Wednesday, October 31, 2012

Dewan Rakyat 31 Okt 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-  
(a) sama ada kehadiran pekerja asing yang begitu ramai mengakibatkan pengangguran di kalangan tenaga kerja tempatan; dan
(b) setakat mana seriusnya masalah yang dihadapi oleh majikanmajikan daripada pelbagai sektor ekonomi berhubung dengan tenaga kerja dan adakah benar mereka menghadapi masalah mendapatkan pekerja tempatan. 

2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah terkini rumah perlindungan wanita yang dibiayai oleh Kerajaan dan berapakah peruntukan yang telah disediakan setiap tahun.  

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) membendung skim cepat kaya (skim ponzi) yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram berbentuk emas, perak dan pelaburan berbentuk ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing.  

4. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan sama ada:-  
(a) Trans-Pacific dan Partnership (TPP) mengadakan terma hak harta intelek yang akan mengakibatkan harga ubat generik ("generic drugs") menjadi lebih mahal; dan
(b) TPP akan dibahas dan diluluskan di Parlimen. 

5. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pembinaan Jalan Balau Banting yang telah diluluskan dalam RMK-9 dahulu.  

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan perkembangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk UPSR dan PMR.  

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada terdapat apa-apa program pembangunan belia untuk mengenalpasti bakat-bakat di kalangan pemuda pemudi rakyat Sarawak serta pembangunan sekolah sukan yang lengkap agar bakat-bakat muda ini dapat digilap untuk mewakili negara dalam pelbagai bidang sukan, terutamanya baru-baru ini selepas Pandelela Rinong membuktikan bahawa dengan tunjuk ajar yang sesuai anak-anak Sarawak boleh menyinar di pentas sukan dunia dan berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet dunia yang lain.  

8. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-  
(a) cara penganugerahan kontrak bagi Projek River Of Life (ROL) yang bernilai RM400 juta dilaksanakan dan sama ada pakejpakej bagi projek tersebut adalah  selari dengan piawaian minimum berkenaan; dan
(b) tahap pengurangan sampah di sungai-sungai seluruh negara selepas pelancaran Projek River of Life (ROL) sejak Julai tahun lepas.  

9. Datin  Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, kadar kemiskinan di Sabah ialah 19.7% berbanding dengan 3.8% pada peringkat negara bagi tahun 2009-2010.  

10. Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ]  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan sama ada wujud perancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah baik kemudahan di hospital dan klinik kesihatan di kawasan yang dilihat belum ada kemudahan yang mencukupi. Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian bagi menambah baik kemudahan di hospital.  

11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan pencapaian yang dicapai menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi luar bandar di Sabah berlandaskan perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 dan apakah perancangan strategik yang disusun dalam NKRA luar  bandar di Sabah khasnya di kawasan P.181 Tenom dalam GTP 2.0.  

12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan berapakah hutang terkumpul isi rumah nisbah KDNK dan berapakah jumlah hutang tak berbayar (NPL) isi rumah dalam sistem perbankan sehingga kini.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a) statistik samun bersenjata dari tahun 2007 hingga 2011; dan
(b) anggaran kerugian akibat samun dan jumlah tangkapan mengikut tahun.

33. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah aktiviti aktiviti YADIM dan berapakah jumlah mereka yang telah memeluk Islam hasil daripada usaha mereka.

36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta  PERDANA MENTERI menyatakan perbelanjaan pengurusan Tabung Haji untuk tahun 2009, 2010 dan 2011 seperti berikut :-  
(a) elaun, gaji dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah (TH); dan
(b) gaji, elaun dan kemudahan lain serta terma-terma perjawatan yang dinikmati oleh pihak pengurusan tertinggi TH mengikut pecahan gred dan pangkat.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

Tuesday, October 30, 2012

Dewan Rakyat 30 Okt 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-   
(a) apakah perancangan Kementerian untuk menangani jenayah pemilikan senjata api haram memandangkan kes-kes rompak dan bunuh yang melibatkan senjata api semakin meningkat di dalam negara; dan 
(b) apakah operasi khas Kementerian yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah jenayah tersebut.  

