Showing posts with label Perbahasan Bajet Tambahan. Show all posts
Showing posts with label Perbahasan Bajet Tambahan. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Dewan Rakyat 9 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah bentuk perancangan yang boleh dilakukan oleh pihak Kementerian untuk membuka lebih banyak Kolej Vokasional atau Teknikal ke negeri Sarawak supaya anak tempatan dapat menyambung pelajaran. Cadangan ini dapat membantu Kerajaan negeri Sarawak menjayakan SCORE yang memerlukan ramai tenaga kerja teknikal. [ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PAS Tumpat ]

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan mula berfungsi dan menerima aduan dari orang ramai terhadap kesalahan agensi penguatkuasaan dan bagaimanakah proses membuat aduan. [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya, BN Lipis ]

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan pembangunan keseluruhan di kawasan luar bandar Pahang Barat. Kawasan Pahang Barat masih lagi ketinggalan dalam segi infrastruktur jalan terutamanya di sebelah kawasan Ulu Tembeling. [ Soalan Tambahan : BN Jerantut, PKR Indera Mahkota ]

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai, BN Sri Gading ]

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat masa kini, adakah Malaysia meminjam dari institusi-institusi kewangan antarabangsa khasnya International Monetary Fund (IMF), Asia Development Bank dan World Bank. Kalau ada, sila nyatakan jumlah yang telah dipinjam dan apakah tujuannya. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, DAP Kepong ]

6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat terlatih yang dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan juga IPTS setiap tahun mulai tahun 2007 sehingga tahun 2011. [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Kinabatangan ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) memandangkan Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkan selalu rosak, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menjual kapal tersebut dan menggantikannya dengan sebuah helikopter yang juga boleh digunakan oleh APMM untuk rondaan udara; dan
(b) mengapakah kerosakan ini terus berlaku dan apakah tindakan serius yang diambil oleh Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi ]

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada KeTTHA bercadang meminda RUU Bekalan Elektrik 1990 untuk memastikan pembangunan premis haram (tidak mendapat KM- Kebenaran Merancang) atau kelangsungan aktiviti haram dapat dikawal oleh PBT. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Kota Raja ]

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah drastik bagi menangani kegiatan pembalakan haram di negara ini sehingga menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM800 hingga RM900 juta setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia awal Februari 2012 lalu. [ Soalan Tambahan : BN Parit, PAS Sik ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menjamin pulangan tetap dan kedudukan komplian syariahnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) yang khusus untuk golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dengan pulangan yang dijamin sebanyak RM13,500 dalam masa 5 tahun, pada setiap pembelian saham 5,000 unit saham pada harga RM1 seunit.

18. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kajian terhadap tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu serta laporan yang menyatakan stadium tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penyakit dan perosak padi seperti bena perang, siput gondang, ulat ratus dan karah, adakah Kerajaan bercadang mengatasi masalah ini dengan bantuan tanpa racun seperti bahan mesra alam dan lebih selamat selain daripada sumber racun yang boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.

22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan bentuk hubungan dagangan Malaysia dengan Israel dan nyatakan sejauh mana Malaysia mengambil bahagian dalam sekatan dagangan terhadap Republik Islam Iran.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wujud garis panduan di peringkat pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan lain-lain tentang kehadiran pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam ke program-program keagamaan anjuran agama-agama lain.

37. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian sebenar Kerajaan Malaysia dalam soal bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA dan SMAR), pada dasarnya Kerajaan tidak memasukan bajet sekolah-sekolah ini dalam Belanjawan Negara tetapi mutakhir ini (hampir pilihan raya) Menteri Pelajaran turun memberi bantuan kepada Sekolah-sekolah ini. Adakah ini bantuan pilihan raya atau bantuan untuk kemajuan sekolah-sekolah Agama Rakyat ini, sampai bilakah dasar ini akan berterusan.

42. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kenaikan gaji bagi Kumpulan JUSA dan premier dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

47. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah syarikat Bumiputera yang dikenal pasti sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan justifikasi dan sebab pembatalan perjalanan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ke destinasi KL Bandung, KL-Dubai, KL-Johannesburg dan beberapa laluan lain.

60. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan pembentangan khas di Parlimen berkenaan pembangunan perikanan Tok Bali memandangkan projek ini adalah antara ikon pembangunan perikanan negara pada masa depan.

62. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini Jalan Raya Central Spine dari Bentong Pahang ke Gua Musang, Kelantan.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012.
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012.
4. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012.
5. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012.
6. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
Usul 36(12) oleh DAP Ipoh Barat.
Usul 18(1) & 36(12) oleh DAP Bandar Kuching.

d. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 (D.R. 3/2012) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (5 April, 2012)

[ Penggulungan - Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

[ P21 - Kem. Pertanian & Asas Tani - Lulus ] [ P22 - Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - Lulus ] [ P23 - Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar - Bebas Tawau - Lulus ] [P.24 - Miti - Lulus ] [ P.25 KPDNKK - PKR Indera Mahkota, BN Kota Belud ]

[ Rehat ]

[ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, BN Maran, PKR Indera Mahkota, BN Paya Besar, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas ]

[ P.27 - Kem. Kerjaraya - BN Putatan, Bebas Pasir Mas, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Kinabatangan, DAP Serdang, BN Parit Sulong, PAS Pendang, BN Libaran, DAP Bandar Kuching, BN Sri Gading, PKR Lembah Pantai, BN Tenom, BN Johor Bahru, DAP Batu Gajah, BN Jasin, PAS Pasir Puteh, BN Silam, PAS Jerai, BN Kapit ]

[ Penggulungan - DAP Puchong, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Puchong ]

[ P.28 - Kem. Pengangkutan - BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, PKR Indera Mahkota, BN Libaran, Bebas Tawau, BN Lipis, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju, PKR Kuala Langat, BN Libaran, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

[ P.29 - Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air - Bebas Tawau, PKR Kuala Kedah, PAS Padang Terap, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Ampang ] [ Penggulungan - Bebas Tawau, DAP Bandar Kuching, DAP Seputeh, PAS Shah Alam, BN Arau, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Arau, PKR Ampang, PKR Petaling Jaya Selatan, PAS Shah Alam, BN Arau, DAP Seputeh ] - Lulus

[ P.30 - Kem Mosti - BN Parit Sulong, PKR Indera Mahkota, BN Ledang ] [ BN Parit Sulong, PKR Indera Mahkota, BN Ledang ] - Lulus

[ B.41 - Kementerian Pelajaran - PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, BN Hulu Selangor, DAP Serdang, BN Ledang ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, DAP Serdang ] - Lulus

[ B.42 - Kementerian Kesihatan - BN Ledang, PAS Kota Raja, PAS Pendang, PKR Indera Mahkota ] [ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PAS Kota Raja, BN Langkawi, BN Labuan ] - Lulus

[ P.45 - Kementerian Belia & Sukan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota, BN Hulu Selangor, PAS Kota Raja, BN Lenggong ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, BN Limbang, BN Kapit, PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

[ B.46 & P.46 - Kementerian Sumber Manusia - PKR Kuala Langat ] - Lulus

[ B.48 & P.48 - KPWK&M ] - Lulus

[ B.60 & P.60 - Kementerian Pertahanan ] - Lulus

[ B.62 & P.62 - Kementerian Dalam Negeri - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

