Sunday, September 29, 2013

Dewan Rakyat 30 September 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 30 Sept. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pembinaan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di kawasan Parlimen Lipis akan mula dilaksanakan kerana difahamkan projek PR1MA yang akan dilaksanakan ini merupakan lokasi terawal di Pahang yang akan melaksanakan projek tersebut dan ia merupakan satu rahmat kepada penduduk terutama golongan miskin untuk memiliki kediaman selesa.[ Soalan Tambahan : BN Lipis, PKR Gombak ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bila usaha untuk meningkatkan capaian telekomunikasi khususnya tanpa wayar di Kuala Krai akan dicapai sepenuhnya.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Kanowit ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil cadangan penggabungan dua pengeluar kereta nasional iaitu Proton Holdings Berhad (PROTON) dengan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dikatakan boleh meningkatkan daya saing industri automotif Negara.[ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Kepong ]

4. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme dalam membantu syarikatsyarikat kecil dalam melaksanakan skim gaji minimum dan sejauh mana mekanisme itu beroperasi.[ Soalan Tambahan : PAS Dungun, BN Bintulu ]

5. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memberikan sedikit rasional kepada tindakan Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) menubuhkan sebuah anak syarikat bernama VESTIGO PETROLEUM baru-baru ini. Apakah bidang tumpuan anak syarikat PCSB yang baru ini. Apakah ia tidak menyebabkan crowded effect kepada syarikat-syarikat tempatan yang turut terlibat dalam bidang dan industri yang sama.[ Soalan Tambahan : BN Kepala Batas, PAS Pokok Sena ]

6. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan dan langkah Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan serta mengawal caj kutipan yuran sekolah "International Schools" di negara ini supaya kebajikan pelajar-pelajar sekolah terjamin.[ Tidak Hadir ]

7. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan efektif Kerajaan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan mengurus hutang negara sekiranya pertumbuhan GDP tidak mencapai seperti yang disasarkan.[ Soalan Tambahan : BN Kulim Bandar Baharu, PAS Kuala Nerus ]

8. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) bilangan anggota RELA yang terdapat di setiap negeri dan syarat kelayakan menyertai RELA serta latihan khas yang diberi sebelum mereka menjalankan tugas; dan
(b) elaun yang diberikan kepada anggota RELA dan jumlah elaun yang diberi sejak 2008.[ Soalan Tambahan : DAP Lanang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menubuhkan universiti di kawasan Parlimen Temerloh.

14. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sikap dan pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu pergolakan politik yang sedang melanda Republik Mesir sekarang ini.

28. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkan kembali "issuer default rating" ( IRD ) ke atas sektor swasta yang terjejas daripada dapatan (findings) Fitch Ratings seperti Malayan Banking Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd.

36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dari manakah sumber kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membeli Mandarin Purpose Sdn. Bhd. yang benilai RM42 juta.

40. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah dalam negara dari tahun 2000 hingga 2013. Apakah usaha Kerajaan mengatasi masalah jenayah senjata api yang semakin berleluasa dalam negara serta usaha membanteras penyeludupan senjata api ke dalam negara.

41. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia (RM) terhadap semua janji projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan tunai lainnya yang diberi oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh 10 Julai 2013 hingga 24 Julai 2013 di kawasan Dewan Undangan Negeri N.01 Kuala Besut.

42. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menstabilkan harga getah pada paras yang tinggi bagi memastikan taraf hidup 120,023 orang pekebun kecil getah terus
terpelihara.

46. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan negara, Kementerian dilihat terpaksa bersusah payah berkempen supaya rakyat menyambutnya, tetapi ia masih lagi dingin dan hambar. Apakah punca sebenar perkara ini berlaku.

62. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kesalahan-kesalahan yang dihukum dengan sebatan rotan. Berapa sebatan dan bagaimana kaedah sebatan dilakukan.

73. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan setiap tahun kepada mana-mana Kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional dan bagaimanakah peruntukan itu disalurkan; dan
(b) bagi kawasan Parlimen yang tidak dimenangi oleh BN, adakah peruntukan juga diberikan dan jika ya, kepada siapakah peruntukan itu disalurkan.

75. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat firma kewangan antarabangsa mana yang dilantik menjadi arranger hutang 1MDB.

84. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berdasarkan kepentingan apakah seramai 1.4 juta warga Bangladesh akan diberi Kad Pekerja Asing (IPAS) sedangkan telah terbukti mereka banyak menimbulkan masalah sosial bahkan telah mengancam keselamatan negara.

85. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menghukum dengan sebatan rotan kepada orang-orang yang didapati bersalah mengambil dadah.

86. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan maklum balas yang telah diberikan oleh guru-guru sepanjang pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

96. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah hasil petroleum minyak dan gas yang dikeluarkan di kawasan perairan Kelantan serta kawasan bertindih sekitarnya sejak tahun 1990 hingga 2013 mengikut jumlah hasil telaga minyak dan gas yang telah dan sedang beroperasi.

105. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan kerja-kerja penambakan tanah dalam Sungai Terengganu bagi projek "cadangan mereka bentuk, membina
dan menyiapkan double road frontage fasa 2 dari Pasar Payang ke Taman Shah Bandar" yang dimulakan pada 30 Disember 2012 tidak akan menyebabkan berlaku banjir pada penduduk bandar memandangkan kelebaran (width) Sungai Terengganu di antara Seberang Takir dan Shah Bandar Tanjung semakin kecil setelah kerja-kerja penambakan dimulakan sejak 2005.

132. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan susulan Kerajaan terhadap saranan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen untuk Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, supaya menambah baik dan mengkaji keperluan mengubah sistem pilihan raya Malaysia ketika ini yang berasaskan sistem majoriti mudah (first past the post).

134. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan dan pencapaian yang dimainkan oleh Institut Sosial Malaysia dalam membangunkan profesionalisme pegawai-pegawai Kementerian dalam memberi perkhidmatan yang berkesan dan cemerlang bagi kepada pembangunan masyarakat berpendapatan sederhana dan pembaikan taraf sosial mereka.

155. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kandungan "silver nitrate" dalam dakwat kekal di PRK Kuala Besut baru-baru ini.

165. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-
(a) apakah perbezaan di antara terma-terma negosiasi yang terkini berbanding dengan terma-terma negosiasi US FTA terdahulu yang gagal disepakati; dan
(b) jika Kerajaan tidak bersetuju dengan terma-terma US FTA yang terdahulu maka atas faktor apakah Kerajaan bersetuju untuk menyambung semula negosiasi ini.

171. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan hasil sebarang kajian yang dibuat untuk mengenal pasti sebab-sebab penurunan respons rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan kemerdekaan beberapa tahun terakhir ini dan apakah pendekatan Kementerian supaya sambutan kemerdekaan lebih bermakna.

172. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapakah Kementerian tidak mengeluarkan kenyataan pendirian yang tegas menolak rampasan kuasa oleh tentera di Mesir pada 3 Julai 2013.

b. Perbahasan Usul dan Rang Undang2 Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (26 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa ]

[ Kementerian Kewangan - PKR Selayang, BN Jasin, PAS Tumpat, BN Lipis, PKR Petaling Jaya Selatan, PAS Kubang Kerian, BN Kuala Kangsar, PAS Pokok Sena ][ Rehat ]

[ BN Langkawi ]

[ Penggulungan - BN Kulim Bandar Baru, PKR Lumut, DAP Raub, BN Merbok, BN Jelebu, BN Kinabatangan, BN Tasek Gelugor, BN Labuan, BN Merbok, BN Kinabatangan, BN Langkawi, DAP Bagan, PKR Petaling Jaya Selatan ]

[ Kementerian Kerja Raya - PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Sungai Petani ] [ Penggulungan - PKR Petaling Jaya Selatan, PAS Rantau Panjang, DAP Puchong, PAS Kuala Nerus, PAS Bukit Gantang ]

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - PAS Hulu Langat, ]

[ Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi - PAS Hulu Langat ]

[ Kementerian Pendidikan - DAP Kulai, PAS Kuala Krai, PAS Rantau Panjang, BN Tuaran, PAS Parit Buntar, BN Hulu Rejang, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PAS Bukit Gantang, PAS Tumpat, BN Tasek Gelugor ]

[ Penggulungan - PAS Rantau Panjang, DAP Tuaran, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, BN Langkawi, PAS Pokok Sena, BN Kangar, PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Nerus, PAS Sepang, PKR Bukit Katil, PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, PAS Sepang, PKR Lumut, BN Tasek Gelugor, PAS Kota Raja ]

[ Kementerian Kesihatan - BN Bagan Serai, PAS Pengkalan Chepa, BN Parit Sulong, PKR Kuala Kedah, BN Lenggong, DAP Bakri, PKR Kapar, PKR Sungai Siput, PAS Kuala Nerus, PKR Sungai Petani ]

[ Penggulungan - PAS Temerloh ]

[ Kementerian Belia & Sukan - PAS Kota Bharu, BN Titiwangsa, PKR Wangsa Maju, BN Jerlun, DAP Bakri, BN Parit, PKR Kapar ]

[ Penggulungan - BN Kangar ] 

[ Kementerian Sumber Manusia - DAP Bakri ]

[ Penggulungan - DAP Sibu, PKR Subang, PAS Rantau Panjang, PAS Kota Raja ]

[ Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat - BN Parit Sulong, PKR Subang, BN Tenom, PAS Kota Raja, PAS Rantau Panjang, PKR Bukit Katil ]

[ Penggulungan - BN Parit Sulong, PKR Subang, PKR Kapar, PAS Rantau Panjang, PKR Bukit Katil ]

[ Kementerian Pertahanan - PKR Lumut, PAS Sepang ] [ Penggulungan - PAS Sepang ]

[ Kementerian Dalam Negeri ] -Sambung Esok ...

