Thursday, July 18, 2013

Dewan Rakyat 18 Julai 2013 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 18 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah perancangan Kerajaan bagi menyelaraskan urus tadbir kutipan dan agihan Zakat di negara ini dan apakah peranan International Zakat Organisation (IZO) selama ini.

2. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kesahihan maklumat yang mengatakan sisa pembuangan radioaktif oleh Kilang Lynas Kuantan akan dikitar semula menjadi baja, gypsum dan juga bahan binaan jalan.

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah usahawan atau bakal usahawan di negeri Sabah yang telah menerima manfaat dari Permodalan Usahawan Bumiputera Berhad melalui beberapa programnya seperti Skim Prosper Pemborong, Prosper Runcit, Prosper Siswazah, Francise, Teraju dan sebagainya.

4. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terperinci peserta program Talent Corp bagi tahun 2011, 2012, 2013 mengikut umur, jantina, bangsa, dan negara. Berapakah kos operasi Talent Corp dan berapakah peruntukan Kerajaan yang diberikan untuk tahun 2011, 2012 dan 2013.

5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah perbelanjaan Kementerian dalam menyediakan subsidi barangan keperluan pengguna berikutan penyeragaman harga beberapa barangan keperluan terpilih antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

6. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hasil siasatan oleh pihak Kementerian pada tahun 2009 tentang keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atas tragedi keruntuhan
tersebut.

7. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk menimbang semula supaya dimansuhkan sumbangan 10% dalam kos penyelenggaraan kepada Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia TP1M.

8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah substantif Kerajaan dalam memastikan peningkatan kadar tenaga buruh wanita dalam pasaran pekerjaan di negara ini.

9. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jaminan, persoalan haluan kerja anggota PDRM berpangkat Inspektor hingga ke DSP ini akan di terima pakai oleh JPA kerana sehingga hari ini banyak tuntutan di tolak oleh JPA. Bolehkah pihak JPA memberi alasan penolakan tersebut berserta alasan.

10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub.

11. Puan Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah National Insurance akan diperkenalkan melalui caruman SOCSO.

12. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sikap rasmi Kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini.

20. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani.

32. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kementerian menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuh raya-lebuh raya baru sebelum PRU-13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuh Raya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan Kerajaan (government soft loan) yang bernilai ratusan juta ringgit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman komersial.

36. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihan raya Umum Ke -13 lalu. 

38. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan Kerajaan-Kerajaan Negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.

51. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) keluasan tanah peneroka FELDA yang telah dicagarkan ke Institusi Kewangan; dan
(b) jumlah peneroka yang tanah-tanah mereka yang terlibat.

52. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesahan pendatang asing dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI).

54. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di Getting, Tumpat.

55. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah langkahlangkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya.

61. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya.

62. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke- 13 yang lalu.

64. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status semasa Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai mercu tanda komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan konsep Kerjasama Selatan-Selatan, peruntukan yang telah digunakan dan impak pelaksanaan program ini di negara-negara membangun yang terlibat.

b. Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Dewan ini melantik sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen Ketiga Belas yang mengandungi seorang Pengerusi dan 6 orang Ahli Jawatankuasa seperti berikut:
1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)
2. Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
3. Yang Berhormat Datuk Seri Palanivel A/L K. Govindasamy, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
4. Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Ahli Parlimen Selangau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
5. Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong
6. Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang
7. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah.”

2. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Ahli Parlimen Pulai dan Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong masingmasing dipilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Ketiga Belas.”

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 34, ST. 35 dan ST. 36 tahun 2013 disahkan”.

4. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) akan mencadangkan:
“Bahawa YB Simpang Renggam telah berucap dalam Dewan Rakyat lebih kurang pada pukul 6.00 petang, Selasa 2 Julai 2013 dengan lemparan tuduhan, antara yang lain, yang mengaitkan YB Permatang Pauh dengan simpanan akaun-akaun di Israeli National Bank.

2. YB Simpang Renggam juga mengatakan sumbernya adalah berdasarkan siaran WikiLeaks, malah beliau juga mempersendakan YB Batu sebagai jahil kerana tidak melayari laman web (WikiLeaks).

3. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang Internet dan kandungan Internet, saya Wakil Jelutong mendapati hujah YB Simpang Renggam adalah bertujuan mengelirukan Dewan dan kelakuan tersebut boleh disifatkan menghina Dewan dan Ahli-ahlinya, dan beliau wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut dengan berdasarkan sebab-sebab seperti berikut:
A. Tuduhan terhadap YB Permatang Pauh yang kononnya berdasarkan WikiLeaks
a. Adalah dimaklumkan bahawa WikiLeaks serta kandungan WikiLeaks adalah maklumat domain awam (public domain information) yang (i) dipapar secara terang dan langsung; (ii) mudah dan sedia dirujuk orang ramai; dan (iii) kandungan laman webnya tiada banyak pindaan dan sekiranya pindaan dibuat ia akan hanya dilakukan mengikut etika kandungan laman web supaya dianggap sebagai sumber maklumat domain awam yang layak dipercayai.
b. Portal dan kandungan WikiLeaks adalah disiaraya pada www.wikileaks.org.
c. Semua pendedahan WikiLeaks mengenai hal-ehwal Malaysia adalah disiaraya pada http://wikileaks.org/wiki/Category:Malaysia. (LAMPIRAN 1)
d. Akan tetapi, dengan berdasarkan maklumat dalam Lampiran 1, amat jelas sebarang tuduhan terhadap YB Permatang Pauh bersabit simpanan wang di Israeli National Bank dengan bersumberkan WikiLeaks adalah tidak berdasar sama sekali.

B. Sumber-sumber palsu digunakan dalam Dewan bertujuan untuk mengeliru (to mislead and deemed to be in contempt of the House)
a. Sehubungan itu, adalah didapati hujah-hujah pokok yang digunakan oleh YB Simpang Renggam adalah lebih berdasarkan tulisan-tulisan dalam Blog Tanpa Nama (Anonymous Blogs) yang tidak layak dipercayai dari segi definisi maklumat domian awam.
b. Sebagai contoh, Blog Tanpa Nama sedemikian rupa adalah seperti berikut:
i. LAMPIRAN 2: Tarikh Siaran 12 Jun 2013: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bongkar-dimana-duit-rasuah.html 
ii. LAMPIRAN 3: Tarikh Siaran 24 Februari 2013: http://theunspinners.blogspot.com/2013/02/simpanan-dibank-israel-lebih-2-tahun.html
c. Adalah didapati semua nombor akaun bank luar negeri milikan YB Permatang Pauh yang dikutip dan dihujahkan dalam Dewan adalah seratus peratus berdasarkan Blog-blog Tanpa Nama yang tersebut dalam LAMPIRAN 2 dan 3.
d. Adalah juga didapati bahawa TIADA sebarang pendedahan yang sama mengenai akaun-akaun luar negeri milikan YB Permatang Pauh seperti yang dihujahkan YB Simpang Renggam boleh diperolehi dalam portal WikiLeaks seperti yang disertakan dalam LAMPIRAN 1.
4. Oleh yang demikian, saya didapati YB Simpang Renggam telah melanggari Peraturan-Peraturan Mesyuarat No. 36(12) yang berbunyi dalam Bahasa Inggeris, dengan izin “Any member who imputes statements that mislead the House is deemed to be in contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges for the offence.”

5. Dengan itu, demi Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan No.80 dan 80A, saya pohon supaya usul saya terhadap YB Simpang Renggam dapat diselenggarakan dengan secepat mungkin.”

Tuesday, July 16, 2013

Dewan Rakyat 17 Julai 2013 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 17 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai isu kanak-kanak yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dan dijadikan peminta sedekah. Apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi permasalahan tersebut.

2. Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menambah jumlah anggota polis di semua balai polis di kawasan Parlimen Subang sehingga nisbah 1 anggota ke 250 penduduk dicapai.

3. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan semangat persaingan yang positif serta mempunyai sifat jati diri yang mantap di kalangan belia.

4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan Parlimen Puchong, khususnya di kawasan Tol LDP di Sunway dan sama ada Kerajaan bersedia untuk melantik pakar bebas untuk mengenal pasti masalahnya dan langkah yang perlu untuk mengatasinya.

5. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) kaedah yang digunakan untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan harian; dan
(b) mungkinkah kenaikan harga barang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti Kerajaan.

6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan perbezaan pendapatan dalam negara, bagaimanakah merapatkan jurang pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin dan bagaimanakah Malaysia boleh menjadi negara berpendapatan tinggi di mana golongan berpendapatan rendah semakin mengecil pada tahun 2020.

7. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah insentif-insentif Kementerian untuk menarik bakat terbaik, bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik, bahkan termasuk daripada segi kerohanian, untuk menjadi pendidik negara.

8. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan penjanakuasa persendirian (IPP) serta tempoh kontrak untuk membekalkan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad.

9. Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pelaksanaan semasa (fizikal dan kewangan) projek pembinaan jalan raya Lapok, Baram, Sarawak.

10. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah kajian E.I.A (Penilaian Impak Alam Sekitar) dijalankan untuk kerja-kerja penambakan tanah yang sedang dilaksanakan (Jun 2013) di Sungai Terengganu di muara Kuala Terengganu di belakang Kampung Cina.

11. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah bekalan elektrik dan air untuk kampung Bukit Kinyau, Tanjong Manis akan bermula memandangkan projek ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-9.

12. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bilangan ibu tunggal yang berdaftar di Sibu dan Sarawak, jumlah peruntukan yang diluluskan sejak 2008, serta bilakah Kerajaan akan melaksanakan Skim Insurans Ibu Tunggal, Projek Perumahan Rakyat dan Kad diskaun ibu tunggal yang dicadangkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia.

24. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kerajaan boleh memastikan tahap 'Denggi Sifar' dapat dicapai di kalangan rakyat di negara ini.

26. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan aduan pekerja terhadap majikan yang mengamalkan amalan khidmat kontrak yang dilihat menindas pekerja.

34. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh Kementerian kepada usahawan tani luar bandar dan apakah ia mematuhi syariah.

36. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perkembangan Dasar Sukan Negara 2009 khususnya dalam mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

41. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal serta namakan syarikat pembekal dakwat kekal berkenaan.

43. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan akan menubuhkan sebuah Kementerian khusus untuk Petroleum dan Mineral Negara bagi mengekang kuasa yang terlalu luas diberikan kepada YAB Perdana Menteri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144); dan
(b) adakah peruntukan dalam Akta 144 masih relevan dengan persekitaran ekonomi dan ekosistem dunia perniagaan antarabangsa masa kini.

47. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini.

57. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan benteng tebatan banjir di Tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia) di Rantau Panjang bagi mengelakkan bencana banjir yang saban tahun melanda negara ini, khususnya di negeri Kelantan.

61. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) status semasa program pelarian UNHCR dan jumlah pelarian terlibat dalam negara ini; dan
(b) program jangka pendek dan panjang yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan NGO dalam mengatasi masalah ekonomi dan sosial kumpulan pelarian ini.

67. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan Kementerian untuk mengatasi
pelanggaran undang-undang dan peraturan apabila pembinaan pagar haram di sekeliling kebanyakan kawasan perumahan awam menjadi berleluasa akibat kejadian jenayah yang semakin meningkat.

70. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tentang keperluan logistik yang tidak mencukupi di hospital daerah dan kemudahan untuk perkhidmatan kesihatan yang melibatkan kawasan pedalaman seperti kawasan orang asli.

73. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah purata jumlah penerbangan dan penumpang setiap hari yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

75. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah justifikasi Majlis Perundingan Gaji Negara menetapkan perintah gaji minimum sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

77. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan oleh IKRAM pada tahun 2009 terhadap sekolah-sekolah di daerah Dungun.

80. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap pembelian dakwat kekal yang jelas tidak kekal dan memaklumkan siapa pembekal dan berapakah kosnya.

b. Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung semula pertimbangan  Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013  (D.R. 4/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 seperti berikut :- 

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (16 Julai 2013)

2. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Dewan ini melantik sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen Ketiga Belas yang mengandungi seorang Pengerusi dan 6 orang Ahli Jawatankuasa seperti berikut:
1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi)
2. Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
3. Yang Berhormat Datuk Seri Palanivel A/L K. Govindasamy, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar 
4. Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Ahli Parlimen Selangau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
5. Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong
6. Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang
7. Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah.”

3. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Ahli Parlimen Pulai dan Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong masingmasing dipilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Ketiga Belas.”

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 34, ST. 35 dan ST. 36 tahun 2013 disahkan”.

Monday, July 15, 2013

Dewan Rakyat 16 Julai 2013 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 16 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan pihak Imigresen Malaysia dalam prosedur pengambilan pekerja asing dari Negara Sumber serta apakah prosedur terkini berkenaan pengambilan pekerja asing dari Negara Sumber.

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah hasil daripada 'Pelan Strategik Kebangsaan Untuk Penyakit Tidak Berjangkit' yang dirangka oleh Kerajaan selaras dengan mandat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangani beban penyakit kronik tidak berjangkit.

3. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan pelabur, jumlah pelaburan, jumlah pekerjaan diwujudkan sehingga kini di Kulim Hi-Tech Park (KHTP); dan
(b) berapakah jumlah pelaburan tambahan di kalangan pekilang sedia ada di KHTP sehingga kini dan berapakah jumlah pelabur dan jumlah pelaburan terlibat yang telah menutup operasi (sekiranya ada) di KHTP.

4. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan dari segi kehasilan (output) penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dikatakan mendapat peruntukan sebanyak RM1bilion di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara ini bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik seperti nanoteknologi, otomotif, bio- teknologi dan aeroangkasa.

5. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bentuk pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian, dalam memantau NGO-NGO yang mendapat bantuan dana antarabangsa dalam melakukan aktiviti mereka di Malaysia.

6. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.

7. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian akan melaksanakan pembinaan jalan baru Parit-Siputeh (13KM), pembinaan Jambatan Lambor dan pembinaan Dewan Serbaguna di Pekan Parit.

8. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai jalan-jalan baru yang akan dibina dalam kawasan Parlimen Lumut bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.

9. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam menghadapi fenomena keracunan pemikiran khususnya di kalangan belia di negara ini akibat daripada pengaruh media sosial yang tidak terkawal.

10. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) nama syarikat yang memajukan semula tanah kuarters Kerajaan di bandar Raub; dan
(b) faedah yang diperolehi oleh pihak Kerajaan melalui projek tersebut.

11. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) status terkini pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Pekan Nenas (KK3); dan
(b) bilakah tarikh tender serta tempoh pembinaan tersebut.

12. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemohon dan jumlah pemohon yang berjaya diterima untuk 'Returning Expert Program (REP)', Program 'Talent Acceleration In Public Service (TAPS)', Program 'Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR)' dan 'Structured Internship Program (SIP)' yang dikelolakan oleh Talentcorp.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pelajar post-graduate tidak boleh terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya kampus.

24. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 2012.

32. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah Kementerian berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seperti RTM tanpa mengira fahaman politik.

34. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kos dakwat kekal yang telah digunakan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu dan kenapa dakwat yang digunakan mudah luntur.

40. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah mekanisme yang telah dilakukan bagi menangani masalah mobiliti kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam pasaran buruh negara.

42. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa banyak projek yang telah diumumkan dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan; dan
(b) berapa banyak kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi menyediakan pengiklanan 1Malaysia melalui 'billboard' di semua lebuh raya.

45. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil bagi membendung atau mengatasi masalah pemilikan atau penggunaan senjata api haram yang mencetuskan suasana dan perasaan yang tidak selamat dalam negara ini.

55. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prosedur dan syarat-syarat pemilihan calon bagi jawatan KSN dan KSU Kementerian.

74. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia sejak tahun 2010 hingga 2012.

75. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13, iaitu bermula dari tempoh pembubaran Parlimen hingga ke hari mengundi.

81. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang reaksi Kerajaan terhadap dakwaan penyelewengan SPR dalam mengendalikan PRU Ke-13 baru-baru ini.

b. Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 4/2013) RangUndang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 - Menyambung Semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Julai, 2013) [ Menteri Kewangan ] DAN 

Usul yang dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:- 


“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” 

Saturday, July 13, 2013

Dewan Rakyat 15 Julai 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 15 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah bankrap kerana hutang kad kredit, adakah Kerajaan akan meluluskan pengeluaran KWSP bagi mereka melangsaikan hutang tersebut.

