Wednesday, November 11, 2009

Dewan Rakyat, 11 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah telah diambil bagi memastikan sistem pertahanan negara sentiasa dikemas kini serta status pembelian helikopter bagi menggantikan helikopter NURI dan sistem lama yang lain. [ Soalan tambahan: BN Parit, DAP Kepong ]

2. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan atau GLC bagi melancarkan dan mempromosikan konsep 1 Malaysia ; dan
(b) nyatakan jumlah dan punca peruntukan Kerajaan dalam program ini. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kementerian bersedia untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak dan gas. [ Soalan tambahan: BN Tanjong Malim, BN Ranau, DAP Beruas ]

4. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya semasa Ops-Sikap untuk hari perayaan setiap tahun mulai 2005-2009. [ Soalan tambahan: DAP Gopeng,

5. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU mental mengikut negeri setakat ini dan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian kesihatan serta NGO bagi memperkenalkan program yang lebih berkesan untuk memastikan golongan malang ini betul-betul dapat hidup berdikari dalam masyarakat kerana kita masih melihat ada yang merayau di merata tempat termasuk dalam Bandaraya Kuala Lumpur. [ Soalan tambahan: BN Mas Gading, DAP Batu Gajah ]

6. Tuan Charles Anthony A/L R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan Kerajaan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi kalau bentuk pemulihan ekonomi dunia bertukar daripada U ke W seperti yang di ramalkan oleh ahli-ahli ekonomi. [ Soalan tambahan: DAP Klang ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk program dan aktiviti yang bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan kaum di samping sambutan Hari-hari Perayaan Kaum yang diraikan tiap-tiap tahun. Kenapa dan apakah faktor-faktor penyebab yang seolah-olah usaha di atas gagal menyatukan semua kaum di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Maran ]

8. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) adakah benar kontraktor-kontraktor perkhidmatan bangunan Kerajaan diwajibkan dan dikehendaki menghantar semua pekerja mereka menghadiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dalam tender tersebut; dan
(b) jika benar kenapa peraturan ini diwajibkan dan berapakah yuran menghadiri kursus dikenakan bagi setiap pekerja, bagi memperoleh sijil kehadiran.
[ Soalan tambahan: PAS Bukit Gantang ]

10. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dengan perincian berdasarkan kaum dan jantina:-
(a) jumlah permohonan Bantuan Kebajikan yang diterima di kawasan Parlimen Seremban (P:128) dari 1 Januari 2008 sehingga 31 Jun 2009 bagi warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal; dan
(b) peratusan permohonan yang diluluskan dan yang tidak diluluskan serta alasannya.

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) keberkesanan sekolah bestari sejak pelaksanaannya; dan
(b) bilangan sekolah bestari yang telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

12. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada terdapat kemungkinan untuk meningkatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelbagai Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Sabah dan jika diluluskan, apakah peningkatannya.

Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

Soalan No. 27 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap umat Islam yang terlibat di dalam perjudian lumba kuda dari 2004-2008 di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Soalan No. 28 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Soalan No. 38 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam negara Malaysia.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (9 November 2009)". DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut." - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 November 2009)

15. [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menggulung - Celahan - PAS Rantau Panjang.

16. [ Menteri Wilayah Persekutuan (Senator) menggulung - Celahan - PAS Titiwangsa, PKR Wangsa Maju, BN Tangga Batu, DAP Klang, ] Mesyuarat berhenti rehat dan disambung pada jam 2.30 petang.

[ Sesi petang - Menteri Wilayah Persekutuan (Senator) menggulung - Celahan - PKR Lembah Pantai (2.38 petang), BN Kinabatangan, PAS Titiwangsa (3.19 petang), DAP Bukit Bintang, PKR Wangsa Maju (3.35 petang).

16. [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung - BN Beaufort - Celahan - DAP Rasah, PKR PJ Selatan, DAP Kota Melaka.

17. [ Menteri Pertahanan menggulung - BN Bagan Datoh - Celahan - PKR Machang (5.06 petang), PAS Parit Buntar (5.16 petang), PKR Machang (5.17, 5.46 petang), Bebas Pasir Mas, BN Setiu.

