Tuesday, October 4, 2011

Dewan Rakyat 4 Oktober 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kemajuan Alumni di semua IPTA dan aktiviti-aktiviti berkesan yang menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara yang telah dijalankan. Nyatakan aktiviti yang paling popular yang telah dijalankan pada tahun ini (2011). [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan lambakan barangan China ke atas ekonomi Malaysia. [ Soalan Tambahan : PAS Pasir Puteh, BN Maran ]

3. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah bentuk kerjasama yang telah berjaya dibangkitkan oleh Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Vatican di Rome sempena kunjungan YAB. Perdana Menteri dan pertemuan dengan Paus, pemimpin gereja Katolik dunia di sana. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, DAP Ipoh Barat ]

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perihal perjanjian pertukaran saham MAS-Air Asia dan kesannya terhadap masa depan industri pengangkutan udara negara. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Arau, BN Putatan ]

5. PR-1243-L45665 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah Kementerian maklum bahawa sudah beberapa kali banjir besar berlaku secara mendadak di Kg Pasir Putih, sebuah perkampungan Melayu dalam kawasan Kalabakan; dan
(b) jika maklum apakah Kementerian sudah mengkaji secara terperinci apakah penyebab sebenar tragedi ini berlaku dan seterusnya apakah Kementerian akan mengambil langkah-langkah pencegahan agar ianya tidak berulang. [ Tidak Hadir ]

6. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana Pelan Transformasi Negara akan
memanfaatkan golongan miskin, suri rumah tangga, wanita yang bekerja dan orang kurang upaya. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, BN Bintulu ]

7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan penyakit "Depression" di kalangan murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, universiti serta rakyat umum. Apakah program pendidikan dan pencegahan disediakan untuk membantu rakyat menghadapi masalah berkaitan. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PAS Pendang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Perempuan Bersuami dan Kanak Kanak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 supaya membolehkan mahkamah syariah di dalam sesuatu negeri membuat perintah tahanan pendapatan di bawah Akta tersebut dan perintah itu berkesan di negeri lain.

20. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan menghantar balik 11 orang etnik Uighur ke China.

27. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kerajaan untuk memastikan keselamatan bekalan (security of supplies) produk petroleum terutamanya bekalan petrol dan diesel kepada pengguna di Malaysia sebagai langkah menstabilkan ekonomi negara dan di manakah peranan syarikat milikan negara seperti PETRONAS dalam hal ini.

31. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pampasan dan imbuhan yang diberikan kepada anggota PKM selepas perletakan senjata berikutan daripada Perjanjian Damai Haatyai pada 2 Disember 1989.

34. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan syarikat manakah yang membekalkan peralatan sistem biometrik untuk Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dan nyatakan tujuan penggunaan bayaran RM300 yang dikutip semasa proses pemutihan.


C. Perbahasan Rang Undang dan Usul-Usul
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
1. (D.R. 21/2011)
Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Timb. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - BN Labis ]

[ Perbahasan - PKR Machang, Bebas Pasir Mas (BN Lenggong, PAS Rantau Panjang ), BN Kinabatangan ( BN Lenggong, BN Lipis, BN Arau, BN Sri Gading, BN Sibuti, BN Putatan, BN Sibuti ), PKR Kuala Kedah (PAS Pendang, PAS Parit Buntar ), PAS Padang Terap ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah ]

[ Rehat ] [ Sambungan Penggulungan - PKR Kuala Kedah, Bebas Pasir Mas, PAS Jerai, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena ] [ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ]

2. (D.R. 23/2011)
Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ BN Labis - Timb. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

[ Perbahasan - DAP Beruas, PAS Kubang Kerian, PKR Balik Pulau, DAP Batu, PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota, DAP Kuching, BN Tangga Batu ] [Penggulungan - PKR Indera Mahkota, DAP Sibu ] - Lulus

3.
(D.R.24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

[ Perbahasan - BN Batang Sadong (BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, BN Sibuti), DAP Bukit Mertajam ( Bebas Padang Serai, PKR Balik Pulau, BN Putatan, BN Padang Besar, BN Tanjong Manis), BN Sri Gading( BN Kuala Krau, BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, BN Sibuti ), PAS Kota Raja ( PKR Balik Pulau, BN Maran, BN Kota Belud ), DAP Batu Gajah ( BN Sri Gading ), PKR Lembah Pantai ] [ Penggulungan - DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, BN Putatan, DAP Telok Intan ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Bukit Mertajam, DAP Teluk Intan, DAP Batu Gajah ] [ Penggulungan - DAP Batu Gajah ] - Lulus

4. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Menteri Pertahanan ]
[ Perbahasan
- BN Maran ( BN Lenggong, BN Hulu Terengganu ), PKR Sungai Petani ( PAS Pendang, BN Sekijang, PAS Jerai, BN Maran ), BN Lipis ( BN Sibuti, BN Lenggong, BN Sri Aman, BN Jasin ), DAP Kepong, BN Maran, PAS Pendang ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, BN Putatan, BN Maran, BN Jasin, BN Putatan, DAP Kepong ] - Lulus

Sidang Dewan Tamat jam 10.22 Malam

Sunday, October 2, 2011

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah dan strategi terkini yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini, yang mana barubaru ini telah dilanda pelbagai isu yang berkaitan dengan agama, bangsa dan juga jurang ekonomi antara rakyat yang ketara yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperkukuhkan Malaysia terhadap kemerosotan ekonomi dunia. Adakah beliau masih mempercayai bahawa pertumbuhan ekonomi akan mencatat 6%.

3. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima biasiswa mengikut kaum dan negara pengajian di bawah Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

5. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-
(a) adakah kedai runcit 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri akan diperkembangkan ke negeri Sabah dan Sarawak; dan
(b) bilakah perlaksanaan tersebut akan dijalankan atau apakah perancangan pihak Kementerian terhadap perlaksanaan tersebut di negeri Sabah dan Sarawak.

6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sepenuhnya transaksi penglibatan Air Asia dalam MAS dan adakah langkah Khazanah ini akan berjaya memulihkan MAS. Adakah kebimbangan persatuan sekerja MAS yang ingin berpiket wajar. Berapakah suntikan wang kepada MAS sejak ia bermula bagi menampung kos operasinya.

7. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah bilangan keseluruhan pengguna kad perkhidmatan telefon prabayar semasa di seluruh negara, serta nyatakan peratusan pengguna yang tidak menggunakan sepenuhnya nilai kad ini berbanding dengan jumlah keseluruhan serta nyatakan juga kuantumnya dalam bentuk Ringgit Malaysia.

8. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapakah sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 54 masih hambar di kalangan rakyat jelata:-
(a) adakah pihak Kerajaan telah menjalankan satu kajian yang terperinci dan menyeluruh kenapakah fenomena ini wujud; dan
(b) sekiranya ada, nyatakan hasil penemuannya.

9. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dalam tempoh lima tahun, berapakah bilangan kakitangan Kementerian dalam kategori staf sokongan yang terlibat di dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkahlangkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah justifikasi Kementerian melanjutkan tempoh konsesi BERNAS setelah tamat tempoh pada Januari 2011. Adakah BERNAS berjaya melaksanakan obligasi sepertimana yang termaktub dalam perjanjian privatasi terutama sekali isu 'stockpile', peningkatan pengeluaran padi dan apakah usaha BERNAS bagi memastikan kestabilan harga 'price stabiliti' serta nyatakan hasil kajian Kementerian terhadap pencapaian dan kemajuan BERNAS selama 15 tahun dan memenuhi perjanjian privatasi.

16. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa orangkah yang telah ditawarkan perlindungan di bawah Whistleblower Protection Act dan Witness Protection Act semenjak ia dikuatkuasakan dan agensi penguatkuasaan yang mana telah menggunakannya.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.
3. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
4. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar * Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (DR. 25/2011).
5. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan * Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011.

d. USUL-USUL

1. Usul oleh PAS Tumpat berkenaan akta-akta yang belum ditarik balik dari aturan urusan mesyuarat.

2. Usul 36 (6 & 9) oleh Bebas Padang Serai terhadap PKR Machang bahawa saya telah menerima 2 keping cek.

3. Usul 18 (1) oleh DAP Bukit Bintang mengenai penjualan tanah di kawasan bukit bintang.

4. Usul 12 (1) oleh BN Padang Rengas bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA mengikut Peraturan 81 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis ini mengambil ketetapan berikut:

(a) Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dilantik bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia;

(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat seperti yang berikut:

(i) lima (5) anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang Menteri sebagai Pengerusi);

(ii) tiga (3) anggota daripada pembangkang; dan

(iii) satu (1) anggota selain anggota daripada Barisan Nasional atau pembangkang. (Bebas)

Jika Pengerusi yang dipilih tidak hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa tersebut hendaklah memilih seorang Pengerusi dari kalangan Anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja;

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama enam (6) bulan. Jika Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud pelanjutan tempoh pelantikan;

(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil; dan

(e) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata Jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dipersetujukan atau
mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Majlis Mesyuarat tersebut.”

