Wednesday, November 12, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 12 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah buangan berjadual (toxic wastes) yang dihasilkan oleh industri di negara kita pada tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008. Dari jumlah tersebut nyatakan jumlah yang dihantarkan ke tapak pelupusan kualiti alam.
- Soalan tambahan - BN Mambong, DAP Batu Gajah

2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah memperkasakan pihak polis untuk mencegah jenayah dan menjamin keselamatan di bandar. (TIDAK HADIR)

3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai rakan negara ASEAN dalam menangani pergolakan di Selatan Thai yang melibatkan konflik agama yang telah berlaku sejak sekian lama dapat diselesaikan menerusi saluran diplomatik hasil daripada hubungan baik kedua-dua buah negara.
- Soalan tambahan - BN Arau, PAS Kubang Kerian (Teks sila klik),

4. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan diserahkan kepada Petronas atau Khazanah Nasional untuk memastikan pengurusan yang berkesan.
- Soalan tambahan - PAS Tumpat (Teks sila klik), BN Kalabakan,

5. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab-sebab kenapa rakyat dan pekedai-pekedai di kampung-kampung dan kawasan-kawasan luar bandar mengalami kesukaran untuk mendapat bekalan beras 15%. Sebaliknya rata-rata bekalan beras 10% dan 5% mudah di peroleh.
- Soalan tambahan - BN Padang Besar, PAS Sik (Teks sila klik),

6. PR-1213-L15912 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjaga keselamatan nelayan yang beroperasi di kawasan perairan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
- Soalan tambahan - PKR Ketereh, PAS Rantau Panjang,

7. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan bercadang untuk menurunkan umur
kelayakan bagi memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat swasta daripada 21 ke 18 tahun; dan
(b) jika tidak, apakah sebab-sebabnya.
- Soalan tambahan - BN Tanjong Manis, BN Ledang,

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan piawaian yang digunakan oleh Kerajaan bagi menilai tahap kepimpinan seseorang mahasiswa dan graduan yang dihasilkan oleh universiti. Apakah faktor keseimbangan Emotion Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ) turut diambil kira di dalam menentukan kecemerlangan seseorang mahasiswa.
- Soalan tambahan - PAS Hulu Langat, BN Batu Pahat,

9. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang supaya Puspakom menggunakan (adopt) bengkel dari syarikat-syarikat besar seperti Toyota, Honda, Proton, dan lain-lain yang boleh dibekalkan dengan alat-alat pemeriksaan yang diperlukan, bagi memperbanyakkan lagi pusat pemeriksaan Puspakom dan meringankan tugas pemeriksaan kenderaan di pusat-pusat Puspakom di seluruh negara.
- Soalan tambahan - BN Kanowit, DAP Kepong,

10. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah rasionalnya menubuhkan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Persekutuan (JKKP) di bawah Kementerian kerana sudah ada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah berperanan dalam melaksanakan aktiviti pengawasan kampung.
- Soalan tambahan - PKR Balik Pulau, PKR Gombak,

11. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes penjualan bayi mengikut kaum di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2008. Nyatakan langkah Kerajaan untuk membanterasnya.
- Soalan tambahan - BN Batu Pahat, PAS Kuala Krai (Teks sila klik),

12. PR-1213-L15339 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah undang-undang yang melindungi pekerja yang bekerja dari rumah terutamanya golongan wanita. Jika tiada, apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi melindungi golongan ini.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 27 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana kenaikan kos dalam industri pembinaan akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar berasaskan petroleum akan memberi kesan kepada proses penyediaan rumah kediaman kepada penduduk negara ini.

Soalan No. 29 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan senarai syarikat yang memperoleh tender membekalkan rancangan-rancangan untuk RTM serta tempohnya.


Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Peraturan Mesyuarat oleh YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.

2. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala B20/P20 Kementerian Perusahaan Perladangan & Komiditi .

- Pembahas - PAS Kubang Kerian (Teks sila klik) (11.39 pagi); BN Mambong (11.51 pagi); Mesyuarat ditangguh; PAS Hulu Langat (Teks sila klik)(12.13 tengahari); BN Labis (12.16 tengahari); PKR Bandar Tun Razak (12.20 tengahari); BN Pontian (12.24 tengahari); PAS Bachok (Teks sila klik) (12.29 tengahari); BN Kuala Krau (12.34 tengahari); PKR Machang (Teks sila klik) (12.37 tengahari);

Menteri Menggulung
- Pencelahan - PAS Rantau Panjang (Teks sila klik)(12.50 tengahari); PKR Bandar Tun Razak (12.52 tengahari); DAP Ipoh Timur (12.59 tengahari); Mesyuarat Rehat.

- Pencelahan - PAS Tumpat (2.41 petang); PAS Pengkalan Chepa (Teks sila klik)(2.45 petang); BN (2.50 petang); BN Pasir Salak (3.00 petang); DAP Klang (3.04 petang); BN Putatan (3.09 petang); Bebas Tawau (3.11 petang); DAP Klang (3.19 petang); BN Mambong (3.22 petang)

- Pencelahan - DAP Batu Gajah (3.25 petang); PAS Rantau Panjang (3.31 petang); PAS Pokok Sena (Teks sila klik)(3.35 petang); BN Putatan (3.38 petang); BN Rompin (3.39 petang), PKR Machang (3.43 petang), BN Rompin (3.46 petang); PAS Pengkalan Chepa (3.48 petang); BN Rompin (3.49 petang); BN Mambong (3.55 petang); DAP Taiping (4.02 petang); PKR Machang (4.04 petang); BN Jasin (4.10 petang).

3. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B21/P21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani .

-Pembahas - BN Jempol (4.16 petang); PKR Kuala Kedah (4.22 petang); BN Arau (4.32 petang); PAS Pengkalan Chepa (Teks sila klik)(4.43 petang); BN Rompin (4.54 petang), PAS Pokok Sena (Teks sila klik); PKR Bagan Serai (5.05 petang); BN Batang Sadong (5.18 petang); PKR Padang Serai (5.25 petang);

Majlis mesyuarat tamat jam 5.30 petang dan ditangguhkan sehingga 10.00 pagi 13 November 2008

...... LAGI akan menyusul

Tuesday, November 11, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 11 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa ramaikah pekerja yang berasal dari negeri Sabah yang bekerja dengan syarikat sub-Kontraktor Petronas yang beroperasi di perairan Sabah; dan
(b) apakah rancangan Kementerian untuk melatih tenaga kerja dari negeri Sabah dalam bidang galian eksplorasi petroleum.
- Soalan tambahan - BN Putatan, BN Kinabatangan,

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) mengapa Klinik Kesihatan Ampang menghadapi waktu menunggu yang lama serta waktu kerja yang terhad dari Isnin hingga Jumaat serta bercuti pada hari cuti umum; dan
(b) apakah langkah Kementerian bagi mengatasi masalah seperti ini.
- Soalan tambahan - PKR Ampang, BN Jempol,

3. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah dan peratusan pemilikan premis perniagaan mengikut kaum secara keseluruhannya di bandar-bandar di negara ini dan apakah langkah-langkah berkesan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk menambah pemilikan premis perniagaan di kalangan Bumiputera.
- Soalan tambahan - BN Pontian, DAP Bukit Mertajam,

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan menganjurkan program meningkatkan taraf penggunaan Bahasa Inggeris untuk murid-murid Melayu di sekolah rendah di desa dan luar bandar supaya mereka boleh sedia bersaing apabila masuk ke peringkat sekolah menengah; dan
(b) jika ada, nyatakan apakah program-program tersebut, kesannya atau pencapaiannya.
- Soalan tambahan - DAP Telok Intan, BN Tuaran,

5. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk membuat penyelidikan dengan menggunakan biotek tentang dua jenis makanan yang terdapat di Sabah iaitu Tuhau dan Hinawa.
- Soalan tambahan - BN Ranau, BN Mambong,

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar, strategi dan perancangan Kerajaan dalam mendepani masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia.
- Soalan tambahan - PKR Machang, BN Rembau,

7. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sudahkah perjanjian dimeterai dengan Kesatuan Eropah untuk pengeksportan makanan laut Malaysia ke pasaran mereka dan bilakah pengeksportan ini dapat dimulakan semula.
- Soalan tambahan - BN Jerlun, DAP Kepong,

8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat terkini terhadap pecahan keluarga di Malaysia yang memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM 1000 sebulan, antara RM 1001 dan RM 2000 dan RM 2001 hingga RM 3000 sebulan dan seterusnya hingga RM 20,000 sebulan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain.
- Soalan tambahan - PSM Sungai Siput, BN Ledang,

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah kes penyeludupan di dalam negara semenjak penstrukturan harga minyak dibuat. Adakah Kementerian berpuas hati dengan keadaan setakat ini dan jika tidak, apakah langkah tambahan yang dicadangkan oleh Kementerian.
- Soalan tambahan - PAS Kuala Krai (11.23 pagi) (TEKS sila klik), PKR Lembah Pantai,

10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan Kementerian dalam RMK-9 bagi tahun 2006 hingga 2010 bagi negeri Kedah dan nyatakan aktiviti Kementerian di negeri Kedah bagi tahun 2006 hingga 2010. (Teks sila klik)

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kontrak (lantikan politik) yang dibiayai melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan.

Soalan No. 26 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan pihak JAKIM dalam isu penahanan tanpa bicara dari perspektif Islam.

Soalan No. 28 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah "kahwin lewat" dan masalah kadar penceraian yang tinggi dalam masyarakat di seluruh negara.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh YB Dr Mohd Hayati bin Othman, (Teks Usul, SILA KLIK) (11.31 pagi).

2. Menteri Kewangan akan menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B10-B12/P10 dan P70 Kementerian Kewangan.

- Pencelahan - BN Batu Pahat (11.40 pagi); DAP Bandar Kuching (11.47 pagi); DAP Ipoh Barat (11.48 pagi); PKR Padang Serai (11.53 pagi); PAS Marang (11.59 pagi); PAS Kubang Kerian (12.01 tengahari); PAS Pengkalan Chepa (12.03 tengahari) (Teks sila klik); PKR Padang Serai (12.05 tengahari);

- Pencelahan - PAS Bachok (12.11 tengahari) (Teks sila klik); PAS Kuala Selangor (12.13 tengahari); BN Pontian (12.15 tengahari); BN Batu Pahat (12.18 tengahari); DAP Kepong (12.25 tengahari); PAS Pokok Sena (12.32 tengahari) (Teks sila Klik); DAP Klang; BN Padang Besar (12.40 tengahari); BN Rembau (12.42 tengahari);

- Pencelahan - PAS Shah Alam (12.43 tengahari) (Teks sila klik); PKR Gombak (12.45 tengahari); PAS Pokok Sena (12.49 tengahari); Ipoh Timur (12.50 tengahari); BN Padang Besar (12.58 tengahari);

- Pencelahan - PKR Indera Mahkota (2.41 petang); PKR Gombak(2.43 petang); PAS Pokok Sena ( 2.54 petang); PKR Kuala Langat (2.58 petang); DAP Kota Melaka; PAS Pokok Sena (3.03 petang); DAP Batu Gajah (3.06 petang); PKR Padang Serai; PKR Permatang Pauh (3.13 petang); DAP Ipoh Timur (3.21 petang).

