Showing posts with label Perbahasan Titah 2012. Show all posts
Showing posts with label Perbahasan Titah 2012. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Dewan Negara 2 Mei 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbandingan penggunaan sumber-sumber Kementerian dari segi bilangan projek (program) yang berorientasikan belia berbanding dengan yang "berorientasikan sukan" di Kementerian berkenaan sepanjang empat tahun yang lalu. Sehubungan itu minta juga diberikan perbandingan sumber tenaga pentadbiran/profesional serta perbandingan kadar bajet/pembiayaan untuk kemajuan/pembangunan belia dan sukan.

2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha strategik yang dilakukan oleh Kementerian dalam membawa usahawanusahawan IKS ke peringkat antarabangsa.

3. Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keterangan mengenai dana RM2 bilion mengikut skim "SME Financing Fund" dengan kadar faedah 2 peratus (profit rate) yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 dan berapa banyakkah bank-bank yang menyertai dan syarikat-syarikat yang telah memohon. Apakah kriteria untuk mendapat pinjaman ini, jaminan yang diberikan oleh Kerajaan dan setakat ini nyatakan jumlah syarikat yang telah berjaya mendapat pinjaman ini terutamanya syarikat-syarikat India.

4. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah terbaru pihak Kementerian dalam membendung aktiviti penipuan perniagaan berasaskan internet yang semakin menjadi-jadi dan adakah pihak Kementerian bercadang mewajibkan para peniaga di internet mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

5. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PELAJARAN menyatakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 baru-baru ini menunjukkan banyak jurang perbezaan di antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dengan sekolahsekolah di kawasan pedalaman. Apakah nisbahnya dan punca utama yang
menyebabkan jurang yang ketara itu yang terdapat di Sarawak.

6. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekitar kawasan bandar telah menjadi satu masalah yang perlu dihadapi oleh kebanyakan penghuni bandar. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

7. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menambah minat membaca di kalangan rakyat bagi mempertingkatkan keperluan pasaran bahan ilmiah sedangkan harga buku di Malaysia mengalami harga pasaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia.

8. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perbandingan perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan oleh Kerajaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

9. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kebaikan dan manfaat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dan adakah kebaikannya lebih banyak berbanding dengan keburukannya yang kita semua sedia maklum.

10. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan pondok polis di setiap tanah rancangan FELDA dan nyatakan nisbah bilangan anggota polis berbanding jumlah penduduk di tanah rancangan FELDA serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin meningkat di kawasan tanah rancangan FELDA masa kini.

11. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya Bank Negara Malaysia mengarahkan supaya institusi perbankan mengurangkan fokus pemberian pinjaman persendirian (kad kredit, sewa beli, pinjaman perumahan) tetapi memberi fokus yang lebih kepada pinjaman korporat.

12. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bentuk tindakan dan perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam mengenal pasti jumlah “hotspot” lebuh raya dan jalan raya yang mempunyai risiko fizikal keadaan lebuh raya/jalan raya yang menimbulkan risiko mala petaka kemalangan jalan raya.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (26 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Thursday, April 26, 2012

Dewan Negara 26 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah aduan yang diterima dan berapakah tindakan yang diambil di bawah Whistle Blower Act 2010 sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2010.    

2.  Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN  TEMPATAN  menyatakan  langkah-langkah  yang  telah  diambil oleh  pihak  Kementerian  untuk  membendung  harga  hartanah  di  seluruh negara yang melambung tanpa had.  

3.  Dato'    Syed    Ibrahim    bin    Kader    minta    MENTERI    PENERANGAN, KOMUNIKASI    DAN    KEBUDAYAAN    menyatakan    adakah    Kerajaan bercadang  untuk  meningkatkan  masa  siaran  bagi  program  Islam  dalam Bahasa Tamil di RTM. Waktu siaran sekarang hanya 55 minit/sehari ke udara di Vanavil (saluran radio Tamil sahaja).   

4.  Tuan   Mohamad   Ezam   bin   Mohd   Nor   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan   perkembangan   usaha   Kerajaan   memperkenalkan   langkah pengawasan  pendanaan  parti  politik  (political  financing)  khususnya  respons parti-parti politik terhadap langkah ini.  

5.  Tuan  Haji  Muhamad  Yusof  bin  Husin  minta  MENTERI  PENERANGAN, KOMUNIKASI  DAN  KEBUDAYAAN  menyatakan  jumlah  filem  dan  drama seram  dan  cerita  hantu  yang  ditayangkan  TV  tempatan  dari  Januari  2011 sehingga  sekarang.  Adakah  Kementerian  sedar  filem  dan  drama  tersebut
boleh merosakkan pertumbuhan minda kanak-kanak.  

6.  Dato'   Mohammed   Najeeb   bin   Abdullah   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan  kejayaan-kejayaan  yang  telah  dicapai  oleh  Yayasan  Bantuan Guaman  Kebangsaan  (YBGK)  dan  langkah-langkah  yang  akan  diambil  bagi menjadikan YBGK lebih mesra pelanggan dan efisien.   

7.   Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bil pembetungan  yang tertunggak oleh pengguna domestik  dan industri kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan nyatakan langkah-langkah bagi mengutip tunggakan ini.  

8.   Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a)      apakah   insentif   pihak   Kementerian   dalam   membaik   pulih perkhidmatan     atas     talian     bagi     pemohon     yang     ingin mengemukakan  persoalan  berkaitan  taraf  kewarganegaraan; dan
(b)      adakah pihak Kementerian mengalami kekurangan tenaga kerja yang menguruskan taraf kewarganegaraan. 

9.   Puan   Norliza   binti   Abdul   Rahim   minta   MENTERI   PEMBANGUNAN WANITA,  KELUARGA  DAN  MASYARAKAT  menyatakan  langkah-langkah komprehensif  yang  diambil  bagi  mengatasi  masalah  penambahan  bilangan warga emas menjelang tahun 2024 mengikut Jabatan Statistik Negara.  

10.  Tuan    Saiful    Izham    bin    Ramli    minta    MENTERI    PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  faktor-faktor  kenapakah sektor  pembuatan  (manufacturing  sector)  masih  gagal  menyumbang  secara lebih  signifikan  terhadap  pendapatan  negara  berbanding  dengan  industri petroleum  negara  sedangkan  umum  mengetahui  begitu  banyak  insentif  dan subsidi dalam pelbagai bentuk telah diberikan oleh Kerajaan kepada industri kecil   dan   sederhana   (SMEs)   serta   FDI   untuk   merubah   struktur   dan kebergantungan ekonomi negara.  

