Tuesday, December 6, 2011

Dewan Negara 7 Disember 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci perancangan Kementerian untuk memastikan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mencapai kejayaan.

2. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa barangan jualan "Kedai Rakyat 1Malaysia" sentiasa selamat, berkualiti dan harganya sememangnya memberi faedah kepada pengguna.

3. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah Suruhanjaya Pilihan Raya telah melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi terhadap sistem Pilihan Raya yang ada sekarang. Sekiranya ada sila nyatakan; dan
(b) adakah Suruhanjaya Pilihan Raya telah melakukan sebarang persempadanan baru untuk kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) memandangkan terdapat negeri-negeri yang sudah terlalu lama tidak dilakukan persepadanan kawasan pilihan raya.

4. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengadakan transformasi dari segi kaedah pembelajaran yang lebih mesra kanak-kanak dan bukan lebih berorientasikan peperiksaan agar kita dapat melahirkan anak-anak yang lebih kreatif dan berinovasi selaras dengan matlamat negara maju berpendapatan tinggi.

5. Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa boleh wujud 40 ribu kad pengenalan yang meragukan dalam daftar pengundi SPR, nyatakan apa yang sedang dilakukan untuk memastikan daftar pengundi bersih daripada sebarang cacat cela.

6. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menghentikan kemasukan pelajar luar negara terutamanya dari negara-negara Afrika yang bukan bertujuan untuk belajar tetapi melakukan berbagai jenayah di mana sebahagiannya jenayah berat seperti pengedar dadah, penipu, jenayah seks dan sebagainya. Bagaimana pula pengedar dadah dari Iran yang menyamar sebagai pelancong.

7. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah benar bahawa kaum wanita di Malaysia adalah ke-16 tertekan di dunia. Apakah sebabnya dan langkah-langkah yang seharusnya dilakukan oleh Kementerian untuk menolong golongan ini. Siapakah golongan wanita ini.

8. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan yakin dengan Rangka Kerja Kolabrasi Komprehensif (CCF) antara Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia Bhd. (AirAsia) dan AirAsia X mampu memperbaiki prestasi MAS serta mewujudkan persaingan sihat dalam industri penerbangan tempatan.

9. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula yuran pelajar separuh masa di institusi pengajian tinggi awam kerana yuran bagi mereka yang belajar separuh masa adalah dua kali ganda dari yuran pelajar sepenuh masa dan apakah objektif universiti mengenakan yuran yang membebankan ini sedangkan objektif terutama universiti awam bukan untuk mencari keuntungan.

10. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan pelaburan FDI yang berkualiti dapat terus mengalir khasnya bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan memandangkan kedudukan ekonomi ASEAN yang tidak menentu.

11. Dato' Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramai orang telah memohon pinjaman daripada Skim 'My First House Scheme' yang telah dilancarkan pada tahun lepas dan peratusan yang telah bermanfaat darinya. Apakah syarat-syarat kelayakan pinjaman ini dan sama ada syarat ini diikuti oleh institusi kewangan atau ada syarat tambahan dikenakan.

12. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) keberkesanan kempen menderma darah pada masa ini dan bagaimanakah Kerajaan mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital-hospital; dan
(b) tahap kesedaran orang ramai tentang "Kerintangan Ubat-ubatan Anti Mikrob" atau "Antimicrobial Resistace".

13. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah booth dan kaunter Touch n Go yang telah diwujudkan di seluruh negara dan nyatakan langkah bagi memudahkan pemegang kad Touch n Go untuk menambahkan nilai dan mendapatkan rebat.

14. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilangan tapak-tapak warisan di seluruh negara yang dipelihara oleh Kerajaan dan mengapa tapak-tapak ini tidak diurus dengan baik termasuk yang di Negeri Sembilan, setelah Jabatan Warisan Negara ditubuhkan melalui Akta Warisan Negara 2005.

15. Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan bagi projek naik taraf parit dan saliran untuk mengelakkan banjir di negeri Pulau Pinang bagi tahun 2010 dan nyatakan apakah punca yang menyebabkan kelewatan bagi menyelesaikan projek-projek ini.

Soalan Senator PAS yang disenaraikan:
17. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program jangka panjang dan jangka pendek dari segi pengembangan dan rangsangan intelektual, fizikal, psikologi dan spiritual yang dibuat bagi golongan awal remaja dan remaja dalam “blue print” kebangsaan untuk menghadapi “youthquake” di negara kita agar kebangkitan ini dapat dimanfaat sepenuhnya.

33. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan Anak Tidak Sah Taraf di Malaysia sehingga kini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menyelesaikan masalah BIN dan BINTI kepada anak-anak tersebut supaya tidak timbul masalah psikologi, emosi dan rasa tersisih di dalam masyarakat.

43. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan status penggubalan Akta Guaman Syarie dan Akta Fee dan kaedah mahkamah syariah dan negeri yang telah meluluskan enakmen tersebut, bilakah ia akan dilaksanakan dan bagaimanakah ia mampu mengukuh dan menyeragamkan institusi guaman dan kehakiman syariah di Malaysia.

66. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah benar Kerajaan pernah menandatangani perjanjian dengan Kelab Bola Sepak 'Everton' untuk projek pembangunan bola sepak negara. Jika ya, bagaimanakah perkembangan projek tersebut sekarang.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul
1. (D.R. 25/2011) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

[ Perbahasan - Sen. Dato' Abd Rahman Bakar ] [ Rehat ] [ Menyambung Perbahasan - Sen Hjh Mumtaz Md Nawi, Sen Dato' Abd Rahim Abd Rahman, Sen Yusof Husin, Sen Datuk Maijol bin Mahap, Sen. Dr Syed Husin Ali, Sen Dato Firdaus Hj Abdullah, Sen Datuk Hj Yunus Hj Kurus ]

[ Penggulungan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Sen Hjh Mumtaz Md Nawi, ] [ Peringkat dasar - Lulus ] [ Peringkat JK - Sen Yusof Husin minta Belah Bahagian PM 45 (4) - perlu lapan orang ] [ Dewan Ditangguh 10 minit ] [ Keputusan Yang bersetuju 38, Yang Tidak Bersetuju 8 ]

2. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

[ Perbahasan - Sen Pn Doris Sophia ak Bradie, Sen. Hjh Mumtaz Md Nawi ]

3. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

4. (D.R. 27/2011) Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 [Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 28/2011) Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 [Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

9. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

11. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

12. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

13. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

14. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

15. (D.R. 29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 [ Kementerian Kewangan ]

16. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008