- Pencelahan - PKR Permatang Pauh (3.26 petang) (Teks sila Klik), PAS Pokok Sena (3.35 petang) (Teks sila Klik); DAP Ipoh Timur; PKR Padang Serai; BN Kinabatangan, BN Padang Besar, BN Pasir Salak, DAP Rasah; DAP Batu Gajah; BN Tuaran; BN Jasin;

- Pencelahan - PAS Titiwangsa (3.38 petang) (Teks sila klik), BN Batu Pahat, PKR Kuala Kedah, PAS Pokok Sena (4.02 petang), PAS Baling (Teks sila Klik); PAS Kuala Selangor (4.22 petang) (Teks sila klik); DAP PJ Utara; PKR Machang (4.33 petang), PAS Shah Alam (Teks sila klik), BN Rompin, PKR Indera Mahkota,

3. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala B20/P20 Kementerian Perusahaan Perladangan & Komiditi .

- Pembahas - PAS Tumpat (4.59 petang) (Tek sila klik), BN Rembau, PAS Pokok Sena (5.10 petang), BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian (5.29 petang)

Majlis ditamat pada jam 5.30 petang dan ditangguhkan 10.00 pagi 12 November 2008

..... LAGI akan menyusul

Perbahasan Dewan Rakyat 10 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan, (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjadikan Bursa Malaysia lebih menarik kepada syarikat-syarikat baru berbanding dengan bursa-bursa lain seperti Singapura dan Hong Kong. Apakah jumlah syarikat baru yang disenaraikan di Bursa Malaysia, Singapura dan Hong Kong. (TIDAK HADIR)

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sebab kegagalan Kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi, terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti perhentian bas Pudu Raya dan KL Sentral.
- Soalan tambahan - DAP Petaling Jaya Utara, BN Kalabakan,

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah kesan sampingan terhadap kenaikan harga petrol ke atas golongan berpendapatan rendah yang menggunakan motosikal baru-baru ini; dan
(b) apakah usaha pihak Kementerian dalam memantau keselamatan dan kebajikan penunggang motosikal dalam situasi ekoran daripada kenaikan harga petrol yang mendadak kebelakangan ini.
- Soalan tambahan - BN Bintulu, PAS Pengkalan Chepa (Teks sila klik),

4. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah peratusan penyelesaian yang dicapai bagi Permohonan Prosiding Pendamaian (reconciliation proceedings) iaitu sebanyak 21,618 kes yang dirujuk di bawah Seksyen 106 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) bagi tahun dari tahun 2004, 2005 dan 2006.
- Soalan tambahan - DAP Seremban, DAP Ipoh Barat,

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kelayakan hakim-hakim syarie dalam menyelesaikan kes-kes syarie yang banyak tertangguh dan berapakah jumlah kes syarie yang tertunggak sejak tahun 2006. (Tidak Hadir)

6. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah kadar radiasi bukan pengionan (non ionic radiation) yang dibenarkan di dalam menara telekomunikasi dan kadar selamat antarabangsa serta bagi setiap alat telefon bimbit yang dibenarkan.
- Soalan tambahan - PAS Pendang (Teks sila klik), BN Rembau,

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk melengkapkan golongan wanita dengan kemahiran keusahawanan terutama sekali dalam bidang pemasaran dan perakaunan perniagaan.
- Soalan tambahan - BN Batang Sadong, PKR Kuantan,

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan serta langkah-langkah untuk membantu pasangan di mana suami ataupun isteri rakyat Malaysia yang pasangan adalah warganegara asing yang menetap di Malaysia bagi memperoleh status penduduk tetap bagi mengelakkan berlaku masalah status satu pihak yang akan menjejaskan kebajikan anak-anak yang lahir daripada perkahwinan campur.
-Soalan tambahan - PKR Balik Pulau, BN Batu Pahat,

9. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kemajuan terkini Kolej Komuniti di seluruh negara dari segi kemudahan pembelajaran, tenaga pengajar, penerimaan masyarakat, 'relevancy' kursus yang diajar, employability graduan dan adakah mekanisme digunakan untuk memastikan program ini tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur.
- Soalan tambahan - BN mas Gading, PKR Sungai Petani,

10. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian itu bersedia membekalkan komputer riba berkos rendah secara percuma seperti projek "One Laptop Per Child” (OLPC) yang dibuat oleh negara maju bagi menggalakkan penguasaan ICT di kalangan pelajar.
- Soalan tambahan - PKR Ampang, BN Bukit Mertajam,

11. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan peratusan syarikat pengeksport Bumiputera, bidang-bidang perniagaan utama yang terlibat dan apakah langkah-langkah berkesan bagi jangka masa pendek dan panjang untuk menambah secara berlipat ganda jumlah pengeksport Bumiputera.
- Soalan tambahan - BN Pontian, PAS Kubang Kerian (Teks sila klik),

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kewajaran latihan bersama Polis dan Tentera yang diadakan baru-baru ini.

Soalan No. 19 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah pewujudan sayap swasta di hospital-hospital pengajar perubatan berjaya mengekalkan tenaga kerja doktor-doktor pakar daripada berhijrah ke sektor swasta (senaraikan jumlah penghijrahan sebelum dan selepas pelaksanaan)

Soalan No. 27 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kementerian sedar keadaan sebenar yang berlaku di dalam 2 anak syarikat milik RISDA (RISDA Plantation Sdn Bhd dan RISDA Pemasaran Sdn Bhd) mengenai berlakunya penyelewengan dalam pengurusan RISDA. Apakah dasar dan matlamat asal penubuhan RISDA untuk membantu petani dan peladang tidak penting lagi selepas diswastakan.

