Wednesday, March 24, 2010

Dewan Rakyat, 24 Mac 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)

A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah implikasi serta manfaat yang diperoleh oleh ahli RELA kesan MoU dengan Persatuan Syarikat Kawalan Keselamatan untuk menggantikan warga Nepal sebagai pengawal keselamatan. [Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Kepong (10.16 Pagi) ]

2. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah hutang TEKUN yang belum dijelaskan dan usaha untuk mengambil balik hutang tersebut serta kategori peminjam, jenis perniagaan atau usahawan serta kesan daripada 'surat menangis' yang dilaksanakan. [Soalan Tambahan : PAS Pendang (10.28 Pagi), BN Setiu ]

3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai strategi jangka panjang untuk memastikan negara ini bebas dari pencemaran sampah yang dibuang merata-rata, walau pun dalam kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. [Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PKR Bandar Tun Razak (10.43 Pagi)]

4. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah benar sebanyak 60% IPP menggunakan gas dan membeli gas dengan harga subsidi. Mohon menyatakan kadar subsidi yang diberikan. [Soalan Tambahan : PAS Padang Terap (10.49 Pagi), BN Jasin ]

5. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan akan membuka peluang agar lebih banyak pengendali siaran televisyen berbayar dapat beroperasi di dalam negara ini bagi mewujudkan satu persaingan yang sihat dan tidak tertumpu hanya kepada satu pengeluar sahaja. [Soalan Tambahan : BN Pengerang, PKR Machang (10.59 Pagi)]

6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kemajuan usaha yang dilakukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. [Soalan Tambahan :PAS Tumpat (11.05 Tengahari), DAP Bukit Mertajam]

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian bercadang membekalkan lampu tenaga solar kepada seluruh kawasan-kawasan pedalaman di Sabah dalam usaha menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat di kampung-kampung terpencil. [Soalan Tambahan : BN Batu Sapi]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) nisbah perbandingan antara kontrak-kontrak "konvensional" dengan ''projek reka bina'' dalam tempoh 2 tahun lalu; dan
(b) jumlah berlebihan keseluruhan (cost-overrun) yang dialami dalam ''reka bina'' dalam masa sama. [Soalan Tambahan : BN Ledang]

9. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa unit rumah di dalam perumahan Sri Rugading di Tuaran dan adakah benar bahawa banyak unit rumah tersebut diberi kepada orang yang mampu dan yang mana seterusnya menyewakan unit rumah kepada orang lain. [Soalan Tambahan : BN Tuaran]

10. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Sekolah Tamil Paya Besar akan siap dibina dan apakah nama syarikat yang ditawarkan kontrak untuk membina Sekolah Tamil Paya Besar.

11. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk membendung kegiatan penipuan berleluasa melalui SMS khusus membabitkan rakyat luar bandar yang kurang berpengetahuan menjadi mangsa dengan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak tertentu.

12. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha positif yang telah diambil oleh Kerajaan supaya Bumiputera terus terbela setelah Kementerian usahawan dimansuhkan. Di manakah jabatan/agensi yang dulunya di bawah Kementerian tersebut diletakkan dan nyatakan fungsinya.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) sama ada skim bantuan tuisyen benar-benar ditarik balik; dan
(b) sama ada peruntukan untuk makanan asrama benar-benar dikurangkan sehingga pelajar perlu balik ke rumah dihujung minggu kerana makanan asrama tidak disediakan.

40. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengapa mengikut laporan Bank Dunia mutakhir, Malaysia hanya mengalami peningkatan gaji sebenar (real wages) hanya ke paras 2.6% di antara tahun 1994 ke 2007. Dengan kata lain, selama 13 tahun gaji mengalami pertumbuhan mendatar (almost flat growth).

60. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini hasil rundingan antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kementerian Kewangan berhubung dengan isu mengembalikan wang Royalti Petroleum dan Gas kepada Kerajaan Negeri. Nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar oleh PETRONAS dari tahun 2000 hingga Mac 2010 dan bilakah ianya akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu mengikut Akta PDA (Petroleum Development Act 1974) dan perjanjian asal dengan PETRONAS yang ditandatangani pada tahun 1975.

66. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Reciprocal Enforcement of Judgement Act bagi memasukkan Mahkamah Syariah dalam definisi mahkamah dalam Akta tersebut.

68. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana mekanisme agihan subsidi sara hidup nelayan dibuat dari pendaftaran hingga penyerahan kepada pihak yang layak.

74. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) atau hanya sekadar mengubahsuai sahaja setelah terbukti ianya gagal mencapai hasrat sebenar penubuhannya dahulu.

Peraturan Mesyuarat 36 (6, 7 & 12) oleh DAP Beruas

C.Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (23 Mac 2010)

[Perbahasan BEBAS Kulim Bandar Baru - celahan - PKR Machang]

[Perbahasan BN Batang Sadong - celahan - PKR Ampang, PAS Rantau Panjang]

[Perbahasan PKR Kuala Langat- celahan - BN Kuala Krau, ]
[BN Arau - Celahan - BN Padang Besar, PAS Padang Terap, PAS Sik]

[Perbahasan DAP Ipoh Barat ]

[Perbahasan BN Jempol - celahan - BN Pasir Salak ]

[Perbahasan PKR Gombak - celahan - BN Pasir Salak ]

[Perbahasan BN Tebrau - celahan - BN Pasir Salak]

[Perbahasan PAS Kota Bharu - celahan - BN Hulu Terengganu, BN Lenggong]

[Perbahasan BN Labuan - celahan - BN Lipis]

[Perbahasan DAP Puchong ]

[Perbahasan BN Bukit Katil - celahan - PAS Jerai, BN Lenggong, BN Sri Gading]

[Perbahasan PKR Gopeng ]

[Perbahasan BN Parit Sulong - celahan - BN Lipis]

[Perbahasan PSM Sungai Siput - celahan - BN Padang Besar, BN Hulu Terengganu, BN Padang Besar]

[Perbahasan BN Mukah - celahan - BN Kapit, BN Kapit]

[Perbahasan PAS Pasir Puteh]

[Perbahasan BN Silam - celahan - BN Maran]

[Perbahasan DAP Serdang ]



Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah
5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

Tuesday, March 23, 2010

Dewan Rakyat 23 Mac 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)

A. Doa

B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah dan strategi yang diambil oleh Kementerian dalam mencapai sasaran mewujudkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2012. Daripada jumlah ini, berapakah bilangan sekolah yang disasarkan terletak di luar bandar dan pedalaman. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Ipoh Timur ]

2. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci setiap KPI (Key Performance Indicator) yang disasarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan sejauhmanakah pencapaian setiap KPI tersebut setakat ini. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit]

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang meneruskan Program Imunisasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma untuk pelajar perempuan remaja sebagai langkah awal pencegahan barah
pangkal rahim. [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, PAS Kota Raja]

4. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes yang disiasat oleh SPRM dan kes yang dibawa ke Mahkamah sejak tertubuhnya suruhanjaya ini. Apakah prestasi usahausahanya untuk mendapat kerjasama awam seperti pertubuhan Cina dan bilakah laporan siasatan kes Teoh Beng Hock boleh diumumkan. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong]

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi anggota keselamatan di pantai timur Sabah serta kemudahan jeti bagi kegunaan pasukan marin dan APMM di Lahad Datu demi menjaga keselamatan kawasan tersebut yang sering terdedah dengan ancaman pihak asing. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bendera]

6. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan untuk menyenaraikan semua program-program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan yang telah diberhentikan akibat peruntukan yang telah dikurangkan untuk tahun 2010.

7. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jaminan terhadap keselamatan dan keamanan di dalam negara dengan begitu ramai buruh asing yang bertugas di negara kita. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah]

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan harga yang ditetapkan oleh Kementerian dalam kursus pembelajaran memandu. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah rasuah dalam peperiksaan memandu dan juga institut pengajaran memandu yang sengaja menaikkan yuran pembelajaran memandu. [ Soalan Tambahan : DAP Seputeh]

9. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan diambil untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini memandangkan Malaysia banyak mendapat publisiti negatif dari media asing baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam ]

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah strategi dan langkahlangkah Kerajaan dalam menggalakkan pembinaan lebih banyak bangunan Low Energy Office (LEO) serta Green Building dalam usaha bersama memerangi fenomena perubahan iklim (climate change).

11. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat memastikan pembangunan di luar bandar dapat dicapai melalui program transformasi Kerajaan dalam masa yang terdekat.

