Thursday, November 14, 2013

Dewan Rakyat 14 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 14 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan keputusan yang telah dibuat oleh ESSCOM untuk merobohkan kawasan perkampungan atas air di Parlimen Silam, adakah Kerajaan telah mengkaji kesan terhadap perubahan demografi yang akan berlaku di kawasan Bandar, terutamanya golongan Bumiputera yang akan dipindahkan dari kawasan bandar ke kawasan pedalaman.

2. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah alasan subsidi baja padi disekat kepada penanam padi di Mukim-mukim dalam parlimen Bachok. Apakah pemantauan dibuat oleh Kerajaan terhadap penghulu, pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen, Pejabat Pertubuhan Peladang dan mana-mana pegawai yang menyalah guna kuasa dalam pemberian subsidi baja padi.

3. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab-sebab berlakunya kesesakan trafik di KLIA pada 23 dan 25 Ogos 2013 dan apakah punca serta tindakan DCA untuk mengatasi masalah ini.

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memberi pertimbangan sekiranya ada pihak atau korporat yang menawarkan untuk mengambil alih Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

5. Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) mengapakah permit import dan eksport bahan makanan di bawah Akta Binatang 1953 diperlukan untuk kemasukan ke Labuan dari Sabah yang dikuatkuasakan oleh pejabat MAQIS Wilayah Persekutuan Labuan sehingga banyak diperkatakan mengganggu kelancaran dan meningkatkan kos; dan
(b) bolehkah ianya dikecualikan untuk pergerakan antara Sabah dan Labuan memandangkan saiz Labuan yang kecil dan banyak bergantung kepada Sabah untuk bekalan bahan berkaitan.

6. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan senaraikan nama yang disenarai hitamkan oleh PTPTN.

7. Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak memperkenalkan keterbukaan mendapat pandangan dan idea dalam kalangan rakyat sebelum pembentangan bajet di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, nyatakan berapa jumlah pandangan dan idea yang telah diguna pakai dan menepati kehendak pembangunan ekonomi negara dan keperluan rakyat semasa.

8. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan ingin meningkatkan produktiviti, integriti serta imej positif jabatan-jabatan penguatkuasaan seperti jabatan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah agar ianya dihormati dan dihargai rakyat .

9. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah dan kaedah yang berkesan dalam mengendalikan pengaliran trafik untuk mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan dalam musim perayaan dan percutian.

10. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah kampung Orang Asli yang ada di kawasan Parlimen Sepang dan jumlah penduduk orang asli keseluruhan di Sepang mengikut pecahan agama.

11. Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah koperasi yang telah diluluskan di Sarawak pada 2011 hingga 2013.

12. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kesediaan Kementerian untuk membincangkan secara terbuka dan telus kontrak dan nyatakan serta memberikan butiran terperinci pembinaan lebuh raya baru yang melalui kawasan Parlimen Puchong serta kos yang akan dibiayai pengguna jalan di Puchong.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik guru-guru yang berdepan dengan masalah disiplin dari tahun 2010 hingga Jun 2013.

24. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana Kementerian memantau dan menilai keberkesanan pengajaran J-QAF di sekolah.

30. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha untuk memperkasakan keberkesanan peranan PBT yang kawasan liputannya terlalu luas dan melebihi dari satu parlimen. Bilakah kerajaan akan mewujudkan satu parlimen satu PBT dengan kerjasama kerajaan negeri di seluruh negara.

37. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah aktiviti Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) yang telah dilancar oleh YAB. Perdana Menteri ketika LIMA 2011.

38. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha reformasi institusi Parlimen supaya mencapai tahap Parlimen bertaraf dunia.

40. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan mulai tahun 2010 sehingga 2013 dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyediakan prasarana yang mencukupi.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
BAHAWA pada Selasa,12 November 2013, Yang Berhormat N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai telah mengeluarkan suatu kenyataan semasa sidang media di lobi Parlimen yang telah disiarkan di dalam beberapa media. Kenyataan itu merupakan satu tuduhan ke atas Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) pada 12 November 2013. Tuduhan itu menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat antara lain memberikan fakta yang “complete and utter lies” (fakta yang tidak benar) dan Yang Berhormat Padang Serai juga membuat tuduhan bahawa Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah “Speaker yang bias”.