Soalan No. 28 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kewajaran Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) masih diteruskan di Kelantan memandangkan di negeri Sabah dalam proses pembubaran dan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kerajaan Persekutuan menyatakan sikap tidak akan menubuhkan Jabatan Persekutuan di negeri-negeri tersebut.

Soalan No. 33 -
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa banyak peminjam wang berlesen di seluruh negara dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengawal dan membanteras kegiatan peminjam haram atau along ini yang terus menerus mengiklankan perkhidmatan mereka dengan berleluasa.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh YB Salahuddin Ayub, (Teks lengkap akan disiarkan pada hari sidang). (Teks Usul, sila klik).

2. Kepala Bekalan & Pembangunan B10-B12/P10 dan P70 Kementerian Kewangan
- Perbahasan - PKR Permatang Pauh (11.41 pagi) (Teks sila klik); BN Jasin (11.58 pagi); PAS Pokok Sena (12.05 tengahari) (Teks sila klik); BN Batu Pahat (12.16 tengahari) (Pencelahan - PAS Pengkalan Chepa) (Teks sila klik); DAP Bagan (12.26 tengahari); PKR Machang (12.38 tengahari) (Teks sila klik); PAS Marang (12.49 tengahari) (Teks sila klik); BN Putatan (12.56 tengahari)

- Perbahasan - BN Kinabatangan (2.36 petang); Bebas Pasir Mas (2.47 petang); DAP Batu Gajah (2.59 petang); DAP Ipoh Timur (3.07 petang); PKR Padang Serai (3.22 petang); PAS Kuala Selangor (3.32 petang) (Teks sila klik); BN Rembau (3.44 petang); BN Arau (3.57 petang);

- Perbahasan - PKR Bandar tun Razak (4.08 petang); DAP ipoh Barat (4.20 petang); PAS Tumpat (4.29 petang) (Teks sila klik); DAP Rasah (4.42 petang); PKR Ampang (4.49 petang); DAP Bandar Kuching (4.54 petang); DAP Puchong (5.05 petang); PAS Baling (5.12 petang); PKR Indera Mahkota (5.24 petang);

Majlis tamat jam 5.36 petang ditangguh 10.00 pagi 11 November 2008

..... LAGI akan menyusul

Thursday, November 6, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 6 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan Kemas di seluruh negara mengikut taraf jawatan tetap, kontrak, sambilan dan sebagainya dan apakah Kerajaan bercadang untuk menyerapkan seluruh kakitangan kontrak yang ada ke jawatan tetap.
- Soalan tambahan - BN Maran, PAS Rantau Panjang,

2. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah peruntukan elaun kebajikan tergendala sehingga banyak antara mereka yang tidak dapat bantuan bulanan secara tersusun, mengapa ini berlaku.
- Soalan tambahan - PKR Subang, BN Batu Pahat,

3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan cadangan sesetengah pihak supaya tanda-tanda jalan dan nama-nama tempat ditulis dalam berbagai bahasa, demi untuk kemudahan pelancong yang datang ke negara ini.
- Soalan tambahan - BN Padang Besar, DAP Bukit Mertajam,

4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah progresif untuk membangunkan tanah-tanah terbiar di kampung-kampung (tidak termasuk tanah padi) dan apakah sumbangan terhadap tuan tanah dan mekanisme pemantauan supaya projek pembangunan tanah terbiar berjaya.
-Soalan tambahan - PAS Pengkalan Chepa, BN Arau,

5. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan namanama projek (Pembinaan Baru) Jalan Luar Bandar (JALB) yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Serian dalam RMK-9.
- Soalan tambahan - BN Serian, BN Bintulu,

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang tanpa izin bermula dari tahun 1997 hingga 2007 serta kos ke atas setiap seorang bagi menghantar pulang ke negara asal.
- Soalan tambahan - PKR Tanah Merah,

7. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pemeriksaan yang diambil untuk memastikan tayar terpakai import ada pada taraf keselamatan sebelum dijual kepada pengguna; dan
(b) bilangan kemalangan jalan raya akibat penggunaan tayar terpakai import. (TIDAK HADIR)

8. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaikkan harga atau subsidi padi berikutan dengan kenaikan melampau harga beras.
- Soalan tambahan - PAS Jerai, BN Ledang,

9. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kutipan pelbagai zakat yang berjaya dikutip oleh Kerajaan pada tahun 2006-2007 dan yang terkini serta langkah-langkah terbaru dan berkesan bagi memastikan mereka yang sepatutnya membayar zakat boleh melaksanakannya dengan cara yang mudah dan canggih.
- Soalan tambahan - BN Pontian, PAS Baling,

10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya berdasarkan penilaian pihak Kerajaan.
- Soalan tambahan - PAS Pasir Puteh, BN Muar,

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk membangunkan sebuah kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan.
- Soalan tambahan - BN Labuan, BN Mambong,

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan E-Petrol yang dikeluarkan untuk nelayan pesisir pantai sering mengalami masalah "server down", akibatnya hanya urus niaga pembelian yang terhad dapat dilakukan dan dalam amaun yang terlalu kecil. Adakah Menteri sedar perkara ini dan tindakan yang diambil bagi memastikan golongan nelayan terbabit mendapat apa yang telah diperuntukkan untuk mereka.
- Soalan tamabahan - masa soalan tamat.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14 - Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah sebenar projek-projek (ibu pejabat, balai, kompleks logistik, pusat latihan, lokap, maktab dan perumahan polis) di seluruh negara yang diuruskan oleh syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd. (PBLT) Berapakah nilai kesemua projek-projek tersebut; dan
(b) nyatakan kontraktor-kontraktor Bumiputera yang terlibat.

