Wednesday, April 6, 2011

Dewan Rakyat 6 April 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam memperkenalkan dan mendidik masyarakat perniagaan tentang industri hiliran dan nilai tambah terhadap produk
komoditi di negara ini; dan
(b) insentif dan langkah dalam membantu usahawan lebih ramai berani menerokai bidang baru serta menambah nilai produk komoditi negara. [ Soalan Tambahan :BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor]

2. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, dan mengambil iktibar bahawa Ops Sikap kurang berkesan, adakah JKJR sedar bahawa keberkesanan pelaksanaan dijejaskan oleh keadaan di mana saman boleh dikeluarkan daripada senarai jikalau pesalah itu ada "orang dalam" atau kenalan mereka. Bagaimanakah JKJR menangani masalah ini. [ Tidak Hadir]

3. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) hak rakyat dalam memiliki kediaman yang selesa ekoran daripada isu pemaju perumahan yang lebih cenderung membina rumah mewah dan sederhana untuk orang asing; dan
(b) apakah tidak ada mekanisme perancangan dan pembangunan sesebuah kawasan yang mendahulukan lapisan rakyat sendiri dan bukannya mesra kelas elit dan orang asing semata-mata. [ Soalan Tambahan :BN Tenom, DAP Ipoh Barat]

4. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang supaya lebih jelas difahami oleh semua pihak, agar tidak ada penganut yang bukan beragama Islam membaca sebaris dua ayat Al-Quran di tempat rasmi, yang dijadikan gimik politik dan juga menghalang mana-mana pihak yang mempertikaikan dan mempersoalkan segala bentuk ibadah umat Islam, seperti azan, sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya.
[ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas,PAS Rantau Panjang, BN Putatan]

5. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah badan penguat kuasa berkanun untuk menguruskan pembangunan Greater Klang Valley seperti IRDA di Iskandar Malaysia. Nyatakan nama dan peranan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pembangunan ini sekarang. [ Soalan Tambahan :BN Pulai, PKR Balik Pulau]

6. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang perumahan di negara ini dan unjuran masa depan beban hutang rakyat berkaitan perumahan akibat kenaikan kos pembinaan rumah. [ Soalan Tambahan :PAS Pasir Puteh, BN Jempol]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan bank-bank Islam yang mempunyai modal-modal berbayar yang tertinggi di negara ini kerana keupayaan institusi-institusi kewangan Islam ini untuk mengambil bahagian dalam pembiayaan projek-projek adalah terhad kerana faktor kekurangan modal yang mana boleh menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. [ Soalan Tambahan :BN Parit Sulong, DAP Kepong]

8. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan untuk membangunkan John Hopkins Medical School berserta hospital 600 katil dan sebuah pusat penyelidikan di Serdang, Selangor. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat untuk menjadikan Malaysia sebuah hab latihan perubatan berkemahiran tinggi. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal dan memulihkan sumber laut di pesisir pantai timur yang semakin pupus angkara penggunaan pukat tunda yang tidak terkawal dan pencerobohan nelayan asing. [ Soalan Tambahan :BN Kuala Nerus, DAP Taiping, BN Tuaran]

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ]
minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status sebuah kilang baja haram menggunakan najis ayam di Bt 14 Trong, Bukit Gantang dan apakah tindakan yang diambil Kementerian dalam menyelesaikan masalah pencemaran udara, sungai dan alam sekitar. [ Tidak Hadir]

11. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kerajaan bercadang menubuhkan satu bentuk Majlis Penilai dalam memantau langkah Penswastaan dan Perkongsian Awam (PPP) sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). [ Tidak Hadir]

12. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan menyokong atau tidak terhadap cadangan pembangunan bersama di kawasan Spratly dengan negara berkaitan dan apa alasan jika tidak menyokong.[ Dikemukakan tanpa soalan tambahan]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. ato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah Sekolah Agama Rakyat (SAR) setiap negeri yang berdaftar dengan Kementerian dan bilakah bantuan kepada SAR tersebut yang berjumlah RM95 juta akan diagihkan.

16. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan jangka pendek dan panjang berikutan penubuhan Perbadanan Tenaga Nuklear dalam merealisasi penjanaan tenaga dari Reaktor Nuklear.

40. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah laluan baru jalan raya Kota Bharu ke Kuala Krai akan dimulakan.

46. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi RMKe-10 untuk pembinaan hospital baru Kuala Krai; dan
(b) bilakah projek ini akan bermula.

48. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Projek RMK-9 yang belum dilaksanakan di dalam kawasan Parlimen Sik dan berapakah jumlah Projek RMKe-10 yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Sik.

56. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci jumlah pelajar yang menerima bantuan wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mengikut sekolah dalam Parlimen Rantau Panjang sejak tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.

58. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada peranan Institut Integriti Malaysia dalam membentuk masyarakat Malaysia yang menghayati nilai-nilai murni dan beretika masih lagi berkesan ataupun sebaliknya.

BN Alor Setar mengusulkan bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 - BN Jerlun

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - Menyambung semula pertimbangan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (5 April, 2011) [ Kementerian Kesihatan - majlis dalam jawatankuasa - PAS Pendang, DAP Teluk Intan, DAP Kepong] [Penggulungan - DAP Batu Gajah, DAP Teluk Intan ] - Lulus

2. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ] - [ Perbahasan - BN Tenggara, BN Labuan, DAP Kepong (BN Ledang, PKR Indera Mahkota)] - [ Rehat ]

[ Perbahasan - DAP Kepong (BN Putatan), BN Putatan ( PKR Balik Pulau, BN Labuan),PKR Indera Mahkota (PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau), BN Arau (BN Jasin), BN Silam(BN Lipis), PKR Balik Pulau, BN Jasin, PAS Tumpat ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Pengangkutan( Bebas Padang Serai,BN Silam,Bebas, Pasir Mas, PKR Indera Mahkota,BN Arau, BN Putatan,DAP Kepong, BN Labuan,BN Arau,BN Putatan,PKR Balik Pulau, PKR Balik Pulau) ] [ Peringkat Jawatankuasa ] - Lulus.

3. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan - DAP Bukit Bintang, BN Tenggara (PKR Balik Pulau, BN Maran), Bebas Pasir Mas ( BN Tenggara, BN Sri Gading, BN Arau), ]

4. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

5. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]

6. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

9. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

10. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

11. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]

12. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]

13. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

14. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

15. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008