Wednesday, July 7, 2010

Dewan Rakyat 8 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan berunding dengan Kerajaan Brunei Darussalam untuk membina jambatan Sungai Pandaruan, Limbang memandangkan kepentingan hubungan dengan negara jiran, negara Brunei Darussalam. [ Soalan tambahan: BN Limbang, PKR Permatang Pauh ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan dan penjara di seluruh negara dan peratusan banduan yang telah dibebaskan yang kembali dipenjarakan semula kerana mengulangi perlakuan jenayah.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan output pertanian di negeri-negeri yang pertanian merupakan aktiviti utamanya.
[ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, DAP Beruas ]

4. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapa permohonan dan rayuan dari Pengurusan Gudwara Sikh Tatt Khalsa Diwan Selangor di Jalan Raja Alang berhubung dengan gangguan dari gerai-gerai pasar malam dan pasar pagi, kekotoran dan bau busuk dari tong sampah Pasar Chow Kit di sebelah Gudwara dan di kiri pintu masuk Jalan Raja Bot serta halangan dari kenderaan yang diletak di hadapan pintu-pintu masuk Gudwara tidak diambil tindakan sedangkan aduan-aduan telah dibuat sejak tahun 2003 lagi.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian boleh menambah mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Islam bagi murid-murid Islam dan Pendidikan Moral bagi yang lain-lain dalam peperiksaan UPSR yang bertujuan meningkatkan lagi jati diri dan sahsiah murid sebagai pewaris generasi akan datang.
[ Soalan tambahan: BN Ledang, PAS Bachok]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memperkasakan koperasikoperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya di luar bandar dan setiap daerah diwujudkan koperasi rakyat dengan dana dibiayai oleh Kerajaan. [ Soalan tambahan: Bebas Bayan Baru, BN Tangga Batu ]

7. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah pencapaian Technology Park Malaysia (TPM) dalam menggalakkan aktiviti saintifik di kalangan usahawan industri sains dan teknologi di negara ini. Apakah ada mekanisme bagi melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dalam bidang keusahawanan sains dan teknologi di negara ini.
[ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Kuala Selangor ]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkahlangkah Kerajaan dalam memastikan tiada lagi rungutan dan aduan dari negara jiran seperti Indonesia dalam permasalahan dan isu perusahaan kelapa sawit yang melibatkan syarikat perusahaan Malaysia yang menindas dan menjejaskan kehidupan masyarakat setempat seperti yang dilaporkan WALHI, sebuah badan bukan Kerajaan di sana. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pualau, BN Sekijang ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah Perpustakaan Desa di Kampung Rejang daerah kecil Belawai, Tanjong Manis. [ Soalan tambahan: BN Tanjong Manis ]

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nilai rokok yang diseludup tanpa bayar cukai setiap tahun antara 2005-2009. [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Kinabatangan ]

11. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk mengadakan perkhidmatan ambulans percuma di sepanjang lebuh raya kerana banyak berlakunya kemalangan jalan raya dan ramai yang hilang nyawa akibat kelewatan ambulans dari hospital-hospital Kerajaan dan swasta. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PAS Pendang]

12. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan peratusan peningkatan kitar semula berbanding dengan perbelanjaan menyediakan kemudahan-kemudahan kitar semula dan promosi di media dalam 3 tahun kebelakangan ini. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek yang telah diluluskan dan dilaksanakan di bawah Rancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) dan sejauh manakah projek-projek ini bakal menjana ekonomi di negeri-negeri pantai timur.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan Kementerian bagi menyelenggara setiap kilometer Jalan Persekutuan pada tahun 2009 dan 2010 bermula dari Perak hingga ke Perlis seperti yang dipertanggungjawabkan kepada Belati Wangsa Sdn. Bhd.

34. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah tindakan polis terhadap aduan Norizan Salleh yang mengadu ditembak lima kali di bahagian dada dan tangannya oleh anggota polis di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilaksanakan dalam memastikan produk yang berlogo halal benar-benar halal dan berkualiti dari segi Islam.

40. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah hasil yang diperolehi daripada Promosi Pelancongan di Negara-negara Asia Barat baru-baru ini.

48. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimanakah cara pembayaran Bernas kepada petani-petani setelah padi mereka dijual kepada Bernas.

51. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keseluruhan kes di Mahkamah Syariah mengikut negeri dan jenis kes dari tahun 2005 hingga 2009.

59. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kelulusan lesen judi semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group yang menggunakan lebih 200 rangkaian kedai pertaruhan Toto untuk tujuan tersebut. Apakah justifikasinya kepada agama, bangsa dan negara.

C. Usul-Usul
10 Jun - Usul 24(1) oleh DAP Batu Gajah berkenaan jawapan menteri dalam negeri bercanggah dengan persoalan oleh DAP Bukit Mertajam

9 Jun - Usul 36(12) oleh PAS Pokok Sena merasakan tertipu dengan usaha Perdana Menteri dan perlu dibawa ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen (PAS Pokok Sena)

Usul 36(12) oleh DAP Seputeh atas satu percanggahan jawapan Kementerian Perlancongan dengan Kementerian Pengangkutan dan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen.

Usul 36(12) oleh DAP Bandar Kuching berkenaan kempen YAB Perdana Menteri di dalam PRK Sibu baru-baru ini dengan menawarkan projek-projek pembangunan sebagaimana maklum dan ingin menghadapkan YAB Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen ( DAP Bandar Kuching)

[PKR Gombak (peraturan 23(i))][PKR Subang][PKR Gopeng][BN Jempol][PKR Permatang Pauh][PKR Gombak][PKR Permatang Pauh]

D. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Senator (BN)- Timbalan Menteri Sumber Manusia)
2. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kanak-kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan)
(Pindaan) 2010 (Senator (BN)-Timbalan Menteri Sumber Manusia)
3. Menteri Belia Dan Sukan * Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Kemaman (BN)-Menteri Belia dan Sukan)

E. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (7 Julai, 2010)

[Penggulungan : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) - (Celahan - PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, Bebas Wangsa Maju,) ] [Rehat]

[ 2.30 petang Menyambung Penggulungan : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) - (Celahan - DAP Ipoh Barat, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, DAP Beruas, Bebas Wangsa Maju, DAP Beruas, DAP Telok Intan, Bebas Wangsa Maju, DAP Telok Intan, DAP Ipoh Barat, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Gelugor, PKR Subang, PKR Balik Pulau, DAP Beruas, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, PKR Subang, DAP Batu Gajah, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam)]

Majlis dalam Jawatankuasa [DAP Batu Gajah(Fasal 1-18)]

Jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN-Sandakan) (Celahan - DAP Batu Gajah)

Pindaan Diluluskan

2. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

[ Perbahasan : DAP Bukit Gelugor (PKR Balik Pulau)][ BN Ledang ] [ Bebas Tawau ] [ DAP Telok Intan ( BN Batang Sadong, BN Ledang)]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.32 petang.

Ucapan Penangguhan oleh :-

i. DAP Serdang, YB Puan Teo Nie Ching - Tajuk :- Pendaftaran Pengundi Baru - Jawapan - Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (BN - Sandakan)

ii. DAP Segambut, YB Tuan Lim Lip Eng - Tajuk :- Perbezaan Harga Streamyx bagi Pakej Kelajuan Yang Sama - Jawapan - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Dewan Ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad pada nilai RM1,212,000,000 dengan dibayar sebahagiannya melalui penukaran jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008, sebanyak RM794,696,707.68 kepada sebahagian ekuiti berkenaan.”

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008