17. [ Menteri Pelajaran menggulung - BN Pagoh- Celahan - PKR Balik Pulau (6.04 petang), PAS Sik (6.05 petang), Bebas Pasir Mas, BN Kulai, BN Ledang ]

18. [ Menteri Kesihatan (BN Bentong) menggulung - Celahan - BN Sri Gading, PKR Machang, PAS Kuala Krai, DAP Bukit Mertajam, BN Kapit,

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Monday, November 9, 2009

Dewan Rakyat, 10 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian akan memberi pengiktirafan dan bantuan sekiranya Kerajaan Negeri Sabah akan membina sebuah hospital baru sedangkan Kementerian merancang akan membina semula Hospital Queen Elizabeth. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, BN Sepanggar ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan permohonan kewarganegaraan Malaysia:-
(a) sehingga September 2009 jumlah permohonan yang masih dalam proses. Berikan angka mengikut tahun permohonan dan pecahan mengikut kaumnya; dan
(b) apakah keputusan permohonan Encik Tan Soon Hoe, rujukan tuan :04031011-20011105-145809-14 (No. Kad Pengenalan Merah : 520731-01-5871). [ Soalan tambahan: DAP Kota Melaka, BN Arau ]

3. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dengan penubuhan Ekuiti Nasional Bhd. (EKUINAS) membolehkan Kerajaan melahirkan usahawan-usahawan baru yang bertaraf jutawan dan mewujudkan rantaian konglomerat yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara. [ Soalan tambahan: BN Libaran, PKR Indera Mahkota (10.30 pagi) ]

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah pelan tindakan Kementerian untuk membina sebuah empangan air di Tawau bagi menyelesaikan kekurangan bekalan air yang serius di Tawau sepertimana yang telah dirancang oleh Jabatan Air Tawau sejak RMK-9; dan
(b) jika tidak apakah pelan alternatif untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air itu. [ Soalan tambahan: Bebas Tawau ]

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah pinjaman terkini untuk syarikat-syarikat yang membangunkan ladang-ladang hutan berlesen di negeri Sarawak. Nyatakan juga bilangan syarikat tersebut dan keluasan kawasan yang sudah dibangunkan selama ini. [ Soalan tambahan: BN Mambong, BN Hulu Rajang ]

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang memandu dengan kelajuan perlahan dari Januari 2008 hingga Jun 2009 ; dan
(b) adakah Kerajaan sudah menjalankan kajian peningkatan kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu yang memandu dengan kelajuan perlahan. [ Tidak Hadir ]

7. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kedudukan pengaliran Foreign Direct Investments (FDI) yang masuk ke dalam dan yang keluar dari ekonomi Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas. Dalam masa yang sama, sila nyatakan saiz dana kepunyaan Malaysia yang dilaburkan di luar negara. [ Soalan tambahan: BN Linggi, PAS Bachok (11.15 pagi) ]

8. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan yang diguna pakai oleh Pusat Anak Permata. Nyatakan setakat ini, berapakah peruntukan telah diluluskan kepada Permata Negara, bilangan kanak-kanak yang berada di bawah program ini, latihan dan kelayakan guru dan kos pengurusan sebuah pusat tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, PAS Kota Raja (11.23 pagi) ]

9. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keberkesanan Dasar Pertanian Negara dalam mengurangkan kebergantungan import makanan dalam negara. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading ]

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluar gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan dan penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Kementerian telah memberi banyak peruntukan kepada negeri Sarawak untuk memajukan kawasan luar bandar terutamanya bekalan air dan elektrik. Kenapakah kawasan Parlimen Lanang belum mendapat manfaat walaupun permohonan dikemukakan setiap tahun.

12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah satu indeks kesaksamaan gender tidak diterapkan ke dalam Petunjuk Prestasi Utama Kementerian sebagai bukti usaha sungguh-sungguh merealisasikan komitmen Kerajaan terhadap kesaksamaan gender dalam semua ruang lingkup kehidupan rakyat.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan setelah kajian dilakukan sejak tahun 1985.

Soalan No. 18 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah hukuman rotan akan diperkenalkan semula sebagai salah satu cara mengurangkan masalah disiplin pelajar.

Soalan No. 28 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang diperlukan oleh Kerajaan dalam penganugerahan lesen pengendalian takaful.

