Wednesday, December 16, 2009

Dewan Negara, 16 Disember 2009 (Rabu)

Doa
A. Ahli Baru Mengangkat Sumpah
B PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memantap dan memartabatkan lagi institusi kekeluargaan di negara kita, memandangkan keluarga secara sinonimnya adalah sebuah institusi sosial yang paling asas dan ia menjadi penentu jenis warga masyarakat yang akan dibentuk.

2. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menggalakkan generasi muda berkecimpung dalam kerjaya pertanian dan industri asas tani.

3. Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan supaya perayaan Vasakhi iaitu perayaan tahun baru bagi kaum Sikh yang disambut pada 14 April setiap tahun dimasukkan di dalam kalendar perayaan tahunan Kerajaan Malaysia.

4. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kajian KDN berkaitan pemilikan rumah di kalangan pesara PDRM, serta perancangan Kementerian untuk menggalak dan memastikan anggota PDRM memiliki rumah sendiri semasa pencen, khususnya yang diuruskan sendiri oleh KDN, sebagai penghargaan kepada khidmat bakti yang dicurahkan lebih 25 tahun.

5. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan agenda FELDA menjadi gedung makanan dan penubuhan konsortium antara FELDA, FELCRA dan RISDA atas cadangan YAB. Perdana Menteri untuk menjalankan
projek-projek pertanian berimpak tinggi, apakah strategi keseluruhan jangka masa panjang Kerajaan untuk meningkatkan jaminan keselamatan makanan negara.

6. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah Kementerian dalam menangani isu lambakan filem, drama serta hasil karya dari negara jiran sedangkan hasil karya negara kita tidak langsung mendapat peluang untuk paparan media mereka.

7. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PELAJARAN menyatakan justifikasi Kerajaan menentukan kaedah sistem baru gred masuk ke IPT bagi calon lepasan SPM 2009 kerana Julat A+ (markah 99-100) adalah terlampau ideal dan tidak seimbang jika dibandingkan dengan Julat 90-100 (Markah A, SPM) dan ini mungkin disalahtafsirkan sebagai satu dasar yang digubal secara 'adhoc' bagi mengatasi lambakkan pelajar cemerlang SPM dan ketidakupayaan Kerajaan untuk menyediakan kemudahan peluang melanjutkan pelajaran di IPTA dan ini bercanggah dengan dasar pendemokrasian bidang pendidikan.

8. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah Kementerian untuk menarik minat badan korporat dan syarikat besar tempatan menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bidang sukan atau persatuan sukan.

9. Dato' Sri Empiang Jabu minta PERDANA MENTERI menyatakan kes pencerobohan kapal pukat tunda asing ke kawasan perairan negeri Sarawak pada tahun 2009 berbanding dengan tahun sebelumnya dan adakah tindakan yang telah diambil oleh pihak penguatkuasaan berkesan untuk mengurangkan kadar pencerobohan.

10. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan-kesan positif yang dapat telah dapat dilihat hasil daripada suntikan pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi sekarang.

11. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada terdapatnya pelan perancangan komprehensif bagi perlaksanaan dan pembangunan sektor pendidikan awal kanak-kanak di sekolah jenis kebangsaan, terutamanya sekolah di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak, dan apa pula jenis kerjasama yang bakal diwujudkan di antara sekolah pendidikan awal kanak-kanak swasta dengan sekolah jenis kebangsaan.

12. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuh raya Pantai Timur dari Pahang ke Terengganu dan Kelantan. Bilakah projek ini akan disiapkan.

13. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana perlindungan insurans kemalangan takaful yang hanya di bayar RM 2 untuk tempoh setahun bagi murid serta pelajar dapat melindungi pelajar sekiranya perkara malang berlaku semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan. Ini kerana ibu bapa tidak dibekalkan dengan sebarang polisi daripada syarikat terbabit dan ini menjadi tanda tanya ibu bapa sama ada perlindungan ini hanya menjadi satu mekanisma kutipan untuk keuntungan sahaja.

14. Tuan Pau Chiong Ung minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah laman internet sesetengah jabatan yang susah dilayari dan maklumat atas laman tidak diperbaharui walaupun kedudukan Malaysia dalam laporan E-Government Antarabangsa terbaru telahpun meningkat daripada tempat ke-25 pada 2007 kepada tempat ke-11 pada 2008.

15. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan KPI dan skop Kementerian selepas penjenamaan semula dalam bajet 2010 dan jumlah peruntukan untuk membasmi kemiskinan bandar.

16. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah dan peratus warga negara asing mengikut negara yang sedang menjalani hukuman penjara di Malaysia; dan
(b) nyatakan juga jenis kesalahan jenayah yang telah mereka lakukan.

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 – Menyambung semula perbahasan ke atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”
(15 Disember 2009) - (Menteri Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, December 15, 2009

Dewan Rakyat, 15 Disember 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberi kuasa yang luas termasuk perlindungan atau imuniti dari dakwaan. Oleh kerana perkembangan-perkembangan terbaru mungkin Kerajaan mengkaji semula imuniti yang dinikmati oleh badan ini. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, DAP Ipoh Timur ]

2. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) program promosi yang dirancang serta pecahan kos mengikut keperluan menjelang penganjuran Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Kuala Lumpur tahun hadapan; dan
(b) bagaimana perancangan khusus bagi pasukan negara sekurang-kurangnya berjaya merangkul kembali Piala Thomas seperti mana awal 80-an dulu. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah (10.17 pagi), BN Arau ]

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah tegas Kementerian dalam memastikan kenaikan elaun, gaji, kebajikan dan keselesaan sewajarnya anggota Polis Diraja Malaysia sejajar dengan bebanan tugas serta cabaran masa kini yang dihadapi oleh mereka. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Kota Raja (10.29 pagi) ]

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a) apakah sebab defisit belanjawan di Malaysia berlangsung selama beberapa dekad dan hanya mencatatkan lebihan pada tahun 1993 hingga 1997; dan
(b) apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan Malaysia mencapai belanjawan lebihan seperti tahun 1993 hingga 1997. [ Tidak hadir ]

5. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi pembinaan Politeknik Hulu Terengganu di Kampung Kuala Jeneris yang telah disempurnakan majlis pecah tanah oleh YAB. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 3 Februari 2008. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PAS Bachok (11.37 pagi) ]

6. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil siasatan punca nahas kapal terbang yang terhempas di Kota Kinabalu pada 16 Jun 1976 dan adakah tragedi ini dimasukkan ke dalam buku sejarah sebagai pengetahuan am kepada generasi masa hadapan. [ Soalan tambahan: BN Sepanggar, PAS Shah Alam (10.48 pagi) ]

7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kadar pengangguran mengikut sektor ekonomi, kemahiran pekerja dan kumpulan umur bagi tahun 2007, 2008 dan 2009. Apakah langkah-langkah diambil untuk membantu penganggur mendapatkan pekerjaan baru atau meningkatkan kemahiran. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, PKR Kuala Langat (10.55 pagi) ]

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa guru-guru berkelulusan Sijil dan Diploma digalakkan untuk belajar dan mendapatkan Ijazah, malangnya bila mereka menamatkan Ijazah pertama, mereka diletakkan di bawah DG.41 yang gajinya lebih rendah dari gaji asal mereka. Mereka ini juga tidak diberi peluang untuk naik pangkat, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini. [ Soalan tambahan: PAS Sik (11.00 pagi), BN Lipis ]

9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada lapangan terbang di Pekan Ranau masih lagi diperlukan kerana kawasan tersebut mula dicerobohi oleh pihak tertentu. [ Soalan tambahan: BN Ranau, DAP Kota Kinabalu ]

10. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan penghuni di setiap penjara dan depot tahanan imigresen berbanding dengan kapasiti maksima setiap satunya langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah kesesakan di penjara dan depot tahanan imigresen serta upah yang diberikan kepada setiap penghuni penjara apabila diminta melakukan tugasan buruh. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera, BN Kanowit ]

11. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes Influenza A H1N1 termasuk kes kematian sehingga setakat ini dan perbandingan kes wabak tersebut dengan negara-negara lain di negara-negara ASEAN. [ Soalan tambahan: BN Lipis ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 15. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang dijalankan untuk memastikan hukuman sebat syariah dapat dilaksanakan setelah Menteri Dalam Negeri menyatakan Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Soalan No. 23. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditangguhkan sedangkan sesi ahli jawatankuasa yang lalu telah tamat sebelum Ogos 2009.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan 76, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan supaya Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dilantik sebagai salah seorang daripada enam orang Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76, menggantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Ahli Parlimen Pekan untuk tempoh Parlimen Keduabelas”.

