Wednesday, October 3, 2012

Dewan Rakyat 3 Okt 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ]  minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan adakah Kementerian bercadang meneruskan inisiatif untuk enghantar angkasawan ke angkasa lepas dan sejauh manakah komitmen Kerajaan untuk merealisasikan hasrat melahirkan angkasawan Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bulan.  

2. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah penyelesaian tindakan undang-undang oleh Sentul Raya Sdn. Bhd. terhadap penduduk-penduduk Kampung Railway, Sentul di mana projek ini di bawah JPM.
        
3. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan :-  
(a) berapakah jumlah peminjam AIM sehingga kini dan apakah keupayaan mereka untuk bersaing di pasaran; dan
(b) apakah usaha AIM untuk meningkatkan capaian AIM di kawasan pedalaman khususnya di Sabah.

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk mengurangkan kadar jenayah selain daripada jenis-jenis jenayah yang dinyatakan dalam  NKRA GTP 1 (Government Transformation Plan 1).

5. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Francais Mudah Alih yang diperkenalkan oleh Perbadanan Nasional Bhd (PNS) khususnya usahawan Bumiputera.  

6. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini projek pembinaan Plaza Tol Seremban yang baru, jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dan pecahannya dan bilakah projek ini dapat disiapkan serta dibuka kepada orang ramai.  

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan pembinaan Jalan Bawang Obor/Ukong/Medamit/Mentawai Fasa 2 dapat dilaksanakan dalam RMK-10 untuk memastikan 10 buah rumah panjang, 3 perkampungan kaum Bisaya, sebuah klinik desa dan 2 buah Sekolah  Kebangsaan mendapat manfaat dan menjadikan jalan ini sebagai jalan penghubung ke destinasi pelancongan dunia Gunung Buda.  

8. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- 
(a) apakah peranan Mental Health Promotional Advisory Council; dan
(b) apakah program yang telah dilaksanakan sejak penubuhannya.

9. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan sejauh manakah penjelasan mengenai keperluan pertukaran meter elektrik lama telah diusahakan memandangkan perspektif kebanyakan orang ramai adalah negatif mengenai pertukaran meter elektrik lama yang menyebabkan kenaikan kos kegunaan elektrik bulanan yang tinggi.  

10. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian memantau Kerajaan Negeri dalam pembukaan kawasan membalak. Apakah jenis pampasan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri jika Kerajaan Negeri diarah untuk tidak membuka sesuatu kawasan dengan sebab ianya satu kawasan tadahan air negara. Senaraikan (jika ada) pampasan yang telah dibayar kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri sejak 5 tahun kebelakangan.  

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-  
(a) kaedah untuk mengatasi masalah sambutan yang kurang baik pihak swasta untuk menyediakan pusat asuhan supaya menggalakkan wanita untuk meneruskan pekerjaan mereka; dan
(b) jumlah pusat asuhan yang belum berdaftar dengan pihak Kementerian.

12. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di antara Kementerian dan Majlis Perbandaraan Muar. Jika ya, apakah keputusan. Jika tidak, mengapa.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
28. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan sejauh manakah rancangan Petronas untuk menerokai simpanan minyak dan gas di kawasan-kawasan lain dalam negara ini selain dari kawasan-kawasan yang sedang  dan telah diusahakan.

39. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan jumlah pegawai-pegawai sains kesihatan bersekutu  (allied health sciences) seperti ahli audiologi, optometri, fisioterapi, terapi pertuturan dan terapi carakerja yang berkhidmat dengan Kementerian kesihatan dan berapakah nisbah bilangan pegawai-pegawai tersebut kepada kependudukan (population) Negara yang disasarkan oleh Kementerian.


c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2012) DAN 

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

Tuesday, October 2, 2012

Dewan Rakyat 2 Okt 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan perkembangan kadar pendapatan isi rumah dan KDNK negara sejak awal kemerdekaan hingga tahun 2012 ini dan sejauh mana perkembangan ekonomi domestik berjaya menjadi pemangkin kepada kekuatan ekonomi negara sejak merdeka hingga kini.  

2. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan jumlah usahawan luar bandar terutama daerah Baling, Sik dan Ulu Perak yang
telah mendapat faedah daripada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan nyatakan jenis-jenis perusahaan yang dilakukan oleh usahawan tersebut.

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong  ]  minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah perlaksanaan royalti
kepada artis dan penghibur negara berjaya dilaksanakan.  

4. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan masa depan sistem pelupusan sampah memandangkan banyak kawasan pelupusan sisa pepejal sudah penuh atau hampir penuh.  

5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menangani akaun Facebook
palsu yang semakin berleluasa sehingga boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram kepada keharmonian masyarakat,  keselamatan masyarakat dan perpaduan masyarakat.  

6. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ]  minta PERDANA MENTERI menyatakan :-  
(a) jika dibandingkan dengan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 1970 hingga 2010, apakah faktor yang menyebabkan lonjakan pertambahan penduduk di Sabah sebanyak 390% berbanding dengan Sarawak 148% dan Malaysia 164%; dan
(b) apakah kehadiran (28%) 889,779 orang warga asing di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keamanan negara.

7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan jalan raya utama dengan jumlah  peruntukan yang akan dilaksanakan dalam tahun 2013-2014 bagi meningkatkan
rangkaian jalan yang lebih baik dan lebih banyak dalam kawasan Parlimen Ranau.  

8. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kejayaan yang telah dicapai untuk mengawal perdagangan hidupan liar secara haram.  

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis  ]  minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan sama ada Kementerian menyedari bantuan sampan fiber yang diberi
kepada nelayan adalah terlalu kecil (hanya berukuran 18 kaki) daripada yang diberikan terdahulu. Jika ia terlalu  kecil, adakah Kementerian bercadang untuk mengganti dengan sampan fiber baru yang mempunyai lebih ciri-ciri keselamatan.  

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana PEMANDU dapat mempertahankan hujahnya bahawa Malaysia telah mencapai 62.5% liputan jalur lebar di seluruh negara dengan menggunakan kelajuan 256kbps sebagai  Garisukur Jalur Lebar Malaysia sedangkan banyak negara maju telah mensyaratkan 2Mbps sebagai definisi perkhidmatan 'Broadband'.  

11. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan apakah telah dipertimbangkan permohonan negeri Sarawak untuk mengendalikan  (to operate) perkhidmatan penerbangan.  

12. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan Projek Pembinaan Loji  Tenaga Nuklear:-  
(a) apakah peringkat kesediaan untuk projek ini; dan
(b) dalam rancangan Kementerian, berapa buah loji tenaga nuklear akan dibina, nyatakan lokasi-lokasi yang
dicadangkan.

Soalan MP PAS yang senaraikan:
30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN
dalam menangani pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2012) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus
empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran
perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 Oktober, 2012)

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 )
[ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

Monday, October 1, 2012

Dewan Rakyat 1 Okt 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. PR-1253-L52403  Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan :-   

(a) pandangan Kementerian berkaitan merosotnya semangat kejiranan yang suatu masa dahulu begitu kukuh dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa dan budaya; dan 
(b) apakah langkah-langkah yang dikenal pasti oleh Kementerian dalam usaha mengembalikan semangat kejiranan terutamanya di bandar-bandar besar selaras dengan konsep 1Malaysia.  [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PAS Rantau Panjang ]

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah Institut Pengajian Tinggi Swasta  (IPTS) dan statusnya di negara ini. Apakah kriteria untuk bangunan dan mutu pendidikan IPTS dan keberkesanan kawalannya termasuk sebuah kolej swasta di Vista Magna, Batu 7, Kepong.    [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Sri Gading, PAS Bachok ]

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan projek menaik taraf hingga menjadi dual carriage Jalan Kota Kinabalu/Beaufort terus ke Sindumin.    [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PKR Gombak ]

4. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan prestasi ekonomi negara setakat ini dan apakah peratusan perkembangan ekonomi negara (KDNK) lebih baik daripada Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain negara Asean.   [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, BN Arau ]
5. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ]  minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang telah ditahan atas sebab penglibatan dengan jenayah pada 2011 dan 2012. [ Soalan Tambahan : BN Mukah, PAS Pokok Sena ]  