Thursday, April 5, 2012

Dewan Rakyat 5 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah yang telah menjadi ahli Briged Sukarelawan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan nyatakan sejauh manakah penubuhan pasukan Briged Sukarelawan ini dapat memantapkan gagasan 1Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan terkini dalam pelaksanaan jalurlebar (broadband) berteraskan 4GLTE (Long Term Evolution). Siapakah pelesen-pelesen 4GLTE yang ditauliahkan dan bilakah 'assignment of spectrum' bagi blok-blok 2.6Ghz dapat disempurnakan untuk menjamin pelaksanaan secara komersial. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) berapakah nilai rampasan dadah sepanjang tahun 2011; dan
(b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa dan berapakah yang telah di sabit dengan kesalahan mengedar dadah. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, DAP Kota Melaka ]

4. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara kelompok dan menawarkan permit teksi hanya kepada individu yang membawa teksi. [ Tidak Hadir ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menggalakkan golongan penyelidik meningkatkan mutu R&D mereka supaya lebih mudah dikomersialkan dan apakah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berjaya. [ Soalan Tambahan : BN Ledang ]

6. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha tebatan banjir yang dilakukan bagi mengatasi banjir daripada Sungai Durian di jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu. [ Tidak Hadir ]

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mangsa banjir di Sarawak juga akan diberi bantuan wang ehsan banjir selepas banjir melanda negeri itu pada akhir tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong ]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah bilangan guru sandaran di SJK(C) dan cara penyelesaian kekurangan guru-guru sandaran di SJK(C). [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, BN Bintulu ]

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pengitaran semula sampah sarap yang dibuat daripada bahan seperti aluminium, kaca dan plastik dijalankan oleh semua lapisan masyarakat serta industri. [ Tidak Hadir ]

10. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing pelbagai negara sepanjang 2010 hingga kini, hasil pertukaran asing yang diperoleh dan bilangan yang singgah menginap di Kuala Lumpur sepanjang lawatan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Kuala Nerus ]

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan susulan Kementerian dalam menyegerakan projek pengangkutan untuk membangunkan sektor Maritim di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, BN Tuaran ]

12. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.[ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Rompin ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk membina lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.

28. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar celik huruf (literasi) dan numerasi mengikut negeri di seluruh negara.

33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan sawah padi terbiar di negeri Kelantan yang berjaya dipulihkan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi pihak Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara dan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan Kementerian.

53. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital baru untuk Daerah Dungun, Daerah Marang dan Daerah baru, Kuala Nerus.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar terdapat pegawai-pegawai kanan Kerajaan termasuk yang bertaraf JUSA C hingga JUSA A yang berada dalam 'pool' JPA begitu lama yang tidak diserapkan ke dalam jabatan Kerajaan tertentu dan sekiranya ya, berapakah jumlah mereka dan apakah tindakan yang bakal diambil.

64. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bilakah tarikh sebenar Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) akan dilaksanakan; dan
(b) nyatakan nama dua syarikat yang sudah dimuktamadkan untuk mengendalikan AES dan nyatakan juga bentuk model kewangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan dan dua syarikat tersebut.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pertukaran saham dan CCF di antara MAS dan AirAsia.

Usul 18(2) oleh DAP Klang.

c. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (5 April 2012)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa ]

[ P6 - Jabatan Perdana Menteri - BN Lipis, DAP Kepong, BN Kota Belud, PAS Padang Terap, PKR Machang, BN Jasin, DAP Batu Gajah ] [ Rehat ]

[ Sambungan - DAP Batu Gajah, BN Johor Bahru, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Ledang, PKR Lembah Pantai, BN Rembau, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Selangor ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, PAS Kuala Selangor, Bebas Tawau,PKR Subang, Bebas Pasir Mas, PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Senator - BN Arau, BN Tangga Batu, BN Arau ]

Usul 10(1 & 2) oleh DAP Rasah.

[ Penggulungan - BN Cameron Highland ] Lulus

[ Perbahasan B10 - Kewangan - DAP Serdang, DAP Rasah, DAP Kepong, BN Labuan ]

Sambung Penggulungan Menteri Kewangan.

Tuesday, April 3, 2012

Dewan Rakyat 4 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) apakah benar sambutan rakyat di Sabah terhadap kemudahan pinjaman untuk Skim Rumah Pertama Ku amat rendah; dan
(b) jika benar, apakah penyebab utamanya dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah berkaitan.

2. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional meluluskan lesen sekolah latihan penerbangan (aircraft pilot) yang berlebihan sehingga juruterbang-juruterbang yang terlatih bercambah di pasaran walhal keperluan syarikat penerbangan begitu terhad, sehingga lebih seribu juruterbang yang mempunyai lesen penerbangan sukar memperolehi pekerjaan sebagai juruterbang. Apakah tindakan Kementerian untuk menangani masalah tersebut.

3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bagaimanakah 'Industry Adjustment Fund' dan 'Fallback Plan' sektor minyak sawit akan membantu meningkatkan daya saing peladang-peladang dalam negara serta apakah rancangan Kementerian terhadap tindakan Kerajaan Indonesia untuk merebut pasaran.

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan Kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit berserta dengan peruntukan yang disediakan.

5. Dato’ Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah segera yang diambil oleh Kerajaan berkenaan isu bayaran pampasan kepada golongan nelayan bagi menasihati pihak syarikat yang terlibat dengan pembangunan loji simpanan minyak dan gas di kawasan Pengerang untuk menimbang semula atau mengkaji bayaran yang diberikan kepada nelayan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta golongan nelayan yang tinggal di kawasan dan kampung-kampung yang berhampiran.

6. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim Perkeso atau Skim Kesihatan untuk pemandu teksi.

7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah tapak pelupusan yang telah selamat ditutup oleh Kementerian dan jumlah peruntukan yang telah digunakan. Secara lazimnya apakah jenis guna tanah yang akan dibangunkan bagi bekas tapak-tapak pelupusan tersebut.

8. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-
(a) apakah status terkini projek bekalan air berjumlah RM609.9 juta yang dipinjamkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan dalam urusan penambahbaikan kemudahan air; dan
(b) nyatakan nama-nama kontraktor dan sub-kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

9. Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status perancangan dan pelaksanaan projek untuk menaik taraf Jalan Sibuga dari satu laluan (single carriageway) ke dua laluan (dual carriageway) dari Bandar Utama (IJM) ke Kompleks Sukan Sandakan di kawasan Sibuga.

10. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) berapakah jumlah penternak lembu, kerbau dan kambing mengikut negeri. Berapa ekor pula jumlah ternakannya; dan
(b) apakah bentuk-bentuk insentif yang diberikan kepada penternak ruminan.

11. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan:-
(a) setakat ini berapa padang awam/swasta/sekolah yang telah ditutup atau dikecilkan di Wilayah Persekutuan; dan
(b) berapa ramai penduduk-penduduk tempatan yang menggunakan padang awam/swasta ini sebelum ia dan daripada jumlah tersebut, berapa ramai antara mereka tidak mempunyai padang awam/swasta untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka.

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah keluasan tanah yang patut diperuntukkan untuk mendirikan sesebuah sekolah rendah atau menengah. Adakah suatu garis panduan yang tetap disediakan bagi tujuan ini.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dagangan antara Malaysia dan Indonesia dan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan khas untuk merancakkan hubungan dagang dengan negara berkenaan memandangkan banyak persamaan antara dua negara ini.

18. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah wang yang dibayar kepada syarikat FBC Media Ltd. untuk penerbitan dokumentari yang disiarkan oleh BBC yang akhirnya BBC terpaksa memohon maaf.

20. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi menampung pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang diberi autonomi dalam pengurusan kewangannya.

22. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik PDRM berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini bagi tempoh 2008-2011 dan nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi fenomena ini.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) sejauh mana seriusnya serangan ulat pengorek batang padi (ulat kerbau) ke atas sawah padi di Malaysia; dan
(b) berapa peratuskah pengurangan pengeluaran padi negara ekoran serangan ulat tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah tersebut.

32. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan sebenar kehadiran YAB. Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Feb 2012.

35. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah di Seksyen U10 Shah Alam.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia masih berpegang kepada konsep dan pendirian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) untuk Asia Tenggara.

48. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan maklumat terperinci tentang Lebuh raya Pantai Timur 2(LPT 2)termasuk butiran berikut:-
(a) bilakah dijangka siap sepenuhnya dan jumlah kos baru keseluruhan pembinaan lebuh raya tersebut; dan
(b) pihak yang akan ditawarkan konsesi, terma-terma perjanjian, tempoh konsesi dan bentuk pulangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu hasil dari pelaburan sebanyak 50% dari kos pembinaan.

49. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah tegas yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tarikh 10 April 2012 dan apakah perubahan polisi yang akan diambil Kerajaan untuk memastikan yang Malaysia tidak perlu mengulangi lagi Program 6P ini dalam beberapa tahun akan datang.

60. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana siasatan pihak polis mengenai isu kepala babi yang diletakkan di masjid di Selangor baru-baru ini dan apakah langkah-langkah penyelesaiannya.

68. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang telah dijalankan di kawasan Parlimen Padang Terap sejak 2008 hingga 2011 serta sebutkan projek-projek tersebut bersekali dengan kosnya.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012.

d. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

[ Perbahasan - PAS Pokok Sena, BN Lipis, PKR Machang, BN Jasin, ]

2. (D.R. 6/2012) Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 5/2012) Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Dewan Rakyat 3 April 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan bagi Jawab lisan

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tahap pelaksanaan Projek MRT setakat ini dan bagaimanakah proses pembinaannya akan diselaraskan untuk tidak meningkatkan kesesakan sedia ada di laluan yang telah dikhususkan. [ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Bukit Bintang, BN Sri Gading ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai kajian perkembangan padi hibrid yang dikatakan bakal menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras di negara ini. Apakah kajian ini telah dilaksanakan dan institusi manakah yang telah dipertanggungjawabkan. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah ]

3. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk:-
(a) memberikan elaun khas kepada sukarelawan bomba setelah mereka membantu memadamkan satu-satu kebakaran; dan
(b) mengadakan pasukan bomba air khusus untuk menangani kebakaran di kawasan penempatan di pinggir sungai. [ Soalan Tambahan : BN Lawas, PAS Pendang ]

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes jenayah yang didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen bagi setiap negeri pada tahun 2011 mengikut jantina warganegara/migran dan dewasa/bawah umur. Nyatakan bilangan kes yang tidak menerima perkhidmatan guaman bagi setiap kategori. [ Soalan Tambahan : PSM Sungai Siput, BN Tangga Batu ]

5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah sebarang perancangan untuk mewujudkan Pusat Jagaan Warga Emas di Parlimen Labuan yang mana bertujuan untuk memberi satu kemudahan penjagaan harian kepada warga emas terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan. [ Tidak Hadir ]

6. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Klinik Cure & Care dan jumlah pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan serta kesannya kepada pelanggan sehingga kini dan anggota terlibat dan jenis perkhidmatan yang diberikan. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Silam ]

7. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberi wang sagu hati kepada bekas anggota Pasukan Pertahanan Tempatan (PTT) yang pernah dikerah pada sekitar awal tahun 60-an dan 70-an untuk memerangi pengganas komunis sepertimana Kerajaan memberi sagu hati kepada mereka yang pernah bertugas dalam Pasukan Home Guard, Special Constable (SC) dan lain-lain. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, Bebas Pasir Mas ]

8. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) kesediaan Kerajaan untuk meluluskan satu akta perundangan yang memberikan hak kepada rakyat untuk mendapat rawatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan di hospital Kerajaan; dan
(b) jika tiada, nyatakan pada masa kini, undang-undang manakah yang dapat menjamin rakyat dapat rawatan perubatan yang perlu. [ Tidak Hadir ]

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah terdapat perancangan untuk menurap Jalan Kuala Lajong sepanjang 15 kilometer bagi meningkatkan aktiviti ekonomi terutama pertanian dan perikanan selaras dengan Program Transformasi Luar Bandar. [ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PKR Indera Mahkota, BN Ranau ]

10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Kok Lanas dan Kedai Melor, Parlimen Ketereh masih belum dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : ]

11. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan permohonan sukarela daripada ibu bapa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu anak mereka mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi Siri 9/2012. [ Soalan Tambahan : ]

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rasionalnya Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja (DGTU), Kementerian Sumber Manusia membenarkan pendaftaran sebuah lagi kesatuan pekerja MAYBANK (MAYNEU) sedangkan kesatuan yang sah ialah NUBE. Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pemberian ganjaran (gaji dan bonus) pekerja sokongan dan perkeranian di dalam syarikat GLC seperti Maybank lebih adil dan saksama. [ Soalan Tambahan : ]

12 (1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai urusan mesyuarat nombor 1.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Bagi Kali Kedua

1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

Usul 30(1) mengenai laporan minoriti oleh DAP Rasah. - PKR Gombak, BN Tangga Batu, PKR Gombak, PAS Tumpat, PKR Subang, DAP Ipoh Timur, DAP Bukit Gelugor

[ Perbahasan - BN Kinabatangan (PKR Subang, PKR Gombak ) ] - Lulus

Dewan ditamatkan pada jam 3 petang.

Thursday, June 23, 2011

Dewan Rakyat 23 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1.Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi membantu artis veteran yang tidak lagi aktif atau bersara dan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan skim pencen untuk artis bagi menjamin hari tua mereka. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebaikan dan keburukan kepada Malaysia dalam memasuki perjanjian dengan Australia untuk program penempatan semula (resettlement) pelarian. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) berapakah kos kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan ke atas Non-Revenue Water (NRW) serta punca dan cara mengatasi masalah ini dan sama ada Kerajaan akan memasang alat pengesan kebocoran air bagi maksud di atas; dan
(b) sama ada Kerajaan bercadang untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna, misalnya "1000 Liter Pertama Percuma". [ Soalan Tambahan : BN Putatan, PKR Gombak ]

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar getah asli utama di dunia. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Kinabatangan]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah orang Melayu warga emas berumur 60 hingga 79 tahun yang mendapat perlindungan rumah kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dan nyatakan punca keadaan ini berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, DAP Batu Gajah]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilakah tarikh sebenar perlaksanaan Automated Enforcement System (AES); dan
(b) pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pemasangan alatan-alatan AES. Adakah dilakukan oleh Kerajaan melalui JPJ atau syarikat swasta yang dilantik. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Ledang]

7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan lokasi-lokasi di Negeri Sarawak yang dilayan dengan perkhidmatan doktor udara (flying doctor service). Sila jelaskan apakah usaha atau langkah yang diambil oleh Kementerian ini untuk memikirkan sama ada terdapat kaedah yang lain, yang lebih murah dan tetap bagi meneruskan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Kapit ]


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berbagai program telah dilaksanakan untuk melatih siswa yang menganggur seperti program STAR oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd, GEMS oleh Khazanah Nasional, GTP oleh Mdec, Perintis Mekar oleh UiTM, Program Siswazah Industri Pembinaan oleh CIDB. Mengapa pihak Kementerian tidak mengambil langkah untuk membetulkan keadaan ini di IPTS yang menghasilkan graduan ini.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan garis panduan yang menetapkan silibus sejarah negara untuk dijadikan teks bagi mengimbangi fakta dan sensitiviti dalam fakta itu.

24. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan Projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014.

57. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme kelulusan lesen arak dan sehingga akhir 2010 berapakah jumlah premis arak di seluruh negara. Adakah Kementerian tidak bercadang untuk menurunkan kuasa perlesenan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah-daerah di bawah PBT memandangkan Pejabat Daerah tidak ada kemampuan memantau penjualan arak.

60. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah perkhidmatan kereta api dari Kuantan ke Kerteh yang telah mula beroperasi sejak tahun 2004 telah ditamatkan perkhidmatannya serta nyatakan berapakah jumlah kos keseluruhan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api tersebut.

62. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan akan memberi perhatian kepada cadangan Sultan Kelantan supaya lebuh raya dibina dalam negeri Kelantan. Jika ya, jajaran manakah yang akan diberi keutamaan oleh Kerajaan.

72. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen televisyen dan radio kepada pihak pembangkang.

75. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah bentuk standard siasatan yang diguna pakai dalam isu penyebaran video lucah yang melibatkanPresiden MCA dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

80. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku dan berapakah yang berjaya mendapatkan pinjaman mengikut pecahan negeri-negeri.

81. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah masalah sebenar sehingga tanah jerlus di Jalan Mahadi Kampung Baru, apakah langkah-langkah pembaikan dan penstabilan yang diambil sudah mencukupi kerana didapati berlaku lagi tanah jerlus kali kedua serta berapa kos pembaikan keseluruhan dan adakah kontraktor yang dilantik berkemampuan dan berpengalaman untuk menangani masalah tersebut.

86. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang sedang mengikuti pengajian di IPTS sehingga 31 Disember 2010. Daripada jumlah tersebut berapakah jumlah pelajar dari negara Afrika.

88. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah insentif yang dinikmati oleh nelayan; dan
(b) berikutan harga ikan makin mahal, import makin bertambah, apakah mekanisme yang boleh mengatasi perkara ini.

99. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dakwaan kajian "The 2010 Prices and Wages Report by Swiss Bank UBS AG" yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekali gus melenyapkan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.

103. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuhraya Weng-Durian Burung Peringkat C dan D yang telah terbengkalai lebih 2 tahun. Bilakah projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya.

107. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan pencapaian yang telah dicapai setakat ini dalam kajian angkasa dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

110. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjelaskan kembali maksud "Islam Sebagai Agama bagi Persekutuan”.

112. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap aduan yang menyatakan bahawa wujud syarikat-syarikat palsu yang menipu serta mengaku telah dipilih oleh Kementerian untuk program pemutihan pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta bilangan aduan yang diterima.

113. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang pinjaman berhubung industri air bagi setiap negeri di Malaysia kepada Kerajaan Pusat setakat mana pembayaran balik mengikut negeri yang terkini.

123. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran kos terbaru pembinaan MRT di Lembah Kelang dan pecahan kos mengikut pengambilan bilik tanah, pembinaan landasan (atas bumi dan terowong), Pembinaan stesen-stesen (atas bumi dan dalam terowong) serta lain-lain kos.

125. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah mualaf yang diuruskan oleh PERKIM. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan PERKIM kepada mereka dan untuk selama mana hal ehwal kebajikan mereka dipantau.

128. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan untuk menyekat tayangan pornografi yang semakin berleluasa dalam media hari ini yang membawa kesan negatif pada negara.

130. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah rampasan barangan makanan luput tarikh yang dikitar dan dipek semula secara haram untuk dipasarkan, berapakah jumlah denda yang terkumpul dan tindakan yang dikenakan kepada pesalah setakat ini.

138. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan kenapa tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap media terutamanya TV3 yang berulang kali menyiarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan Utusan Malaysia yang mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menyiarkan isu berkaitan agama rasmi.

12(1) oleh BN Batang Lupar bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan RUU Jadual Perbekalan Tambahan dan Ucapan-Ucapan Penangguhan.

18(1) oleh DAP Bakri mengenai ugutan PERKASA terhadap komuniti kaum cina.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (22 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - Kementerian Pelajaran - PAS Kubang Kerian, BN Simpang Renggam, PKR Balik Pulau, BN Limbang, Bebas Bagan Serai, BN Kinabatangan (BN Sri Gading), DAP Bukit Mertajam, BN Sekijang, Bebas Padang Serai (Bebas Kulim Bandar Baru), BN Hulu Terengganu]

[ Penggulungan Menteri - BN Ayer Hitam (BN Kota Belud, PKR Kuala Kedah, BN Tuaran, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - Kementerian Kesihatan - PAS Pendang, BN Kapit, PKR Telok Kemang, BN Sibuti, DAP Kota Melaka, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Sri Gading, PAS Pendang, PKR Gopeng, PAS Kuala Krai, PAS Pendang, BN Tuaran ]

[ Perbahasan - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM 442, 149, 000 - BN Jasin, PKR Sungai Petani, BN Sibuti, DAP Kepong, BN Tangga Batu, PAS Kota Raja, BN Sekijang, PKR Kuala Kedah, BN Simpang Renggam, PAS Hulu Langat, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, PKR Sungai Petani, PAS Kota Raja, PKR Gombak, BN Simpang Renggam, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Perbahasan - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan RM 70, 283, 700 - PAS Pokok Sena, PKR Batu, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau ]

[ Perbahasan - Kementerian Pertahanan RM 493, 297, 600 - ]

[ Perbahasan - Kementerian Dalam Negeri RM 30, 000, 000- ]

1. YB Bakri - Peraturan harus digubalkan untuk melindungi pembeli rumah daripada ancaman anai-anai di kawasan perumahan - Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan.
2. YB Bebas Tawau - Isytihar Perang Melawan Pemerdagangan Dadah Melintasi Sempadan - Kementerian Luar Negeri.

p/s : Dengan Penuh Dukacita dimaklumkan bahawa Siaran Langsung akan Tamat serta merta pada jam 5.30 petang. Sekian Dimaklumkan.

