Tuesday, March 10, 2009

Dewan Rakyat - 5 Mac 2009 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan tentang usaha-usaha konkrit dan konsisten Kerajaan dalam mempromosi serta memelihara kebudayaan serta warisan Negara terutamanya di daerah-daerah luar bandar.
- Soalan Tambahan - BN Kinabatangan, PAS Sik (10.12 pagi).

2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keuntungan dan kerugian yang dialami oleh Syarikat Proton pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah rancangan Kerajaan terhadap Syarikat Proton khususnya pada waktu bila negara kita ditimpa kemelesetan ekonomi dunia.
- Soalan Tambahan - DAP Seputeh, BN Putatan.

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes pembunuhan dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan berapa ramaikah penjenayah-penjenayah yang telah berjaya dibunuh serta jumlah pegawai-pegawai polis yang terbunuh semasa menjalankan tugas membanteras jenayah ini.
- Soalan Tambahan - BN Maran, PKR Sungai Petani.

4. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek pembangunan yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang telah dilakukan di dalam kawasan Parlimen Seremban setakat ini. Adakah Kementerian yakin semua projek ini akan dapat dilaksanakan sebelum tamat tempoh Rancangan Malaysia yang ke Sembilan.
- Soalan Tambahan - DAP Seremban.

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk mempromosikan buah-buahan tempatan yang istimewa di Sabah seperti di Belunu, Tarap dan Kembayau di mana buah-buahan ini tidak terdapat di Semenanjung.
- Soalan Tambahan - BN Sipitang, BN Putatan.

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan kenapa rancangan One Laptop Per Child (OLPD) hanya dilaksanakan di Sarawak dan tidak pula di Sabah yang lebih rendah pendapatan per kapita berbanding jirannya. Apa pula peranan Danawa Resources Sdn Bhd dan Sacofa dalam projek OLPD ini.
- Soalan Tambahan - DAP Jelutong, BN Mambong.

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah jalan raya seperti Laporan Pantomim Keselamatan Jalan Raya tentang banyak lokasi jalan raya yang tidak selamat.
- Soalan Tambahan - BN Ledang, PAS Kuala Krai (11.00 pagi).

8. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah penyiasatan dan tindakan yang dapat diambil dalam kes-kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar.
- Soalan Tambahan -PAS Kubang Kerian (11.04 pagi), DAP Batu Gajah.

9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program-program yang dirancang oleh Kementerian bagi membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
- Soalan Tambahan - BN Paya Besar, DAP Petaling Jaya Utara.

10. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan dan kos pembelian peralatan perubatan yang telah dibelanjakan untuk Petronas Prince Court Hospital dan sejauh manakah ianya dapat memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
- Soalan Tambahan - DAP Petaling Jaya Selatan, BN Alor Gajah.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pelancong-pelancong yang diberi VOA diperiksa kesihatan mereka dan berapa ramaikah yang didapati mempunyai penyakit kronik seperti HIV dan dirawat di hospital-hospital Malaysia dan berapa ramaikah yang telah terlibat dengankegiatan pelacuran.

Soalan No. 16 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah usaha untuk mengawal harga makanan yang sudah masak di premis-premis PBT bagi menghalang pengusaha gerai-gerai makanan mengambil kesempatan.

Soalan No. 24 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah penderma darah pada tahun 2007 di seluruh negara, jenis darah yang didermakan dan faedah yang diperolehi oleh mereka yang sering menderma.

Soalan No. 26 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan terbaru yang di buat oleh Kerajaan semasa Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Adakah Kerajaan akan memastikan semua projek ini akan dilaksanakan.

Soalan No. 28 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk menyelamatkan orang-orang Islam daripada terus bekerja di dalam sektor yang haram di sisi agama walaupun pekerjaan ini halal di segi undang-undang (terutamanya arak dan perjudian).

Soalan No. 32 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah sumbangan yang dikumpulkan daripada rakyat Malaysia bagi disumbangkan kepada mangsa keganasan Israel di Palestin.

Soalan No. 40 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes permohonan bantuan yang ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan apakah alasan penolakan tersebut dan apakah bentuk usaha yang dibuat bagi mengatasi masalah tersebut, mengikut kategori permohonan dan negeri bermula dari tahun 2000.

Soalan No. 46 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kos membangun dan menyelenggarakan sistem seperti TPC (Tele-primary Care) di setiap klinik kesihatan.

Soalan No. 52 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan pendirian Kementerian dalam menangani permasalahan Keramat Mall yang tidak menepati keperluan dan kehendak peniaga dan adakah Kementerian telah memperuntukkan kos tambahan bagi membaik pulih pasar serta mengambil tanah-tanah rumah kedai dan juga stesen minyak yang berhampiran.

Soalan No. 54 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah dan tindakan yang diambil Kerajaan untuk menyelesaikan masalah 301,000 keluarga Melayu yang berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000.

Soalan No. 57 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah relevan dan berkesannya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji untuk memantau perjalanan urusan haji setiap tahun sedangkan semuanya telah diuruskan oleh Tabung Haji; dan
(b) sama ada benar pegawai pengurusan jabatan berkenaan adalah dari kalangan anggota PTD yang tidak mempunyai kelulusan agama. Jika tidak apakah alasannya.

Soalan No. 60 - Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah terdapat cadangan oleh pihak Kerajaan untuk memberi insentif khusus kepada pengusaha stesen minyak Petronas sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan sektor peruncitan syarikat minyak Negara.

Soalan No. 61 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sudah menyiasat risalah-risalah berbau perkauman yang dijumpai semasa kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.

Soalan No. 67 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) apakah syarikat-syarikat IPP yang telah mendapat bayaran dari Kerajaan sebanyak RM43 bilion; dan
(b) adakah semua syarikat IPP yang dikehendaki menyumbang 1% dari keuntungan mereka untuk R&D tenaga melaksanakan tanggungjawab mereka.