6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan jumlah pelaburan asing (FDI) sejak 2008-2012 mengikut negeri-negeri destinasi.    [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Silam ]

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kesediaan memberi peruntukan kewangan yang besar di kawasan Libaran dan Sandakan bagi menjayakan kawasan tersebut sebagai hab pendidikan utama Pantai Timur Sabah.    [ Soalan Tambahan : BN Libaran ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan sejauh mana kajian keberkesanan penggunaan teknologi perubatan (nuklear) dalam 'diagnosa' dan rawatan perubatan.   [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan jalan-jalan, jambatan dan kemudahan berkaitan yang akan dinaiktaraf dengan bermulanya operasi pelabuhan Tok Bali yang kini digunakan untuk mengeksport bijih besi.  

33. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan mengenai  berapakah jumlah kutipan jualan dan duti eksais untuk jualan kereta  setiap tahun sejak tahun 2000.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1.  Menteri Kewangan  * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 September, 2012) 
DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus 
empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran 
perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 September, 2012) 

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh ] [ rehat ] [ Sambungan Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Rembau, DAP Bagan, BN Tebrau, PAS Marang, BN Hulu Selangor, ]

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

Thursday, September 27, 2012

Dewan Rakyat 27 Sept 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ]  minta  MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah pelaksanaan jalan dari Ba'kelalan ke Bario dan Ba'kelalan ke sempadan Indonesia di bawah Projek Jiwa Murni dijalankan.

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan apakah rasional pelaburan Proton melalui Frazer-Nash Research (FNR) untuk membangun  'Electric Vehicles' (EV) atau kereta hybrid. Apakah implikasi kewangan dan pulangan kepada pelaburan tersebut.

3. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ]  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan nilai keuntungan perolehan eksport produk-produk berasaskan sawit pada masa ini dan berapa jumlah negara yang ditumpukan bagi mengeksport produk berasaskan sawit.

4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan kenapa bangunan Mahkamah baru di Klang terbengkalai dan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memajukannya semula.

5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai satu polisi untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak Autisme dan memberi bantuan kewangan kepada ibu
bapa yang mempunyai anak Autisme terutama di luar bandar untuk mendapat rawatan.

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan “Ops Selamat” sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang baru lalu dalam meminimumkan kadar  kemalangan jalanraya seluruh negara.                                                    

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan sejauh mana dasar mengenai pengisian perjawatan kenaikan gred guru bukan siswazah kepada gred guru siswazah
dilaksanakan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA  menyatakan jumlah keseluruhan kos terkini Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), tarikh jangka siap dan jumlah kos yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menanggung 50% pembiayaan kos projek tersebut sehingga kini.

14. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan setakat ini apakah sumbangan dan pencapaian sebenar yang diperolehi oleh Majlis Profesor Negara yang diwujudkan dan sehingga kini, apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan dan rakyat dengan
pewujudannya itu.

15. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tujuan cadangan Kerajaan menswastakan pemantauan dan penyenggaraan cerun di seluruh Semenanjung Malaysia.

39. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan sempadan kelautan bagi negerinegeri Semenanjung Malaysia terutama bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu berbanding
selepas menyertai Persekutuan.


c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang 
kedua sekarang.”  ( 26 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

[ Sambungan Perbahasan - PAS Kota Raja, BN Pandan, DAP Rasah, PKR Gombak ] [ Rehat ]

[ Sambungan Perbahasan - PKR Gombak, DAP Bukit Bintang, PSM Sungai Siput, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau ]

[ Menteri Gulong ]

2. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

Wednesday, September 26, 2012

Dewan Rakyat 26 Sept 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ]  minta MENTERI PELAJARAN  menyatakan sejauh manakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan Pelan Pembangunan
Pendidikan  (Education Blueprint) menjadikan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib sebagai asas dan menjurus kepada pembentukan perpaduan negara dalam kalangan murid serta usaha menyatupadukan murid daripada pelbagai kaum.  

2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah satu kajian semula dibuat berkenaan bayaran pampasan kepada keluarga mendiang A.Tamilarasi. Jika ya, bila. Nyatakan berapakah peningkatan kos jika cadangan pembinaan kolam renang di kem-kem dilaksanakan.  