[ Perbahasan - Ketua Pembangkang (Permatang Pauh), BN Kinabatangan (PAS Shah Alam, BN Kota Belud, PAS Shah Alam, PKR Machang, BN Kota Belud, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Padang Besar, BN Kota Belud) ] [ Memohon Maaf di atas ketidak siaran langsung persidangan belah pagi kerana masalah teknikal ] [Rehat]

[ Sambungan Perbahasan - DAP Ipoh Timur, Bebas Pasir Mas (PAS Bukit Gantang), PAS Marang, BN Tuaran, BN Sri Gading (BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, PAS Shah Alam) ]

[ Penggulungan Menteri - Padang Rengas - DAP Taiping, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam ] - Lulus

e. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Yang Kedua
2. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

[ Perbahasan - PAS Kota Raja, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong, ]

[ Penggulungan oleh Menteri (BN Bentong) - Pencelahan - PAS Kota Raja, PAS Kuala Krai, DAP Batu Gajah ] [ LULUS ]

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, PAS Hulu Langat ] [ lulus ]

3. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

[ Perbahasan - PAS Kuala Krai, BN Kota Belud, DAP Kepong ]

[ Penggulungan oleh Menteri (BN Bentong) ] [ LULUS ] [ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, PAS Hulu Langat, PAS Kota Raja ] [ LULUS ]

4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - BN Kuala Krau, DAP Kepong, BN Batang Sadong ] [ Penggulungan oleh Menteri (BN Bera) - BN Kuala Krau, ] [ lulus ]

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa (Pindaan) - BN Kuala Krau, DAP Kepong ] [ LULUS ]

5. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - Tiada Perbahasan ] [ LULUS ]

6. (D.R. 22/2011)
Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

[ Perbahasan - Tiada Perbahasan ]

Mesyuarat tamat jam 8.30 malam dan ditangguhkan kepada 10.00 pagi 4 Oktober 2011.

7. (D.R. 21/2011)
Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

8. (D.R. 23/2011)
Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

9. (D.R.24/2011)
Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

10. (D.R. 15/2011)
Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

11. (D.R. 45/2010)
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

12. (D.R. 1/2011)
Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

13. (D.R. 37/2009)
Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Thursday, June 30, 2011

Dewan Rakyat 30 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

1. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Jun, 2011) [ Kementerian Kerja Raya ]

2. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

[ Perbahasan -

2. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

3. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

6. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

7. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

9. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

11. (D.R.24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

13. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Wednesday, June 29, 2011

Dewan Rakyat 29 Jun 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat * Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Jun, 2011)[ Kementerian Kewangan ]

[ Menyambung Penggulungan - Timbalan Menteri / Senator - DAP Kepong ] - Lulus

[Majlis dalam jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] -Lulus

Peraturan 18 (1) oleh DAP Ipoh Barat - Ditolak

2. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan :- PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, PKR Balik Pulau ] [ 61P oleh DAP Ipoh Timur ][ BN Tangga Batu (Bebas Padang Serai, BN Kinabatangan), DAP Bagan (Bebas Padang Serai), BN Tuaran, PAS Kuala Selangor (PKR Kuala Kedah), BN Lipis, DAP Kepong (PKR Kuala Kedah, Bebas Padang Serai), Bebas Padang Serai ( BN Padang Besar, PKR Balik Pulau)] [Rehat]

[ Perbahasan :- Bebas Padang Serai,(BN Putatan, BN Kinabatangan, PAS Kota Raja, BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota, BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota, BN Kinabatangan, BN Sekijang), Bebas Tawau, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - DAP Kota Melaka, DAP Kepong, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong, DAP Rasah ] - Lulus

[ Majlis Dalam Jawatankuasa - DAP Teluk Intan, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

3. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

[ Perbahasan - PAS Parit Buntar (BN Arau), BN Lipis (PKR Subang, BN Putatan),PKR Lembah Pantai, PAS Kubang Kerian (BN Pasir Salak), PKR Balik Pulau (BN Pasir Salak, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, BN Pasir Salak, BN Sri Gading), BN Jasin ]

[ Penggulungan - BN Putatan, PKR Balik Pulau ] - Lulus

4. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau]

[ Penggulungan - BN Sekijang, PKR Balik Pulau ]- Lulus

5. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

[ Perbahasan - DAP Kepong (PAS Pokok Sena, PAS Pendang), BN Kuala Krau]

Tuesday, June 28, 2011

Dewan Rakyat 28 Jun 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan dasar Program Rakan Industri Sukan Malaysia (PRISMA) yang bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta untuk menaja bidang sukan tertentu dalam negara.

2. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran lanjut projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh - Kajang yang mana jajaran laluan akan melalui kawasan Parlimen Cheras seperti cadangan stesen dan kemudahan yang disediakan, jumlah tanah yang diambil balik, kos projek, apakah bentuk bantahan yang diterima daripada orang ramai.

3. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi mencepatkan perlaksanaan pelbagai projek yang telah diluluskan dibawah NKRA seperti jalan luar bandar, jambatan, bekalan elektrik dan air, dan lain-lain terutamanya di kawasan Parlimen di Sarawak yang setakat ini agak kurang memuaskan dari segi pelaksanaannya.

4. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pelarian di Malaysia dan sama ada pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan terhadap setiap orang pelarian untuk memastikan bahawa mereka tidak membawa penyakit berjangkit ke Malaysia.

5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) setakat ini dan apakah cabarannya.

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan kerja projek ubahsuai Dewan Serbaguna Parlimen untuk dijadikan Dewan Rakyat/Dewan Negara sementara.

7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Halal Hub utama di rantau ini.

8. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu di antara RM25-RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS.

9. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah kerja pembinaan fizikal SMK Pekan Nabalu akan bermula dan berapa lamakah sekolah ini dijangka siap.

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang dibuat ke atas pengusaha teksi yang menggunakan khidmat warga asing dan apakah warga asing layak menjadi pemandu teksi.

11. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan dalam RMKe-10 untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman.

12. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) implementasi cadangan menjual mandatori biofuel mulai bulan Jun 2011 (tahun ini) di bawah program B5 Kerajaan mengikut jadual; dan
(b) anggaran kurangnya kebergantungan kepada fossil fuels tiap-tiap tahun bagi lima tahun akan datang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
15. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik pengambilan mahasiswa mengikut jurusan pengajian pada tahun 2010 dan 2011.

24. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan membuat bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

34. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini berkenaan penandatanganan triti utama hak asasi manusia seperti ICCPR, ICESR dan CAT dan adakah Jawatankuasa Antara Kementerian (Inter-Agency Coordinating Committee) yang diwujudkan untuk mengkaji triti-triti ini masih berfungsi.

36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses pengeluaran kad pengenalan dan sijil kelahiran rakyat Malaysia, Bumiputera Sabah yang tinggal di Semenanjung. Adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu unit atau jabatan untuk membantu mereka memproses dokumen-dokumen ini tanpa perlu mereka pulang ke Sabah untuk menguruskannya.

48. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status program pemutihan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diwar-warkan pelaksanaan pada Jun 2011 dan siapakah agensi pelaksana dalam program pemutihan PATI serta nyatakan syarikat yang dilantik oleh Kerajaan dalam program tersebut.

52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilaksanakan oleh Kementerian mencukupi bagi menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin meningkat dan apakah usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkenalkan kaedah pelaksanaan pensijilan penyerahan skop dan pelancaran MS ISO/IEC 27001:2007 (ISMS) mampu berfungsi sebagai instrumen berkesan dalam mendepani jenayah siber ini.

57. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan Kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini.

60. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah cadangan pindaan ke atas undang-undang ISA yang dijanjikan sejak tahun 2009 lagi akan dibentang ke Parlimen.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini penstrukturan pengurusan air dalam negara.

70. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian "Dayasaing-Competitiveness" yang dibuat oleh 'The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings' meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

74. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina pelabuhan di Tok Bali, Kelantan atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak lain untuk melaksanakan pembinaan tersebut.

93. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Terengganu yang telah diserahkan kepada Kementerian di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan nyatakan terma-terma penyerahan yang telah dipersetujui.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011.

2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011.

3. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 16/2011) Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (27 Jun, 2011) [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

2. (D.R. 14/2011) Rang Undang-undang Petroleum (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 18/2011) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011. [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

9. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

10. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

11. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

13. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

14. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

15. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

16. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

17. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Sunday, June 26, 2011

Dewan Rakyat 27 Jun 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak bank tempatan dan syarikat kewangan dalam memberi kelonggaran prosedur pinjaman kepada pengguna untuk mengelakkan pengguna meminjam daripada Ah Long yang berisiko tinggi dan setakat manakah pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti Ah Long yang masih berleluasa di bandar. [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, PKR Lembah Pantai ]

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam. [ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Batang Sadong ]

3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan kelajuan akses Internet di negara ini berbanding negara-negara Asia yang lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan akses internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada pembekal yang bersaing. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, DAP Kepong ]

