Thursday, July 11, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Dewan Rakyat 10 Julai 2013 (Rabu)
Posted by mppas at 11:07 PM 0 comments
Labels: AUM DR 10 Julai 2013
Monday, July 8, 2013
Dewan Rakyat 9 Julai 2013 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 9 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membendung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini yang menyebabkan berlakunya kerisauan di kalangan rakyat tempatan.
2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (High Speed Train) di antara Singapura dan Malaysia. Apakah landasan kereta api tersebut akan melalui ke semua bandar besar di Semenanjung Malaysia dan apakah projek ini akan diberikan melalui tender terbuka.
3. Tuan Rozman Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian bagi meningkatkan kekerapan penerbangan dan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan mendarat di Labuan bagi memenuhi permintaan dan meningkatkan sektor pelancongan di Labuan kerana Labuan mempunyai sebuah lapangan terbang yang besar serta moden. Malangnya, jumlah penerbangan masih kurang menyebabkan kadar penggunaannya masih di bawah kapasiti.
4. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha Kementerian secara terperinci bagi menangani masalah mengenai dakwaan harga barang basah yang naik secara mendadak setiap hari dan membebankan rakyat biasa.
5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk melaksanakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) atau RTC Mini di kawasan Parlimen Sibuti khususnya di Bekenu kerana kawasan ini mempunyai potensi untuk dibangunkan serta aktiviti pertanian dan industri kelapa sawit sangat rancak di kawasan tersebut.
6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah kemudahan UNIFI akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Kelantan.
7. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci mengenai masalah banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan Kampung Bharu dan Dato' Keramat walaupun berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk pembangunan Terowong SMART; dan
(b) sekiranya ia berlaku kerana masalah perangkap sampah melebihi had di sungai-sungai, apakah pelan jangka masa panjang yang akan dilaksanakan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi mengatasi masalah ini.
8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan usaha Kementerian bagi mengurangkan masalah gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur.
9. Tuan Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan membina gelanggang futsal bagi setiap kawasan Parlimen khususnya di Sri Aman.
10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tempat letak kereta di sekitar kawasan perumahan awam Wangsa Maju.
11. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian untuk membanteras aktiviti mengemis yang berselindung atau memperalat kalangan pelajar-pelajar tahfiz atau anak-anak yatim yang masih berlaku seperti di bank-bank dan tempat Rehat & Rawat (R&R).
12. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Kerajaan akan membina tempat letak kereta pelbagai tingkat (multi-storey) di Hospital Umum Kuching.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah dan bagaimanakah Kaedah Agihan Peruntukan untuk Galakan/Promosi Pelancongan untuk Negeri Kelantan bagi tahun 2008 hingga 2013.
47. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan lanjutan usaha memurnikan hubungan antara agama bagi memastikan perpaduan kaum terjamin di negara ini.
48. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan bebanan kerja guru akibat pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah bagi menggalakkan penggunaan Termografi Pengkomputeran (Computerize Thermography) dan Radiografi Digital (Digital Radiography) dalam industri bagi mengurangkan dedahan sinaran kepada pekerja dan orang awam.
77. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kegagalan Keramat Mall menjadi pusat perniagaan walaupun kedudukannya amat strategik dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pusat ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.
78. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah royalti Petronas akan diberikan kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang layak.
84. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan cukai eksais dan cukai import kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dan berapakah penurunan cukai tersebut.
88. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat kajian khusus antara pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menyekat kebebasan murtad.
95. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMIDITI menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas-bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh Kerajaan.
2. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut :
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan;
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan;dan
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
DAN BAHAWASANYA-
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013 [Akta A1446];
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementeriankementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pmbangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukaan bagi maksud-maksud seperti yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsifungsinya; dan
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri, MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI, membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus-
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima bilion lapan ratus tiga puluh enam juta sembilan ratus tujuh puluh lima ribu sembilan ratus empat puluh tujuh ringgit (RM5,836,975,947) di bawah Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan;
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus empat puluh dua juta tiga ratus tujuh belas ribu seratus dua puluh tiga ringgit (RM242,317,123) di bawah Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud B.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi tujuh juta enam ratus lima puluh empat ribu lapan ratus tiga puluh empat ringgit (RM7,654,834) di bawah Maksud B.32 Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud B.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan-
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion sembilan ratus tujuh puluh lima juta seratus tujuh puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit (RM1,975,171,371) di bawah Maksud P.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud P.41 Kementerian Pendidikan;
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam puluh empat juta tiga ratus empat puluh ribu lapan ratus enam puluh ringgit (RM64,340,860) di bawah Maksud P.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima puluh tujuh juta tiga puluh ribu tiga ratus lapan puluh lima ringgit (RM57,030,385) di bawah Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud P.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.”