Ucapan Penangguhan :-

1. Tajuk :- Meminta Kerajaan menyelesaikan masalah bekalan elektrik akibat sistem penjanaan elektrik yang tidak mampan dan sistem transmission yang di takuk lama. Oleh : - YB Datuk Madius Tangau (BN Tuaran)
[ Pulang Awal ]

2. Tajuk :- Masalah Banjir Kilat di Kawasan Batu 19-Batu 21, Kulai. Oleh :- YB Puan Teo Nie Ching (DAP Kulai)

Thursday, September 26, 2013

Dewan Rakyat 26 September 2013 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Sept. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1.  Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasional langkah Kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang hampir menyamai
jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia kononnya beberapa sektor perkhidmatan dan industri mengalami kekurangan pekerja di negara ini.[ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah projek pembinaan insinerator yang telah dirancang oleh Kementerian, lokasi tapak insinerator tersebut dan jumlah peruntukan untuk tujuan tersebut.[ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Kota Tinggi ]

3. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pembiayaan kebajikan belia dan
apakah langkah yang telah diambil bagi meningkatkan jumlah peruntukan berkenaan kerana didapati bahawa jumlah peruntukan terlalu kecil berbanding dengan populasi golongan belia kini.[ Soalan Tambahan : BN Masjid Tanah, PKR Gombak, BN Kalabakan ]

4. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet
tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu, BN Mersing ]

5. Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membina Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Serikin, Bau, Sarawak.[ Soalan Tambahan : BN Mas Gading, PAS Kota Bharu ]

6. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perkembangan projek satelit RazakSat2 termasuk kos keseluruhan, jadual perlaksanaan dan nama syarikat-syarikat yang terlibat dan fungsi mereka serta kos mereka dan apakah langkah untuk mengelakkan kesilapan RazakSat1. Sila juga berikan perbezaan RazakSat1 dan RazakSat2 terutamanya dari segi teknologi pengimejan (imaging payload).[ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-
(a) kesan liberalisasi yang terkini terhadap Malaysia hasil semakan Dasar Automotif Negara dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara ASEAN bagi penghapusan/pengurangan duti import produk automotif; dan
(b) mekanisme yang akan/telah dilakukan dan insentif yang disediakan demi melindungi kepentingan industri kereta terpakai.

32. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan selepas 2014, apakah usaha Kerajaan untuk meneruskan inisiatif kecekapan tenaga di bangunan-bangunan bagi menggalakkan kewujudan lebih banyak “Low Energy Office (LEO)” dan “Green Energy Office (GEO)”.

53. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan kereta mengikut kategori jenama dan umur kereta. Apakah langkah Kementerian dalam memastikan kereta keluaran tempatan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

61. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan resolusi Bengkel Tadbir Urus Terbaik Harta dan Wang Tidak Dituntut Milik Orang Islam yang diadakan pada 11 hingga 13 Julai yang lalu.

72. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kakitangan awam yang menerima gaji daripada pihak Kerajaan dan berapakah pula peruntukan yang diadakan untuk membiayai pinjaman daripada mereka setiap tahun.

73. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan faktor utama penolakan permohonan pendaftaran pertubuhan belia yang telah disenaraikan dari tahun 2008-2011.

75. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan oleh kerana hutang isi rumah berbanding GDP yang tinggi (83%) dan akibat peraturan memendekkan bayaran balik pinjaman rumah dan kenderaan, sama ada akan berlaku peningkatan "non-performing loan" di kalangan peminjam golongan menengah apabila harga petrol dinaikkan dan barangan keperluan harian juga meningkat.

79. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam serta berapakah kos keseluruhannya setelah ditender kembali.

84. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama syarikat perunding yang dilantik oleh Kerajaan untuk menghasilkan slogan baru negara Endless Possibilitties serta jumlah bayaran kos keseluruhan untuk tujuan tersebut.

103. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bagaimana usaha Kerajaan untuk mengawal harga getah. Bagaimana Kerajaan membantu penoreh getah apabila harga getah turun.

105. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan agihan zakat yang telah disalurkan kepada golongan al-Gharimin dari tahun 2010-2012.

124. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluasan tanah wakaf yang tidak ada penghasilan atau terbiar di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

131. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian untuk menyelesaikan masalah air banjir bertakung di tebing Sungai Golok, Kelatan yang menjejaskan mata pencarian para petani di kawasan tersebut.

134. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah tangkapan kes-kes melibatkan pemilikan senjata api tanpa lesen oleh semua pihak
berkuasa bagi tahun 2008 hingga 2013.

135. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak PTPTN bercadang untuk menukar kaedah pinjaman kepada pembiayaan ujrah (1%) secara automatik kepada semua peminjam.

139. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jenis saman tertunggak yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara bahawa terdapat lebih kurang 1.7 juta saman tertunggak dan kenapa ia tertunggak.

146. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak manakah yang telah mengendalikan 'Kursus Khas' kepada Hakim-Hakim Pilihanraya yang dilantik bagi mengendalikan kes-kes Petisyen Pilihan Raya selepas PRU-13 barubaru ini dan apakah 'outline' kursus yang diberikan.

149. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani tuntutan royalty petroleum daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Apakah perkembangan jawatankuasa tersebut dan apakah bidang kuasanya.

155. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memohon dan yang berjaya didaftarkan menjadi pekerja yang sah (PADI) hasil program 6P dan jumlah permohonan yang tidak berjaya dan sebab-sebabnya.

162. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) adakah pihak polis hanya akan menyiasat sesuatu kes jenayah hanya jika wujudnya laporan polis; dan
(b) jika tidak, minta Kementerian mendedahkan statistik terperinci berapakah jumlah kes jenayah yang telah disiasat pada tahun 2000 hingga 2013 meskipun ketiadaan laporan polis.

164. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah ada cadangan untuk memberikan tekanan terhadap Mesir sebagai protes terhadap pencabulan demokrasi di sana baru-baru ini.

168. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah peniaga yang disaman mengikut negeri-negeri kerana mengingkari arahan Kerajaan menaikkan harga barang.

171. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang Kolej Ketengah iaitu statistik kos pengurusan, bilangan pelajar
mengikut kursus yang ditawarkan serta bilangan kakitangan yang terlibat (Pengurusan, Kakitangan Akademik dan Kakitangan Sokongan) bermula tahun ditubuhkan sehingga tahun 2013.

173. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini perlaksanaan projek KLIA 2. Adakah Kontraktor telah diberi surat pemberhentian dalam pembinaan KLIA2 serta apakah fungsi jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian dalam memantau pembinaan tersebut.

Usul 18(1) & 22 (2) Oleh PKR Padang Serai
Usul 36(12) oleh DAP Tanjong

b. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi bacaan kali kedua
1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (25 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

[ Perbahasan peringkat Jawatankuasa - B1(Parlimen-RM 1,370,000), B6(JPM-RM62,700,00), B7(JPA-RM 298,200,000), B9(SPRM-RM 6,676,000) - PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PKR Gombak, DAP Seremban ]

[Rehat]

[ Sambungan Perbahasan - BN Tuaran, BN Pengerang, DAP Kulai, BN Grik, PKR Ampang, PAS Kota Raja, DAP Seputeh, DAP Bakri, PKR Bayan Baru, DAP Batu Gajah, PAS Parit Buntar ]

[ Penggulungan -

BN Arau (Perundangan) - DAP Batu Gajah, DAP Seputeh, DAP Beruas, PKR Subang, PAS Sepang, DAP Beruas, BN Jerlun, ...

BN Muar (Agensi SPRM) - .... ]

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Kewangan - B10 (Perbendaharaan - RM606,942,000) & B11 (Perkhidmatan Am Perbendaharaan - RM 11,853,400,000 ) - Dibahaskan Minggu Depan ... ]

c. Ucapan Penangguhan -

1. Tajuk : Meminta kerajaan Persekutuan Mengambil Langkah-Langkah Drastik Positif Dan Spesifik untuk mempercepatkan persiapan projek-projek pembinaan sekolah & Pra Sekolah di negeri Sabah yang lewat siap atau projek yang dianggap sakit. Oleh YB Datuk Madius Tangau (BN Tuaran).

2. Tajuk : Sebab Kerajaan Tidak Mematuhi Hak Asasi Manusia Sedunia PBB Secara Penuh. Oleh YB Puan Teresa Kok Suh Sim (DAP Seputeh).

Wednesday, September 25, 2013

Dewan Rakyat 25 September 2013 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 25 Sept 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sudah melaksanakan bancian penempatan atas air di perkampungan Timur Sabah sebagai satu langkah penyusunan kediaman yang lebih teratur dan meningkatkan tahap keselamatan setempat.[ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Nibong Tebal, BN Kalabakan ]

2. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah blog yang menghina Islam, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya.[ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Kepala Batas, BN Putatan ]

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-
(a) margin bekalan air atau "reserve margin" yang terdapat pada 34 buah loji rawatan air yang membekal air bagi pengguna di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi tempoh 5 tahun akan datang; dan
(b) apakah langkah-langkah strategik Kementerian bagi menghadapi krisis air di Lembah Klang terutama peningkatan penduduk yang semakin meningkat di kawasan ini.[ Soalan Tambahan : BN Titiwangsa, PAS Temerloh ]

4. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sedar penduduk-penduduk Pantai Timur Sabah, khususnya nelayan, masih
diancam lanun dan penceroboh, seperti pencerobohan lebih kurang 11 orang pengganas pada 27-28 Ogos 2013, dekat Semporna. Jelaskan mengapa ini masih boleh berlaku walaupun ESSCOM sudah ditubuhkan. Apakah langkah-langkah yang lebih berkesan yang akan diambil.[ Soalan Tambahan : DAP Sandakan, BN Kinabatangan ]

5. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan holistik yang bakal diambil berhubung isu operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), ekoran dari peningkatan rungutan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan sistem itu yang menggunakan orang ketiga dalam menguruskan operasi dan mengutip saman.[ Soalan Tambahan : BN Baling, PAS Pokok Sena ]

