Tuesday, June 26, 2012

Dewan Rakyat 26 Jun 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1.
Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-
(a) apakah cadangan atau langkah positif Kerajaan
Persekutuan dalam usaha menerokai kawasan-kawasan
baru untuk penanaman komoditi seperti FELDA, FELCRA,
RISDA dan sekaligus mengutamakan penyertaan rakyat dalam memperbaiki tahap kecapaian ekonomi mereka; dan
(b) langkah konkrit untuk memastikan rakyat menikmati
pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat ]

2.
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) berapakah bekas tentera yang tidak mendapat pencen
akibat berhenti awal yang didaftarkan hingga Disember 2011; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan
bantuan Kupon Makanan bulanan kepada mereka memandangkan pengorbanan mereka kepada negara sama seperti tentera yang mendapat pencen. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Jasin ]

3.
Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah koperasi yang berdaftar di negara ini dan nyatakan bilangan koperasi yang aktif serta nyatakan bilangan koperasi yang memberikan dividen kepada ahli bagi tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, PKR Indera Mahkota ]

4.
Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) adakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mempunyai satu
polisi bagi mengeluarkan Kad Pengenalan yang mengandungi tarikh pelupusan tertera diatasnya; dan
(b) jika ya apakah rasional untuk JPN (Jabatan Pendaftaran
Negara) berbuat demikian dan berapakah bilangan Kad Pengenalan seumpama ini telah dikeluarkan setakat ini. [ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, Bebas Pasir Mas ]

5.
Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan jabatan Kerajaan dan sektor awam memberikan ruang yang secukupnya kepada kaum wanita berkeluarga seperti waktu kerja yang lebih fleksibel, mempergiatkan penubuhan lebih banyak taska atau tadika di bangunan Kerajaan supaya mereka boleh terus bekerjaya dan menyumbang kepada negara. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, DAP Bukit Mertajam ]

6.
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah dan bilakah Kementerian akan meliberasasikan sepenuhnya dasar cabotage di Sabah supaya sektor-sektor perniagaan dapat mengurangkan kos pengangkutan yang seterusnya akan mengurangkan harga barangan di Sabah. Adakah sebarang pertimbangan untuk pembatalan dasar cabotage itu supaya sektor-sektor eksport di Sabah akan menjadi lebih berdaya saing. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Labuan ]

7.
Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek-projek perumahan swasta yang terbengkalai di seluruh negara dan langkah-langkah Kementerian bagi memulihkan projek-projek berkenaan serta langkahlangkah bagi membantu meringankan beban pembeli projek perumahan terbengkalai ini. [ Soalan Tambahan : BN Arau, PAS Kubang Kerian ]

8.
Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-
(a) jumlah pengeluaran tahunan produk tembakau sejak tahun
2001 hingga sekarang; dan
(b) sumbangan pengeluaran tembakau tempatan berbanding
yang diimport untuk pengeluaran berkenaan. [ Soalan Tambahan : ]

9.
Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek membina jambatan Sg. Liwago di Kg. Badukan yang menghubungi jalan raya ke Kg. Badukan, Kg. Kigiok, Kg. Kinapulidan, Kg. Kituntul Lama dan Kg. Marakau. Ketiadaan jambatan tersebut adalah menyebabkan masalah ketiadaan jalan pintas dengan menggunakan kenderaan ke Pekan Ranau. [ Soalan Tambahan : ]

10.
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan butir-butir cadangan menswastakan Krematorium DBKL di Jalan Kuari, Kuala Lumpur yang telah dikemukakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. [ Soalan Tambahan : ]

11.
Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kempen "Malaysia Truly Asia" mampu mengetengahkan kepelbagaian untuk menggerakkan industri pelancongan negara dan nyatakan produk-produk pelancongan inovatif yang diperkenalkan Kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan terus mampan dan meyumbang kepada kebangkitan ekonomi negara. [ Soalan Tambahan : ]

12.
Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pendidikan sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini seperti input terlatih, peruntukan kewangan peralatan pengajaran serta program sokongan yang diagihkan secara adil ke semua sekolah untuk mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah. [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato'Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah import bahan makanan ke dalam negara sepanjang 5 tahun kebelakanganini dan apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

16. TuanHaji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERIPELAJARAN menyatakan terdapat juga golongan yang mendesak supaya PPSMIini diteruskan, Kerajaan didapati tidak bertegas dengan golongan ini.Apakah Kerajaan akan memenuhi tuntutan golongan ini selepas PRU-13 nanti.

26. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERImenyatakan daripada sumber manakah 'durian runtuh' sebanyak RM15ribu kepada peneroka hasil penyenaraian Felda GlobalVentures Holding Berhad ke Bursa Malaysia, sedangkan penyenaraian belumpun berlaku.

32. Dr.Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakanapakah perancangan Kementerian bagi mewajibkan subjek Agama Islam sebagaisubjek teras untuk menjadi syarat lulus di dalam semua peperiksaan utamasekolah rendah dan menengah untuk murid-murid beragama Islam.