3. (D.R. 4/2013) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 [ Menteri Kewangan ] DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”
Posted by mppas at 11:10 PM 0 comments
Labels: AUM DR 9 Julai 2013
Saturday, July 6, 2013
Dewan Rakyat 8 Julai 2013 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 8 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah mekanisme "Fuel Cost Pass-Through" akan dilaksanakan oleh TNB dalam usaha mencerminkan keadaan sebenar kos bahan api.
2. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada peruntukan hampir RM27 juta untuk tempat pelupusan sampah Sungai Wangi, Manjung, Perak hanya untuk membina satu menara sampah atau masih ada kerja-kerja lain yang belum dibuat dan apakah langkah-langkah lain diambil untuk mengatasi masalah baki sampah di tempat pelupusan tersebut.
3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan sedar pada tahun 2011 Kerajaan Pusat telah mengarahkan kajian fisibiliti (feasibility study) dilaksanakan tentang pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu dengan perbelanjaan RM10 juta. Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan tapak untuk tujuan pembinaan lapangan terbang berkenaan di kawasan Silabukan, seluas lebih kurang 800 ekar. Apakah hasil dan keputusan kajian berkenaan dan mengapakah hasil kajian itu tidak didedahkan kepada umum.
4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tentang tahap keselamatan dan kesihatan di kem-kem PLKN:-
(a) jumlah kes kehilangan barangan peserta-peserta dalam kem, jumlah kes pecah masuk kem oleh orang luar dan berapa banyak kes gaduh antara peserta telah dilaporkan; dan
(b) jumlah peserta yang dijangkiti oleh virus dan apakah puncanya.
5. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha yang akan diambil oleh Kerajaan selain langkah-langkah yang telah diambil oleh FAM dalam melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti seterusnya dapat membantu memartabatkan mutu bola sepak negara.
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar; dan
(b) bagaimanakah jurang perbezaan ini antara masyarakat bandar dan luar bandar.
7. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan supaya individu yang diisytihar muflis dan disenarai hitam oleh institusi kewangan diberi peluang kedua keluar dari kemelut kebangkrapan melalui pelepasan automatik selepas tempoh tertentu.
8. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan pengedaran wang haram yang mengalir dalam negara yang mana penggurup wang haram memain peranan melakukan transit dalam negara dan langkah-langkah yang diambil untuk membendungnya.
9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah Kedai Rakyat 1 Malaysia diwujudkan di Lawas.
10. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 iaitu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya.
11. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah projek Hospital Daerah Pendang akan diteruskan memandangkan projek ini telah lebih 15 tahun tergendala. Bolehkah Kementerian memberikan sebab-sebab kelewatannya.
12. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hasil “Program 1 Pelajar 1 Laptop” dan perbezaannya dengan program Chromebook yang baru diumumkan, serta berapakah kos program Chromebook, bilakah pelaksanaannya, jumlah pelajar yang terlibat dan siapakah pembekalnya.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.
38. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian ke atas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & Company Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan, nyatakan kos pembangunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem kereta api berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.
47. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur.
50. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah plan Kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.
51. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua FELDA.
57. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah status sebenar lawatan YAB Perdana Menteri ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi Kerajaan dan apakah hasil daripada lawatan tersebut.
62. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha membersihkan Sabah daripada kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.
68. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM meningkatkan mutu bola sepak negara yang kini menduduki 'ranking' FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan pada masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bola sepak terutamanya di benua Asia, malahan pernah dua kali melayakkan diri dalam acara bola sepak di Temasya Sukan Olimpik; dan
(b) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh 'bookies' dalam sukan terutamanya bola sepak di negara ini, yang bukan sahaja menjejaskan mutu bola sepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index).
74. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.
75. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal "deliver" rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep/polisi bina dan jual (build and sell) industri perumahan di negara kita.
79. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013
c. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
Posted by mppas at 7:22 PM 0 comments
Labels: AUM DR 8 Julai 2013
Thursday, July 4, 2013
Dewan Rakyat 4 Julai 2013 (Khamis)
Posted by mppas at 6:41 AM 0 comments
Labels: AUM DR 4 Julai 2013
Wednesday, July 3, 2013
Dewan Rakyat 3 Julai 2013 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 3 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pelan pembangunan luar bandar terutama di Sarawak dan Sabah bagi mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi luar bandar.
2. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.