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-
(a) apakah peranan Malaysia dan setakat mana tindakan yang telah dilakukan sebagai perantara dalam
penyelesaian konflik di Selatan Thailand; dan
(b) apakah kekangan terhadap penyelesaian krisis berkenaan.[ Soalan Tambahan : Tidak Hadir ]

7. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar Malaysia yang terjejas dengan pergolakan di Mesir, dan apakah langkah diambil kerajaan untuk memastikan proses pembelajaran pelajar-pelajar kita tidak terjejas pada masa hadapan, terutama di negara-negara yang berisiko menghadapi konflik dalaman.[ Soalan Tambahan : Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk
meningkatkan hasil tangkapan nelayan-nelayan pantai di negeri Kelantan. Adakah hasil laut negeri ini semakin berkurangan dan jika berkurangan apakah sebabnya.

32. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah satu kajian hidrologi (hydrology study) dijalan dan diluluskan oleh pihak Kementerian sebelum kerja-kerja penambakan tanah yang sedang dijalankan oleh Kumpulan Liziz Sendirian Berhad secara reka bina di dalam Sungai Terengganu di hadapan kawasan Istana Maziah Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.

48. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan di bawah Bantuan Pengupayaan Pertubuhan Belia dan jumlah persatuan belia yang telah mendapat bantuan daripadanya mengikut negeri.

52. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia tidak membuat pendirian tegas mengutuk rampasan kuasa tentera di Mesir yang menjatuhkah Kerajaan pimpinan Presiden yang dipilih secara demokratik.

54. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa Duta Besar Malaysia ke Mesir belum dilantik sedangkan ianya sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam perkembangan semasa di negara Mesir.

56. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai Saham Bumiputera di Bursa Saham sehingga Julai 2013.

68. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status penyiasatan kes tembak Pengerusi My Watch.

79. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) mengapakah dalam keadaan Peguam Negara telah memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan ke atas mereka yang dikeluarkan saman AES, saman AES masih terus-menerus dikeluarkan; dan
(b) adakah Kementerian bersedia untuk memulangkan kembali wang saman yang dibayar oleh pengguna setelah Peguam Negara memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan.

85. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sudah terdapat cadangan untuk memusatkan kampus UMK di Bachok sahaja untuk memastikan
pentadbiran lebih baik dan keselesaan staf dan pelajar.

86. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini perlaksanaan Standard Pengurusan Keselamatan IT (IT Security Management (ISMS)) atau MS ISO/IEC 27000 dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan data-data sektor Kerajaan dan swasta negara terjamin.

97. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk penempatan semula pelajar-pelajar Malaysia yang telah kembali daripada Mesir ekoran krisis rampasan kuasa, dan bagaimana pula penempatan pelajar-pelajar baru yang terhalang untuk memulakan pengajian di sana.

104. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan nama penuh dan latar belakang jurutera yang bertanggungjawab daripada syarikat pemborong rekabina yang mereka bentuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu yang telah runtuh dua kali pada tahun 2009 dan 2013.

110. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rujukan yang diterima pakai oleh Kerajaan dalam konsep Wasatiyah yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

113. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemudahan asas yang telah dibina dan berada di bawah penyenggaraan Kerajaan Persekutuan dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian.

146. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos perbelanjaan promosi 1Malaysia sejak ia dilancarkan.

148. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pemilikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari golongan muda mengikut negeri.

156. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan akan menjalankan operasi penerbangan terus jemaah Haji ke Tanah Suci, khususnya bagi menjimatkan kos kepada jemaah haji dari Negeri Kelantan dan sekitarnya.

161. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional Sekolah Vokasional ditukar kepada Kolej Vokasional.

165. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Program Asasi yang tidak diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.

169. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan halanganhalangan yang menyebabkan peserta-peserta KESEDAR belum diberikan hak milik (geran tanah) bagi tanah yang mereka usahakan.

170. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengubah sistem perjawatan kakitangan pihak berkuasa tempatan daripada sistem tertutup kepada satu sistem yang lebih terbuka dan fleksibel. Jika tidak, apakah alasan dan kebaikan sistem tertutup ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

3. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013

4. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013

6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013

7. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013

9. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013

10. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013

11. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang2 Bacaan Kali Kedua

1.  (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

[ Perbahasan - DAP Seputeh, BN Jasin, PAS Pokok Sena ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Lenggong, DAP Petaling Jaya Utara, BN Tuaran, PAS Kuala Langat, BN Parit, PKR Hulu Langat, BN Tenom, DAP Kepong, BN Kanowit ]

[ Ucapan Penangguha - DAP Seputeh, BN Kinabatangan, DAP Seputeh, BN Kinabatangan, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Bayan Baru, BN Kinabatangan, BN Tasek Gelugor, DAP Raub, BN Sibuti, DAP Stampin, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ] - Lulus untuk Bacaan Kali Kedua

1. Tajuk : Kematian Tahanan Bernama Wong Soon Lai dari Lot 1006, Kampung Pemindahan Marudi, Baram, Pada 9 Oktober 2006. Oleh : YB Tuan Chong Chieng Jen - DAP Bandar Kuching,

2. Tajuk : Apakah Rancangan Kementerian Kesihatan Terhadap Masalah Pengangguran Doktor. Oleh : YB Puan Teresa Kok Suh Sim - DAP Seputeh.

