Thursday, July 1, 2010

Dewan Rakyat 1 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan hasil lawatan Perdana Menteri ke luar negara sepanjang kepimpinannya sebagai Perdana Menteri ke-6 dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai daya tarikan ekonomi global, pengaruh kepada suara keamanan dan kestabilan di samping memperlihatkan dunia sebagai contoh negara Islam yang progresif. [ Soalan tambahan: BN Libaran, ]

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status projek ladang kambing boer di kawasan seluas 1,400 hektar dalam Hutan Simpan Pondok Tanjung di Taiping Perak.
[ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar, BN Tangga Batu ]

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah rancangan dan strategi jangka panjang Kerajaan berhubung sebarang usaha sama strategik antara Proton dan syarikat asing; dan
(b) adakah usaha sama tersebut akan membabitkan pegangan ekuiti oleh syarikat asing dalam Proton Holdings Berhad. [ Soalan tambahan: BN Rembau, PKR Kuala Langat ]

4. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan Kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat input dalam perancangan berkeluarga yang lengkap selaras dengan Dasar Keluarga Negara agar melahirkan masyarakat yang bersahsiah tinggi dan berdaya maju. [ Soalan tambahan: PKR Ampang, BN Batang Sadong]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan peninggalan penjajahan British membawa negara kepada pembangunan yang tidak seimbang antara Pantai Barat Malaysia dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu dan Kelantan) termasuk penglibatan kawasan dalam era pembangunan. Apakah pihak Kementerian mempunyai strategi tertentu untuk mengatasi keadaan yang berlaku.
[ Soalan tambahan: BN Maran, PAS Kuala Selangor]

6. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bagaimanakah boleh berlakunya letupan paip air di Jalan Universiti, Petaling Jaya pada bulan April 2010 yang menyebabkan 3 orang cedera dan 3 buah kenderaan rosak, dan siapakah yang patut bertanggungjawab dalam kejadian ini.
[ Soalan tambahan: PKR Petaling Jaya Selatan, BN Lipis]

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf atau membina lapangan terbang yang baru di Lahad Datu bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta industri pelancongan di situ dan Parlimen Silam. [ Soalan tambahan: BN Silam, DAP Kota Melaka ]

8. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah peruntukan Kementerian bagi memajukan industri pelancongan di Kedah yang disalurkan melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan melalui Kerajaan Negeri bagi tahun 2009 dan 2010. [ Soalan tambahan: PAS Jerai, BN Langkawi

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada pembangunan infrastruktur sekolah di kawasan Sibuti bagi tahun 2005 hingga sekarang. [ Soalan tambahan: BN Sibuti ] izzah0802@yahoo.com

10. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan pelabur asing bagi tahun 2008 serta 2009 serta jumlah pengaliran keluar pelaburan asing dalam tempoh itu dan berapakah pula nilai
kemudahan yang dinikmati oleh pelabur asing di negara kita. [ Soalan tambahan: PKR Indera Mahkota, BN Sekijang ]

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk menambah bilangan jururawat yang berpengalaman dalam bidang dialisis; dan
(b) adakah pihak Kementerian merancang untuk menyempurnakan pembedahan Arterial Veneous Fistula (AVF) supaya meringankan bebanan kewangan pesakit dialisis. [ Soalan Tambahan : BN Gelang Patah, DAP Bukit Mertajam]

12. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) nama pulau dan negeri-negeri di mana terdapat beberapa buah pulau yang telah dibangunkan sebagai destinasi pelancongan; dan
(b) senaraikan sepuluh pulau yang paling terkenal dan angka pelancong yang datang melawat ke pulau-pulau tersebut sepanjang tahun 2009.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan di dalam meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan usaha di dalam mengurangkan jumlah kemalangan terutama membabitkan penunggang motosikal baik di bandar mahupun luar bandar serta kadar kemalangan jalan raya sepanjang 5 tahun lepas dan jenis kenderaan terbabit.

26. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang masalah Bumiputera yang masih menjadi setinggan sama ada di bandar dan di luar bandar di seluruh negara. Apa perancangan dalam RMK-10 dalam menuju setinggan dan miskin sifar.

34. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah negeri Terengganu merupakan satu-satunya negeri di mana peruntukan pembangunan dari Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Pusat menggunakan dana negeri dari hasil royalti petroleum Terengganu (Dana Khas Terengganu). Nyatakan jumlah peruntukan dari dana khas yang telah dibelanjakan di negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga Mei 2010.

44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan sedar hampir 80 buah cawangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah ditutup di seluruh negara dan lebih 2000 orang pekerja telah diberhentikan sewenang-wenangnya. Kalau sedar, apakah sebabnya dan apa langkah-langkah yang diambil bagi mengatasinya.

45. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada usaha-usaha yang bersifat pencegahan berdasarkan pendekatan Islam bagi membendung gejala sosial seperti keskes membuang anak-anak yang baru lahir yang begitu membimbangkan masa kini.

48. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah pihak Kerajaan menjalankan kajian untuk mengenal pasti jenis persembahan hiburan yang dibenarkan dan kaitannya dengan masalah keruntuhan akhlak di negara ini.

Usul-Usul :-

26 (1P) oleh BN Kinabatangan berkenaan kekecohan di lobi Dewan Negara akan diumumkan di kemudian hari (Selasa akan datang)

24 (2) oleh MP PKR Padang Serai mengenai jawapan kepada persoalan kos perbelanjaan Isteri Perdana Menteri yang tidak jelas dan tepat

36(12) oleh MP DAP Seputeh merujuk jawapan kementerian perlancongan berkenaan ucapan penangguhan semalam ( PKR Gombak, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Batu, PKR Gombak, PKR Padang Serai, PKR Permatang Pauh, BN Lenggong, PAS Shah Alam, PKR Padang Serai, DAP Ipoh Timur )

93(1) Oleh MP PKR Batu merujuk APCO kepada kamar Yang Di-Pertua sebagai orang luar

21 (p) oleh BN Kinabatangan

86 (1) Oleh PAS Tumpat merujuk kepada Jawatankuasa dengan mengedarkan laporan-laporan segera

36 (4) Oleh PAS Shah Alam menggunakan perkataan buruk untuk ahli dewan oleh BN Kinabatangan

36 (12) oleh PKR Gombak merujuk kenyataan speaker berkenaan dengan kes PKR Permatang Pauh

C. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

[ Perbahasan: PAS Kubang Kerian ( Celahan - PAS Kuala Krai, PAS Titiwangsa, PAS Pendang) BN Silam ] (Rehat)

[ Sambungan Perbahasan : BN Silam ][ PKR Balik Pulau ][PKR Kuala Kedah (PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PKR Petaling Jaya Selatan )][DAP Bandar Kuching][ DAP Teluk Intan (BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota, DAP Taiping, BN Kota Belud, DAP Sibu, BN Pasir Salak(BN Kota Belud, PAS Kota Raja, BN Tangga Batu, BN Maran, PAS Shah Alam)]

BN Sandakan mengusulkan 16(3) bagi menangguhkan sidang perbahasan ke hari Isnin 5 Julai 2010 jam 10.00 pagi.

Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. MP DAP Serdang - YB. Puan Teo Nie Ching - Tajuk : RM 300 yang diberi oleh Pegawai Kerajaan kepada Wartawan semasa Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu - Jawapan - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - BN Sandakan.

2. MP DAP Seputeh - YB. Puan Teresa Kok Suh Sim - Tajuk : Kepadatan Pembangunan Projek di Kuala Lumpur yang Terlampau Tinggi Khususnya di Kuchai Entrepreneur's Park - Jawapan - YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - BN Tapah.

Tamat jam 5.48 petang

2. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

4. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

5. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008