11.   Tuan  Baharudin  bin  Abu  Bakar  minta  MENTERI  PENGAJIAN  TINGGI menyatakan   adakah   pihak   Kementerian   bercadang   untuk   bekerjasama dengan  pihak  universiti  dalam  meningkatkan  nilai  modal  insan  terutamanya dalam     bidang     pengajian     ekonomi,     perniagaan     dan     perhubungan
antarabangsa.  

12.  Datuk  Haji  Yunus  bin  Haji  Kurus  minta  MENTERI  PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  inisiatif  yang  diambil  oleh Kementerian dan MIDA dalam memastikan nilai perdagangan luar (FDI) terus berdaya  saing  di  sebalik  kemelut  pemulihan  ekonomi  yang  perlahan  di Amerika Syarikat, krisis hutang di Zon Euro, gangguan perdagangan di Asia barat  serta  faktor  bencana  alam  di  Jepun  dan  Thailand  yang  menjejaskan rantaian bekalan.  

13.  Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM   SEKITAR   menyatakan   sejauh   manakah   keberkesanan   usaha penggalakan perlombongan mineral aktif dan lengai yang ada di Malaysia dan jumlah pekerja, premium, pendapatan dan keluasan yang diterokai mengikut
negeri sejak tahun 2000.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]



Wednesday, April 25, 2012

Dewan Negara 25 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria pemilihan penggabungan antara GLCs seperti MAS dan pihak swasta seperti AirAsia. Sebutkan jumlah penguasaan ekuiti MAS-AirAsia oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan penggabungan perniagaan syarikat penerbangan gergasi itu.

2. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah model perancangan yang telah digariskan dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara serta apakah program serta bantuan yang disediakan dalam menjamin kedudukan ekonomi mereka.

3. Dato' Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah pengundi baru yang telah didaftarkan sejak tahun 2008 hingga sekarang mengikut kaum.

4. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-
a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina jalan alternatif yang menghubungi di antara Bintulu dan Sibu memandangkan kos penyelenggaraan yang begitu tinggi; dan
b) jika ada, berapakah kos pembinaan jalan baru dan bila ia akan dimulakan.

5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak kebelakangan ini, ramai individu yang menggunakan gelaran Dato’ atau Dato’ Seri yang diperoleh daripada sumber yang diragui kedaulatan mereka. Adakah Kerajaan mengiktiraf penggunaan gelaran tersebut dan jika tidak, apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk menangani gejala ini daripada terus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

6. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah terdapat cadangan untuk menubuhkan kawasan perniagaan berasaskan produk kemelayuan di Kuala Lumpur seperti mana wujudnya Petaling Street yang dimonopoli oleh kaum Cina dan Little India oleh kaum India.

7. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes dan kematian akibat denggi dari Januari hingga Mac 2012 mengikut negeri, berapa pula kes dan kematian tempoh yang sama tahun lalu dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengawalnya.

8. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian dalam menyeragamkan harga barangan keperluan pengguna.

9. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi jangka panjang untuk membendung dan menghapuskan kutu-rayau, pengemis dan gelandangan terutamanya yang berasal dari negara luar.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status terkini "krisis DBP-Dawama" yang beberapa bulan lalu bukan sahaja mengancam kelancaran penerbitan buku-buku teks sekolah, malah masing-masing mengancam hendak saling saman menyaman.

11. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menganalisis Data Terbaru Taburan Hujan Negara dan merangka Pelan Tindakan Efektif bagi merancang kapasiti sistem saliran dan takungan air bagi mengelakkan berlakunya bencana banjir kilat di seluruh negara.

12. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kajian semula kuasa CTOS dan CCRIS yang berlarutan hingga kini dan sekali gus telah menyusahkan rakyat dalam negara ini.

13. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan institusi sosio ekonomi Islam seperti zakat, baitulmal dan lain- lain dalam memberi bantuan dan membiayai pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bagi mengelakkan bekas graduan dibebani hutang belajar.

14. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini Tabung Siswazah (TUS) dan apakah perancangan strategik Kementerian dalam usaha memantapkannya.

15. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang akan diambil untuk memastikan bahawa kualiti Bahasa Melayu akan dikekalkan. Kebelakangan ini, jelas terlihat perkataan-perkataan baru Bahasa Melayu yang digunakan, khas di televisyen untuk, sari kata terutamanya untuk rancangan ASTRO.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Tuesday, April 24, 2012

Dewan Negara 24 April 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan keberkesanan peranan yang telah dimainkan oleh SME Bank dalam membangunkan usahawan IKS setakat ini. Apakah kemampuan bank tersebut dan strategi-strategi baru dalam memacu pertumbuhan usahawan IKS di samping meningkatkan sumbangan IKS kepada KDNK negara.

2. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan berusaha untuk memperluaskan pemasangan lampu jalan dengan menggunakan lampu berteknologi diod pemancar cahaya (LED).

3. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mewajibkan ladang-ladang untuk meningkatkan penggunaan jentera atau kejenteraan dalam operasi perladangan mereka kepada peratusan tertentu demi untuk mengurangkan kebergantungan berterusan kepada pekerja-pekerja asing.

4. Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status projek-projek perumahan di Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan semenjak tahun 2008. Nyatakan nama syarikat penyelamat yang dilantik, jumlah unit serta jumlah perbelanjaan yang terlibat.

5. Dato' Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah masalah kekurangan guru di SJK(C) berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah yang drastik yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

6. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah penyedia perkhidmatan pengurusan pepejal yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara secara terperinci mengikut negeri. Adakah jumlah yang ada mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti di seluruh negara memandangkan ada kawasan seperti di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merosot mutu perkhidmatannya.

7. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apa tindakan yang diambil oleh Kementerian mengenai masalah lalu-lintas di kawasan sekolah yang menjadi semakin teruk kerana jalan-jalan dihalang oleh kenderaan-kenderaan yang menghantar dan menunggu murid-murid.

8. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan dan implimentasi Skim Kesihatan Nasional 1Care yang telah menerima tentangan hebat daripada masyarakat umum akibat daripada kekurangan maklumat dan komunikasi mengenai pelaksanaan program ini daripada pihak Kementerian.

9. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab-sebab jumlah penonton atau "viewership" rangkaian TV1 dan TV2 yang semakin merosot dan sama ada Kementerian mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian mempunyai satu kaedah pemantauan untuk mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan MBMMBI. Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang diambil semenjak MBMMBI itu dilancarkan.

11. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan nisbah kenaikan pangkat kakitangan Kor Agama Angkatan Tentera dan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Pertahanan Negara khusus untuk menyelaraskan pendekatan, kemahiran dan fokus bersesuaian dengan bidang ketenteraan di peringkat pengajian tinggi dalam konteks Islam yang syumul.

12. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain dalam membantu usahawan-usahawan belia berniaga terutama sekali dengan Kementerian Belia dan Sukan. Jika ada, apakah bentuk kerjasama tersebut.

13. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah penempatan guru yang hanya diisi oleh Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

14. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci tindakan Kementerian untuk memperkenalkan sistem modular di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dicadangkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menggantikan sistem yang sedia ada.

15. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi merealisasikan pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan seperti pembinaan loji insinerator berkapasiti tinggi di negara ini.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (23 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Monday, April 23, 2012

Dewan Negara 23 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah faedah-faedah yang akan dinikmati oleh peneroka dan kakitangan FELDA sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia; dan
(b) apakah risiko-risiko yang akan dihadapi oleh FGVH setelah disenaraikan kelak.

2. Tuan Lihan Jok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada penduduk Malaysia yang sepatutnya menerima Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) berpeluang untuk memohon untuk kali yang kedua sekiranya gagal pada permohonan yang pertama. Nyatakan bagaimana cara permohonan kedua ini dibuat.

3. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah konsep wasatiyyah diserap dan dilaksanakan dalam visi dan misi kita ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan menjadikan kita sebagai role model atau negara contoh kepada negara lain di seluruh dunia.

4. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah sistem yang telah dilaksanakan bagi mengatasi kadar jenayah di negara ini. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengatasi isu ini.

5. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan hala tuju PROTON sebagai peneraju industri automotif tempatan selepas pengambilalihan oleh DRB HICOM dalam membangunkan model bermutu tinggi serta diterima di peringkat pasaran antarabangsa.

6. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu rumah asing khususnya dari Indonesia.

7. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pencapaian 1MDB setakat ini dalam membawa hala tuju pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai matlamat pembanguan sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

8. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah kadar liputan telefon bimbit serta internet di negara ini akan mencapai tahap 100 peratus memandangkan masih ada kawasan tertentu terutama di luar bandar yang masih sukar dihubungi menerusi telefon bimbit serta sukar untuk mengakses maklumat menerusi internet. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

9. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam memantau perkembangan gejala sosial di kalangan belia, terutama di kawasan-kawasan Program Perumahan Rakyat (PRT).

10. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai tahap kejayaan TERAJU semenjak ianya ditubuhkan dan berapakah syarikat Bumiputera yang mendapat manfaat daripadanya.

11. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah masalah air bersih akan selesai sepenuhnya di seluruh negara. Apakah usaha terbaru Kementerian untuk menangani masalah air bersih di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Perlis yang agak membimbangkan terutama apabila berlaku musim kemarau yang panjang.

12. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah UDA Holdings lebih gemar menjual plot tanah di kawasan-kawasan strategik yang mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan membangunkan tanah-tanah tersebut sebagaimana asas penubuhannya suatu masa dulu dan kemudiannya mendapat pulangan dalam bentuk perolehan secara berkala serta apakah perancangan terkini UDA Holdings untuk membangunkan 8 hektar tanah bekas Penjara Pudu.

13. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan isi kandungan cadangan gaji minimum oleh Kementerian dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan.

14. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dan pihak MIDA sendiri dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing bertaraf antarabangsa untuk melabur di Labuan.

15. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian bermaksud untuk meluaskan pemasyarakatan (melebar luaskan penyibaran gagasan) MBMMBI agar diketahui, difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat yang lebih luas dan tidak terbatas kepada warga Kementerian Pelajaran sahaja. Setakat ini persepsi umum ialah seakan-akan MBMMBI itu hanyalah tanggungjawab Kementerian Pelajaran sahaja dan bukannya merupakan satu agenda nasional.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

2. Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.”

3. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Thursday, March 29, 2012

Dewan Rakyat 29 Mac 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan


1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah kekuatan armada kapal laut pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi maritim negara yang luas. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Bachok ]

2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha jangka pendek dan jangka panjang, serta kos yang terlibat dalam mengatasi masalah hakisan pantai yang teruk di sepanjang pantai dan masalah muara-muara sungai utama yang cetek di Terengganu. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu, BN Maran ]

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) pakej serta tawaran bantuan Kerajaan kepada usahawan yang berminat menceburi perniagaan dalam sektor pengeluaran makanan di negara ini; dan
(b) jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dalam membiayai segala bentuk makanan di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, Bebas Pasir Mas ]

4. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) bilakah Akta Perkahwinan dan Penceraian akan dipinda supaya menambahbaikkan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi pemberian nafkah; dan
(b) nyatakan jumlah kes penceraian setiap tahun bagi tahun 2000-2011.[ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa lamakah tempoh konsesi penyelenggaraan jalan di seluruh negeri Sabah yang sekarang diberi kepada Syarikat Gammerlite Sdn Bhd, Kekal Mewah Sdn Bhd dan Lintasan Sdn Bhd. Berapa lama lagikah baki tempoh kontrak untuk ketiga-tiga syarikat berkenaan. [ Tidak Hadir ]

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan
(b) bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit. [ Soalan Tambahan : PKR Teluk Kemang, BN Jempol ]

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah status dan perkembangan hasil inovasi akar umbi yang berjaya dikenal pasti oleh pihak Kementerian semasa menjalankan Jejak Inovasi pada tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PKR Machang ]

8. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan nama-nama akta yang membenarkan pihak berkuasa memintas telekomunikasi telefon dan email, serta menyenaraikan jumlah kes pemintasan dari tahun 1998 hingga 2012 mengikut kategori suspek jenayah, ahli politik dan warganegara asing. [ Tidak hadir ]

9. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan bersepadu yang akan diambil bagi menangani eksploitasi anak yatim dan pelajar pusat tahfiz berdaftar dan tidak berdaftar dalam aktiviti mengutip derma dan nyatakan tindakan Kerajaan terhadap pemungut derma lainnya seperti di hentian rehat lebuh raya dan bank-bank. [ Soalan Tambahan : BN dungun, PAS Pendang ]

10. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tujuan Kerajaan mewajibkan setiap rakyat membeli insurans perubatan dan jumlah nilai yang akan dikutip. Bagaimana pula dengan rakyat yang tidak memiliki insurans tersebut. [ Soalan Tambahan : ]

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah lebihan seramai 13,000 graduan yang mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara akibat daripada penurunan sehingga 29 peratus pelajar yang mengambil jurusan Sains semenjak 2007 lagi. [ Soalan Tambahan : ]

12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi.[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia memainkan apa-apa peranan untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam negara Syria.

28. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status halal dalam minuman Coca-Cola.

32. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam dalam bandar di seluruh negara; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji jenis-jenis perkhidmatan pengangkutan dalam bandar seperti yang dilaksanakan di beberapa negara jiran yang kelihatan lebih mesra penduduk berpendapatan rendah.

41. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa MARA sudah tidak lagi memberi biasiswa kepada pelajar bukan perubatan di Jordan dan Mesir.

54. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada terdapat peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf jalan menghubungkan Jelawang di Dabong ke Gua Musang yang berada dalam keadaan daif.

57. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah yang berlaku di Parlimen Padang Terap mengikut tahun sejak 2008 hingga 2011 serta nyatakan kategori jenayah tersebut serta langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan.

59. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang terjadi dengan Penerbangan Malaysia Bhd yang memajakkan pesawat MAS apabila MAS dan Air Asia digabungkan.

Ususl 12 (1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran menjawab Jabatan Perdana Menteri dan meluluskan Usul menjunjung kasih ucapan Yang Di-Pertuan Agong

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua

1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Mac, 2012)

Usul 44 oleh Bebas Padang Serai.

[ Penggulungan Jabatan Perdana Menteri ]

[ Menteri Undang-Undang - DAP Ipoh timur, Bebas Padang Serai, PKR Batu, PKR Kuantan, DAP Batu Gajah, PKR Machang, PAS Pokok Sena, DAP Teluk Intan, DAP Puchong, DAP Ipoh Barat, PKR Lembah Pantai ]

[ Rehat ]

[ Menteri Perpaduan Nasional - BN Lipis, BN Silam, PKR Sungai Petani ]

[ Menteri PEMANDU & ETP - BN Kapit, PKR Kuala Kedah, Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, BN Pasir Salak, BN Padang Besar, Bn Pengerang, BN Pasir Salak ]

[ Menteri Agama - Bebas Pasir Mas, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Kota Raja, BN Pasir Salak, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, PAS Kota Raja, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Ampang, PAS Shah Alam, BN Sri Gading, PKR Ampang, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam, BN Kuala Krau, PKR Ampang, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, PAS Kota Raja, PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading, BN Kuala Krau, PAS Shah Alam, Bebeas Kulim Bandar Baru, Bebas Pasir Mas, PKR Machang, Bebas Pasir Mas, BN Arau, PAS Baling, PAS Kota Raja, PKR Indera Mahkota, PAS Baling ]

[ Menteri Felda - BN Silam, PKR Machang, PAS Kubang Kerian, PAS Kuala Selangor, PKR Machang ]

Wednesday, March 28, 2012

Dewan Rakyat 28 Mac 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) pendirian Kementerian ke atas gejala rasuah dalam bidang sukan terutama sekali sukan bola sepak; dan
(b) langkah-langkah yang diambil bagi menghapuskan gejala ini. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, PKR Machang ]

2. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan baru-baru ini beberapa kawasan di negeri Perak diumumkan sebagai kawasan-kawasan yang didapati terjebak dengan sejenis wabak penyakit bernama Acute Gastroenteritis (AGE). Segelintir penduduk kawasan Parlimen Teluk Intan juga terjejas dengan wabak penyakit ini. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengawal dan mencegah penyakit ini dari terus merebak. Apakah status terbaru mengenai keadaan situasi pengawalan penyakit ini. [ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, BN Tangga Batu ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomi menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Apakah langkah-langkah pihak Kementerian dalam memastikan program ini berjaya dan dapat membantu pekebun-pekebun kecil terutama di kampung-kampung tradisional. [ Soalan Tambahan : BN Maran, DAP Ipoh Barat ]

4. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana JAKIM memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip keadilan Islam, jika ya apakah hasilnya.[ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Ledang ]

5. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani beban pembeli rumah yang terbengkalai apabila pemaju-pemaju rumah yang telah mengikat janji dengan pembeli-pembeli disenarai hitam oleh institusi perbankan dan ada kemungkinan dibankrapkan. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PKR Permatang Pauh ]

6. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa lebuh raya di Sabah teruk penyelenggaraannya dan mengapa tiada tindakan diambil terhadap kontraktor. Apakah terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas kontrak penyelenggaraan jalan, tempoh kontrak dan cara pembayaran. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Kinabalu, BN Kinabatangan ]

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan agar Kerajaan menyediakan peruntukkan untuk menaiktaraf Jalan Luar Bandar R3 Ipai-Pendam di Limbang yang terletak di sepanjang sempadan dengan negara Brunei Darussalam dalam "second rolling plan" RMK-10 ini. [ Soalan Tambahan : BN Limbang ]

8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kesan kepada kemasukan pelancong dari luar dan dalam negeri hasil kerjasama Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Rembau ]

9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kemudahan yang disediakan Kerajaan bagi pekebun-pekebun kecil sawit khasnya di luar bandar Sarawak untuk mendapatkan khidmat tenaga buruh dari Indonesia. [ Soalan Tambahan : BN Lawas ]

10. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status Hal Ehwal Pelajar Universiti-universiti tempatan:-
(a) jumlah anggota-anggota staf di Hal Ehwal Pelajar di setiap universiti awam; dan
(b) jumlah perbelanjaan Hal Ehwal Pelajar setiap universiti awam dari tahun 2000 hingga 2012. [ Soalan Tambahan : ]

11. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perkembangan terkini projek SMK Pekan Nabalu di Sabah dan berapakah kos projek tersebut. [ Soalan Tambahan : ]

12. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Hospital Shah Alam. [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kedudukan terkini projek NFC dan apakah penyelesaian terhadap skandal dalam NFC sehingga kini.

32. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini Rundingan Perjanjian Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah dan negara lain seperti Australia dan Turki. Apakah bentuk-bentuk cabaran semasa rundingan tersebut diadakan dan implikasi yang bakal dihadapi berikutan dari pemeterian FTA tersebut.

38. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan program Koridor Utara dan manfaatnya kepada rakyat di kawasan terbabit.

39. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklumat di sebalik program 'divestment' atau penjualan pelaburan untuk pemilikan individu Melayu-Bumiputera, yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas syarikat-syarikat PNB dan Khazanah Nasional yang tidak 'core' dan cara untuk merealisasikannya serta contoh-contoh kejayaan yang telah pernah disaksikan.

55. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Dasar Belia FELDA dapat diperkenalkan sebagai suatu proses transformasi daripada peneroka kepada generasi kedua FELDA memandangkan begitu ramai peneroka yang telah meninggal dunia.

63. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai jawapan kementerian kewangan.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Mac, 2012)

[ Penggulungan - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat - PKR Ampang, PAS Kota Raja, PKR Kuala Langat, DAP Batu Gajah, PKR Ampang, DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, BN Batang Sadong, PAS Kota Raja, BN Rembau, PKR Balik Pulau, PAS Kota Raja, PKR Lembah Pantai, PAS Kota Raja, PKR Ampang, DAP Bukit Mertajam ]

[ Rehat ]

[ Kementerian Kesihatan ] [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] [ Kementerian Kewangan ]

Majlis Tamat dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi 29 Mac 2012

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

Tuesday, March 27, 2012

Dewan Rakyat 27 Mac 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] a. Doa b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah nisbah guru kaunselor berbanding dengan jumlah murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan.
[ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PKR Machang ]

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan melepaskan bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican sehingga beliau diberikan jawatan oleh syarikat Singapura dan sama ada kehilangannya merupakan suatu tamparan ke atas usaha menarik balik hampir 2 juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak Merdeka. Berapa ramai orang yang ditarik balik ke Malaysia sejak Talent Corp. ditubuhkan dan nyatakan kos yang telah dibelanjakan. [ Soalan tambahan: DAP Bagan, BN Jasin ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana kerjasama di antara Kementerian dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan agar visa pelajar-pelajar luar negara tidak disalah gunakan dan setakat ini berapakah tangkapan serta tindakan undang-undang yang telah dibuat terhadap pelajar yang menyalahgunakan visa mengikut warganegara masing-masing.
[ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, DAP Kepong ]

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status peruntukan menaiktaraf Hospital Parit Buntar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 yang lalu semasa Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Berapakah peruntukan dan bilakah projek naik taraf hospital ini akan dilaksanakan. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar, BN Lipis ]

5. Dato' Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan statistik peningkatan kemasukan para pelancong asing ke negara ini sejak tahun 2010-2011 dan lokasi-lokasi yang mempunyai daya penarik serta tumpuan utama para pelancong berkenaan sepanjang berada di sini. [ Soalan tambahan: BN Besut, PAS Bachok ]

6. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menggunapakai sebanyak RM873.4 juta duit "Dana Khas Terengganu" untuk membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara akan membayar balik duit tersebut kepada Kerajaan Terengganu. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Terengganu, BN Hulu Terengganu ]

7. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa banyak syarikat penerbangan luar negara yang berminat mengadakan penerbangan terus ke Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak, berdasarkan kepada polisi langit terbuka Kerajaan, dan apakah kriteria untuk memberi kelulusan kepada mereka.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, Bebas Sepanggar ]

8. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah pindaan Akta PERKESO boleh dilakukan supaya sesuai dengan keadaan semasa. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat, BN Hulu Selangor, DAP Bukit Mertajam ]

9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana tahap pelaksanaan projek bekalan elektrik mengikut peratusan di Kawasan N.29 Kundasang dan N.31 Paginatan. Penduduk luar bandar sudah mempersoalkan sama ada syarikat-syarikat yang melaksanakannya dapat menyiapkan projek tersebut mengikut masa yang ditetapkan. [ Soalan tambahan: BN Ranau ]

10. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kelayakan akademik untuk perlantikan guru-guru di sekolah- sekolah rendah, sekolah- sekolah menengah, Tingkatan 6/matrikulasi dan laporan purata keputusan akademik mereka.
[ Soalan tambahan:

11. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang beberapa kes-kes masalah sosial yang timbul disebabkan oleh perbuatan pelajar-pelajar asing yang belajar di kolej-kolej swasta.

12. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia pada makanan import seperti daging, hasil pertanian dan makanan yang masih tinggi kadar importnya.


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah perkembangan modul pengajian baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenal pada tahun 2011.

20. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Lebuh Raya Pantai Timur akan dibina sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.

24. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tahap penyiapan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara, berapa jumlahnya dan berapakah kos pembinaannya.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai ke semua peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari - Mac 2012 semasa lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri ke negeri-negeri.

38. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Khazanah Nasional telah mendakwa membuat keuntungan dengan menjual kepada DRB-Hicom pada harga RM5.50 sesaham sementara ketika Khazanah membeli dari PETRONAS dengan harga RM8.00 sesaham.

48. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan terkini yang dilakukan oleh FELDA dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit bagi memastikan KPG berada di paras sekurang-kurangnya 23 peratus.

72. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana mekanisme perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dan apakah perlaksanaannya benar-benar mematuhi syari'ah.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012.

Usul 12 (1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.

d. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (26 Mac, 2012)

[ Penggulungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (BN Kota Marudu) - PKR Kuantan, BN Kinabatangan, PKR Kuantan, BN Hulu Selangor, Bebas Padang Serai, DAP Kepong, Bebas Padang Serai. BN Kinabatangan, PKR Kuantan, BN Kota Belud, DAP Kepong, PKR Kuantan, DAP Kepong, Bebas Padang Serai, BN Jempol, PAS Kota Raja ]

[ Penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - ]

[ Kementerian Perlancongan - ]

[ Kementerian Pertanian & Asas Tani - ]

[ Kementerian Pertahanan - ]

[ Kementerian Kerja Raya - ]

[ Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar - PKR Lembah Pantai, Bebas Padang Serai, PKR Lembah Pantai, Bebas Wangsa Maju, Bebas Padang Serai, PKR Lembah Pantai, Bebas Padang Serai, PKR balik Pulau, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Balik Pulau, Bebas Padang Serai, PKr Batu ]

[ Kementerian Belia & Sukan - PKR Indera Mahkota, BN Lenggong, PKR Indera Mahkota, BN Lenggong, PKR Sungai Petani, PKR Indera Mahkota, BN Lenggong, PKR Indera Mahkota, DAP Seputeh, BN Lenggong, DAP Seputeh, PAS Pokok Sena ]

[ Kementerian Sumber Manusia - DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, PKR Indera Mahkota, PKR Sungai Petani, BN Silam, BN Arau, DAP Ipoh Barat ]

[ Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan - BN Parit Sulong, BN Labuan, DAP Kepong, DAP Bukit Mertajam, PAS Shah Alam, PKR Machang, BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

[ Kementerian Pengangkutan - DAP Bukit Mertajam, BN Labuan, BN Jasin, DAP Bukit Mertajam, BN Labuan, BN Jasin, DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam, DAP Kota Melaka, PAS Shah Alam ]

[ Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat - DAP Bandar Kuching ] - Bersambung ...

