Thursday, November 24, 2011

Dewan Rakyat 24 November 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah perlu yang sentiasa diambil bagi memastikan naskhah sejarah dan kebudayaan negara kekal tulen dan terpelihara dari sebarang anasir yang cuba merosak dan memesongkannya. [ Soalan tambahan: Bn Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Kalabakan ]

2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dan kadar elaun yang diberi kepada anggota JPAM semasa mereka di dalam tugas dan jumlah serta jenis insurans yang dilindungi terhadap mereka, serta bentuk latihan yang diperoleh sebelum mereka menjalankan tugas. [ Soalan tambahan: PAS Pendang,

3. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha dan apakah rancangan Kementerian menaik taraf jalan dari Bukit Huang-Sekumang ke Tg. Manis sejauh 15 kilometer sehingga sekarang sedangkan ianya akan dilaksanakan dalam rolling plan kedua, RMKe-10 seperti yang dinyatakan dalam sidang Dewan Rakyat.
[ Soalan tambahan:

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa dan apakah perjanjian-perjanjian antarabangsa (treaties) yang Malaysia telah memasuki setakat ini. [ Soalan tambahan: DAP Teluk Intan, BN Dungun, PAS Tumpat ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah status bagi langkah melarang pembelian gula bersubsidi oleh semua pihak industri termasuk kecil dan sederhana, terutama kepada syarikat makanan dan minuman berskala besar dan hasil penjimatan yang telah dicapai melalui langkah tersebut setakat ini. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah peminjam PTPTN yang telah di senarai hitamkan.
[ Soalan tambahan: PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, Bebas Pasi Mas ]

7. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendekatan jangka panjang dilaksanakan untuk penyelenggara jalan-jalan raya di bawah seliaan JKR di seluruh negara, untuk menentukan ia sentiasa dalam keadaan baik.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, DAP Kota Kinabalu, BN Bintulu ]

8. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah purata pendapatan yang diperoleh oleh setiap pekerja ladang negara pada tahun 2008 sehingga kini dan nyatakan jumlah pembayaran yang perlu dibuat oleh pekerja ladang bagi membeli unit rumah yang disediakan oleh pihak ladang berkenaan.
[ Soalan tambahan: BN Kapar ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang terkini Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

18. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan penyelesaian terhadap peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang mendiami perumahan KEDA Pong Selatan dan Kg Bagan :-
(a) harga rumah sebenar yang perlu dibayar; dan
(b) hak milik yang sah selepas pembayaran selesai dibuat oleh peserta.

20. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Malaysia masih berdepan dengan cabaran 'keselamatan makanan' (food security). Apakah Kementerian masih berperang dengan pendekatan 'mengimport beras adalah lebih murah, dari segi kos, berbanding menanam padi sendiri'. Sekiranya jawapan adalah positif, bukankah pendekatan ini mempunyai risikonya yang tersendiri.

24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah sebenar pekerja asing yang berdaftar dan yang tidak berdaftar di negara ini. Nyatakan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah pekerja asing yang semakin bertambah ini.

38. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kriteria sebenar yang diguna pakai untuk pemberian netbook 1Malaysia kepada pelajar-pelajar di Daerah Yan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kedah 28 Julai lalu sehingga menimbulkan rungutan ibu bapa yang pada mulanya terpilih untuk menerimanya.

40. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah belanja yang telah ditanggung oleh Kerajaan untuk semua majlis keraian Perdana Menteri dan isteri sejak tahun 2008 sehingga 2011 termasuk elaun pakaian, elaun 'make up' dan elaun perabot rumah setiap tahun secara terperinci dalam setiap perkara tersebut.

Usul Berkenaan Kekotoran air di Kelantan oleh Bebas Pasir Mas.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

[ Pembentangan - YAB Perdana Menteri - YB Pekan ] [ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Tangga Batu, DAP Ipoh Timur ] [ Rehat] [ BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Hulu Selangor ] [ Penggulungan oleh Menteri Di JPM

2. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Perdana Menteri ]

[ Perbahasan akan ditangguhkan pada Selasa, 29 Nov 2011 ]

Mesyuarat ditamatkan pada jam

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

16. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008