Soalan No, 68 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di semua Negeri seperti yang dilakukan di Negeri Sabah. Jika tidak, sila berikan alasan mengapa berlaku double standard sebegini.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009
2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan)(Pengesahan) 2009

d. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Giliran Kementerian Belia dan Sukan menggulung - BN Tanjung Piai.
- Pencelahan - BN Kinabatangan, BN Maran, BN Jempol, PAS Sik (11.57 pagi), BN Maran, BN Silam, PAS Kubang Kerian (12.11 pagi), DAP Rasah, BN Sri Gading, DAP Bakri, BN Tenggara, PKR Sungai Petani, BN Hulu Terengganu, PKR Indera Mahkota.

- Giliran Kementerian Luar Negeri menggulung - BN Jelebu.
- Pencelahan - PAS Pendang (2.36 petang), PKR Batu, PKR Machang, BN Padang Besar.

- Giliran Jabatan Perdana Menteri menggulung - BN Bagan Datoh.
- Pencelahan - PAS Shah Alam (3.31, 3.46, 4.40 petang), PAS Baling (3.37, 4.03, 4.50 petang), PAS Titiwangsa (3.48, 4.22, 5.02 petang), PKR Machang (3.81 petang), BN Batang Sadong, PAS Kota Raja (4.00 petang), BN Kinabatangan, BN Silam, BN Arau, PAS Rantau Panjang (4.11 petang), PAS Pokok Sena (4.12 petang), BN Sri Gading, BN Pontian, PAS Kuala Selangor (4.34 petang), PKR Sungai Petani.

Thursday, March 5, 2009

Dewan Rakyat - 4 Mac 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan yang dilakukan bagi membantu menyediakan peluang kerjaya dalam bidang pertanian terutama kepada graduan atau belia menganggur dan menjelaskan usaha yang dilakukan Kementerian bagi kegiatan pertanian berskala kecil yang boleh membantu menambahkan pengeluaran pelbagai bahan makanan.
- Soalan Tambahan - BN Lenggong, PKR Indera Mahkota.

2. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap pencemaran sungai di seluruh Malaysia. Sila nyatakan 10 batang sungai yang tercemar teruk dan apakah usaha-usaha merawat dan mencegah pencemaran yang berterusan.
- Soalan Tambahan - PAS Titiwangsa Klik (10.16 pagi), BN Pontian, BN Kalabakan.

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan Kerajaan melaksanakan Program Pembangunan Tanah-Tanah Wakaf seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Jempol, PAS Kubang Kerian Klik (10.26 pagi).

4. Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis (pakaian seragam dan tidak seragam, dengan mengecualikan polis trafik) yang bertugas meronda berjalan atau dengan motosikal atau kereta ronda di luar balai atau bila-bila masa (at any one time) dalam satu syif kerja, di setiap daerah polis di Selangor, dan peratusannya daripada jumlah anggota keseluruhan di PDRM di Selangor.
- Soalan Tambahan - PKR Subang, BN Bintulu.

5. Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah Kerajaan dapat membendung masalah lanun SMS yang semakin berleluasa termasuklah SMS berantai yang sering dihantar terutama bagi pengguna-pengguna Celcom.
- Soalan Tambahan - BN Tenom, PAS Kuala Krai Klik (10.48).

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pelaburan-pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) di luar negara selain daripada Arab Saudi; dan
(b) jumlah keseluruhan pelaburan tersebut.
- Soalan Tambahan - PKR Telok Kemang, BN Jasin.

7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menyediakan tapak dan membina struktur bangunan di setiap kawasan rumah panjang di Sarawak bagi menangani masalah sosial. Nyatakan jumlah rumah panjang yang menerima peruntukan itu dan jumlah peruntukan di bawah RMK-9.
- Soalan Tambahan - BN Sarikei, PAS Bachok Klik (11.00 pagi).

8. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk memastikan bahawa ‘houseman’ mendapat latihan yang mencukupi dan doktor-doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan melebihi 12 jam.
- Soalan Tambahan - DAP Serdang, BN Batu Pahat.

9. Datuk Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Projek Hidro Elektrik Bakun dijangka siap sepenuhnya dan apakah langkah-langkah keselamatan yang bakal diambil untuk memastikan 'national interest' terjaga dan terjamin.
- Soalan Tambahan - BN Lawas, PKR Sungai Petani.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan pendirian Kerajaan dalam kempen memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan usaha-usaha yang telah dibuat.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang Klik (11.18 pagi), BN Labis.

11. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah strategi atau bantuan Kerajaan untuk menolong pekebun-pekebun kecil di negara ini berikutan penurunan teruk harga komoditi seperti getah, sawit dan lada.
- Soalan Tambahan - BN Kanowit.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 18 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (6-17 Jan) Kerajaan memberi banyak bantuan kepada SJK(C) yang dikatakan daif. Adakah bantuan sama ada di beri kepada SJK(C) yang lebih daif di kawasan lain seluruh negara.

Soalan No. 38 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat melihat Mahkamah Syariah mempunyai status yang sama tinggi dengan Mahkamah Sivil. Sekiranya ya, apakah langkah jangka pendek dan panjang yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan ianya dapat dicapai.

Soalan No. 40 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah wujud satu pangkalan data berkaitan pekebun-pekebun kecil, penternak haiwan dan ikan, bagi mengenal pasti 'profiling' mereka agar lebih berkesan bagi mengenal pasti kedudukan sosio ekonomi mereka, lantas program-program penambahbaikan mampu disusun untuk mengatasi permasalahan serta pendapatan mereka; dan
(b) langkah-langkah konkrit bagi membantu pekebun kecil dan penternak haiwan kecil ini, bagi menghadapi cabaran krisis dan kelembapan ekonomi yang sedang menimpa negara.

Soalan No. 46 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Aminah Bt. Mohd, nombor kad pengenalan 0459902 dan Mohd Tahir Bin Sutan, nombor kad pengenalan 1287882, masih hidup dan jika telah meninggal dunia, bilakah mereka meninggal dunia dan bilakah pula kad pengenalan baru mereka masing-masing dikeluarkan.

Soalan No. 53 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah bekas-bekas warga ATM yang mempunyai kepakaran tertentu yang telah dilantik sebagai kontraktor pembekalan dan penyelenggaraan aset ATM.

Soalan No. 59 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah kerja-kerja pembesaran dua jambatan di Bedong akan dimulakan dan berapakah peruntukan Kementerian untuk tujuan tersebut.

