Wednesday, November 26, 2014

Dewan Rakyat 26 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 26 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan dan perancangan Kerajaan bagi mengawal perkembangan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan mengancam kestabilan negara.

2. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana keberkesanan program Kospen (Komuniti Sihat Perkasa Negara) di dalam melahirkan agen-agen perubahan kesihatan masyarakat daripada kalangan anggota KEMAS dan JKKK untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat serta apakah badan-badan bukan Kerajaan yang lain boleh juga mengambil bahagian.

3. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasional JKDM terhadap penukaran klasifikasi produk daripada suatu klasifikasi yang dikecualikan daripada cukai jualan kepada suatu klasifikasi yang dikenakan cukai jualan memandangkan ia akan membebankan rakyat secara amnya kerana harga produk akan menjadi lebih mahal.

4. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab-sebab Kementerian mengamalkan dasar diskriminasi di mana hanya merizabkan tanah untuk pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila terdapat keperluan segera untuk membina lebih banyak SJKT dan SJKC.

5. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada perlindungan kawalan keselamatan yang bakal dinikmati rakyat di kawasan sempadan seperti daerah Lawas mencukupi khususnya dari segi ancaman/ bahaya dadah (kemasukan dadah dari negara dan negeri sebagai pintu masuk, kemasukan Pendatang Tanpa Izin (P.T.I), kawalan judi haram/ Cyber Cafe dan kecurian dan lain-lain yang semakin meningkat.

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada wujudnya garis panduan rasmi untuk mengendalikan bumbung asbestos yang pecah. Adakah penalti yang boleh dikenakan jika sesiapa pihak tidak mematuhi garis panduan dalam mengendalikan serpihan asbestos.

7. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana seriusnya gejala denggi di negara ini dan negeri-negeri manakah yang dikenal pasti mempunyai kes tertinggi.

8. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Thomas Kuantan bila akan dibina. Sekiranya tidak akan dibina pohon penjelasan masalah yang di hadapi pihak Kementerian.

9. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan Malaysia mampu memperoleh manfaat bersih dari AEC (Asean Economic Community) dan apakah sektor-sektor berpotensi untuk Malaysia ketengahkan bagi memperoleh manfaat AEC.

10. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh institusi kewangan untuk pemilikan rumah dari tahun 2010 hingga Jun 2014.

11. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status bekalan Internet/Bestarinet untuk kegunaan sekolah-sekolah dan penduduk-penduduk di kawasan pendalaman seperti di Sungai Asap, Bakun, Belaga dan di Baleh, Bahagian Kapit.

12. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini penganggur dikalangan para belia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan telah melibatkan agensi-agensi atau institusi agama seperti JAKIM di dalam program-program Kementerian seperti Program Pembangunan Minda Insan.

18. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kes kebocoran soalan peperiksaan yang berlaku bagi mengikut tempoh perkhidmatan setiap Menteri Pelajaran. Nyatakan tindakan yang telah dikenakan bagi setiap mereka yang terlibat bermula daripada kategori pelajar, ibu bapa, guru, pengawas peperiksaan, kakitangan jabatan pelajaran, syarikat pencetak, kakitangan Kementerian dan Menteri Pelajaran.

22. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dari bermula tarikh kehilangan MH370 hingga September 2014; dan
(b) adakah sehingga kini Kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa-mangsa MH370 dan jika ada berapa jumlah pampasannya dan jika tidak ada, mengapa.

28. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai IPTA yang komited terhadap wakaf pendidikan dan langkah-langkah Kementerian dalam menjayakan wakaf pendidikan ini.

36. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan taburan guru-guru bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Kelantan, mengikut pecahan jabatan pelajaran daerah (PPD) bagi tahun 2013 dan 2014 bagi butiran berikut:-
(a) bilangan terhak, bilangan yang ada dan Peratusan kekosongan; dan
(b) apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris.

45. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan tindakan KTM memecat pekerja-pekerjanya yang merupakan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja syarikat itu.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 
4. Menteri Pendidikan * Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 
5. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :- 
Bahawa Dewan ini, menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militan Islamic State terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat Malaysia; 
menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam semua usaha menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
menyokong Kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenalkan menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
melulus dan merestui dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenal oleh Kerajaan untuk menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State”, Dewan ini menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama menyokong Kerajaan menangani ancaman berkenaan.

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

4. (D.R 25/2014) Rang Undang-undang Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

6. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

7. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

8. (D.R. 20/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

9. (D.R. 21/2014) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

10. (D.R. 22/2014) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

11. (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 [ Menteri Kesihatan ]

12. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

13. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

14 (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

15.  (D.R 14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”. 

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” 

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan” 

19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya menambah ke dalam jadual Kedua Akta tersebut kumpulan wang yang dikenali sebagai – „ Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan‟ “

20. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM475.59 juta kepada Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti dalam Prasarana Malaysia Berhad bersamaan dengan Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu (475,590,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”


21. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Subseksyen 20(2), Subseksyen 10(3), Subseksyen 160(2), Subseksyen 56(2), Subseksyen 17(5) dan 18(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.71, ST.72, ST.73, ST.86 , ST.87, ST.88 dan ST.152 tahun 2014 disahkan”.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008