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturanperaturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis mengambil ketetapan seperti berikut :
(a) Menubuhkan Jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah mengadu berlaku perbuatan menghina Majlis pada hari Isnin, 7 Disember 2009 dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) tahun 1952
(b) Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada anggota-anggota seperti berikut :
(i) Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia
[Tuan Yang di-Pertua (Pengerusi) ]
(ii) Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee Timbalan Yang di-Pertua (Timbalan Pengerusi / Ahli bagi Kawasan Beluran)
(iii) Yang Berhormat Datuk Seri Tiong King Sing (Ahli bagi Kawasan Bintulu)
(iv) Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Fong Chan Onn (Ahli bagi Kawasan Alor Gajah)
(v) Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Ahli bagi Kawasan Batang Sadong)
(vi) Yang Berhormat Tuan R.Sivarasa (Ahli bagi Kawasan Subang)
(vii) Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang (Ahli bagi Kawasan Ipoh Timur)
(viii) Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar (Ahli bagi Kawasan Tumpat)”.

3. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

[ Perbahasan: PKR Selayang (11.42 pagi), PAS Bukit Gantang (11.59 pagi) - celahan - DAP Bukit Gelugor. DAP Telok Intan - celahan - DAP Bukit Gelugor. PKR Kulim Bandar Baru (12.26 tengahari) - celahan - PKR Bayan Baru (12.34 tengahari). DAP Seremban, DAP Beruas - celahan - PAS Shah Alam (12.56 tengahari). ]

Sesi petang - DAP Beruas

[ Penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kehakiman) - (BN Padang Rengas) - celahan - DAP Bukit Gelugor, PKR Padang Serai (2.47 petang), PKR Permatang Pauh (2.53 petang), DAP Ipoh Barat (3.48 petang) ]

Pindaan Fasal 3 - usul - DAP Ipoh Barat (3.57 petang) - pindaan tidak dipersetuju

Pindaan Fasal 4 - usul - BN Padang Rengas - pindaan diterima

Pindaan Fasal 8 - usul - DAP Ipoh Barat - pindaan tidak dipersetuju

Pindaan Fasal 13 - usul - DAP Ipoh Barat - pindaan tidak dipersetuju

Pindaan Fasal 15 - usul - DAP Ipoh Barat - pindaan tidak dipersetuju

Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang

4. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2009. - (Kementerian Kewangan)
Perbahasan - DAP PJ Utara - celahan - DAP Ipoh Timur. PKR Indera Mahkota (5.21 petang) - celahan - PAS Rantau Panjang (5.40 petang). DAP Kepong. PAS Pokok Sena (6.00 petang)

5. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)
[Perbahasan - DAP Klang, BN Labuan, PAS Tumpat, PAS Kubang Kerian, PKR Indera Mahkota ]
- Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - Klang,

6. (D.R. 25/2009) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)
[ Perbahasan - PAS Tumpat, PKR Indera Mahkota, ]

7. (D.R. 29/2009) Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

8. (D.R. 27/2009) Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

9. (D.R. 26/2009) Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

10. (D.R. 23/2009) Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

11. (D.R. 30/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009.(Kementerian Kewangan)

12. (D.R. 31/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

13. (D.R. 28/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

14. (D.R. 14/2009) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Ayuran Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Negara, 15 Disember 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan penyakit selsema babi (H1N1) sekarang dan apakah kejayaan yang diperolehi daripada usaha kita mengatasi wabak ini selama lebih kurang dua tahun dan apakah keadaan sekarang sudah boleh dikatakan kita berada dalam keadaan selamat.

2. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah cara untuk mengehadkan kemasukan warga Afrika ke negara kita yang sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan masalah sosial dan jenayah.

3. Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan diberi suntikan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua jangkitan H1N1 dan apakah jadual dan langkah-langkah yang akan diambil bagi para penduduk yang berada di kawasan pedalaman terutama sekali di Sarawak.

4. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan ucapan terima kasih atas tindakan segera Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana alam di Padang, Indonesia baru-baru ini. Apakah perancangan yang akan disediakan oleh pihak Kementerian kepada pelajar-pelajar ini.

5. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan laporan gangguan seksual di tempat kerja setakat ini, jenis-jenis gangguan seksual dan bilangan kes yang telah diselesaikan setakat September 2009.

6. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah jelas (mengikut statistik yang diberi oleh KDN) bilangan kecurian kereta di negara kita meningkat dari setahun ke setahun tetapi penemuannya pula adalah terbalik, apakah Vehicle Theft Reduction Council (VTRC) yang telah diwujudkan tidak berkesan. Apakah jabatan/ Kementerian yang terlibat sebagai ahli VTRC.

7. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan menyintai negara serta meningkatkan perpaduan antara kaum.

8. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah pihak kementerian berhasrat untuk memberi bantuan kepada pengguna-pengguna tabika/tadika swasta di kawasan luar bandar serta yang menjalankan operasinya di rumah-rumah panjang khususnya di negeri Sarawak; dan
(b) adakah pengusaha-pengusaha tabika/tadika swasta ini berdaftar dengan pihak Kementerian dan jika ada, berapakah jumlah yang telah berdaftar dengan pihak Kementerian.

9. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan setakat manakah sambutan Skim Belia Niaga yang dijalankan oleh Majlis Penggalakkan Ekonomi Belia dan hasilnya terhadap pembangunan ekonomi negara.

10. Prof. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklum balas terhadap andaian bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mendakwa bahawa percambahan (proliferation) IPT di negara ini semenjak akhir-akhir ini lebih banyak didorong oleh keinginan untuk mendapatkan tukaran wang asing dari yuran pelajar-pelajar luar negeri sedangkan tujuan untuk melatih (dan memberi pendidikan) kepada anak tempatan menjadi prioriti kedua.

11. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada kegagalan pelajar Sarawak, Marina Undau untuk memasuki Matrikulasi adalah disebabkan oleh meritokrasi atau taraf Bumiputeranya (bapa beliau seorang Bumiputera dan ibunya berbangsa Cina), walaupun beliau mendapat 9A 1B dalam SPM 2008.

12. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancngan terkini untuk membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatasi ketidak cukupan PPR sedia ada.

13. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula harga rumah mesra rakyat di negara ini memandangkan wujudnya perbezaan harga di antara kawasan bandar dan luar bandar.

14. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan warga Malaysia yang cerdik pandai tinggal, balik dan berjasa kepada negara dan tidak ditarik untuk bekerja di negara-negara asing.

15. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk meredakan perang saraf dan penghinaan oleh rakyat Malaysia daripada media massa dan sebahagian rakyat Indonesia dalam kempen Ganyang Malaysia oleh media sebahagian rakyat Indonesia.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Menteri Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Sunday, December 13, 2009

Dewan Rakyat, 14 Disember 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh mana pihak Kementerian memastikan Jabatan Hal Ehwal Veteran dapat mengurus kebajikan veteran dengan baik dan berkesan. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, PKR Sungai Petani (10.13 pagi) ]

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan pendirian kerajaan terhadap polisi “Network Neutrality” untuk servis Internet di Malaysia dan sebab-sebab pendirian sebegitu. [ Soalan tambahan: DAP PJ Utara, BN Jasin ]

3. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat asing yang memohon status kerakyatan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu mengikut pecahan negara berkaitan serta sejauh manakah langkah-langkah Kerajaan membendung segala kemungkinan akibat daripada lambakan permohonan tersebut. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Rantau Panjang (10.34 pagi) ]

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah mesin-mesin wang (ATM) yang terdapat di seluruh negara, bagaimanakah kaedah yang digunakan untuk kelulusan pemasangan serta apakah pertimbangan yang diambil kira terutama yang melibatkan aspek keselamatan awam. [ Soalan tambahan: PKR Indera Mahkota ]

5. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah strategi Kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar dan semi bandar terutama untuk golongan Bumiputera. Apakah pelaksanaan pembangunan di atas tanah Bumiputera telah memberi pulangan sepenuhnya kepada Bumiputera semula. [ Tidak hadir ]

6. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah polisi urus tadbir mengimport/penjualan ubat-ubatan Kementerian terhadap hospital Kerajaan agar tidak dimonopoli oleh sesuatu syarikat gergasi sahaja. [ Soalan tambahan: PKR PJ Selatan, BN Rembau ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah relevannya dialog selatan-selatan, dasar pandang ke timur, Prosper Thy Neighbour, Langkawi International Dialogue dan adakah polisi-polisi ini akan diteruskan; dan
(b) apakah peranan Malaysia untuk mengerakkan NAM dan OIC dan memberi bantuan bina upaya. [ Tidak hadir ]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia ; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar ( 11.03 pagi), BN Maran ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) berapakah keluasan hutan yang telah digondolkan di daerah Jempol ; dan
(b) apakah kesan ancaman alam sekitar akibat dari kegiatan ini. [ Soalan tambahan:BN Jempol ]

10. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik pemberian bantuan kebajikan kepada golongan miskin mengikut negeri, kaum dan jantina serta apakah langkah-langkah efektif yang diambil untuk memberi bantuan kepada lebih banyak keluarga miskin pada masa kegawatan ekonomi sekarang. [ Tidak hadir ]

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan monopoli dan manipulasi stesen TV swasta dalam penyiaran negara serta tindakan Kementerian memantau bayaran pakej pihak terbabit yang membebankan pengguna. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu ]

16. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan serius untuk menghapuskan soalan-soalan yang bertanyakan jenis kaum, agama dan status bumiputera dalam semua borang Kerajaan, sekiranya ya, bila dan bagaimana pelaksanaan tersebut dimulakan. [ Soalan tambahan: DAP Segambut ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan syarikat manakah yang ditawar untuk membangunkan projek tersebut.

Soalan No. 18. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status ekonomi negara terkini
(a) apakah tindakan Kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara sehingga kini dan akan datang; dan
(b) apakah status ekonomi sekarang membolehkan negara mencapai status negara maju menjelang 2020 seperti yang dirancang.

Soalan No. 24. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN, WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan siapakah yang dikira golongan minoriti etnik Malaysia yang memerlukan tindakan informatif untuk memberi pembelaan kepada mereka dan secara spesifik apakah langkah-langkah yang telah diambil pihak Kerajaan membela nasib kaum Penan terutamanya mengenai penderaan seksual ke atas wanita kaum Penan.

Soalan No. 26. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pandangan JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan tentang tindakan sebilangan orang Islam memijak kepala lembu yang menghina agama lain sewaktu perarakan bantahan rancangan pemindahan kuil penganut agama Hindu daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam dan kenapa tidak ada fatwa / kenyataan dikeluarkan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (14 Disember 2009)

[ Usul menangguh perbahasan untuk membincangkan laporan kewangan Petronas suku pertama tahun 2009. - PKR Permatang Pauh ] - celahan - PKR Permatang Pauh, DAP Ipoh Timur, PAS Kuala Selangor (11.45 pagi), PAS Kubang Kerian (11.47 pagi), PKR Batu, PAS Rantau Panjang (11.49 pagi), - usul ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

1.1. [ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (BN Senator) - Celahan - PKR Ampang (12.00 tengahari), PKR Kuantan, PKR Ampang, PKR Kulim Bandar Baru (12.13 tengahari), PAS Rantau Panjang (12.20 tengahari), DAP Telok Intan, DAP Batu Gajah, PAS Rantau Panjang (12.27 tengahari), PKR Kulim Bandar Baru, BN Sri Gading, BN Jempol, DAP Batu Gajah, PAS Rantau Panjang (12.51 tengahari), BN Jempol, PAS Titiwangsa (12.57 tengahari), ]

Sesi petang - 1.2 [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan Pembangunan B49/P49 Kementerian Pengajian Tinggi - PKR Kulim Bandar Baru (2.36 petang), BN Jempol, BN Kuala Krau, PAS Sik (2.59 petang), DAP Serdang - Celahan DAP Bukit Mertajam, BN Silam ]

1.3. [ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (BN Temerloh) - Celahan - PKR Kulim Bandar Baru ( BN Sri Gading, BN Pasir Salak. PAS Hulu Langat (3.32 petang), DAP Rasah, Bebas Pasir Mas, PKR Kulim Bandar Baru, BN Kinabatangan, DAP Serdang, PKR Balik Pulau ]

1.4 [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan Pembangunan B60/P60 Kementerian Pertahanan - BN Ledang, PKR Machang, BN Kinabatangan, PAS Bukit Gantang (4.50 petang), BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, ]

1.5 [ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pertahanan (BN Mersing) - Celahan - BN Jasin, PKR Batu, PKR Machang (5.28 petang), BN Kota Belud, ]

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan 76, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan supaya Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dilantik sebagai salah seorang daripada enam orang Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76, menggantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Ahli Parlimen Pekan untuk tempoh Parlimen Keduabelas”.

3. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Negara, 14 Disember 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan pelajar-pelajar yang mengikuti kem-kem latihan dan kegiatan ko-kurikulum di luar kawasan sekolah senantiasa diawasi dan diberi jaminan keselamatan nyawa.

2. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat membenarkan harga minyak ditetapkan oleh stesen minyak sendiri supaya harga minyak lebih kompetitif manakala Kerajaan menetapkan harga siling bagi menjaga kepentingan pengguna.

3. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan menetapkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi bagi produk-produk yang dilabelkan 'organik' dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan demi memastikan bahawa label tersebut tidak disalah gunakan untuk produk yang tidak layak dilabelkan 'organik'.

4. Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada terdapat pembayaran pampasan kepada ahli-ahli keluarga terdekat pemegang-pemegang insurans hayat 'life-insurance', yang meninggal dunia akibat wabak A H1N1 dan sama ada pampasan tersebut
adalah mengikut kadar yang terkandung di dalam polisi insurans hayat pemegang.

5. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah sistem penilaian demerit berjaya dilaksanakan dengan had maksimum bilangan kesalahan dan kecuaian jalan raya oleh pemandu dan jumlah pemandu yang digantung lesen dari tahun 2005
hingga 2009.

6. Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan nama-nama hotel di Malaysia yang dapur mereka telah mendapat Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan berapa peratuskah jumlah tersebut daripada jumlah bilangan hotelhotel iaitu melebihi 2000 buah di Malaysia.

7. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah pelaburan yang telah memohon (bukan yang diluluskan) dan nilai pelaburan yang dicadangkan (FDI dan DDI) bagi setiap suku tahun dari tahun pertama 2008 hingga suku tahun ketiga 2009; dan
(b) nilai dana Services Sector Capacity Development Fund yang telah diluluskan oleh MIDA mengikut kaum (hak milik syarikat) seperti pada 30 November 2009.

8. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pendaftaran yang menyeluruh bagi memastikan tiap-tiap individu dan warganegara Malaysia yang menggunakan gelaran Prof., Dr., Ir. dan lainlain (di hadapan nama mereka) atau LLM, LLB, MA, Msc., BA, Bsc., dan diploma bagi ijazah-ijazah dan diploma yang mereka perolehi dari manamana kolej atau universiti di Malaysia tetapi menggunakan gelaran tersebut dalam Malaysia wajib mendaftar dengan Kerajaan dan diberi sijil
sah selepas disemak bagi memastikan gelaran yang diberikan kepada mereka bukanlah tipu.

9. Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa ada anggota polis yang telah dilanggar semasa mengadakan sekatan jalan raya:-
(a) adakah latihan telah diberi kepada anggota polis mengenai keselamatan diri semasa mengadakan sekatan; dan
(b) ada kala dapat dilihat bahawa sekatan yang diadakan tidak dibuat dengan sempurna, hanya dua atau tiga orang anggota sahaja yang menjalankannya dan perlukah pasukan yang mengadakan sekatan mendapat kelulusan pihak atasan.

10. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menaik taraf sekolah menengah biasa terutama di luar bandar kepada taraf yang menyamai ciri-ciri sekolah berasrama penuh bagi membolehkan lebih ramai pelajar mengikuti pembelajaran yang bermutu di peringkat menengah.

11. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api ke Terengganu dan seterusnya menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan kereta api sedia
ada di Pahang dan Kelantan.

12. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan dasar Kementerian untuk menyokong Industri Perfileman Tempatan. Adakah Gagasan 1Malaysia terdapat dalam drama-drama TV tempatan. Jika ya, nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menerapkan perpaduan rakyat bermajmuk dalam setiap produk "content" penyiaran.

13. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan akan menggubal undang-undang yang lebih ketat bagi memastikan pemajupemaju menyiapkan projek sehingga selesai bagi menggelakkan projek
tersebut terbengkalai.

14. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan usaha menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam, tidakkah Kerajaan bercadang memanfaatkannya sebagai pusat penerbangan penting selepas LCCT
bagi jangkauan Asia Tengara terutama Indonesia.