DAN BAHAWA tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Tuan Yang di-Pertua yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Dewan ini dan demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari
tarikh keputusan usul ini diluluskan.

2. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (14 November, 2013)

Wednesday, November 13, 2013

Dewan Rakyat 13 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 13 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan satu bentuk latihan kepada para nelayan muda atau nelayan sedia ada yang berminat untuk meningkatkan kemahiran nelayan moden supaya dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka.

2. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada rancangan untuk mengikut cadangan Pemandu untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara setiap sidang Parlimen, dan bukan satu kali setahun.

3. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian boleh menukarkan pasangan guru-guru yang telah berkeluarga supaya mereka dapat bersama di sekolah yang berdekatan atas permohonan mereka. Apakah halangan-halangan yang menghalang permohonan pertukaran ini.

4. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan Pusat mempunyai cadangan untuk meningkatkan kadar atau harga elektrik rumah kediaman dalam masa yang terdekat ini. Kenapakah Kerajaan Pusat tidak mampu menurunkan kadar elektrik di negeri Sarawak dan Sabah sedangkan negerinegeri ini mampu menghasilkan kuasa elektrik sendiri.

5. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai status projek lencongan banjir barat. Adakah akan disediakan penempatan baru kepada penduduk yang terlibat dengan projek tersebut serta laporan kajian laluan sambungan Sungai Perlis di dalam kawasan Bintong ke Kuala Perlis.

6. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan perbelanjaan tahunan oleh Kementerian untuk Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia. Nyatakan jumlah yang digunakan dalam Research & Development (R&D). Berapakah pendapatan yang dijanakan oleh universiti melalui R&D mengikut universiti.

7. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tahap piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap pemeriksaan ladang di bawah Enakmen Kawalan Perlesenan Ladang Penternakan Unggas 1997.

8. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di tempat pemeriksaan imigresen antarabangsa Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, dan menjelaskan apa langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

9. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah pelan perancangan jangka masa pendek dan panjang Kementerian bagi memajukan sukan hoki; dan
(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menarik golongan muda pelapis mendekati sukan ini memandangkan prestasi skuad negara bagi sukan hoki sekarang ini adalah di tahap yang boleh dibanggakan.

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan setakat mana pencapaiannya.

11. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kepada Dewan yang mulia ini sama ada Kerajaan sudah ada inventori lokasi di seluruh negara untuk dibangunkan Empangan Micro Hydro bagi menjana elektrik di luar bandar.

12. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci dasar kerajaan untuk menangani masalah Brain Drain di Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian pernah membuat kajian ”stress” di kalangan guru-guru sekolah.

16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kes pendakwaan yang telah difailkan ke mahkamah berkaitan dengan salah urus dana awam dan pecah amanah ekoran daripada pendedahan Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit Negara tahun 2011.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha kerajaan untuk memperkasakan Sekolah Aliran Agama / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri termasuk juga Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA mempunyai keupayaan profesional dan menerima nasihat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk melibatkan diri secara besar-besaran dalam industri perhotelan dalam dan luar negara.

44. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah sebenar dan nama-nama syarikat judi yang diberi lesen oleh Menteri Kewangan bagi tempoh 2010 hingga 2013 dan pecahannya mengikut negeri-negeri; dan
(b) berapakah jumlah cukai yang dikutip oleh Kerajaan dari syarikat judi yang diberi lesen oleh Menteri Kewangan bagi tempoh 2010 hingga 2013.

45. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan fasiliti dan infrastruktur solat mesra pesakit di hospital-hospital Kerajaan.

46. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota, kos operasi dan peranan polis cawangan khas yang ditugaskan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut dan Pilihan Raya Umum ke-13. Apakah jaminan Kerajaan bahawa polis cawangan khas tidak terlibat dalam mana-mana provokasi dan memihak kepada manamana parti politik.

52. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab-sebab program-program pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit Kencing Manis,penyakit Darah Tinggi,Obesiti dan Hypercholesterolemia kelihatan tidak mencapai sasaran dan kempen-kempen pencegahan juga kelihatan tidak dilakukan secara lebih agresif.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (12 November, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (12 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Tuesday, November 12, 2013

Dewan Rakyat 12 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 12 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengurangkan bebanan para guru dalam kerja-kerja perkeranian, sebagai contohnya sistem APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid) yang memerlukan para guru mengisi maklumat-maklumat murid.

2. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
(LKTN) sudah mempunyai suatu pelan induk (master plan) yang komprehensif untuk merancang supaya tanaman kenaf benar-benar menjadi gantian kepada tanaman tembakau, termasuk mengambil kira
pendapatan petani-petani terlibat agar tidak terjejas.

3. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menambah bilangan Rumah Mampu Milik yang akan dibina
menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memandangkan pihak Kementerian telah menerima 250,000 permohonan pada fasa pertama, sedangkan jumlah yang dicadangkan adalah 500,000 unit
rumah sehingga ke tahun 2018.

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab-sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC yang besar dan adakalanya
setaraf dengan sebuah kereta.

5. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa dapati kira-kira 636,000 warga emas di Malaysia
tidak diberi nafkah oleh anak mereka pada masa kini, apa puncanya dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan.

6. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkahlangkah Kerajaan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan
kekurangan dan gangguan elektrik di seluruh Sabah. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meminta Petronas untuk memberikan subsidi yang cukup untuk kurangkan beban SESB membeli gas asli yang terhasil di Sabah bukannya membawa balik cadangan kilang Penjana kuasa Arang Batu.

7. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah dasar dan perancangan Kementerian untuk membangunkan pekan kecil seperti Pekan Sik dan persekitarannya dengan menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dan sempurna bagi menarik minat orang luar untuk datang ke daerah seperti daerah Sik.

8. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mekanisme yang diaplikasikan untuk menyeragamkan piawaian penilaian guru-guru dalam Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian ada perancangan dan dasar supaya semua rakyat di Malaysia terutamanya yang miskin
dan tidak ada “health insurances” diwajibkan untuk diberi pelindungan insurans oleh Kerajaan untuk rawatan khusus (specialised treatment) di hospital swasta.

10. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status perniagaan dalam binatang liar dan langkah-langkah yang diambil untuk mengawalnya.

11. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah kemalangan di Malaysia melibatkan bas ekspres 2 tingkat dan perlukah pemandu bas menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh setiap tahun untuk memastikan beliau cukup sihat untuk memandu bas ekspres.

12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pencapaian dan usaha setakat ini bagi memenuhi keperluan buruh berkemahiran tinggi dalam pasaran
kerja.

Soalan MP PAS yang dienaraikan:
18. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) bilangan Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ada di negara ini dan apakah bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan; dan
(b) sejauh mana peluang para pelajar ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan hubungan antara kaum dipulihkan berikutan beberapa tindakan individu dan NGO yang memainkan isu perkauman.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan termasuklah menggubal dasar-dasar berkaitan dalam
memastikan seluruh jentera Kerajaan melaksanakan perbelanjaan berhemah.

30. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menganjakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ke usia yang lebih awal.

35. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kadar elaun kepada semua anggota ATM di semua peringkat perjawatan termasuk elaun lebih masa bekerja, elaun rondaan darat, laut dan udara dan apakah perbezaan dengan elaun yang dinikmati oleh anggota PDRM di seluruh negara.

37. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah kes-kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah mengikut kategori kes, syarikat pemaju, nilai kerugian, negeri dan latar belakang mangsa. Apakah usaha Kerajaan dalam mempercepatkan penyelesaian ke sini.

40. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha-usaha Kerajaan untuk membanteras perjudian dalam semua bentuk. Berapa banyak syarikat yang diberi lesen perjudian dan senarainya.

41. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kos-kos yang ditanggung Kerajaan untuk program 6P dan anggaran jumlah pendapatan kasar
yang diperoleh syarikat-syarikat pengurus yang melaksanakan pendaftaran pendatang asing.

45. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah punca kumpulan samseng di negara ini tumbuh seperti cendawan sehingga disenaraikan sebanyak 49 kumpulan samseng. Kenapakah pihak polis tidak bertindak lebih awal supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (11 November, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (11 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Monday, November 11, 2013

Dewan Rakyat 11 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 11 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah hakisan pantai akibat dari kepupusan tumbuhan bakau dan pokok penahan hakisan di sepanjang pantai. Apakah Kementerian akan meningkatkan program tanaman bakau di sepanjang pantai yang terlibat.

2. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kementerian ada mewujudkan pengkalan data yang lengkap mengenai graduan yang menganggur di seluruh negara mengikut jantina, umur, etnisiti dan bidang pengajian mereka.

3. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah status Parlimen Belia dan apakah kesudahannya.

4. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah wang yang dihantar keluar negara setiap tahun oleh pekerja-pekerja asing di Malaysia, secara sah dan juga ke negara yang mana; dan
(b) apakah kesan ke atas ekonomi kita daripada kehilangan modal ke negara-negara lain serta langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kehilangan modal sebegini.

5. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan dapat menyediakan dana untuk pembinaan sebuah surau atau masjid baru dan dana pembelian tanah di Kampung Bidadari, Maradong, Tanjung Manis memandangkan penduduk Kampung Bidadari dan penduduk daripada beberapa buah kampung yang berdekatan amat memerlukannya dan memandangkan keadaan surau sekarang terlalu sempit dan terletak di persimpangan yang agak merbahaya.

6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan telah membuat satu kajian khas pematuhan solat di kalangan anak muda.

7. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap barangan rampasan terutama barangan bersubsidi yang dirampas atas kesalahan penyeludupan ke negara jiran seperti diesel dan gula.

8. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria.

9. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina Kolej Komuniti bagi kawasan Parlimen Kota Samarahan.

10. Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan terdapat kes di mana kehilangan beberapa buah kapal terbang berlaku semasa wujudnya “Malaysia Flying Club” yang berpengkalan di pangkalan Sungai Besi. Apakah terjadi kepada kes-kes tersebut.

11. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tentang agenda Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan melalui tiga gelombang utama sehingga 2025, apakah pelan berkenaan telah mengambil kira perkembangan pendidikan di negara-negara
maju yang menekankan dualisme pendidikan di mana teori hanya 30% dan 70% selebihnya adalah praktikal. Ini penting bagi memastikan pelajar lepasan IPTA tempatan mampu bersaing dengan pelajar yang mendapat pendidikan di luar negara.

12. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah pelan tindakan dan rancangan menyeluruh Kementerian untuk menangani masalah lebih 6.2 juta rakyat mempunyai kolestrol tinggi dan 15 peratus atau 5 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes).

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa jumlah pegawai Kementerian dan berapa jumlah pegawai yang khusus menjaga isu Palestin.

33. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dalam merangka pendirian Malaysia mengenai TPPA, adakah Kerajaan Persekutuan turut mengadakan perundingan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri terutamanya dalam perkara-perkara yang melibatkan bidang kuasa negeri umpamanya hal tanah dan sumber alam.

34. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes yang dimenangi oleh peneroka Felda dalam saman terhadap Felda dan apakah asas-asas saman berkenaan.

44. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan Kerajaan untuk menempatkan semula para pelajar Mesir yang tergendala ekoran daripada krisis yang melanda negara tersebut.

49. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah minuman keras masih lagi dihidangkan dalam majlis-majlis rasmi Kerajaan dan apakah usaha Kerajaan untuk tidak menggalakkan minuman keras di kalangan pegawai Kerajaan.

53. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah konkrit yang diambil bagi meletakkan IPTA Malaysia pada kedudukan yang lebih baik dalam senarai universiti unggul di dunia.

54. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha dan kuasa Kementerian untuk memelihara daya-daya tarikan “Icon” negara bagi memastikan “Asset” pelancongan negara dipelihara dan di selamatkan.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (7 November, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (7 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Thursday, November 7, 2013

Dewan Rakyat 7 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 7 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pelan tindakan Kementerian untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar bagi memastikan misi negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, PAS Bukit Gantang ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem 'Proportionate Representation' bagi menggantikan sistem 'First Past The Post' dalam proses pilihan raya di Malaysia.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Tanjong Karang ]

3. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kementerian bagi menambahkan jumlah institusi kemahiran teknikal dan vokasional supaya lebih ramai lagi remaja lepasan SPM dapat melanjutkan pelajaran mereka dan menghasilkan tenaga kerja tempatan yang mahir.[ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PKR Kuala Langat ]

4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan secara terperinci :-
(a) jumlah kekerapan dan kadar bilangan keganasan rumah tangga (domestic violence) sejak tahun 2000 hingga 2012; dan
(b) apakah langkah-langkah untuk mengatasinya.[ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, BN Kuala Selangor, PKR Kuantan ]

5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah langkah yang diambil untuk mengenakan tindakan kepada guru-guru yang tidak menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diperkenalkan baru-baru ini.[ Soalan Tambahan : BN Sepitang, PKR Lembah Pantai ]

6. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peruntukan yang disediakan untuk kempen-kempen pencegahan penyakit berjangkit dan penyakit kronik yang tidak berjangkit dan adakah Kementerian telah berjaya mengawal penyakit-penyakit ini. [ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]
 
Soalan MP PAS yang disenaraikan: 
22. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kes murtad dari tahun 2000-2012 dan bagaimana prosedur perbicaraan kes murtad di mahkamah.

39. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia memainkan apa-apa usaha untuk membantu Kerajaan Thailand mewujudkan perdamaian dan membela tuntutan politik rakyat Thailand di wilayah Pattani.

43. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah tan sampah dikeluarkan negara dan setiap ibu negeri. Berapakah jumlah peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong sampah kitar semula, kempen kesedaran dan pembinaan pusat kitar semula bagi setiap negeri.

47. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha mempromosikan kraf-tangan “Cottage Industry” tempatan untuk meneruskan tradisi “warisan hidup” dan meningkatkan ekonomi orang tempatan untuk masa depan “Sustainable Tourism” negara.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (6 November, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (6 November, 2013)

[ Sambungan Perbahasan - BN Tanjong Karang, PAS Bachok, BN Masjid Tanah, DAP Kota Melaka, BN Padang Besar, PKR Kapar, BN Libaran ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Libaran, PAS Kota Bharu, ]

Tuesday, November 5, 2013

Dewan Rakyat 6 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 6 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah yang telah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sehingga kini dan nyatakan langkah Kementerian bagi meningkat pencapaian Sekolah Menengah Tahfiz seperti Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu sebagai SBT memandangkan terdapatnya pengetua yang bukan daripada kategori guru (DG).

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan cuti bersalin bilakah akan dapat dibuat dan pindaan kelahiran 5 orang anak dalam Akta Kerja 1955 itu turut dipinda.

3. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status pencapaian inisiatif-inisiatif kecekapan tenaga yang dilaksanakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada tahun 2011.

4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan terkini projek “Genetic Aedes Mosquito” yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mencegah wabak denggi. Berapa kos yang telah dibelanjakan untuk projek ini dan adakah ia telah berjaya mengurangkan ancaman wabak denggi. Berikan butiran-butiran tentang kesannya.

5. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan GINI Index.

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa bilangan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Malaysia, termasuk mereka yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan.

7. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) di peringkat negeri bagi menangani isu berkaitan kecekapan dan keberkesanan sektor awam dan swasta yang merentasi kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri yang dilancarkan sejak enam tahun lalu dan keberkesanannya dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat.

8. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini cadangan pembinaan High Speed Railway (HSR) di antara Kuala Lumpur ke Singapura dan berapakah kos yang akan terlibat demi menjayakan projek ini.

9. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat manakah komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan perbankan Islam di negara ini dan nyatakan langkah Kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat global.

10. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sila senaraikan jumlah kes pencabulan kanak-kanak untuk sepuluh tahun yang lalu berdasarkan negeri dan usia mangsa. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah yang semakin teruk ini.

11. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan status terkini prestasi Malaysia di dalam bidang “intellectual property”. Berdasarkan laporan International Property Rights Index 2013; Malaysia berada di kumpulan 2 (di kedudukan 33 daripada 131 buah negara). Apakah perancangan masa hadapan MyIPO dan Kementerian.

12. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan dan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghapuskan rasuah dan mengapa Kerajaan tidak memberi kuasa pendakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor kritikal yang mesti diperkemaskan dalam pelaksanaan undang-undang kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam.

24. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kenapa Projek Cyber School yang dijalankan di Terengganu pada tahun 2008 tidak mencapai matlamatnya dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan untuk projek berkenaan.

35. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pengeluaran padi negara sudah mencukupi untuk keperluan negara. Adakah bantuan subsidi yang diberikan itu dapat meningkatkan pengeluaran negara sehingga kita dapat menjadi negara pengeksport dan adakah subsidi ini sampai kepada golongan yang disasarkan.

39. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Kerajaan menubuhkan sekolah Menengah di kawasan Olak Lempit dan Jenderam Hilir bagi kemudahan penduduk di sana.

41. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI yang tidak dapat diputihkan dalam Program 6P dan apakah tindakan seterusnya ke atas kumpulan ini.

42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan pengurusan Jemaah Haji bagi tahun 2013 dan kuota yang diperolehi oleh setiap syarikat.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (31 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (31 Oktober, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Thursday, October 31, 2013

Dewan Rakyat 31 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 31 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan atau pelan induk untuk membangunkan semua kampung baru di negara ini. Berapakah peruntukan yang akan disalurkan kepada semua kampung baru pada tahun 2014 dan apakah mekanisme penyaluran peruntukan.[ Soalan Tambahan : BN Ayer Hitam, PKR Nibong Tebal ]

2. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah keseluruhan projek River Of Life dan bilakah projek ini akan tamat.[ Soalan Tambahan : PKR Wangsa Maju, BN Kuala Kangsar ]

3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan sistem kewangan Islam sebagai ikonik baharu untuk ekonomi Malaysia serta nyatakan :-
(a) berapakah jumlah sumbangan industri kewangan Islam kepada pendapatan negara dari tahun 2003-2013; dan
(b) apakah kekangan semasa terhadap perkembangan kewangan Islam di Malaysia.[ Soalan Tambahan : BN Silam, PKR Bukit Katil, DAP Kota Melaka, DAP Beruas ]

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) mampu mengurangkan jurang ekonomi dalam masyarakat khususnya ketidaksamaan ekonomi antara kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.[ Soalan Tambahan : PKR Gombak, BN Putatan, BN Kalabakan ]

5. Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa kos dan komponen kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan dan tarikh kerja dijangka siap.[ Soalan Tambahan : BN Batu Sapi, PAS Kota Bharu ]

6. Dr. Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan memberi bantuan khas kepada semua orang-orang kurang upaya tanpa syarat samada mereka mempunyai pekerjaan ataupun tidak mempunyai pekerjaan.[ Soalan Tambahan : PAS Pengkalan Chepa, BN Parit Sulong, PAS Shah Alam ]

7. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pemegang dokumen IMM13 di seluruh negara dan apakah masa depan pemegang-pemegang dokumen tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Tuaran, DAP Seputeh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah rumah rakyat miskin yang dibina dan yang telah dibaiki termasuk projek penempatan semula yang telah dan akan dilaksanakan di Parlimen Rantau Panjang dan seluruh Kelantan.

20. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan maklumat tentang pembangunan industri akuakultur di negara kita dan apakah usaha yang dilakukan untuk membantu pengusaha Bumiputera dalam sektor ini.

24. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam dan kos keseluruhan pelaksanaan projek hospital ini.

53. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menjadikan keretapi dan stesen keretapi sebagai tarikan pelancongan selain daripada Orient Express yang sedia ada.

c. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - PKR Penampang, BN Sik, PAS Kuala Terengganu, BN Kuala Kangsar ]

[ Rehat ]

[ Sambungan Perbahasan - BN Kuala Kangsar, DAP Raub, BN Sibuti, PKR Nibong Tebal, BN Tenom, PAS Pengkalan Chepa, BN Limbang, DAP Lanang, BN Labuan, PKR Kuala Kedah, BN Sabak Bernam ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008