3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) apakah tindakan dan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian bagi menangani masalah liputan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang rendah di kawasan luar bandar. Ini penting apabila berlakunya hal melibatkan kecemasan di kawasan terbabit; dan
(b) adakah cadangan bagi mempertingkatkan sistem telekomunikasi dengan membina lebih banyak menara tambahan umpamanya.
4. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah janji untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu akan dilaksanakan, apakah kuasa pemberian permit diletakkan pada tangan Kerajaan Negeri dan sama ada permit untuk syarikat besar sedia ada akan ditarik balik demi memberi peluang ekonomi lebih besar kepada pemandu individu.
5. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina Balai Bomba seperti berikut:-
(a) Balai Bomba di Pekan Belaga, Bahagian Kapit; dan
(b) Balai Bomba di Penempatan Semula Sungai Asap, Daerah Belaga, Bahagian Kapit
6. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan program ekonomi berorientasikan pelancongan yang telah dibangunkan dalam Wilayah KETENGAH.
7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah program-program belia mendapat sambutan daripada belia di kawasan luar bandar dan sejauh mana penglibatan golongan belia dalam aktiviti pembangunan di kawasan luar bandar. Adakah Kementerian merancang untuk mewujudkan pusat-pusat usahawan untuk menjadi platform belia terlibat dalam bidang keusahawanan khasnya di kawasan luar bandar.
8. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah memastikan siswa perguruan di Institut Pendidikan Guru dan institusi pengajian tinggi tidak menganggur apabila Kerajaan tidak lagi menjamin mereka dilantik menjadi guru. Apakah langkah untuk menyesuaikan jumlah pengambilan baru dengan keperluan semasa.
9. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian akan mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang semakin meningkat di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor. Apakah perancangan Kementerian selepas projek Lebuh Raya LATAR di Kuala Selangor serta tindakan-tindakan lain dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Kuala Selangor.
10. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kos projek PPSMI sejak ia dilaksanakan.
11. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah terkini keseluruhan kakitangan awam persekutuan dalam seluruh negara yang status jawatan tetap; dan
(b) apakah usaha Kerajaan dalam menangani tuntutan ramai yang ingin berkhidmat dalam Kerajaan walaupun penempatan terhad.
12. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah Kementerian akan menaiktarafkan Kompleks Sukan di Sarikei. Kalau ada rancangan untuk membaik pulihkan Kompleks Sukan tersebut, berapakah kos bagi projek tersebut.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pampasan pengambilan tanah yang dibayar oleh Petronas kepada penduduk di Kerteh dan Pengerang bagi pembinaan zon perindustrian petroleum.
59. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah 'wang ehsan' yang telah dibelanjakan di negeri Kelantan dan apakah mekanisme yang dipakai untuk pengagihan wang tersebut.
68. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik enrolmen kanak-kanak pra sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar.
70. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peruntukan pembangunan kecil kawasan Parlimen untuk semua Ahli Dewan Rakyat akan diambil kira dalam pembentangan Bajet 2014 nanti.
72. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas kegagalan mematuhi peraturan pilihan raya mengenai dakwat kekal.
73. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah status pembayaran Wang Pajakan (Cession Money) kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini.
81. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) berapa banyakkah projek-projek yang telah diusahakan dibawah skim "techno fund" dan yang dapat dikomersilkan.; dan
(b) berapakah jumlah dana atau peruntukan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk projek "techno fund" ini.
82. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jambatan antara Pengkalan Kubor dan Takbai, Thailand akan dibina.
83. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
(a) berapa jumlah saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dikeluarkan sejak ia mula dikuatkuasakan; dan
(b) berapa jumlah bayaran yang telah dibayar kepada syarikat pengendali saman AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dari kutipan saman AES tersebut.
Posted by mppas at 6:25 AM 0 comments
Labels: AUM DR 3 Julai 2013
Monday, July 1, 2013
Dewan Rakyat 2 Julai 2013 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) [ KLIK ] 2 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah benar bahawa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu oleh pengganas dari Sulu yang merupakan pengikut kepada Sultan Kiram III turut melibatkan rakyat Malaysia. Jika ya, apakah tindakan susulan diambil mengenai perkara tersebut.
2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kelewatan proses mahkamah perusahaan dan kebanyakan kes tertangguh dan sepatutnya ia perlu diselesaikan dalam sekitar dua tahun sahaja dan berapakah jumlah kes yang tertangguh dari Jun 2008 sehingga Jun 2013.
3. Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah Kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta-kereta yang diimport supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji-janji yang diberikan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas.
4. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramai pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di seluruh negara. Secara purata berapakah kos rawatan seorang pesakit yang menerima rawatan hemodialisis dalam setahun.
5. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang telah diluluskan Kerajaan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak 5 tahun kebelakangan ini terutamanya bagi Bintulu, Sarawak; dan
(b) berapa banyak kes yang masih tertunggak dan apakah sebab kelewatan sedangkan kebanyakan permohonan ini terdiri daripada anak-anak kelahiran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak tetapi kedua-dua ibu bapa kandung tidak mempunyai dokumen kelahiran
6. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati.
7. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peratusan import gandum dari Amerika Syarikat sepanjang 5 tahun yang lalu. Apakah Kementerian maklum bahawa ada negara (seperti Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan dengan skandal “genetically modified organisms” (GMO) secara terbuka.
8. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah masa yang perlu diambil bagi menyediakan jalur lebar WIFI secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan raya Umum Ke-13.
9. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap kadar penembusan jalur lebar nasional dan juga pencapaian mengikut negeri-negeri. Bagaimanakah kaedah pengiraan kadar penembusan ini dilakukan.
10. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa berlaku kekerapan kes gangguan bekalan elektrik yang melebihi tempoh 6 jam tanpa ada notis pada penduduk. Rujukan aduan di kawasan Teluk Intan seperti di Taman Teluk Intan, Taman Sri Jaya, Taman Indah Jaya dan Taman Ros.
11. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan menyegerakan pembinaan hospital baru di Seri Iskandar bagi menggantikan Hospital
Cangkat Melintang yang telah lama dan kurang kemudahan.
12. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah jenis projek kemajuan luar bandar yang telah dilaksanakan untuk menaiktarafkan kehidupan rakyat di luar bandar di Sarikei dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan 5 tahun yang akan datang. Berapakah peruntukan yang telah diperuntuk untuk pembangunan projek kemajuan di luar bandar di Sarikei.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah konsesi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) akan tamat. Berapakah keuntungan PLUS sehingga kini.
24. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Menteri telah mengeluarkan kenyataan akan memberi kesamarataan kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Apakah Kementerian bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan
untuk membina dan menyiapkan sebuah stadium baru di Bukit Merbau.
36. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikannya.
47. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama.
55. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) kos asal dan kos semasa berkaitan pembinaan Jalan Yahya Ahmad, Bandar Dungun (Ruj: Menaiktaraf Simpang Kuala Dungun: Laluan 127 Dungun Terengganu); dan
(b) apakah tindakan Jabatan Kerja Raya Dungun bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan keperluan pengguna jalan terlibat selaras dengan taraf Dungun sebagai sebuah Majlis Perbandaran.
57. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah sumbangan signifikan yang telah diberikan oleh Parlimen Belia sejak ia ditubuhkan.
58. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Konsep Federalisme dalam pentadbirannya dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri khususnya berdasarkan peruntukan Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan dan bagaimanakah ia dilaksanakan.
60. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada Kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar.
70. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh air bertakung yang sering berlaku di kawasan-kawasan sebelah Malaysia di tepi Sungai Golok.
78. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanan program beras nasional gred ST15%.
84. Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa bilangan guru-guru yang telah lulus daripada IPG atau UPSI yang belum dan sudah ditempatkan.
Posted by mppas at 11:26 PM 0 comments
Labels: AUM DR 2 Julai 2013
Taqwim Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.
Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)
3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.
Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011
Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)
Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]
USUL-USUL MP PAS
68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )
69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)
Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011
7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011
4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011
Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010
28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010
MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)
Ahli Parlimen 2008-2012
Taqwim Dewan Rakyat Ke 12
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)
2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.
3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)
Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.
2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.
3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010
Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).
2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).
3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)
Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap
2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap
3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap
Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Ahli Dewan Negara
Senator Puan Hjh Mumtaz bt Md Nawi - Lantikan DUN Kelantan
Senator Wan Ubaidah binti Omar - Lantikan DUN Kelantan telah meletakkan jawatan kerana dilantik Exco Kerajaan Kelantan
Senator Haji Muhamad Yusof bin Husin - Lantikan DUN Kedah (26 Mei 2008 hingga 25 Mei 2011)
Senator Dato' Ahmad Rusli bin Ibrahim - Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan (7 Julai 2008 hingga 6 Julai 2011)
Takqwim Dewan Negara ke 12
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.
2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)
3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)
Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).
2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).
3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)
Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap
2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap
3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap
Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011
1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)
2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”
2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]
5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]
8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."
9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”
10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”
11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”
12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”