Tuesday, November 2, 2010

Dewan Rakyat 2 November 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kementerian ada membuat kaji selidik terhadap latar belakang (background check) kepada semua penyanyi atau penghibur luar negara yang memohon untuk membuat persembahan di Malaysia dan apakah kriteria yang telah ditetapkan dalam membolehkan permohonan permit tersebut diluluskan. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Bachok ]

2. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan dan puncanya beberapa barang runcit, bawang putih, cili merah, ikan bilis, telur, ayam, 30%-80% sejak penarikan subsidi 5 barang asas yang dilakukan oleh Kerajaan baru-baru ini. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, BN Arau ]

3. Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa laporan polis yang telah dibuat terhadap pelaksanaan projek Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Bahru dan apakah tindakan serta respons Kementerian dan terutamanya Lembaga Lebuhraya Malaysia terhadap laporan-laporan itu.
[ Soalan tambahan: BN Johor Bahru, PAS Bachok ]

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang kekurangan kakitangan yang melibatkan kawalan di pintu masuk sempadan seperti Polis dan PGA. Apakah usaha dan langkah Kementerian untuk mengawal keselamatan dan penyeludupan di pintu masuk utama serta di sepanjang Sungai Golok agar lebih berkesan. [ Soalan tambahan: PAS Rantau Panjang, BN Tangga Batu ]

5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa cukai hiburan sebanyak 20% daripada pendapatan setiap filem ciptaan rakyat Malaysia yang tidak dikategorikan sebagai "Filem Tempatan" telah menjadi batu penghalang kepada perkembangan industri filem negara. Adakah Kerajaan sanggup mengalihkan batu penghalang ini. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, PKR Gombak ]

6. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian boleh membatalkan syarat kelayakan ketinggian kurang dari 154 cm di dalam permohonan lesen vokasional dan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kes (case to case basis). [ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah, ]

7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program-program peningkatan ekonomi jangka pendek/panjang yang dijalankan secara agresif dan meluas bagi golongan petani, nelayan, penternak dan pekebun. [ Soalan tambahan: BN Lawas ]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kerjasama yang boleh diberikan di atas cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pulau ]

9. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada cadangan di pihak Kerajaan untuk memberikan elaun khusus kepada para tahfiz bagi mengembangkan ilmu Al-Quran. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

10. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini Iskandar Malaysia dan sejauh mana sambutan dan pelaburan yang dicapai berbanding dengan jumlah yang telah dianggarkan semasa projek berkenaan dilancarkan beberapa tahun dahulu. [ Soalan tambahan: Tidak hadir ]

11. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru daripada Semenanjung Malaysia yang sedang bertugas di Sabah. Bolehkah Menteri yang berkenaan menyatakan juga berapa bilangan guru yang berasal dari Sabah yang sedang bertugas di Semenanjung Malaysia dan adakah mereka diberi elaun bertugas yang sama mengikut kelayakan jarak lokasi tertentu. [ Soalan tambahan: BN Ranau, BN Putatan ]

12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sedar wujudnya pertelingkahan pandangan dan pendapat oleh tokoh-tokoh agama dalam negara terhadap isu-isu agama yang mengelirukan dalam negara adalah berpunca daripada kelemahan institusi agama yang ada yang memerlukan suatu penyelarasan melalui Institut Fatwa Negara (Darul Ifta). [ Soalan tambahan: PAS Baling, BN Tangga Batu ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah ada usaha-usaha konkrit Kerajaan bagi memastikan pembinaan modal insan (human capital) bukanlah merupakan suatu usaha yang tidak berkesudahan; dan
(b) kaedah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan dimensi akhlak wujud dalam pembinaan modal insan ini.

18. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang usaha mengurangkan penggunaan pekerja asing dan meningkatkan daya saing buruh tempatan.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan yang mengadakan mesyuarat agung tahunan di kalangan ahli qariah di mana pemilihan jawatan kuasa masjid dan pembentangan kewangan dibuat, bilakah tarikh terkini mesyuarat tersebut serta bilangan ahli mesyuarat yang terlibat. Sekiranya tiada mesyuarat diadakan, senarai AJK dari pihak mana yang diterima JAWI dan atas kriteria apa senarai tersebut diluluskan.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 November, 2010)

Penggulungan Perbahasan Bajet 2011 mengikut Kementerian:
[ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ] - (Timbalan Menteri - BN Julau) - Pencelahan - BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah, DAP Segambut, DAP Bukit Mertajam, DAP Segambut, DAP Batu Gajah, DAP Segambut, Ipoh Timur, Bebas Wanga Maju, BN Jempol, DAP Telok Intan, Bebas Wangsa Maju, BN Labuan, BN Arau]

[ Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ] - (Menteri - BN Bentong) - [Rehat]
- Pencelahan - DAP Telok Intan, PKR Indera Mahkota, BN Jempol, DAP Teluk Intan, BN Kapit ]

[ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ] - (Timbalan Menteri - Senator) - Pencelahan - PAS Rantau Panjang, BN Kanowit, BN Kapit, BN Kanowit, BN Kapit, BN Arau, DAP Batu Gajah, BN Bintulu, BN Kapit, BN Sri Gading, BN Bintulu, DAP Puchong, BN Arau, DAP Puchong, DAP Batu Gajah]

[ Kementerian Pengajian Tinggi ] - (Timbalan Menteri - BN Temerloh) - Pencelahan - DAP Rasah, PAS Pasir Puteh, DAP Serdang, DAP Rasah, DAP Serdang, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PAS Pasir Puteh, PKR Indera Mahkota, DAP Seremban]

[ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] - (Timbalan Menteri - BN Jerlun ) - Pencelahan - BN Jasin, DAP Kota Melaka, DAP Klang, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, DAP Melaka]

[ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ] - (Timbalan Menteri - BN Petrajaya) - Pencelahan - BN Ledang ]

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ] - (Menteri - BN Miri) - Pencelahan - DAP Kepong, DAP Klang, DAP Kepong, DAP Klang, DAP Serdang, DAP Klang, DAP Serdang]

[ Kementerian Perlancongan ] - (Timbalan Menteri - BN Mambong) - Pencelahan - Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, Bebas Wangsa Maju, BN Lenggong, BN Jasin, Bebas Wangsa Maju, BN Lenggong, Bebas Wangsa Maju, BN Jempol, PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah, Bebas Wangsa Maju, DAP Rasah]

Tamat Jam 9.30 Malam dan Bersambung esok dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Hari Rabu, Jam 10.00 Pagi, 3 November 2010

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008