Sunday, March 25, 2012

Dewan Rakyat 26 Mac 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa
b. Pertanyaan bagi Jawab lisan

1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan air tawar di negara ini dan langkah meningkatkan penghasilan industri hiliran daripada pengeluaran ikan air tawar; dan
(b) bagaimanakah kedudukan bekalan ikan dalam negara.[ Soalan Tambahan : BN Lenggong, BN Ranau ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) mengapakah pembaharuan permit teksi perlu dilakukan setiap tahun berbanding 10 tahun sebelum ini; dan
(b) sama ada SPAD mempunyai kemampuan melayani urusan pembaharuan permit ini di pejabatnya. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Maran ]

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan penjelasan terperinci mengenai skim perumahan untuk pekerja-pekerja ladang yang diperkenalkan baru-baru ini dan sama ada syarat-syarat yang ditetapkan dapat dikaji semula untuk memudahkan lebih ramai pekerjapekerja ladang memiliki rumah tanpa melalui satu sistem yang menyusahkan mereka. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, DAP Batu Kawan ]

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat diploma di Institut Pengajian Tinggi Swasta untuk bidang fisioterapi, farmakologi,
kejururawatan, "health care", dan teknologi makmal. [ Soalan Tambahan : PSM Sungai Siput, BN Sabak Bernam ]

5. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia supaya pembangunan dan kegiatan belia diselaraskan dengan berkesan dan sejauh manakah program Kementerian dapat membantu dalam menyelesaikan masalah generasi muda dalam negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Igan, BN Silam, PAS Jerai ]

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan bekalan projek air bersih di sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan kerana pelajar-pelajar sudah sekian lama terdedah kepada bekalan air
kotor yang boleh menjejaskan minda dan kesihatan para pelajar. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, BN Jempol ]

7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini cadangan membina MRT dan terowong bawah laut antara Singapura-Johor Bahru dan Bullet Train Johor Bahru-Kuala Lumpur. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PAS Kuala Selangor ]

8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah nurseri yang telah beroperasi di sektor awam dan swasta sebagai satu bentuk sistem sokongan kepada
wanita berkerjaya dan bagaimanakan sambutannya setakat ini. [ Soalan Tambahan : PKR Ampang, DAP Bukit Mertajam ]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah modul yang diguna pakai oleh Tabika KEMAS dalam konteks membangunkan modal insan. [ Soalan Tambahan : BN Tenom ]

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan senarai jumlah terkini kilang yang telah berhenti operasi atau ditutup di negeri Perak serta jumlah pengangguran atau hilang pekerjaan dan tindakan diambil setakat ini, di setiap Kawasan Parlimen di Perak di sepanjang tahun 2011. [ Soalan Tambahan : ]

11. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan strategik yang telah dirancang untuk menjadikan Lapangan TerbangAntarabangsa Senai sebagai satu pintu masuk dan keluar ke destinasi rantau Asia yang aktif dan membawa impak kepada pembangunan ekonomi di negeri Johor. [ Soalan Tambahan : ]

12. Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah tindakan dan langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk memperkasa kegiatan perniagaan dan ekonomi Bumiputera di arked, kedai dan bangunan MARA yang kebanyakannya kelihatan uzur dan lesu termasuk di kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu;
dan
(b) apakah langkah dan rancangan yang diambil untuk meningkatkan program usahawan Bumiputera, (termasuk usahawan graduan) yang lebih efektif. [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat nisbah KDNK yang terkini dan berapakah jumlah hutang yang telah ditanggung oleh Kerajaan Pusat setelah 'contingent liabilities' benarbenar menjadi liabiliti ketika GLC yang membuat pinjaman yang dijamin Kerajaan, tidak membayar hutang atau 'defaulted payment'.

26. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan kepada Parlimen Parit Buntar dari tahun 2008 hingga kini. Sila senaraikan perbelanjaan peruntukan tersebut.

38. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah saham FGV yang bakal dimiliki oleh KPF dalam penyenaraian FELDA nanti saham 'Ordinary Shares' atau 'Preference Shares'.

44. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada benar dakwaan bahawa Syarikat Takaful yang di antara yang terbesar di negara kita, iaitu Etiqa, melantik orang asing, khususnya dari Belanda, sebagai pengurus-pengurus utama.
Sekiranya benar, adakah kepakaran tempatan tidak mencukupi.

45. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap serta nyatakan kos serta masalah yang berlaku ketika ini.

46. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan kenaikan insurans kenderaan sejak 16 Januari 2012 kepada pemilik kenderaan dan jumlah kenaikan yang terpaksa dibayar oleh pengguna serta alasan kenaikan tersebut.

52. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa buah hospital baru dirancang untuk dibina di negeri Kelantan.

64. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah-langkah yang diambil atau akan diambil dalam mengawal serta melindungi pesertapeserta yang terlibat dalam Pembangunan Multimedia di Cyberjaya.

65. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pemilikan ekuiti korporat oleh Bumiputera hanya bertambah sekitar 3% antara tempoh 1990 hingga
2008 dan apakah usaha-usaha terkini Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan tersebut.

69. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan tegas Kementerian terhadap majikan yang tidak membayar gaji pekerja secara berlarutan.Apakah tindakan susulan Kementerian terhadap syarikat CHH Pacific Paper Sdn Bhd (kes Buruh No: KBR 11001/2012/0151) yang enggan membayar gaji pekerja berbulan-bulan lamanya sedangkan perniagaansyarikat adalah kukuh.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (22 Mac, 2012)

[ 1. Penggulungan Kementerian Pelajaran (BN Ayer Hitam) - DAP Ipoh Barat, PAS Sik, Bebas Pasir Mas, PAS Shah Alam, DAP Serdang, BN Jempol, BN Lahad Datu, DAP Bukit Mertajam, PAS Kota Raja, PAS Padang Terap ] [ Rehat ]

[ 2. Penggulungan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (BN Miri ) - DAP Bagan, PKR Permatang Pauh, PAS Kuala Selangor, BN Rembau, PAS Shah Alam, DAP Bagan, BN Kota Belud, ]

[ 3. Penggulungan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ]

[ 4. Penggulungan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - PKR Balik Pulau, PKR Kuala Langat ]