Soalan No. 61 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kerjasama Kementerian dengan penasihat khas YAB. Perdana Menteri mengenai hal ehwal wanita dan apakah perancangan-perancangan bersama yang telah dipersetujui dan dilaksanakan untuk menjayakan visi dan misi pembangunan wanita Malaysia.

Soalan No. 65 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kajian untuk pembinaan Empangan Lebir dan Galas yang merangkumi lebih 13,000 kilometer persegi. Berapakah jumlah kawasan FELDA, KESEDAR, FELCRA dan RISDA yang akan tenggelam atau terjejas dengan projek jika diteruskan.

Soalan No. 67 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jenis-jenis projek Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.

Soalan No. 69 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membatalkan dasar penswastaan KTM dan sebaliknya memilik Kerajaannya semula semua operasi pengangkutan rel dalam negara ini.

Soalan No. 76 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes yang melibatkan penipuan Kad Pengenalan sejak daripada tahun 1995 sehingga 2008. Nyatakan kes mengikut tahun dan tindakan yang telah diambil.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
- Giliran Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menggulung - BN Tampin.
- Pencelahan - BN Batu Pahat, PAS Kuala Selangor Klik (12.01, 12.28 tengahari), PAS Shah Alam Klik (12.03 tengahari), PKR Padang Serai, DAP Klang.

- Giliran Kementerian Kesihatan menggulung - BN Mersing.
- Pencelahan - BN Mambong, PAS Kubang Kerian Klik (12.53 tengahari), BN Bintulu, BN Sri Gading, BN Kota Belud, PKR Machang Klik, BN Lawas.

- Giliran Kementerian Penerangan menggulung - BN Kemaman.
- Pencelahan - DAP Jelutong, PKR Padang Serai, PKR Kuala Langat, DAP Klang, BN Pasir Salak, PKR Batu, BN Kinabatangan.

- Giliran Kementerian Sumber Manusia menggulung - BN Segamat.
- Pencelahan - DAP Bandar Kuching, PKR Padang Serai, PKR Kuala Langat, DAP Klang, BN Pasir Salak, PKR Batu, BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota, PAS Bachok Klik (4.09 petang), DAP Ipoh Barat, BN Arau, PKR Batu, DAP Telok Intan, BN Jasin, DAP Rasah, PKR Machang Klik, PAS Pendang Klik (5.03 petang), PAS Rantau Panjang Klik (5.08 petang). DAP Bukit Mertajam.

- Giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggulung - BN Johor Bharu
- Pencelahan - DAP Kota Melaka, BN Arau, BN Sibuti, PAS Rantau Panjang Klik (6.14 petang), DAP Kota Melaka.

- Giliran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menggulung - BN Selangau.
- Pencelahan - BN Pontian, BN Sri Gading, PAS Rantau Panjang (7.03 malam), BN Rompin, PKR Sungai Petani, PKR Lembah Pantai, PAS Kota Raja (7.30 malam).

- Giliran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung - BN Tanjong Malim
- Pencelahan - PAS Titiwangsa (7.34, 7.50 malam), PAS Rantau Panjang (7.36 malam), PKR Lembah Pantai, PAS Kota Raja (7.43 malam), BN Silam, PAS Hulu Langat (7.53 malam), DAP Rasah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.35 malam dan ditangguhkan sehingga 10.00 pagi 5 Mac 2009.

Wednesday, March 4, 2009

Dewan Rakyat - 3 Mac 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana ciri-ciri sekolah menengah harian perlu dinaik taraf menyamai sekolah berasrama penuh bagi membolehkan lebih ramai pelajar mengikut pembelajaran yang lebih bermutu di peringkat menengah.
- Soalan Tambahan - BN Lipis, PAS Bachok (10.10 pagi)

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek RM4.3 bilion Jambatan Kedua Pulau Pinang apakah kedudukan pemberian tender pakej kedua (superstruktur) dan ketiga (lebuh raya darat), siapa dapat, sebab kelambatan, adakah kos berkurangan dengan penurunan harga minyak, adakah tender terbuka, bilakah tarikh persiapan dan adakah ia terjejas.
- Soalan Tambahan - DAP Bagan, BN Kinabatangan

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan status pembinaan infrastruktur dan penawaran perkhidmatan oleh pemegang-pemegang lesen bagi teknologi Worldwide Interoperability for Microwave Access atau WiMAX dan langkah-langkah berbentuk preventif dan punitif yang telah diambil pihak Kementerian bagi memastikan pelaksanaan yang mengikut jadual.
- Soalan Tambahan - BN Rembau, DAP Jelutong

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu penoreh-penoreh semasa harga getah jatuh menjunam seperti mewujudkan harga lantai RM 3.00 sekilo dan adakah Kerajaan bercadang menyediakan pakej bantuan
tambahan kepada penoreh.
- Soalan Tambahan - PKR Tanah Merah

5. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan Kementeriannya untuk memperluaskan penggunaan Depot Tahanan Sementara Semuja.
- Soalan Tambahan - BN Serian, PAS Rantau Panjang (10.51 pagi).

6. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memecahkan monopoli perniagaan barangan makanan seperti gula yang sering mengalami kenaikan harga.
- Soalan Tambahan - PAS Shah Alam (10.56 pagi), BN Ledang

7. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa buah rumah rakyat kos rendah yang dibangunkan pada tahun 2008 dan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi keseluruhan rumah tersebut mengikut negeri.
- Soalan Tambahan - BN Dungun, PKR Lembah Pantai

8. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya rancangan pembinaan blok tambahan di Hospital Seberang Jaya ditunda. Adakah pihak Kementerian sedar bahawa kadar penghunian telah melebihi kapasitinya dan kesesakan dalam wad-wad mungkin membahayakan pesakit sekiranya berlaku kecemasan.
- Soalan Tambahan - DAP Bukit Mertajam, BN Tuaran

9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah ada usaha Kementerian untuk meningkatkan kurikulum tingkatan enam di sekolah-sekolah setaraf dengan kurikulum peringkat matrikulasi sebagai usaha menampung pelajar-pelajar pintar yang tidak berpeluang memasuki pusat-pusat pengajian peringkat matrikulasi.
- Soalan Tambahan - BN Paya Besar, PKR Balik Pulau.