44. Dato'Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERIKESIHATAN menyatakan perkembangan terkini pembinaan bangunan-bangunantambahan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

48. Dr.Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakanperanan dan sumbangan besar yang diberikan oleh Sektor PembangunanProfesionalisme Keguruan dalam membangun kerjaya guru selaras dengankeperluan semasa.

51. TuanMohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanapakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengembalikankeyakinan awam terhadap imej PDRM yang tercemar berikutan perilaku ganassebahagian anggotanya yang bertugas ketika Perhimpunan Bersih 3.0baru-baru ini.

52. PuanSiti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] mintaMENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakahusaha Kerajaan untuk mengatasi masalah kadar penceraian yang semakinmeningkat di seluruh negara dan apakah punca permasalahan ini
berlaku.

56. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kritera syarikat-syarikat dan mereka yang bakalmenerima saham bumiputera yang akan diagihkan oleh Kementerian PerdaganganAntarabangsa dan Industri (MITI) (11.5% terbitan bersamaan dengan420 juta saham).

64. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa tahanan ISA masihtidak dibebaskan walaupun ISA telah dimansuhkan.

77. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kekerapan Jawatankuasa AntaraAgama bermesyuarat sejak awal tahun 2012, dan jika ada apakah ketetapanpenting yang dibuat.

79. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANAMENTERI menyatakan:-
(a) adakah bayarandurian runtuh sebanyak RM1.68 bilion telah dibayarkepada peneroka FELDA; dan
(b) nyatakan namasyarikat perunding yang dilantik bagi tujuan menasihatiFELDA dalam hal penyenaraian FGVH dan berapakah jumlah bayaran yang perludibayar kepada perunding tersebut.

91. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakanapakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan atas kegiatan memfitnah danmendedahkan aib seseorang secara terang-terangan dalam media cetak danelektronik mutakhir ini.

100. TuanHaji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil bagi mengatasipermasalahan lebihan bilangan murid di dalam satu kelas di
kebanyakan sekolah- sekolah harian.

104. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlahpampasan Kerajaan kepada kesemua pemegang konsesi lebuhraya dari tahun2000 hingga 2011 mengikut pecahan pemegang konsesi.

c. RANGUNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. MenteriPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2012

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

d. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Pertimbangan ke atas (D.R. 27/2012) Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2012) 2012 dalam Jawatankuasa Sebuah-buahMajlis. (22 Jun, 2012) [ Menteri Kewangan ]

[ Dalam Jawatankuasa ]

[ Kementerian Sains, teknologi & Inovasi - BN Ledang, BN Hulu Selangor, PAS Kubang Kerian ]

[ Kementerian Perlancongan - DAP Bakri, BN Jempol, BN Silam, PKR Machang, BN Sri Gading, BN Arau, PAS Pokok Sena ] [ Rehat ] [ Penggulungan - ]

[ Kementerian Pelajaran - BN Johor Bharu, DAP Rasah, BN Jempol, PAS Kubang Kerian, BN Tenggara, PKR Balik Pulau, BN Hulu Selangor, DAP Bukit Mertajam, BN Hulu Terengganu, PKR Lembah Pantai, BN Silam, PAS Sik, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, PKR Sungai Petani, BN Arau, PAS Kuala Krai, DAP Beruas, BN Rembau, PKR Gopeng, DAP Bakri, DAP Serdang, BN Ranau, PAS Kuala Selangor, PAS Padang Terap ] [ Penggulungan - DAP Rasah, BN Pasir Salak, BN Arau, PAS Tumpat, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, PAS Kubang Kerian, BN Kapit, DAP Rasah, BN Rembau, DAP Bukit Mertajam, PKR Lembah Pantai, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Krai, DAP Beruas ]

[ Kementerian Kesihatan - BN Arau, PAS Pendang, Bebas Tawau, DAP Rasah, PSM Sungai Siput ] [ Penggulungan - PAS Pendang, DAP Rasah ]

[ Kementerian Sumber Manusia - PKR Kuala Langat, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Bakri ] [ Penggulungan - PKR Kuala Langat, DAP Kota Melaka, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Kota Melaka ]

[ Kementerian Pertahanan - BN Jasin, PKR Lembah Pantai, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Hulu Selangor ] [ Penggulungan - PKR Batu, PKR Lembah Pantai ]

[ Kementerian Dalam Negeri - BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, BN Tangga Batu, PKR Kelana Jaya, BN Lipis, PKR Indera Mahkota, BN Putatan, DAP Kota Melaka, BN Padang Besar, DAP Bakri ] [ Penggulungan - DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Simpang Renggam, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota ]

Ucapan Penangguhan -

1. PSM Sungai Siput - Kesengsaraan Pekerja Kontrak.
2. PKR Lembah Pantai - Dakwaan Penjualan Dokumen Sulit Pertahanan Negara.

Dewan di tangguhkan pada jam 11.54 malam.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008