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menangani masalah penggunaan pengawal keselamatan serta pembinaan sekatan-sekatan secara berleluasa untuk
menghalang orang awam daripada memasuki kawasan- kawasan taman perumahan yang bukan dibangunkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318).

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah benar pelancongan ke Langkawi telah merosot 15% sepanjang 2009 dan kebelakangan ini, sebagaimana didakwakan oleh sesetengah pihak.

22. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu dapat digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya.

36. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa tidak ada tindakan tegas kepada Dato Nasir Safar, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri yang jelas ucapannya menimbulkan sentimen perkauman dan telah banyak laporan polis dibuat.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) kemudahan terbaru termasuk radas penyinaran yang digunakan di Hospital Malaysia dalam merawat penyakit barah payu dara dan rahim.; dan
(b) peratus kejayaan yang dicapai dalam merawat penyakit barah payu dara dan rahim.

50. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah keseluruhan pusat penyembelihan babi yang diluluskan mengikut negeri-negeri dan senaraikan permohonan yang masih dalam proses kelulusan.

53. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sikap kontraktor-kontraktor bagi Agensi Felda dan Felcra yang didapati amat tidak bertanggungjawab apabila menjadi pengguna utama Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negara ini sebagai buruh kerja kontrak mereka. PATI ini menjadi agen pembawa penyakit berjangkit seperti malaria, chikugunya dan sebagainya. Mengapa hal ini berlaku dan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasinya.

56. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan undi pos tentera masih diguna pakai dalam pilihan raya, walaupun ianya banyak menimbulkan keraguan. Bilakah Kerajaan akan menghapuskan sistem undi pos tentera dan isteri tentera.

57. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah diambil dalam pemuliharaan tapak Warisan Dunia.

61. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) mengapa kes pembocoran rahsia ketenteraan negara ditutup setelah didedahkan oleh Menteri sendiri; dan
(b) adakah Menteri menganggap kes pembocoran rahsia ketenteraan kepada negara asing ini sebagai isu kecil dan bukan satu penderhakaan.

Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh PAS Kubang Kerian

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (22 Mac 2010)

[ sambung Perbahasan BN Pasir salak - celahan - PKR Permatang Pauh, BN Hulu Terengganu, PAS Titiwangsa, DAP Beruas, PAS Parit Buntar, DAP Taiping, PAS Kota Bharu, PAS Shah Alam, PAS Baling]

[DAP Bagan - celahan - PKR Gombak]

[BN Sri Gading - celahan - BN Kinabatangan, DAP Taiping, BN Lenggong, BN Rembau, BN Kinabatangan, PKR Kuala Langat, BN Putatan, BN Bintulu]

[PAS Rantau Panjang - celahan - BN Kota Belud]

[BN Kalabakan - celahan - BN Sri Gading]

[PKR Machang - celahan - DAP Rasah, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Krai, PKR Kuala Kedah]

[BN Putatan - celahan - PAS Titiwangsa, PAS Kuala Selangor ]

[PAS Bachok - celahan - BN Rembau, PAS Sik, BN Lenggong, PAS Shah Alam]

[BN Ledang - celahan - PKR Indera Mahkota]

[DAP Kepong - celahan - BN Kota Belud, BN Pasir Salak, PAS Kuala Krai ]

[BN Lipis - celahan - PAS Shah Alam, BN Tangga Batu]

[PKR Indera Mahkota ( 7.01 Malam) - celahan - PKR Balik Pulau, ]

[BN Simpang Renggam (7.40 malam) - ]

Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

Sunday, March 21, 2010

Dewan Rakyat 22 Mac 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)

A. Doa

B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan strategi dan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus, sebagaimana yang telah dipersetujui di Copenhagen, Denmark. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR PJ Selatan (10.14 Pagi) ]

2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan mengenai pelaksanaan Seksyen 51A Kanun Keseksaan Jenayah yang tidak menepati semangat pindaan seksyen tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau (10.20 Pagi) ]

3. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah perumahan rakyat dan mampu milik telah dibina di seluruh negara; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menjual secara terus perumahan rakyat yang dibina kira-kira 20,000 unit di Sabah kepada mereka yang layak seperti mana yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan. [ Soalan Tambahan : PKRIndera Mahkota (10.30 Pagi) ]