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 20 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi menghadapi situasi pemberhentian 170,000 pekerja menjelang September 2009 ini seperti yang dilaporkan MEF baru-baru ini.

Soalan No. 24 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan rancangan Kerajaan untuk mengawal harga barangan asas yang meningkat akibat kenaikan harga minyak pada tahun 2008.

Soalan No. 28 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan di bawah dasar penswastaan, peranan pengawal keselamatan di sekolah-sekolah dan jabatan Kerajaan diserahkan kepada syarikat swasta. Syarikat ini didapati tidak menjalankan tugas dengan baik di mana banyak pekerja menjadi mangsa seperti EPF tidak di bayar dan gaji yang rendah serta selalu tertangguh. Apakah Kerajaan berhajat untuk menilaikan semula dasar ini.

Soalan No. 38 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan mengiktiraf Kerajaan Palestin pimpinan HAMAS yang telah dipilih oleh rakyatnya dalam satu pilihan raya yang bebas.

Soalan No. 40 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengarahkan semua Ketua Jabatan Persekutuan di negeri-negeri Pakatan Rakyat memulaukan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Soalan No. 46 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan tahap penggunaan dana Perkhidmatan Pemberian Sejagat (Universal Service Provision, USF) yang dikelola oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Soalan No. 48 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengenai syarikat manakah yang mendapat kontrak membekalkan makanan (makanan halal) dan kelengkapan kepada Tentera Malaysia di luar negara (MALBAT).

Soalan No. 52 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes kegagalan suami memberi nafkah dan menyatakan usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan dalam memberi kesedaran tanggungjawab kepada para suami.

Soalan No. 64 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah impak kesihatan yang telah dicapai oleh Lembaga Promosi Kesihatan setelah sekian lama ditubuhkan dengan dana jutaan ringit.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Giliran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggulung - BN Miri
- Pencelahan - BN Kuala Krau, PAS Pendang (11.36 pagi), BN Jasin, PAS Rantau Panjang (11.45 pagi), PAS Pengkalan Chepa (11.49 pagi), BN Rompin, BN Putatan, BN Labuan, PKR Padang Serai, PKR Batu, BN Jasin, BN Silam, BN Arau, DAP Bakri

- Giliran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menggulung - BN Tebrau - Pencelahan - BN Batu Pahat, BN Arau, BN Kinabatangan, DAP Jelutong, BN Silam, PKR Balik Pulau, BN Labuan, Bebas Pasir Mas, BN Padang Besar, PAS Shah Alam (3.08 petang), DAP Bukit Mertajam, BN Jempol.

- Giliran Kementerian Pengajian Tinggi menggulung - BN Tangga Batu
- Pencelahan - DAP Kepong, DAP Rasah, PAS Pendang (3.44 petang), PAS Hulu Langat (3.47 petang), PAS Padang Terap (3.52, 4.17 petang), BN Tuaran, BN Silam, PKR Gopeng, BN Labuan, DAP Kota Melaka, DAP Serdang.

- Giliran Kementerian Petanian dan Industri Asas Tani menggulung - BN Jeli
- Pencelahan - BN Arau, PAS Tumpat (4.31 petang), DAP Batu Gajah, DAP Rasah, PAS Pendang (4.50, 4.59 petang), BN Arau, PKR Machang.

- Giliran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menggulung - BN Petrajaya
- Pencelahan - PAS Hulu Langat (5.18, 6.15 petang), BN Mambong, PAS Pendang (5.22 petang), PKR Gopeng.

Tuesday, March 3, 2009

Dewan Rakyat - 2 Mac 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah perlindungan bagi tanah lembap atau ‘wetland’ yang merupakan khazanah pelbagai kehidupan semula jadi dan destinasi percutian menarik seperti di Parit Jawa, Muar. Apakah cadangan-cadangan daripada Kementerian untuk meningkatkan usaha perlindungan tanah-tanah lembap di seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Muar, PAS Bachok (10.11 pagi) (KLIK).

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan telah atau akan mengadakan suatu perancangan bagi menjadikan masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ekonomi seperti mewujudkan pusat perniagaan di sekeliling masjid.
- Soalan Tambahan - PKR Ampang, BN Lenggong.

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sejauh manakah pencapaian Program Merakyatkan Seni (PMS) iaitu satu usaha bersekutu jabatan-jabatan di bawah KPKKW dalam usaha mengetengahkan produk seni budaya dan warisan kepada khalayak, terutamanya di kawasan luar bandar.
- Soalan Tambahan - BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas.

4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada satu LCCT, Pusat Maintenance Repair Overhaul (MRO) dan kargo baru akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selain daripada kerja menaiktarafkan, kosnya dan adakah tender terbuka diadakan. Apakah sebab Pulau Pinang diabaikan apabila ia adalah pintu masuk kedua penting Malaysia. (Tidak Hadir)

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan faktor yang menyebabkan nilai ringgit kita menurun berbanding nilai USD dan Singapura Dolar sedangkan kedua-dua negara ini sebenarnya mengalami kelembapan ekonomi.
- Soalan Tambahan - BN Jasin, DAP Kepong.

6. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang langkah-langkah konkrit yang wajar dilakukan bagi memastikan bahawa sistem kewangan dan perbankan Islam yang dikatakan lebih resilien, mampu mengelakkan kesan krisis kewangan global yang sedang melanda dunia kini, memandangkan perbankan dan kewangan Islam seperti yang diamalkan di negara ini masih terikat dengan regim pertukaran mata wang kertas (fiat Money) dan volatiliti kadar faedah.
- Soalan Tambahan - PAS Kuala Selangor (10.39 pagi) (KLIK), BN Batu Pahat.

7. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai jumlah penceraian yang dicatatkan sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan negeri dan apakah punca permasalahan tersebut serta langkah-langkah Kerajaan untuk menanganinya.
- Soalan Tambahan - BN Setiu, DAP Kepong.

8. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian tidak mengambil sebarang inisiatif atau keputusan untuk melantik ahli-ahli akademik dari golongan bukan Bumiputera sebagai Naib Canselor di universiti-universiti awam.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Kawan, BN Rompin.

