Tuesday, July 17, 2012

Dewan Negara 17 Julai 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan Pendamai Komuniti yang telah dilantik sebagai orang tengah dalam menangani kes serangan dan pergaduhan antara kaum dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan Pendamai Komuniti bagi meleraikan sebarang konflik 
antara kaum di negara ini khususnya kepada pencapaian Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM).   

2. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan kemajuan pelaksanaan program penggunaan bahan api B5. Sejauh manakah penggunaan bahan api B5 itu memberi kesan terhadap alam sekitar serta perkembangan industri sawit di negara ini. Adakah Kementerian bercadang memasarkan bahan api B5 di luar negara.   

3. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa ramaikah warganegara Malaysia yang terlibat dalam kes jenayah perdagangan manusia telah berjaya ditangkap setakat ini.  

4. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan setelah mengambil pengajaran dari isu kelemahan yang timbul dari Perjanjian Jual Beli Tenaga Elektrik  (Power Purchase Agreements - PPAs) yang jelas berat sebelah  (lopsided) dan menyusahkan rakyat, apakah pendekatan Kerajaan untuk memastikan segala perancangan menangani masalah sektor bekalan tenaga elektrik yang telah berlanjutan sekian lama dapat diatasi sebagaimana cadangan atau unjuran mengikut Dasar Tenaga Negara yang pernah dirangka suatu masa dahulu. 
                               
5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan Kerajaan pernah mengumumkan untuk menjual flat DBKL kepada penyewa pada dasar sewa beli. Berikan bilangan yang telah dijual kepada penyewa dan bilangan yang masih disewa.   

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membendung masalah kebakaran rumah dan rumah kedai  yang kerap berlaku akhir-akhir ini.   

7. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan piawaian bagi pembinaan semua jalan raya serta sistem pemantauan dan penyelenggaraan yang diamalkan bagi  menjamin kualiti jalan raya yang world class dan selamat.   

8. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat kekangan bagi mana-mana  bekas peguam Kerajaan yang pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara yang berhasrat mewakili mana-mana individu daripada pihak pembangkang yang dikenakan tuduhan di mahkamah.  

9. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan negara menghadapi masalah jerebu pada setiap tahun. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang pada masa akan datang.   

10. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-  
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula pengeluaran Visa Warga Indonesia tertentu seperti visa jangka panjang suami/isteri yang berkahwin dengan warganegara kita supaya permohonannya dapat diproses di Pejabat Konsulat Malaysia tanpa merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta; dan 
(b) apakah puncanya kelulusan visa ini perlu mendapat kelulusan Kedutaan Malaysia di Jakarta sedangkan Pejabat konsulat pun boleh membuat pemprosesan kelulusan permohonan tersebut.  

11. Dr. S. Ramakrishnan  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan statistik penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2012 mengikut kaum dan pecahan mengikut jurusan atau program pengajian.  
       
12. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan hasil daripada penganjuran Parlimen Belia dan apakah langkah-langkah susulan yang akan dilakukan dalam memantau kualiti belia-belia yang telah terlibat dalam penganjuran tersebut.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 - menyambung semula perbahasa atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Julai 2012) [ Menteri Sumber Manusia ] 

2.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

3.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Monday, July 16, 2012

Dewan Negara 16 Julai 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian mengkaji kaedah memberi insentif dan imbuhan kepada ahli sukan negara yang telah memenangi pertandingan antarabangsa atas sebab kaedah sekarang sebagai 'counter' produktif di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan imbuhan oleh Kerajaan setelah memenangi kejohanan antarabangsa telah gagal mengekalkan atau meningkatkan prestasi kejayaan mereka, malah ada yang prestasi terus merudum.   

2. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian PTPTN bercadang untuk memansuhkan caj 1% kepada peminjam di mana kebanyakan daripada para peminjam  terasa ia amat membebankan dan jika ia akan dimansuhkan, bilakah pihak Kerajaan 
bercadang untuk melakukannya.   