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tanpa pelaksanaan gaji minimum, bagaimanakah Kementerian dapat memastikan golongan pekerja yang berpendapatan rendah dapat menjalankan kehidupan seharian. Adakah
Kementerian akan menetapkan garis kemiskinan yang berlainan untuk kawasan bandar dan luar bandar dan seterusnya membantu pekerja yang berpendapatan lebih rendah daripada garis kemiskinan tersebut dengan lebih berkesan. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat (10.35 Pagi), BN Sri Gading, BN Segamat ]

5. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur ke 2 yang menghubungkan Kuantan dan Besut di Terengganu. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu (10.52 Pagi) ]

6. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik. [ Soalan Tambahan : PAS Titiwangsa, BN Jempol ]

7. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai FELCRA berkenaan pengagihan pendapatan yang tidak setimpal dengan keluasan kebun peserta. Sebagai contoh, kebun peserta FELCRA di
Sungai Raya telah diusahakan selama hampir 20 tahun namun sehingga kini masih lagi belum menerima agihan bulanan atas alasan mereka masih menanggung hutang dan belum boleh menerima dividen bulanan. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah laporan hasil siasatan tragedi bangunan 'Jaya Supermarket' runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya yang meragut 7 nyawa; dan
(b) siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan ianya tidak berulang. [ Soalan Tambahan : PKR PJ Selatan ]

9. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di seluruh negara bagi
membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan jika ya, sejauh manakah ia mahu dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS Pendang ]

10. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan keretapi sehingga ke Negeri Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang telah sedia ada bagi
merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan menambahbaikan sistem pengangkutan di negeri ini. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu (11.26 Tengahari), BN Sekijang ]

11. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang didaftarkan dalam tempoh lima tahun lalu mengikut pecahan negeri dan berapa pula jumlah pertubuhan yang tidak didaftarkan dalam tempoh tersebut serta sejauh manakah tindakan yang diambil ke atas pertubuhan yang didapati melanggar peraturan pendaftaran pertubuhan.

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah program 'harm reduction' untuk pencegahan jangkitan HIV/AIDS semenjak program ini dimulakan dan sejauh manakah keberkesanan program- program ini.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan 17 syarikat Kerajaan (GLC) yang akan dilepaskan pegangannya oleh Kerajaan kepada pihak swasta dan nyatakan rekod keuntungan syarikat tersebut untuk tempoh 10 tahun terakhir.

22. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar Kerajaan terhadap pembangunan kuasa nuklear oleh Iran.

44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah Kementerian memotong peruntukan makanan para pelajar yang tinggal di asrama sekolah pada hari Jumaat / Sabtu dan Ahad, sejauh mana beban perbelanjaan yang dipikul oleh Kerajaan di hari-hari tersebut.

56. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris selepas PPSMI dihapuskan.

59. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah sebenarnya bilangan keluarga isi rumah kemiskinan tegar di seluruh negara sehingga 2009, nyatakan mengikut negeri dan kaum serta langkah positif untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong tersebut menjelang akhir 2010.

63. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) sejauh mana fungsi penjanaan IPP Bakun dan IPP hidroelektrik baru di Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu; dan
(b) adakah ia bakal digunakan untuk menggantikan IPP yang sedia ada yang bakal tempoh "power purchase agreement" nya tamat.

64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila Kerajaan akan melaksanakan jalan 175 Jalan Persekutuan dari Batu Seketul ke Gulau yang telah tertinggal dalam pembinaan Jalan Raya Beris dari Telaga Batu ke Batu Seketul dan sambungan ke Lebuh raya Durian Burung- Kupang. Jalan 175 ini amat penting dan pelengkap kepada kedua-dua jalan raya tersebut.

65. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejak PKLN diwujudkan pada tahun 2004 hingga kini, puluhan ribu pelatih telah di lahirkan. Apakah mekanisme untuk memantau serta langkah susulan (follow up) bagi memastikan bekas-bekas pelatih ini menjadi warga negara yang hebat.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan mediamedia seperti Utusan Malaysia tidak mencetuskan isu perkauman yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (18 Mac 2010)

Peraturan Mensyuarat 37(1) dan 36(12) oleh BN Kota Belud - Misleading YB Ketua Pembangkang ( Permatang Pauh)
Peraturan Mensyuarat 37(1) dan 36(12) oleh PKR Machang - Misleading YB Menteri JPM (Padang Rengas)

[Perbahasan : sambungan BEBAS Pasir Mas (12.42 Tengahari) - celahan - BN Padang Besar]

[BN Kinabatangan - celahan - DAP Seputeh, PKR Ampang, BN Kota Belud, DAP Taiping, BN Pasir Salak, DAP Beruas, BN Pasir Salak, BN Sri Gading, DAP Seputeh, DAP Bukit Mertajam, BN Putatan, PAS Titiwangsa, Peraturan Mesyuarat 36(6) DAP Bukit Mertajam]

[PAS Marang - celahan - BN Setiu, PKR Machang]

[BN Pasir Salak - Sambung pada 23 Mac 2010]

Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

Thursday, March 18, 2010

Dewan Rakyat 18 Mac 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat, 18 Mac 2010 ( KLIK )

A. Doa

B. Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap "bloggers" yang sering menyebarkan isu-isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara dan apakah tindakan berterusan
Kerajaan dalam menangani masalah ini. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Tumpat (10.10 pagi) ]

2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan jambatan-jambatan yang berjumlah 8 buah daripada Pokok Sena-Nami. Bilakah ia akan disiapkan dan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan. [ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap (10.14 pagi) ]

3. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jenis subsidi yang diberi kepada kaum petani (mereka yang mengerjakan sawah padi) dan adakah benar bahawa beberapa jenis subsidi akan dihentikan bermula tahun ini dan jika benar, apakah jenis subsidi tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Kangar]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan World Health Organisation (WHO)melaporkan pada Disember 2009 terdapat 80,000 orang menghidapi virus HIV di Malaysia
(a) apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi memerangi wabak ini; dan
(b) sila berikan statistik pesakit mengikut negeri dan etnik. [ Soalan Tambahan : PKR Kangar, BN Tenggara]

5. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik Malaysia menunjukkan 42.68 peratus penduduk negara berumur 21 tahun ke bawah, ini bererti lebih 2/3 rakyat negara ini belum boleh mengundi. Di Malaysia, rakyatnya yang berumur 18 tahun sudah layak menyertai parti politik secara rasmi tetapi hanya boleh mengundi pada umur 21 tahun. Adakah Kerajaan berhasrat untuk menyelaraskan had umur untuk menyertai parti politik dan hak mengundi di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Katil, DAP Batu Gajah (10.44 pagi) ]

6. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada pengurangan bajet bagi sektor pendidikan membawa kesan kepada kekurangan tenaga pengajar di sekolah dan jika ada, apakah rancangan Kerajaan untuk menangani masalah tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam (10.49 pagi) ]

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan usaha yang diambil oleh Kementerian bagi mewujudkan usahawan francais Bumiputera yang lebih ramai dan mampu bertahan di samping berkembang ke peringkat global. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, PAS Kubang Kerian (11.02 tengahari) ]

8. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci mengenai kelulusan membenarkan kemasukan pekerja asing yang berjumlah 100 ribu dalam tempoh 5 bulan sebelum ini. Apakah pihak Kerajaan sedar rakyat keliru dengan pendirian Kerajaan yang mana pada satu ketika mahu mengurangkan pekerja asing dan pada satu ketika pula menambah pekerja asing yang mana boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menimbulkan banyak masalah jenayah dan sebagainya. [ Soalan Tambahan : BEBAS Pasir Mas, BN Jasin]

9. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah Loji Pembekal Air dinaik taraf untuk menambah kapasiti pembekalan air di Sri Aman. [ Soalan Tambahan : PAS Bachok (11.25 Tengahari) ]

10. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Sewa Beli bagi menjamin pemilik kenderaan daripada tindakan tidak bermoral semasa proses menarik balik kenderaan oleh pihak peminjam, dan memastikan bahawa syarikat peminjam perlu mendapatkan perintah mahkamah seandainya pembeli telah melangsaikan 75% daripada jumlah pinjaman. [ Soalan Tambahan : PKR Wangsa Maju (11.31 Tengahari) ]

11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan susulan yang sudah diambil terhadap 45 kontraktor projek 'Sakit' Kementerian Pelajaran yang sudah diberi peringatan sebelum ini.

