Tuesday, June 22, 2010

Dewan Rakyat 22 Jun 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah kesudahan Program Angkasawan Negara dan apakah kesinambungannya. Adakah Agensi Angkasa Negara bekerjasama rapat untuk memajukan program ini melalui platform ASEAN +3.

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah peruntukan RM25 juta untuk pemeliharaan warisan UNESCO bakal disalurkan kepada Kerajaan Negeri demi merangka perancangan warisan khas sebagaimana diperlukan oleh UNESCO. Apakah inisiatif Kementerian dalam mempromosikan George Town sebagai tapak warisan UNESCO berbanding Melaka. [ Soalan Tambahan : DAP Bagan ]

3. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendekatan untuk mengadakan 'playing field' yang sama bagi pelajar-pelajar luar bandar mencapai kecemerlangan. [ Tidak Hadir ]

4. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkahlangkah yang sedang diambil untuk menandingi keperluan dan masalahmasalah yang akan daripada timbul akibat jumlah peratusan orang tua di
Malaysia akan meningkat dalam masa 10 tahun akan datang. [ Soalan Tambahan : DAP Beruas, BN Lipis ]

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah yang diharapkan dan diminta oleh Kerajaan negara Amerika Syarikat (USA) dari Malaysia dalam konteks peranan sebuah negara yang berlokasi di rantau ini dan nyatakan apa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, USA dan Malaysia, dalam perbincangan di antara Presiden USA dan Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau ke sana baru-baru ini. [ Tidak Hadir ]

6. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah ada kawalan harga terhadap penjualan drinking water dan air mineral di kafe, kopitiam dan restoran dan apakah Kementerian menyedari ada pengguna yang dikenakan sebanyak 60 sen bagi segelas air suam. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Silam ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan didapati tugas Pegawai Penjara setiap hari menghadapi risiko lebih 38,000 pesalah, disamping itu tugas dan tanggungjawab mereka diperkembangkan lagi untuk melaksanakan parol dan program kemasyarakatan. Bilakah mereka boleh dipertimbangkan kenaikan gaji yang setimpal dengan risiko tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Serdang ]

8. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pandangan Kerajaan mengenai pelancaran gaji minima di Malaysia selepas mendapat maklum balas melalui blog dan kajian Kementerian dalam usaha mengukur tanggapan awam. Sehingga ini berapa perundingan telah dilakukan dengan stakeholders. [ Soalan Tambahan : DAP Klang, PAS Kuala Selangor ]

9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelesaian dan peruntukan oleh Kementerian bagi sesebuah sekolah yang menghadapi masalah kewangan untuk membina kelas dan dapur untuk wajib mengadakan kelas prasekolah oleh Kementerian pada tahun 2012 nanti. [ Tidak Hadir ]

10. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) mengapa Kementerian memberi diskaun untuk cukai lapangan terbang kepada AirAsia yang masih berhutang sedangkan syarikat-syarikat lain tidak mendapat kelebihan sebegitu; dan
(b) bolehkah Kementerian meminta AirAsia mengurangkan cukai lapangan terbang mereka memandangkan mereka telah mendapat untung dari penumpang dan juga diskaun itu. [ Soalan Tambahan : Bebas Nibong Tebal, BN Tangga Batu ]

11. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah bilangan jalan luar bandar yang tersenarai di bawah NKRA Kementerian dalam Kawasan P.179 Ranau yang seharusnya dimulakan dalam tahun 2010. [ Soalan Tambahan : BN Ranau ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
42. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan pemegang-pemegang AP mengimport kereta menjelang penamatan pemberian AP pada 2015.

43. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk mekanisme pemantauan yang dibuat bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan ke atas peruntukan RM1 juta yang diberi dan dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen serta nyatakan agensi Kerajaan manakah yang menguruskan rekod-rekod perbelanjaan peruntukan tersebut.

44. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Pelan Tindakan Kerajaan untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing yang semakin menjadi-jadi di mana mereka berniaga tanpa lesen atau dilindungi warga tempatan dan persatuan peniaga, bekerja di sektor-sektor 'barisan hadapan' yang mengurangkan peluang pekerjaan warga tempatan, menguasai kampungkampung dan penempatan orang tempatan serta melakukan gangguan dan jenayah di Kampung Pandan, Kampung Dato' Keramat dan Kampung Baru (Chow Kit, Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot).

47. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang ditahan di bawah ISA hingga kini dan kategori kesalahan mereka menyebabkan mereka ditahan serta jumlah lama masa mereka ditahan hingga kini serta rasional masa tersebut.

C. Perbahasan Usul-Usul

Usul menyambung Perbahasan RMK10 sehingga selesai pada jam 7.30 malam oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Jun, 2010)