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah penambahbaikan dan pindaan dalam polisi atau undang-undang yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kutipan yuran penyenggaraan  (maintenance fees) dan  "sinking fund" dari pemilik yang dihadapi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) hartanah hak milik strata.   

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah status terkini  projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2)  yang dirancang dibina bagi menangani krisis bekalan serta keperluan masa hadapan air di Selangor.    

4. Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-   
(a) adakah Kementerian akan meningkatkan skop atau kualiti ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membina amalan moral di atas jalan raya untuk mengelakkan peningkatan kemalangan; dan 
(b) adakah Kerajaan bercadang memberi lesen kepada syarikat-syarikat baru untuk menjalankan pemeriksaan berkala sebagai satu langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di Puspakom.  

5. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-   
(a) adakah Kerajaan akan memperuntukkan bajet untuk menaik taraf Kampung Air Seberang Kedai di bandar Limbang dengan membina  'waterfront' sebagai satu tarikan pelancongan di daerah Limbang; dan 
(b) memperuntukkan bajet untuk menaik taraf tebing  sungai di bandar Limbang sebagai tarikan pelancongan.  

6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah semangat asal (atau matlamat asal) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan sejauh manakah pihak Kerajaan dapat menilai keberkesanannya melibatkan pemberian maklumat sahih.   

7. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan usaha yang diambil untuk mempercepatkan kelestarian sistem pengangkutan negara. Apakah dasar Kementerian dalam menggalakkan penggunaan kenderaan HYBRID atau KERETA ELEKTRIK ( Hybrid or Electric vehicle ) menjelang tahun 2020.   

8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-  
(a) adakah pihak Kementerian pernah menubuhkan satu pasukan khas  'TASK FORCE' untuk melakukan kerjakerja pemantauan mengenai keadaan tempat kerja, penempatan serta kebajikan para pekerja ladang di seluruh Negara; dan 
(b) jika ya sila nyatakan senarai dan statistik yang terperinci mengenai kerja-kerja pemantauan yang telah dilakukan sejak 'TASK FORCE' ini ditubuhkan.  

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) sebabnya mengapa ikan paus sering kali terdampar di perairan negeri Sabah; dan 
(b) pendekatan yang diambil oleh Kementerian agar ikan paus yang bermasalah dapat dipulihkan dan jenis kerjasama antara agensi Kerajaan dalam menangani masalah ini.  

10. Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan jumlah dana yang telah disalurkan oleh Kerajaan kepada 4 sekolah SRJK (T) di kawasan Parlimen Subang iaitu Sekolah Effingham, Saraswathy, RR1 dan Bukit  Darah khusus untuk naik taraf infrastruktur sekolah termasuk kelengkapan seperti komputer.    

11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan yang akan dilaksanakan bagi projek agropolitan di kawasan Kibantaluan, Kemabong dan sejauh manakah perlaksanaannya.   

12. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan alasan Kerajaan tidak meratifikasikan 6 dari 8 konvensyen berkaitan dengan UN Declaration of Human Rights dan menyatakan syarat-syarat kecualian yang dibuat berkaitan dengan  Convention on the Rights of the Child (CRC) dan Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bilakah projek pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam akan dimulakan dan siapakah kontraktor yang telah dipilih.

20. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih perubatan dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya selaras dengan rakan-rakan  mereka di Kementerian Kesihatan.

28. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah peruntukan Persekutuan yang disalurkan khusus untuk pembangunan Daerah Pendang sejak 2008 dan berapakah projek yang telah dilaksanakan dan telah disiapkan.

30. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa dan apakah puncanya majlis 
perasmian Hari Koperasi Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2012 tidak mendapat sambutan  yang menggalakkan serta kehadiran peserta yang tidak ramai seperti majlis perasmian yang lain.

32. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa sehingga sekarang setelah 55 tahun merdeka, Pekan Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang tidak ada sebuah bank pun, kenapa Bank Simpanan Nasional pun tidak berminat untuk menubuhkan cawangan di Pekan Trong ini.

38. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah universiti tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri.

41. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2011.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

Sunday, October 28, 2012

Dewan Rakyat 29 Okt 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) sejauh manakah transformasi tercapai di bawah Dasar Agro Makanan Negara terutama di Sabah; dan 
(b) setakat mana industri agro makanan telah mencapai kepada industri yang lebih moden dan dinamik serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.  [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Machang ]

2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah Bomba Sukarela yang beroperasi aktif di seluruh Negeri Kedah dan apakah kemudahan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada mereka.   [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Tebrau ]

3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan berapa kes yang telah diambil oleh SKMM terhadap blog yang terang-terang terlibat dalam menabur fitnah terhadap pemimpin Negara dan sejauh mana pemantauan berterusan yang dibuat setakat ini dalam memastikan penulis blog dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM.[ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Kepong ]  

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini pekerja asing yang berada di negara  ini sehingga 1hb September, 2012. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, BN Sri Gading ] 

5. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Standard Operating Procedure (SOP) bagi semua Hospital Kerajaan dalam melayani pesakit yang baru  dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Lembah Pantai ]

6. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan konsep 1Malaysia   
(a) berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim wanita yang ditempatkan di Mahkamah Persekutuan; dan 
(b) berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak dan berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang bukan berbangsa Melayu.   [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Ledang ]

7. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan purata pendapatan isi rumah bulanan petani, penternak dan  nelayan pada tahun 1999, 2009 dan terkini serta apakah usaha konkrit yang diambil untuk melonjakkan pendapatan mereka agar mencapai sekurangkurangnya RM2,400 sebulan menjelang 2020.   [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

8. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan berapakah jumlah pelajar yang MARA beri pinjaman dalam bidang perubatan yang belajar di Universiti Timur Tengah (nama-nama Universiti) bagi tahun 2011 hingga 2012.   [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:



12. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim jualan langsung atau MLM (Multi Level Marketing) yang baru diperkenalkan bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsur-unsur penipuan.
 
14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi meringankan beban pengguna.

16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan berapakah bilangan dan nilai projek-projek yang telah diagihkan kepada kontraktor-kontraktor dan firma Bumiputera melalui usaha yang dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhan TERAJU pada 2011. Namakan projek serta kontraktor dan firma Bumiputera yang diberikan projek berkenaan.

24. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan adakah keperluan untuk mengadakan satu undang-undang untuk mengawal pengamalan ilmu hitam  yang boleh memesongkan akidah dan menyusahkan orang ramai.

26. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan status permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kota Kemuning.

28. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan komitmen beliau, setelah menerima sistem tender terbuka sebagai kaedah terbaik untuk mendapatkan 'value-for- money' berbanding 'direct-nego', untuk menjamin 'ketelusan' atau  'transparency' dalam sistem  'open tender' khasnya dalam pemberian kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) terdekat ini, serta kesediaan membuat penjelasan dan sebabsebab dalam pemberian kontrak di Prai dan lanjutan kontrak pembelian tenaga PPA dari IPP dengan Tenaga Nasional Berhad.

33. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Petronas untuk membangunkan Tok Bali sebagai sebuah  'supply base' yang lengkap memberi khidmat kepada telaga minyak dan gas di perairan Kelantan dan Thailand. 

39. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan apakah rasionalnya PDRM menubuhkan skuad khas bagi menyiasat kenyataan tweet saya 
bertarikh 28 Mei 2012 mengenai pembidaan plat kereta WWW1 oleh Sultan Johor sehingga pejabat-pejabat saya digeledah, 2 buah laptop saya diambil dan telefon bimbit dirampas. Berapa ramai anggota yang terlibat dalam siasatan kes ini serta kos yang ditanggung menghantar anggota dari Skudai Johor ke Ipoh serta Kuala Lumpur.