15. Prof. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah memproduksikan (menghasilkan) makanan haiwan dalam negeri sebagai satu usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari luar negeri dan dengan demikian akan dapat memperkasa industri penternakan dalam negeri.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (10 Disember 2009) - (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan )

2. (D.R. 21/2009) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 22/2009) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Thursday, December 10, 2009

Dewan Rakyat, 10 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) pencapaian serta prestasi kecapaian golongan Bumiputera dalam bidang ekonomi terutama kontraktor kecil, menengah dan Kontraktor kelas "A"; dan
(b) sejauh mana sistem "Tender Terbuka" berupaya membantu Kerajaan dalam melonjakkan prestasi kecapaian golongan usahawan dalam bidang ekonomi menjelang tahun 2020. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan ]

2. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan PATI yang telah ditahan untuk tahun 2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan berapa lama seorang itu ditahan; dan
(b) berapakah kos pengendaliannya dan siapa yang menanggung kos pengambilan ke negara asal. [ Soalan tambahan: PKR Bagan Serai (10.20 pagi), BN Kalabakan ]

3. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka ini tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti. [ Soalan tambahan: BN Mas Gading, PAS Titiwangsa (10.35 pagi) ]

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan Kerajaan persekutuan mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 dan 2009 serta apakah formula serta garis panduan yang diguna pakai semasa pengagihan tersebut dan berapakah pula jumlah yang dipulangkan semula kerana tidak habis dibelanjakan. [ Soalan tambahan: PKR Indera Mahkota (10.41 pagi), BN Maran ]

5. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan dibuat untuk menambahkan bilangan bilik kelas dan pejabat untuk mengurangkan kesesakan bilik-bilik kelas dan pejabat untuk guru-guru di SMK Lubok Antu. [ Tidak hadir ]

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan permohonan kewarganegaraan Malaysia daripada Sabah dan Tawau yang masih menunggu untuk diproses; dan
(b) mengapakah terpaksa menunggu terlalu lama untuk kelulusan permohonan status penduduk tetap oleh orangorang Bumiputera Sabah yang terlewat mendaftarkan sijil kelahiran mereka.
[ Soalan tambahan: Bebas Tawau, BN Arau ]

7. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan akan membina lebuh raya barat-timur yang menghubungkan Sandakan dan Kota Kinabalu memandangkan kedua-dua bandar ini adalah yang terbesar di Sabah dan lebuh raya itu akan menjadi pemangkin ekonomi kepada negeri. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud ]

8. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kemasukan ke sekolah kanak-kanak yang tidak mempunyai surat beranak. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa dan juga individu-individu atau badan-badan yang ingin memberi pertolongan. [ Soalan tambahan: PKR Nibong Tebal, BN Ledang ]

9. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Klinik Durin dengan menghantar seorang Penolong Pegawai Kesihatan demi memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk di Daerah Durin, Sibu. [ Tidak hadir ]

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah tabung renti kerja sentara boleh dilaksanakan dengan segera agar dapat membantu pekerja di negara ini. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat (11.20 pagi), BN Putatan ]

11. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengehadkan drama atau cereka dari seberang khususnya Indonesia yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan dan sebaliknya memberi banyak peluang kepada drama tempatan bagi memantapkan jati diri rakyat Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam, PAS Bachok (11.29 pagi)]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan asas tuduhan seorang Menteri Kabinet mengenai IPT dalam negara yang mengeluarkan Ijazah PHD secara tidak mengikuti proses akademik.

Soalan No. 21. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan satu persatu projek-projek yang telah dibekukan akibat krisis ekonomi mengikut negeri-negeri dan nyatakan kategori dan jenis projek.

Soalan No. 22. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) senarai projek pertanian yang diluluskan dan dilaksanakan melalui peruntukan RM100 ribu yang diagihkan kepada Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di daerah Kerian; dan
(b) rasional pelantikan Ketua Parti Komponen Barisan Nasional menerajui Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Pakatan Rakyat dan mengapakah wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak dilantik menganggotai MPPP.

Soalan No. 23. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kerugian harta benda, jumlah kes kematian dan jumlah bantuan bencana banjir di Rantau Panjang sepanjang 10 tahun. Apakah Kerajaan tidak bercadang untuk membina sistem tebatan banjir di tebing Sungai Golok bagi permasalahan tersebut.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (10 Disember 2009)

1.1. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan B47/P47 Pembangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - DAP Kepong, BN Kinabatangan, Bebas Pasir Mas, BN Batang Sadong, PAS Pokok Sena (12.35 tengahari), BN Tenggara, PKR Kelana Jaya ]

[ Sesi Petang - sambung semula perbahasan - BN Lenggong, DAP Serdang, ]

