Showing posts with label RUU 26/2012. Show all posts
Showing posts with label RUU 26/2012. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Dewan Negara 17 Julai 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan Pendamai Komuniti yang telah dilantik sebagai orang tengah dalam menangani kes serangan dan pergaduhan antara kaum dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan Pendamai Komuniti bagi meleraikan sebarang konflik 
antara kaum di negara ini khususnya kepada pencapaian Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM).   

2. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan kemajuan pelaksanaan program penggunaan bahan api B5. Sejauh manakah penggunaan bahan api B5 itu memberi kesan terhadap alam sekitar serta perkembangan industri sawit di negara ini. Adakah Kementerian bercadang memasarkan bahan api B5 di luar negara.   

3. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa ramaikah warganegara Malaysia yang terlibat dalam kes jenayah perdagangan manusia telah berjaya ditangkap setakat ini.  

4. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan setelah mengambil pengajaran dari isu kelemahan yang timbul dari Perjanjian Jual Beli Tenaga Elektrik  (Power Purchase Agreements - PPAs) yang jelas berat sebelah  (lopsided) dan menyusahkan rakyat, apakah pendekatan Kerajaan untuk memastikan segala perancangan menangani masalah sektor bekalan tenaga elektrik yang telah berlanjutan sekian lama dapat diatasi sebagaimana cadangan atau unjuran mengikut Dasar Tenaga Negara yang pernah dirangka suatu masa dahulu. 
                               
5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan Kerajaan pernah mengumumkan untuk menjual flat DBKL kepada penyewa pada dasar sewa beli. Berikan bilangan yang telah dijual kepada penyewa dan bilangan yang masih disewa.   

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membendung masalah kebakaran rumah dan rumah kedai  yang kerap berlaku akhir-akhir ini.   

7. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan piawaian bagi pembinaan semua jalan raya serta sistem pemantauan dan penyelenggaraan yang diamalkan bagi  menjamin kualiti jalan raya yang world class dan selamat.   

8. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat kekangan bagi mana-mana  bekas peguam Kerajaan yang pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara yang berhasrat mewakili mana-mana individu daripada pihak pembangkang yang dikenakan tuduhan di mahkamah.  

9. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan negara menghadapi masalah jerebu pada setiap tahun. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang pada masa akan datang.   

10. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-  
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula pengeluaran Visa Warga Indonesia tertentu seperti visa jangka panjang suami/isteri yang berkahwin dengan warganegara kita supaya permohonannya dapat diproses di Pejabat Konsulat Malaysia tanpa merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta; dan 
(b) apakah puncanya kelulusan visa ini perlu mendapat kelulusan Kedutaan Malaysia di Jakarta sedangkan Pejabat konsulat pun boleh membuat pemprosesan kelulusan permohonan tersebut.  

11. Dr. S. Ramakrishnan  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan statistik penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2012 mengikut kaum dan pecahan mengikut jurusan atau program pengajian.  
       
12. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan hasil daripada penganjuran Parlimen Belia dan apakah langkah-langkah susulan yang akan dilakukan dalam memantau kualiti belia-belia yang telah terlibat dalam penganjuran tersebut.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 - menyambung semula perbahasa atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Julai 2012) [ Menteri Sumber Manusia ] 

2.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

3.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Monday, July 16, 2012

Dewan Negara 16 Julai 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian mengkaji kaedah memberi insentif dan imbuhan kepada ahli sukan negara yang telah memenangi pertandingan antarabangsa atas sebab kaedah sekarang sebagai 'counter' produktif di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan imbuhan oleh Kerajaan setelah memenangi kejohanan antarabangsa telah gagal mengekalkan atau meningkatkan prestasi kejayaan mereka, malah ada yang prestasi terus merudum.   

2. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian PTPTN bercadang untuk memansuhkan caj 1% kepada peminjam di mana kebanyakan daripada para peminjam  terasa ia amat membebankan dan jika ia akan dimansuhkan, bilakah pihak Kerajaan 
bercadang untuk melakukannya.   

3. Datuk Maijol bin Mahap  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan apakah dasar terkini Kementerian terhadap penggalakkan perniagaan sarang burung di negara ini dan adakah Kementerian melihat bahawa perniagaan ini mempunyai pasaran yang berterusan dengan harga yang stabil.   

4. Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan situasi kewangan negara sehingga suku kedua tahun ini berserta dengan laporanlaporan statistik dan rancangan-rancangan yang akan dilakukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.   
                                  
5. Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memulihkan imej perkhidmatan awam di negara ini, terutama perkhidmatan bas dan teksi yang uzur, daif serta kotor kerana ia boleh menjejaskan  imej negara pada mata pelancong serta hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemandu di ibu kota yang sengaja tidak mahu menggunakan meter sewaktu membawa penumpang.   

6. Dato' Syed Ibrahim bin Kader  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Kerajaan telah meluluskan untuk pembinaan KLIA 2 berhampiran dengan KLIA dan LCCT. Apakah tujuan Kerajaan membina terminal ini dan apakah kelebihan kepada penumpang  serta syarikat penerbangan hasil pembinaan terminal KLIA 2 ini.   

7. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  PERDANA MENTERI menyatakan cabaran dan kejayaan Pelan Transformasi, terutamanya dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup.   

8. Datuk Chin Su Phin  minta  MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan berapa ramaikah rakyat Malaysia yang masih berada di dalam tahanan dan dihukum di luar negara, apakah jenayah yang telah dilakukan, dan apakah usaha Kerajaan dalam membawa mereka pulang untuk dibicarakan di negara kita.   

9. Puan Norliza binti Abdul Rahim  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan negara tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan ikan seperti yang dilaporkan dalam Food and Agriculture Organization (FAO).   

10. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan tentang cadangan untuk membenarkan parti-parti bukan Barisan Nasional memperkenalkan manifesto Pilihan Raya masing-masing semasa Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang 
serta garis panduan yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian bagi merealisasikan cadangan tersebut. 
  
11. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT  menyatakan apakah keistimewaan khas yang diberikan oleh Kementerian kepada golongan ibu tunggal yang bekerja dengan pendapatan yang kurang  serta menyara anak yang masih di bangku sekolah.   

12. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan adakah Kementerian bercadang menumpukan kepada industri berasaskan mesin dan elektronik (M&E) yang semakin berkembang pesat di peringkat antarabangsa. 

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 - menyambung semula perbahasa atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (12 Julai 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

4.  (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

6.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

Wednesday, June 27, 2012

Dewan Rakyat 27 Jun 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah keberhasilanterkini Projek Agenda Kritikal bagi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negarafasa kedua yang telah bermula tahun lalu. [ Soalan Tambahan : ]

2. TuanManogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-
(a) berikanbilangan ladang-ladang getah yang telah dihentikan operasi dan ditukar status demi pembangunan; dan
(b) berapakahjumlah pekerja-pekerja ladang getah yang terjejasakibat pembangunan sebegini dan apakah langkahlangkah yang diambil olehKerajaan dalam memberi ganti rugi kewangan serta menangani masalahkehilangan pekerjaan dan tempat tinggal mereka.[ Soalan Tambahan : ]

3. DatukDr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI menyatakan:-
(a) usaha ataupendekatan yang dibuat oleh pihak Kementerian untuk mendekati golongan belia untuk menjadikan pertanian adalahperniagaan seterusnya menjadikannya sebagai pekerjaan alternatif;dan
(b) jenis-jenisprogram peningkatan hasil pertanian serta keberkesanannyaterutama sekali di negeri Sabah dan Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, DAP Ipoh Barat ]

4. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) adakahKementerian mempunyai perancangan untuk meluaskanbangunan Hospital Bukit Mertajam. Nyatakan bilakah projek pembinaan satublok baru di Hospital Seberang Jaya akan dilaksanakan; dan
(b) kenapakahprojek Klinik Bukit Minyak terbengkalai sejak tahun 2010 dan apakah perkembangan terkini projek tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam ]

5. TuanKamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan penjelasan terperinci mengenai status projekprojek jalan rayadi Hulu Selangor seperti berikut:-
(a) Projek by-pass di antara Rawang dan Serendah, Projek pelebaran Jalan Persekutuan FT 001 dari Rawangke Tanjung Malim; dan
(b) Projek PLUSInterchange Sungai Buaya. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PAS Kuala Krai ]

6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI menyatakan berapa ramai pesawah telah mendapat manfaat dalamprogram Insentif Peningkatan Hasil Padi mengikut pecahan negeri danberapakah jumlah yang telah dibayar dan jumlah yang tertunggak, jika ada. [ Soalan Tambahan : ]

7. TuanSalleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakahDewan Bahasa dan Pustaka tidak mengawal penggunaan Bahasa Inggerisyang dialih ejaan kepada Bahasa Melayu dan dilihat semakin berleluasapenggunaannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. [ Soalan Tambahan : BN Silam, Bebas Pasir Mas ]

8. Dr.Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDARDAN WILAYAH menyatakan jumlah jalan dan nama-nama jalan kampung dalamkawasan Parlimen Kuala Krai yang perlu dibaik pulih tahun ini. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, Bebas Pasir Mas ]

9. DatukSiringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakankedudukan permohonan untuk membina Klinik Kesihatan (Desa) di Kg. KawiyanUlu Sugut. Nyatakan juga masalah-masalah yang menyebabkan peruntukan untukpelaksanaan tidak dapat diperolehi termasuk permohonan yang terdahulu diKg. Tudan, Kg. Nawanon dan Kg. Keragasan. [ Soalan Tambahan : BN Ranau ]

10. TuanJohn a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KERJARAYA menyatakan setelah tol baru Seremban siap dibina di kawasanLabu, Seremban, adakah pihak Kementerian masih lagi bercadangmengekalkan rumah tol yang sedia ada iaitu di susur keluar bandarSeremban dan susur Rasah/Port Dickson. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban ]

11. DatukSapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sambutan rakyatterhadap Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan. Bilakahsasaran tarikh ia boleh diperluaskan ke semua bandar utama di Sabah danSarawak. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang ]

12. TuanLim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DANKESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan langkahlangkah yang diambil untukmenghapuskan aktiviti kutipan bayaran di tapak letak kereta tanpa lesen ditapak lapang di luar pintu belakang Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur danpada waktu malam di Jalan 22A/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.[ Tidak Hadir ]

SoalanMP PAS yang disenaraikan:
16. PuanSiti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] mintaMENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistikkelahiran anak tidak sah taraf yang berdaftar sejak tahun 2000 hingga 2011dan apa penyelesaian Kerajaan untuk mengatasi masalah ini secara
holistik.

24. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan apakah peruntukan perundangan yang sedia ada dapat mengekang perkembangan budaya LGBT yang semakin menular dalammasyarakat dan apakah tindakan yang bakal diambil bagi mengatasinya.

2. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakanapakah pendirian Kerajaan dan SPR terhadap tuntutan membersihkan daftarpemilih.

60. Dr.Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANAMENTERI menyatakan status kajian skim gaji baru perkhidmatan awam yangakan menggantikan SBPA yang telah dibatalkan.

62. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakansejauh mana maklumat geografi Malaysia yang ada dalam peta Google menjaminkeselamatan negara dan rakyat.

66. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakanadakah dilaksanakan audit prestasi terhadap sistem-sistem perisiankomputer yang dibeli oleh Kerajaan untuk kegunaan sektor awam, jika adamengapa laporan audit prestasi itu tidak dibentangkan di Parlimen.

69. TuanMuhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyatakan bantahan rasmiterhadap kenyataan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obamaberkaitan sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis.

72. Dato'Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERIPELANCONGAN menyatakan usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantuProgram Tahun Melawat Kelantan 2012.

75. Dr.Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah dari jaminan hutang'Contingent Liabilities' oleh Badan-badan berkanun dan Syarikat BerkaitanKerajaan (GLCs) yang akhirnya terpaksa dibayar oleh Kerajaan Pusat keranatidak dibayar oleh peminjam-peminjam GLCs yang menghadapimasalah kewangan.

78. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program yang dilakukan untukmengelak julat perbezaan dalam pendapatan (inequalities) dalam usahameningkatkan pendapatan per-kapita negara.

95. Dr.Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DANKEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah bagi memastikan harga barangmakanan utama tidak dinaikkan dengan sewenangnya oleh pembekal danperuncit.

97. Dato'Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perananKementerian dalam membantu menaikkan taraf hidup petani mengatasi masalahkenaikan input pertanian kebelakangan ini.

102. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERImenyatakan:-
(a) status terkiniPengarah Besar Felda Dato' Zulkifli Abdul Wahabyang dicutikan oleh Perdana Menteri; dan
(b) mengapakahbeliau tidak dilibatkan secara langsung dalam usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad denganmenganggotai mana-mana jawatankuasa atau lembaga pengarah FGVHB.

c. RANGUNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. MenteriKesihatan * Rang Undang-undang PerubatanTradisional dan Komplementari 2012

Usul 12(1) bahawa Dewan Tidak Akan ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

d. RangUndang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang KualitiAlam Sekeliling(Pindaan) 2012 -Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang inidibacakan kali yang kedua sekarang.” (18Jun, 2012) [ Menteri SumberAsli dan Alam Sekitar ]

[ Perbahasan - PKR Batu ]

[ Penggulungan - DAP Bakri, PKR Batu, DAP Bakri, DAP Klang, DAP Jelutong, BN Putatan, PAS Kota Raja, PSM Sungai Siput, PKR Batu, PAS Kota Raja ]

[ Rehat ] [ Peringkat Jawatankuasa - PSM Sungai Siput ]

2. (D.R.25/2012) RangUndang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] - Lulus tanpa bahas.

3. (D.R.26/2012) RangUndang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]

[ Perbahasan - DAP Bagan, BN Kinabatangan, PKR Kuala Langat, BN Ledang, DAP Ipoh Barat, BN Lipis, DAP Seremban, BN Hulu Selangor, PAS Padang Terap, Bebas Tawau, BN Tangga Batu, DAP Bukit Mertajam, BN Silam, DAP Sibu, DAP Kota Kinabalu, DAP Teluk Intan ]

[ Penggulungan - PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, PKR Kuala Langat, BN Jasin, PKR Kuala Langat, BN Jasin, BN Putatan, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat ]

[Peringkat Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka ] - [ DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah ]

4. (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang PengangkutanJalan (Pindaan) 2012 [ Menteri Pengangkutan]

[ Perbahasan - PKR Kuala Kedah, BN Padang Besar, DAP Kepong - Bersambung ... ]

5. (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francais(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasidan Kepenggunaan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“BahawaDewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapanbersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (pemerbadanan) membuatpelaburan dengan memperoleh sejumlah 300,000,000 unit saham biasaAcademic Medical Centre Sdn Bhd pada nilai RM0.50 bagi satu unit saham”. (Menteri Kewangan)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008