Wednesday, October 20, 2010

Dewan Rakyat 20 Oktober 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian sedar masih terdapat beberapa sekolah di negara kita yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air, bekalan elektrik, tandas yang baik dan bilik darjah yang sempurna. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan prasarana-prasarana ini.
[ Soalan tambahan: BN Hulu Selangor, PKR Permatang Pauh, PAS Kuala Krai ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah model yang akan dipakai dalam pemberian lesen-lesen serta spektrum berkenaan kepada bakal pembekal-pembekal perkhidmatan 4G bagi Long Term Evolution (LTE). Adakah sistem tender terbuka lebih telus daripada pengamalan ’Beauty Parade’. [ Soalan tambahan: DAP Jelutong, BN Putatan ]

3. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi tempoh 2009 dan 2010 mengikut saluran aduan yang dibuat seperti di laman web dan surat serta nyatakan aduan yang dapat diselesaikan khususnya bagi penambahbaikan perkhidmatan awam. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

4. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa setelah 53 tahun merdeka bilakah kongkongan undang-undang lazim England (Common Law England) akan dimansuhkan melalui Akta Undang-Undang Sivil 1956.
[ Soalan tambahan: PAS Bachok, PKR Machang ]

5. Datuk Abdul Wahab Bin Haji Dolah [Igan] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa banyakkah peruntukan yang disediakan bagi kawasan Parlimen Igan di bawah RMK-9 bagi penyediaan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih,bekalan elektrik dan sebagainya. [ Soalan tambahan: BN Bintulu ]

6. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) punca penurunan Pelaburan Terus Asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada tahun 2009; dan
(b) benarkah bahawa Malaysia hanya memilih pelaburan asing yang 'berkualiti' untuk masuk ke Malaysia. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar tercicir bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala buruk seperti dadah, lumba haram dan jenayah lain.

16. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah tindakan Kerajaan terhadap kandungan memorandum yang dihantar oleh keluarga Aminulrasyid Amzah dan lima keluarga yang lain yang mana ahli keluarga mereka juga terlibat dan kes ditembak polis.

30. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha segera bagi mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang berikutan dengan ketiadaan benteng banjir tebing sungai berbanding dengan
Thailand dan bilakah cadangan pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok akan dilaksanakan dan bila dijangka siap.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah siswazah lulusan kejuruteraan yang diserap ke dalam Kementerian bagi membantu membangunkan bahagian teknikal seluruh Angkatan Tentera Malaysia.

40. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha dan tindakan yang spesifik yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan pembeli rumah projek-projek perumahan yang dikategorikan sebagai projek terbengkalai (abandoned) terbela di segi kerugian serta beban hutang yang mereka tanggung dengan pihak bank.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (19 Oktober, 2010)

[ Perbahasan: [BN Sarikei][PAS Bachok (PAS Sik, BN Arau, PAS Sik, BN Lenggong, PKR Indera Mahkota)][BN Sabak Bernam (BN Hulu Terengganu)][PKR Lembah Pantai][Rehat]

[PKR Lembah Pantai (PKR Indera Mahkota)][BN Jempol (DAP Batu Gajah, DAP Beruas)][PAS Hulu Langat (PKR Gopeng, PAS Parit Buntar, BN Ledang, PAS Sik, BN Ledang, PKR Kuala Langat)][BN Lanang][DAP Kota Kinabalu][BN Pasir Salak (DAP Gopeng, DAP Kota Melaka, PAS Kuala Selangor, DAP Kota Melaka, PAS Pokok Sena, DAP Teluk Intan)][PAS Baling (PAS Parit Buntar, BN Pasir Salak, BN Maran, PKR Indera Mahkota, PAS Pendang)][BN Tebrau][DAP Klang (PKR Kuala Langat, DAP Rasah, BN Jasin)][BN Lipis][PAS Jerai (BN Lenggong)][BN Tenom(PKR Sungai Petani)][Bebas Bagan Serai (BN Lenggong) Bersambung Esok]


Tamat jam 7.30 malam dan ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi Khamis 21 Oktober 2010

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Tuesday, October 19, 2010

Dewan Rakyat 19 Oktober 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik penyelesaian kes-kes bunuh di negara ini; dan
(b) langkah Kerajaan dalam memerangi kes-kes jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.
[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PKR Sungai Petani, BN Kalabakan]

2. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di bawah 20 perkara di dalam Perjanjian Malaysia iaitu "Borneanisation" kenapa Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah masih dipegang oleh orang Semenanjung, hanya sedikit sahaja orang Sabah diberi peluang. Berapa jumlah orang Sabah yang mengetuai Jabatan Persekutuan di Sabah dan di jabatan mana. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Kinabalu, DAP Ipoh Timur]

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan input-input yang telah dikumpulkan dalam perbincangan peringkat meja bulat mengenai keputusan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan atau dikekalkan. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, DAP Kepong]

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10.
[ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Maran]

5. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memandangkan kes-kes jenayah yang dilakukan kebelakangan ini bertambah rumit hingga memerlukan kaedahkaedah penyiasatan yang lebih canggih untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan, adakah PDRM mempunyai kepakaran serta anggota yang terlatih yang mencukupi dalam bidang forensik. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, PAS Kuala Krai, ]

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) tindakan Kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan Felda disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan
(b) apakah Felda bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap peneroka Felda Kemahang, Kelantan. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Silam, PAS Pokok Sena]

7. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pihak Kementerian akan menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada berstatus lapangan terbang antarabangsa (International Airport) bila mana kerja-kerja menaik taraf fizikal yang menelan belanja ratusan juta lapangan terbang sedia ada siap kelak. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PAS Tumpat]

8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan cadangan untuk mengawal industri kosmetik tempatan yang telah melangkau sempadan antarabangsa serta melibatkan isu kepentingan awam baik dari sudut ekonomi mahupun keselamatannya. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan dinar dan dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

28. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah dualisma dalam jentera pelaksanaan projek pembangunan di Kelantan.

43. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah lokasi telaga minyak/gas yang dimiliki sepenuhnya oleh Petronas dan juga di kawasan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA). Sila nyatakan juga adakah terdapat aktiviti eksplorasi dan penemuan baru di kawasan Selat Melaka.

Padang Rengas mengusulkan 12(1) Mesyuarat Tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi 20 oktober 2010

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (18 Oktober, 2010)

Sambungan Perbahasan Baget 2011 :- [DAP Kepong (DAP Bukit Bintang, BN Maran)][BN Kalabakan (PAS Baling, BN Kalabakan, )] [Bebas Sepanggar] [DAP Ipoh Barat] [Rehat]

[DAP Ipoh Barat] [BN Jasin (DAP Beruas, BN Bintulu, PKR Indera Mahkota, BN Ledang, BN Arau, BN Tuaran, )] [PAS Kubang Kerian (PAS Pokok Sena, BN Ledang, BN Jasin, PAS Pokok Sena, PAS Tumpat)] [BN Arau (BN Bintulu, BN Putatan, PKR Sungai Petani, BN Langkawi)] [PKR Machang (PKR Indera Mahkota)] [BN Batang Sadong] [BN Putatan (PAS Kuala Krai)] [PKR Kuala Langat (BN Ledang)] [BN Maran (BN Lenggong, BN Ledang)] [DAP Bandar Kuching]

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

Monday, October 18, 2010

Dewan Rakyat 18 Oktober 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PAS Kubang Kerian]

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China. [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, BN Kinabatangan, DAP Bagan, ]

3. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai peralatan serta radar-radar untuk mengesan di peringkat awal serta memberi amaran kepada pihak berkuasa yang berkaitan tentang kebarangkalian berlakunya bencana alam seperti yang berlaku di beberapa buah negara seperti banjir besar di Pakistan, taufan Katrina di Gulfport, Mississippi, Amerika, tsunami di Indonesia dan gempa bumi di Christchurch, New Zealand. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Hulu Langat ]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah rasmi yang sebenar syarikatsyarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sila nyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi serta pencapaian syarikat-syarikat tersebut dan adakah syarikat-syarikat tersebut mencapai indeks prestasi yang ditetapkan. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Jasin]

5. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap penyebaran penyakit yang berpunca daripada virus air kencing tikus di negara ini, berapa ramaikah yang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut serta sejauh mana kesedaran masyarakat mengenainya. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS Pokok Sena]

6. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah kedudukan prestasi universiti-universiti awam Malaysia semakin menurun dalam senarai universiti terbaik antarabangsa dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengenal pasti punca-punca kemerosotan kualiti pendidikan di universiti tempatan serta cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah yang dikenal pasti tersebut. [ Tidak Hadir ]

7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kayu ukur dan sejauh mana nilai kesedaran perpaduan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat terutama dalam menyambut sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, DAP Serdang]

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana usaha mewujudkan “baby hatch” berjaya menangani pembuangan bayi dan apakah usaha dan tindakan spesifik Kerajaan dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing di dalam Negara kita. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Ledang]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rasionalnya hasrat Kementerian menganjurkan Sukma pada setiap tahun dan kesannya kepada Kerajaan Negeri dan atlet-atlet Sukma.

29. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yg diambil ke atas pengetua sebuah Sekolah Menengah di Kulaijaya, Johor dan sebuah sekolah lagi di Sungai Petani, yang mengeluarkan kenyataan menghina pelajar Cina dan India di sekolah tersebut baru-baru ini.

33. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan/jumlah mengikut bidang kepakaran, tenaga pakar dan golongan-golongan ikhtisas rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara serta nyatakan sebab-sebab kenapa mereka keberatan untuk pulang berkhidmat di negara sendiri dan lebih selesa di negara asing.

DAP Bakri Usul 18 (1) - Usul di tolak

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010

Usul 12(1) oleh Padang Rengas meneruskan mesyuarat hingga jam 7.30 malam dan ditangguhkan sehingga 10.00 pagi 19 Oktober 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Oktober, 2010)

Perbahasan : [PKR Permatang Pauh (PKR Machang, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PAS Tumpat, PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Ledang, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Krai, BN Pasir Salak)] [Rehat]

Sambungan Perbahasan [ PKR Permatang Pauh ] [ BN Kibatangan (BN Sri Gading, PKR Padang Serai, BN Arau, BN Langkawi, ... )] [PAS Marang][BN Ledang(PKR Indera Mahkota)(PAS Shah Alam)(BN Maran)(BN Jasin)(BN Tangga Batu)][DAP PJ Utara][BN Hulu Selangor ][PKR Indera Mahkota (PAS Shah Alam, )(PAS Shah Alam, BN Ledang)][DAP Kepong ]

Tamat Jam 7.30 malam dan bersambung esok jam 10.00 pagi

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang
kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

Thursday, October 14, 2010

Dewan Rakyat 14 Oktober 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan akan meminta semua PBT menjemput Wakil Lembaga Lebuh Raya Malaysia dalam mesyuarat PBT terutama bagi kawasan yang melibatkan
pembinaan projek Lebuh Raya LLM kerana banyak masalah teknikal yang timbul antara LLM dan PBT di lebuh raya-lebuh raya di seluruh negara seperti aliran trafik, pembangunan tepi jalan, papan tanda arah dan sebagainya. [ Soalan tambahan: BN Ledang, ]

2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membentuk unit Polis Bantuan di setiap PBT untuk menambah baik pengurusan lalu lintas dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam matlamat untuk membanteras jenayah.
[ Soalan tambahan: DAP Tanjong, BN Kinabatangan ]

3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan di dalam mengurangkan projek-projek terbengkalai dan bagaimana penggunaan kaedah Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) dapat membantu Kerajaan di dalam mempercepatkan pembangunan prasarana kritikal terutama di kawasan luar bandar dan
mengurangkan risiko kepada Kerajaan dalam jangka panjang.
[ Soalan tambahan: BN Arau, PKR Machang ]

4. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rekod menunjukkan bahawa dari Mac 2008 hingga Ogos 2009 seramai 304,358 rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain. Apakah statistik pelajar tajaan Kerajaan Malaysia yang tidak pulang selepas tamat pengajian. [ TIDAK HADIR ]

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah kejayaan Kementerian mempromosi dan membawa produk IKS menembusi pasaran antarabangsa dan bagaimanakah penerimaan antarabangsa terhadap produk IKS tempatan. [ Soalan tambahan: BN Silam, PAS Bachok ]

6. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan skim perlindungan kemalangan dan kematian pihak ketiga:
(a) sejak cadangan skim ini, berapa buah NGO dan individu mengemukakan pandangan, bantahan atau cadangan mereka ; dan
(b) bilakah skim ini akan dilaksanakan dan nyatakan bagaimanakah kepentingan pemilik dan orang awam dapat diutamakan. [ Soalan tambahan: DAP Kota Melaka, DAP Beruas ]

7. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bahawa di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini angka kematian di jalan raya telah dapat dikurangkan. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian dan Kerajaan telah memberi kesan yang baik kepada para pengguna di jalan raya.
[ Soalan tambahan: BN Besut, DAP Batu Gajah ]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah ada usaha memperkenalkan subjek keperlembagaan di peringkat menengah.
[ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar, DAP Bukit Mertajam, BN Rembau ]

9. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk melaksanakan program memasang lampu jalan luar bandar seperti mana dahulu 10 lampu setiap kampung.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
37. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) status program promosi Zon Bebas Asap Rokok 2010 hingga 2013 yang dilaksanakan di Negeri Melaka ; dan
(b) berapakah kos dan agensi yang terlibat.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (13 Oktober 2010)[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Penggulungan : PKR Balik Pulau, BN Ledang, BN Jempol, BN Batang Sadong, BN Sri Gading, PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, BN Batang Sadong, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, BN Jasin, DAP Seputeh, BN Limbang, PAS Pendang]

[Dalam Jawatankuasa : DAP Batu Gajah, PAS Pendang, PKR Indera Mahkota][Rehat]

[ Sambungan Perbahasan: PKR Indera Mahkota, PAS Pokok Sena, BN Jasin, BN Sri Gading, DAP Kota Melaka, PAS Kuala Selangor ][Lulus]

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

[ Perbahasan: [BN Batang Sadong ], [ Bebas Pasir Mas ], [ BN Jasin (BN Ledang) ], [ PAS Kubang Kerian ], [ BN Ledang (BN Sekijang, BN Sri Gading, BN Tangga Batu, BN Bintulu, BN Maran) ], [ DAP Beruas ], [ PKR PJSelatan], [ Bebas Wangsa Maju ], [ BN Sibuti (BN Ledang, BN Jampol, BN Parit Sulong, BN Maran) ], [ DAP Bandar Kuching (BN Bintulu, PKR Indera Mahkota, DAP Serdang) ], [ PAS Shah Alam (sambung 14 Disember 2010) ]

3. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

5. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan]

7. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

8. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Wednesday, October 13, 2010

Dewan Rakyat 13 Oktober 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyurat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah insentif dan galakan yang diberikan oleh Kementerian kepada penderma-penderma darah yang telah berjasa menderma darah selama ini.
[ Soalan tambahan: BN Sri Gading, PAS Bachok ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengawal e-mail, khidmat pesanan ringkas (sms) dan komunikasi di antara anggota masyarakat yang lain dan sama ada
Kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry Messenger atau perkhidmatan lain. [ Soalan tambahan: PKR Selayang, BN Kalabakan ]

3. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah remaja di Malaysia yang telah muflis dalam 5 tahun yang lalu dan apakah punca masalah yang menyebabkan golongan ini muflis. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah remaja tersebut. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, DAP Ipoh Barat ]

4. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa kalikah operasi pengaman negara telah dilibatkan di bawah panji PBB dan berapa anggota terlibat dan apakah peranan Malaysia di dalam misi ini dapat memberikan impak positif kepada negara dan tentera kita serta berapa jumlah perbelanjaan yang terlibat.
[ Soalan tambahan: PAS Pendang, BN Lipis ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi membenarkan mahasiswa bergiat di dalam parti politik. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

6. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Kerajaan berniat untuk membuka industri automobil negara kita dan menghapuskan segala tarif atas pengimportan kereta supaya rakyat kita dapat membeli kereta yang lebih bermutu dengan harga yang lebih murah.
[ Soalan tambahan: DAP Bandar Kuching, BN Kinabatangan ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) tahap pencemaran dan kualiti air di Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Pulau Payar serta kualiti udara di Teluk Yu dan Ewa yang disebabkan oleh kilang simen; dan
(b) adakah pemantauan berkala dibuat di tempat-tempat tersebut untuk menjamin kebersihan atau pencemaran sifar. Sekiranya ia, nyatakan jumlah sampel yang telah diambil.
[ Soalan tambahan: BN Langkawi, PAS Hulu Langat ]

8. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah tempat duduk untuk ETS dari Ipoh ke KL Sentral dan jumlah penumpang sejak pelancarannya. Mengapakah caj bayaran yang tinggi dan berapakah caj selepas tempoh promosi.
[ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah, BN Silam ]

9. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan pengisian kekosongan untuk jawatan dan jabatan Kerajaan dalam tempoh dari bulan September hingga Disember 2010 ini. Apakah kriteria kelayakan untuk dilantik ke perkhidmatan awam melibatkan kecerdasan mental dan fizikal. [ Soalan tambahan: BN Simpang Renggam ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam usaha untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia, dapatkah Menteri menyatakan bentuk geran penyelidikan yang disediakan untuk Pegawai Pendidikan (PPPS dan PPLD) bagi menjalankan penyelidikan untuk tujuan P&P dan Pembangunan Pendidikan secara keseluruhannya.

20. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Kementerian untuk memajukan industri sarang burung walit di negara ini (Swiftlet farming for the production of edible bird's nest).

28. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) status Projek Fish Protech di Naka, Padang Terap, Kedah; Tok Bali, Kelantan; Pekan, Pahang dan Muar, Johor; dan
(b) bagaimanakah ia memberikan faedah kepada penduduk tempatan.

31. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan maklum balas mengenai kenyataannya dalam akhbar The Edge pada 15 Julai 2010 iaitu PM masih menunggu laporan penuh dari JKR mengenai PKFZ sebelum penstrukturan PKFZ dan LPK dibuat. Adakah laporan penilaian telah disiapkan dan apakah tindakan yang diambil terhadap laporan tersebut.

32. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes berkaitan pelanggaran hak asasi mengamalkan agama seperti menceroboh atau memusnah rumah ibadat dan angka terperinci mengikut agama perlakuan jenayah berkaitan agama tersebut dan jumlah yang telah dituduh di mahkamah mengikut pecahan agama dan sabitan.

35. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah zakat yang dibayar oleh Petronas mengikut tahun semenjak ditubuhkan.

36. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan atas dasar apakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Menjaga Hal Ehwal Agama Islam melibatkan Ketua-ketua Bahagian UMNO dalam majlis penyampaian bantuan Ramadan kepada masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan anjuran JAWI dengan kerjasama UMNO-UMNO Bahagian, Ketua-Ketua UMNO diberi peluang berucap tetapi Ahli Parlimen yang beragama Islam di Kuala Lumpur langsung tidak dijemput malah dilarang berucap jika turun ke masjid-masjid di mana dikatakan atas arahan dari Pengarah JAWI.

BN Sibuti 23 (1) c dalam peraturan mesyuarat perbetulan dalam handset parlimen

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (12 Oktober 2010) (Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi)

Sambung Perbahasan : [BN Silam (BN Tangga Batu, BN Arau, )][BN Jasin (BN Tangga Batu)][Bebas Pasir Mas][Bebas Sepanggar]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Kmoditi (BN Larut) (BN Ledang - Pencelahan - BN Putatan - BN Jasin )](Rehat)

[Sambungan - Penggulungan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuditi (BN Larut) (BN Jempol, BN Jasin, PAS Hulu Langat, )] [Lulus]

[ Dalam Jawatankuasa - Lulus]

2. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) [ Bacaan Kali Kedua & Perbahasan ]

[ Perbahasan: (BN Sri Gading ) (PKR Balik Pulau) (BN Ledang) ( PAS Kuala Krai)) (PAS Shah Alam) (BN Tangga Batu) (PKR Lembah Pantai) (BN Silam) (DAP Beruas) (PAS Kuala Selangor) (DAP Kota Melaka ]

3. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

4. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

5. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

6. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

7. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan]

8. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Tuesday, October 12, 2010

Dewan Rakyat 12 Oktober 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan keberkesanan pelaksanaan Model Baru Ekonomi supaya ia mencapai matlamat yang diharapkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi sekaligus melonjak ekonomi negara dan apakah bentuk-bentuk program yang telah dan diatur untuk dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Kuala Selangor]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia menerusi IPO dan jumlah syarikat yang menjadi persendirian bagi setiap tahun dari 2005-2010 dan sebab keadaan ini berlaku. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Ledang]