Soalan No. 31 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah konkrit bagi mengatasi kejatuhan ranking dalam 'global competitiveness', ke tangga 24 yang dianjurkan dan dilaporkan oleh 'World Economic Forum' (2009) khususnya yang disebabkan oleh masalah 'institutional framework'.

Soalan No. 35 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dan dikategorikan sebagai dokumen OSA dan tujuan ianya dikategorikan di dalam dokumen OSA berkenaan.

Soalan No. 37 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (9 November 2009)". DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut." - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 November 2009)

7. [ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjawab - BN Larut - Celahan: PKR Lembah Pantai (11.36 pagi), BN Kanowit, BN Hulu Rajang, BN Kapit, BN Kinabantangan, BN Jempol, Bebas Pasir Mas ]

8. [ Menteri Belia dan Sukan menjawab - BN Kemaman - Celahan: BN Arau, BN Lenggong, PKR Bayan Baru (12.31 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.31 tengahari), BN Putatan, DAP Bakri, PKR Indera Mahkota (12.53 tengahari), PKR Padang Serai (12.59 tengahari).

Sesi petang - DAP Kota Melaka, PAS Sik (2.39 petang), BN Kalabakan

9. [ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjawab - BN Senator - Celahan: DAP PJ Utara, PKR Machang (3.14 petang), DAP Jelutong, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Tangga Batu, PKR Lembah Pantai (4.07 petang), DAP Ipoh Barat, DAP Serdang.

10. [ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - BN Miri - Celahan: DAP Ipoh Barat, BN Tangga Batu, BN Padang Rengas, BN Tangga Batu, PAS Hulu Langat (4.41 petang), DAP Kota Kinabalu, BN Putatan, DAP Beruas, PAS Shah Alam (4.54 petang, 5.06, 5.23 petang) BN Ranau, BN Kanowit, PKR Permatang Pauh (5.35 petang), PKR Machang (5.55 petang), DAP Seputeh, PAS Shah Alam (6.18 petang)]

11. [ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Semporna) menggulung - Celahan - PAS Kuala Krai, Bebas Pasir Mas ]

12. [ Menteri Pengajian Tinggi (BN Pasir Gudang) menggulung - Celahan - PAS Padang Terap (7.40 malam), DAP Seputeh, DAP Rasah, PKR Kulim Bandar Baru (diarah keluar Dewan dan kemudiannya Speaker minta Bentara panggil semula), Bebas Pasir Mas (7.58 malam), DAP Kepong, ]

13. [ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (BN Baram) menggulung - PAS Kuala Krai (9.03 malam), DAP PJ Utara, PKR Indera Mahkota (9.15 malam), DAP Rasah, PAS Shah Alam, DAP Bukit Bintang, BN Kapit, ]

14. [ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (BN Petrajaya) menggulung (9.51 malam) - Celahan - DAP Bakri, PAS Hulu Langat, BN Putatan, PAS Kuala Krai, PKR Wangsa Maju, BN Mambong, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam

Atusan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Sunday, November 8, 2009

Dewan Rakyat, 9 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peneroka FELDA yang telah diberikan geran tanah sejak lima tahun lalu mengikut pecahan negeri dan berapakah Program Pembangunan untuk Generasi Kedua dan Ketiga FELDA.
[ Soalan tambahan: BN Setiu, PAS Sik ]

2. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah perkembangan terhadap penggunaan kereta menggunakan air sebagai sumber tenaga yang telah dilancarkan beberapa tahun dahulu. [ Soalan tambahan: PAS Pendang, BN Mambong]

3. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pembinaan rumah mesra rakyat di seluruh negara mengikut pecahan negeri dan sejauh mana konsep rakyat didahulukan diterjemahkan melalui pembinaannya. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PKR Indera Mahkota ]

4. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan usaha penjualan "Projek Perumahan Rakyat" (PPR) telah pun dimulakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bangunan rumah PPR diselenggarakan dengan baik supaya keselamatan penduduk terjamin dan apakah kos yang perlu ditanggung oleh setiap rumah.
[ Tidak hadir ]

5. Datuk Ir. Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menangani dan mengelakkan konflik sesama negara jiran serantau serta mekanisme penyelesaian konflik (conflict resolution mechanism) yang sesuai. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu ]

