Wednesday, November 23, 2011

Dewan Rakyat 23 November 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara; dan
(b) apakah sambutan pelajar-pelajar terhadap penukaran status ini terutama kepada penganugerahan sijil kemahiran yang merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.
[ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, DAP Kepong ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah prestasi kewangan bagi semua projek dalam rancangan Entry Point Projects (EPP) di bawah payung ETP setakat ini. Sila berikan bukti terkini secara kuantitatif.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah usaha Kerajaan untuk memperkasakan JAKIM termasuk menambah bilangan pegawai-pegawai; dan
(b) adakah Kerajaan akan menubuhkan jabatan-jabatan JAKIM di negeri-negeri seluruh negara bagi meningkatkan Syiar Islam dan mengatasi cabaran-cabaran semasa.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan penghijrahan cerdik pandai Malaysia dan pencapaian Talent Corporation dalam menarik rakyat Malaysia yang berkebolehan balik ke Malaysia. Berapa banyak yang dibelanjakan oleh Talent ke atas Projek Brain Gain yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2006.
[ Soalan tambahan: DAP Cheras, BN Putatan ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam usaha menyerapkan Guru-guru sandaran ke perkhidmatan tetap apakah ada kriteria atau syarat khusus yang mesti dipenuhi.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengekang kadar inflasi yang telah meningkat ke kadar tertinggi sepanjang 25 bulan yang lalu pada bulan Mei 2011 yang mencecah kadar 3.3 peratus. Apakah tindakan Kerajaan untuk membendung kenaikan harga barangan pengguna.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah fahaman Wahabi meresap ke dalam masyarakat kita dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegahnya. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PAS Bachok ]

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apa yang dilakukan untuk membantu pertubuhan kebudayaan kaum India dan seni moden kaum India dan nyatakan jumlah bantuan kewangan yang diberikan kepada pertubuhan kaum India dari tahun 1957 sehingga sekarang. (Senaraikan mengikut amaun untuk setiap tahun). [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading ]

9. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan awam dan swasta yang diluluskan bagi tahun 2010 dan 2011 dan menyatakan impak ke atas kejayaan projek ETP yang memerlukan pelaburan sektor swasta berjumlah RM115 bilion setahun. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Machang, PAS Kuala Selangor ]

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) perkembangan projek Fish Protech yang dijalankan di Naka, Kedah dan berapakah kos yang terlibat; dan
(b) bilakah rakyat khususnya tempatan akan mendapat manfaat dari projek ini.
[ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, BN Maran ]

11. Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah keputusan muktamad Kerajaan dalam menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu, PAS Sik, BN Arau ]

12. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara yang tertunggak hingga kini, berapa jumlah hutang termasuk bon yang perlu Kerajaan langsaikan hingga akhir tahun 2011 serta daripada ini berapa yang perlu dijadualkan semula pembayarannya. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

13. Tan Sri Datuk Seri Dr Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Air menyatakan apa tindakan telah diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan dakwaan kecurian elektrik TNB terhadap pengguna-pengguna yang mana mereka mengadu bahawa penalti yang dikenakan adalah tidak berpatutan, disamping itu apa tindakan akan diambil oleh kementerian untuk menjamin keadilan. [ Dikemukakan tanpa soalan Tambahan ]

Usul 12 (1) - Perbahasan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan peringkat Jawatankuasa.

Usul 18 (1) oleh PAS Pokok Sena mengenai penahanan 13 Orang di bawah ISA.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara jelas keperluan ceramah-ceramah bermotifkan politik yang menyeru kepada penyatuan UMNO dan PAS dalam kursus penghayatan nilai-nilai Islam kepada imam-imam dan pegawai masjid seluruh negara pada 24 hingga 26 Julai lalu.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penumpang keretapi di laluan Tumpat-Kuala Lumpur pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010.

34. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini urusan Persempadanan Semula Bahagian Parlimen dan negeri.

36. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian terhadap Akhbar Star yang menyiarkan iklan yang menyinggung perasaan umat Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Adakah sekadar amaran dan tiada tindakan susulan terhadap akhbar ini.

38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan masalah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah Kerajaan, sekolah agama Kerajaan negeri dan sekolah swasta secara perbandingan.

39. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di dalam misi bertugas di bawah panji PBB di luar negara dan juga misi bantuan mengikuti program anjuran NGO negara ini di luar negara sehingga kini mengikut negara mereka dihantar beroperasi.

40. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dasar dan asas pertimbangan kelulusan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat, dan sehingga kini (2011) berapa buah telah diluluskan dalam kawasan Parlimen Baling mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (Bayu, Kupang, Kuala Ketil).

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 November, 2011).

[ Perbahasan Bagi kepala Bekalan/ Pembangunan B60/P60 Kementerian Pertahanan - BN Sri Gading, BN Arau, PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Jasin, DAP Bakri, BN Pasir Salak,, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan ] [ REHAT ]

[ Sambungan - DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau, PAS Padang Terap, BN Lenggong, PKR Lembah Pantai, BN Labuan, PKR Indera Mahkota, BN Limbang, Bebas Tawau, BN Jempol, DAP Kota Melaka, BN Lipis ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Pertahanan (BN Mersing) - PAS Pokok Sena, PAS Sik, PAS Pokok Sena, BN Jasin, PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Lenggong, DAP Batu Gajah, PKR Lembah Pantai ]

[ Perbahasan Bagi kepala Bekalan/ Pembangunan B62/P62 Kementerian Dalam Negeri - Perbahasan - BN Labuan, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Tuaran, DAP Kepong, BN Kinabatangan, PKR Subang, BN Batang Sadong, BN Pengerang, DAP Bukit Mertajam, PAS Tumpat, BN Kapit, BN Tangga Batu, PKR Sungai Petani, DAP Batu Gajah, Bebas Tawau, BN Lipis, BN Kota Belud, BN Paya Besar, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, PAS kuala Krai, PSM Sungai Siput, BN Hulu Selangor, DAP Seremban, PKR Indera Mahkota, DAP Teluk Intan, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bakri, DAP Bukit Bendera ]

[ Penggulungan -Timbalan Menteri - BN Masjid Tanah - DAP Ipoh Barat, PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan, BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, Bebas Kulim Bandar Baru ]

Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 - Lulus

Agenda Esok :-

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

2. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Perdana Menteri ]

Dewan ditangguhkan pada jam 10.37 malam.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008