[ 5. Penggulungan oleh Kementerian Dalam Negeri (BN Sembrong) - Bebas Wangsa Maju, DAP Teluk Intan, Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, PKR Subang, PAS Rantau Panjang, PKR Balik Pulau, PAS Padang Terap, PAS Pokok Sena, BN Tangga Batu, PAS Jerai, BN Kota Belud, PKR Subang, ]

[ 6. Penggulungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Kuala Pilah) - BN Tenggara, PAS Baling, PAS Rantau Panjang, PKR Indera Mahkota, BN Arau, ]

[ 7. Penggulungan Kementerian Pengajian Tinggi - ( BN Temerloh ) - PSM Sungai Siput, PAS Kubang Kerian, BN Labuan, DAP Kepong, PAS Rantau Panjang, PKR Indera Mahkota, PSM Sungai Siput, DAP Serdang, BN Tebrau ]

[ 8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri - ( BN Jeli ) - DAP Seputeh, BN Kota Belud, DAP Seputeh, DAP Serdang, DAP Seputeh, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Kota Belud, PKR Batu ]


Thursday, March 22, 2012

Dewan Rakyat 22 Mac 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan


1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengurangkan kadar faedah bank dan kadar pinjaman semalaman (OPR) bagi merangsang ekonomi domestik bagi menghadapi kemelesetan ekonomi global.
[ Soalan tambahan: BN Tenggara, PKR Lembah Pantai ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.
[ Soalan tambahan: PAS Kota Raja, BN Hulu Selangor, DAP Ipoh Barat ]

3. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Parit,

4. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pengurusan berkesan pangsapuri-pangsapuri di seluruh negara dan apakah bilangan Joint Management Corporation (JMC) yang berjaya dan gagal. [ Soalan tambahan: DAP Kepong, BN Arau ]

5. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan untuk mewujudkan dan membina lebih banyak gelanggang tertutup serbaguna/futsal terutama di kawasan kampung dan pedalaman bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berkebolehan terutama di kalangan wanita.
[ Soalan tambahan: BN Pengerang, PAS Sik ]

6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) cara gula mentah diperoleh oleh Kerajaan dan pengiraan subsidi gula yang diberikan kepada syarikat penapisan gula; dan
(b) sebab Kerajaan membeli gula mentah dengan harga US$0.26 setiap paun walaupun harga pasaran dunia tidak melebihi US$0.24.
[ Soalan tambahan: DAP PJ Utara, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading ]

7. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam mengatasi masalah segelintir rakyat luar bandar yang begitu sukar untuk memperolehi dokumen pendaftaran lewat atau sijil kelahiran di kawasan Sri Aman.
[ Soalan tambahan: BN Sri Aman ]

Soalan MP PAS Yang disenaraikan:
8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun. [ Soalan tambahan:

12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

20. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

35. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

44. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

52. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

60. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenaraikan.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul 18 (1) oleh YB DAP Batu Gajah

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Mac, 2012)

[ Perbahasan: PAS Padang Terap, BN Rembau, DAP Ipoh Timur, BN Lenggong, PKR Sg Petani, BN Arau, PAS Shah Alam, BN Limbang ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Limbang, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Libaran, PAS Bachok, BN Tenggara, PAS Kota Raja, BN Tuaran, PKR Batu, BN Sri Aman ]

Perbahasan Usul 18 (1) mengenai Rare Earth Bukit Merah oleh DAP Batu Gajah & Dibuka untuk Dibahas.

[ Perbahasan - DAP Batu Gajah, PKR Gopeng, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud, BN Simpang Renggam ]

[ Penggulungan - BN Kota Marudu - PAS Kuala Selangor, DAP Batu Gajah ] - Usul Ditolak

Wednesday, March 21, 2012

Dewan Rakyat 21 Mac 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tahap harga rumah kos rendah dengan harga RM42,000 masih releven dengan perkembangan semasa. Berapa jumlah rumah kos rendah di kawasan Simpang Renggam dan nyatakan pembahagian nisbah antara Kerajaan dan swasta. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PKR Lembah Pantai ]

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan sistem biometrik untuk pekerja asing yang telah dilancarkan oleh Kerajaan dalam membanteras penyeludupan manusia serta pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, BN Hulu Selangor ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang memantau dan mengenakan sekatan ke atas pengguna akaun “Facebook” yang sejak akhir-akhir ini sering kali dicemari dengan penyalahgunaan termasuk kes penceraian, pergaduhan serta penyebaran aktiviti subversif, kegiatan tidak bermoral dan perniagaan yang menyalahi undang-undang. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Sulong, DAP Kepong ]

4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap kesediaan Malaysia mencapai sasaran Wawasan 2020 dan Negara Berpendapatan Tinggi. Nyatakan petunjuk-petunjuknya, jika ya. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Sri Gading ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah prospek ekonomi negara pada 2012 yang dilihat mencabar dengan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, krisis hutang Eropah dan potensi tekanan inflasi kerana kenaikan harga komoditi dunia, khususnya minyak mentah dan bahan makanan. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Machang ]

6. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan langkah menstrukturkan semula subsidi harga barang-barang keperluan utama rakyat Malaysia setelah tertubuhnya KR1M serta bagaimanakah langkah yang hendak dilaksanakan bagi tujuan menyeragamkan harga-harga tersebut di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas ]

7. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat mengkaji semula Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia, yang mana telah menyebabkan rakyat dan juga industri perbankan, insurans, takaful, automotif serta hartanah mengeluh kerana syarat kelulusan pinjaman yang mesti berasaskan gaji bersih setelah pemotongan wajib dan tanggungan hutang. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Kuala Selangor ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan prospek tanaman getah dan kelapa sawit di pasaran dunia menjelang 2020.

24. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status jawatan Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan kenapakah beliau dipindahkan ke Perpustakaan JPM.

26. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah wakil CEUPACS tidak dilibat dalam penyediaan SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga timbul pelbagai masalah apabila diumumkan.

39. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang banyak isu-isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek Kerajaan serta sejauh mana tindakan Kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

41. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis-jenis tanaman baru yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada komoditi negara pada masa depan.

46. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan susulan pihak PDRM mengenai dua peristiwa serangan kumpulan samseng ke atas majlis ceramah pro Pakatan Rakyat di daerah Klang (Jalan Kebun dan Kg Idaman) dalam bulan Januari dan Februari 2012.