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berikutan keadaan lebuh raya ke Bintulu-Bakun sangat kurang memuaskan akibat kurangnya penyelenggaraan yang mencukupi:-
(a) apakah had sebenar berat kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya ini; dan
(b) adakah lori balak yang sarat dengan muatan yang sering menggunakan jalan ini berada dalam had berat kenderaan yang dibenarkan menggunakan jalan ini. Jika tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Rajang, BN Bintulu.

10. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah Pusat-pusat Latihan Juruterbang dan jumlah pelatih juruterbang yang telah dilahirkan hingga kini dan berapakah yang telah memperoleh pinjaman / biasiswa daripada Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan.
- Soalan Tambahan - PAS Pengkalan Chepa (11.04 pagi) (KLIK).

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah bagi mengatasi mesin slot yang semakin serius di seluruh negara; dan
(b) langkah-langkah mengatasi masalah salah guna ‘funfair’ yang menyediakan permainan berunsur perjudian di seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Gelang Patah, PAS Kuala Krai (11.11 pagi) (KLIK).

14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan justifikasi utama Kementerian dalam mensyaratkan setiap pensyarah di dalam bidang sastera dan kemanusiaan terutamanya di bidang Pengajian Islam untuk menghantar artikel ke penerbitan Jurnal International Scientific Islam (ISI) sebagai syarat kenaikan pangkat di universiti tempatan.
- Soalan Tambahan - PAS Padang Terap (11.16 pagi) (KLIK), PAS Pendang (11.18 pagi).

17. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja yang terpaksa diberhentikan akibat penutupan kilang dan industri kerana kegawatan ekonomi global ketika ini. Apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasi masalah pembuangan pekerja ini. Adakah Kementerian berhasrat untuk memberhentikan sementara kemasukan pekerja asing bagi melindungi rakyat tempatan.
- Soalan Tambahan - BN Parit, PKR Kuala Langat.

23. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) peruntukan yang disalurkan untuk program meningkatkan
pengeluaran padi dengan senarai kawasannya sekali; dan
(b) adakah pihak Kementerian menyedari bahawa terdapat
beberapa penyakit/masalah dalam projek penanaman/ pengeluaran/penghasilan padi yang berkualiti di Parlimen Papar. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah ini.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.

Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 30 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan atau projek besar yang sudah dilaksanakan semenjak Koridor Timur (ECER) ditubuhkan.

Soalan No. 40 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian memberi jaminan bahawa semua petani yang mengusahakan tanaman padi memperoleh semua kemudahan yang disediakan Kerajaan kepada golongan ini.

Soalan No. 44 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejak TLDM memperoleh peralatanperalatan canggih termasuk missile, berapa kerapkah penembakan missile ini mendapat bantuan teknikal daripada pakar luar negara.

Soalan No. 46 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik bilangan hotel yang mempunyai sijil halal dan yang sedang berusaha untuk mendapatkannya. Apakah langkah-langkah Kerajaan yang serius untuk memperkembangkan taraf halal kepada hotel-hotel sedangkan tempat ini menjadi tumpuan orang-orang Islam baik dari sektor Kerajaan, swasta dan individu.

Soalan No. 68 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rasional keputusan supaya semua sekolah menangguhkan pungutan semua yuran sehingga Mac 2009 dan mengapakah tidak dimansuhkan yuran tersebut.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Giliran Kementerian Pertahanan menggulung - BN Masjid Tanah
- Pencelahan - PAS Pokok Sena (11.43, 11.48 pagi), PAS Titiwangsa (11.44 pagi), PAS Kubang Kerian (11.53 pagi), PAS Bachok (11.57 pagi) (KLIK), BN Labuan, PKR Batu, PKR Selayang, BN Pasir Salak, BN Tenggara, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, BN Jasin, PKR Sungai Petani.

- Giliran Kementerian Kewangan menggulung - BN Tasek Gelugor
- Pencelahan - BN Sri Gading, PAS Sik (2.38 petang), BN Putatan, DAP Klang, PKR Batu, PAS Kuala Selangor (2.52 petang), BN Jasin, PKR Indera Mahkota (KLIK), DAP Batu Gajah, BN Bintulu, DAP Klang, PAS Padang Terap (3.19 petang), PKR Indera Mahkota (3.21 petang), BN Alor Gajah, DAP Bukit Mertajam, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor (4.05 petang), (4.07 petang), DAP Kota Melaka, PAS Rantau Panjang (4.07 petang), PAS Padang Terap (4.08 petang), DAP Kepong, DAP Bandar Kuching

- Giliran Kementerian Pengangkutan menggulung - BN Beaufort
- Pencelahan - BN Putatan, BN Tuaran, BN Labuan, BN Lipis, DAP Kota Kinabalu, BN Ranau, BN Labuan, BN Kinabatangan, PKR Padang Serai, PAS Kota Raja (5.00 petang), PKR Gombak, BN Maran, PKR Gombak

- Giliran Kementerian Dalam Negeri menggulung - BN Kota Tinggi
- Pencelahan - DAP Kepong, BN Pasir Salak, DAP Puchong, PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena (6.14 petang), PKR Padang Serai, DAP Puchong, PAS Rantau Panjang (6.44 petang), DAP Kepong, PAS Kota Raja (6.55 petang)

- Giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggulung - BN Sandakan
- Pencelahan - DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau

- Giliran Kementerian Pelajaran menggulung - BN Ayer Hitam
- Pencelahan - DAP Bukit Mertajam, DAP Kepong, PAS Kubang Kerian (7.58 malam), PAS Kota Raja (8.27, 8.41 malam), PAS Rantau Panjang (8.49 malam), PKR Lembah Pantai

- Giliran Kementerian Perusahaan Perladangan dan komoditi menggulung - BN Miri
- Pencelahan - BN Sri Gading

Sunday, March 1, 2009

Dewan Rakyat, 26 Februari 2009 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bagaimana Kementerian boleh membela nasib pekebun getah dan sawit yang secara tiba-tiba mengalami kejatuhan harga dan adakah Kementerian akan mencadangkan harga siling ke atas kedua-dua komoditi tersebut.
- Soalan tambahan - BN Ledang, PAS Kuala Krai (10.12)

