah kawalan yang dapat dilakukan kepada penagih serta jumlah kos yang telah dibelanjakan dan jumlah institusi yang terbabit dalam program ini.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada subsidi beras untuk rakyat termiskin akan diteruskan dan jika ya, bilakah ia akan dimulakan.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan undang-undang yang mewajibkan penerbit dan pencetak memerlukan permit sebelum beroperasi.

34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS di seluruh negara dan senaraikan IPTS dan kursus-kursusnya yang tidak mendapat pengiktirafan Malaysia Qualification Agency (MQA).

41. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor kebocoran maklumat keselamatan negara dan langkah mengatasinya.

42. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk menaikkan taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Sivil/Syarak menjadi suatu suruhanjaya dan memiliki pekerja-pekerja sendiri secara sepenuh masa.

47. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Kelantan dinafikan hak royalti 5 peratus sedangkan Sabah dan Sarawak mendapat hak royalti walaupun kedudukan telaga minyaknya lebih jauh dari Kelantan.

63. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan hasil pengeluaran Kenaf sejak diperkenalkan di negara ini dan sumbangan tanaman ini kepada peningkatan hasil petani yang terlibat.

68. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penggunaan peruntukan khas Parlimen Titiwangsa seperti siapakah pemohon, untuk projek, program atau sumbangan apa, masa dan tarikh diluluskan, siapa pihak penerima dan jumlah yang diperuntukkan setiap satu bagi tahun 2008 dan 2009.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Peraturan Mesyuarat 96 (1) (2) (3) oleh PKR Indera Mahkota

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 2/2010)Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” [ Pembentangan oleh BN Alor Setar (Timbalan Menteri Kewangan) ]

[ Perbahasan : PKR Permatang Pauh - Celahan - PKR Machang, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, PKR Bagan Serai, BN Kota Tinggi, BN Pasir Salak, PAS Rantau Panjang ]
[ Perbahasan : DAP Ipoh Timur - Celahan - DAP PJ Utara, REHAT, sambung perbahasan (2.30 petang), BN Kota Belud, PAS Kota Bharu (2.56 Petang), BN Jasin]
[ Perbahasan : BEBAS Pasir Mas - Celahan - BN Pasir Salak]
[ Perbahasan : BN Jasin - Celahan - BN Ledang]
[ Perbahasan : BN Ledang]
[ Perbahasan : PAS Titiwangsa - Celahan - PAS Pokok Sena]
[ Perbahasan : DAP Bandar Kuching - Celahan - BN Kinabatangan]
[ Perbahasan : BN Tuaran]
[ Perbahasan : DAP Kepong - Celahan - BN Pasir Salak]
[ Perbahasan : BN Lipis - Celahan- BN Tangga Batu]
[ Perbahasan : PAS Baling ]
[ Perbahasan : BN Jempol]
[ Perbahasan : DAP Rasah]
[ Perbahasan : BN Kanawit ]
[ Perbahasan : PAS Kuala Krai - Celahan - BN Kanowit]
[ Perbahasan : PKR Lembah Pantai]
[ Perbahasan : BN Pasir Salak - Celahan - BN Kota Belud,
Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh DAP Puchong
Peraturan Mesyuarat 36(6) oleh PKR Ampang
[ Perbahasan : DAP Bakri - sambung 7 April 2010

2. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

Bacaan Kali Yang Kedua
3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah
5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008