Usul 12(1) bahawa Dewan ini Tidak akan Di Tangguhkan sehingga jam 7.00 petang.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (24 Oktober, 2012) 

Sambungan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani

[ BN Tenom, PKR Ampang, BN Arau, PAS Marang, BN Limbang, PAS Hulu Langat, BN Ledang, PKR Machang, BN Libaran, PAS Pokok Sena, BN Jempol ] [ Rehat ] [ BN Jempol, PAS Pendang, BN Kanowit, DAP Petaling Jaya, BN Sri Gading, PKR Balik Pulau, BN Batang Sadong, PSM Sungai Siput, BN Simpang Renggam, PAS Kuala Krai, BN Silam, DAP Bandar Kuching, BN Pasir Salak, PKR Kuala Kedah, N Kota Belud, Bebas Bagan Serai, BN Ranau ]

[ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PAS Baling, PKR Balik Pulau, Bebas Padang Serai, PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, PAS Pokok Sena, DAP Bandar Kuching, BN Pasir Salak, PKR Machang, PAS Kuala Selangor, PKR Machang, PKR Kuala Kedah, PAS Pokok Sena, PKR Kuala Kedah, BN Ranau, DAP Bakri, PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, PKR Ampang ]

Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 malam.

Wednesday, October 24, 2012

Dewan Rakyat 24 Okt 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-   
(a) nilai dagangan dua hala (eksport dan import) ke negara Eropah dan Amerika Syarikat sehingga Jun tahun 2012; dan 
(b) apakah kesan yang diramal bakal dialami oleh perkembangan ekonomi negara jika  Eurozone Debt Crisis di Eropah dan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat berterusan. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikatakan akan menarik semula kira-kira 7,000 permit teksi yang dikenali sebagai tidak aktif dan memberi kepada pemandu teksi persendirian. Apakah justifikasi dan kajian dibuat sebelum tindakan ini dilaksanakan.   [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Sri Gading ]

3. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ]  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan apakah tindakan yang diambil supaya perindustrian minyak sawit Malaysia terus berdaya saing ekoran perubahan struktur cukai eksport Indonesia ke atas produk minyak sawitnya.  [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, DAP Taiping, PAS Kuala Selangor  ]
       
4. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan bilakah perkhidmatan 4GLTE akan dilaksanakan secara komersil di seluruh negara. Berapakah jumlah pelaburan yang telah ditanamkan oleh semua pelesen SKMM, terutama sekali jumlah tanaman modal daripada pengusaha-pengusaha kecil seperti AsiaSpace, U-Mobile, Packet 1 dan RedTone.   [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [  Kalabakan ]  minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) senaraikan golongan yang mendapat tawaran 'pink form' dalam proses penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia; dan 
(b) apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat tawaran berkenaan. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Bakri ] 

6. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan apakah komponen utama dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2012 yang kini sedang disemak semula dan apakah  Kerajaan bercadang mengurangkan duti eksais kenderaan di negara ini.   [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Arau ]

7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kementerian meluluskan jalan dari Bukit Kayu Hitam, Semangkoi hingga ke Bandar Sarikei sedangkan jalan raya adalah berselekoh bahaya dan tajam. Sedangkan sebahagian daripada adalah Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak dan telah dimohon sejak 2008.   [ Soalan Tambahan : BN Sarikei, DAP Bandar Kuching ]

8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan mengapakah Malaysia tidak bersama lima negara anggota Asean dalam Kesatuan Pedagang Beras sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar beras.[ Soalan Tambahan : ]  

9. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan sekiranya krisis kekurangan air dirawat di negeri Selangor berterusan, berapa banyak kerugian serta kos dijangka akan ditanggung oleh rakyat serta Kerajaan.   [ Soalan Tambahan : ]

10. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah sambutan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA). Nyatakan jumlah pencarum dan juga jumlah pencaruman yang terkumpul.   [ Soalan Tambahan : ]

11. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan keluasan  tanah  adat  peribumi (NCR) di negeri  Sarawak yang sudah  siap di survey mengikut  kawasan  Parlimen di bawah  program Perimeter Survey yang telah dilancarkan dua tahun yang  lalu dan juga jumlah peruntukan yang telah digunakan.   [ Soalan Tambahan : ]

12. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]  minta  MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan  untuk menjayakan perjuangan rakyat Palestin.   [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional mewujudkan Jawatankuasa Mengkaji Pemberian Royalti Petroleum kepada negeri yang terdapat bahan petroleum tersebut memandangkan telah terdapat perjanjian yang sah antara Petronas dan Kerajaan Negeri. 

20. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan isu beban tugas guru menjadi isu panas secara bermusim, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini dan adakah Kerajaan telah menempatkan pegawai kerani khas N11, N17, N22 dan N26 untuk membantu kerja perkeranian. Jika sudah, sebutkan bilangan sekolah yang mendapat kemudahan ini.  

28. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai jumlah kos peralatan ICT untuk program PPSMI sehingga kini termasuk  software dan  hardwarenya serta di mana status pembelajaran PPSMI kini.

32. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah kemudahan katil di wad hospital-hospital dalam Parlimen Hulu Langat (Kajang, Serdang dan Putrajaya) masih belum mencukupi sehingga terpaksa menumpang wad di Hospital Seremban. 

34. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ]  minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) jumlah keseluruhan jabatan, agensi serta GLC Kerajaan Persekutuan yang hingga kini masih menyewa premis parti-parti politik di peringkat pusat dan negeri-negeri; dan 
(b) senaraikan pecahan kos sewa bulanan/tahunan dan kadar sekaki persegi sewa tersebut termasuk tempoh sewa atau pajakan yang termaktub dalam perjanjian sewa atau pajak dan nyatakan sama ada perjanjian masih aktif atau tidak.

37. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) apakah langkah pembaikan yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam pemberian kuota beras nasional ST15% dan senaraikan syarikat atau individu yang mendapat kuota beras ST15 dan nyatakan jumlah yang diperoleh oleh setiap syarikat dan individu; dan 
(b) apakah langkah pembaikan yang dilakukan Kementerian dalam program pembekalan benih padi sah kepada petani, senaraikan juga syarikat yang dilantik mengikut agihan kuota untuk membekal benih padi sah pada petani.

38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-   
(a) tahap keciciran di sekolah-sekolah kendalian Kementerian di seluruh negeri Kelantan; dan 
(b) apakah faktor-faktor keciciran yang dikatakan semakin meningkat berdasarkan kajian pihak Kementerian.  

39. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya oleh SPR.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (23 Oktober, 2012)


Perbahasan Peringkat Jawatankuasa -

[ Kementerian Luar Negeri :- PAS Tumpat, BN Libaran, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, DAP Seputeh, BN Arau, PAS Kubang Kerian, DAP Bukit Bendera, PKR Indera Mahkota ]

[ Rehat ] [ Bebas Tawau, BN Kota Belud, Bebas Padang Serai ] [ Penggulungan - BN Arau, BN Tangga Batu, DAP Teluk Intan ]

[ Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi :- Bebas Padang Serai, BN Arau, PAS Kota Raja, BN Sri Gading, DAP Beruas, BN Lubuk Antu, PAS Hulu Langat, BN Lipis, PAS Kuala Selangor, BN Sekijang, BN Tenom, BN Kuala Krau, BN Sibuti ]

[ Penggulungan - Bebas Padang Serai, BN Arau, DAP Beruas, PAS Kuala Selangor, BN Jasin ]

[ Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, DAP Kepong, BN Kota Belud, DAP Kota Melaka, BN Hulu Terengganu, DAP Beruas, BN Langkawi, Bebas Padang Serai, BN Tenom ]

Dewan ditangguhkan pada jam 6.36 petang.


Tuesday, October 23, 2012

Dewan Rakyat 23 Okt 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah produk yang telah 
ditarik balik daripada pengeluaran sejak lima tahun lepas dan mengapakah makluman tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan tidak didedahkan kepada pengguna secara berterusan.   [ Soalan Tambahan : BN Maran, BN Tebrau ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan tentang penyelewengan dan penyalahgunaan Kuasa Akta Pengambilan Tanah Negara oleh berapa buah Kerajaan negeri:-   
(a) nyatakan tujuan-tujuan utama yang dibenarkan untuk setiap projek yang melibatkan pengambilan tanah; dan 
(b) apakah tindakan yang akan diambil terhadap Kerajaan Negeri atau agensinya, jika tujuan pengambilan asal telah ditukar.  [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Ledang ]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah ahli-ahli panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendapat pembelaan daripada Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, DAP Ipoh Barat ]