2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan/kes yang telah diterima dan berjaya diselesaikan oleh EAIC (Enforcement Agencies Integrity Commission) dan kos pengendalian badan ini semenjak ditubuhkan.

3. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap keselamatan data dan maklumat yang dikongsi secara bebas melalui aplikasi telefon pintar seperti “WhatsApp” dan terkini “KAKAO”.

4. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Janda Baik.

5. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status rancangan bagi mewujudkan sebuah insinerator di Bukit Payung, Batu Pahat.

6. Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk menggubal Undang-undang baru atau pindaan untuk mengawal tadbir bidang kesihatan "governing healthcare" di Malaysia.

7. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian dalam membantu pekebun-pekebun kecil yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman yang bergantung hidup dengan kebun getah memandangkan harga getah yang terlalu rendah sekarang.

8. Puan Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme pihak Kementerian bagi memastikan tiada diskriminasi dalam kadar tangga gaji pekerja asing dan
pekerja tempatan.

9. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi, program serta projek-projek pembasmian kemiskinan yang:-
(a) telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di seluruh negara; dan
(b) menurunkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 19% pada tahun 2009 kepada 8% pada tahun 2012.

10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan cadangan Ketua Polis Negara untuk mewujudkan zon larangan penunggang motosikal. Adakah wujudnya cadangan untuk melaksanakannya.

11. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam melaksanakan operasi Pengangkutan Awam Bas Rapid sejak ianya diperkenalkan dan berapakah pulangan yang diperolehi sepanjang tempoh ianya beroperasi.

12. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) prosedur yang diguna pakai dalam menempatkan semula penduduk Flat 4 Tingkat PKNS Kg. Kerinchi yang telah diambilalih tanah mereka untuk kepentingan pemaju swasta ;dan
(b) mekanisme tuntas untuk menghentikan penyalahgunaan aktaakta seperti Akta Pengambilalihan Tanah untuk kepentingan pemaju swasta daripada berterusan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian asas-asas demografi dan geografi yang akan digunakan oleh SPR untuk melakukan persempadanan semula bahagianbahagian pilihan raya.

16. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan akan terus membenarkan partiparti politik tertentu menggunakan bangunan, dewan mahupun padang sekolah-sekolah untuk kegiatan politik yang dibuat atas nama jawatan dalam Kerajaan, umpamanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan seumpamanya, dan apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membenarkan kegiatan politik yang sama dianjurkan di situ oleh parti-parti Pembangkang.

26. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menyatakan jumlah makmum yang boleh dimuat tiap-tiap Masjid Negeri di seluruh negara.

45. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kemiskinan berdasarkan kaum/bangsa dan negeri mulai 2008 hingga kini.

50. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan program netbook telah membantu meningkatkan prestasi pelajar.

52. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perancangan Kerajaan dalam menggalakkan rakyat menggunakan sumber air hujan (rainwater harvesting) sebagai sumber bekalan air negara memandangkan negara kita mempunyai kadar hujan yang sangat tinggi.

60. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (RCI) berhubung PRU-13.

66. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, berapakah jumlah kakitangan, termasuk lantikan politik seumpama Penyelia Pembangunan Mukim yang dilantik dan berapa pula perbelanjaan tahunan yang terpaksa ditanggung oleh pihak JPP.

70. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah terkini hutang negara termasuk hutang dalam negeri dan jumlah hutang luar negara.

72. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula pemberian pampasan kepada para peneroka awal seramai 24 orang di Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Labu, Lanjut, Sepang yang hanya diberikan pampasan RM20,000.00 seekar apabila hartanah yang mereka teroka dari hutan belantara sejak 1975 diambil untuk projek KLIA pada tahun 1995.

79. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kerjasama yang telah dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum pendidikan jasmani dalam membina bakat muda di samping usaha untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat.

87. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek Lebuhraya Persisiran Pantai ke Changkat Jering akan dimulakan.

88. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses penganugerahan projek kerja baik pulih dan menaik taraf kuarters di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Nyatakan berapakah harga, nama kontraktor dan cara pemilihan kontraktor.

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut : 
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan; 
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

DAN BAHAWASANYA- 
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013 [Akta A1446];  
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementeriankementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]; 
(iii) perbelanjaan pmbangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukaan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013; 
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]; 
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsifungsinya; dan 
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri, MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI, membuat ketetapan seperti berikut: 

1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima bilion lapan ratus tiga puluh enam juta sembilan ratus tujuh puluh lima ribu sembilan ratus empat puluh tujuh ringgit (RM5,836,975,947) di bawah Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus empat puluh dua juta tiga ratus tujuh belas ribu seratus dua puluh tiga ringgit (RM242,317,123) di bawah Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud B.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi tujuh juta enam ratus lima puluh empat ribu lapan ratus tiga puluh empat ringgit (RM7,654,834) di bawah Maksud B.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud B.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion sembilan ratus tujuh puluh lima juta seratus tujuh puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit (RM1,975,171,371) di bawah Maksud P.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud P.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam puluh empat juta tiga ratus empat puluh ribu lapan ratus enam puluh ringgit (RM64,340,860) di bawah Maksud P.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima puluh tujuh juta tiga puluh ribu tiga ratus lapan puluh lima ringgit (RM57,030,385) di bawah Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud P.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.” 

2. (D.R. 4/2013) RangUndang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 [ Menteri Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 


“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” 

Thursday, July 11, 2013

Dewan Rakyat 11 Julai 2013 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 11 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Sri Azalina binti Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status Penilaian Alam Sekitar (EIA) terhadap Kuo Kuang Petrochemical Malaysia Sdn. Bhd yang bercadang melabur di Projek RAPID Pengerang. Adakah syarikat Daya Eco Techno dilantik menjadi perunding alam sekitar syarikat tersebut dengan pengetahuan Jabatan Alam Sekitar.

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pendatang dengan dan tanpa izin dan bilangan pekerja warganegara. Apakah dasar Kementerian mengenai pendatang dan langkahlangkah jangka pendek dan panjang.

3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah instrumen baru yang bakal digunapakai dalam usaha merancakkan pasaran modal tempatan tahun ini setelah berjaya muncul pada tahun 2012 lalu sebagai salah satu destinasi IPO terbesar dunia dengan sejumlah RM23 bilion dijana melalui proses ini.

4. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah isu-isu alam sekitar utama yang melibatkan Cameron Highlands yang boleh ditangani dalam jangka masa yang pendek dan panjang.

5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan penubuhan Majlis Penyatuan Ekonomi Negara (NERC) bagi mendengar rungutan komuniti perniagaan dari semua kaum dan mewujudkan kerjasama perniagaan bagi usaha mengelak keraguan dan ketidakpuasan antara kaum di negara ini.

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) setakat mana TNB dapat mengurangkan kos operasinya dengan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kecekapan operasi; dan
(b) adakah langkah menaikkan kadar kegunaan elektrik dipengaruhi oleh kenaikan tanggungan kepada penjana-penjana bebas (IPP).

7. Tan Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) adakah Kementerian mempunyai rancangan supaya Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M) dapat diperluaskan di negeri Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar supaya lebih ramai penduduk dapat dimanfaatkan ; dan
(b) apakah usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menyelaraskan harga barangan di Sabah dan Sarawak yang secara umumnya lebih mahal berbanding dengan Semenanjung.

8. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian Kesihatan akan membekalkan Pneumonia Vaccine percuma untuk anak-anak kita.

9. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan seterusnya Kementerian dalam membangunkan Pendidikan Agama di sekolah-sekolah terutamanya sekolah pondok dan sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Adakah Kementerian sedar berikutan semakan keputusan ke IPTA terdapat banyak calon-calon dari Sekolah Menengah Agama tidak mendapat tempat walaupun mendapat keputusan 6A sedangkan dari sekolah-sekolah lain hanya mendapat 3A sudah ditawarkan ke matrikulasi. Apakah langkah susulan diambil oleh kementerian berkenaan perkara tersebut.