Soalan No. 18 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) punca pihak NTV7 dan 8TV dibenarkan menyiarkan program yang berunsurkan seks, menjolok mata dan tahyul seperti Desperate Housewives, Elly, Deal or No Deal, Beauty & The Geek, American's Next Top Model, Seekers, Ghost dan sebagainya; dan
(b) apakah program-program berkenaan telah benar-benar ditapis oleh pihak Kementerian sebelum ditayangkan.

Soalan No. 23 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah ada kuota secara persefahaman untuk memperoleh senjata di kalangan negara ASEAN bagi menguruskan perlumbaan senjata di antara negara anggota.

Soalan No. 29 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah hasil siasatan dalaman perisian keputusan Sukan Malaysia (SUKMA) dan adakah Kementerian juga menjalankan siasatan berkaitan isu kejohanan bola sepak Piala CYC yang mengakibatkan negara menanggung kerugian sehingga RM14 juta serta nyatakan hasil siasatan tersebut.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Menyambung Perbahasan Peringkat Jawatankuasa, Kepala Bekalan & Pembangunan B1-B9 dan B40/P6-P7 Jabatan Perdana Menteri
- Perbahasan -
i. PAS Kubang Kerian, (11.47 pagi), (Pencelahan - BN Kota Belud, BN Rembau, PAS Bukit Gantang, PKR Machang, PKR Padang Serai, DAP Taiping, BN Batu Pahat,)

ii. BN Kinabatangan (12.31 tengahari), iii. BN Batu Pahat (12.42 tengahari), iv. Bebas Pasir Mas (12.51 tengahari), v. BN Arau (2.31 petang), vi. PAS Kota Raja (2.41 petang), vii. PKR Gombak (2.52 petang), viii. BN Rompin (3.04 petang),

ix. DAP Bukit Mertajam (3.13 petang), x. BN Pasir Salak (3.20 petang),

DAP Batu Gajah dan Bandar Kuching di hukum keluar Dewan oleh Speaker dibawah peraturan Mesyuarat 44 (3)

Kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) menggulung perbahasan:
i. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohamed Nazri Aziz (3.43 petang) (Pencelahan: DAP Ipoh Timur, PKR Wangsa Maju, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam, PAS Tumpat, Bebas Pasir Mas, PKR Padang Serai,

ii. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (4.39 petang) (Pencelahan: PAS Pokok Sena, PKR Kulim Bandar Bharu, PKR Balik Pulau, PKR Machang, BN Padang Besar, PAS Tumpat, PKR Gombak, PAS Titiwangsa,)

Majlis Mesyuarat tamat jam 5.30 petang dan disambung pada 10.00 pagi 10 November 2008

..... LAGI akan menyusul

Wednesday, November 5, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 5 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kaedah sesuatu 'fatwa' yang diputuskan dan diselaraskan antara negeri-negeri yang mempunyai Mufti Kerajaan Negeri.
- Soalan tambahan - BN Batu Pahat, PAS Bachok (Teks sila klik)

2. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan menjadikan lapangan terbang Sultan Petra, Pengkalan Chepa untuk pengangkutan kargo bagi produk-produk pertanian dan produk industri kecil untuk eksport.
- Soalan tambahan - PAS Pengkalan Chepa (Teks sila klik), BN Arau

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Felda Penggeli Timur, Sungai Sibol, Linggiu, Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja telah mendapat hak milik tanah dan terletak di Parlimen Tenggara dan apakah perancangan Felda untuk membangunkan pekan-pekan kecil di ketujuh-tujuh rancangan ini untuk mewujudkan Pusat Pertumbuhan Bandar Baru.
- Soalan - BN Tenggara, PKR Machang (Teks sila klik),

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah penjimatan kewangan Kerajaan setelah penstrukturan semula subsidi minyak semenjak tahun 2005 dan berapakah yang telah dibelanjakan.
- Soalan tambahan - PKR Indera Makota, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik),

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan keluasan kawasan penanaman kelapa sawit di tanah gambut dan bagaimanakah pengairan dan saliran diurus dengan baik agar tidak berlakunya "subsidence".
- Soalan tambahan - BN Mambong, DAP Telok Intan,

6. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sebab Kerajaan memindahkan operasi Air Asia dari lapangan terbang Terminal 2, Kota Kinabalu yang menelan ratusan juta ringgit ke Terminal Utama selepas siap nanti. Apakah Kerajaan mengakui kesilapan ini dan bukankah tindakan ini
suatu pembaziran.
- Soalan tambahan - BN Kota Kinabalu, BN Putatan,

7. Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk melakukan penilaian semula terhadap nilai tanah rizab Melayu memandangkan nilai tanah rizab Melayu kini dinilai sebagai kelas ketiga (berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pihak bank perdagangan yang memberi nilai kelas pertama dan kedua kepada tanah-tanah ‘freehold’ dan ‘leasehold’ ).
-Soalan tambahan - PKR Kuala Krau,

8. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jenis program pemulihan yang diberikan kepada pesalah-pesalah juvana, apakah kategori umur pesalah juvana dan bagaimana pihak penjara melayan pesalahpesalah juvana sewaktu dalam tahanan.
- Soalan tambahan - PKR Padang Serai, BN Muar,

9. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan program "Baucer Tuisyen" di seluruh negara bagi tahun 2007 serta jumlah pelajar yang mendapat faedah dan apakah tahap kejayaan program ini.
- Soalan tambahan - BN Maran, PAS Sik (Teks sila klik),

10. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan langkah yang akan diambil bagi merapatkan jurang digital bandar luar bandar apabila projek 'high-speed broadband' dilaksanakan, dan adakah benar satu projek infrastruktur 'broadband' baru akan dicadangkan khusus untuk dimanfaatkan oleh penduduk luar bandar.
- Soalan tambahan - PAS Kuala Krai (Tek sila klik)

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan laporan perkembangan Projek National Fidlot Centre (NFC) yang bernilai RM170 juta di Gemas, Negeri Sembilan yang bakal meningkatkan bekalan lembu daging daripada 23% (tahun 2005) kepada 37% (tahun 2010).

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf Pondok Polis Lubuk Merbau, Padang Terap kepada balai polis memandangkan jumlah penduduk yang semakin bertambah mencecah 10,000 sedangkan kekuatan anggota hanya 3 orang.

Soalan ke 31 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta bidang-bidang yang diterokai oleh syarikat-syarikat terbabit.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang (PKR Permatang Pauh) (11.31 pagi) (Teks sila klik).

2. Peraturan mesyuarat mengenai kesahihan Ucapan Menteri Kewangan semalam semasa menggulung perbahasan bajet 2009. (11.45 pagi)
- DAP Ipoh Timur, PKR Permatang Pauh, PAS Tumpat, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Shah Alam, PKR Batu, PAS Kota Raja,DAP Ipoh Barat, BN Muar, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, (Teks sila klik)

DEWAN DITANGGUHKAN dan disambung kembali pada jam 2.30 petang.

3. Pemasyhuran Speaker mengenai Penggulungan Perbahasan bajet 2009 oleh Menteri Kewangan semalam (4 November 2008)
- Pencelahan - PAS Kubang Kerian, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur, Timbalan Menteri Kewangan (BN Tambun), PKR Permatang Pauh,

4. Kepala Bekalan & Pembangunan B1-B9 dan B40/P6-P7 Jabatan Perdana Menteri (2.50 petang)
- Perbahasan -
i. DAP Ipoh Timur (2.51 petang) (Pencelahan - BN Padang Besar, PKR Gombak, BN Pasir Salak, )
ii. PKR Permatang Pauh (3.45 petang) (Pencelahan - PKR Balik Pulau, BN Pasir Salak, PAS Shah Alam,
iii. DAP Ipoh Barat (4.30 petang)
iv. PSM Sungai Siput (Pencelahan - BN Rembau, PAS Tumpat, PAS Shah Alam, PAS Rantau Panjang, PKR Machang, PAS Pendang, )
v. PAS Kubang Kerian (5.17 petang) (Pencelahan - PAS Pendang, )

Mesyuarat tamat 5.30 petang dan disambung jam 10.00 pagi esok Khamis 6 November 2008.

..... LAGI akan menyusul

Tuesday, November 4, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 4 November 2008

Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Dipertua
Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah agresifnya petani-petani menukar kegiatan pertanian makanan kepada pertanian untuk biofuel di negara ini berbanding negara-negara lain.
- Soalan tambahan - PAS Bachok (Teks sila klik),

2. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa banyak peruntukan Kerajaan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 memandangkan hanya 21 juta pelancong asing melawat Malaysia dalam tahun berkenaan berbanding 92 juta yang melawat Thailand serta sejauh manakah usaha Kementerian untuk menyelamatkan industri pelancongan dari dimangsakan oleh sentimen politik kepartian.
- Soalan tambahan - PAS Shah Alam (Teks sila klik), BN Rembau

3. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan strategi yang terbaru dan yang perlu digunakan bagi membendung gejala penyebaran berita yang tidak berasas melalui media cetak mahupun media elektronik.

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pihak-pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab menjalankan penyiasatan terhadap pegawai-pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan orang awam memberi maklumat mengenai aktiviti rasuah dan penyelewengan.
- Soalan tambahan - Bebas Tawau, BN Arau

5. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah institusi dan alat perundingan yang boleh diguna untuk membantu para peniaga menghadapi kemerosotan/kemelesetan ekonomi sekarang ini dan bagaimanakah proses ini dikendalikan dan bagaimana maklum balas daripada ini diambil kira untuk tindakan seterusnya.
- Soalan tambahan - PAS Tumpat (Teks sila klik), BN Ledang

6. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah pencemaran air di Pulau Burung semakin membimbangkan. Apakah langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah pencemaran. Adakah pihak nelayan sanggup memberi pampasan yang ditentukan oleh pihak Kerajaan kepada mangsa-mangsa pencemaran air.
-Soalan tambahan - PKR Nibong Tebal, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik),

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha yang dilakukan bagi menggalakkan sektor swasta menaja pelbagai program belia sebagaimana program-program sukan. Apakah pihak Kementerian bersedia mengemukakan cadangan untuk pelepasan cukai atau pemberian pelbagai insentif lain kepada pihak swasta yang menaja aktiviti, program atau kegiatan belia dan pertubuhan belia.
- Soalan tambahan - BN Lenggong, PAS Jerai (Teks sila klik).