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status tebatan banjir yang telah dilaksanakan semenjak 2008 hingga kini yang belum dapat mengatasi masalah banjir di Lembah Klang. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat ] 

5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah Akta Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji) mengenai pengawal keselamatan tahun 2010 mengikut geografi yang telah ditetapkan dalam Jadual Sub Perenggan 2(1) bakal dikuatkuasakan. [ Soalan Tambahan : BN Parit, BN Kinabatangan ] 

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan sama ada wujudnya unsur ingin menipu para pekerjanya dalam keputusan Time Dotcom Bhd untuk menjual 
sebahagian daripada perniagaannya ke Paycomm Network Sdn Bhd memandangkan Paycomm Network telah memberhentikan semua pekerjanya dalam tempoh 6 bulan selepas mengambil alih perniagaan 
tersebut.   [ Soalan Tambahan : PSM Sungai Siput, ]

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan jumlah pelajar dan pensyarah luar negara di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut bidang kursus sehingga September 2012.   [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PAS Kubang Kerian ]

8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan bagaimana FINAS boleh membiayai filem Tanda Putera yang didakwa 
membangkitkan isu perkauman 13 Mei 1969.   [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya, BN Bukit Katil ]

9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang menaikkan kadar kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM5000 ke bawah untuk memohon Rumah Mesra Rakyat bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri. [ Soalan Tambahan : BN Lipis ]
  
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN  menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan masalah yang dihadapi. 

20. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.

38. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa maksud jawatankuasa khas berhubung isu bayaran royalti hasil petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Giliran Menjawab Kementerian Kewangan pada peringkat Jawatankuasa.

Usul 36(12) bahawa mana-mana ahli dewan mengelirukan dewan. - DAP PJU, PAS Shah Alam, DAP Bukit Mertajam, PKR Batu, DAP PJU, DAP Seputeh

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 Oktober, 2012) 

[ Kementerian Kewangan - PKR Permatang Pauh, BN Arau, DAP Bagan BN Jelebu ][ Rehat ] [ Bebas Tawau, BN Jasin, DAP Batu Gajah, PKR Machang, BN Kinabatangan, Bebas Wangsa Maju, PAS Kuala Selangor, BN Rembau, DAP Bukit Mertajam, PKR Indera Mahkota, PAS Kubang Kerian, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, DAP Bandar Kuching, BN Sibuti, DAP Bukit Bendera ]

[ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, PKR Lembah Pantai, PKR Machang, PKR Lembah Pantai, PKR Machang, DAP Kota Melaka, Bebas Wangsa Maju, DAP Kota Melaka, BN Hulu Terengganu, DAP Bukit Bendera, DAP Batu Gajah ] 

Dewan ditangguhkan pada jam 7.20 malam.

Sunday, October 21, 2012

Dewan Rakyat 21 Okt 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan jumlah kes-kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan yang mana pihak pekerja yang dibuang kerja gagal mendapat pampasan atau kembali ke pekerjaan asal serta kemudiannya ditolak daripada dirujuk ke Mahkamah Perusahaan bagi 10 tahun ke belakang. Apakah asas bagi penolakan kes-kes sebegini.   

2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk memastikan projek pembangunan Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang kini hidup segan mati tak mahu dan sejauh manakah limpahan manfaat langsung projek Iskandar Malaysia itu kepada rakyat berpendapatan rendah.   

3. Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ]  minta MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan sejauh manakah sambutan Skim Belia Niaga yang dilancarkan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia dan apakah sumbangan yang diberikan terhadap sektor pembangunan ekonomi negara.   

4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan rasional Malaysia menyokong tindakan OIC menggantung keahlian Syria dalam OIC ekoran krisis  yang melanda 
negara tersebut.   

5. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan adakah terdapat peningkatan dalam kes-kes jenayah di Malaysia dan jika ya apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Kementerian untuk memastikan rakyat Malaysia sedar akan langkah-langkah berjaga-jaga yang harus  dan dapat mereka lakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian berlakunya jenayah-jenayah seperti kes ragut, kecurian kenderaan, rogol dan sebagainya.   
             
6. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan keputusan yang diputuskan oleh (bekas Lord President) Yang Arif Tun Salleh Abbas di dalam kes Che Omar bin Che Soh V Pendakwaraya (1988) 2 MLJ di muka surat 55 (sc), adakah Malaysia kini masih lagi merupakan sebuah negara sekular.    

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ]  minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam membendung dan mengawal 
rancangan-rancangan TV khususnya saluran TV berbayar yang menonjolkan budaya LGBT seperti pelakon lelaki berpakaian wanita dan sebagainya.   

8. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan penjawat awam telah diberi setengah bulan bonus atau minimum RM500 pada 9 Ogos yang lalu, berapakah jumlah keseluruhan pemberian bonus  tersebut dan apakah juga dikenakan cukai ke atas imbuhan tersebut, jika ada berapakah pula anggaran perolehan Jabatan Hasil ke  atas cukai tersebut dan bersediakah Kerajaan mengecualikan cukai ke atas imbuhan bonus ini.   

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan sejak penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia pada 1997, berapa bilangan syarikat berstatus MSC Malaysia, berapa nilai pelaburan ke MSC Malaysia, berapa nilai jumlah jualan (revenue) MSC Malaysia dan jumlah peluang pekerjaan telah diwujudkan.   

10. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ]  minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-   
(a) berapakah jumlah kemalangan yang melibatkan pemandu bas yang di bawah pengaruh dadah yang didakwa di mahkamah; dan 
(b) jumlah kematian akibat kemalangan tersebut. 

11. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jangkaan keuntungan yang boleh dicapai daripada pembinaan Tun Razak Exchange kepada ekonomi Malaysia.   

12. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-   
(a) status projek mitigasi banjir di Sibu, termasuk jumlah yang dibelanjakan setakat ini dan untuk kerja-kerja masa depan; dan 
(b) status projek-projek mitigasi banjir di Sarawak dan peruntukan selain dari Sibu.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan aduan-aduan kerugian yang dialami pengguna telefon  bimbit akibat eksploitasi penipuan menerusi iklan-iklan yang memperdayakan dan tindakan yang diambil terhadap fenomena ini. 

29. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa ramai yang masih di dalam tahanan ISA dan apakah kesalahan mereka.

30. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan kesediaan untuk menimbangkan  kembali peruntukan 114-A dalam Akta Keterangan yang bercanggah dengan prinsip undang-undang sejagat (Innocent Unless Proven Guilty) serta dikritik pelbagai pihak khasnya fraterniti undang-undang dalam dan luar negara termasuk Majlis Peguam Malaysia.

41. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan jumlah geran-geran penyelidikan bagi tahun 2008 hingga kini yang disediakan Kerajaan, 
sejauh manakah kajian yang dibiayai memberi impak positif kepada negara dan dimanfaati oleh masyarakat dan pelbagai peringkat kaum.

43. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah dengan wujudnya penerbangan laluan Kota Bharu - Singapura sekarang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu boleh disifatkan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

Thursday, October 18, 2012

Dewan Rakyat 18 Okt 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan tentang prosedur pinjaman kewangan institusi kewangan seperti SME Bank, MTDC dan Bank Pembangunan yang jelas menyulitkan bantuan Kerajaan kepada usahawan tempatan. [ Soalan Tambahan : BN Kinabtangan, BN Kota Belud ]
  
2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ]  minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan apakah tahap hasil tangkapan nelayan dan perancangan Kementerian untuk menambahkan hasil tangkapan nelayan-nelayan di sekitar Parlimen Balik Pulau.  [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, DAP Bakri ]

3. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah warga Sabah yang telah  terpilih menjawat jawatan guru dan ditugaskan di Sabah.   [ Soalan Tambahan : BN Tenom, Bebas Sepanggar ]