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memastikan berlakunya pengaruh utama gender dalam pentadbiran dan sistem Mahkamah Syariah. [ Soalan tambahan: PKR Ampang ]

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada beliau sedar di sempadan Malaysia dan Indonesia di Hulu Rajang, tiada kawalan kepada rakyat asing memasuki Sarawak, khasnya di kawasan pembalakan. Apakah langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan dan maruah negara misalnya menempatkan kontinjen polis atau pusat imigrasi di kawasan-kawasan tersebut. [ Soalan tambahan: BN Hulu Rajang ]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Tabung Haji (TH) mempunyai perancangan tersendiri yang menjimatkan kos berhubung pembelian bangunan yang dibangunkan oleh syarikat lain seperti NAZA TTDI Sdn. Bhd. iaitu Patinum Park; dan
(b) jumlah bangunan yang sudah dibeli di dalam dan luar negara serta keseluruhan kos tiap-tiap satu yang sudah dibelanjakan oleh TH sejak 5 tahun lalu. [ Soalan tambahan: PKR Teluk Kemang, BN Arau ]

9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan untuk memajukan status Geopark Langkawi; dan
(b) berapa peratus yang digunakan mengikut pecahan seperti promosi, infrastruktur, operasi dan lain-lain dan sejauh manakah keberkesanan peratusan kedatangan pelancongan berikutan pemberian status Geopark. [ Soalan tambahan: BN Langkawi, DAP Kepong ]

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status terkini perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). [ Soalan tambahan: PAS Padang Terap ]

11. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan Kerajaan bagi mengatasi masalah komputer yang rosak dan tidak sesuai di makmal sekolah serta lambat diselenggara sehingga membantutkan pengajaran teknologi maklumat dan komputer (ICT) di sekolah. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PKR Balik Pulau ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah caranya Kementerian memantau prestasi kakitangan kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara dan apakah KPI yang dikenakan ke atas kedutaan-kedutaan kita.

Soalan No. 24 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi kepada kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang pengangkutan awam.

Soalan No. 30 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan punca kegagalan Pelan Integriti Negara (PIN) berikutan Indeks Rasuah Malaysia yang semakin merosot.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (5 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (5 November 2009)

1. Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
1a. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas) - DAP Bukit Gelugor, DAP Ipoh Timur, PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas, PKR lembah Pantai, BN Kinabatangan, PKR Wangsa Maju, PKR Selayang, PAS Kuala Selangor, Ipoh Timur ]. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

1b. [Sesi Petang (2.30 petang) - Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (KPI - Senator) - PAS Kubang Kerian, PKR Gombak, Bebas Pasir Mas, DAP Serdang, DAP Kota Melaka, DAP Bukit Mertajam, BN Kota Belud, BN Arau, DAP Rasah ]

1c. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (BN Tasek Gelugor) - DAP Klang, BN Jasin, PAS Kota Raja, PAS Pokok Sena, DAP Tanjong, PKR Bayan Baru, DAP Bukit Mertajam, BN Lenggong, PAS Kubang Kerian, PKR Machang ]

1d. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) (Senator) - BN Kuala Krau, PAS Baling, PKR Kulim Bandar Baru, PAS Kota Raja, PKR Machang, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, BN Sekijang ]

2. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Kerja Raya (BN Tampin) - BN Kalabakan, PKR Indera Mahkota, DAP Rasah, DAP Bakri, PKR PJ Selatan ]

3. [ Perbahasan: Penggulungan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (BN Sibu) - BN Arau, BN Jasin, BN Tenggara, BN Sri Gading, DAP Ipoh Timur, PAS Kuala Selangor, PKR PJ Selatan,

Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Wednesday, November 4, 2009

Dewan Rakyat, 5 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah rancangan siaran RTM yang memberikan lebih 'Air Time kepada etnik minoriti' seperti mana yang telah diumumkan pada 29 Jun 2009. [ Soalan tambahan: BN Tuaran, PKR Sungai Petani ]

2. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai jumlah warga asing yang telah tinggal lebih masa di negara kita dan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan Visa Waktu Ketibaan (VOA). [ Soalan tambahan: PKR Ketereh ]