Wednesday, June 22, 2011

Dewan Rakyat 22 Jun 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang akan dimainkan oleh Global Science & Innovation Advisory Council (GSIAC) dalam mengembangkan keupayaan inovasi negara dan nyatakan harapan dan aspirasi Kerajaan dengan penubuhannya. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, DAP Kepong, PKR Lembah Pantai ]

2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tujuan sebenarnya penstrukturan semula bank-bank yang akan dilaksanakan. Apakah implikasi kepada masa depan perbankan Islam di Malaysia.
[ Soalan tambahan: PAS Rantau Panjang, BN Jasin ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah bilangan rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia mengikut pecahan-pecahan kaum dan etnik dalam jangka masa lima (5)
tahun terdahulu dan berapakah kadar perbandingan mendapatkan rawatan antara hospital kerajaan dan swasta di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Jasin, DAP Beruas, BN Putatan ]

4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membina jalan konkrit Kg Mambong di Kuala Krai sepanjang 2.5 km bagi kemudahan 200 penduduk.
[ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai, ]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kes rasuah yang telah dikendalikan menerusi 14 Mahkamah Khas yang ditubuhkan khusus untuk mengendalikan kes rasuah dan berapa ramai perlantikan hakim di mahkamah khas itu. [ Soalan tambahan:

6. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah cukai tanah yang dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada negeri Kedah bagi bangunan IPT yang ada di Kedah mengikut kadar per meter persegi setiap IPT tersebut. [ Soalan tambahan:

7. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak NCER dilancarkan pada bulan Julai 2007 berapakah projek yang telah dilaksanakan di Negeri Perlis dan kenapakah Pusat Biji-biji Benih Negara yang telah dilulus untuk dibina di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis tiba-tiba dibatalkan dan dipindahkan ke Negeri Kedah. [ Soalan tambahan:

8. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab mengapa kadar tol untuk setiap kilometer yang dikenakan oleh Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) adalah lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan oleh Lebuhraya PLUS.
[ Soalan tambahan:

9. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan yang bakal dilakukan untuk membuka mata rakyat terhadap kepentingan Government Link Investment Company (GLIC) untuk terus melabur dalam GLC; dan
(b) sejauh manakah keberkesanan GLC dalam membantu dan menyokong pelbagai plan transformasi yang dilancarkan Kerajaan supaya dapat memberi impak positif terhadap
pembangunan ekonomi negara. [ Soalan tambahan:

10. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh mana benarnya 'Freedom House' yang meletakkan negara Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara seluruh dunia dari segi sudut kebebasan akhbar. Sejauh mana kebenaran laporan ini. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing (FDI) masuk ke Malaysia pada tahun 2009, 2010 dan tahun ini. [ Soalan tambahan:

12. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak monopoli pengimportan beras kepada Bernas selama 10 tahun sehingga 2021 sedangkan tindakan Bernas yang mengisytiharkan dividen sebanyak 36% daripada modal sahamnya menunjukkan masih terdapat ruang persaingan dalam pasaran.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapakah kos keseluruhannya menaik taraf Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru yang siap pada awal 2008, berapa panjang jalan yang terlibat, berapa pula kos memindahkan gerai-gerai ke Bakar Beta serta apakah kerosakan yang berlaku dan berapa pula kos penyelenggaraan dan pembaikan sejak tahun 2008.

27. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kadar cukai tanah yang dikenakan oleh setiap Kerajaan negeri ke atas semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia berdasarkan meter persegi.

28. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membentangkan Akta Halal bagi mengatasi keresahan masyarakat terhadap status produk makanan Halal lagi bersih.

42. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang mengadaptasi sepenuhnya perlaksanaan dan program pemulihan berdasarkan undang-undang seperti Racketeer Influenced and Corrupt
Organizations Act (RICO) di Amerika Syarikat untuk membendung aktiviti kegiatan haram atau racketeering dan jenayah terancang atau organized crime yang semakin berleluasa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

50. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah yang dibayar balik oleh Kerajaan Pusat kepada Kedah hasil daripada FDI ke negeri itu sepanjang 2009 dan 2010.

57. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah keputusan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$ 20 bilion (RM60 bilion) di Johor Selatan dibincang dengan pihak-pihak berkuasa negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

60. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) atau pihak Kementerian Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara bertanggungjawab dalam melaksanakan dan mengumumkan sebarang pelantikan dalam jawatan-jawatan tertinggi dalam PDRM.

62. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumber dan jumlah dana yang ada di Baitulmal Wilayah Persekutuan. Apa sebenarnya fungsi Baitulmal.

69. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha telah dibuat untuk mewartakan undang-undang bagi pendaftaran secara automatik umur 18 tahun untuk kelayakan menjadi pengundi.

83. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagi menjelas dan menjernihkan suasana berhubung dengan kontroversi kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara, apakah Kerajaan bersedia untuk meminda Perkara 3(1) dengan menyebut Islam 'sebagai agama rasmi Persekutuan'. Ini selaras dengan hakikat bahawa sebahagian besar Menteri mensinonimkan Islam sebagai 'agama Persekutuan' (religion of
the Federation) dengan Islam sebagai 'agama rasmi negara' (the official religion of the Federation) dalam ucapan mereka.

88. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kementerian berhubung berita dan tulisan yang bersifat menghasut oleh Utusan Malaysia yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

93. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang ditanggung Kerajaan untuk membiayai kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri setiap tahun mulai tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010 termasuk kos sewa, kos baik pulih serta bil elektrik dan air setiap tahun.

96. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarabangsa.

103. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan kehadiran pelancong Asia Barat ke Malaysia dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini dan bandingannya dengan 4 bulan pertama tahun lepas.

110. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pelaksanaan gaji minima kepada semua sektor sama ada sektor Kerajaan atau swasta memandangkan usaha merasionalisasikan subsidi turut melibatkan kesemua mereka.

115. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan syarat-syarat dalam kenaikan gaji dan pangkat guru-guru yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Hari Guru tahun 2011 dalam merangsangkan motivasi guru.

118. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan projek Wakaf Mart dan Bazar Wakaf Rakyat sepanjang tahun 2011.

119. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Akta Bidang kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 akan dipinda dan jika ya, apakah hukuman yang dicadangkan.

120. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan terkini Tenaga Nuklear Negara berikutan daripada kemalangan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun.

138. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir dijangka siap dan berapakah jumlah kos yang terlibat. Sehubungan dengan itu berapakah jumlah cukai taksiran yang sepatutnya dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Stesen Jana kuasa Elektrik Sultan Mahmud Kenyir kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu setiap tahun.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011.
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 (D.R.11/2011) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (21 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Menteri) - PAS Pokok Sena ]

[ Perbahasan - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - BN Putatan, PKR Balik Pulau, BN Arau, ]

[ Perbahasan - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - PKR Lembah Pantai, ]

[ Perbahasan - Kementerian Kerjaraya - DAP Kepong, PAS Pendang, PAS Padang Terap, DAP Bakri, BN Dungun, PAS Pokok Sena, ]

[ Perbahasan - Kementerian Pengangkutan - PKR Indera Mahkota, BN Arau, DAP Jelutong, BN Sri Gading, Bebas Tawau ]

[ Perbahasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - PKR Kuala Kedah, BN Rembau, BN Kota Belud, ]

[ Perbahasan - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Bebas Wangsa Maju, BN Labuan, PKR Batu, DAP Kepong, ]

[ Perbahasan - Kementerian Pelajajaran - BN Kalabakan, PAS Kubang Kerian (Sambung) ]

2. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Jun, 2011) [ Kementerian Belia dan Sukan ]

3. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]

4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

6. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

9. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

10. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

Tuesday, June 21, 2011

Dewan Rakyat 21 Jun 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Bank Negara Malaysia berhasrat untuk menyemak atau meminda Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement) bagi bank-bank tempatan sehingga akhir tahun ini. Sila jelaskan sebab-sebabnya sekiranya ya mahupun tidak. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR Lembah Pantai]

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan tahap perkhidmatan DBKL berbanding dengan bandaraya maju di dunia. Apakah usaha untuk mempertingkatkannya. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Setiawangsa ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik miskin tegar mengikut pecahan kaum seluruh Negara sehingga 2010 dan jumlah masyarakat orang Asli di Negara ini terlibat dengan program 1 AZAM dan sejauh manakah telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi mereka. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, PAS Rantau Ranjang ]

4. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan Dewan-dewan Undangan Negeri manakah yang belum meluluskan peralihan kuasa mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan dan bolehkah Negeri Pulau Pinang dikecualikan daripada penguatkuasaan mengikut Seksyen 104, Akta 672. [ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Arau ]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan laporan berhubung dengan insentif kepada petani-petani padi yang telah diberhentikan. Kenapa dan mengapa ia diberhentikan dan dapatkah Kerajaan mempertimbangkan semula insentif ini. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PAS Parit Buntar ]

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini sebuah vessel (oil spill response vessel) yang bernama Seri Endon yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 (Laporan Tahunan Lembaga Pelabuhan Johor 2009, m.s 19). [ Soalan Tambahan : PKR Kuantan, BN Labuan ]

7. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perihal Kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan Kesan Sosial dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang dijalankan oleh Petronas di kawasan Parlimen Pengerang. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Kubang Kerian ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) senarai IPTA dan IPTS yang berjaya mencapai tahap cemerlang dalam penyelidikan dan akademik sesi 2010-2011; dan
(b) universiti-universiti yang berjaya menguruskan kewangan sendiri (self finance) terutama dalam penyelidikan. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan yang terlibat dalam program pengambilan bekas anggota tentera berkhidmat dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta apakah insentif dan galakan yang diberikan kepada mereka. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Bukit Gantang ]

10. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah pembantu rumah warga Indonesia yang sering lari dari majikannya. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status terkini tentang cadangan Kerajaan mengisytiharkan pembinaan tebatan banjir di sepanjang Sungai Golok Rantau Panjang, apakah sebabnya projek ini sengaja dilambat-lambatkan.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah strategi dan pendekatan Kementerian untuk memastikan kenaikan harga minyak dan gula tidak menyebabkan kenaikan harga makanan di pasaran yang membebankan pengguna.

22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) kedudukan terkini projek Empangan Bakun khasnya jumlah tenaga yang mampu dijana setelah RM12.5 bilion dilaburkan, isu keselamatan, pembeli tenaga dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah difikirkan oleh Kerajaan bagi mengatasinya; dan
(b) apakah iktibar yang dipelajari oleh Kerajaan dari segi mengurus projek mega seperti Bakun ini supaya tidak akan berulang kesilapan lama.

26. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan laluan FT 175 Jalan Batu Seketol-Gulau yang dibina sejak awal kemerdekaan begitu sempit dan tidak sesuai untuk menjadi laluan penting ke Lebuhraya Weng-Durian Burung. Jalan sepanjang 3km ini lebarnya hanya 5m dan perlu segera diperbesarkan. Bila langkah pembesaran ini hendak dilaksanakan.

59. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permit ceramah politik (mengikut parti-parti politik) yang diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda dan Ketua Polis Daerah Yan bagi tahun 2010 dan setakat Mei 2011.

66. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) keluasan ladang tebu yang ada di Malaysia dan kapasiti pengeluaran; dan
(b) apakah langkah-langkah Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan harga gula di pasaran.

83. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana tindakan yang telah diambil oleh SPR dalam urusan persempadanan semula bahagian Pilihan raya Parlimen dan Bahagian Pilihan raya Negeri sehingga Jun 2011.

86. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi sehingga mengalami kesulitan untuk membayar cukai tanah pusat pengajian tinggi di bawah tanggungjawab Kementerian pada Kerajaan negeri dan nyatakan kadar cukai tanah yang dikenakan mengikut 1 meter persegi mengikut negeri.

88. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah peranan Kerajaan untuk memastikan syarikat berstatus PLCs (Public Listed Companies) dan GLCs (Government-Linked Companies) menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka (CSR) secara yang maksima dan apakah hanya cukup dengan Putrajaya Committee on GLC High Performance (PCG).

101. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian akan bertindak ke atas Peguam Negara berdasarkan laporan Dato' Mohd Zin mengenai peranan yang dimainkannya dalam kes melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

102. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan agensi yang bertanggungjawab memantau kehadiran bot dan nelayan asing di pelabuhan perikanan Tok Bali.

115. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang dibelanjakan mengikut Kementerian bagi melaksanakan program-program Kerajaan di DUN Merlimau dan DUN Kerdau bagi tempoh Februari hingga Mac 2011 dan nyatakan apakah jumlah perbelanjaan itu terkandung di dalam Bajet.

119. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang diambil dari kesalahan siber dari sudut penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah, berapakah kes yang telah diambil tindakan.

126. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2011untuk meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan kakitangan sokongan serta peruntukan yang telah digunakan dari tahun 2005-2010.

129. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berapakah ahli politik dan juga bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri serta EXCO Kerajaan Negeri telah disiasat sehingga kini.

132. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi bagi mengurangkan hutang isi rumah yang dianggarkan RM557 bilion sekaligus melemahkan kuasa membeli dan melembapkan ekonomi domestik.

133. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah serta usaha Kerajaan khususnya melalui JAKIM dalam mengatasi masalah gejala buang bayi yang berpunca dari perbuatan keji iaitu penzinaan.

134. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk meneliti penambahbaikan sistem penyampaian bagi pelaksanaan undang-undang anti-rasuah dengan rujukan holistik kepada Bribery Act (United Kingdom) dan disesuaikan dengan undang-undang Malaysia. Adakah Peguam Negara membuat rujukan kepada kes-kes anti rasuah terbaru di UK dan komanwel bagi membantu memperkasakan Pelan Integriti Nasional.

139. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah isu tuntutan jenazah saudara baru yang meninggal dunia dalam beragama Islam telah diselesaikan pihak Menteri supaya tiada lagi pertikaian dengan keluarga yang bukan beragama Islam dan tidak berlarutan di Mahkamah.

Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan berhenti sehingga jam 9.00 malam. - Lulus

Usul 18 (1) oleh YB Kubang Kerian berkenaan Penggodam (Hackers) beberapa laman web rasmi kerajaan. - Ditolak

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
2. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011.
3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (20 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Penggulungan Menteri Kewangan - PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PSM Sungai Siput, PKR Balik Pulau, PKR Batu, Bebas Wangsa Maju, PAS Padang Terap, PAS Bukit Gantang, PAS Pokok Sena ]

[ Dalam Jawatankuasa ]

[ Perbahasan B.1 (Urusan Parlimen - Pentadbiran Am - RM 11 Juta )- BN Tangga Batu ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan Jabatan Perdana Menteri - DAP Jelutong, BN Labuan, PKR Machang, BN Padang Besar, DAP Rasah, BN Tuaran (BN Kota Belud, PKR Sungai Petani, Bebas Pasir Mas, DAP Jelutong, Bebas Pasir Mas), Bebas Pasir Mas (PAS Bukit Gantang, BN Kota Belud, BN Sri Gading), BN Lipis, PAS Pokok Sena (BN Putatan, BN Kinabatangan, BN Arau, BN Kinabatangan, BN Arau), BN Batang Sadong, PKR Kuantan, BN Tawau, BN Arau, PAS Kuala Krai ]

[ Penggulungan Menteri - BN Padang Rengas - DAP Rasah, PAS Pokok Sena, PKR Machang, PAS Pokok Sena, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena, DAP Jelutong, DAP Serdang ]
[ Penggulungan Menteri - BN Senator Perpaduan - PKR Kuantan, PAS Pokok Sena ]
[ Penggulungan - BN Senator - Timbalan Menteri - PKR Machang, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, PKR Machang, Bebas Pasir Mas ] [ Penggulungan - BN Cameron Highland ] - Lulus