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah persediaan sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan sistem LRT, KTM Komuter dan Monorel. (Tidak Hadir)

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah langkah dan usaha Kementerian untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran padi di negara ini; dan
(b) berapakah anggaran keluaran padi negara yang dijangka bagi 5 tahun akan datang dan di manakah letaknya jelapang padi yang akan diusahakan khususnya di negeri Sabah.
- Soalan tambahan - BN Putatan, PKR Machang

10. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelaburpelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.
- Soalan tambahan - DAP Bakri, BN Tenggara

11. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) jumlah graduan sarjana muda, sarjana dan PhD yang telah dilahirkan oleh Universiti Malaysia Sabah sejak ia mula beroperasi pada tahun 1994; dan
(b) berapakah pula daripada jumlah tersebut pelajar dari negeri Sabah.
- Soalan tambahan - BN Kota Belud,

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah mahkamah syariah mempunyai kuasa dalam kes liwat dan qazaf.

Soalan No. 23 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan lawatan ke luar negeri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk tempoh tahun ini.

Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh YB Dato' Ibrahim Ali (Bebas Pasir Mas) (11.31 pagi)
2. Menyambung Penggulungan Perbahasan Bajet 2009
1. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam (BN/ MIC Segamat) (11.35 pagi)
- Pencelahan - DAP Serdang, DAP Bukit Bintang, DAP Ipoh Barat, PAS Pendang (Teks sila klik), PKR Kuala Langat, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Teluk Intan, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik).

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir bin Abdul Samad (BN/ Umno Johor Bahru) (12.41 tengahari)

3. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (12.49 tengahari)
- Pecelahan - DAP Kepong, DAP Batu Gajah, DAP Beruas, DAP Ipoh Barat,

4. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui (BN/ SUPP Miri) (3.05 petang)
- Pencelahan- DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Krai (Teks sila klik), PAS Rantau Panjang (Teks sila klik), BN Kapit, DAP Bukit Mertajam, PAS Padang Terap (Teks sila klik), BN Tuaran, PAS Kubang Kerian (Teks sila klik), DAP Beruas, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik),

5. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Ismail Sabri bin Ab Yaakob (BN/ Umno Bera) (4.00 petang)
- Pencelahan - PAS Pokok Sena, PAS Jerai (Teks sila klik), BN Batu Pahat, PKR Machang

6. Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (BN/ Umno Pekan) (4.30 petang) (sebagai Kementerian yang menggulung perbahasan)
- Pencelahan - PAS Tumpat (Teks sila klik), PKR Permatang Pauh (Teks sila klik), PAS Pokok Sena, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur, DAP Bukit Gelugur, DAP Puchong, PKR Batu,


..... LAGI akan menyusul

Monday, November 3, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 3 November 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ BN Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah baru yang kreatif dan berkesan agar pengguna mengubah gaya hidup ke arah perbelanjaan berhemah dan bagaimana kempen pengguna bijak boleh dijayakan secara meluas sehingga kepada rakyat di luar bandar.
- Soalan tambahan - BN Pontian, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik)

2. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ PKR Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa pihak Kerajaan tidak membenarkan buruh asing khasnya dari Indonesia untuk bekerja di sektor perhutanan terutamanya dalam industri kayu bakau.
- Soalan tambahan - PKR Bagan Serai

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ BN Kota Belud ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah Tabika Perpaduan di seluruh negeri Sabah; dan
(b) apakah Kementerian bercadang menyerapkan guru-guru kontrak Tabika Perpaduan yang telah lama berkhidmat ke jawatan tetap bagi membela nasib mereka.
- Soalan tambahan - BN Kota Belud, PKR Gombak

4. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) memandangkan keadaan industri pembinaan yang sedang merudum, adakah Kerajaan berhasrat untuk menurunkan pembayaran 0.25 peratus dari jumlah kontrak kepada CIDB (Construction Industry Development Board); dan
(b) berapakah nilai terkumpul yang dikutip melalui CIDB selama 5 tahun kebelakangan ini.
- Soalan Tambahan - DAP Petaling Jaya Selatan BN Bintulu

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ BN Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) setakat mana perkembangan Pelaksanaan Persijilan Halal yang dilaksanakan (HDC) di Malaysia; dan
(b) bagaimana penerimaan negeri-negeri di Malaysia tentang pelaksanaan Pensijilan dan Logo Halal (HDC).
- Soalan tambahan - BN Sipitang, PAS Kota Raja (Teks sila klik)

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ PAS Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan data tentang sejauh manakah Kerajaan memanfaatkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan di dalam bidang bioteknologi untuk dikomersialkan. Berapa ramaikah pula siswazah bioteknologi yang bekerja di dalam bidang berkenaan.
- Soalan tambahan - PAS Hulu Langat (Teks sila klik), BN Rembau

7. Dato' Lilah bin Yasin [ BN Jempol ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi meningkatkan pencapaian ekonomi golongan belia.
- Soalan tambahan - BN Jempol, DAP Batu Kawan

8. Tuan Roslan bin Shaharum [ PAS Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pelaksanaan jalan luar bandar dalam RMK-9 dari segi peruntukan perbelanjaan, jumlah yang telah dan akan dilaksanakan serta bentuk tender yang dilaksanakan. (TIDAK HADIR)

9. Dato' Seri Tiong King Sing [ BN Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah syarat-syarat serta kriteria yang diperlukan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi pelajar lepasan STPM di mana ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang gagal untuk memasuki ke institut berkenaan ; dan
(b) berapakah jumlah pelajar lepasan STPM yang telah membuat permohonan memasuki ke IPTA pada tahun 2008 ini serta berapakah jumlah yang telah berjaya.
- Soalan tambahan - BN Bintulu, Bebas Pasir Mas

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ PKR Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk memastikan pelabur-pelabur khususnya di sektor perkilangan bertanggungjawab kepada pekerja sekiranya berlaku penamatan operasi kilang tersebut.
- Soalan tambahan - PKR Kuala Langat, BN Arau