3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan bagi menjamin hubungan Malaysia/Indonesia sebagai kerabat Asean sentiasa terpelihara agar peristiwa serangan ke atas Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berulang kembali. [ Soalan Tambahan : BN Arau,PKR Sungai Petani, PAS Bachok ]

4. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah program khusus yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar bagi melahirkan modal insan yang holistik serta dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Kinabatangan ]

5. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan asing yang masuk ke dalam negara pada tahun 2009 dan 2010. Nyatakan huraian mengikut negeri. [ Soalan Tambahan : BN Mukah, DAP Bagan ]

6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan supaya Kementerian mengkaji semula Seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 dan kesannya setakat ini, di samping itu memberikan maklumat hasil pindaan tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian akan mewujudkan dasar menyerapkan semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kepada jawatan tetap setelah mengikuti KURSUS DALAM CUTI (KDC) seperti mana GSTT di sekolah jenis kebangsaan yang diserapkan ke jawatan tetap setelah mengikut KDC. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong ]

Solan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pemotongan Bajet 2010 Kementerian Pelajaran memberi kesan kepada Proses P&P dan latihan kakitangan Kementerian serta guru-guru sekolah, adakah Bajet 2011 telah dapat memperbaiki keadaan ini dan golongan pendidik yang menghadiri kursus dan latihan dalam perkhidmatan dibayar selayaknya dengan hak dan jumlah bayaran yang sepatutnya.

18. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

26. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah idea ‘kontrak sosial’ wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Perlukah ia dilihat sebagai satu idea yang dinamis supaya ia selari dengan perubahan pemikiran generasi terkini masyarakat Malaysia.

36. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Badan Amanah Hartanah Kg. Baru di mana MAS dinaik taraf sebagai Pemegang Amanah Hartanah Kg. Baru sebab difahamkan bahawa Perbadanan Pembangunan Kg. Baru tidak langsung melibatkan MAS dalam keanggotaannya sedangkan MAS mewakili secara langsung suara anak-anak Kg Baru.

40. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bantuan kewangan yang ditarik balik selepas pemberian wang ehsan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan.

46. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh 'Border Pass' Rakyat Thailand yang datang mengambil upah menoreh getah di Malaysia.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kesihatan * Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 bacaan oleh Timbalan Menteri Kesihatan

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (11 Oktober 2010) [ Kementerian Belia dan Sukan ]

[ Perbahasan ]: [ PAS Pokok Sena (PAS Kuala Krai, DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang)] [ BN Pengerang] [PAS Bachok] [BN Kinabatangan] [PKR Sungai Petani (PKR Lembah Pantai)] [DAP Kota Melaka (PAS Pendang)] [BN Batang Sadong (BN Bintulu), (BN Tangga Batu), [PAS Padang Terap ]] [Rehat]

[ Perbahasan ]: [ PAS Padang Terap ] [ PAS Kota Raja ] [DAP Beruas]

[ Jawapan ] : Menteri Belia & Sukan BN Kemaman (Celahan : PKR Indera Mahkota, PAS padang Terap, PAS Jerai, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, DAP Beruas, PAS Shah Alam, DAP Beruas)

Majlis Dalam Jawatankuasa [PAS Kuala Krai, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PAS Shah Alam, DAP Beruas, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota, PAS Shah Alam, DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, DAP Melaka, DAP Beruas]

2. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (BN Larut))

Perbahasan [BN Ledang][PAS Kubang Kerian][PAS Parit Buntar(PAS Pendang, PKR Sungai Petani, PAS Pokok Sena)][BN Silam]

Tamat 5.30 petang

3. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

4. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

5. (D.R. 30/2010)Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

6. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

7. (D.R. 32/2010) Rang Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan]

9. (D.R. 25/2010) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia) [ DITARIK ]

10. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Sunday, October 10, 2010

Dewan Rakyat - 11 Oktober 2010

Aturan Urusan mesyuarat dan usul-usul [ Klik ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan umur persaraan wajib bagi kakitangannya. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, DAP Bukit Bintang ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi Kerajaan bagi menangani kemerosotan daya saing negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009 dan dikategorikan sebagai pasaran paling kurang diminati pelabur menurut laporan Bank of America dan Merill Lynch terbitan September 2010. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Arau ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a)adakah pihak Kementerian telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman ke atas peniaga runcit yang menjual barangan kawalan dengan kadar harga yang sepatutnya sedangkan barang kawalan tersebut dibelinya dengan harga runcit; dan
(b)apakah jenis tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ke atas pemborong yang menjual barang kawalan dengan kadar harga runcit. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Kuala Selangor]

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Dato' Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan. [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak berkuat kuasa bayaran perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50, berapa banyakkah kutipan yang telah diterima oleh Kementerian mengikut bulan dan tahun. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, DAP Kepong]

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bentuk latihan yang disediakan untuk para petani dan pekebun bersaiz kecil bagi membolehkan mereka ini menyertai industri pengeluaran pertanian organik yang semakin popular sekarang ini. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Jempol]

7. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) usaha Kerajaan menaik taraf keadaan bandar-bandar lebuh raya yang menghubungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak; dan
(b)langkah-langkah penyeliaan tanah runtuh di sepanjang lebuh raya di negeri Sabah.
[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PKR Machang]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah Kerajaan tetap ingin melaksanakan penjanaan elektrik menggunakan tenaga nuklear walaupun kajian di blog YAB. Perdana Menteri menunjukkan hanya 23% menyokong Tenaga Nuklear dan terdapat 59% menyokong Tenaga Suria. [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
17. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan makna sebenar ‘keadilan sosial’ yang menjadi salah satu teras kepada konsep 1Malaysia dan apakah mekanisme bagi menjamin kejayaan pelaksanaannya.

20. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang menghina Malaysia dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

24. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang menimbulkan isu perkauman yang berpotensi menimbulkan ketegangan kaum, jika ada tindakan sebutkan kes-kes yang berlaku dan hukuman yang dikenakan.

26. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) pencapaian Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sejak daripada pelancarannya ; dan
(b) apakah langkah yang diambil oleh pihak bank dalam mempromosi skim ini.

Usul 18 (1) :-

Usul 18 (1) oleh DAP Ipoh Timur bagi menangguhkan mesyuarat dewan membincangkan berkenaan dengan kenyataan 2 guru besar yang bersifat perkauman.

Usul Di Tolak bawah Usul 18(2)

Ucapan Takziah oleh Speaker mewakili ahli-ahli Dewan kepada Keluarga MP BN Batu Sapi di atas pemergian beliau.

DAP Bukit Gelugor bawa usul 23(1h) berkenaan 1 Malaysia kepada Perdana Menteri
DAP Ipoh Timur Soalan Tertolak
DAP Bandar Kuching Soalan Tertolak
DAP Kota Melaka
PKR Kelana Jaya
PAS Backok
DAP Kepong
Bebas Tawau
DAP Sibu
DAP Teluk Intan
DAP Ipoh Timur
PAS Bachok
PAS Kubang Kerian

Jawapan akan Diberikan Speaker pada Waktu Terdekat

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi * Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010.
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2011
3. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010
4. Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan * Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

[ Perbahasan : PAS Kota Raja, BN Kinabatangan, DAP Teluk Intan, PKR Kuala Langat, PAS Pedang Terap] [Rehat]

[ Perbahasan: PAS Padang Terap, DAP Bukit Mertajam, BN Labuan, DAP Batu Gajah, PAS Kubang Kerian, PAS Rantau Panjang, DAP Bukit Bintang, DAP Kota Kinabalu, PAS Sik, PAS Pendang, PAS Jerai ]

[ Penggulungan: Menteri Sumber Manusia (BN Segamat) - Pencelahan - PAS Kota Raja, PKR Kuala Langat, PAS Rantau Panjang, PAS Padang Terap. DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Kota Melaka, PAS Sik ]

2. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Menteri Belia Dan Sukan)

[ Perbahasan: DAP Seremban, BN Ledang, PAS Pokok Sena ]

3. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 (Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi)

4. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

6. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

7. (D.R. 25/2010)Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 [ Kementerian Sumber Manusia ]

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008