12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan fakta berkenaan jumlah rumah kos rendah yang terbengkalai di seluruh negara begitu tinggi iaitu 4,849 unit, manakala 7,603 unit adalah kos sederhana rendah. Ini menyebabkan hartanah yang bernilai berbilion-bilion tergantung tanpa memberikan pulangan. Adakah pemaju-pemaju yang gagal menyiapkan projek sehingga terbengkalai dihadapkan ke mahkamah selain daripada menyenarai hitamkan mereka dan jika tidak, kenapa.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai gejala penagih air daun ketum yang berleluasa di kalangan belia di kawasan luar bandar yang mana air ketum yang telah diadun semula ini didapati merbahaya mencapai taraf dadah. Bila lagi Kementerian akan membentangkan Akta baru yang membolehkan penyalahgunaan air ketum ini didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya.

26. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan dan perjalanan pilihanraya kampus IPTA berlangsung sebagai pilihanraya yang bersih dan memenuhi kehendak prinsip serta amalan demokrasi.

31. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana perhimpunan aman jika perhimpunan aman itu diadakan di sekitar kawasan masjid serta di dalam lingkungan batas kawasan itu.

32. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah usaha untuk mempatenkan pensijilan Halal dilaksanakan supaya dikenali masyarakat Islam khususnya serta memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa sekaligus dapat mencegah dari diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

45. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkahlangkah konkrit yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian bagi program pemuliharaan habitat dan eko-sistem sekaligus menangani masalah-masalah yang menjejaskan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.

51. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) kejayaan Sekolah Rancangan Khas (Sekolah Kawalan) yang menempatkan pelajar terbaik UPSR dan PMR di peringkat Daerah dengan saiz kelas yang kecil; dan
(b) apakah langkah yang diambil di peringkat Sekolah Menengah Biasa bagi mengatasi bilangan pelajar yang padat melebihi 50 orang setiap kelas.

52. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah GTP atau Pelan Tranformasi Kerajaan melibatkan juga program kebebasan media bagi orang awam untuk mendapat akses yang lebih bebas dan berkecuali.

53. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga Kerajaan berjaya menghapuskan ketirisan dalam perbelanjaan awam negara dan setelah Malaysia mencapai kedudukan sebagai negara berpendapatan tinggi.

56. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menyekat migrasi besar-besaran penduduk luar bandar ke bandar sehingga menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada tenaga pekerja asing.

C. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Mac 2010)

[Perbahasan : sambungan BEBAS Bayan Baru (11.38 Tengahari) - celahan - PAS Parit Buntar, BN Kinabatangan, DAP Beruas, PKR Sungai Petani, PAS Shah Alam, PKR Padang Serai, DAP Segambut, PKR Batu, PAS Kota Raja, PAS Titiwangsa]

[BN Jasin -celahan- PAS Parit Buntar (12.47 tengahari), PKR Subang (12.51), DAP PJ Utara (12.54 Tengahari), BN Pulai, BN Rembau]

[DAP Ipoh Timur - celahan- BN Kota Belud, BN Padang Besar, BN Rembau, BN Padang Besar, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Krai (3.29 petang), PAS Shah Alam (3.43 petang), DAP Taiping, PAS Kuala Selangor (3.48 petang), PAS Titiwangsa (3.51 petang), BN Padang Besar, PAS Shah Alam, DAP Telok Intan, BN Sri Gading, BN Kota Belud- Pindaan- DAP Ipoh Timur]

[BEBAS Pasir Mas - ]

Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Kementerian Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Kementerian Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Kementerian Kewangan)

Wednesday, March 17, 2010

Dewan Rakyat 17 Mac 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, 17 Mac 2010 (KLIK)

A. Doa

B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada undang-undang mengenai syarat kelayakan/kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia perlu diselaraskan misalnya dengan kriteria yang diterima pakai di Sarawak. [ Soalan Tambahan: PAS Pokok Sena ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan alasan KD Tunku Abdul Rahman, yang pertama dan satu-satunya kapal selam di Malaysia tidak boleh menyelam di bawah air dan kos pembaikan dan mengapa kurang upaya ini tidak ditemui sebelum Malaysia menerima penghantaran kapal selam tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang ; BN Kinabatangan]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) usaha dan perancangan Kementerian bagi memastikan Malaysia tidak terus mengimport makanan daripada negara luar; dan
(b) kawasan Parlimen Lenggong sesuai dibangunkan dengan Projek Lenggong AGROValley. Bagaimana Kementerian boleh membantu menjayakan projek ini.[ Soalan Tambahan: BN Lenggong ; PKR Machang ]