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman PTPK dan langkah yang diambil bagi mengutip semula tunggakan pinjaman tersebut. [ Soalan tambahan: BN Ledang, DAP Ipoh Barat ]

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha-usaha terbaru yang dijalankan oleh Kerajaan dalam menstabilkan harga getah dan kelapa sawit. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu ]

5. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keadaan ekonomi negara setakat ini selepas langkahlangkah yang diambil oleh Kerajaan. [ Soalan tambahan: BN Hulu Rajang, PAS Kuala Selangor ]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tahap keselamatan MRR2 selepas kerja pembaikan dijalankan terhadap CFRP dipier 28 yang telah tercabut dan menyebabkan MRR2 terpaksa ditutup pada akhir 2008. [ Soalan tambahan: PAS Pokok Sena, DAP Kepong ]

7. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramai kontraktor atau usahawan bumiputera dan bukan bumiputera yang telah diberikan peluang untuk melaksanakan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi satu dan dua dan apakah nilainya. [ Soalan tambahan: BN Labis, PKR Indera Mahkota ]

8. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk melindungi hak asasi pekerja asing di Malaysia. [ Soalan tambahan: PKR Padang Serai ]

9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh mana RTM mengawal program-program yang disiarkan oleh stesenstesen televisyen, terutama sekali stesen televisyen swasta, benar-benar bermutu, berwibawa, bermotifkan pendidikan, hiburan pembina minda masyarakat yang bijaksana. [ Soalan tambahan: BN Paya Besar ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 12 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membuat semakan semula perjanjian konsesi dengan Syarikat PLUS agar kenaikan bayaran tol tidak membebankan rakyat.

Soalan No. 18 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang seharusnya dikenakan terhadap mereka yang cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini dan senaraikan tindakan-tindakan yang boleh dikategorikan sebagai mencetus ketegangan kaum.

Soalan No. 22 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bukti keberkesanan vaksin HPV untuk anti kanser serviks dan apakah kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian ke atas populasi Malaysia setakat ini untuk menjustifikasikan pemberian pelalian kepada pelajar-pelajar perempuan dengan vaksin tersebut.

Soalan No. 33 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada jalan utama Gua Musang ke Kota Bharu akan dinaik taraf menjadi empat lorong berikutan jumlah kemalangan yang tinggi.

Soalan No. 37 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memastikan industri takaful di Malaysia mematuhi piawaian syariat Islam.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (4 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (4 November 2009)

[ Perbahasan: BN Paya Besar (PM DAP Bukit Gelugor), PAS Titiwangsa, DAP Bukit Bintang, BN Batu Sapi, PKR Sungai Petani, PAS Shah Alam ] (Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang)

[ Sesi mulai 2.30 petang - Perbahasan: PAS Shah Alam, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Libaran, PAS Kuala Selangor, BN Mas Gading, PKR Wangsa Maju, PAS Hulu Langat, DAP Bakri, PKR Ketereh, PAS Pendang, DAP Bandar Kuching, DAP Bukit Bendera, DAP Taiping ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang hingga 10.00 pagi Isnin, 9 November 2009

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, November 3, 2009

Dewan Rakyat, 4 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tuntutan royalti minyak Kerajaan negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading, PAS Rantau Panjang ]

2. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sebab dan faktor-faktor yang meyakinkan sehingga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, ]

3. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, apakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji kaedah pengundian pos di kalangan angkatan tentera, polis dan isteri mereka secara terus. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa, BN Maran ]

4. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian untuk menaik taraf Felda Pasir Besar ke jalan utama Keratong; dan
(b) berapakah peruntukan yang sudah diluluskan untuk projek ini mula dan bila dilaksanakan.
[ Soalan tambahan: BN Jempol, PKR Gombak ]

5. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh pembakaran terbuka di Indonesia, namakan perbadanan-perbadanan Malaysia yang terlibat dan apakah langkah-langkah yang akan diambil ke atas perbadanan yang terlibat dalam aktiviti sedemikian. [ Tidak Hadir ]

6. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan keluasan kawasan tanah di Sarawak di mana RISDA membangunkan ladang-adang getah. Bagaimanakah RISDA menentukan tempat di mana ladang-ladang tersebut dibangunkan. Adakah RISDA akan membangunkan ladang getah di kawasan Parlimen Kapit pada masa yang terdekat ini. [ Soalan tambahan: BN Kapit, BN Kanowit ]

7. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kriteria dan syarat-syarat yang digunakan bagi menentukan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah-sekolah. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pulau, BN Kota Belud ]

8. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan penyertaan produk keluaran syarikat pembekal perusahaan industri kecil dan sederhana (TKS) tempatan dalam pembekalan ke pasar raya besar. [ Soalan tambahan: BN Sekijang, PAS Baling ]

9. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berita tentang kerugian yang dialami oleh Rapid KL dan Rapid Penang dan sebab-sebab kedua-dua syarikat ini diambil alih oleh Syarikat Prasarana Sdn. Bhd. [ Soalan tambahan: PKR Bayan Baru ]

10. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta langkah pro-aktif bagi membantu golongan tersebut terutama ketika waktu ekonomi masih tidak menentu sekarang. [ Soalan tambahan: BN Libaran ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 17 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana pihak Kementerian menangani isu Tarian Pendet yang jelas menjejaskan hubungan Indonesia-Malaysia.

Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mengadakan satu referendum untuk rakyat menyatakan hasrat mereka ke arah menghapuskan sama sekali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Soalan No. 26 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan polis terhadap ugutan rogol ke atas EXCO Kerajaan negeri Selangor, YB. Rodziah dan juga ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Shah Alam semasa majlis dialog dengan penduduk Seksyen 23 yang lalu serta sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua YB tersebut.

Soalan No. 31 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan yang diterima terhadap premispremis jualan orang Islam yang tidak mengamalkan penyembelihan ayam mengikut kaedah syara'.

Soalan No. 38 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama-nama telaga gas dan minyak yang berada dalam perairan Terengganu dan jumlah pengeluaran gas dan minyak bagi tiap-tiap satu telaga sejak ia bermula.

Soalan No 39 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membersihkan Daftar Pemilih daripada Pengundi Hantu.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Peraturan Mesyuarat 26 (1)(p) dan 80 oleh MP PAS Kuala Selangor

2. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (3 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (3 November 2009)

[ Perbahasan: BN Tangga Batu, DAP Bukit Gelugor, BN Sekijang, PAS Baling ] (Mesyuarat Rehat sehingga jam 2.30 petang)

[ Sesi petang (2.30 petang) - Perbahasan: PAS Baling, BN Sipitang, PKR Ampang, BN Rembau, PKR Kuantan, BN Lawas, PAS Kuala Terengganu (4.34 petang), BN Lanang, PKR Kulim Bandar Baru, BN Lubuk Antu, DAP Serdang, DAP Klang, BN Langkawi, PKR PJ Selatan, BN Dungun, PKR Batu ]

[ Perbahasan: BN Tenggara, DAP Kota Kinabalu (7.53 malam), BN Hulu Terengganu, PAS Kuala Krai (8.28 malam), BN Limbang, PKR Kuala Kedah (9.07 malam), BN Kuala Nerus, DAP Beruas (9.49 malam), BN Setiu.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Monday, November 2, 2009

Dewan Rakyat, 3 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dari segi pemberian AP kenderaan, beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh orang ramai ialah pemberian AP kepada mereka yang langsung tidak mempunyai 'showroom'. Oleh yang demikian apakah tindakan pihak Kementerian setakat ini terutamanya selepas dua proses audit yang dijalankan ke atas pemberian AP kenderaan. [ Soalan tambahan: BN Arau, DAP Bukit Bintang ]

2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian menyedari kesulitan dan kelewatan mahkamah membicarakan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Apakah pendekatan untuk menangani masalah ini dan sejauh mana kerjasama diberi oleh Kementerian, Jabatan dan agensi terlibat. [ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah, BN Putatan]

3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan apakah perancangan Kerajaan dalam membantu siswazah yang tidak berpeluang menerima pinjaman untuk meneruskan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. [ Soalan tambahan: PKR Lembah Pantai, BN Kalabakan, Bebas Pasir Mas ]

4. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan induk terkini Kerajaan untuk mewujudkan rangkaian laluan kereta api yang meliputi seluruh pelosok negara. [ Soalan tambahan: PAS Tumpat, BN Kapit ]

5. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah untuk memasang CCTV di Iskandar Malaysia khasnya di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) supaya tahap keselamatan ditingkatkan. [ Soalan tambahan: BN Gelang Patah, BN Pulai ]

6. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi PDRM dewasa ini dan apakah KPI yang digunakan untuk mengukur prestasi keseluruhan PDRM. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Masjid Tanah ]

7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) jumlah sekolah rendah di seluruh negara yang merekodkan "Kelulusan Sifar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)" mengikut negeri sejak lima (5) tahun yang lalu; dan
(b) jenis program untuk membantu sekolah di luar bandar di Sabah, Sarawak dan kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung. [ Soalan tambahan: BN Putatan, PAS Pendang ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan program yang sedang dijalankan bagi memastikan peningkatan bilangan inovasi di kalangan penyelidik di negara ini. Berapakah bilangan inovasi yang dihasilkan sehingga kini dan berapakah yang telah berjaya dikomersialkan. [ Soalan tambahan: BN Maran, PAS Hulu Langat ]

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian dapat mempertimbangkan untuk menambah kemudahan asrama di kawasan sekolah luar bandar di kawasan Parlimen Sibuti seperti di sekolah luar bandar Miri iaitu Sekolah Menengah Suai dan Sekolah Menengah Bekenu. [ Soalan tambahan: BN Sibuti, PAS Bachok ]

10. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai IPT di China, dan Taiwan yang diiktiraf oleh JPN sebab ramai pelajar Malaysia terutamanya pelajar sekolah vernakular menuntut di negara-negara tersebut. Nyatakan juga sebab jika sesebuah IPT di negara tersebut tidak diiktiraf. [ Soalan tambahan: DAP Rasah ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan siswazah menganggur dari tahun 2005 sehingga sekarang mengikut negeri, jurusan, jantina dan kaum.

Soalan No. 35 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sebab-sebab Kerajaan berubah pilihan kepada RON95 untuk petrol dan Euro 2M untuk diesel baru-baru ini.

Soalan No. 37 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kelemahan dan kekuatan program j-QAF di sekolah rendah sekarang ini.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (2 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (2 November 2009)

[ Perbahasan: PKR Kuala Langat, BN Maran, PAS Parit Buntar (12.15), BN Labuan, DAP Kota Melaka. (Mesyuarat Rehat sehingga jam 2.30 petang)

[ Sesi petang (2.30 petang) - Perbahasan: DAP Kota Melaka, BN Johor Bahru, PKR Padang Serai, BN Bukit Katil, PAS Kubang Kerian, BN Hulu Rajang, PKR Lembah Pantai, BN Simpang Renggam, DAP Rasah, BN Sri Aman ]

[ Perbahasan: DAP Batu Gajah (5.56 petang), BN Gelang Patah, PAS Padang Terap (6.30 petang), BN Kanowit, PKR Gopeng, BN Lengong, DAP Seputeh (7.52 malam), BN Sibuti, PAS Kota Raja (8.39 malam), BN Sarikei, DAP Seremban, BN Parit ]

[ Perbahasan: PKR Tanah Merah (9.39 mlm), BN Sabak Bernam, PKR Telok Kemang (10.16 malam) ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Sunday, November 1, 2009

Dewan Rakyat, 2 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terbaru rancangan Kerajaan untuk menarik dan melahirkan pegawai berkemahiran dan berprestasi tinggi yang telah diluluskan oleh Kabinet pada penghujung tahun 2007 terutamanya langkah untuk memperoleh perkhidmatan profesional daripada pihak swasta sebagai mentor kepada pegawai yang bijak dan cemerlang. [ Soalan tambahan: BN Kulai, DAP Bagan ]

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap tanah-tanah milikan Kerajaan di Jalan Cochrane, Jalan Ampang Hilir dan RRI Sungai Buloh. [ Soalan tambahan: PKR Gombak, BN Arau ]

3. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) bilakah kerja-kerja membaik pulih Hospital Sri Aman akan dimulakan; dan
(b) bilakah penambahan bilangan mesin dialisis Hospital Sri Aman akan dilakukan untuk penyakit kronik buah pinggang. [ Soalan tambahan:

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan proaktif Kerajaan bagi mempertingkatkan kualiti dan integriti badan-badan penguatkuasaan negara khususnya PDRM, SPRM dan badan kehakiman yang semakin dipersoalkan oleh rakyat dewasa ini. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Kalabakan ]

5. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah yang telah diambil untuk menjadikan pendidikan pra sekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam, DAP Kepong ]

6. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kerajaan tidak melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 untuk negeri Pulau Pinang. [ Soalan tambahan: DAP Batu Kawan, BN Ledang ]

7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa memilih 6 bidang keberhasilan utama (KRA) iaitu jenayah, perang rasuah, pendidikan, taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, prasarana luar bandar dan pengangkutan awam sebagai 6 teras utama NKRA sedangkan isu seperti perpaduan juga melanda rakyat Malaysia.
[ Soalan tambahan: BN Simpang Renggam, Bebas Tawau ]

8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah justifikasi kepada kenaikan harga petrol dan tambang pengangkutan. [ Soalan tambahan: PAS Shah Alam,

9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah bangunan baru Balai Polis / Kompleks Polis Daerah Lawas yang baru akan didirikan.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 10 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan peratus pekerja OKU di Kementerian. Apakah bukti kesungguhan Kerajaan dalam mencapai sasaran dasar 1 peratus pekerja OKU dalam perkhidmatan awam sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008.

Soalan No. 16 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan DBKL untuk PPR Desa Rejang, Setapak tentang penambahbaikan pasar basah yang seperti pasar 'cowboy' serta bilakah pembinaan rumah mayat untuk bukan Islam akan dimulakan sedangkan permohonan telah dibuat berkalikali.

Soalan No. 21 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian bersedia untuk membentangkan Rang Undang-undang TCM atau Perubatan Tradisional dan Komplementari setelah sekian lama modaliti rawatan ini diperkenalkan dalam sistem kesihatan di negara ini. Berapa banyakkah kes-kes yang telah membabitkan 'negligence' dan salah-laku oleh pengamal-pengamal TCM ini yang telah dilaporkan oleh pesakit.

Soalan No. 25 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah elemen bonus dimasukkan dalam skim Kerajaan kakitangan awam bagi memastikan ia dibayar setiap tahun dan adakah Kerajaan bersetuju untuk menilai semula kadar faedah kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan daripada 4 peratus hari ini kepada 1 peratus.

Soalan No. 31 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan tarikh-tarikh lawatannya ke negeri-negeri seluruh Malaysia dalam usaha penggalakan pelancongan.

Soalan No. 38 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Pusat boleh memberi jaminan tegas bahawa ia tidak akan mengganggu atau hendak merampas kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah secara tidak demokratik seperti apa yang dilakukannya di Perak.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mencadangkan * Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009.

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul PM 18 (1) oleh MP PAS Rantau Panjang mengenai Pembantu Rumah Asing.

2. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (29 Oktober 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Oktober 2009)

[ Perbahasan: BN Tenom, PAS Rantau Panjang (11.59), BN Mambong, PKR Selayang, BN Jempol (sambung selepas rehat) ] - Dewan Rakyat rehat dan disambung pada jam 2.30 petang.

[ Sesi Petang (mulai 2.30 petang) - Perbahasan: BN Jempol, PKR Gombak (BN Kalabakan, PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, BN Pasir Salak),

[ Perbahasan: BN Kalabakan (BN Arau, PKR Ampang, PAS Kota Raja, PKR Kulim Bandar Baru, PKR Gombak, BN Kinabatangan, BN Sri Gading, PAS Shah Alam), ]

[ Perbahasan: DAP Kepong, BN Kota Belud (BN Kalabakan, BN Putatan), PAS Pokok Sena, BN Labis, DAP Ipoh Barat (BN Kota Belud), BN Serian (PKR Balik Pulau, BN Kapit), Bebas Tawau, BN Lipis, Bebas Sg Siput, BN Ranau, DAP Bukit Mertajam, ]

[ Perbahasan: BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota (9.11 mlm), BN Parit Sulong (9.33 mlm), PAS Jerai (9.50 malam), BN Silam ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008