Usul 12(1) oleh BN Padang Rengas bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bacaan kali kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (13 Mac, 2012)

[ Perbahasan - PAS Kota Bharu, BN Sipitang, DAP Bakri ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - DAP Bakri, BN Parit Sulong, PKR Kuantan, BN Kalabakan, PAS Parit Buntar, BN Simpang Renggam, DAP Bukit Mertajam, BN Lubuk Antu, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Hulu Terengganu, PAS Baling, BN Langkawi, DAP Taiping, BN Parit, PKR Subang, BN Hulu Rejang, BN Paya Besar, DAP Sibu, BN Sekijang, PAS Padang Terap ]

Tuesday, March 20, 2012

Dewan Rakyat 20 Mac 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa

b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bentuk sokongan yang dapat disalurkan Kerajaan untuk membangunkan Parlimen Silam sebagai hub industri memproses rumpai laut (seaweed) terutamanya dalam memperhebatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan bagi melonjakkan sektor ini sebagai industri utama yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi rakyat. [ Soalan Tambahan : BN Silam, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya. [ Soalan Tambahan : PAS Pasir Puteh, BN Kalabakan ]

3. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah terdapat apa-apa bantuan daripada pihak Kementerian untuk memudahkan pengusaha ladang-ladang komersial kecil seperti getah, koko, lada dan kelapa sawit memperolehi pinjaman terutamanya daripada agensi-agensi Kerajaan serta bank komersial untuk memperkembangkan ladang mereka. Institusi-institusi ini kini menetapkan syarat-syarat yang seringkali tidak dapat dipenuhi oleh pengusaha kecil ini terutamanya menyediakan geran tanah sebagai cagaran pinjaman. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, ]

4. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) perkembangan terkini projek-projek tebatan banjir yang melibatkan Sungai Rambai, Sungai Juru, Sungai Junjung dan kawasan Permatang Rawa; dan
(b) jumlah peruntukan untuk projek-projek ini dan jangka masa untuk tempoh persiapan projek. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, BN Putatan ]

5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan supaya kajian semula bayaran perkhidmatan internet yang mana talian telah disekat akan tetapi bayaran perkhidmatan masih terus dikenakan serta mengkaji semula kadar bayaran yang terlalu tinggi berbeza dengan talian telefon di mana bayaran perkhidmatan dikenakan atas sebab talian masih boleh dihubungi. [ Soalan Tambahan : BN Parit, PKR Machang, DAP Batu Gajah ]

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan dan rancangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) untuk memperkemas dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kebergantungan pengangkutan persendirian dalam bandar. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, PKR Lembah Pantai, BN Ledang ]

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu bagi jurusan sains dan teknologi; dan
(b) apakah Institusi Terjemahan Negara Malaysia membantu Kementerian dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada Bahasa Melayu. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, DAP Kepong ]

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah bilangan aduan awam yang telah diterima atas kecuaian doktor Kerajaan dan apakah hasil siasatan setakat ini; dan
(b) butir-butir tentang kekurangan doktor, doktor pakar (general practitioners and specialists) di hospital Kerajaan dan langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah baru yang akan dibuat oleh Kementerian untuk mengelakkan banjir akibat daripada limpahan Sg. Golok yang dibenteng oleh Kerajaan Thailand tapi tidak dibenteng oleh Kerajaan kita.

18. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dari mana Kerajaan Pusat telah memperolehi pinjaman 'dalam negeri' dan berapakah jumlah yang diambil dari KWSP.

26. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kajian alam sekitar EIA (Enviromental Impact Assessment) dibuat terhadap projek ternakan udang i-SHARP oleh Syarikat Blue Archipelago di Setiu Terengganu yang menyebabkan dua kali berlaku banjir luar biasa di kawasan tersebut musim tengkujuh yang lalu.

39. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang perlaksanaan projek lebuh raya pantai barat:-
(a) kenapa berlaku peningkatan dari kos asal RM 3.1 bilion kepada RM 7.1 bilion; dan
(b) kenapa berlaku perubahan tempoh konsesi dari 33 tahun kepada 60 tahun.

44. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah sehingga hari ini Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbicaraan.

47. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kerajaan untuk membantu rakyat yang diisytihar bankrap apabila kebankrapan mereka disebabkan oleh pihak lain (contoh - rumah terbengkalai). Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan polisi baru untuk membezakan kebankrapan yang disebabkan oleh penganiayaan dan kezaliman (yang bankrap adalah mangsa) daripada kebankrapan yang disebabkan kecuaian atau keengganan membayar hutang.

49. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan rancangan masa hadapan pihak Kerajaan Malaysia tentang hubungan diplomatik dengan Iran setelah sekatan demi sekatan dilaksanakan termasuk yang terbaru sekatan mengimport petroleum dari Iran oleh negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

65. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah anak luar nikah di seluruh negara pada tahun 2007 hingga 2010 dan berapakah jumlah dalam jagaan di rumah kebajikan di seluruh negara.

66. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat sekarang ini.

Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.


c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua


1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“BAHAWA mengikut Peraturan 81 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis ini mengambil ketetapan berikut:

(a) Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dilantik bagi tujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek ini.

(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada Sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat:
(i) Lima (5) anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang Menteri sebagai Pengerusi);
(ii) Tiga (3) anggota daripada Pembangkang
(iii) Satu (1) anggota selain daripada Barisan Nasional atau Pembangkang (Bebas).

Jika Pengerusi yang dipilih tidak hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa tersebut hendaklah memilih Pengerusi dari kalangan Anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja;

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama tiga (3) bulan. Jika Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud pelanjutan tempoh pelantikan;

(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata Jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dipersetujui atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Majlis Mesyuarat tersebut.’’

[ Perbahasan - BN Ledang, PKR Kuantan, BN Rembau, Bebas Pasir Mas, PAS Kuala Selangor, BN Tangga Batu, DAP Klang, BN Maran, PAS Shah Alam ] [ Rehat ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PAS Shah Alam, PSM Sungai Siput, PAS Kubang Kerian, PKR Balik Pulau, SO 36(2) oleh PKR Balik Pulau, PAS Tumpat, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PAS Tumpat, PAS Shah Alam ] - Lulus

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (19 Mac, 2012)

[ Perbahasan - BN Putatan, PAS Pokok Sena, BN Kuala Krau, PKR Ampang, BN Pengerang, DAP Serdang, BN Tenom, PAS Rantau Panjang, BN Sibuti, PKR Kuala Langat, BN Gelang Patah, DAP Kota Melaka, BN Sabak Bernam, Bebas Bagan Serai, BN Bukit Katil, PAS Kota Bharu ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008