2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah keistimewaan-keistimewaan yang akan dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam sektor kesihatan memandangkan pertumbuhan dalam sektor ini dijangka mencapai 8 peratus pada tahun 2009. (Tidak Hadir)

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian merancang untuk mengoptimumkan sumber tenaga kerja yang menganggur ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan misalnya berganding bahu dengan Kementerian lain dalam menjalankan kajian untuk meningkatkan ekonomi sesebuah daerah/kampung/bahagian.
- Soalan tambahan - BN Batang Sadong, PKR Kuala Langat

4. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan harga belian kapal KD Sri Inderapura yang dibeli daripada tentera laut Amerika Syarikat pada akhir tahun 1990-an dan bilakah kapal ini menjalani pembaikan ‘refit’ yang pertama dan berapakah pula perbelanjaan pembaikannya pada ketika itu.
- Soalan tambahan - PAS Bachok (10.22), BN Pontian

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah air hujan pada bulan November dan Disember 2008 dan bulan Januari dan Februari 2009 di Sarawak. Berapakah jumlah air hujan pada tarikh 10 dan 11 Januari 2009 di daerah Kuching dan jumlah daerah Bau dan di Sarawak yang menyebabkan banjir di banyak tempat di kawasan Parlimen Mambong.
- Soalan tambahan - BN Mambong, DAP Bandar Kuching

6. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang mewujudkan Jawatan Pesuruhjaya Hisbah yang berperanan sebagai Ombudsman yang bertanggungjawab kepada Parlimen Malaysia; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menjadikan jawatan Peguam Negara bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan mengehadkan tempoh tahanan banduan sabitan sepanjang hayat dan jika ada, apakah cadangannya.
- Soalan tambahan - PKR Kulim Bandar Baru, BN Batu Pahat

7. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk mengkaji semula kadar Levi yang dikenakan kepada pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang di negara ini.
- Soalan tambahan - BN Tuaran, DAP Ipoh Barat

8. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan yang dijalankan untuk membebaskan umat Islam dalam negara ini dari belenggu riba dan sistem ekonomi kapitalis. (Tidak Hadir)

9. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian bercadang mengubah reka bentuk rumah Program Bantuan Rumah (PBR) miskin tegar di Sarawak untuk membantu penduduk-penduduk rumah panjang agar dapat diagihkan program ini ke penduduk-penduduk rumah panjang.
- Soalan tambahan - BN Tanjong Manis,

10. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan di kawasan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan nama kontrakrtor-kontraktor yang dianugerahkan projek-projek tersebut.
- Soalan tambahan - DAP Bandar Kuching, BN Mambong

11. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah status syarikat Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sekarang; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah badan alternatif untuk menggantikan fungsi CTOS yang masih digunakan oleh pihak bank dan institusi kewangan.
- Soalan tambahan - BN Labis, DAP Teluk Intan

12. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendirian mengenai tahap umur pemimpin belia di persatuan-persatuan belia di seluruh negara yang melebihi tahap umur mengikut definisi belia negara dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
(Tidak hadir)

13. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan:-
(a) adakah rancangan untuk membina Empangan Murum akan diteruskan dan jika ya, bilakah pembinaan akan bermula;
(b) adakah laporan EIA untuk projek ini sudah disiapkan dan di manakah penduduk di kawasan ini terutamanya komuniti Penan akan ditempatkan semula. (Tidak hadir)

14. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta Menteri Tenaga Air dan Komunikasi menyatakan hasil perundingan semula dengan IPP sejak tahun 2007. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh TNB untuk mengurangkan beban yang semakin meningkat dengan mulanya operasi IPP Jimah.
- Soalan tambahan - BN Simpang Renggam

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.

Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 15 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sejak ia diperkenalkan serta bilangan yang diterima. Adakah pihak Kementerian
bercadang untuk melaksanakan kurikulum azhari atau sanawi sebagai kurikulum kebangsaan di aliran tersebut.

Soalan No. 33 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha yang dijalankan bagi meningkatkan jumlah pakar dalam onkologi yang dikatakan kritikal.

Soalan No. 35 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mencegah berlakunya gejala murtad di kalangan umat Islam dan saudara baru.

Soalan No. 41 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat manakah perkembangan siasatan polis berhubung perbuatan meletakkan kepala babi di dalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) pada 16 Januari lalu.

Soalan No. 57 - Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah kajian tahap kepuashatian tempat kerja kakitangan akademik pelbagai peringkat di universiti-universiti penyelidikan dan Universiti Apex di Malaysia pernah dilakukan sekiranya ada, apakah keputusannya.

Soalan No. 60 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang diberi kuasa autonomi seperti yang disarankan oleh bekas Pengerusi SPR sebelum persaraan
beliau.

Soalan No. 68 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kemajuan pembangunan dan pembaikan jalan kampung di dalam Parlimen Kuala Krai yang rosak akibat banjir.

Soalan No. 69 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan di pelabuhan Tok Bali yang dikatakan merosot kebelakangan ini.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Jasin (.11.31), DAP Kota Kinabalu, BN Padang Besar, PKR Kuantan, BN Labis, PKR Petaling Jaya Selatan.

Sesi Petang
- Pembahas - PKR Petaling Jaya Selatan (2.30), BN Pasir Salak (PAS Parit Buntar, PAS Shah Alam), (kecoh - Peraturan Mesyuarat apabila Pemuda Umno mengepong MP DAP Bukit Gelugor di luar Dewan),

- Pembahas - PAS Rantau Panjang, BN Hulu Terengganu, PKR Ampang BN Sibuti, DAP Bandar Kuching,

Wednesday, February 25, 2009

Dewan Rakyat, 25 Februari 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan unjuran Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bahawa berkemungkinan pasaran guna tenaga negara seramai 200 ribu hingga 400 ribu pekerja akan diancam dengan kemungkinan diberhentikan kerja pada 2009 dan apakah tindakan Kerajaan untuk meminimumkan tahap pengangguran negara yang akan berlaku ini dalam menyelamatkan isi rumah negara.
- Soalan tambahan - BN Tenggara, PAS Bachok (10.10)

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan tindak balas dan penerimaan negara-negara Islam terhadap saranan yang dibuat dalam pembentukan Kesatuan Ekonomi Negara-negara Islam setelah berlakunya pelbagai krisis ekonomi dalam dunia pada masa ini.