4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah pencapaian KPI ke atas berbagai bidang keberhasilan utama negara sehingga kini dan bagaimanakah Program Transformasi Kerajaan akan diterjemah dan dilaksanakan bagi mencapai sasaran objektif Wawasan 2020.[ Soalan Tambahan: DAP Bukit Bintang ;BN Rembau ]

5. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan jangka panjang dan jangka pendek pihak Kementerian bagi membantu golongan kurang upaya supaya mereka boleh hidup berdikari.[ Soalan Tambahan: BN Sepang ; BEBAS Pasir Mas ]

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kemampuan dan kejayaan kemudahan Penyiaran (Irradiation facilities) Gama dan Elektron di Nuklear Malaysia dalam membantu meningkatkan kualiti produk getah, bahan polimer, peralatan perubatan dan industri makanan.[ Soalan Tambahan: PAS Hulu Langat ; BN Tangga Batu]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa di Sabah, kalau tidak di seluruh negara, ada terdapat banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kewujudannya adalah atas ehsan orang ramai dan tidak sempurna seperti yang sepatutnya; dan
(b) jika sedar, apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini agar menjadi setaraf dengan sekolahsekolah lain.[ Soalan Tambahan: BN Kalabakan ; PAS Kota Raja]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan nelayan yang layak mendapat bantuan di bawah skim sara hidup nelayan.

14. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan oleh Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak untuk membiayai pasukan lumba F1 Lotus dan Mercedes.

28. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf kadar elaun saksi supaya lebih kompetitif bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang melibatkan saksi dalam perbicaraan mahkamah.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berpendapat Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) tidak perlu dipinda bagi memenuhi perkembangan dan tuntutan semasa.

52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai tahanan ISA sejak 2008 (mengikut kaum dan negara) hingga kini dan mengapa mereka ditahan.

66. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab mengapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan langsung tidak turun melawat dan membantu ibu tunggal mangsa ragut di mana suaminya terbunuh di Jalan Perkasa, Taman Maluri dalam Parlimen Titiwangsa.

67. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian ini akan dapat menyelesaikan kerja pengalihan paip air di Empangan Beris yang rosak kerana pembinaan empangan Beris tersebut yang tertangguh sejak 10 tahun lalu. Kelewatan projek amat menyusahkan penduduk kampungkampung yang terlibat. Apakah masalah yang timbul menyebabkan projek ini tertangguh begitu lama.

C. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pelajaran membentangkan Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)(Pindaan) 2010.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku,Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Mac 2010)

[ Perbahasan - sambungan BN Labis - celahan - PKR Sungai Petani, BN Pulai, BN Kinabatangan]

[ PKR Permatang Pauh (12.42 tengahari) - celahan -BN Kota Belud, BN Pasir Salak, sambung (2.30 petang) BN Rembau, PKR Machang, PAS Kuala Selangor (3.21 petang), BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota (3.40 petang), BN Padang Besar, PAS Kuala Selangor (4.10petang), BN Rembau (4.22 petang), DAP Taiping (4.30 petang), DAP PJ Utara, PKR Lembah Pantai (4.34 petang), BN Kota Belud, PAS Titiwangsa ]

[ BEBAS Bayan Baru (4.59 petang) - celahan -PKR Bagan Serai, PKR Padang Serai, BN Sri Gading ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang kepada 10.00 pagi 18 Mac 2010.

RUU Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009.

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009.

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Monday, March 15, 2010

Mesyuarat Dewan Rakyat 16 Mac 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)
A. Doa
A1. Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Dipertua
A2. Perutusan oleh Yang Dipertua Dewan Negara

B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang. [ Soalan tambahan : BN Kapit, DAP Bukit Gelugor, BN ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan Kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran serta nyatakan faktor-faktor kemerosotan tersebut dan impaknya kepada ekonomi negara. [ Soalan tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Rembau ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan :-
(a) apakah mekanisme yang digunakan untuk pelaksanaan petrol bersubsidi berpandukan kapasiti kereta dan berapakah peruntukan yang diagihkan untuk pelaksanaan polisi ini; dan
(b) adakah pihak Kementerian sedar akan kelemahan polisi ini. Sebagai contohnya, pemandu yang meminjam kereta pemandu kereta lain akan menghadapi masalah pengisian petrol tidak bersubsidi. [ Soalan tambahan : BN Bintulu, PAS Bachok ]