[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (BN Jelebu) - Celahan - PKR Balik Pulau (2.55 petang), DAP Ipoh Timur, BN Lipis, BN Kota Belud, PAS Pokok Sena (3.00 petang), BN Arau, BN Kota Belud, PAS Titiwangsa (3.49 petang), DAP Bakri, PAS Pokok Sena (4.01 petang), BN Arau, PKR Kulim Bandar Baru, PKR Indera Mahkota (4.13 petang) ]

1.2. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan Pembangunan B48/P48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Bebas Tawau, BN Batang Sadong - celah BN Johor Bharu. PKR Ampang (4.34 petang), BN Parit Sulong, DAP Batu Gajah, BN Lipis, PAS Titiwangsa (5.14 petang), Bebas Pasir Mas, PKR Bagan Serai (5.28 petang), PAS Jerai (5.29 petang), PAS Kuala Krai (5.32 petang) ]

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Negara, 10 Disember 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tan Sri Datuk Jins bin Shamsudin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan yang boleh diambil kepada pemilik laman web yang memuat turun filem-filem dan lagu-lagu tempatan secara percuma tanpa membayar royalti kepada tuan empunya hak cipta.

2. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada beliau sedar bahawa usaha untuk menghantar kumpulan kecil 3-4 orang ke negara-negara luar untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia dengan mengadakan roadshow di bandar-bandar besar dan kecil secara berterusan adalah lebih berkesan daripada menghantar rombongan yang besar sekali dalam 3 atau 5 tahun.

3. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian agar kebergantungan yang keterlaluan terhadap pekerja asing dapat dikurangkan.

4. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian untuk membantu pusat pelancongan dalam negara seperti Taman Negara, pesisir pantai dan lain-lain pusat pelancongan untuk kemudahan asas pusat-pusat tersebut.

5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha yang praktikal dan dinamik untuk mengurangkan 'bil import' makanan yang mencecah RM28 bilion (2009), sedangkan negara kita mempunyai pelbagai sumber, tenaga, buruh dan keadaan iklim yang sesuai untuk pertanian dan perikanan.

6. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberi kemudahan penggunaan Internet jalur lebar (broadband/ WiMax) secara percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju. Jika tidak, berikan sebab-sebabnya.

7. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kajian terperinci dilakukan bagi mengetahui kenapakah kegiatan ponteng sekolah di kalangan pelajar masih berlaku walaupun pelbagai program diperkenalkan di peringkat
sekolah.

8. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan dengan jelas bagaimana kaedah Telekom Malaysia melaksanakan Projek Highspeed Broadband dengan kos sebanyak RM11.3 bilion dan setakat 30
November 2009, apakah status pelaksanaan 'highspeed broadband' ini dan bagaimanakah mekanisme pengagihan pakej-pakej kerja kontrak ini diagihkan kepada kontraktor/ syarikat pembekal ICT tempatan.

9. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bentuk bantuan kewangan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada mereka yang telah memulakan pertanian bagi membantu mereka untuk terus kekal dalam bidang ini.

10. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa jumlah usahawan wanita setakat ini yang mendapat manfaat di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) di luar bandar.

11. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasional membenarkan syarikat-syarikat pengirim wang ke luar negara (remittance) yang dimiliki bersama oleh bank-bank Indonesia beroperasi di negara ini, (sebagai contoh MANDIRI Iternational Remittance Sdn. Bhd.) yang sekali gus menjejaskan peniaga-peniaga tempatan dalam bidang serupa.

12. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab ketiadaan Kolej Komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan nyatakan sama ada pihak Kementerian ada cadangan untuk membina kemudahan tersebut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

13. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan prestasi sekolah yang tidak melepasi prestasi minimum UPSR dan kejayaannya.

14. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada langkah-langkah dan kempen-kempen kesedaran yang lebih praktikal akan dilancarkan bagi memastikan pemandu dan penumpang kenderaan mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang, terutama mematuhinya ketika memandu pada waktu malam.

15. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan wujudnya semangat demokrasi berparlimen di kalangan belia semua kaum dan jumlah NGO yang telah pun berdaftar sejak Akta Persatuan Belia diluluskan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009. – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. (9 Disember 2009)- (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

2. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. - (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan )

3. (D.R. 21/2009) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

4. (D.R. 22/2009) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

5. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Menteri Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008