Thursday, June 28, 2012

Dewan Rakyat 28 Jun 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

Usul 36(12) bahawa agenda ketiga dalam aturcara mesyuarat ditangguhkan pembacaan kali kedua dan ketiga.

b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri[ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah langkah Kementerian bagi menubuhkan jabatan veteran guru sebagaimana Jabatan Veteran ATM bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga pendidik yang telah bersara. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, DAP Ipoh Barat ]


2. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah masalah serta cabaran yang dihadapi di dalam pelaksanaan dasar Pelan Tranformasi Luar Bandar yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan bagi memberikan insentif pemindahan seperti bot, enjin dan pukat kepada golongan nelayan pesisir pantai bagi membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan laut dalam. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Tumpat ]

4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA & SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau berhubung pembangunan belia, khususnya bagi mereka yang beragama Islam. [ Soalan Tambahan : PAS Pasir Puteh, BN Putatan ]

5. Dato'Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-
(a) jumlahperuntukan yang disediakan untuk menyelenggara Jalan Bintulu-Miri dan Bintulu-Sibu; dan
(b) apakah jaminan Kementerian terhadap kualiti dan keadaan jalan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu ]

6. Dato'Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keberkesanan dan impak kepada pengusaha-pengusaha tempatan apabila Kerajaan meliberalisasi beberapa sub sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan perundangan. [ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru, BN Tuaran ]

7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian mengiktiraf ijazah dari 146 buah universiti China dan tidak mempertimbangkan pengiktirafan ijazah universiti Taiwan. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kejayaan yang dicapai sehingga kini oleh Institut Penyelidikan Sains danTeknologi Pertahanan (STRIDE) bagi membantu Kementerian mencapai tahap teknologi tinggi menggunakan kepakaran tempatan. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Ledang ]

9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kerajaan memperkasakan taraf hidup penduduk luar bandar di bawah NKRA kawasanSarikei khasnya Program RES di rumah panjang. [ Soalan Tambahan : BN Sarikei ]

10. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak pegawai awam disiasat untuk kes rasuah semenjak tahun 2005 dan berapa ramai dituduh serta keputusannya. [ Soalan Tambahan : DAP Puchong, BN Sri Gading ]

11. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bolehkah Kementerian menaik taraf SMK Agama Limbang menjadi sebuah Kolej Islam. [ Tidak Hadir ]

12. TuanManikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan jangka panjangdaripada berlakunya mogok oleh pemandu lori kontena di Pelabuhan Klang serta sebab-sebab operator depot kontena dibenarkan mengutip "gate charges" dan peranan Lembaga Pelabuhan Klang dalam menjaga kebajikan pemandu lori kontena. [ Tidak Hadir ]

13. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dalam memajukan industri agro-makanan, apakah halangan-halangan yang dilihat boleh membantutkan usaha bagi memajukan industri agro-makanan negara pada masa depan. [ Tidak Hadir ]

14. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan berapakah kos tambahan pembinaan Hospital Shah Alam berbandingkos asal dan apakah tempoh tambahan untuk pembinaannya berbanding tempohkontrak asal. [ Soalan Tambahan : PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas ]

15. Tuan Wiliam @ Nyallau Anak Badak [ Lubuk Antu ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH menyatakan setakat manakah tindakan Kerajaan untuk memperuntukkan semula penyaluran bekalan elektrik luar bandar ke 9 buah rumah panjang yang telah ditarik balik tahun 2010 seperti Rh. Atit. Rh. Lampas, Titok, Rh. Minggat, Titok, Rh. Isau, Gelong, Rh. Unchat, Nibong Baru, Rh. Tayan, Nibong, Rh. Antau, Bunu Beging, Rh. Egar, Bukit Tungku dan Rh. Kudang, Berenggang. [ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu ]

16. Dato'Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan LKIM di dalam menstabilkan harga ikan di dalam negara dan berapajumlah ikan yang diimport dari negara luar serta namakan negara pengeksport tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang ]

SoalanMP PAS yang disenaraikan:
22. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan harga ikan yang sampai kepada pembeli adalah murah dan apakah tindakan Kerajaan untuk memperbaiki National Fishermen’s Association of Malaysia (NEKMAT) yang dilihat tidak berfungsi seperti sepatutnya.

26. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya PantaiTimur Fasa Kedua, dan apakah tindakan Kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor yang gagal menyiapkan pakej masing-masing sehingga penyiapan projek tersebut tertunda.

34. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos perbelanjaan PDRM untuk berhadapan dengan himpunan Bersih 3.0.

52. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kehilangan pendapatan kepadaFELDA selepas 360,000 hektar tanah ladang milik FELDA dipajakkan kepadaFGVH. Apakah strategi FELDA untuk meningkatkan pendapatan dan menggantikan hasil keuntunganyang hilang akibat daripada pemajakan tanah milik FELDA kepada FGVH.

53. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan telah membuat taklimat undang-undang berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 kepada seluruh anggota PDRM memandangkan ianya baru diwarta untuk dikuatkuasakan pada 23 April 2012. Jika ada taklimat undang-undang itu dibuat, boleh nyatakan berapa kali taklimat itu dibuat, berapakah jumlah peserta taklimat dan siapakah yang memberikan taklimat itu kepada anggota PDRM.

56. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapa peratuskah pelajar di Sekolah Menengah yang masih belum boleh membaca dan apakah usaha yang telah diambil bagi mengatasinya.

59. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERIWILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah kerugian sebenar oleh peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur dihari perhimpunan BERSIH pada 28 April 2012 dan nyatakan satu persatu nama dan alamat lengkap premis-premis perniagaan serta jenis perniagaan yang diusaha yang mengalami kerugian pada hari tersebut.

62. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru sekolah menengah dan rendah seluruh Padang Terap serta bilangan kekosongan mengikut opsyen.

66. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, jika benar minta Menteri berkenaan mengemukakan perinciannya.

75. PuanSiti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGUNAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang menghapuskan semua sistem monopoli dalam negara.

83. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keperluan imunisasi yang patut diberi kepada kanak-kanak mengikut peringkat umur dalam usaha membantu mengatasi serangan penyakit baru yangdihadapi oleh rakyat Malaysia.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan aturan urusan mesyuarat 1, 2 & 4 mengikut aturan mesyuarat hari ini.

Usul 18(1) mengenai pengambilan tanah di Pengerang, Johor oleh DAP Bakri.

c.Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang PengangkutanJalan (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (27 Jun, 2012) [ Menteri Pengangkutan ]

[ Sambungan Perbahasan - DAP Kepong, BN Jempol, PAS Pokok Sena ] [ Rehat ] [ Perbahasan - PAS Pokok Sena, Usul 36(12) terhadap BN Sri Gading, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, ][ Penggulungan ] [ Peringkat Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka ] - Lulus

2. (D.R. 28/2012) RangUndang-undang Francais(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - BN Sri Gading, Bebas Wangsa Maju, BN Jasin ] [ Penggulungan - BN Arau, Bebas Wangsa Maju, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju ]- Lulus [ Peringkat Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ]

3. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisionaldan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ] - Ditangguhkan perbahasan dan dibawa ke persidangan akan datang.

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“BahawaDewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapanbersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (pemerbadanan) membuatpelaburan dengan memperoleh sejumlah 300,000,000 unit saham biasaAcademic Medical Centre Sdn Bhd pada nilai RM0.50 bagi satu unit saham”. (Menteri Kewangan) [ PKR Indera Mahkota ]

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008