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti 'smart school', sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi dan apa lagi klasifikasi sekolah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa akan datang. [ Soalan tambahan : PKR Machang, Bebas Bagan Serai ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan untuk mewajibkan pelajar asing mesti menghadiri kuliah 40% untuk terus diberikan permit meneruskan pengajian mereka di negara ini. [ Soalan tambahan : BN Sekijang,

6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan 2 enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini. [ Soalan tambahan : DAP Bagan,

7. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman perniagaan dan persendirian (business and personal loans) oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain dalam tempoh RMK-9 mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan. [ [ Soalan tambahan : BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor ]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) kejayaan matlamat meningkatkan kos efisyensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan sejak menandatangani perjanjian dengan Penjana Kuasa Bebas (IPP), bagi 2008: 45% (atau RM9.4 bilion) daripada kos operasi kesuluruhan dibayar kepada IPP yang beroperasi setakat hanya 40% kapasiti; dan
(b) apakah Kerajaan akan meneruskan perjanjian penswastaan seumpama ini pada masa akan datang.

9. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan suatu akta sebagaimana Bayh-Dole Act di Amerika Syarikat yang telah membantu meningkatkan kerjasama dan
usaha pemindahan teknologi di antara badan penyelidik serta pihak swasta di negara tersebut.

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri. Apakah pula langkah-langkah pencegahan oleh Kerajaan dalam membendung kegiatan ini.

11. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Bidang Keberhasilan Utama (MKRA) Kementerian.

12. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan persediaan Malaysia dalam menghadapi peralihan kuasa ekonomi dunia dari AS ke China pada dekad akan datang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
23. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah mampan bagi meningkat sumbangan pelaburan swasta atau 'Private Investment' dalam formula GDP, yang merosot dari sumbangan 30% KDNK dalam tahun 90an
sebelum krisis 1997, tetapi kini hanya menyumbang 10% kepada KDNK.

27. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membenarkan Petronas membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

29. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana Malaysia Islamic Financial Center (MIFC) berjaya meningkatkan industri pasaran modal Islam di Malaysia.

31. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan tahap dan mutu pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini. Adakah IPTA kita mencapai piawaian bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti ranking tertinggi di dunia.

33. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah syarat-syarat dan pertimbangan yang digunakan oleh Kerajaan untuk menghentikan khidmat pesawatpesawat pejuang dan peralatan-peralatan Tentera Malaysia untuk digantikan dengan yang baru.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan setakat ini berapakah jumlah yang telah didahulukan kepada ibu-ibu tunggal mengikut negeri-negeri dan berapakah jumlah yang telah diperolehi kembali daripada pembayar nafkah ini.

57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai lengkap semua projekprojek yang dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian dan agensiagensi Kerajaan Persekutuan yang telah menggunakan duit Khas Royalti Petroleum di Negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga Mac 2010 serta jumlah kos yang terlibat.

64. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah KPI yang telah ditentukan untuk menilai keberkesanan Kementerian Dalam Negeri dan apakah penilaian terhadap prestasinya pada masa ini.

68. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci langkah-langkah baru atau program terkini supaya sasaran kemiskinan sifar dapat dicapai pada akhir 2012.

71. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan yang telah dibuat bagi mengatasi pencerobohan kereta sewa Thailand dalam membawa penumpang sehingga menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan pemandu kereta sewa.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ Peraturan Mesyuarat Oleh PAS Tumpat, DAP Ipoh Timur ]

2. Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”
[ Pembahas: BN Kuala Krau, BN Labis ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Rang Undang-Undang Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009.

4. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009.

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Mesyuarat Dewan Rakyat bermula hari ini 15 Mac sehingga 15 April 2010

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

merasmikan

MAJLIS PARLIMEN YANG KEDUA BELAS MALAYSIA PENGGAL YANG KETIGA DEWAN RAKYAT / DEWAN NEGARA PADA
HARI ISNIN, 15 MAC 2010, PUKUL 10.00 PAGI

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008