- Soalan tambahan - PAS Marang (10.15), BN Arau

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah kes Pecah Amanah Jenayah (CBT) yang dilakukan oleh peguam dilaporkan sejak 10 tahun yang lalu; dan
(b) apakah tindakan yang dirancang dan dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini supaya kepercayaan rakyat terhadap imej dan profesion peguam adalah kekal.

- Soalan tambahan - BN Bintulu, PKR Lembah Pantai

4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada ataupun tidak Kerajaan Barisan Nasional akan membubarkan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dan mengguna pakai satu sistem di mana semua rakyat daripada semua kaum boleh memilih Perdana Menteri sepertimana di Amerika Syarikat dan sekiranya tidak, kenapa.

- Soalan tambahan - DAP Puchong, BN Hulu Terengganu, PAS Shah Alam

5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha yang dilakukan bagi menambah ruang perniagaan Bumiputera di kawasan strategi dan juga luar bandar, termasuk di kawasan Parlimen Lenggong serta selain TEKUN, pinjaman MARA, apakah Kementerian bercadang menyediakan skim baru pinjaman mudah kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan.

- Soalan tambahan - BN Lenggong, PAS Rantau Panjang (10.58)

6. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha stesen minyak setiap kali penurunan harga minyak dipam diumumkan.
- Soalan tambahan - PAS Kuala Terengganu (11.00), BN Ledang, PAS Tumpat


7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah wujud kaedah khusus yang membolehkan Kementerian memastikan semua warga asing yang masuk atas nama pelajar berdaftar di Institut Pengajian Tinggi dalam negara benar-benar untuk belajar dan bukan tujuan lain, seterusnya menyalahgunakan kebenaran masuk sebagai pelajar; dan
(b) langkah-langkah khusus diambil oleh Kementerian agar semua pelajar asing ini tidak menjadi punca berbagai masalah kepada negara dan masyarakat tempatan khususnya.
- Soalan tambahan - BN Kalabakan, DAP Kepong

8. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh siap projek menaik taraf Jalan Muar-Tangkak. Mengapa dalam tempoh yang singkat ini keadaan jalan raya mulai rosak. Senaraikan nama kontraktor yang bertanggungjawab dan kos-kos untuk projek ini. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor tersebut. Nyatakan jadual untuk memperbaiki jalan raya tersebut.
- Soalan tambahan - DAP Bakri, BN Ledang

9. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Rukun Tetangga di kawasan-kawasan luar bandar bagi membantu komuniti setempat dalam pengawalan dan keselamatan masyarakat dan apakah syarat-syarat bagi menubuhkan Pusat Rukun Tetangga tersebut.
- Soalan tambahan - Tamat Sesi soalan

10. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapa ramai pegawai polis berpangkat inspektor akan diambil dalam masa tiga tahun akan datang; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menaikkan gred inspektor dari B kepada Pegawai Kumpulan A memandangkan kebanyakan dari mereka mempunyai ijazah dari universiti.

11. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah statistik perbandingan di antara pesakit warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan sejak tahun 2005 hingga 2008.

12. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pelaksanaan klausa Artikel 14 tentang perlindungan hak asasi manusia di bawah Asean Charter.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 18 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah peratus kejadian jenayah sepanjang tempoh 2005 hingga 2008 mengikut kes dan kategori umur di Jerai dan Kedah.

Soalan No. 30 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mewujudkan dualisme dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Soalan No. 42 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah peruntukan untuk Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), bilangan perjawatan dan bilakah semua perjawatan disasarkan akan penuh diduduki.

Soalan No. 46 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah pemantauan dibuat dalam memastikan keberkesanan pemberian subsidi pertanian termasuk bantuan traktor RM28.50/relong, baja organik dan racun serangga Bassa 50 EC (MOSTOX), racun kulat Fujione 40 EC dan racun tikus Tikumen 1000 keluaran ACM kepada petani dalam usaha menjayakan program peningkatan hasil padi ke arah 10 tan/hektar.

Soalan No. 50 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sistem perbankan di Malaysia akan melaksanakan sistem kewangan Islam keseluruhannya kerana kegagalan kewangan kapitalis hari ini membawa kepada krisis kewangan dunia.

Soalan No. 58 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan dan apakah tindakan terhadap anggota-anggota polis yang disifatkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menggunakan kekerasan yang melampau dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei tahun lalu.

Soalan No. 60 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pembelian Bank International Indonesia (BII). Berapakah nilai aset bank itu sekarang.

Soalan No. 62 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nama serta syarikat yang menerima pemberian projek kepada 583 kontraktor kelas F melalui Majlis Pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman pada 10 Januari lalu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri.

Soalan No. 65 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status runding FTA - Malaysia dan Amerika pada masa ini dan berapakah kos yang telah dikeluarkan bagi membiayai program rundingan yang telah berlarutan sekian lama ini.

Soalan No. 67 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan program pencegahan dadah yang dijalankan di peringkat sekolah menengah.

Soalan No. 68. - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah warga tentera yang masih berkhidmat yang menjadi mangsa Skim Cepat Kaya Stromberg dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini daripada berulang.

Soalan No. 69. - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasionalnya tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat melarang ketua-ketua jabatan agensi persekutuan untuk hadir ke mesyuarat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Maran (11.32) -Pencelahan - BN Batu Pahat
- Pembahas - DAP Bukit Mertajam (12.00) - Pencelahan - BN Kinabatangan, BN Sekijang
- Pembahas - BN Lanang (12.22) - Pencelahan - DAP Batu Gajah
- Pembahas - PAS Pokok Sena (12.36) - Pencelahan - PAS Sik (12.55)
- Pembahas - BN Jempol (12.59)

Sesi Petang
- Pembahas - BN Jempol, PAS Baling (2.45), BN Gelang Patah, DAP Bukit Gelugor (3.22), BN Batang Sadong, PKR Kuala Langat, BN Ledang.