[ Perbahasan B11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan - BN Rembau (BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau), DAP Batu Gajah, BN Kota Belud (PKR Balik Pulau, PKR Sungai Petani), PKR Machang, BN Jasin (BN Kota Belud), PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, PAS Rantau Panjang, PKR Indera Mahkota (PKR Lembah Pantai, BN Sri Gading) ]

[ Penggulungan - BN Senator - PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, DAP Rasah, PAS Kuala Selangor, PAS Rantau Panjang, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau ]

[ Perbahasan - B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - PKR Ampang, BN Tuaran, PAS Kota Raja, PAS Rantau Panjang, BN Sibuti, DAP Serdang, BN Kota Belud (PKR Ampang, PAS Rantau Panjang, PKR Ampang, PAS Rantau Panjang), DAP Bakri ]

[ Penggulungan - Senator Menteri - PKR Ampang, PAS Kota Raja, BN Kota Belud, PAS Rantau Panjang, PKR Ampang, BN Sri Gading, BN Ledang, PKR Ampang, BN Padang Besar, PAS Kora Raja, PKR Ampang, PAS Pokok Sena ]

[ B. 20 - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Lulus Tanpa Bahas ]

[ B.21 - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - PAS Pokok Sena, BN Ledang, PAS Hulu Langat, BN Tuaran, PKR Indera Mahkota, BN Kuala Krau , BN Sibuti, BN Maran ]

Ucapan Penangguhan :-

1. YB Batu - Adik Menteri menguasai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi dan Kepenggunaan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
2. YB Bukit Bendera - Hampir 30, 000 pekerja asing tanpa izin disebat dari 2005 sehingga 2010 - Kementerian Dalam Negeri.

Saturday, June 18, 2011

Dewan Rakyat 20 Jun 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pendatang asing yang telah didaftar sebagai pengundi menggunakan kad pengenalan tidak sah seperti yang dilaporkan dalam media. Sila jelaskan tindakan susulan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menyelesaikan masalah ini. [ Soalan Tambahan : BN Pulai, PKR Gombak]

2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapakah cadangan jumlah pengurangan subsidi bahan bakar kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan ke mana serta bagaimanakah wang dijimatkan dari pemotongan subsidi itu akan dibelanjakan.[ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Labuan, BN Kalabakan ]

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan menyediakan garis panduan makanan di kantin sekolah akan dapat menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat terutama kanak-kanak.[ Soalan Tambahan : BN Tenggara, BN Kepong]

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pindaan-pindaan yang bakal dilakukan di dalam Akta 663 (Akta Bangunan dan Harta BersamaPenyenggaraan dan Pengurusan 2007). Adakah pindaan-pindaan tersebut akan dapat menyelesaikan kes atau masalah lama yang dihadapi oleh
penghuni atau pemilik rumah pangsa.[ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Jempol ]

5. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah hukuman yang dikenakan ke atas remaja yang membuang bayi dan adakah dengan adanya Rumah Perlindungan Remaja Terlanjur dapat mengurangkan isu pembuangan bayi di kalangan remaja yang semakin
berleluasa dewasa ini.[ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Rantau Panjang ]

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi Kementerian dalam melaksanakan kerja mengutip hasil cukai Kerajaan seluruh negara dan anggaran ketirisan yang berlaku dan langkah-langkah untuk menyekat ketirisan.[ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, ]

7. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap penjagaan sumber laut dan berapakah jumlah pulaupulau yang telah diwartakan sebagai kawasan Taman Laut di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.[ Soalan Tambahan : BN Setiu, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa luaskah ladang-ladang milik FELDA, FELCRA dan RISDA yang ada di kawasan Sik sehingga Disember 2010. Berapa luas kawasan tanaman mengikut jenis tanaman kelapa sawit dan getah.

14. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional Kerajaan mengizinkan internationalisation of ringgit' atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan 'offshore' dan apakah langkah-langkah konkrit Kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk atau downsides risknya.

22. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa bilangan telaga minyak di hadapan pantai Kelantan dan Terengganu yang jaraknya tidak melebihi 3 batu nautika daripada pantai masing-masing.

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) seperti mana yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

38. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian ini telah mencapai NKRA sedangkan banyak aduan yang dibuat oleh rakyat yang tidak diambil tindakan oleh bahagian siasatan IPD kerana alasan kekurangan anggota.

46. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kontroversi isu pertukaran Dato' Seri Prof Ir Dr Judin Abd Karim, Ketua Pengarah Kerjaraya yang bertaraf Turus 3 ke CEO CIDB.

50. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa bilangan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia sejak 5 tahun yang lalu dan berapa pula bilangan pelancong yang datang untuk rawatan hospital (health tourist) serta berapa pula pendapatan yang disumbangkan kepada negara.

56. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota Polis yang telah terlibat dalam jenayah dari tahun 2005 hingga Mei 2011.

64. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan barang-barang yang akan terlibat dalam usaha Kerajaan merasionalisasikan subsidi sepanjang tahun 2011.

65. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby sejak 2010 hingga kini. Perincikan dari manakah punca dan jumlah kerugian tersebut.

75. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dan apakah beliau berperanan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dalam isu penyebaran video seks yang memalukan negara baru-baru ini.

81. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah potongan kepada peneroka FELDA yang dikumpul oleh agensi itu untuk kos tanam semula bagi setiap pusingan tanam semula sebelum pokok tua ditebang.

87. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Mykad yang telah dikeluarkan semenjak Januari 2010 sehingga Mei 2011 kepada penduduk tetap, pelarian dan warga asing yang tinggal dalam Malaysia.

94. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan Melayu sebagaimana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri dan apakah mekanisma yang dicadangkan serta apakah cadangan ini tidak bertentangan dengan konsep 1Malaysia dan masyarakat majmuk di negara ini.

99. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah sebenar pekerja asing yang diambil bekerja oleh Agensi Pusat seperti FELDA, FELCRA dan RISDA di seluruh negeri Kedah. Apakah langkah yang diambil oleh KDN untuk memastikan bahawa keseluruhan mereka adalah pekerja asing yang sah dan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.

102. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan guru-guru di sekolah-sekolah agama milik Kerajaan-kerajaan negeri dan adakah Kementerian Pelajaran menyediakan guru-guru tetap dan terlatih di sekolah-sekolah berkenaan.

103. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah di kawasan U10 Puncak Perdana Shah Alam.

114. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara jelas apakah Kerajaan telah bersedia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan apakah Kerajaan telah menjalankan kajian yang terperinci tentang baik-buruknya perlaksanaan GST ke atas kehidupan rakyat, terutamanya rakyat yang miskin.

121. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan untuk melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

125. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah kes video lucah yang ditunjukkan oleh Trio Datuk 'T' tidak didakwa di bawah Kanun Jenayah Syariah, dalam Mahkamah Syariah.

129. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah projek pembesaran laluan kereta api ke Pantai Timur Semenanjung akan bermula.

145. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk menangani isu sosial yang melibatkan pelajar di seluruh negara dan apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk masa depan negara.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan Dasar - PKR Permatang Pauh (PKR Kuala Kedah, DAP Bukit Bintang), BN Kinabatangan (PKR Machang, Bebas Wangsa Maju)] [ Rehat ]

[ Sambung Perbahasan - BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena (BN Lipis, BN Putatan, BN Arau),]B Jasin, DAP Ipoh Timur (DAP Jelutong, ), Bebas Wangsa Maju (BN Sri Gading), BN Sri Gading (DAP Bukit Mertajam, Bebas Pasir Mas), PKR Gombak (PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota), BN Lipis, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian (PKR Balik Pulau), BN Ranau (BN Tuaran, BN Sibuti), DAP Bukit Mertajam (DAP Beruas, DAP Serdang), BN Tangga Batu, DAP Beruas, PSM Sungai Siput (DAP Batu Gajah)]

Ucapan Penangguhan :-

1. MP PSM Sungai Siput - Kegagalan Lembaga Jururawat memperlindungkan kepentingan Pelajar Kursus Kejururawatan - Kementerian Kesihatan
2. YB PKR Batu - Pihak Polis harus bertindak profesional dalam siasatan - Kementerian Dalam Negeri

Dewan Tamat jam 8.30 malam.

Thursday, March 31, 2011

Dewan Rakyat 31 Mac 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang tahun 2010 dan berapakah yang melibatkan kematian; dan
(b) apakah program drastik Kementerian bagi mengatasi masalah ini.
[ Soalan tambahan: BN Jempol, PKR Petaling Jaya Selatan ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina kampus cawangan mana-mana universiti awam ke Kuala Krai bagi menjadikan Kuala Krai pusat pembangunan ekonomi dan pendidikan yang baru di Kelantan Selatan. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai ]

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) cadangan pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan yang rosak teruk serta sukar untuk dilalui oleh masyarakat setempat dan peruntukan khusus bagi menyediakan pemasangan wayar dalaman rumah (internal wiring) rumah-rumah penduduk miskin di daerah Kinabatangan; dan
(b) langkah Kerajaan dalam mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan secara jangka panjang. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Pendang ]

4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan secara terperinci kemajuan projek Pasar Borong Tunjong, Kota Bharu dan komponen sokongan yang diperlukan serta agensi/syarikat sokongan untuk kejayaan sepenuhnya pasar borong ini. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa, Bebas Pasir Mas ]

5. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan strategi Kementerian untuk meningkatkan keberkesanan tahap penguatkuasaan undang-undang di kalangan pihak berkuasa tempatan dan apakah kaedah peningkatan tersebut merangkumi penggunaan senjata memandangkan pada ketika ini terdapat pelbagai ancaman kepada keselamatan anggota penguatkuasaan.
[ Soalan tambahan: BN Tangga Batu ]

6. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan sedar keperluan membesarkan jalan di Pekan Rantau Panjang dan sekitarnya yang terlalu sempit dan sering berlaku kesesakan di cuti dan perayaan yang membahayakan penduduk setempat. Apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menyelaraskan terma dan rujukan yang akan diguna pakai bagi membantu pasangan Islam yang berkahwin serta terlibat dalam kes penceraian yang semakin berleluasa dewasa ini. Mengapa mesti sesuatu kes yg dibicarakan berlanjutan malahan memakan masa bertahun untuk diselesaikan. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Bachok ]

8. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada cadangan Kementerian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menapis iklan televisyen dan radio agar tidak bertindih dengan fungsi Lembaga Penapisan Filem (LPF) memandangkan sekarang ini LPF menapis kesemua iklan televisyen dan radio di samping filem dan rancangan
televisyen lain. [ Soalan tambahan: Bebas Bagan Serai, BN Sri Gading ]

9. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah skim rumah tanpa deposit boleh dilaksanakan kepada pembeli-pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

10. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) mengapakah ramai masih menganggur dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila Malaysia mengisytiharkan negara guna tenaga penuh; dan
(b) adakah rancangan dilakarkan untuk membantu pengangguran. Jika tidak, mengapa tidak.
[ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mempelawa Exco Pelancongan Kerajaan negeri-negeri turut sama dalam rombongan Kerajaan mempromosikan pelancongan di luar negara pada tahun ini.

28. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah rizab tunai Petronas yang disimpan dalam USD, Euro, RM dan mata wang lain. Apakah usaha Kerajaan untuk memastikan nilai rizab tidak susut selaras dengan penyusutan nilai USD; dan
(b) nyatakan, daripada segi peratusan dan nilai, berapa jumlah rizab tunai Petronas yang disimpan dalam negara, dan di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah sehingga kini Keramat Mall masih tidak beroperasi serta berapa lama lagi masa diperlukan untuk terus melayan kerenah bakal-bakal penyewa dan persatuan peniaga yang terlibat dan berapakah kos penyelenggaraan bulanan sejak Keramat Mall siap sehingga kini.

34. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kejayaan belia negara dalam aspek kehidupan belia yang bukan hanya melibatkan kejayaan dalam bidang sukan sahaja, berserta statistik kejayaan tersebut.

36. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan laporan dakwaan 'irregularity' dalam harga perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari Zhuzho Electric Locomotive Corporation sebanyak RM 500 juta yang telah disiasat oleh SPRM.

48. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status projek pembinaan Hospital Shah Alam.

61. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian terhadap isu tempoh latihan anggota PDRM yang semakin singkat (3 bulan). Adakah pihak Kementerian bersetuju bahawa tempoh ini memang tidak mencukupi bagi melahirkan anggota PDRM yang lebih cekap dan efisien.

62. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jenis dan bentuk bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terpaksa dibawa pulang dari Mesir dan menangguhkan pengajian mereka sehingga satu tahun.

c. Perbahasan Rang Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (D.R.6/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 Mac, 2011)

Perbahasan Dalam Jawatankuasa -

[ Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - DAP Ipoh Barat (BN Ledang)] - Lulus

[ Kementerian Pembangunan Wanita & Kebajikan ] - Lulus

[ Kementerian Pengajian Tinggi - DAP Kepong, DAP Beruas, BN Kinabatangan (DAP Ipoh Barat, BN Lipis), PAS Padang Terap, PAS Pendang ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kluang - DAP Kepong, PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, DAP Beruas, BN Lipis, DAP Beruas, DAP Kepong ] - Lulus

[ Kementerian Pertahanan - BN Jasin ( BN Sri Gading, BN Rembau, BN Maran), PAS Kuala Krai, BN Hulu Selangor (BN Rembau), PAS Kuala Selangor ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Mersing - ]

[ Rehat - Ikuti Siaran Rakaman Wacana Perdana PRU ke-13 : Terancamkah Kuasa Melayu??, Masa 1.30 petang ]

[ Sambungan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan - PAS Kuala Selangor, BN Rembau, PAS Kuala Selangor ] - Lulus

[ Kementerian Dalam Negeri - BN Sibuti, PAS Kubang Kerian (PAS Kota Raja), Bebas Wangsa Maju (PAS Shah Alam, BN Ledang, BN Kota Belud), BN Kota Belud (PAS Shah Alam, BN Ledang, BN Sekijang, PKR Sungai Petani, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau), DAP Rasah (DAP Teluk Intan, BN Kota Belud, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau), BN Lipis ( PAS Kota Raja )]

[ Penggulungan Timbalan Menteri (BN Masjid Tanah) - PAS Kota Raja, Bebas Wangsa Maju, PAS Kota Raja, Bebas Wangsa Maju, BN Rembau, PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan bersambung pada hari Isnin, 4 April 2011, jam 10.00 pagi.

p/s - Rakaman sepanjang penggulungan perbahasan ucapan titah DiRaja oleh semua kementerian akan di upload minggu depan dan seterusnya.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008