Dewan Rakyat 29 Mac 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Umum ke-12. Adakah Kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain. [ Perbahasan: BN Bukit Katil, PAS Rantau Panjang ]
2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah pencapaian Model “Build-then-Sell” (BTS) bagi industri perumahan setelah ia dilancarkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 2006 dan dilaksanakan secara rasmi mulai 2007; dan
(b) apakah olahan 10:90 model BTS ini akan diwajibkan menjelang 2015.
[ Perbahasan: Tidak Hadir ]
3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian mempunyai peruntukan dalam RMKe-10 untuk membina loji-loji kecil penapis air (membrane filter technology) dari sumber-sumber seperti paip graviti, air tasik, air sungai, air perigi, air bawah tanah dan lain-lain untuk membekal air bersih atau bertapis kepada penduduk luar bandar di negeri Sabah. [ Perbahasan: BN Keningau, DAP Kota Kinabalu ]
4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) tentang kos membaik-pulih dan menaik taraf bangunan dan kemudahan-kemudahan asas bagi Bangunan Parlimen Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2010 dan jeniskan projek-projek yang telah dilaksanakan; dan
(b) berapa jumlah peruntukan yang disediakan dalam RMKe-10 untuk tujuan yang sama.
[ Perbahasan: DAP Kota Melaka, BN Arau, PAS Pokok Sena ]
5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk membantu pelajar yang lemah dan keciciran dalam pelajaran agar mereka tidak terus dilabel sebagai pelajar lemah dan keciciran dalam bidang akademik.
[ Perbahasan: BN Silam, DAP Batu Gajah ]
6. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan antara Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri manakah yang menentukan keagamaan seorang rakyat Malaysia serta adakah mana-mana pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menyita mayat atau abu si mati tanpa mempedulikan pandangan keluarga.
[ Perbahasan: Tidak Hadir ]
7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status penambahbaikan jalan raya dari Bukit Kayu Malam hingga ke Simpang Jalan Bulat, Sarikei. Nyatakan jumlah anggaran kos keseluruhan untuk penambahbaikan tersebut dan kos perbelanjaan telah dibelanjakan pada tahun-tahun yang lepas. [ Perbahasan: BN Sarikei ]
8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah peruntukan kewangan untuk Pasukan Bomba Sukarela mengikut pentadbiran daerah-daerah di Perak. [ Perbahasan: PAS Parit Buntar, BN Labuan ]
9. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah kemajuan penyediaan dan taraf Teknologi Hijau dalam negara kita. Apakah pencapaian-pencapaian yang signifikan yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. [ Perbahasan: BN Ledang, DAP Kepong ]
10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos dan bentuk promosi Kerajaan melalui media dalam usaha memerangi rasuah pilihan raya. Apakah ada sebarang langkah khusus SPRM dalam mendidik pengundi dan calon supaya tidak terlibat dalam aktiviti rasuah pilihan raya. Berapakah jumlah aduan rasuah pilihan raya diterima oleh SPRM sepanjang pilihan raya kecil 2008, 2009 dan 2010. [ Perbahasan: PKR Ketereh, DAP Ipoh Timur ]
11. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai rungutan peserta-peserta ladang kelapa sawit di bawah pengurusan Pejabat FELCRA Kawasan Matu yang mejoriti mereka tidak berpuas hati dengan agihan dividen yang tidak setimpal dengan keluasan tanah yang diserahkan untuk dimajukan oleh FELCRA. Sebagai contoh, ada peserta yang menerima RM1000 setahun deviden hasil tanah yang luasnya 14 ekar. [ Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) kedudukan terkini perundingan Malaysia dalam Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (TPP); dan
(b) adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian yang menyeluruh dari aspek daya saing negara dan keupayaan industri dalam negara untuk berhadapan dengan penghapusan tarif tertentu sekiranya Kerajaan memutuskan untuk menyertai TPP ini.
16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perbandingan harga daun tembakau (basah dan kering) bagi negara-negara anggota ASEAN dan benarkah Kerajaan sedang menimbang untuk menambah pengeluaran produk berkaitan tembakau di negara ini.
20. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai pelaburan asing bagi negeri Kedah daripada tahun 2006 sehingga 2010. Apakah strategi Kerajaan Persekutuan dalam membantu mempromosi pelaburan di negeri Kedah.
28. Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah mekanisme/prinsip-prinsip asas yang diperhitungkan oleh pihak Kementerian terhadap pelantikan Naib-naib Canselor di IPTA di negara ini. Adakah benar pihak kementerian bersikap autokratik yang menyebabkan berlakunya rasa katidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli akademik dan melanggar tradisi universiti sebelum ini.
34. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah laluan kereta api Pantai Timur akan mula dibina dan bandar-bandar yang akan dilaluinya.
48. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah status serta tindakan yang diambil oleh pengurusan PLKN (khususnya di Sg Bakap) bagi menyelesaikan isu pemotongan/kehilangan rambut Basant Singh (seorang pelatih PLKN dari Ipoh).
50. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasionalnya diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk setiap orang murid yang boleh menyebabkan para guru akan hilang fokus kepada tugas mendidik sebaliknya akan lebih tertumpu kepada penyediaan KSSR.
54. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam dan perkembangan mutakhir cadangan penambaikan skim Juruteknik dan Pelukis Pelan yang tertangguh sejak tahun 1985.
58. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria serta syarat pemilihan dan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA sehingga menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu seperti yang didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
63. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tatacara sistem AES yang akan digunakan berserta kaedah saman yang akan diberikan kepada pengguna.
64. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status 148 projek terbengkalai Kerajaan Persekutuan di Kelantan setakat ini dan apa puncanya.
BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa dewan tidak ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Mac, 2011) [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”
[ Perbahasan - BN Rembau, PAS Pokok Sena, BN Arau, DAP Ipoh Timur, BN Labuan, PAS Titiwangsa, BN Ledang, DAP Kota Melaka, BN Sekijang, PAS Rantau Panjang ] [ Rehat ]
[ Penggulungan Menteri - BN Senator - Timbalan Menteri Kewangan - PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Arau, BN Rembau, DAP Bruas, BN Labuan, DAP Bruas, BN Pasir Salak, DAP Bruas,Bebas Pasir Mas,X2,Bebas Tawau, PKR Balik Pulau, X2, PAS Kuala Krai, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Krai, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, PKR Kuantan ] - Lulus
[ Majlis dalam Jawatankuasa ] -
[1. Jabatan Perdana Menteri - DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena ( PKR Balik Pulau), DAP Puchong (PKR Balik Pulau), DAP Batu Gajah, PAS Kuala Krai (PAS Pendang), PKR Balik Pulau, DAP Bakri, DAP Beruas, PAS Padang Terap, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka ]
[ Penggulungan - Menteri Di JPM (BN Padang Rengas) - Pencelahan - DAP Ipoh Timur, Bebas Wangsa Maju, DAP Puchong, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, DAP Batu Gajah, ] [ Timbalan Menteri Di JPM - Senator ] [ Timbalan Menteri Di JPM - Cameron Highlands (PKR Balik Pulau) ] [ Timbalan Menetri Di JPM - Senator (DAP Batu Gajah) ] - DISETUJUKAN
[2. Kementerian Kewangan - DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - Pencelahan - PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, ]
[3. Kementerian Luar Negeri - PKR Balik Pulau (PKR Indera Mahkota) ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri Luar Negeri (BN Serian) ]
[4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - BN Arau ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri (BN Larut) - Pencelahan - PKR Indera Mahkota, ]
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 malam
2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]
5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]
6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]
8. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]
9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]
0 comments:
Post a Comment