4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan bilangan berasingan ahli-ahli Kabinet, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri  Besar, Ketuaketua Menteri, Ahli Parlimen, Senator, Ahli EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana rasuah.  [ Soalan Tambahan : DAP Cheras, BN Kota Belud ]

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal penubuhan institusi dan kolej pengajian tinggi swasta yang begitu banyak ketika ini. Apakah usaha yang diambil bagi memastikan IPTA Swasta itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.   [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, DAP Kepong ]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ]  minta MENTERI PELAJARAN  menyatakan sama ada Kementerian akan menimbang untuk mengadakan Rukun Negara sebagai satu subjek pembelajaran di sekolah-sekolah khususnya di peringkat menengah atasan.     [ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru ]    

7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah R&R yang telah dilaksanakan sepanjang Pan Borneo Highway.  [ Soalan Tambahan : BN Lawas ]

8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah benar bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyus akan tetap diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya.   [ Soalan Tambahan : PAS Shah Alam ]

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan parameter-parameter untuk mengukur kejayaan Gagasan 1Malaysia terutamanya dari segi jurang ekonomi antara masyarakat 
bandar dan luar bandar serta diskriminasi perkauman.   [ Soalan Tambahan : ]

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Pejabat Pos Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai kerani pos dalam "kontrak", sedangkan di situ banyak sekolah, kampung dan masyarakat Melayu Luar Bandar. Kenapa di Pejabat Pos Trong, operasi Jabatan 
Pengangkutan Jalan hanya beroperasi hanya pada hari Rabu sahaja.  [ Soalan Tambahan : ]

11. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan langkah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan peruntukan Akta Bank dan Institusi 
Kewangan (BAFIA) bagi mengembalikan semula keyakinan para pelabur selepas insiden pembocoran maklumat pelanggan oleh seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.  [ Soalan Tambahan : ]

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-   
(a) jumlah anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenakan tindakan tahan kerja dari tahun 2008 hingga hari ini; dan 
(b) kesalahan-kesalahan yang mereka telah disyaki dilakukan mengikut pecahan jenis kesalahan dan 
pangkat mereka.  [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan apakah Kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar dan jika sedar, apakah langkah-langkah yang diambil.

28. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapakah NGO berdaftar yang terdapat di dalam negara kita dan adakah pemantauan dibuat terhadap 
aktiviti dan juga dana yang mereka perolehi khasnya dana dari luar negara.

33. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) adakah risiko daripada penurunan harga minyak mentah akan ditanggung oleh kedua-kedua belah pihak  Risk Sharing Contract (RSC) (Petronas dan pemegang konsortium) atau Petronas sahaja; dan 
(b) berapakah anggaran keseluruhan terbaru yang dikemukakan oleh konsortium Sapura Kencana-Petrofac untuk projek Berantai dan perbezaan jumlah serta peratusan  'cost overrun' berbanding kos yang dikemukakan sewaktu bidaan.

36. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang dan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pengenalan SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran dan pembelajaran guru selalu terabai. Apakah langkah kementerian untuk mengatasi perkara ini.  

41. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dicadang dibuka untuk penggunapengguna jalanraya. 

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai menjawab Perbahasan Peringkat Dasar dan diluluskan Agenda Mesyuarat ke-4.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2012) DAN 

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Oktober, 2012) 

[ Kem. Perumahan & Kerajaan Tempatan - PKR Ampang, DAP Bakri, PAS Kuala Selangor, DAP Taiping, PAS Kuala Selangor, DAP Taiping, PKR Indera Mahkota, Bebas Padang Serai, PKR Ampang, BN Kuala Krau, DAP Taiping, DAP Bakri, BN Tenggara, DAP Taiping, PAS Shah Alam, BN Sibuti, PAS Kuala Selangor, Bebas Pasir Mas, DAP Segambut ]

[ Kem. Kewangan - ( Sumber Baru) PKR Indera Mahkota - Bersambung ]

[ Rehat ] [ Kem. Kewangan - PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor, PKR Kuala Selangor, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, DAP Bukit Bendera, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Batang Sadong, BN Hulu Selangor, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus


Dewan ditangguhkan pada jam 4.10 minint petang.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008