[Perbahasan : BN Dungun] [ Perbahasan : PAS Titiwangsa ] [ Perbahasan : BN Tangga Batu ( Celahan : DAP Kota Melaka) ] [ Perbahasan : DAP Segambut ( Celahan : BN Kinabatangan ) ] [ Perbahasan : BN Johor Bahru ] [ Perbahaan : PKR Tanah Merah ] [ Perbahasan : BN Paya Besar ] [ Perbahasan : PAS Shah Alam ( Celahan : PKR Padang Serai) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan : DAP Kota Melaka ] [ Perbahasan : BN Padang Besar ] [ Perbahasan : PKR Bandar Tun Razak ] [ Perbahasan : BN Hulu Rajang ] [ Perbahasan : BN Igan ] [ Perbahasan : DAP Batu Gajah ] [ Perbahasan : BN Rembau ( Celahan : BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah, BN Rompin, Bebas Pasir Mas ) ] [ Perbahasan : PAS Pendang ] [ Perbahasan : BN Skijang ] [ Perbahasan : DAP Puchong] [ Perbahasan : BN Tenggara] [ Perbahasan : Bebas Nibong Tebal ] [ Perbahasan : BN Tuaran ] [ Perbahasan : PAS Jerai ] [ Perbahasan : BN Maran ] [ Perbahasan : DAP Petaling Jaya Utara ] [ Perbahasan : BN Pulai] [ Perbahasan : DAP Bukit Mertajam ] [ Perbahasan : BN Parit ] [ Perbahasan : PAS Kota Raja] [ Perbahasan : BN Arau ] [ Perbahasan : PKR Ketereh ] [ Perbahasan : BN Lanang ] [ Perbahasan : PAS Pasir Puteh ] [ Perbahasan : BN Setiu ] [ Perbahasan : PKR Balik Pulau ] [ Perbahasan : BN Batu Sapi] [ Perbahasan : DAP Bandar Kuching ]

Timbalan Menteri Pelajaran mengusulkan 16 (3) Menangguhkan perbahasan RMK 10

Perbahasan RMK 10 Tamat dan Disambung esok dengan Jawapan daripada pihak Kementerian bermula dari Kementerian Pelajaran

Ucapan Penangguhan DAP Bukit Mertajam - Tajuk : Isu SRJK(C) Beng Teik kepada Menteri Pelajaran dan Kementerian-nya.

Jawapan Menteri Pelajaran - BN Ayer Hitam

Tamat Jam 7.51 malam

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Monday, June 21, 2010

Dewan Rakyat 21 Jun 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai pendapatan kepada isteri yang bekerja dan menanggung suami yang tidak bekerja sebagaimana pelepasan cukai yang diberikan kepada suami yang menanggung isteri yang tidak bekerja. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, ]

2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejauh mana usaha Kerajaan setakat ini melaksanakan Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR); dan
(b) berapa ribu tan beras Nasional dikeluarkan sebulan dan adakah benar-benar sampai kepada sasaran serta adakah Kerajaan mengesan penyelewengan beras 15 peratus yang diluluskan oleh Kerajaan dijadikan beras 5 peratus. [ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, BN Jempol ]

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah pekerja asing berdaftar di dalam negara mengikut pecahan negara serta bidang kerja dalam tempoh 2005 hingga 2010; dan
(b) jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi tempoh 2005 hingga 2010 mengikut pecahan negara dan bidang kerja. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, DAP Bagan ]

4. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah penyakit SCOLIOSIS (spine taking a S-shape sideway) di kalangan penuntut sekolah yang disebabkan oleh faktor kekerapan membawa beg sekolah yang berat. [ Soalan tambahan: PKR Merbok, BN Silam ]

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) pendekatan dan perancangan yang dilaksanakan bagi menyediakan tenaga kerja mahir di kalangan belia menerusi Pusat Giat Mara; dan
(b) bilakah projek Pusat Giat Mara di Pekan Mesapol, Sipitang akan dilaksanakan.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, PAS Pendang ]

6. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dari 48,353 hektar tanah yang diberikan oleh Kerajaan Terengganu kepada FELDA, berapa hektar yang telah dimajukan tetapi tidak dimasukkan peserta dan berapa hektar yang masih belum dimajukan dan berapakah jumlah premium tanah yang masih belum dibayar oleh FELDA kepada Kerajaan Negeri. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Terengganu, BN Putatan ]

7. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pembinaan Muzium Polis Bukit Kepong, Muar, Johor akan dibina.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang ]

8. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan butiran lanjut langkah UDA untuk membangunkan semula tanah tapak bekas Penjara Pudu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan bagaimanakah agihan lot-lot perniagaan dibuat.
[ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, PAS Kuala Selangor ]

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) program dan pendekatan baru yang Kementerian lakukan sehingga kini dalam menyelesaikan masalah sosial generasi belia di negara ini; dan
(b) bagaimana usaha terbaru Kementerian bagi memastikan generasi belia menyertai organisasi belia. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Serdang ]

10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi lambakan kenderaan lama yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan, akibat keengganan pihak insurans melindunginya; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang mewujudkan kembali insurans kelas ketiga bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan: ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam masa setahun terdapat lebih 3 juta murid mendaftar untuk memasuki sekolah rendah. Dari jumlah itu berapa orang murid yang berada di Pra Sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan berapa orang murid berada di Pra Sekolah di bawah anjuran Permata.

16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah aliran masuk wang asing berbanding dengan pelaburan sepanjang penganjuran F1 di Malaysia.

26. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada pihak berkuasa agama dirujuk sebelum meluluskan permohonan lesen judi sukan bagi mengelakkan judi haram; dan
(b) anggaran hasil setahun daripada aktiviti perjudian sukan ini.

34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang notis pemindahan penghuni Kuarters Kerajaan sekitar Jalan Peel dan Jalan Cocharane yang dibuat tergesagesa pada bulan Mei yang lalu serta apakah pembangunan yang akan dibuat di kawasan hartanah tersebut, syarikat mana yang akan membangunkan, berapa kos tanah satu kaki persegi, adakah proses tawaran melalui tender terbuka dan status proses jual beli serta langkahlangkah diambil supaya kakitangan Kerajaan tersebut dipindahkan sementara sekitar kawasan kuarters seperti PPR Laksamana atau PPR Perkasa yang berdekatan.

46. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peratus orang Islam yang menyempurnakan solat 5 kali sehari semalam di Malaysia kini.

48. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status perbicaraan kes demonstrasi kepala lembu yang berlaku di Shah Alam pada tahun 2009 lalu.

50. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan panel khas jawatankuasa antara agama yang diwar-warkan baru-baru ini, apakah statusnya hari ini.

51. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam keputusan Kerajaan mewujudkan lesen judi bagi sukan bola sepak di Malaysia.

56. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju dengan cadangan Konvensyen Usahawan Melayu 2010 supaya MARA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

57. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah pengenalan sistem pilihan raya bagi pemilihan ketua murid dan pengawas di peringkat sekolah menengah dihentikan, walhal ianya penting sebagai satu bentuk pendidikan jati diri yang baik bagi melahirkan warganegara yang peka kepada nilai-nilai demokrasi.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Jun, 2010)

[ Perbahasan: PAS Baling ( Celahan - BN Sri Gading ] [Perbahasan : BN Lenggong ] [ Perbahasan: DAP Bagan ] [ Perbahasan: Bebas Wangsa Maju (Celahan - PAS Shah Alam, PAS Titiwangsa) ] [ Perbahasan: BN Simpang Renggam - Bersambung ] [ Rehat ]

[ Perbahasan: BN Simpang Renggam ] [ Perbahasan: DAP Seremban ] [ BN Bagan Datok Usul No. 12 (1) [ Perbahasan: BN Parit Sulong (Celahan - BN Arau ) ] [ Perbahasan: PKR Ampang ] [ Perbahasan: BN Silam ( Celahan - BN Putatan, BN Lipis) ] [ Perbahasan: DAP Kepong ]
[ Perbahasan: BN Sri Aman ]

[ Perbahasan : PAS Parit Buntar ( Celahan - BN Pasir Salak ) ] [ Perbahasan: DAP Bukit Gelugor ] [ Perbahasan : BN Tebrau ] [ Perbahasan: Bebas Sepanggar ] [ Perbahasan: BN L:ipis ] [ Perbahasan: DAP Ipoh Timur ] [ Perbahasan: BN Lubok Antu ] [ Perbahasan: BN Bukit Katil ] [ Perbahasan: PKR Sg Petani ] [ Perbahasan: BN Kuala Krau ] [ Perbahasan: PAS Kuala Krai ] [ Perbahasan: BN Gelang Patah ] [ Perbahasan: PKR Selayang ]

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Chua TianChang (PKR Batu) - Kembalikan Kebebasan Media serta merta - YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

[ Ucapan Penanguhhan 2: YB Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) - Pelabur-pelabur kecewa Kerajaan tidak prihatin aduan mereka mengenai penipuan Skim STG Corner ]

Mesyuarat tamat jam 7.30 malam ditangguh sehingga 10.00 pagi 22 Jun 2010.

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Thursday, June 17, 2010

Dewan Rakyat 17 Jun 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :- (a) jumlah anggota pertahanan negara yang bertugas di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); dan
(b) bagaimanakah pengalaman dan pendedahan di luar negara ini dapat diguna pakai untuk kebajikan dan kemajuan bidang pertahanan negara. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PAS Tumpat, ]

2. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan dalam menyambut Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya. Sila senaraikan kesan-kesan positif yang dihasilkan daripada sambutan itu. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Sri Gading ] [ Siaran tergendala ]

3. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kebebasan sebaran am di Malaysia masih amat terhad seperti yang ditonjolkan dalam satu kajian global oleh Freedom House di Amerika Syarikat dengan "Press Freedom Ranking" 141 dalam ulasan "Malaysia Press Still Not Free".
[ Soalan tambahan: BN Tebrau, ]

4. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peratusan pelajar-pelajar MRSM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Perincikan jumlahnya mengikut negeri.
[ Soalan tambahan: PKR Ketereh, BN Hulu Terengganu ]

5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah Projek Bahau By Pass hendak dilaksanakan; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi kesesakan di bandar Bahau.
[ Soalan tambahan: BN Jempol,

6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa sehingga kini Kerajaan masih lagi tidak mengumumkan apakah 'pricing mechanisme' yang diguna pakai bagi menetapkan harga petrol di stesen-stesen minyak di seluruh negara.
[ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat, BN Rembau ]

7. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah terdapat garis panduan yang dibuat terhadap penayangan filem dari luar termasuk filem yang bertentangan dengan budaya kita. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus]

8. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan atau mengurangkan masalah "brain drain" sama ada pelajar atau tenaga kerja mahir dan tidak mahir di Sibu. [ Soalan tambahan:

9. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan IPT bergerak seiring dan memenuhi dasar Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan juga menjadi IPT sebagai pemangkin dan pelopor utama untuk
menjayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. [ Soalan tambahan:

10. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan statistik terkini guru Bahasa Tamil dan Cina di sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan dan apakah jumlah ini mencukupi dengan bilangan murid yang akan mengambil peperiksaan bahasa tersebut dan apakah langkah yang telah dibuat oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan:

11. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan Persatuan Penduduk dan "Gated Community" sudah mula wujud di kebanyakan kawasan Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama kawasan perumahan. Adakah wujud satu sistem yang memastikan ketelusan Persatuan Penduduk dan "Gated Community" serta mencegah pengelapan tabung persatuan penduduk dan penyalahgunaan kuasa oleh ahli jawatankuasa.

12. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tujuan Kementerian mengutip kos pentadbiran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kenapa pengurangan kadar 3 peratus kepada 1 peratus setahun tidak dilaksanakan selepas diumumkan lebih dua tahun lalu.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang jambatan Batu 5 (Sungai Sik) terletak di jalan negeri kilometer 5 yang menyambungkan Lebuhraya Sik -Gurun dengan Jalanraya Timur- Barat. Jambatan ini didapati begitu kecil serta tidak mampu memenuhi keperluan lalu lintas yang amat banyak / pesat berkembang. Bilakah jambatan ini akan dibesarkan.

