Aturan Urusan Mesyuarat 9 Jun 2014 [ KLIK ]
a. Ahli Baru
Mengangkat Sumpah
b. Pemasyhuran
Speaker dan Ucapan Tahniah dan Takziah
c. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato' Shamsul
Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap
pencapaian Program Transformasi Kerajaan, ekonomi dan politik sehingga kini.
Apakah perbezaan pencapaian ekonomi sebelum dan selepas dilaksanakan Program
Transformasi.
2. Dato' Seri Anwar
bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah
pendirian dan tindakan Kerajaan dalam menangani pertubuhan-pertubuhan bukan
Kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan pandangan ekstrimis ultra kanan mereka
yang sekaligus berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
3. Datuk Bung Moktar
bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah
kesungguhan Kerajaan dalam menangani isu keselamatan rakyat di kawasan yang
telah diisytiharkan sebagai ESSZONE dan apakah perancangan Kerajaan dalam
meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan ESSZONE agar kejadian-kejadian
culik yang telah terjadi beberapa kali dapat dielakkan. Pelan keselamatan yang
lebih efisien perlu dilaksanakan serta merta untuk meyakinkan pelabur, pelancong
dan penduduk tempatan bahawa Sabah adalah selamat untuk dikunjungi dan didiami.
4. Tuan Fong Kui Lun
[ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan belanja yang ditanggung
oleh Kerajaan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang melibatkan banyak Negara,
jumlah pampasan yang dibayar kepada waris-waris dan langkah-langkah yang
diambil untuk mempertingkatkan prestasi penerbangan awam Negara.
5. Datuk Noor
Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan dalam memberi
penerangan yang jelas dan terperinci berkenaan Goods and Services Tax (GST)
kepada rakyat.
6. Puan Siti Zailah
binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
apakah pencapaian dan persetujuan persefahaman antara 'G to G' dalam lawatan
rasmi Presiden Barrack Obama ke Malaysia baru-baru ini.
7. Puan Rubiah binti
Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah persediaan
Kerajaan menghadapi penularan wabak Mers-Cov pada musim Haji tahun ini.
8. Tan Sri Dato' Seri
Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kecenderungan Malaysia sama ada menandatangani
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang didalangi oleh Amerika Syarikat
atau Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dipelopori oleh China.
9. Datuk Dr. Makin @
Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilakah laporan
RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di
Sabah) dapat disiap dan dibentangkan; dan
(b) apakah sebab dan
kekangan yang menyebabkan laporan tersebut lambat disiapkan dan apakah
rekomendasi penuh suruhanjaya tersebut dapat dilaksanakan oleh Kerajaan.
10. Tuan Wong Sze
Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI
DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk
mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi seperti gula, minyak diesel dan
gas. Penggunaan nanotag dalam mengenal pasti minyak bersubsidi juga tidak
menunjukkan sebarang kesan yang positif. Berapakah yang telah diperuntukkan
untuk menyelesaikan masalah penyeludupan barangan bersubsidi.
11. Datuk Koh Nai
Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status dan
perkembangan program transformasi ekonomi atau ETP dalam mewujudkan kerja gaji
tinggi serta menaikkan pendapatan rakyat selain daripada penepatan gaji minima
dan adakah automasi dipertimbangkan.
12. Dato' Takiyuddin
bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar di Malaysia mengikut
pecahan negeri.
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
16. Dr. Mohd Hatta
bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat asing yang ingin membuat pelaburan
sama ada dalam kegiatan cari gali petroleum atau industri hiliran di Malaysia
dan apakah syarikat itu perlu menjalinkan kerjasama dengan Petronas.
28. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah kos
yang ditanggung oleh Kementerian dan telah dibayar kepada Syarikat YTL untuk
projek Internet sekolah di seluruh negara, dalam masa yang sama kepantasannya
masih perlahan.
35. Dato' Haji Mahfuz
bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah
usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mewujudkan daftar pengurus harta
bagi tujuan memperkasakan profesion ini.
39. Tuan Haji Khalid
bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status cadangan
pembinaan terowong bawah tanah dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara.
54. Ust. Dato' Dr.
Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan peranan yang telah diusahakan oleh Kerajaan dalam menerangkan
Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia kepada rakyat.
71. Raja Dato'
Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
apakah pandangan dan tindakan bahagian forensik Kementerian tentang masalah
struktur bangunan pentadbiran dan kompleks sukan di Taman Ilmu, Tembila, Besut
yang keselamatannya tidak di jamin.
75. Tuan Mohamed
Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan
akan meminda Akta Kesalahan (Bidangkuasa jenayah) Syariah 1965 bagi melebar
luaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini hingga membolehkan
undangundang Hudud dan Qisas dilaksanakan di mana-mana negeri di Malaysia; dan
(b) apakah pendirian
rasmi Kerajaan berhubung pelaksanaan Undang-undang Hudud dan Qisas di
negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional khususnya Negeri
Terengganu, adakah Kerajaan akan laksanakan undang-undang tersebut di
negeri-negeri tersebut setelah merdeka selama 57 tahun.