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan kuota haji Malaysia tidak terjejas berikutan insiden
perhimpunan haram memandangkan senarai menunggu yang ramai iaitu 930,000 orang dan kuota yang sedia ada hanya  28,000 orang sahaja.  

4. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai mengapa anggota RCI yang dipilih dan dilantik untuk menyiasat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah adalah
orang-orang yang telah mengangkat sumpah di bawah Akta Sumpah Kerahsiaan. Ini bermakna mereka tidak boleh kemukakan apa yang mereka tahu tentang perkara yang lalu. Apakah kesannya jika mereka
tanpa kuasa untuk bersuara. Bagaimana pula dengan pegawaipegawai Kerajaan yang telah membuat sumpah yang sama dan terikat oleh OSA.  

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan mengapa harga tiket/tambang penumpang penerbangan pesawat MAS, MASWING dan AirAsia di negeri Sarawak adalah terlalu mahal. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian agar ada jaminan kepada rakyat bahawa tambang penerbangan akan diturunkan ke tahap yang lebih sesuai dengan kemampuan rakyat.  

6. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan :-  
(a) apakah kebajikan dan keistimewaan diberikan kepada Duta Khas ke China dan India serta peranannya mewakili Perdana Menteri; dan
(b) nyatakan jumlah kos bagi setiap rombongan rasmi dan tujuan sejak dilantik.

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan dapat menyediakan peruntukan di bawah Program Jiwa
Murni untuk membina dan menaik taraf jalan daripada simpang jalan Rumah Juing, Rantau Kurra ke Rumah Stephen, Liang Datu, ke Rumah Brian, Meruyu dan ke Rumah Sing, Karangan Ma.  

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bilangan pelajar dan negara asalnya di IPTA dan IPTS. Apakah bilangan (peratusan) pelajar yang menyalahgunakan
visa atau permitnya untuk kegiatan bukan pendidikan serta langkahlangkah untuk mencegahnya.        

9. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ]  minta MENTERI KERJA RAYA  menyatakan setakat mana cadangan pembinaan 2 jalan iaitu Jalan menuju ke Ulu Lemanak dengan jarak 36
kilometer dan jalan menuju ke Ulu Engkari dengan jarak 30 kilometer mendapat pertimbangan daripada Kementerian.  

10. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ]  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan setakat ini, berapakah jumlah syarikat telah diberi 'soft loan' di bawah
skim perladangan hutan, siapakah syarikat tersebut. Adakah sasaran penanaman semula hutan  (re-forestation) itu telah dicapai. Berapa hektar hutan telah ditanam semula di bawah skim tersebut atau skim
lain.  
                           
11. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ]  minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa peratus Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan Bahagian Mukah telah disiapkan dalam rancangan 2012 dan apakah masalah kelewatan dalam menyiapkan projek yang tertangguh di luar bandar.  

12. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan program Transformasi Mega Luarbandar (RTP), serta
keberkesanan rancangan jangka panjangnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan beban akibat daripada pelaksanaan dasar baru dalam kiraan bil elektrik sehingga pengguna menanggung beban kos berkali ganda.

37. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyelesaikan secara jangka panjang masalah air
yang berlaku di seluruh negara.


c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 30/2012) "Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis”  (25 September, 2012)  [ Menteri Kesihatan ] 

2. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

3. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

4. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

Tuesday, September 25, 2012

Dewan Rakyat 25 Sept 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarata [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan berapakah orang yang terlibat dalam kes rogol gadis bawah umur yang telah dihukum penjara bagi 10 tahun yang lalu.   

2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menambahbaik sistem pengangkutan di Lembah Klang memandangkan banyak tempat di Lembah Klang tidak dilalui oleh bas, LRT dan teksi. Apakah masalah dan halangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam pelaksanaan perancangan tersebut.   

3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ]  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah beliau sedar harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju kepada rakyat sekitar Lembah Klang dan beberapa bandar lain meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan apakah langkah Kerajaan dalam menangani masalah ini agar rakyat berpeluang membeli rumah dengan harga yang berpatutan.   

4. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan nama tempat-tempat di kawasan Segambut yang terlibat dalam banjir kilat pada 21 Ogos 2012, puncanya dan berapa buah keluarga yang menjadi mangsa. Apakah sumbangan Kerajaan yang diberikan kepada mangsa dan projek jangka panjang serta kosnya untuk menyelesaikan masalah ini.  

5. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah diambil Kementerian dalam usaha mengesan kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 
  
6. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan dibawah program 1Bestari:-   
(a) senaraikan sekolah-sekolah yang terlibat; dan 
(b) adakah kaji selidik telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah-sekolah yang terlibat dan adakah YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa.  

7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) sejauh manakah pelaksanaan Program  "Blue Ocean Strategy"  (oleh agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta belia negara ini agar mereka mengamalkan semangat kesukarelawan; dan 
(b) apakah jenis-jenis program yang telah dirangka bagi Gagasan Belia "1M4U", jumlah perbelanjaan dan impak yang diharapkan.  

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan berapakah kadar harga minimum minyak mentah dan kadar pengeluaran harian (tong sehari) yang diperlukan untuk menjadikan projek penerokaan medan minyak dan gas bersaiz kecil (marginal oil and gas field) melalui konsep Risk Service Contract  (RSC) yang berdaya saing dan ekonomikal.   

9. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan sejak kebelakangan ini kerapkali Mesin Juruwang (Automated Teller Machine-ATM) telah dilarikan oleh perompak, apakah langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil oleh bank yang terlibat supaya kejadian ini dapat dikekang.  

10. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan pendapatan isi rumah bulanan purata dan penengah bagi kumpulan isi rumah tertinggi 20%, pertengahan 40% dan terendah 40% mengikut etnik Melayu Semenanjung, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masingmasing.    

11. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) apakah perancangan Kerajaan untuk menentukan tiada berlaku 'overfishing' di laut Malaysia; dan 
(b) apakah perancangan Kerajaan untuk mengurangkan import makanan.  

12. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan adakah wajar Timbalan Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia mewajib dan merekodkan kehadiran pegawai dan kakitangan DBKL bagi menghadiri Himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak Luarbiasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Suci Mekah pada 14 hingga 15 Ogos 2012 yang lalu.  


c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”
(24 September, 2012)  [ Menteri Kesihatan ]

2. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

3. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan ]

4. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]

Monday, September 24, 2012

Dewan Rakyat 24 Sept 2012 (Isnin)


MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2012) bermula hari ini 24 SEPTEMBER  HINGGA 27 NOVEMBER 2012

Aturcara Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian yang telah dikecapi melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memastikan rakyat  menikmati kestabilan ekonomi dan ekonomi negara sentiasa berdaya saing dalam ekonomi global.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Kuala Selangor ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Kerajaan Persekutuan memandangkan sumber pendapatan tidak berkembang secara signifikan serta peningkatan hutang negara ke paras yang membimbangkan berjumlah RM437 billion dan defisit yang berterusan. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, ]

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan sejauh manakah tema sambutan hari kebangsaan "Janji Ditepati" diterima rakyat keseluruhannya berbanding dengan tema hari kebangsaan oleh negeri-negeri pembangkang serta sejauh manakah perbezaan tema menggambarkan kurangnya semangat "Kebangsaan".  [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Ipoh Timur ]

4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran mata wang asing (Forex) dari tahun 1990 hingga 2012. Siapakah yang dikenalpasti bertanggungjawab dan mengapakah tidak ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab.  [ Soalan Tambahan : DAP Bagan, BN Rembau, PKR Permatang Pauh ]

5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ]  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) pencapaian, kelemahan dalam Program Olimpik London 2012; dan
(b) perancangan Kementerian untuk Olimpik akan datang. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, DAP Batu Gajah ]

6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta  PERDANA MENTERI  menyatakan bagaimanakah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di Lembah Klang.  [ Soalan Tambahan : PKR Bandar Tun Razak, BN Sri Gading ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

12. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

20. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan  Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1.  Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2013
2.  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012
3. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan * Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012
4.  Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan
2012

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ]

[ Perbahasan - ] [ Rehat ] [ Perbahasan - ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008