16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) beberapa isu berkaitan kesan alam sekitar yang timbul dari perlaksanaan projek jalan bertol baru Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) atau Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur serta sejauh manakah daya maju projek tersebut dan apakah rasional pembinaan jalan tol baru dan nyatakan jumlah kos serta kajian trafik; dan
(b) apakah status projek konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (projek jalan bertol West Coast Express Way).

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan justifikasi pemberian lesen perjudian kepada syarikat tertentu sempena kempen Bola Sepak Piala Dunia 2010.

28. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah benar Felda telah mengguna pakai wang KWSP. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan dan apakah implikasi kepada pencarum.

30. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis pampasan atau imbuhan kepada penanam tembakau yang berstatus penanam-pengawit yang telah terpaksa menghentikan aktiviti perusahaan mereka.

36. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang fenomena meningkatnya masalah sosial serta anak luar nikah di Malaysia, apa penyelesaiannya serta masalah lewat kahwin yang semakin ketara sekarang ini.

46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) rasional persetujuan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) mewakili Kerajaan dengan cadangan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bagi pengambil alihan aset-aset air di Negeri Selangor dengan penambahan nilai pampasan sebanyak RM1.53 bilion iaitu dengan harga RM10.75 bilion berbanding RM8.2 bilion; dan
(b) memandangkan pengambil alihan sebelum ini ke atas asetaset air di negeri-negeri lain menggunakan Nilai Buku Bersih (Net Book Value), adakah ia mengambil kira Nilai Potensi Hadapan (Future Potential Value).

50. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah kos iklan dan promosi 1Malaysia yang Kerajaan telah belanjakan atau telah peruntukkan serta siapakah pengarah-pengarah
syarikat yang mendapat kontrak iklan dan promosi sama ada media cetak atau elektronik bagi 1Malaysia dan setakat ini apakah kesan 1Malaysia kepada kesatu paduan kaum.

52. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Seksyen 100 Hak Mempertahankan Diri bagi tujuan melindungi diri boleh digunakan oleh orang awam ke atas anggota keselamatan dan nyatakan dalam situasi sebagaimanakah hak tersebut boleh diguna pakai.

54. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sikap Kerajaan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk menangani aduan-aduan terhadap Polis (IPCMC).

56. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa pusat tahanan / depot PATI di seluruh negara dan kapasiti setiap satu serta apakah perancangan Kerajaan menyelesaikan masalah penampungan PATI yang ditahan.

57. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah transaksi yang dianggarkan dalam perjudian Piala Dunia yang akan berlangsung nanti dan berapakah anggaran pendapatan cukai kepada negara dari sumber perjudian sukan berlesen ini.

59. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang diambil untuk mengawal lumba haram dan kegiatan "Mat Rempit" yang semakin berleluasa khususnya di daerah Kuala Terengganu.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Jun, 2010)
[ Perbahasan : PAS Padang Terap] [ BN Kanowit] [PKR Gopeng] [ BN Pengerang] [DAP Rasah] Rehat

[ Perbahasan : BN Labuan ] [ PAS Pokok Sena - Celahan - ( PKR Lembah Pantai, DAP Jelutong ) ] [ BN Sabak Bernam - Celahan - ( BN Kuala Krau)] [ DAP Bakri - Celahan - PAS Shah Alam, BN Labuan ] [ BN Hulu Selangor ] [ PKR Lembah Pantai] [BEBAS Tawau] [ BN Hulu Rerengganu - Celahan - BN Kinabatangan] [ PAS Baling ] [ DAP Bukit Bintang]


2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Wednesday, June 16, 2010

Dewan Rakyat 16 Jun 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menguatkuasakan penggunaan bank DNA supaya semua rakyat di negara ini mempunyai rekod DNA dan boleh digunakan untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu kes jenayah yang berlaku. [ Soalan Tambahan: BN Bukit Katil, DAP Kepong ]

2. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kerajaan bersedia memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) kerana gagal memberi khidmat terbaik kepada masyarakat Orang Asli seperti yang disuarakan sendiri masyarakat Orang Asli. Jika tidak, apakah kaedah bagi mengembalikan semula kepercayaan Orang Asli terhadap jabatan ini.
[ Soalan Tambahan: PKR Kuantan, BN Arau ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah bekalan beras terjamin cukup sepanjang masa bagi keperluan rakyat negara ini dan bagaimanakah Kerajaan mengawal selia harga dan mutu beras.
[ Soalan Tambahan: BN Paya Besar, PKR Kuala Langat ]

4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejak kilang kenaf di Pasir Puteh beroperasi apakah jenis produk yang dikeluarkan dan berapakah jumlah pengeluaran yang telah berjaya dihasilkan. [ Soalan Tambahan: PAS Pasir Puteh, BN Hulu Terengganu ]

5. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah prestasi kesukanan pelajar dari sekolah sukan diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran yang pelajar ceburi. [ Soalan Tambahan: tidak hadir ]

6. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula Akta Penempatan Berkelompok 1960 (Akta GSA 1960) bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan dimanfaatkan bagi penempatan generasi kedua Felda dan jika tidak apakah rancangan komprehensif Kerajaan untuk mengangkat status sosio-ekonomi generasi kedua Felda. [ Soalan Tambahan: PKR Permatang Pauh, BN Ledang, PKR Balik Pulau ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini berapa peratuskah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9 di Sabah yang telah dibelanjakan. [ Soalan Tambahan: BN Kalabakan, PKR Gombak ]

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang memberi insentif galakan kepada bomba sukarela di seluruh negara dengan peralatan-peralatan utama bagi menampung khidmat mereka dengan bertambahnya kawasan perumahan dan penduduk sekarang ini.
[ Soalan Tambahan: PAS Baling ]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mekanisme yang membolehkan setiap isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mampu menikmati faedah jalur lebar, sejajar dengan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). [ Soalan Tambahan: BN Tenom, DAP Bandar Kuching ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) peratus kebergantungan Kerajaan terhadap hasil petroleum negara dalam perbelanjaan Kerajaan; dan
(b) langkah-langkah dari pihak Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan itu kepada hasil petroleum negara beserta nilaiannya yang bakal diperolehi.

24. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah peruntukan kepada PDRM bagi menjalankan aktiviti latihan pembangunan sumber manusia anggotanya dan senaraikan jumlah peruntukan mengikut kategori latihan bagi tahun 2009 dan 2010.

26. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan guru-guru dalam negara.

30. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedang membuat persediaan dalam bentuk kajian dan sebagainya bagi membolehkan akhirnya pilihan raya tempatan diadakan ; dan
(b) apakah ada usaha-usaha yang serius di pihak Kementerian untuk mengatasi isu projek perumahan yang terbengkalai dengan menilai semula bentuk perjanjian antara pembeli dengan pemaju dan pembiaya (bank) agar pembeli/rakyat tidak tertindas dan senantiasa didahulukan.

32. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memastikan bahawa semua bahan makanan import baik segar atau kering yang diimport selamat untuk dimakan seperti berlaku kepada kesan melamine dan formalin untuk susu dan ikan sejuk beku. Apakah tindakan yang telah dikenakan kepada pelaku kesalahan ini dan syarikat terbabit dan bagaimana pemantauan yang dilakukan supaya ianya tidak akan berulang lagi.

38. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hasil pendapatan Kerajaan pada tahun 2009 melalui kutipan hasil perusahaan arak dan perjudian dan berapakah jumlah pendapatan Kerajaan yang dijangka dengan meluluskan perjudian Bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

47. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah keperluan anggota Tentera Malaysia yang tinggal di kem-kem tentera, isteri atau suami tentera dan pekerja-pekerja biasa dalam kem seperti tukang masak dan lain-lain mengundi secara pos serta apakah ada usaha dari SPR untuk memastikan pengundi-pengundi pos tidak pula mengundi secara awam.

53. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di mana kadar kelulusan hanya RM20 ribu, tidak bersesuaian dengan kos semasa. Apakah penyelesaian tentang permohonan pinjaman rumah di kalangan ahli keluarga miskin di atas geran tanah yang sama.

56. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi Kerajaan bagi menyelesaikan isu lebihan kos yang terpaksa ditanggung oleh Sime Darby yang dianggarkan sekitar RM450 juta dan jumlah keseluruhan kos lebihan pembinaan Empangan, Bakun sebanyak RM1.3 bilion tidak diterjemahkan kepada tarif elektrik yang tinggi dari segi per KWh dan tidak kompetitif kepada industri.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Jun, 2010)

[ Perbahasan: PSM Sungai Siput ( Celahan - PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau ) ] [ Perbahasan: BN Ledang ( Celahan - BN Kinabatangan, PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, BN Tangga Batu)]

[ Perbahasan: Bebas Bayan Baru ( Celahan - BN Pasir Salak, BN Putatan, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan: PAS Kuala Selangor (Celahan - PKR Indera Mahkota, ) ] [ Perbahasan: BN Sarikei ] [ Perbahasan: DAP Kota Kinabalu ] [ Perbahasan: BN Kota Belud ] [ Perbahasan: PKR Kuala Langat ] [ Perbahasan: BN Jasin ]

[ Perbahasan: DAP Ipoh Barat ] [ Perbahasan: BN Tenom ] [ Perbahasan: PAS Padang Terap ]

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Kulasegaran a/l Murugeson (DAP Ipoh Barat) - Kes Kecurian Kereta - No. Pendaftaran P180 - Nama Pemilik En Toh Khiam Lee - YB Menteri Pengangkutan ]

[ Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) - Para Pembeli Memohon Campurtangan serius Kerajaan untuk memulihkan Proejk Nas Pavillion, Jalan Imbi, Kuala Lumpur yang lama terbengkalai dan menyelamatkan pembeli dari menanggung kerugian besar - YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

Mesyuarat ditangguhkan kepada 10.00 pagi 17 Jun 2010

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

6. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

Tuesday, June 15, 2010

Dewan Rakyat 15 Jun 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan dan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian untuk menentukan kejayaan dan lebih banyak lagi penglibatan pekebun-pekebun kecil getah di Sarawak.

2. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan definisi polisi 1Malaysia sedangkan masyarakat terus ditafsirkan sebagai Bumiputera dan Bukan Bumiputra serta bagaimana Model Ekonomi Baru dapat menstruktur semula Malaysia ke arah menjadi masyarakat yang adil dan saksama supaya perbezaan kaum tidak lagi menjadi sebab untuk membezakan sesama rakyat Malaysia.

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) tindakan yang diambil untuk mengelakkan kemusnahan kehidupan eko-sistem marin di negara ini; dan
(b) berapa seriuskah kesan pelunturan terumbu karang akibat "carbon sinking" di perairan negara seperti di Pulau Ligitan, Sipadan dan Darvel Bay.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah undang-undang atau peraturan berkaitan dengan Komuniti Pagar dan Pengawal kawasan kediaman akan dikuatkuasakan.

