Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Jawab Lisan
1. Datuk Seri Panglima AbdulGhapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian Kerja Raya bercadang membina jalan 2hala Tawau/Kota Kinabalu dan jika ada bila akan dimulakan. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PAS Rantau Panjang ]
2. TuanMohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERImenyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Suruhanjaya BebasAduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh SuruhanjayaDiraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM. [ Soalan Tambahan : PKR Gombak, BN Jasin ]
3. DatukMohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah terdapat kesan kepada alam sekitar negara kita akibat fenomena ledakan di matahari atau ributmatahari yang berlaku awal tahun baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus ]
4. TuanWee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila seorang Menteri berjanji di Parlimen untuk memberiinformasi seumpama fi konsultan yang telah dibayar oleh MAS kepadaBinaFikir Sdn. Bhd, untuk Projek WAU yang melibatkan jumlah wang RM200juta dan senarai nama untuk 12 syarikat yang terlibat dalam kontrak fuel hedging di mana MAS mengalami kerugian sebanyak RM3.3 bilion,adakah Khazanah dan/atau syarikat GLC seperti MAS berhak untuk tidakmemberi apaapa maklumat yang diperlukan kepada Parlimen danbahawa Khazanah dan/atau syarikat seperti MAS boleh kekalbersembunyi di bawah klausa CONFIDENTIALITY atau NON-DISCLOSURE sedangkan MAS menggunakan wang rakyat. [ Soalan Tambahan : Bebas Wangsa Maju, PAS Tumpat ]
5. Dato'Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERImenyatakan setelah selesainya urusan penyenaraian Felda Global VentureBhd. dalam Bursa Malaysia dan penglibatannya dalam perniagaanantarabangsa, sebahagian besar fokus FELDA mungkin lebih tertumpu kepada urusan business, maka dengandemikian apakah caranya untuk FELDA terus menunaikan tanggungjawab sosialnya,terutama terhadap kepentingan generasi kedua dan ketiga, yang kianmeruncing. [ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PKR Lembah Pantai ]
6. TuanSim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakanpenubuhan Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen:-
(a) adakahKerajaan bersedia untuk menubuhkan satu JawatankuasaKhas Perundangan Parlimen untuk meneliti danmendraf semua rang undang-undang sebelum iadibentangkan di Parlimen; dan
(b) nyatakan semuabantahan dan halangan terhadap penubuhanJawatankuasa Khas ini. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Kinabatangan ]
7. DatukRaime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DANINDUSTRI menyatakan keberkesanan SME Bank bagi membantu usahawanIndustri Kecil dan Sederhana (IKS) dan apakah strategi-strategi dalammeningkatkan daya saing usahawan IKS di peringkat global (lokal danglobal). [ Soalan Tambahan : BN Tenom, DAP Kepong ]
8. Dr.Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasional 'gaji minimum'RM900 ditetapkan untuk di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawakserta apakah langkah-langah lain untuk meningkatkan produktiviti ketahap 4.6% untuk 8 tahun akan datang bagimencapai sasaran status pendapatan tinggi (high income status) pada tahun2020. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor ]
9. DatukSapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan untuk mendapatkantambahan kuota jemaah haji dari negara ini, bagi membolehkan masamenunggu seseorang jemaah tidak terlalu lama. [ Soalan Tambahan : ]
10. TuanMohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah penggunaan komputeryang diagihkan kepada pelajar. Apakah bentuk pemantauan yangdijalankan. [ Soalan Tambahan : ]
11. TuanMohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGANANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa ramai usahawan dikalangan mahasiswa memanfaat Tabung Usahawan Siswazah(TUS) dan apakah program-program yang perlu diikuti usahawan siswazah bagi melayakkan mereka memohon TUS. [ Soalan Tambahan : ]
12. TuanAzan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah kedudukanIndeks Harga Pengguna yang terkini dan apakah langkah-langkah baruyang dicadangkan untuk membendung kesan negatif trend kenaikankos yang berlaku di seluruh dunia. [ Soalan Tambahan : ]
SoalanMP PAS yang disenaraikan:
20. Dato'Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dari mana dana untuk pemberian durian runtuh kepada peneroka FELDA seperti diumumkan Perdana Menteri dan jumlahkeseluruhan pemberian tersebut.
26. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status sebenar Geran Perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR)yang telah diberhentikan oleh Perdana Menteri Keempat, Tun DrMahathir Mohamad, pada tahun 2003, adakah Geran Perkapita tersebut telah diberikan semula sepertimanadifahami daripada kenyataan Perdana Menteri pada 9 Mac 2012,ketika merasmikan pembukaan Sekolah Agama Taman Molek, Johor Bahru.
41. Dr.Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERImenyatakan statistik umat Islam yang murtad dan menukar status dalam kadpengenalan mereka dan langkah-langkah yang di ambil oleh JAKIM dalammengatasi gejala murtad ini.
45. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERImenyatakan:-
(a) adakahprosedur mengedarkan borang pembiayaan kewangankepada peneroka FELDA daripada 7 bank terpilih adalah mengikut peraturanyang ditetapkan oleh Bank Negara; dan
(b) kenapakahpeneroka seolah-olah dipaksa menandatanganiborang tersebut yang kebanyakannya dalam BahasaInggeris yang kurang difahami oleh peneroka
50. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] mintaMENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Malaysia masih dalamsenarai tapak subur untuk ancaman pengganas global.
67. TuanHaji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menjelaskan justifikasi kepada pembatalan guru KAFAbaru-baru ini.
70. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan bilangan konsesi pembangunan UiTM secara PrivateFinance Initiative (PFI) yang telah dianugerahkan dan menyatakannama-nama syarikat tersebut serta status projek tersebut.
74. Dr.Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan apakah garis panduan penerbitan dan penjualan bahan lucah danpornografi serta berapakah dakwaan yang telah berjaya dibuatoleh pihak Kementerian terhadap kesalahan kategori ini dalam tempoh 10 tahun terakhir dan nyatakan siapakahpihak-pihak yang pernah didakwa dan diambil tindakan undang-undangbersabit
kesalahan ini.
79. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Peneroka FELDAdiminta menandatangani perjanjian pinjaman Bank untuk membeli sahamsahamyang akan dikeluarkan FGVH.
82. Dato'Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERIPELANCONGAN menyatakan bentuk kerjasama yang ada antara Kementerian denganYang Berhormat Exco Pelancongan Negeri-negeri.
83. PuanSiti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERISUMBER MANUSIA menyatakan mengapakah gaji minimum yang diperkenalkanoleh Kerajaan untuk Sabah dan Sarawak bernilai RM800lebih rendah dari Semenanjung RM900, sedangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawak lebih tinggi.
90. Dato'Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERISUMBER MANUSIA menyatakan kenapa Pusat Latihan Teknologi Tinggi(ADTEC) tidak beroperasi sepenuhnya di Kemunting Taiping.
92. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] mintaMENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakanberapa peratuskah penjanaan tenaga negara bergantung kepada gas,arang, hidro dan minyak, sejauh manakah kita boleh mencapaiperatusan tenaga boleh diperbaharui(renewable energy) yang sewajarnya serta sejauh manakah keberkesanan feedin tariff di Malaysia.
99. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERIKEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha-usaha yang dilakukanuntuk memastikan Visi dan Misi KETENGAH khususnyadalam bidang pembangunan ekonomi dan sosialyang semakin lesu dan tenat dapat dipulihkan semula.
100. TuanMuhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) bilakah kaliterakhir pihak Kementerian membuat kajian berkaitankemudahan dan kebajikan untuk anggota tentera; dan
(b) adakahKementerian berpuas hati dengan tahap kemudahandan kebajikan untuk anggota tentera setaraf dengan kakitanganagensi-agensi lain yang setara.
c.Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Pertimbangan ke atas (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan(2012) 2012 dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (21 Jun, 2012) [ Menteri Kewangan]
[ Dalam Jawatankuasa ]
[ Jabatan Perdana Menteri - PAS Pokok Sena, BN Tangga Batu, DAP Serdang, BN Jempol. PAS Rantau Panjang, BN Silam, PKR Batu, BN Arau, DAP Ipoh Barat, ...]
[ Rehat ]
[ ... DAP Rasah, .... PAS Kota Raja, BN Batang Sadong, PAS Hulu Selangor, BN Hulu Selangor, Bebas Pasir Mas, BN Lenggong, DAP Teluk Intan, PAS Pendang, DAP Klang, PAS Kuala Selangor ]
[ Menteri Undang-undang - DAP Klang, PAS Kota Raja, Bebas Tawau, PAS Pokok Sena, DAP Klang, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena, DAP Rasah, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Rasah ]
[ Menteri Perpaduan - ... ]
0 comments:
Post a Comment