Monday, March 31, 2014

Dewan Rakyat 1 April 2014 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 1 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah langkah Kerajaan menstrukturkan semula ekonomi negara termasuk rasionalisasi subsidi dan bantuan terus kepada golongan sasar tidak akan membebankan rakyat sebaliknya mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan membawa negara keluar daripada perangkap "berpendapatan sederhana".

2. Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah kejayaan 'Program Rural Business Challenge' (RBC) telah berjaya membantu belia luar bandar. Berapa ramai belia yang memperoleh faedah mengikut negeri.

3. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian usaha pelaksanaan konsep kecekapan tenaga (energy efficiency) di bangunan-bangunan Kerajaan. Selain daripada penggunaan 'gas district cooling', apa lagi strategi dan kaedah yang diguna pakai.

4. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes kecurian mesin ATM sehingga Disember 2013.

5. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dasar dan program transformasi yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan berhasil mencapai matlamat yang dikehendaki dan bagaimana pula tahap pemahaman dan penerimaan rakyat terhadapnya.

6. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan tarikh yang tepat berkenaan dengan pemindahan bazar larut malam 'uptown' di Danau Kota.

7. Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa pembinaan projek berikut belum lagi bermula seperti projek Jalan Bukit Tungku-Sayat-Soh dan Seremat, Jalan Sayat ke Nanga Kumpang dan Jalan Engkili-Bukong dan Cangkul.

8. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mengeluarkan kelulusan daripada aspek keperluan piawaian kesihatan kepada Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu yang akan digunakan pada tahun 2014 ini.

9. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang Akta SPR 1959 di mana persempadanan baru kawasan Parlimen dan DUN akan dibentangkan. Bila dan apakah faktorfaktor tarikan dan tolakan yang menjadi asas kepada persempadanan berkenaan mengikut komposisi/kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

10. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) mengapakah Kerajaan tidak mahu mengambil alih pentadbiran lebuh raya di negara ini bagi mengelakkan Kerajaan daripada terus membayar pampasan kepada syarikat pemegang konsesi akibat tidak menaikkan kadar tol seperti mana terma perjanjian; dan
(b) dari tarikh perjanjian hingga kini, berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan bagi setiap pemegang konsesi tol di semua lebuh raya akibat keengganan menaikkan kadar tol dalam masa yang ditetapkan.

11. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah yang diambil bagi menangani masalah Netbook 1Malaysia yang sering kali dilaporkan rosak sebelum sempat digunakan dan berapakah jangka masa yang diperlukan untuk proses membaik pulih kerosakan tersebut.

12. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan keluasan tanah yang diusahakan oleh Syarikat Perladangan Malaysia di luar Malaysia dengan memberi pecahan keluasan mengikut syarikat, negara asing, dan jenis tanaman.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah cadangan Kerajaan untuk penambahbaikan polisi pemakaian pramugari di semua jenis penerbangan dalam negara kita agar bertepatan dengan syariah Islam bagi kakitangan Islam dan sopan bagi kakitangan yang bukan Islam.

36. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status persempadanan semula kawasan pilihan raya, bila ia akan dikemukakan di Parlimen dan apakah status untuk mendapat konsensus daripada semua pihak yang berkepentingan (stake holders).

43. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status Tol di Batu 3 dan Sungai Rasah yang UMNO Shah Alam tuntut supaya ianya ditamatkan.

49. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah maklum balas daripada OIC setelah Wisma Putra menulis surat kepada Setiausaha Agungnya meminta OIC mengadakan sidang bagi membuat ketetapan menyelesaikan konflik di Syria dan Mesir.

59. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan justifikasi utama pihak Kementerian untuk membida bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

60. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah kawasan tanaman tembakau yang bermasalah telah digantikan dengan tanaman kenaf dari tahun 2012 hingga 2013.

66. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah tegas Kerajaan dalam menangani masalah perpaduan rakyat Malaysia yang dilihat rapuh dan boleh menimbulkan keretakan hubungan antara kaum dan agama.

74. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berhubung cadangan untuk menutup Kem TUDM serta Lapangan Terbang Tentera Udara Butterworth. Apakah rancangan Kementerian ke atas tanah tersebut, di manakah tapak baru dan apakah kesan ke atas Perjanjian Kuasa Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangement - FPDA) serta kesiapsiagaan tentera udara.

75. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah jam pegawai KADA berada di lapangan dalam menyelesaikan masalah petani. Apakah bukti KADA tidak berkhidmat ala kadar sebagaimana persepsi para penanam padi di Kelantan.

b. Perbahasan Usul
1.  Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 (D.R. 1/2014) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 seperti berikut: :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” ( Menteri Kewangan ) Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis ( 1 April 2014 )

2. (D.R. 2/2014) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Sunday, March 30, 2014

Dewan Rakyat 31 Mac 2014 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 31 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya; dan
(b) apakah ada rancangan meminda peraturan supaya melarang pengosongan kerusi pilihan raya dilakukan atas alasan peribadi atau tidak munasabah.

2. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan di bawah program Pembasmian Kemiskinan (PAWAH) Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan induk Arowana untuk dipinjamkan kepada peserta senarai e-Kasih. Adakah matlamat program PAWAH ini telah berjaya dan jika tidak, apakah kekangan yang telah menyebabkan program ternakan ikan Arowana ini gagal.

3. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Akta Pencegahan Jenayah (POCA):-
(a) bagaimana akta tersebut mengurangkan pelbagai kadar jenayah dalam negara; dan
(b) apakah statistik kadar jumlah jenayah selepas pelaksanaan POCA.

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha Kementerian dalam merangka rancangan jangka panjang untuk menarik minat lebih ramai belia berkecimpung di dalam industri maritim.

5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tahap kebolehpasaran pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sejauh manakah peruntukan RM200 juta yang diperuntukkan untuk IKBN dalam Bajet 2014 dapat memperkasakan institusi ini.

6. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Hospital Shah Alam dan kos keseluruhan pelaksanaan projek hospital.

7. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-
(a) sejauh mana kebenaran berlakunya begitu banyak aktiviti mencuri talian wifi milik domestik / persendirian pada masa kini; dan
(b) apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini kerana ianya mengakibatkan kerugian kepada para pengguna.

8. Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bersetuju membuat pindaan kepada Akta Perhubungan Perindustrian 1967 supaya kes-kes penamatan/ pembuangan kerja boleh dibawa terus kepada Mahkamah Perusahaan dan bukan melalui rujukan daripada Menteri.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pelan tindakan dan mekanisme untuk menguasai jaringan pembekalan (supply chain) dengan mengusahakan pertanian dan barangan seperti perusahaan ayam, secara besar-besaran. Ini penting untuk menghasilkan "economy of scale" memastikan barang pada harga yang lebih baik dan kurang bergantung kepada orang tengah.

10. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan paras karbon monoksida dan sulfur dioksida di setiap ibu negeri. Apakah langkah terkini Kerajaan dalam mengawal pencemaran udara.

11. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu kebajikan di kalangan orang-orang bergelandangan terutamanya kanak-kanak dan berapakah jumlah mereka ini yang direkodkan sehingga kini.

12. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kuota pembalakan yang telah ditentukan oleh National Forestry Council bagi setiap negeri dan apakah ada negeri-negeri yang telah melanggar kuota yang ditentukan ini. Jika ada, namakan negeri-negerinya dan jumlah lebihan yang diluluskan untuk ditebang. Apakah Kementerian boleh memberi jaminan bahawa tiada sebarang kecurian atau pencerobohan pada Hutan-hutan Simpanan Negara seperti Taman Negara di Jerantut dan Taman Negara Endau-Rompin.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk membanteras pengembangan ajaran salah dan sesat yang cuba mengelirukan dan mempengaruhi umat Islam.

28. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah cadangan untuk membina Klinik Desa Teluk Kitang yang dijanjikan akan dibuat di Lot 1275, Mukim Tebing Tinggi, Kota Bharu.

36. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kementeriannya dalam menghadapi manamana perhimpunan dan demonstrasi pada masa hadapan akan mengambil kira pandangan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, bahawa rakyat yang turun berhimpun dan berdemontrasi adalah “Bughah” yang dihalalkan darah mereka.

43. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan antara tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ialah menyediakan kemudahan infrastruktur bermutu kepada negeri-negeri. Berapakah panjang jalan-jalan Persekutuan yang telah dibina di negeri Kelantan.

53. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah 'foregone revenue' kepada Kerajaan disebabkan insentif cukai yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang melabur di negara ini sejak ETP dilancarkan.

55. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar penempatan atau perumahan pekerja asing dan tanggungjawab majikan dalam mendidik pekerja mereka dalam norma kehidupan di Malaysia.

59. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan asas dan perkembangan pembangunan perbandaran baharu Bandar Melayu di Subang.

64. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jika Kementerian berhasrat untuk menganjurkan Hari Media Kebangsaan seperti di Indonesia.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peranan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) dalam membantu mengekal dan mempelbagaikan hutan negara bagi mengawal kemurnian alam sekitar, sebagai perlindungan hidupan liar dan kestabilan iklim.

68. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Kementerian untuk mewujudkan skim insurans bencana kepada pesawah padi seperti serangan bena perang dan lain-lain.

74. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah hasil kutipan levi pekerja asing mengikut sektor dari tahun 2008-2013.

75. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah mana-mana syarikat GLC terlibat dalam pelaburan dalam perniagaan arak dan judi atau perniagaan yang syubhat menurut syarak; dan
(b) adakah wujud Jawatankuasa syarak bagi memandu pelaburan GLC mengikut syarak'. AN menyatakan:-

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

c. Perbahasan Usul
1. (D.R. 1/2014) Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 ( Menteri Kewangan ) DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Thursday, March 27, 2014

Dewan Rakyat 27 Mac 2014 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 27 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) apakah Kementerian akan berdialog dengan Malaysian Employers Federation untuk menggalakkan mereka untuk menerima cadangan Malaysian Trades Union Congress (MTUC) untuk membayar elaun kos kehidupan atau COLA sebanyak RM300 bagi pekerja sektor swasta; dan
(b) sekiranya cadangan tersebut ditolak, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian agar golongan pekerja swasta boleh menikmati elaun atau bayaran tambahan untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

2. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan di Bandar Baru Tunjung yang dicadangkan pembinaannya sejak Rancangan Malaysia Kesembilan di Mukim Pendek, Kota Bharu.

3. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) bilakah Klinik Kesihatan Duvanson Putatan dibina dan dijangka siap; dan
(b) sama ada pihak Kementerian akan menyediakan latihan dan sijil kecekapan kepada para pemberi khidmat menjaga di hospitalhospital Kerajaan.

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan dapatan kajian yang telah dilakukan terhadap Program Rakan Muda baru-baru ini.

5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini projek pembinaan rumah PR1MA di kawasan sekitar Lembah Klang, berapa banyak unit yang telah dibina dan di mana lokasinya secara spesifik.

6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan dan dana untuk membantu para usahawan seperti Dana Keusahawanan, Dana Industri Kecil dan Sederhana
dan seumpamanya. Bolehkah pihak Kerajaan nyatakan bilangan penerima dana-dana rakyat tersebut bersama kejayaan yang mereka capai.

7. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-
(a) apakah rasionalnya Kementerian menaikkan tarif elektrik sedangkan TNB mengumumkan keuntungan sebanyak RM1.73 bilion; dan
(b) apakah TNB tidak mempunyai cara lain untuk menambahkan pendapatan selain dari meningkatkan tarif yang membebankan dan membawa masalah sampingan yang lain.

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melaksanakan semua cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dengan pilihan raya dan juga cadangan yang dibentangkan oleh Bersih 2.0. Apakah SPR akan membersihkan daftar pemilih sebelum persempadanan kawasan pilihan raya dijalankan.

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah terdapat cadangan daripada Kementerian untuk menubuhkan sebuah Institut Pembasmian Kemiskinan (Poverty Eradication Institute) bagi membimbing
pemimpin akar umbi, penduduk miskin dan miskin tegar sebagai satu langkah membantu Kerajaan menurunkan kadar kemiskinan dan miskin tegar di Malaysia.

10. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah Klinik 1Malaysia yang telah ditubuhkan masing-masing di Sabah dan seluruh Malaysia. Apakah kriteria penubuhan, dan berapakah kos/ peruntukan purata untuk setiap Klinik. Mengapa tiada Klinik 1Malaysia di Kampung Pangi, Tenom, Sabah, walaupun daerah ini langsung tiada satu klinik pun.

11. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan statistik jualan kenderaan bermotor yang diimport dan dieksport sepanjang tahun 2010 sehingga 2013 dan adakah Dasar Automotif Nasional 2014 akan memberikan impak terhadap jualan kenderaan bermotor di negara kita.

12. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) sejauh mana gelanggang futsal yang dibina digunakan sepenuhnya oleh penduduk setempat kerana kebanyakan lokasi gelanggang jauh daripada tempat tumpuan penduduk; dan
(b) mengapa pembinaan gelanggang futsal tidak dibina di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
28. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan akan membina tebatan banjir di sepanjang Sungai Golok, memandangkan negara jiran Thailand hampir siap membinanya dan memberi kesan yang buruk kepada kawasan di persempadanan negara kita.

50. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pecahan pembinaan dan baik pulih rumah yang telah dilakukan pada tahun 2013 di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.

52. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit-pesakit mental di Malaysia dan Kelantan pada tahun ini. Dari bilangan ini berapa ramai adalah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

56. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri dan anggota Kabinet yang diadakan di Kompleks Seri Perdana Putrajaya dan nyatakan perbelanjaan tersebut mengikut tahun dari tahun 2009-2013.

64. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan penyelidikan dan Pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Agensi Nuklear Malaysia dalam membantu dan merealisasikan Pembangunan Tenaga Nuklear.

69. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah laporan daripada bahagian forensik ibu pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia tentang struktur bangunan-bangunan di tapak Taman Ilmu, Tembila, Besut, Terengganu yang dikatakan struktur sekurang-kurangnya dua bangunan adalah tidak selamat.

70. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar dan tindakan Kerajaan terhadap masalah pembunuhan orang Islam di Myanmar.

74. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan tegas Kerajaan terhadap kemasukan PATI dan langkah-langkah pengawalan dari tahun 2010-2013.

b. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (26  Mac, 2014)

2. (D.R. 1/2014) Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 ( Menteri Kewangan ) DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

3. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Wednesday, March 26, 2014

Dewan Rakyat 26 Mac 2014 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sudah diambil dan akan dirancang untuk mengatasi masalah sekolah-sekolah yang berada dalam kategori prestasi arah rendah di Sarawak.

2. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang isi keluarga (household debts) mengikut jenis hutang dan sebagai kadar KDNK.

3. Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat usaha oleh pihak Kementerian untuk turun padang bagi mendaftarkan keluarga miskin suku kaum Penan di pedalaman Baram bagi bantuan e-Kasih.

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:-
(a) apakah anjakan utama untuk mendorong perusahaan bioteknologi dan perubatan alternatif (complimentary medicine) yang diusahakan oleh Malaysia Biotech Corporation; dan
(b) jumlah dana yang diperuntukkan untuk penyelidikan sendiri atau dengan kerjasama institut pengajian tinggi dan agensi-agensi lain bagi tujuan ini.

5. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi lori-lori balak yang tidak mempunyai cukai jalan dan lebih muatan menggunakan jalan di Bakun dan Sungai Asap yang sering kali menyebabkan kerosakan permukaan jalan; dan
(b) tindakan Kementerian untuk mengalihkan tongkang-tongkang karam yang terbiar di sepanjang Batang Baleh yang amat merbahaya kepada pengguna jalan sungai yang lain.

6. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) apakah perkembangan dan status terkini Dasar Belia Malaysia yang sedang diusahakan oleh Kerajaan; dan 
(b) apakah langkah-langkah Kementerian agar belia tidak menerima kesan langsung yang tinggi dari perlaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 nanti.

7. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berdasarkan Model 2, produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) boleh dibeli oleh peruncit secara borong dan dijual semula, adakah pihak Kementerian ada merekodkan jumlah peruncit yang membeli barangan berkenaan secara borong dan sejauh manakah Kementerian membuat pemantauan harga barangan yang dijual semula oleh peruncit berkenaan.

8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan dan penalti yang dikenakan ke atas IWK kerana menyebabkan pencemaran teruk di sisir pantai Batu Ferringhi serta kawasan Masjid Terapung Tanjung Bungah dan Loji IWK di Jelutong, Pulau Pinang baru-baru ini.

9. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkomersialkan ladang anggur yang terdapat di Pusat Pertanian Bukit Bintang II, Perlis sebagai salah satu tarikan pelancongan yang utama di negeri ini dan sekali gus menyenaraikan ladang anggur terbabit sebagai salah satu tempat yang perlu dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

10. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah dasar gaji minima telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Adakah terdapat mana-mana syarikat yang diberikan pengecualian terhadap program ini. Adakah pihak Kementerian siasat dan ambil tindakan terhadap sesetengah syarikat menjumlahkan nilai elaun untuk mencapai nilai gaji minima, adakah ini dibenarkan.

11. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang supaya barangbarang bercukai yang dibawa masuk ke Langkawi dari Tanah Semenanjung untuk kegunaan penduduk Langkawi yang telah dibayar cukai diberi rebat cukai yang telah dibayar.

12. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai dasar kuota untuk menentukan jumlah projek-projek perolehan Kerajaan untuk kerja-kerja yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera dan kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board of Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah beliau sedar bahawa pemberian tunai seperti BR1M boleh membankrapkan Malaysia, seperti rungutan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan apakah kesan yang diperoleh dengan membelanjakan sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat penerima BR1M sejak tiga tahun lalu.

18. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan konsep Konsensus Nasional yang dikehendaki Kerajaan dan status pelaksanaannya.

42. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan membendung pencerobohan kenderaan teksi negara Thai (Roadtoo) yang semakin berleluasa dalam negara kita serta menjejaskan pendapatan kereta sewa tempatan.

56. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbandingan kadar konsentrasi DDT dalam darah penduduk di negara lain dan kadar yang terdapat dalam serum darah pesawah padi, penoreh getah, peladang kelapa sawit dan juga
penduduk umum. Berapakah jumlah jualan racun kimia perosak tanaman sejak 10 tahun yang lepas. Sejauh mana pendidikan bahaya penggunaan racun kimia perosak dijalankan kepada para petani.

71. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini pembangunan reaktor nuklear untuk penjanaan tenaga sebagai pencerahan pengetahuan kepada rakyat setelah membaca dari media luar negara.

b. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (25 Mac, 2014)

2. (D.R. 1/2014) Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 ( Menteri Kewangan ) DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

3. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Tuesday, March 25, 2014

Dewan Rakyat 25 Mac 2014 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 25 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan strategi-strategi untuk mengatasi masalah kemerosotan mutu sukan bola sepak di negara ini.

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Kementerian memberi latihan kekompetansi mengikut konvensi STCW (F) kepada nelayannelayan dan pelayar kapal sederhana kecil (kurang dari 500 ton) kurang ilmu navigasi dan kefahaman perundangan laut.

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan peruntukan khusus yang akan diberikan kepada kumpulan ibu-ibu tunggal yang mempunyai ramai anak dalam pemberian bantuan kewangan di bawah Skim MyHome memandangkan terdapat banyak kumpulan-kumpulan sasar lain yang juga memerlukan bantuan kewangan tersebut.

4. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan ruang di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Wisma Persekutuan, Seremban untuk keselesaan dan kemudahan pemohonpemohon
pasport dan urusan-urusan lain serta ruang pejabat yang lebih besar untuk kakitangan jabatan.

5. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kajian penyelidikan yang telah dijalankan oleh pensyarah dan mahasiswa universiti dalam serta luar negara dan sejauh mana hasil penyelidikan ini digunakan bagi membantu pembangunan negara.

6. Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah badan ujian meter elektrik bebas berbanding dengan amalan pemeriksaan oleh syarikat-syarikat utiliti untuk mengesahkan ketepatan meter mereka sendiri. Adakah Menteri bersetuju bahawa amalan sekarang menimbulkan isu konflik kepentingan.

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membina bangunan mahkamah baru yang lebih baik dan selesa di Jerantut.

8. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak membenarkan U-turn sebelum Plaza Tol Sungai Long (dari arah Sungai Long) di Lebuhraya SILK memandangkan pusingan-U yang telah dibina di Lebuhraya KESAS sebelum
exit USJ dan di Lebuhraya SILK sebelum Tol Bukit Kajang.

9. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan punca-punca kejatuhan harga getah dan apakah rancangan dan langkah-langkah yang Kementerian telah dan akan lakukan bagi memastikan harga getah tidak terus jatuh ke paras yang lebih rendah.

10. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana program penjelasan kepada rakyat mengenai perbelanjaan berhemah berupaya membantu rakyat meminimumkan tekanan inflasi dan apakah perkembangan dan reaksi daripada pengguna hasil daripada program tersebut.

11. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapakah jumlah kemalangan pengguna berbasikal di Kuala Lumpur dan apakah dasar-dasar DBKL menggalakkan kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebaliknya.

12. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan penggunaan kemudahan internet adalah salah satu alternatif yang baik kepada masyarakat untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Bilakah Kementerian dapat menjamin kemudahan internet berkelajuan tinggi dapat dirasai oleh rakyat di setiap daerah di seluruh negeri Kelantan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
(a) jumlah Pusat Maklumat Pelancong (Tourist Information Booth) yang ada menurut pecahan tiap-tiap negeri di Malaysia dan waktu operasinya; dan
(b) sama ada pihak Kementerian ada menggunakan khidmat konsultasi daripada bukan warganegara Malaysia dalam usaha meningkatkan kehadiran pelancong ke Malaysia.

42. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah yang diambil untuk membantu penoreh getah di bawah RISDA ekoran kejatuhan harga komoditi tersebut di pasaran.

45. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peranan Pemantau Harga yang diwujudkan di setiap Parlimen dalam usaha mengawal harga barang keperluan harian seperti sayur-sayuran (umpamanya cili merah), ikan (umpamanya ikan kembong) dan ayam yang terus meningkat di beberapa negeri antara 2013 dan 2014.

57. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang jumlah pengeluaran hasil telaga Damar dalam Blok PM-303 hasil usaha sama antara ExxonMobil dan Petronas Carigali Sdn. Bhd. yang telah mengeluarkan hasil sejak Januari 2014. Memandangkan
jaraknya hanya 109km dari daratan Kelantan ,berapakah Bayaran Tunai yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan hasil gas asli dari telaga ini.

60. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang pencemaran air sungai setelah dasar cintakan sungai kita diperkenalkan, apakah indikator pencapaian pemeliharaan sungai kita.

70. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah polisi-polisi pendidikan negara digubal berdasarkan kepada kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh tenaga akademik di universiti.

73. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai apa-apa perancangan untuk membawa sistem pendidikan pondok ke dalam arus perdana (mainstream) sistem pendidikan negara.

b. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (24 Mac, 2014)

2. (D.R. 1/2014) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 ( Menteri Kewangan ) DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

3. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Sunday, March 23, 2014

Dewan Rakyat 24 Mac 2014 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 24 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi memperkasakan institusi masjid di negara ini supaya memainkan peranan bagi memangkinkan modal Islam ( Muslim ) yang berkualiti dan nyatakan program imarah masjid sebagai pusat penyebaran maklumat tepat mengenai Islam bagi membanteras gejala ajaran sesat yang kian menular dalam masyarakat.

2. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap kejayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam membantu golongan belia di Malaysia dan adakah jumlah pinjaman diberi berpadanan dengan kejayaan atau tidak memenuhi sasaran.

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-
(a) senarai syarikat-syarikat, jumlah kuota subsidi mengikut harga/liter dan nilai kontrak Community Drumming yang diluluskan di seluruh Sarawak mengikut zon bagi tahun 2014; dan
(b) apakah garis panduan dan ketelusan pemberian kontrak tersebut dan apakah kaedah pelaksanaannya.

4. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kos bagi perlanjutan program Mentor Bahasa Inggeris, tempoh kontrak baru, syarikat jururunding apa yang dilantik serta apakah perlanjutan program tersebut.

5. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada pemasangan CCTV di tempat-tempat tertentu misalnya di 'vehicle parking area, housing estate' dan tempat yang digunakan orang ramai di pekan-pekan, di pasar-pasar akan dipertimbangkan dengan serius dan bukan cadangan semata-mata.

6. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Alor Pasir ke Tok Bali akan disiapkan dan boleh digunakan awam. Berapakah kos keseluruhan projek dan kontraktor-kontraktor yang bertukar ganti.

7. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan unit pemantau bagi memastikan maklumat kerahsiaan jabatan/negara dikawal selia dan apakah tindakan terhadap kakitangan Kerajaan jika melanggar akta kerahsiaan tersebut.

8. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa Education Malaysia Global Services (EMGS) dibenarkan mengenakan caj sebanyak RM1000 untuk memproses setiap visa pelajar luar negara yang belajar di Malaysia walaupun KPI EMGS untuk memproses satu visa dalam masa 14 hari gagal dicapai.

9. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam membantu penoreh getah di kawasan Baling daripada segi memperbaiki keperluan asas memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang projek infrastruktur di persimpangan Jalan Bayan Lepas dan Jalan Permatang Damar Laut menghala ke Teluk Kumbar yang bertujuan untuk mengatasi kesesakan jalan raya sesudah pembukaan Jambatan Kedua
Pulau Pinang. Berikan jadual pembangunan serta status kemajuan terkini.

11. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pelan tindakan dan mekanisme untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan peranan orang tengah demi memastikan harga pasaran yang lebih kondusif untuk rakyat di samping menaikkan taraf petani dan penternak ikan.

12. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian boleh kemukakan sesalinan feasibility study tentang Jalan Pintas-Sandakan Fasa II, dan asas-asas yang menyokong cadangan Menteri pada 25 November 2013 di Dewan Rakyat bahawa jalan ini tidak feasible dan tidak diluluskan, bilakah keputusan ini dibuat, dan apakah projek-projek lain yang lebih "merupakan keutamaan".

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar tindakan Kerajaan terhadap pembunuhan berleluasa orang Islam di Central African Republic (CAR).

26. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tindakan Kementerian untuk menangani kejadian kegagalan sistem komunikasi akibat daripada bencana alam.

30. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan contoh-contoh Bangunan Kerajaan dan Industri yang melaksanakan prinsip Penyelarasan Bangunan LEO (Low Energy Office) serta jumlah penjimatan tahunan.

37. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah graduan pra pendidikan sekolah dari tahun 2010 hingga 2013 yang telah bekerja dalam bidang berkenaan.

41. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang ditangkap oleh pihak berkuasa sehingga Feb 2014 dan berapa bilangan majikan yang ditangkap kerana melindungi PATI.

42. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan masalah pembekalan air bersih di kawasan luar bandar seluruh negara.

43. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK) untuk memastikan perpaduan dan integrasi nasional dapat dijayakan.

50. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan KTM ke Pantai Timur. Apakah hasil kajian terhadap penggunaan jambatan kereta api di seluruh negara, apakah jaminan keselamatannya serta berapa tahun tempoh jangkaan keselamatannya untuk masa depan penggunaannya akan datang.

59. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah operasi dan jumlah jam sekatan jalan raya yang telah dibuat sepanjang 2011, 2012 dan 2013 di daerah Bachok. Nyatakan hasil yang diperoleh melalui sekatan jalan raya. Apakah peraturan yang ditetapkan dalam melakukan sesuatu sekatan jalan raya.

60. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan natijah perundangan yang akan berlaku jika proses persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak dapat diselesaikan pada tahun 2014.

66. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah impak isu Syiah yang dihangat-hangatkan oleh Kerajaan kepada projek PETRONAS di Iraq dan negara-negara Arab lain.

74. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI yang ditahan dalam Ops Bersepadu di setiap depot tahanan dengan perbelanjaan RM16 juta makan dan RM3 juta bagi penghantaran balik ke negara asal pada tahun 2013 mengikut negara PATI berkenaan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014

c. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Mac, 2014)

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Thursday, March 20, 2014

Dewan Rakyat 20 Mac 2014 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 20 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menambah jumlah barangan terkawal dalam Skim Kawalan Harga untuk memastikan bahawa harga barangan keperluan asas yang lain tidak meningkat secara mendadak.

2. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Kementerian dalam memberi pandangan kepada pihak imigresen negara asing bagi menghalang
seseorang individu atau tokoh politik memasuki negara tersebut, seperti mana Yang Berhormat Ketua Pembangkang dihalang daripada memasuki Jepun pada 19 Januari 2014 atas alasan "laporan terbaru" yang diterima.

3. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) adakah Kementerian bercadang untuk menambah bilangan doktor/pegawai perubatan yang bertugas termasuk tambahan katil observasi supaya pesakit yang meminta rawatan di Unit Kecemasan Hospital dan Pusat Kesihatan diberikan rawatan secepat mungkin ; dan
(b) adakah Kementerian bercadang supaya rakyat berpendapatan rendah atau anak-anak rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan pembedahan dan rawatan pakar diberikan bantuan pengecualian kos secara cepat dan tidak terhalang oleh prosedur birokrasi yang tidak munasabah.

4. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) yang berada dalam pasaran buruh sepanjang tahun 2008 hingga 2011. Sejauh mana keberkesanan dasar sedia ada bagi menarik OKU menyertai pasaran buruh negara ini.

5. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah keberkesanan pemindahan gajah-gajah liar dari seluruh kawasan di Utara Semenanjung ke Hutan Royal Belum dan Hutan Temengor:-
(a) kesan pada penempatan kampung Orang Asli dan Melayu di persekitarannya; dan
(b) langkah jangka panjang untuk atasi masalah tersebut, contohnya usaha penempatan baru kawasan gajah (sanctuary gajah) di situ selain di Kuala Gandah, Pahang.

6. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran mengenai jumlah projek pembangunan yang disalurkan kepada Sabah dan kesemua daerah-daerah di Sabah.

7. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan dan kedudukan keselamatan dan kedaulatan negara di atas perkembangan terkini krisis perebutan Wilayah di Laut China Selatan, khasnya tindakan Angkatan Tentera Laut negara China yang semakin agresif mencerobohi wilayah negara lain.

8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah permohonan BR1M pada tahun 2013 mengikut kategori isi rumah dan berapakah permohonan yang diluluskan.

9. Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kedudukan penyampaian perkhidmatan awam, setelah Malaysia melancarkan Projek Mega 1MOCC, berbanding negara-negara yang jauh lebih lewat membuat pelaburan dalam teknologi ICT.

10. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan tidak menerapkan pemegang biasiswa JPA ke dalam perkhidmatan awam. Adakah mereka dikenakan apa-apa tindakan mengikut kontrak yang ditandatangani, jika gagal menyertai perkhidmatan awam. Berapa kes yang dikenakan tindakan ke atas pemegang biasiswa dari 2004 hingga 2013.

11. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam membina rumah mampu milik untuk rakyat di Parlimen Silam. Memandangkan kawasan Parlimen Silam terlalu banyak rumah setinggan dan tidak tersusun yang menjejaskan taraf hidup rakyat. Adakah Kementerian akan mengutamakan dan memberi bantuan kepada rakyat yang masih tinggal di rumah setinggan ini untuk mendapatkan rumah mampu milik.

12. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sebenar keperluan guru di peringkat sekolah mengikut subjek bagi tahun 2015.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah cadangan untuk membina Klinik Kesihatan Penambang, Kota Bharu yang telah dijanjikan oleh pihak Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan, Kos projek dianggarkan RM3,503,535.85.

33. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha pelancongan Islam dalam mempromosi budaya dan sejarah Islam di negara ini.

36. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah program khas yang dirancang untuk diadakan di negeri Kelantan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

40. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah bilangan peminjam dan nilai peminjam TEKUN di Parlimen Bukit Gantang yang belum menjelaskan hutang TEKUN sehingga Disember 2013.

46. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan banyak klip video yang memaparkan kejadian buli yang berlaku di kalangan pelajar sekolah telah dimuat naikkan ke alam maya. Apakah pihak Kementerian boleh menjadikan ianya sebagai asas untuk diambil tindakan dan bagaimana kejadian-kejadian itu diselesaikan.

67. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah gerakan penentangan oleh guru-guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Adakah perbincangan telah dibuat dengan kumpulan penentang ini dan apakah hasilnya.

69. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa tugas Kedutaan Malaysia untuk Palestin ditanggung oleh kedutaan kita di Mesir dan tidak melalui kedutaan khusus di bumi Palestin.

b. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (18 Mac, 2014)

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Wednesday, March 19, 2014

Dewan Rakyat 19 Mac 2014 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 19 Mac 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu para diplomatik dan pegawaipegawai Kerajaan yang bertugas di luar negara sekiranya terbabit dengan pendahuluan/ perbicaraan di mahkamah negara yang berkenaan.

2. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pembinaan lorong memotong untuk menaik taraf Pan Borneo Highway. Adakah projek pembinaan lorong memotong masih
menggunakan jalan raya yang sedia ada ataupun ia merupakan pembinaan jalan raya yang baru. Bilakah pembinaan semua lorong memotong di Pan Borneo Highway akan siap dibina.

3. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkahlangkah yang telah dan sedang diambil untuk menstabilkan harga komoditi di negara kita terutama sekali getah.

4. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan restoran yang mengutip cukai perkhidmatan setakat ini dan bilangan restoran yang akan mengutip GST selepas 1 April, 2015.

5. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) mengapakah pelajar yang mengambil pengajian sains dengan pendidikan dan kejururawatan di IPTA tidak layak menerima biasiswa JPA; dan
(b) apakah status penggunaan Kad Diskaun Siswa dan skop penggunaannya pada masa ini. Adakah ia masih efektif untuk digunakan.

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) perancangan Kementerian untuk membela nasib ibu tunggal selain daripada memberi bantuan kewangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
(b) sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk memberi insurans percuma kepada setiap ibu tunggal yang layak menerima bantuan JKM.

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pelaksanaan dan kejayaan pelan perparitan dan pengairan di bandar Kota Samarahan.

8. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jenis-jenis dan harga rumah yang ditawarkan di bawah
Program Bantuan Rumah.

9. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah mekanisme Kerajaan untuk memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan tidak mengganggu alam sekitar yang sedia ada yang menjadi punca berlakunya banjir terutamanya di kawasan Sepanggar.

10. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik lengkap jumlah penolong pendaftar pemilih bagi tahun 2013 dan statistik terkini 2014 mengikut daerah serta jumlah perbelanjaan, jumlah petugas dan logistik mengikut kawasan Parlimen semasa Pilihan Raya Umum 13 dan Pilihan Raya-Pilihan Raya Kecil dari tahun 2008 sehinga kini.

11. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) jumlah syarikat kawalan keselamatan yang dilantik untuk mengawal keselamatan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk menubuhkan polis bantuan bagi menggantikan syarikat
kawalan sedia ada.

12. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes tunggakan yang terdapat di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan. Apakah langkah-langkah
dan usaha yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengendalikan kes tunggakan ini.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan sistem MyKad dan MyKid bagi menggantikan Kad Pengenalan lama.

37. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa jumlah rombongan Malaysia dan perbelanjaan keseluruhan ekspedisi ke Antartika pada 24 hingga 30 Januari 2014 baru-baru ini yang juga melibatkan Menteri Besar Terengganu serta apakah tujuan dan manfaat khusus kepada Malaysia dan Terengganu daripada lawatan tersebut.

43. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status draf Akta Guaman Syarie yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 1 Julai 2011 untuk disegerakan dan draf tersebut telah pun disediakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

59. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kedudukan tahap kebebasan media Malaysia berbanding negara-negara lain.

65. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan menilai semula regim subsidi kepada yang lebih bersasar dalam bahan api dan keperluan harian bagi menjimatkan perbelanjaan Kerajaan untuk subsidi.

66. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan negeri Kelantan adalah salah satu daripada pengeluar hasil gas di Malaysia. Bilakah Kerajaan ingin membekalkan khidmat stesen-stesen NGV yang lebih banyak di negeri itu untuk kemudahan rakyat sebagai alternatif kepada penggunaan petrol.

69. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan Pemindahan Teknologi (Technology Transfer) dan Latihan kepada Pegawai Kerajaan dan Syarikat Tempatan hasil dari International Green Tech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2013 (IGEM 2013).

75. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa kos perbelanjaan Ops 6P Bersepadu, berapakah denda yang telah diterima dan berapakah kos perbelanjaan untuk menahan dan penghantaran pulang PATI ke negara asal.

81. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status projek PETRONAS di Brazil bersama OGX dan apakah kerugian yang ditanggung oleh PETRONAS
sekiranya ada.

b. Perbahasan Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (18 Mac, 2014)

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008