11. Tuan Chua Tee Yong [ BN Labis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pelaksanaan projek E-Kesihatan sehingga sekarang. Apakah Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek ini memandangkan perjanjian ini telah ditandatangani oleh pihak Kerajaan dengan kontraktor terbabit.
- Soalan tambahan - DAP Cheras

12. Tuan Chong Chieng Jen [ DAP Bandar Kuching ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab-sebab masalah kekurangan guru di SJK(C) yang wujud sepanjang masa ini dan apakah langkah-langkah baru yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. (Tidak hadir)

13. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ BN Papar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah keseluruhan pelanggan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menggunakan dan memanfaatkan sistem pendaftaran syarikat secara on-line sejak ianya dilancarkan dan menyatakan keuntungan keseluruhan yang telah diperoleh oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak tahun 2004-2007. (Tidak Hadir)

14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ PAS Padang Terap ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan terma utama dalam "Condition Contract" yang telah ditandatangani oleh Kerajaan dan MMC-GAMUDA JV baru-baru ini bagi pelaksanaan projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar.
-Soalan tambahan - PAS Padang Terap (Teks sila klik), PAS Kubang Kerian

15. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan secara tegas dalam menghadapi kegiatan demonstrasi haram oleh pertubuhan-pertubuhan politik dan NGO's di negara ini.
- Soalan tambahan - DAP Bagan, BN Paya Besar

16. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kes-kes yang melibatkan penguatkuasaan Maritim terhadap nelayan tempatan yang menjadi 'tonto' laut kepada sindiket yang membawa masuk pendatang haram ke perairan negara ini. (Tidak Hadir - Cuti sakit)

17. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan sekolah Kluster dan nyatakan bukti-bukti kejayaan rancangan tersebut.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak wang rakyat yang dibelanjakan untuk menangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan 15 kereta peronda polis digunakan beserta Unit Tindakan Khas (KHAS) yang lengkap bertopeng dan bersenjata lengkap.

Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)

Menyambung Penggulungan Perbahasan Bajet 2009
1.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Haji Nordin (BN/ Umno Pasir Gudang) akan menyambung penggulungan Perbahasan Bajet 2009 (11.32 pagi)
- Pencelahan - DAP Kepong, PAS Pengkalan Chepa (Teks sila klik), BN Rompin, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik), DAP Segambut, DAP Ipoh Timur, PAS Padang Terap (Teks sila klik),

2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa bin Mohamed (BN/ Umno Jeli) (12.37 tengahari)
- Pencelahan - PAS Pengkalan Chepa (Teks Sila Klik), DAP Klang, PAS Sik (Teks sila klik), BN Arau, PAS Pokok Sena, BN Putatan, Bebas Pasir Mas, PKR Machang (Teks sila klik)

3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus @ Johnity Ongkili (BN/ PBS Kota Marudu) (3.06 petang)
- Pencelahan - PKR Balik Pulau, BN Pasir Salak, PKR Kelana Jaya, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik), DAP Ipoh Timur, DAP Seputeh, PAS Pendang (Teks sila klik).

4. Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Dato' Othman Said (BN/ Umno Pengerang) (4.01 petang)
- Pencelahan - BN Jempol, BN Kimanis, BN Batu Pahat, PAS Hulu Langat, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah, PAS Rantau Panjang, PAS Jerai, DAP Bukit Bintang, BN Pasir Salak, BN Putatan, DAP Kota Melaka, PKR Wangsa Maju, DAP Ipoh Timur,

5. Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Zulhasnan bin Rafique (BN/ Umno Setiawangsa) (5.18 petang)
- Pencelahan - PKR Lembah Pantai, DAP Segambut, PKR Wangsa Maju, DAP Bukit Bintang, PKR Batu, DAP Cheras, DAP Kepong, DAP Seputeh,

6. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas (BN/ PBB Betong) (6.25 petang)
- Pencelahan - BN Putatan, PKR Machang, DAP Kepong, PKR Petaling Jaya Selatan

7. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim bin Haji Ukin (BN/ Umno Beaufort) (7.07 petang)
- Pencelahan - PKR Wangsa Maju,

8. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, Puan Noriah binti Kasnon (BN/ Umno Sungai Besar) (7.41 malam)
- Pencelahan - DAP Kepong, DAP Bukit Mertajam, BN Tenggara, BN Bintulu,

9. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh bin Haji Omar (BN/ Umno Tanjong Karang) (8.12 malam)
- Pencelahan - DAP Kepong, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Rasah, BN Kinabatangan,

10. Menteri Kerjaraya, Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed (BN/ Umno Sepang) (8.49 malam)
- Pencelahan - DAP Kepong, DAP Ipoh Barat, PAS Kubang Kerian, DAP Rasah, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Kuala Selangor,

11. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman bin Abu Mansor (BN/ Umno Tampin) (9.48 malam)
- Pencelahan - DAP Petaling Jaya Utara, DAP Rasah, PAS Kubang Kerian, PKR Kuala Kedah, PAS Kuala Selangor, BN Kinabatangan, DAP Ipoh Timur, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong,

12. Menteri Kesihatan, Dato' Liow Tiong Lai (BN/ MCA Bentong) (10.50 malam)
- Pencelahan - BN Maran, BN Arau, DAP Kepong, PSM Sungai Siput,

13. Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery bin Cheek (BN/ Umno Kemaman) (11.14 malam)
- Pencelahan - DAP Batu Gajah, DAP Rasah, BN Kinabatangan, DAP Kota Melaka, BN Sri Gading,

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 malam.

..... LAGI akan menyusul

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008