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan cadangan cuti bersalin untuk para ibu ditambah kepada 90 hari dan pindaan kepada penambahan bilangan kelahiran oleh pekerja wanita yang diperuntukan dalam Akta Kerja 1955 harus dilakukan. 

11. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian akan menambahkan peruntukan bagi membina jalan-jalan kampung di seluruh kawasan Parlimen Parit bagi membolehkan rakyat menikmati hasil kemerdekaan negara tercinta ini.

12. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan dan pembinaan Universiti Awam di kawasan Parlimen Lumut khasnya dan di seluruh negeri Perak amnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membenarkan pengambil alihan SYABAS oleh Kerajaan Negeri Selangor atau sebaliknya.

43. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kejayaan dan kegagalan projek-projek pelaburan zakat oleh industri zakat di Malaysia.

48. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini tentang tuntutan Royalti Petroleum untuk rakyat negeri Kelantan seperti mana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Bilakah pembayaran tunai melebihi 20% yang dijanjikan dalam manifesto BN kepada negeri Kelantan dan negerinegeri yang layak akan diberikan.

49. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) jumlah dana Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) terkumpul sehingga kini hasil daripada bayaran tambahan sebanyak 1% daripada bil elektrik bulanan; dan
(b) kemajuan, keberkesanan dan impak pelaksanaan polisi Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) sehingga kini.

50. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah tawarantawaran yang di hantar oleh pihak syarikat kewangan kepada individu-individu tertentu dianggap melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

52. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 dapat disiapkan sepenuhnya dan nyatakan pakej-pakej berkaitan yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual serta perancangan untuk mengatasinya.

54. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan di 14 lokasi AES sebelum dan selepas AES dikuatkuasakan bermula 22 September 2012.

55. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia menarik balik semula semua pendakwaan ke atas mana-mana individu di bawah Akta Hasutan 1948.

62. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jalan luar bandar yang masih lagi belum siap dalam usaha menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar.

64. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kedai-kedai (outlet) judi di seluruh negara mengikut negeri pada tahun 2012.

65. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Perdana Menteri telah datang ke negeri Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas dan berjanji untuk melaksanakan 7 perkara besar bagi rakyat negeri itu. Apakah ia akan terus dilaksanakan walaupun BN tidak berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan.

69. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk menjadi 'pencelah' (Intervenor) dalam kes Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas yang menuntut tunggakan Royalti minyak di Mahkamah, sedangkan Kerajaan Persekutuan bukanlah satu pihak dalam perjanjian Antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani oleh kedua-duanya pada tahun 1975.

78. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa pihak Kerajaan enggan menubuhkan IPCMC untuk menyiasat dakwaan kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.

82. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) bilakah penguatkuasa gaji minimum dilaksanakan, apakah tindakan terhadap majikan yang engkar; dan
(b) berapakah majikan yang telah diambil tindakan kerana mengengkari arahan ini.

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- 
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 Julai, 2013)

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut : 
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan; 
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

DAN BAHAWASANYA- 
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013 [Akta A1446];  
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementeriankementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]; 
(iii) perbelanjaan pmbangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukaan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013; 
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]; 
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsifungsinya; dan 
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri, MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI, membuat ketetapan seperti berikut: 

1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima bilion lapan ratus tiga puluh enam juta sembilan ratus tujuh puluh lima ribu sembilan ratus empat puluh tujuh ringgit (RM5,836,975,947) di bawah Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus empat puluh dua juta tiga ratus tujuh belas ribu seratus dua puluh tiga ringgit (RM242,317,123) di bawah Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud B.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi tujuh juta enam ratus lima puluh empat ribu lapan ratus tiga puluh empat ringgit (RM7,654,834) di bawah Maksud B.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud B.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion sembilan ratus tujuh puluh lima juta seratus tujuh puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit (RM1,975,171,371) di bawah Maksud P.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud P.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam puluh empat juta tiga ratus empat puluh ribu lapan ratus enam puluh ringgit (RM64,340,860) di bawah Maksud P.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima puluh tujuh juta tiga puluh ribu tiga ratus lapan puluh lima ringgit (RM57,030,385) di bawah Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud P.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.” 

3. (D.R. 4/2013) RangUndang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 [ Menteri Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” 

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008