83. Tuan Ahmad
Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
jalan utama daripada Gua Musang ke Kuala Lumpur, melalui Merapoh, Lipis, Raub
dan Bentong antara jalan yang selalu menyaksikan berlakunya kemalangan maut.
Bilakah jalan yang lebih luas dan selamat dijangka siap dibina sepenuhnya untuk
mengatasi masalah ini.
85. Dato' Kamarudin
bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan
memikirkan dasar-dasar dan tindakantindakan baru untuk membantu rakyat Palestin
memandangkan semua usaha-usaha setakat ini telah gagal.
95. Tuan Mohamed
Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan
bercadang membina sebuah Sekolah Menengah di Pulau Meranti, Parlimen Sepang
mengambil kira pertambahan jumlah penduduk di kawasan tersebut dan kawasan
persekitarannya dengan percambahan pesat tamantaman perumahan di situ; dan
(b) meminta Kerajaan
membangunkan Sekolah Rendah di Pulau Meranti dan prasarana di sekolah tersebut
yang sudah berusia 50 tahun usianya.
102. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian
rasmi Kerajaan Malaysia terhadap Pilihan Raya Presiden Mesir yang berlangsung
pada bulan Mei 2014 dan apakah Malaysia mengiktiraf Presiden yang terpilih daripada
pilihan raya tersebut.
103. Dato' Dr. Nik
Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
berikutan projek bangunan surgikal HUSM yang sepatutnya pada RMK-10 akan
dilaksanakan tetapi telah tergendala, bilakah sebenarnya akan dibina
memandangkan keperluannya yang amat penting.
109. Dato' Dr. Nik
Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
mengapakah dalam keadaan lambakan Doktordoktor siswazah, kenapa Kerajaan masih
benarkan agen-agen menghantar pelajar-pelajar Malaysia dalam bidang perubatan
di negara seperti Mesir, Rusia, Poland, Ukraine, Indonesia dan Romania.
113. Dato' Haji
Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan
bercadang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk
meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah bagi menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
116. Tuan Nik Mohamad
Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
adakah selain menyediakan latihan sukan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kementerian berkenaan juga menyediakan
perkhidmatan terapi dan pemulihan khas kepada mereka di pusat tersebut.
118. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan usaha Kerajaan untuk membesarkan jalan dan jambatan pendek di
Kampung Nyior, Paka, Dungun (Jambatan Gemuruh).
131. Tuan Haji
Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah keseluruhan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdapat di Malaysia serta jumlah
IPTS yang telah tutup dari tahun 2000 hingga 2013.
137. Dr. Hajah Siti
Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
tindakan-tindakan yang telah diambil setakat ini susulan daripada Laporan Audit
Negara dari tahun 2000, berapakah jumlah tindakan tata tertib atau dakwaan
undang undang yang telah diambil ke atas pihak-pihak yang bertanggung jawab.
140. Tuan Nik Mohamad
Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
menyatakan status terkini pembinaan tiga menara telekomunikasi dan Pusat
Internet 1Malaysia di Hulu Terengganu di mana lokasi ia dibina dan berapakah
kos keseluruhan pembinaan.
144. Puan Siti Zailah
binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
usaha Kerajaan untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang Undang-Undang
Kanun Jenayah Syariah (Hudud) kepada masyarakat sebagaimana GST, untuk
mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.
151. Dr. Haji Izani
bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah
kes leptospirosis di Malaysia sehingga Mei 2014 mengikut negeri dan daerah
serta jumlah kematian yang diakibatkan penularan wabak tersebut.
152. Ust. Dato' Dr.
Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN
BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan terkini dan
kerjasama yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Kuala
Nerus sebagai daerah ke lapan di Terengganu.
156. Tuan Ahmad
Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status
pembinaan Jambatan Pengkalan Baru Bachok. Apakah punca berlakunya keretakan
pada jambatan tersebut dan apakah pihak SPRM telah memulakan siasatan jika ada
apa-apa elemen rasuah dalam pembinaan jambatan ini.
165. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan apakah status penyiasatan dan tindakan ke atas sebuah kilang di
Kamunting, Taiping yang membuang air kumuhan di dalam sungai sehingga
menjejaskan pendapatan nelayan di Sungai Sepetang, Kampung Dew yang juga
kawasan klip-klip.
174. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil
utama pertemuan antara YAB. Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama dalam kunjungan rasmi beliau ke Malaysia pada bulan April baru-baru
ini.
d. RANG UNDANG-UNDANG
KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan *
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014
2. Menteri Pendidikan
* Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014
3. Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan)
2014
4. Menteri Kewangan *
Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014
5. Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014
6. Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014..
e. Rang Undang-undang
dan Usul2
1. (D.R. 3/2014) Rang
Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 [ Menteri Pendidikan ]
2. (D.R. 24/2013)
Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]