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana tahap penularan penyakit H1N1 dalam negara serta berapakah kes yang telah direkodkan dan langkahlangkah yang telah diambil.

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan secara terperinci senarai penuh pembekalan kelengkapan ketenteraan bernilai RM8 bilion oleh syarikat DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) yang ditandatangani pada 20 April 2010. Apakah prosedur tender terbuka dan amalan ketelusan dipatuhi dalam penganugerahan tender ini.

7. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rancangan di bawah Kementerian untuk membangunkan Industri Asas Tani dan Industri Makanan Kecil di luar bandar Sarawak dan peruntukan yang disediakan untuk tahun 2009 dan 2010.

8. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) angka-angka perdagangan antara Negara China dengan negara kita, bidang yang terlibat, jenis produk dan perkhidmatan untuk tahun 2009; dan
(b) apakah anggaran tambahan jumlah perdagangan dengan negara China untuk tahun 2010 hingga 2015 dan namakan agensi-agensi Kerajaan dan syarikat swasta yang mengusahakan tambahan bidang perdagangan ini.

9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tidakkah Kerajaan merasa perlu diwujudkan institusi pendidikan kelas pertama khusus untuk melahirkan kepimpinan yang berwibawa untuk masa depan negara.

10. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasional dan matlamat Kerajaan dengan mengeluarkan beberapa lesen perbankan kepada pihak asing sedangkan bank-bank tempatan dipergabungkan (merger) untuk memperkecilkan jumlahnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini perancangan mewujudkan estet padi di Kedah dan rasionalnya kepada penanam padi di negeri itu.

24. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) telah melaporkan bahawa Malaysia telah mengimport 183,500 ton getah asli pada suku tahun pertama 2010. Adakah perkembangan ini akan mengubah kedudukan negara daripada Pengeksport Getah Asli kepada Pengimport Getah Asli.

26. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah anak yang "tidak sah taraf" yang sedang belajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam di seluruh Sekolah Rendah seluruh negara pada tahun 2010 mengikut pecahan negeri-negeri.

29. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan Tabung Haji (TH) dalam tempoh lima tahun iaitu 2005-2009 dan jumlah pengagihan kepada negeri-negeri.

33. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kenapakah pemain-pemain sukan kita kurang kesungguhan dan stamina, kurang daya tahan dan kekuatan mental berbanding dengan pemain-pemain lawan terutama setelah
mendapat pengiktirafan dan penghargaan sama ada dalam bentuk wang ringgit, hartanah dan gelaran.

38. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah kebenarannya Kementerian telah memperolehi tanah dari Sime Darby di Bagan Datok untuk dijadikan markas ketenteraan bagi meletakkan projek tentera tambahan di sana.

44. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan Kolej Komuniti dalam membantu membangunkan kerjaya pelajar-pelajar yang tidak berjaya memasuki IPTA/IPTS dan pembelajaran sepanjang hayat. Apakah bidang-bidang pengkhususan yang diberi tujahan dalam Kolej Komuniti.

48. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan mengemukakan statistik terkini, perkembangan dan pencapaian pembangunan di koridor Malaysia seperti ECER. Sejauh manakah ia secara spesifik menguntungkan negerinegeri seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak.

52. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan definisi rasuah yang dipakai oleh SPRM.

59. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk meningkatkan kerjasama komunikasi dan penerangan dengan Indonesia.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 Jun, 2010)

[ Perbahasan: BN Jempol (celahan - BN Maran, BN Lipis) ] [ Perbahasan: PKR Indera Mahkota ] [ Perbahasan: PAS Marang, ] [Perbahasan : BN Pasir Salak (Celahan - PAS Tumpat) ] [ Rehat, sambung 2.30 petang ]

[ Perbahasan: BN Pasir Salak (Celahan - PAS Kuala Selangor, BN Kinabatangan) ]
[ Perbahasan: BN Ranau ] [ Perbahasan: DAP Petaling Jaya Utara ( Celahan - BN Rembau, PKR Indera Mahkota ) ]

[ Perbahasan: BN Batang Sadong ( Celahan - BN Ledang ) ] [ Perbahasan: PKR Gombak ( Celahan - BN Kinabatangan ) ] [ Perbahasan: BN Putatan ( Celahan - BN Kinabatangan, DAP Rasah, BN Kota Belud, BN Kibatangan, BN Arau, PKR Padang Serai, ) ] [ Perbahasan:

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Jeff Ooi (DAP Jelutong) - 'Keganasan Putih' zaman digital - YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

[ Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Er Teck Hwa (DAP Bakri) - Pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa di Bandar Muar - YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebidayaan.


2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Monday, June 14, 2010

Dewan Rakyat, 14 Jun 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berikutan tindakan MAS mengambil langkah-langkah penjimatan penyusunan semula sistem pengoperasiannya dengan menekankan aspek penjimatan bagi memastikan ia mampu bersaing dengan lain-lain syarikat penerbangan di dunia. Berapakah penjimatan dapat dilakukan setiap bulan dan apakah kesan terhadap mutu perkhidmatannya.
[ Soalan Tambahan: BN Maran, PKR Bandar Tun Razak ]

2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan secara langsung kepada Kerajaan negeri untuk mengekalkan status tapak warisan sedunia UNESCO. Jika ya, nyatakan butir-butirnya dan jika tidak, mengapa. [ Soalan Tambahan: TIDAK HADIR ]

