Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 7 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji
Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan
pelan tindakan Kementerian untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan
luar bandar dengan kawasan bandar bagi memastikan misi negara menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, PAS Bukit Gantang ]
2. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala
Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menerima
cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan
Proses Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem 'Proportionate
Representation' bagi menggantikan sistem 'First Past The Post' dalam proses
pilihan raya di Malaysia.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Tanjong Karang ]
3. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ]
minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kementerian bagi menambahkan
jumlah institusi kemahiran teknikal dan vokasional supaya lebih ramai lagi
remaja lepasan SPM dapat melanjutkan pelajaran mereka dan menghasilkan tenaga
kerja tempatan yang mahir.[ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PKR Kuala Langat ]
4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah
Pantai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
secara terperinci :-
(a) jumlah kekerapan dan kadar bilangan
keganasan rumah tangga (domestic violence) sejak tahun 2000 hingga 2012; dan
(b) apakah langkah-langkah untuk mengatasinya.[ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, BN Kuala Selangor, PKR Kuantan ]
5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [
Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah langkah yang diambil
untuk mengenakan tindakan kepada guru-guru yang tidak menyokong Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diperkenalkan baru-baru ini.[ Soalan Tambahan : BN Sepitang, PKR Lembah Pantai ]
6. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peruntukan yang disediakan untuk kempen-kempen pencegahan penyakit berjangkit dan penyakit kronik yang tidak berjangkit dan adakah Kementerian telah berjaya mengawal penyakit-penyakit ini. [ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [
Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kes murtad dari tahun
2000-2012 dan bagaimana prosedur perbicaraan kes murtad di mahkamah.
39. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ]
minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia memainkan apa-apa
usaha untuk membantu Kerajaan Thailand mewujudkan perdamaian dan membela
tuntutan politik rakyat Thailand di wilayah Pattani.
43. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok
] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan jumlah tan sampah dikeluarkan negara dan setiap ibu negeri.
Berapakah jumlah peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong sampah kitar
semula, kempen kesedaran dan pembinaan pusat kitar semula bagi setiap negeri.
47. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala
Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha
mempromosikan kraf-tangan “Cottage Industry” tempatan untuk meneruskan tradisi
“warisan hidup” dan meningkatkan ekonomi orang tempatan untuk masa depan
“Sustainable Tourism” negara.
b. Perbahasan Rang Undang-undang dan
Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang
Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (6 November, 2013)
DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan
dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen
4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus
sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42
Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam
dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (6
November, 2013)
[ Sambungan Perbahasan - BN Tanjong Karang, PAS Bachok, BN Masjid Tanah, DAP Kota Melaka, BN Padang Besar, PKR Kapar, BN Libaran ]
[ Rehat ]
[ Perbahasan - BN Libaran, PAS Kota Bharu, ]
0 comments:
Post a Comment