3. Datuk Maijol bin Mahap  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan apakah dasar terkini Kementerian terhadap penggalakkan perniagaan sarang burung di negara ini dan adakah Kementerian melihat bahawa perniagaan ini mempunyai pasaran yang berterusan dengan harga yang stabil.   

4. Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan situasi kewangan negara sehingga suku kedua tahun ini berserta dengan laporanlaporan statistik dan rancangan-rancangan yang akan dilakukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.   
                                  
5. Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memulihkan imej perkhidmatan awam di negara ini, terutama perkhidmatan bas dan teksi yang uzur, daif serta kotor kerana ia boleh menjejaskan  imej negara pada mata pelancong serta hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemandu di ibu kota yang sengaja tidak mahu menggunakan meter sewaktu membawa penumpang.   

6. Dato' Syed Ibrahim bin Kader  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Kerajaan telah meluluskan untuk pembinaan KLIA 2 berhampiran dengan KLIA dan LCCT. Apakah tujuan Kerajaan membina terminal ini dan apakah kelebihan kepada penumpang  serta syarikat penerbangan hasil pembinaan terminal KLIA 2 ini.   

7. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  PERDANA MENTERI menyatakan cabaran dan kejayaan Pelan Transformasi, terutamanya dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup.   

8. Datuk Chin Su Phin  minta  MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan berapa ramaikah rakyat Malaysia yang masih berada di dalam tahanan dan dihukum di luar negara, apakah jenayah yang telah dilakukan, dan apakah usaha Kerajaan dalam membawa mereka pulang untuk dibicarakan di negara kita.   

9. Puan Norliza binti Abdul Rahim  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan negara tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan ikan seperti yang dilaporkan dalam Food and Agriculture Organization (FAO).   

10. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan tentang cadangan untuk membenarkan parti-parti bukan Barisan Nasional memperkenalkan manifesto Pilihan Raya masing-masing semasa Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang 
serta garis panduan yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian bagi merealisasikan cadangan tersebut. 
  
11. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT  menyatakan apakah keistimewaan khas yang diberikan oleh Kementerian kepada golongan ibu tunggal yang bekerja dengan pendapatan yang kurang  serta menyara anak yang masih di bangku sekolah.   

12. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan adakah Kementerian bercadang menumpukan kepada industri berasaskan mesin dan elektronik (M&E) yang semakin berkembang pesat di peringkat antarabangsa. 

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 - menyambung semula perbahasa atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (12 Julai 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

4.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

6.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Thursday, July 12, 2012

Dewan Negara 12 Julai 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani gejala tuduh-menuduh di alam maya tanpa bukti yang kukuh. Bagaimanakah Kementerian boleh mengimbangi 
keperluan undang-undang dengan menghormati hak asasi pengguna laman sosial untuk bebas bersuara.   


2. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada  masterplan  pelancongan negara telah merangka bagaimana hendak menarik lebih ramai pelancong yang berprestij dan berbelanja tinggi  (high networth tourist) melalui penyediaan hotel 7 bintang serta destinasi-destinasi dan prasarana pelancongan yang lebih kreatif, menarik, yang dikagumi serta menakjubkan.   


3. Datuk Chiw Tiang Chai  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan sama ada caj premium berdasarkan nilai pembangunan sesebuah projek pembangunan hartanah menjadi faktor kenaikan mendadak harga rumah di bandar-bandar besar.  


4. Tuan Pau Chiong Ung  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-   
(a) berapakah kes aduan yang diterima terhadap pusat jagaan kanak-kanak harian dan pendidikan kanak-kanak (TASKA) yang tidak berdaftar dengan pihak berkaitan; dan 
(b) adakah pihak Kementerian akan mengkaji semula syarat-syarat bagi individu atau organisasi yang ingin menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak harian dan pendidikan kanak-kanak ini.  


5. Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakan YAB. Perdana Menteri telah mengumumkan pada awal Jun bahawa Kabinet telah memutuskan pada bulan Februari 2012 untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan “projek IC” 
in Sabah. Bilakah nama pengerusi, ahli suruhanjaya dan terma rujukan akan diumumkan.   


6. Dato' Jaspal Singh  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengawal warga asing yang memiliki perniagaan-perniagaan kecil di sekitar Kuala Lumpur khususnya di kawasan Petaling Street, Lembah Klang dan Brickfields.   


7. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan pencapaian Gagasan 1Malaysia dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum, keturunan dan suku bangsa di bawah suatu matlamat dan objektif ke arah mewujudkan 
bangsa Malaysia.  

8. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan PTPTN telah banyak membantu siswazah melanjutkan pendidikan sehingga memperolehi ijazah. Akan tetapi pihak pembangkang telah menyuarakan bantahan mereka dengan memperjuangkan pendidikan percuma di peringkat universiti. Adakah pihak Kerajaan akan merealisasikan perjuangan yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang tersebut.   


9. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa ramai jumlah pekerja asing yang terlibat dalam industri pembinaan negara dan berapa banyakkah pekerja asing telah dapat dikurangkan semenjak pelaksanaan sistem IBS (Industralised Building System) di negara ini.
   
10. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah keperluan Kerajaan mewujudkan pengkalan data 'Greater Kasih'  sedangkan telah pun wujud ‘e-Kasih’ dan nyatakan jumlah kos pembiayaan  pengkalan data baru 
tersebut.  

11. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan bilangan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan kursus perubatan sehingga kini. Apakah langkah-langkah diambil oleh  Kementerian untuk memastikan kelayakan pensyarah-pensyarah di institusi-institusi ini.  


12. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam mempromosikan produk pelancongan kepada orang-orang Islam secara berkesan di kalangan negara-negara Timur Tengah untuk datang ke Malaysia.



c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa 
dan Industri ] 

2.  (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ] 

3.  (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

4.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

6.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Wednesday, July 11, 2012

Dewan Negara 11 Julai 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan tindakan yang diambil dalam menangani masalah kewujudan peniaga-peniaga warga asing yang berniaga di premis-premis perniagaan dan pasar-pasar borong tanpa lesen dan 
menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga tempatan.   

2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan apakah tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap bangunanbangunan lama yang terbiar dan lusuh di sekitar Kuala Lumpur dan adakah DBKL tidak bercadang untuk menjadikannya sebagai satu tarikan pelancong seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya mengubah bangunan-bangunan terbiar sebagai satu tarikan sejarah.   

3. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  PERDANA MENTERI menyatakan cadangan pihak Kerajaan menubuhkan Akademik Undangundang.   

4. Datuk Chin Su Phin  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapakah nilai saman yang tertunggak bagi warganegara asing sehingga kini dan apakah rasionalnya pihak Kementerian dalam melantik agen kutipan saman trafik dan adakah rakyat Malaysia akan terbeban dengan perkara ini.   

5. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menerima pemerhati luar negara semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Jika ya, nyatakan pasukan dari negara mana dan jika tidak, berikan sebab-sebabnya.   

6. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman  minta  MENTERI LUAR NEGERI menyatakan setelah hampir satu tahun perpecahan Sudan kepada dua, adakah pihak Kerajaan Malaysia telah mula menjalankan aktiviti diplomatik dengan Republik Sudan Selatan tersebut.   

7. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan mekanisme pelaksanaan Dasar Pekerja Domestik Tempatan untuk mengisi keperluan dan permintaan  majikan bagi pembantu rumah tempatan kerana masalah-masalah yang wujud untuk mendapatkan 
pembantu rumah daripada negara sumber seperti Indonesia, Filipina, Kemboja dan lain-lain negara.   

8. Datuk Hj Saat bin Hj Abu  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan supaya memperbanyakkan kerja di bidang-bidang pembinaan kelas F hingga kelas D kerana di akhir-akhir ini kegiatan berkaitan kerja-kerja pembinaan kelas F hingga kelas D amat berkurangan di seluruh negara, ini boleh menjejaskan sumber pendapatan kepada mereka. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.   

9. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan kebanyakan pekebun kecil serta peladang terpaksa menggunakan kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang berkuasa tinggi untuk membawa keluar hasil mereka. Bolehkah Kementerian mengurangkan bayaran cukai jalan kenderaan mereka memandangkan mereka ini lebih menggunakan jalan-jalan dalam kebun daripada jalan raya.   

10. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah tahap kesihatan negara memuaskan dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menentukan rakyat Malaysia akan menjadi lebih sihat dan lebih produktif seperti kurang mengambil cuti sakit, mengurangkan perbelanjaan ubat dan rawatan. Kementerian patut mengkaji akta-akta seperti untuk penjualan makanan segar masak tidak tercemar dan suplemen makanan tidak beracun.   

11. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal serta mengawal jumlah hutang kepada paras terurus.    

12. Dr. S. Ramakrishnan  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan siapakah atau golongan manakah yang layak memiliki nombor plat pilihan (1 hingga 10) secara percuma dan apakah syarat-syarat yang melayakkan mereka memiliki nombor plat berkenaan.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (10 Julai, 2012) [ Menteri Kewangan ] 

2.  (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa 
dan Industri ] 

3.  (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ] 

4.  (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

5.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

6.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

7.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Tuesday, July 10, 2012

Dewan Negara 10 Julai 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk melindungi ekonomi negara daripada kesan impak krisis  eurozone. Bagaimanakah Kerajaan ingin memberangsangkan ekonomi tempatan dalam jangka pendek dan panjang.   


2. Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pindaan kepada Akta Keterangan 1950 akan berfungsi berkenaan dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Adakah perkongsian berita melalui saluran media ini juga menjadikan pengguna tersebut bertanggungjawab di bawah akta ini.  


3. Puan Hajah Rohani binti Abdullah  minta  MENTERI PERTAHANAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam membela nasib dan kebajikan anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan kurang 21 tahun dan sejauh manakah kursus pra persaraan mendapat sambutan daripada anggota-anggota berkenaan.   


4. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan laporan media bahawa jika tiada kata sepakat antara Kerajaan Pusat dan Negeri berkaitan isu air, akan berlaku krisis air yang teruk di Lembah Klang menjelang tahun 2014 dan melibatkan jutaan penduduk.   


5. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan mengenai tahap penguatkuasaan dan pelaksanaan Perintah-Perintah yang diputuskan oleh Mahkamah Buruh di seluruh negara sejak tahun 1997.   


6. Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan berapakah jumlah keseluruhan jarak jalan yang telah diturap di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sekarang ini. Apakah status terkini Lebuh Raya Pan Borneo yang telah lama dirancang tetapi masih tertangguh 
hingga kini. Apakah sebab kelewatan pelaksanaannya.  

7. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kementerian memperbanyakkan aktiviti surau dan masjid di seluruh negara di samping memantau aktiviti dan program agar ianya benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat dan tidak disalah gunakan oleh golongan berkepentingan sempit.   


8. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah KR1M yang beroperasi keseluruhan sehingga kini dan apakah pecahan kaum yang diberikan lesen perniagaan KR1M mengikut negeri.   


9. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan perancangan dan kemajuan pewartaan tanah Orang Asli sehingga kini mengikut negeri.   


10. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula Dasar Automatif Negara (DAN) agar dapat bersaing semula dengan negara-negara ASEAN yang lain sekaligus dapat melonjakkan kembali 
Malaysia sebagai hub pengeluaran kenderaan di ASEAN.

11. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan Menteri Kewangan Kedua ada berkata Kerajaan bercadang menjual beberapa tanah miliknya kepada pihak swasta untuk mengumpulkan dana bagi tujuan pembangunan ekonomi. Adakah pihak Kementerian menyenaraikan lokasi tanah tersebut bagi tatapan umum dan adakah penjualan tanah milik kerajaan itu dibuat secara tender  terbuka atau secara tertutup. 


12. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi mengekalkan pencapaian cemerlang mutu sukan negara dalam beberapa bidang sukan seperti badminton, hoki dan lumba basikal. Apakah lagi bidang sukan tumpuan negara yang giat diusahakan sekarang dan perancangan untuk meraih kemenangan di peringkat antarabangsa.  



c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Julai, 2012) [ Menteri Kewangan ] 

2.  (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa 
dan Industri ] 

3.  (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ] 

4.  (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

5.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

6.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

7.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Monday, July 9, 2012

Dewan Negara 9 Julai 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah peranan Kerajaan dalam mengawal kenaikan harga rumah yang semakin meningkat mendadak dan adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan satu  undang-undang bagi mengawal masalah ini.   


2. Puan Chew Lee Giok  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum sendiri tanpa mengikut tarikh Pilihan Raya Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.   


3. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah lesen-lesen akan mula dikeluarkan bagi spektrum 2600Mhz yang akan menambah baik perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini. 


4. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan premis-premis  perniagaan menyediakan sistem pengawasan keselamatan yang lebih komprehensif untuk mengurangkan terjadinya jenayah culik, ragut dan rogol. 


5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan dalam Bajet 2012 telah meluluskan Bantuan  Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah. Kerajaan juga ada memberi imbuhan kewangan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku untuk pelajar IPTA dan IPTS. Mohon Menteri Kewangan menjelaskan sejauh mana pemberian  insentif ini membantu rakyat berbilang kaum di negara kita. 
 
6. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Dasar Gaji Minimum kepada majikan di negara ini turut meliputi pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini khususnya di sektor perladangan, pembinaan dan perindustrian serta apakah langkahlangkah kerajaan untuk menguatkuasakan Dasar Gaji Minimum tersebut.    


7. Dato' Jaspal Singh  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan bilangan pusat perubatan kanser Kerajaan di Malaysia dan sama ada terdapat kemudahan untuk seseorang dari luar bandar yang sakit tenat dan tidak berupaya datang mendapatkan rawatan.   


8. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai kayu pengukur kejayaan “Himpunan Jutaan Belia” dalam sambutan Hari Belia Negara Mei lalu dan sejauh mana ia menjadi pemangkin hala tuju golongan belia dalam cabaran terkini di Malaysia.   


9. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan sambutan atau reaksi syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLC's) terhadap arahan Kementerian Kewangan (seperti dijanjikan oleh Timbalan Menteri dalam sidang  Dewan Negara  bulan April 2012 yang lalu) agar semua GLC's memberi keutamaan kepada media cetak berbahasa kebangsaan dalam mengiklankan  produk-produk mereka.    


10. Tuan Lee Cheam Choon minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sistem tender nombor pendaftaran kenderaan yang melibatkan WWW telah menjadi satu isu yang hangat pada masa kini. Bolehkah pihak JPJ memberi penjelasan yang lebih terperinci berkenaan sistem tender yang dijalankan serta siapa yang berhak tender dan pihak mana pula yang tidak perlu tender untuk mendapatkan sesuatu nombor pendaftaran kenderaan.   


11. Tuan Chiew Lian Keng  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ada mengambil sebarang usaha untuk menurunkan kadar caj internet dan jalur lebar negara kita kerana ia agak tinggi berbandingan dengan negara seperti Hong Kong, China, Korea Selatan, Singapura dan sebagainya.   


12. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan akan membahaskan secara terbuka isu-isu yang menjadi pertikaian dalam buku-buku yang diharamkan penerbitannya dan apakah kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam menentukan pengharaman sesuatu buku serta nyatakan juga jabatan-jabatan yang terlibat.


d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 

2.  (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ] 

3.  (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa 
dan Industri ]

4.  (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ] 

5.  (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

6.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

7.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

8.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan]



Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008