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) apakah status rancangan menubuhkan Majlis Media Kebangsaan; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menilai semula mekanisme lesen akhbar dan media cetak tahunan supaya kuasa memberi dan memperbaharui lesen tersebut dialih dari pihak
Kementerian kepada Majlis Media Kebangsaan. [ Soalan Tambahan: BN Rembau, PAS Kuala Selangor ]

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan masih belum memeterai Deklarasi Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti International Covenant on Civil and Political Rights, International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, Convention Against Torture and Other Cruelty, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment dan Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. [ Soalan Tambahan: PKR Gombak, ]

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah Kementerian sedar industri pelancongan negara ini telah menjana RM53 bilion dari kedatangan 23 juta pelancong asing melalui aktiviti homestay, pelancongan eko dan lain-lain. Di Parlimen Silam terdapat banyak lokasi pelancongan yang boleh dimajukan seperti Pusat Lindungan Hidupan Liar Tabin, Lembah Danum, Kesan Sejarah Peninggalan British, Pulau Sakar dan lain-lain. Apakah rancangan Kerajaan untuk memaju dan memasarkan produk-produk pelancongan bagi memacu ekonomi penduduk setempat. [ Soalan Tambahan: BN Silam, DAP Batu Gajah ]

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan masalah yang dihadapi untuk menangani pemerdagangan manusia (human trafficking) dan bilangan mangsa yang dapat dikesan. Apakah faktor-faktor yang mengekalkan permasalahan ini.
[ Soalan Tambahan: DAP Kepong, BN Kalabakan ]

7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan memastikan setiap daerah di Sarawak bakal disediakan dengan sekurang-kurangnya sebuah bank komersial ataupun bank Kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank. [ Soalan Tambahan: BN Kapit, ]

8. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci kemudahan bakal dibina dan jumlah kos perbelanjaan yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara baru serta sama ada sistem tender terbuka dilaksanakan dalam perkara berkaitan.
[ Soalan Tambahan: DAP Taiping, ]

9. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status projek bekalan air Labuan dan apakah pelan jangka panjang berhubung pengurusan air bawah tanah untuk warga dan industri di Labuan.
[ Soalan Tambahan: BN Labuan, ]

10. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah dua lagi konsep daripada tiga yang telah dipersetujui Kabinet melalui kertas cadangan yang dibawa KWPKB selain daripada penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru serta siapakah yang akan terlibat menganggotai perbadanan tersebut. [ Soalan Tambahan: PAS Titiwangsa, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran hari ini, berapa kategori guru yang ada (DG29-DG52). Sebutkan gaji minima dan maksima yang dibayar kepada mereka ini.

28. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah cadangan untuk menghalalkan judi bola sepak, dibawa terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Fatwa, dan kalau tidak, kenapa.

44. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada persediaan perancangan yang praktikal untuk memastikan apabila terlaksana sepenuhnya Model Ekonomi Baru, 40% dari isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1500.00 (sekaligus dikategorikan sebagai miskin) untuk tidak terus tercicir.

45. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pelaburan Amanah Raya dan PERKESO dalam saham judi di Malaysia. Apakah peranan JAKIM dalam memastikan pelaburan Kerajaan bersih dari unsur haram.

46. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan School of Government, INTAN dan perancangan Kerajaan seterusnya untuk institusi ini.

53. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Ketua Eksekutif Kumpulan (GCE) yang juga Presiden Sime Darby Berhad diberhentikan akibat kerugian RM 1.63 bilion yang dialami syarikat itu akibat lebihan kos dalam projek kendaliannya.

59. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan had usia 17 tahun kepada yang lebih tinggi untuk mendapatkan lesen motosikal dan oleh kerana remaja cenderung untuk memecut, adakah Kerajaan bercadang untuk perkenalkan semula motosikal dengan kapasiti enjin 70cc sehingga umur remaja mencapai usia 21 tahun untuk layak menggunakan motorikal yang kapasiti enjinnya lebih tinggi.

60. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah lebih berkesan yang dilaksanakan oleh Kerajaan selain dari tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby meminta Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) itu bercuti berikutan kerugian besar akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 Jun, 2010)

[ Perbahasan: Ketua Pembangkang, PKR Permatang Pauh (Celahan - PAS Tumpat, PAS Shah Alam, BN Kalabakan, PKR Balik Pulau, Bebas Bayan Baru, PKR Indera Mahkota, PKR Gombak, BN Ledang, PAS Shah Alam, DAP Bagan,) ] Rehat sehingga 2.30 petang

[ Perbahasan: BN Kinabatangan (Celahan - PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, BN Lenggong, PKR Gombak, PAS Pokok Sena,) ]

[ Perbahasan: DAP Sibu ]

[ Perbahasan: BN Sri Gading (Celahan - BN Kinabatangan, PAS Kubang Kerian, PAS Titiwangsa, BN Jempol, PKR Balik Pulau, DAP PJ Utara, PKR Kuala Langat, PKR Gombak) ]

[ Perbahasan: PAS Kubang Kerian (Celahan - PKR Subang, ) ] [ Perbahasan: Bebas Pasir Mas ] [ Perbahasan: BN Jempol, (Bersambung pada 15 Jun 2010) ]

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Puan Chua Soon Bui (Bebas Tawau) - Status 3 juta ekar Telaga Minyak L dan M - YB Timbalan Menteri Luar Negeri (BN Serian) ]

[ Ucapan Penagguhan 2: YB Tuan Kulasegaran a/l Murugeson (DAP Ipoh Barat) - Masalah Perbankkan Selepas Satu Bank diambilalih oleh Bank yang lain - YB Menteri Kewangan ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang kepada jam 10.00 pagi 15 Jun 2010.

2. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

6. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

8. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

Thursday, June 10, 2010

Dewan Rakyat 10 Jun 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) usaha berterusan terhadap pembugaran segala peninggalan sejarah sama ada bentuk fizikal seperti batu bersurat dan lain-lain atau dokumen lama yang tersimpan di dalam dan di luar negara; dan
(b) kefahaman rakyat Malaysia tentang Ketuanan Melayu itu sendiri.
[ Soalan tambahan: BN Ledang, PAS Kota Bharu,]

2. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa kadar penghukuman rendah walaupun jenayah seksual semakin meningkat serta apakah langkah Kerajaan untuk menangani masalah ini. Sila nyatakan mengapa statistik kes jenayah telah dikeluarkan daripada laman web PDRM. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Mertajam, BN Jasin ]

3. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan pencerobohan kapal nelayan asing banyak merugikan negara kita:-
(a) apakah langkah berjaga-jaga yang telah diambil untuk menangani masalah ini; dan
(b) bilangan kapal nelayan asing yang ditahan mengikut negara asal mereka pada tahun 2008 dan 2009. [ Soalan tambahan: BN Lanang, Bebas Sepanggar, ]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengenai jumlah pengimportan gula mentah dari negara luar khususnya Australia, Thailand dan Brazil bagi mengatasi masalah kekurangan bahan mentah negara, serta adakah dasar pengimportan ini yang menyebabkan bekalan gula negara terjejas kini. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Kedah, BN Silam ]

5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pelan pembangunan pertanian negara dalam tempoh 10 tahun akan datang dan bagaimana pertanian memainkan peranan dalam Model Ekonomi Baru. Apakah
pembangunan Hub Halal akan merangkumi pengeluaran hasil tani yang lebih dinamik dan kompetitif. [ Soalan tambahan: BN Arau, PKR Lembah Pantai ]

6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan dan keyakinan Kerajaan yang dapat diberikan dengan sistem dan corak pengurusan Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang ada hari ini benar-benar boleh mencapai matlamat Takaful Islam sebenarnya dan apakah alasannya.
[ Soalan tambahan: PAS Baling ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) sejauh manakah keluaran penyelidikan dan inovasi Kementerian dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat Malaysia sama ada di dalam sektor industri ataupun pertanian; dan
(b) nyatakan 5 jenis penyelidikan dan inovasi terbaru yang diguna pakai. [ Soalan tambahan: BN Langkawi ]

8. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah gelanggang sukan pelbagai guna yang sudah dibina serta siap dan sedang digunakan di kawasan Parlimen Padang Serai dan berapakah perbelanjaan untuk membina.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkahlangkah konkrit yang sedang atau bakal dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang semakin meningkat.
[ Soalan tambahan: BN Lipis, PKR Gombak ]

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan untuk menghalang graduan-graduan perubatan tempatan yang lebih minat bekerja di hospital-hospital di Singapura setelah tamat tempoh latihan. [ Tidak Hadir ]

11. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kriteria untuk pengambilan pelajar bagi kemasukan ke sekolah-sekolah berasrama penuh yang berprofil tinggi, berapa ramaikah pelajar yang dipilih berasal daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan tetapi layak belajar di sekolah berkenaan bagi 5 tahun kebelakangan ini. [ Tidak Hadir ]

12. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sasaran yang diletakan bagi Kejohanan Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan apakah kategori-kategorinya. [ Tidak Hadir ]

13. Tuan Salleh bin Kalbi [Silam] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa Parlimen Silam tidak mempunyai kemudahan pengajian agama Islam yang menyeluruh termasuk kelas tahfiz. Apakah perancangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam memartabatkan Islam di kawasan Pantai Timur Sabah khususnya Silam. [ Tidak Hadir ]

14. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pekerja yang tidak cukup dalam sektor perkilangan dan pembuatan mengikut pecahan negeri di Malaysia. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini memandangkan kekurangan pekerja yang telah menyebabkan pelabur asing menarik pelaburan dari Malaysia. [ Tidak Hadir ]

15. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [Tangga Batu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program yang disediakan oleh pihak Kementerian bagi merangsang daya kreativiti dan inovasi di kalangan warga belia, serta apakah kriteria bagi mengkategorikan seseorang belia itu kreatif dan inovatif bersesuaian dengan tema Hari Belia Negara 2010 iaitu "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara". [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
19. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengisytiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan Negara sebagai memperingati Peristiwa 13 Mei 1969.

24. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah ada dasar dan program yang praktikal bagi membendung pengaruh budaya luar yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur dan Islam yang terhasil daripada proses globalisasi yang begitu deras menerobos perbatasan sosial nasional.

60. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah perbelanjaan Kerajaan yang disalurkan terus atau melalui BAM dalam usaha memenangi Piala Thomas dan Piala Uber 2010.

63. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah jumlah yang tiris akibat perjudian 'haram' yang tidak dilesen yang dianggarkan sebanyak RM850 juta sehari oleh Mayban Securities sedikit waktu dahulu, mampu diatasi apabila hanya satu pihak yakni Kumpulan Berjaya sahaja yang diberikan lesen judi sukan baru-baru ini


Peraturan Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menyambung Mesyuarat sehingga berakhirnya perbentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri

Peraturan Mesyuarat oleh MP PAS Pokok Sena 36 (12)

Peraturan Mesyuarat Oleh DAP Segambut 36 (12)

Peraturan Mesyuarat oleh DAP Batu Gajah 24 (1)

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul


1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Sokongan : BN Pagoh

Sidang Dewan Ditangguhkan pada jam 1.15 tengahari

2.(D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010)(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

5. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

6. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008