Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 27 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan ;-
(a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk
menaiktaraf pusat pentadbiran, pengkalan, peralatan dengan kediaman bagi Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia di Bintulu, Sarawak pada masa terdekat ini; dan
(b) sejauh manakah keberkesanan agensi ini
menjalankan tugasan operasi semenjak ditubuhkan beberapa tahun yang lalu dari
segi tangkapan, pencegahan dan lain-lain. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, DAP Bakri ]
2. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya
Selatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) alasan mengapa filem-filem tempatan
tajaan FINAS kurang mendapat tempat di festival-festival filem antarabangsa;
dan
(b) peruntukan yang disediakan bagi
membuat kajian bagi skrip yang diluluskan tajaan FINAS.[ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, BN Tasek Gelugor ]
3. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada pihak
Kerajaan bercadang untuk mewujudkan one-stop-centre untuk urusan pelaburan
asing sebagai langkah positif ke arah negara yang mesra pelabur asing demi
menggalakkan lagi pelaburan asing di negara kita.[ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PKR Indera Mahkota ]
4. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala
Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan
untuk memastikan doktor-doktor dan pakar-pakar di hospital besar Kuala
Terengganu mencukupi memandangkan sehingga kini masih tidak ada
kemudahan-kemudahan alternatif dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan di
Kuala Terengganu.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu, BN Sekijang ]
5. Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad
Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah untuk
memperluaskan usaha mengeluar lesen pemandu di luar bandar khasnya kawasan yang
jauh dari pusat bandar.[ Soalan Tambahan : BN Mukah, DAP Seremban ]
6. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada
kerjasama pengecualian bayaran balik pinjaman belajar dengan agensi Kerajaan
atau badan-badan yang memberi pinjaman kepada peminjam yang telah dikategorikan
sebagai OKU akibat kemalangan yang menimpa diri mereka.[ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, DAP Ipoh Barat ]
7. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang
Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk
memperbanyakkan sekolah rendah agama dan sekolah menengah agama
integrasi di seluruh negara bagi memenuhi
kehendak dan keperluan rakyat yang mahukan sekolah Islamik. Kementerian mesti
dengan kadar segera membantu sokolah-sekolah pondok secara progresif daripada
segi infrastruktur dan gaji guru-guru sekolah pondok.[ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PAS Rantau Panjang ]
8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan alasan-alasan secara teliti mengapa Kerajaan enggan
mewujudkan institusi penyiasat bebas 'Ombudsman' bagi membolehkan orang ramai
melaporkan pelbagai masalah termasuk salah laku atau salah guna kuasa.[ Soalan Tambahan : DAP Segambut, DAP Batu Gajah ]
9. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji
Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Hotel Seri Malaysia
merupakan pilihan rakyat ketika melancong seluruh negara:-
(a) nyatakan persepsi kejayaan daripada
sudut pendapatan kewangan, kadar penginapan, bilangan usahawan yang berjaya
dalam bidang perhotelan; dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk
menambah bilangan hotel di seluruh negara.[ Dikemukakan tanpa Soalan Tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kerajaan meningkatkan pendapatan bolehguna di kalangan rakyat supaya ekonomi domestik terus kukuh.
20. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul
Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan apakah sebenarnya indikator krisis sosial yang melanda rakyat pada
hari ini.
26. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [
Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar hutang negara bermula
daripada tahun 1999 hingga 2013 dan apakah usaha-usaha Kerajaan membayar
hutang.
30. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [
Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) butiran terperinci senarai
projek-projek Kerajaan yang digolongkan sebagai projek-projek terbengkalai di
Kawasan Parlimen Sepang; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil
untuk menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai di Kawasan Parlimen
Sepang.
37. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu
Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jenis-jenis kawalan biologi dan
keberkesanannya yang telah digunakan untuk mengawal Jangkitan Demam Denggi yang
berleluasa dalam negara ini.
38. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [
Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar
bahawa bajet Kementerian Kesihatan adalah kecil dan tidak seimbang dengan
peningkatan penduduk dan infrastruktur,perkembangan teknologi perubatan,harga
ubat yang meningkat serta kos kempen pencegahan yang tinggi dan adakah Kerajaan
tidak berhasrat untuk menambah bajet tersebut demi mutu perkhidmatan yang lebih
baik kepada rakyat.
40. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [
Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan
perkembangan terkini tentang biodiesel daripada minyak sawit. Berapa banyak
hasil tahunan yang sudah dikeluarkan oleh kilang di Malaysia. Setakat mana
penerimaan pasaran dunia dan lokal kepada biodiesel ini.
41. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang
dilakukan oleh Kementerian untuk memastikan agensi-agensi penguatkuasaan di
bawah Kementerian seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan
lain-lain melaksanakan Pendidikan Islam kepada para anggota mereka yang Muslim.
46. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan royalti
petroleum kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri
pengeluar minyak lain daripada 5 peratus kepada 20 peratus.
47. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit
Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah tarikh landasan ETS
daripada Ipoh ke Taiping boleh digunakan sepenuhnya. Adakah tarikh tersebut
mengikut seperti yang dirancangkan.
53. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ]
minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk
memastikan perdamaian di Filipina selatan benar-benar berlaku dan pembangunan
ekonomi dan hak politik rakyat di situ terbela.
Usul 18(1) oleh BN Tanjong Karang mengenai Comango & Hak Asasi Manusia - Di Tolak
Usul 18(1) oleh DAP Batu Gajah
Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Perbahasa Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi dan Kementerian Kesihatan.
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan
Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014
seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen
4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus
sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42
Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam
dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (26
November, 2013)
Perbahasan Peringkat Jawatankuasa :-
[ Kementerian Wilayah Persekutuan ]
[ BN Setiawangsa, PKR Lembah Pantai, BN Titiwangsa, DAP Segambut, BN Labuan, PKR Batu, DAP Cheras ] [ Rehat ]
[ DAP Seputeh, DAP Kepong, PAS Sepang, PAS Kuala Terengganu, BN Kuala Kangsar, PKR Subang ]
[ Penggulungan - DAP Segambut, PKR Batu, DAP Seputeh, BN Setiawangsa, DAP Segambut, DAP Seputeh, PAS Kuala Terengganu, DAP Segambut, DAP Cheras, DAP Taiping, DAP Segambut, PKR Wangsa Maju, PKR Lembah Pantai, DAP Seputeh, BN Setiawangsa, DAP Seputeh, PKR Wangsa Maju, PKR Kapar, PAS Sepang, DAP Batu Gajah ]
[ Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi - BN Sik, PKR Kelana Jaya, BN Jerlun, PAS Pasir Puteh, BN Tuaran, PKR Pandan, BN Lipis, PAS Sepang ]
[ Penggulungan - ]
[ Kementerian Kesihatan - ]
[ Penggulungan - ]
0 comments:
Post a Comment