Wednesday, December 15, 2010

Dewan Rakyat 15 Disember 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Ir Hamim bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana dan bila Kementerian boleh menyelesaikan masalah waktu bekerja bagi kakitangan Bomba kerana selama ini mereka bekerja melebihi 8 jam sehari. [Soalan tambahan - BN Ledang, PAS Kubang Kerian ]

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA mENTERI menyatakan dasar-dasar afirmatif bumiputera semasa yang akan dirombak semula supaya ia menjadi lebih "market-friendly and merit based" dan menuju kepada golongan bumiputera berpendapatan 40 peratus yang terendah. [tidak hadir]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan status 'Pengerang battery' sama ada terdapat usaha atau perancangan untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu warisan sejarah negara. [Soalan tambahan - BN pengerang, PAS Kubang Kerian]

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [Tanah Merah] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah kerajaan bercadang mengkaji bonus atau dividen pencarum SOCSO puluhan tahun yang tidak mengalami kemalangan. [TIDAK HADIR]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan aktiviti pelancongan di Pasir Salak, satu tempat yang bersejarah. [Soalan tambahan - BN Pasir Salak]

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan demi konsep 1 Malaysia berikan butir-butir lengkap mengenai bilangan pembayar cukai pendapatan perseorangan yang berdaftar dan mencarumkan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut kaum, serta jumlah bayaran cukai mereka bagi tahun taksiran 2009 dan 2010. [ Soalan tambahan - DAP Jelutong, BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota]

7. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [Lubok Antu] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah kementerian ini mempunyai peruntukan untuk menggantikan paip-paip air "gravity feed" bagi rumah-rumah panjang dan kampung yang sudah uzur dan sering pecah. [Soalan tambahan - BN Lubok Antu, BN Kapit]

8. Tuan Mohd Nasir bin Zakaria [Padang terap] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

a. langkah-langkah Kerajaan menghadapi kemungkinan akan berlaku krisis penjanaan tenaga sekiranya isu kekurangan lebih 4000 MW tenaga kuasa di mana beberapa IPP generasi pertama akan tamat tempoh; dan
b.sekiranya Kerajaan bercadang untuk melanjutkan perjanjian, apakah Salient Term 4th generation Power Purchase Agreement bagi perlanjutan tempoh bagi IPP yang bakal tamat
[Soalan tambahan - PAS Padang Terap, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau]

9. Dato' Lilah bin Yasin [jempol] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah harta pusakan yang melibatkan lebih daripada RM40 bilion gagal diagihkan dan apakah perancangan Kerajaan bagi menyelesaikan masalah. [Soalan tambahan - BN Jempol, PKR Indera Mahkota]

10. Tuan Mohd Abdul wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha kementerian untuk membantu menyelesaikan masalah harga padi yang rendah, kadar pemutuan yang tinggi serta kelemahan perlaksanaan pembayaran subsidi bagi petani yang menanam padi di daerah Besut dan Setiu. [TIDAK HADIR]

11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perlaksanaan jumlah projek kampung WiFi yang dilaksana setakat ini dalam usaha menyediakan prasarana komunikasi dan maklumat di negara ini. [Soalan tambahan - BN Sipitang, PAS Kuala Krai]

12. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [Padang Serai] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah kemajuan Malaysia dalam melaksanakan Dasar Harta Intelek Negara setakat ini. [TIDAK HADIR]

13. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kementerian bercadang menambah jumlah bantuan kepada golongan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
(b) nyatakan statistik kes pembuangan bayi mengikut kaum dan negeri, serta apakah tindakan yang dilaksanakan sekarang kurang berkesan. [TIDAK HADIR]

14. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah tepat dan pecahan kaum bagi 34 peratus pekerja daripada 1.3 juta pekerja (jumlah yang dikaji) yang dikenal pasti dalam kajian Kementerian mendapat gaji bulanan kurang daripada RM 700 iaitu di bawah garis kemiskinan RM 720 sebulan (rujuk kenyataan Menteri di STAR 6.8.10). [keluar - akan dibacakan kemudian]

15. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) cadangan produk pelancongan boleh dikemukakan oleh Kementerian di sepanjang Sungai Rejang di antara Bandar Sibu, Pekan Bintangor dan Bandar Sarikei serta Tanjung Manis; dan
(b) nyatakan jenis-jenis produk pelancongan telah diperkenalkan di kawasan Parlimen Sarikei. [TIDAK HADIR]

16. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan ada memikirkan serta merangka langkah-langkah yang lebih holistik bagi memastikan kegiatan pelacuran dan zina dapat dikurangkan selain dari membina pusatpusat jagaan bagi wanita-wanita yang mengandung kerana zina. [TIDAK HADIR]

17. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian bagi mengawal penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya dalam rawatan penyakit dan sejauh manakah gen baru Bakteria New Delhi Metallo Beta Lactamase (Gen NDM-1) telah dikesan di negara ini. [TIDAK HADIR]

18. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penyelesaian pihak Kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. Antara faktor yang boleh dikenal pasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menggubal kursuskursus khas mengenai kesihatan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. [TIDAK HADIR]

19. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untukmembina Kolej Komuniti di Parlimen Gelang Patah; dan
(b) jumlah kelulusan permohonan PTPTN pada tahun 2010 dan jumlah hutang pinjaman PTPTN sejak tahun 2009. [Soalan tambahan - BN Gelang Patah, PKR Sungai Petani]

20. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berikutan kejatuhan Pelaburan Langsung Asing (FDI), sejauh manakah ia memberikan impak kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
negara. [TIDAK HADIR]

21. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengangkat kefahaman rakyat terhadap visi 1Malaysia dan dari mana dana untuk aktivitinya diperolehi. [Soalan tambahan - BN Parit]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan :
18. Dato' haji Ab Halim bin Ab Rahman [Pengkalan Chepa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penyelesaian pihak Kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. Antara faktor yang boleh dikenal pasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk menggubal kursus-kursus khas mengenai kesihatan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang dikenali sebagai berisiko tinggi.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan berhasrat melaksanakan proses 'nasionalization' konsesi lebuh raya selepas ada dua permohonan dari Syarikat Asas Serba Sdn Bhd dan MMC untuk mengambil alih semua konsesi jalan tol di seluruh negara.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kementerian tidak berhasrat membantu PBT di negeri-negeri lain seperti peruntukan RM 13.9 juta kepada PBT di Negeri Sembilan seperti yang tersiar dalam Warta Wilayah keluaran 1 hingga 15 Ogos lalu.

Peraturan Mesyuarat 18 (1) Oleh PKR Subang - Dewan Kecoh (PKR Subang digantung sehingga 2.30 petang).
Peraturan Mesyuarat oleh PKR Gombak - Dewan Kecoh - PKR Gombak digantung sehingga 2.30 petang.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) dan Usul-Usul
1. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]. Menyambung Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [ 14 Disember 2010 ]

[ Perbahasan - DAP Beruas, BN Jasin (BN Ledang), PAS Pokok Sena, BN Lipis, PKR Sungai Petani, BN Sekijang, BEBAS Wangsa Maju (BN Sri Gading), DAP Telok Intan (DAP Bandar kuching), PAS Kuala Krai ]

[Penggulungan Menteri - BN Kudat (Timb Menteri) Pencelahan - BN Ledang, BEBAS Wangsa Maju, BN Putatan, PAS Pokok Sena, BN Padang Besar, DAP Bandar Kuching, BN Sri Gading, DAP Beruas, BN Arau, Pas Kuala selangor,] - Diluluskan ( Undi Belah bahagi 71/40)

Rang undang-undang diserah kepada peringkat jawatankuasa sesebuah majlis:

Fasal 22&24
[ Perbahasan - DAP Batu Gajah, BN Sri Gading (DAP Batu gajah), PAS Pendang, DAP Beruas ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Kudat - DAP Batu Gajah, PAS Jerai, BN Sri Gading, DAP Beruas] - Lulus

2. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan - Timbalan Menteri Kewangan - Senator ]

[ Perbahasan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan Timbalan Menteri Kewangan - PKR Kuala Kedah]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

3. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi] - Menteri - BN Kota Marudu

[ Perbahasan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Petrajaya - PKR Indera Mahkota ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Kuala Kedah ] - Lulus

4. (D.R. 24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 [ Kementerian Kewangan ] - Timbalan Menteri Kewangan - Senator

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota, PKR Sungai Petani ( DAP Batu Gajah, PAS Pendang), DAP Bandar Kuching]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - Senator - DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah ]
[ Dalam Jawatankuasa - Lulus ]

5. (D.R. 40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 [ Kementerian Kewangan ] - Timbalan Menteri Kewangan - Senator

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - Senator - PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

6. (D.R. 41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ] - BN Kota Marudu - Menteri

[ Perbahasan - BN Tenggara, PAS Pendang ( BN Putatan), BN Lipis (BN Parit Sulong, BN Putatan), DAP Batu Gajah, BN Silam, DAP Kepong (BN Tangga Batu, BN Lenggong, BN Sri Gading, BN Lenggong, BN Tangga Batu) ]
[ Penggulungan - Menteri - BN Kota Marudu - DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, BN Arau, BN Padang Besar ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, BN Tuaran ] - Lulus

7. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan] - Timbalan Menteri - BN Julau

[ Perbahasan - PAS Pendang, BN Sri Gading, DAP Kepong (PKR Indera Mahkota) ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri ] [ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

Dewan ditangguhkan jam 11.52 malam dan bersambung esok, khamis, jam 10.00 pagi, 16 Disember 2010.

Besok, 16 Disember 2010 :-

13. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 22 April 2010, maka Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 3 Tahun 2010 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” [ Laporan Jawatankuasa Hak & Kebebasan - Isu PKR Permatang Pauh ]

14. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"BAHAWA pada 3 Disember 2010, Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Ahli Parlimen Kawasan Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Tuan R.Sivarasa, Ahli Parlimen Kawasan Subang yang merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu surat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

DAN BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Subang dan Yang Berhormat ahli Parlimen Kawasan Gombak adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUKAN BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang, dan Yang Berhotmat Ahli Parlimen kawasan Gombak hendaklah digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama 6 bulan."

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008