Monday, September 23, 2013

Dewan Rakyat 24 September 2013 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 24 Sept. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan terdesak untuk menandatangani TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement); dan
(b) kerangka yang telah diolah oleh Kementerian bagi melindungi kepentingan negara dan pemain industry dalam TPPA dan manfaat negara sekiranya menyertai TPPA dan kesan sekiranya tidak menyertai TPPA. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, PAS Rantau Panjang, BN Kalabakan ]

2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah tangkapan telah dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam Jenayah Projek IC di Sabah seperti mana yang telah didedahkan semasa perjalanan siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Berapa pula yang telah dibawa ke Mahkamah.[ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Kinabatangan, ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah pemantauan Kerajaan terhadap penyelewengan subsidi diesel yang diberikan kepada para nelayan yang sering berlaku; dan
(b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Temerloh ]

4. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan nyatakan nama mereka dan negara manakah mereka berkhidmat.[ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Kulim Bandar-Baharu ]

5. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak-pihak mana yang telah dikenal pasti terlibat dengan ajaran dan fahaman Syiah di negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka bagi membendung penularan fahaman tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Jelebu, PAS Kuala Nerus ]

6. Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah sebab penggunaan perwarna diesel diberhentikan setelah ianya berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel subsidi. Apakah rancangan menyeluruh dan langkah Kerajaan bagi menangani isu menjual diesel subsidi.[ Soalan Tambahan : DAP Stampin ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pembantu domestik asing yang sedang berkhidmat di dalam negara mengikut negara asal mereka dan pecahan terperinci bayaran atau "fee" (RM8 ribu) yang dikenakan kepada majikan untuk mendapat pembantu domestik Indonesia.
 
16. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha jangka panjang dan pendek bagi mengatasi tenaga kerja berkemahiran tinggi dan apakah hasil Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Pekerjaan Malaysia 2008-2020 hingga kini.

40. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan segmentasi perbelanjaan Kerajaan daripada agihan royalti Petronas dari tahun 2010-2012.

50. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah keseluruhan kelab atau akademi bola sepak untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang masih beroperasi di Malaysia.

55. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan misi Kerajaan untuk menggalakkan rakyat bersukan di setiap kawasan Parlimen di Malaysia bagi sesi ini.

58. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bantuan per kapita yang telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat peringkat rendah dan menengah dari tahun 2010 hingga 2012.

60. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di DUN Sungai Pelek sebelum bertindak menutup Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek juga di BBST; dan
(b) adakah Kerajaan bersedia mendengar suara dan keluhan rakyat di DUN Sungai Pelek supaya mewujudkan kembali Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek di BBST.

62. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap Kerajaan Sementara Mesir yang diketuai oleh Adly Mansour hasil daripada rampasan kuasa tentera pada 3 Julai 2013 yang lalu.

66. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) adakah Kementerian telah berbincang dengan Jawatankuasa-Jawatankuasa Penduduk di Putra
Perdana sebelum bertindak menutup Balai Polis Putra Perdana pada bulan Ogos 2013 yang lalu; dan
(b) adakah Kementerian bersedia untuk mendengar suara rakyat di Putra Perdana untuk membina Balai Polis Putra Perdana yang tetap/kekal di tapaknya yang terletak di sebelah Masjid Putra Perdana.

68. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian OIC berhubung krisis-krisis di negara umat Islam.

77. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan membenarkan para mahasiswa dalam dan luar negara yang terlibat dengan mana-mana organisasi parti politik.

86. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan Khas Kemalangan Bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Apakah punca dan langkah yang dicadangkan bagi mengelak tragedi sedemikian daripada berulang.

88. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat menukar kadar bayaran elektrik untuk
hotel-hotel serta pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan lain daripada kategori "komersial" kepada "industri" memandangkan kos industri pelancongan yang makin meningkat tinggi dan sumbangan besar sektor pelancongan kepada ekonomi negara.

89. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah NGO Wanita yang aktif di seluruh negara mengikut bidang serta berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap satu bagi tahun 2000 hingga 2013.

101. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu meningkatkan hasil pelancongan di negeri Terengganu.

104. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengikut fasal perjanjian manakah pembahagian pungutan bayaran saman AES dibuat antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan seperti yang diumumkan Kerajaan membayar pada syarikat RM13,550,758.00 dan Kerajaan hanya mendapat RM3,429,910.00 sahaja daripada keseluruhan kutipan RM20,020,500.00 bayaran kompaun.

105. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan keadaan terkini di Lahad Datu. Apakah Kementerian bercadang untuk membeli aset pertahanan terutamanya sistem radar dan lain-lain yang baru bagi menangani keselamatan di Sabah.

110. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk bantuan dan jumlah peruntukan Kementerian yang boleh diberikan dalam membantu menjayakan bandar Bachok sebagai bandar pelancongan Islam.

116. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa ramai pengusaha-pengusaha kapal nelayan laut dalam di
Kelantan yang terdiri dari kalangan anak tempatan. Berapa banyak lesen-lesen yang telah diberi dan siapakah sebenarnya pengusaha dan pekerja-pekerja di atas kapal ini.

117. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan yang konkrit bilakah jambatan di antara Pengkalan Kubor dengan Takbai (Thailand) akan dibina. 

128. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang atau memikirkan untuk melantik mana-mana Ahli Parlimen (Bukan Barisan Nasional) yang berkelayakan untuk mengetuai atau sekurang-kurangnya menganggotai sesebuah Agensi Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun ataupun GLC sebagaimana yang diamalkan di negaranegara maju.

131. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) adakah pembangunan perumahan dan lot-lot komersial mutakhir ini sebagai memenuhi tuntutan keperluan penduduk atau hanya semata-mata memberi ruang perniagaan kepada pemaju-pemaju perumahan; dan
(b) bolehkah projek perumahan terbengkalai dijadikan projek perumahan mampu milik dan dijual kepada pembeli sedia ada.

138. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan penilaian pihak Kerajaan, sejauhmanakah pembinaan benteng hakisan ombak di Pantai Sabak dan Semut Api dalam kawasan Pengkalan Chepa berjaya menghalang hakisan pada masa hadapan.

144. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) peranan yang dimainkan oleh Galeri MUFORS (Malaysian United for Road Safety) dalam membantu memastikan keselamatan jalan raya terjamin; dan
(b) adakah aspek-aspek keselamatan telah dikongsi secara berkesan kepada pengguna jalan raya secara umumnya dan apakah usaha-usaha untuk mempromosikannya.

154. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah kampung-kampung di dalam Kawasan Kota Raja masih di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan semenjak 2008 berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk kampungkampung ini dan untuk tujuan apa.

161. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah jumlah tanah yang telah dimiliki oleh warga asing di Wilayah Iskandar Johor.

167. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bolehkah Kerajaan menyenaraikan negeri-negeri yang tidak pernah mendapat kemudahan
pembinaan stadium daripada Kerajaan Persekutuan.

174. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Polis gagal membanteras kegiatan jenayah ringan dan berat sedangkan data dan perangkaan sudah diperolehi Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah yang menurut rekod Polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India, 23 peratus Cina dan 5 peratus Melayu.

176. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pelaksanaan Automatic Enforcement System (AES). Nyatakan jumlah kemalangan sebelum dan selepas pelaksanaan AES ini serta keberkesanan sistem ini dalam mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut.

Usul 23(1)(i) Oleh PAS Pokok Sena mengenai isu Rampasan Kuasa Tentera Mesir terhadap Kerajaan Sah Dr. Mursi di Mesir.

b. Perbahasan Usul dan Rang Undang2 Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 5/2013) Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (23 September, 2013)

[ Sambungan Perbahasan : BN Pasir Gudang, BN Jasin, BN Bagan Serai, BN Silam, BN Tanjong Karang ]
[ Rehat ]

[ Penggulungan - BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota, BN Lenggong, BN Kinabatangan, DAP Petaling Jaya Utara, BN Kinabatangan, PAS Sepang, PKR Bukit Katil, DAP Beruas, BN Kinabatangan ]

2. (D.R. 6/2013) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Beruas, BN Kota Tinggi, PKR Padang Serai, BN Tanjong Karang, PKR Kapar ]

[ Penggulungan - PKR Kapar, DAP Batu Gajah, PKR Bukit Katil ] - Lulus


Ucapan Penangguhan

1. Tajuk : Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Kakitangan Kerajaan Daripada Semenanjung Dan Sarawak ke Sabah Dan juga dari Sabah ke semenanjung Dan Sarawak Perlu Segera diselaraskan di atas Prinsip 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Oleh : YB Datuk Madius Tangau (Tuaran)

2. Tajuk : Apakah Cadangan Kerajaan untuk mengatasi Kelemahan dalm Pengendalian Kes Menukar Status agama. Oleh : YB Michael Jayakumar Devaraj (Sungai Siput)

Dewan Rakyat 23 September 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 23 Sept 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian program-program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sehingga kini dan menjelaskan:-
(a) pihak atau kumpulan yang mendapat faedah mengikut urutan; dan
(b) bagaimana usaha-usaha dilakukan bagi memastikan semua pihak memahami usaha baik ini.

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status jenayah, khususnya kes tembakan, mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah
kepada 50% anggota PDRM supaya dapat serta-merta membendung jenayah dan bilakah kekurangan anggota polis dapat diatasi seperti di Pulau Pinang yang mempunyai 5,700 anggota polis tetapi masih kurang 600 orang.

3. Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa berlaku kenaikan harga minyak. Apakah bentuk tindakan bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah.

4. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah mekanisme untuk kos pemulihan alam sekitar sepenuhnya
bagi memastikan pihak yang bersalah membayar kembali untuk jenayah yang mereka lakukan memandangkan penalti yang sedia ada adalah amat kecil berbanding dengan keuntungan yang diperoleh.

5. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pekerja berstatus kontrak dan status sementara di sektor awam pada masa ini. Apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan kebajikan pekerja berstatus kontrak ini terjaga dan penyerapan kumpulan ini ke status tetap.

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendidik masyarakat berhubung dengan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Salafiyah, Asha`irah, Maturidiyah, Wahhabiyah dan lain-lain, ke arah memelihara keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan berapakah jumlah penjimatan
yang diperoleh oleh Kerajaan.

8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai telah ditangkap di bawah Ops Cantas setakat 16 September 2013 mengikut bangsa, jantina dan negeri. Daripada jumlah itu, berapa ramai yang telah dibebaskan, dibebas dengan ikat jamin polis, direman dan dituduh di mahkamah.

9. Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi untuk menggalakkan transformasi Industri Kecil dan Sederhana ke industri pertumbuhan tinggi (high growth industry) dan meningkatkan daya saing melalui pemberian geran perniagaan,
contohnya melalui SME Corp.

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan yang dimainkan oleh International Youth Centre terhadap pembangunan belia di
Malaysia dan kos penyelenggaraan bangunannya setiap tahun.

11. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula kadar bantuan JKM yang sedia ada memandangkan bantuan tersebut dilihat tidak memadai dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

12. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan jejantas sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dari segi bilangan lama dan baru, kos pembinaan dan
penyenggaraan, jejantas bermasalah tidak berfungsi, jumlah notis kompaun yang dikutip kerana tidak menggunakan jejantas, projekprojek baharu dan permohonan untuk jejantas yang ditolak.

Soalan MP PAS yang disenaraikan
16. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam menangani banyak permasalahan yang berlaku di negara ini, termasuk kejadian jenayah, adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil ajaran agama Islam sebagai penyelesaiannya termasuklah perlaksanaan hukum hudud.

26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes dan kos petisyen pilihan raya yang ditolak sejak Pilihan Raya Umum 1959 hingga kini. Nyatakan apakah usaha dan jaminan Kerajaan bahawa mahkamah pilihan raya bebas daripada campur tangan politik.

38. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mendedahkan hasil kajian penyalahgunaan dadah di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

41. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan statistik golongan muda di Terengganu yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

49. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bantuan seperti BR1M akan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan yang terkesan
dengan peraturan memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman rumah dan kenderaan dan kini berdepan dengan kenaikan harga petrol dan harga barangan keperluan lain.

64. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah statistik ibu tunggal di Malaysia mengikut negeri serta apakah pencapaian program khas untuk membangunkan ekonomi dan jati diri keluarga di kalangan ibu tunggal seluruh negara.

82. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam mengatasi masalah kebanjiran kereta sewa dari Thailand
(Roadthu) yang semakin berleluasa masuk beroperasi dalam negara kita yang menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan.

88. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan semasa dan akan datang bagi pembangunan kawasan Kuala Nerus.

95. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai hasrat untuk membina kemudahan baru bagi menaik taraf kuasa
reaktor nuklear penyelidikan di tapak sedia ada Agensi Nuklear Malaysia, Bangi; dan
(b) apakah prasyarat dan jarak selamat bagi pembangunan awam sekitar reaktor nuklear penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

117. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peratus dan jumlah agihan peruntukan setiap tahun bagi bahagian belia dan bahagian
sukan dari tahun 2010-2012.

119. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) impak kepada tariff dan pengguna elektrik yang mengguna 300 kWh ke bawah terhadap penyelarasan
harga gas asli yang dijual oleh PETRONAS kepada TNB;dan
(b) langkah-langkah meminimakan impak kepada pengguna awam atau persediaan supaya pengguna awam dapat menerima impak penyelarasan.

127. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang dilabur melalui syarikat kaitan Kerajaan ValueCap Ventures Bhd dan nyatakan jumlah keuntungan bagi tiap-tiap tahun operasi sejak ianya ditubuh.

131. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jenayah tembak yang semakin berleluasa sekarang.

138. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mengkaji laporan 8 Mei 2013 "Resource Governance Index" (R.G.I.) oleh Revenue
Watch Institute sebuah NGO antarabangsa yang mempromosikan keberkesanan, keterbukaan dan akauntabiliti pengurusan sumber asli yang meletakkan Malaysia di tempat 34 dari 58 negara dengan markah
46 dari 100 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memperolehi prestasi yang lebih baik.

144. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah perkembangan pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa,
Padang Tembak, Bachok dan Jeli). Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapakah yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya pembangunan universiti ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang
(Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan)
2013

3. Menteri Kewangan * Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 5/2013) Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 6/2013) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008