- Pembahas - PAS Titiwangsa (4.39), BN Kimanis, DAP Rasah, BN Tanjong Manis, PKR Gopeng, BN Labuan, BN Serian,

- Pembahas - PAS Padang Terap (7.28), BN Lipis, Bebas Sepanggar, BN Lawas, PKR Sungai Petani, BN Arau, PKR Indera Mahkota (9.44), BN Tenom, DAP Seremban, BN Jasin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam sehingga 10.00 pagi 26 Februari 2009.

Dewan Rakyat, 24 Februari 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah koperasi dapat meningkatkan taraf hidup ahli-ahlinya.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Terengganu, PAS Rantau Panjang (10.11 pagi)

2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan memandangkan Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengadakan Akta Hubungan Kaum, apakah pendekatan yang akan diambil untuk meneliti semula polisi dan pelaksanaannya yang menjadi halangan perhubungan kaum masyarakat majmuk negara ini.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Gajah, BN Arau

3. Dato' Seri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina industri mesra alam atau ‘green economy’ dan memberi insentif khas bagi menggalakkan perkembangan industri tersebut. Industri ini mempunyai potensi pasaran yang besar termasuklah antaranya industri bio-diesel, solar energy, wind turbines, renewable energy dan sebagainya.
- Soalan Tambahan - BN Rompin, PAS Marang (10.33 pagi)

4. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pendekatan untuk mengoptimumkan proses mengkomersialkan hasil penyelidikan di Institusi Penyelidikan dan IPT:-
(a) senaraikan hasil penyelidikan tersebut; dan
(b) berapa pula hasil yang diperoleh bagi tahun 2006 dan 2007.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai, BN Batu Pahat

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan faedah kegunaan teknologi TV digital dan bilakah ianya dilaksanakan di seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Mambong, PKR PadangSerai

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah hasil cukai lapangan terbang dari tahun 2004 hingga sekarang dan ke manakah hasil tersebut disalurkan.
- Soalan Tambahan - PKR Gombak, PAS Kuala Terengganu (11.01 pagi)

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah projek yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi perusahaan kolam ikan dan udang secara komersial. Berapakah projek yang masih aktif dan berapakah hasil yang dikeluarkan bagi tempoh 2007-2008. Nyatakan di manakah terdapatnya kolam-kolam dan perusahaan tersebut. Adakah Kementerian berpuas hati di atas prestasinya.
- Soalan Tambahan - BN Langkawi, PKR Machang

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana kadar dan keadaan jenayah di negara amnya, di Kuala Lumpur dan daerah Kepong dan Jinjang khasnya. Apakah tahap kerjasama rakyat dan cara-cara untuk mengurangkan pelbagai aduan terhadap jenayah.
- Tidak Hadir

9. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menaik taraf dan memperkasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan.
- Soalan Tambahan - BN Besut, PAS Baling (11.15 pagi)

10. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membina satu lebuh raya dari Kuang ke Lebuh Raya Koridor Guthrie untuk mengelakkan lori-lori daripada kuari-kuari menggunakan laluan kampung.
- Soalan Tambahan - PKR Selayang

11. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sehingga kini berapakah jumlah sekolah asrama harian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini dan apakah tahap kemajuan yang dicapai berbanding dengan sekolah harian biasa.
- Soalan Tambahan -BN Kuala Krau, DAP Batu Kawan

12. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa banyak projek serta peruntukan yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Ranau sepanjang tahun 2009.
- Soalan Tambahan - BN Ranau

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 19 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (PBT). Jika tidak, berikan alasan-alasan tentang kewajarannya.

Soalan No. 23 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk menurun tahap umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun bagi wanita.

Soalan No. 39 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan perolehan perbelanjaan DBKL mengikut pecahan-pecahan sejak 5 tahun yang lalu. Nyatakan juga pihak yang memantau pengurusan kewangan tersebut.

Soalan No. 51 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memenuhi semua syarat dalam perjanjian dan tidak berlaku sebarang percanggahan dengan apa yang disyaratkan dalam perjanjian untuk membolehkan ia menaikkan tarif air pada bulan April ini.

Soalan No. 53 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah kebakaran yang berlaku di Kedah mengikut daerah dan jumlah kerugian serta berapa jumlah yang diselamatkan oleh Bomba sukarela.

Soalan No. 57 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah siasatan ke atas laporan polis oleh dua wartawan Merdeka Review, Chan Wei See dan Chen Shaua Fui berhubung wang tunai RM300 yang diedarkan kepada beberapa wartawan yang bertugas di pusat media Jabatan Penerangan sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Soalan No. 64 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peratus penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah di Kedah.

Soalan No. 68 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kos pengurusan serta jumlah dan anggota polis yang berkhidmat ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Selangor.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - PSM Sungai Siput - Pencelahan - PAS Kuala Krai (11.46 pagi), BN Batu Pahat, BN Rompin, BN Sri Gading, PKR Padang Serai, PAS Shah Alam (12.18 tengahari)

- Pembahas - BN Bintulu - Pencelahan - BN Kinabatangan, BN Arau, BN Sibuti, DAP Batu Gajah, BN Tuaran

- Pembahas - DAP Batu Gajah - Pencelahan - BN Kinabatangan
- Pembahas - BN Mambong
- Pembahas - BN Simpang Renggam
- Pembahas - DAP Bagan
- Pembahas - BN Tenggara - Pencelahan - BN Arau
- Pembahas - PAS Bachok (4.46 petang) - Pencelahan - BN Rompin, PAS Kuala Krai (5.05 petang)

- Pembahas - BN Tuaran
- Pembahas - PKR Padang Serai - Pencelahan - BN Kuala Krau, BN Arau, BN Kota Belud
- Pembahas - BN Kuala Krau - Pencelahan - BN Kota Belud, PAS Pokok Sena (6.13 petang)
- Pembahas - DAP Kepong - Pencelahan - BN Sekijang, PKR Indera Mahkota
- Pembahas - BN Kota Belud - Pencelahan - DAP Telok Intan, BN Maran
- Pembahas - PAS Kubang Kerian (7.21 malam)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.40 malam sehingga 10.00 pagi 25 Februari 2009.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008