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah peningkatan pengaliran wang haram di negara ini yang mencecah RM888 bilion dari tahun 2000 hingga 2008. [ Soalan Tambahan : PKR Tanah Merah, BN Putatan ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkahlangkah MIDA dalam usaha meningkatkan pelaburan dari China sehingga 10 kali ganda kepada RM6.2 bilion bagi 2011 berbanding RM600 juta pada 2010 sebagaimana kenyataan Ketua Pengarahnya baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kementerian menukar pendiriannya untuk meneruskan monopoli Puspakom dan nyatakan mengapa Kerajaan enggan memberi persaingan untuk membolehkan pengguna memperolehi
perkhidmatan yang baik. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Pasir Salak, BN Kalabakan ]

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan sistem parol, berapa bilangan yang sudah terlibat dan apakah garis panduan pelaksanaan dasar ini. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PKR Kuala Kedah ]

8. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan unjuran pendapatan tahunan, kos penyelenggaraan, penambangan (ridership) dan harga tambang MRT dari tahun 2016 hingga 2020 dan juga menyatakan mengapa permintaan puluhan ribu penduduk untuk MRT dibina di kawasan Kota Damansara, Bandar Utama, Taman TTDI, Seksyen 16 dan 17, PJ tidak dipedulikan. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapa nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2008; dan
(b) daripada jumlah tersebut, berapa banyak yang disalurkan ke negeri Sabah. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, Bebas Sepanggar ]

10. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengurangkan yuran yang dikenakan oleh ejen pembantu asing. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, ]

11. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan hasil buah-buahan tempatan yang telah dibenarkan menembusi pasaran di China. Apakah usaha-usaha yang sedang diambil untuk memperbanyakkan lagi buahbuahan tempatan ke pasaran China. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, ]

12. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah anggaran kos pendapatan cukai yang terlepas sekiranya satu program 'Kereta Pertama Ku' di mana pembelian pertama kereta tempatan di bawah 1,800 cc oleh rakyat Malaysia diberi pelepasan cukai jualan dan eksais. [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan benarkah panel solar PV yang dihasilkan di Kulim hanya dieksport ke luar negara sahaja. Apakah cara untuk rakyat Malaysia memanfaatkan teknologi tersebut.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek jalan dan jambatan yang akan dilaksanakan di Parlimen Sik dari 2011-2013 dalam RMKe-10 dan jumlah kos yang terlibat.

42. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan selepas Kerajaan gagal melaksanakan program SUBUR apakah mekanisme yang digunakan untuk mengawal harga beras bagi membantu golongan miskin.

53. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam menganjurkan kempen 1Malaysia semenjak pelancarannya.

57. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah dasar baru dan perubahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam melaksanakan kelulusan pemberian kuota beras nasional ST15 dan nyatakan syarikat dan individu yang mendapat kuota beras ST15 seluruh negara.

61. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah persetujuan telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk menghapuskan undi pos di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kesan titik panas yang berlaku baru-baru ini terhadap cuaca di negara kita.

68. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesukaran yang dialami oleh pemohon Skim Rumah Pertamaku dari pihak bank yang enggan meluluskan pinjaman kepada pemohon, berapakah bilangan pemohon yang cukup syarat tetapi gagal mendapat pinjaman bank.

70. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu dan organisasi yang sudah mendapat taraf 'dijamin kerahsiaan' melalui Akta Perlindungan Saksi dan adakah mereka dilindungi sepenuhnya dalam kenyataan mereka kepada SPRM atau badanbadan penyiasat lain.

77. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar penagihan arak di negara ini dan apakah dasar industri minuman keras dalam negara. Kementerian manakah yang bertanggungjawab memantau kandungan dan penjualan arak atau minuman yang mengandungi alkohol di negara ini.

92. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah syarikat-syarikat yang bermasalah dan dikenakan denda atau Lembaga Pengarah diambil tindakan oleh Pendaftar Syarikat kerana tidak menghantar laporan kewangan sepanjang 2009 dan 2010.

93. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat mewujudkan limited liability partnership ini untuk firma guaman di Malaysia.

98. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa peratus rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis mengikut jantina dan umur serta berapa pula bilangan pusat dialisis yang dikendalikan oleh agensi Kerajaan, swasta dan NGO.

102. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah ucapan saling mengancam antara kaum dan agama merupakan norma di negara ini dan rakyat hendaklah membiasakan diri dengan keadaan ini.

104. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini berhubung dengan kejayaan atau sebaliknya usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan bagi menjamin makanan yang dimakan oleh masyarakat Islam adalah 'halal dan baik' dan kenapakah Akta Perihal Dagangan 1972 masih tidak dibawa ke Parlimen untuk di
bentang semula dan dibuat pindaan yang sewajarnya.

110. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan pembangunan oleh Kementerian kepada negeri Kedah sepanjang 2010 hingga kini khususnya untuk daerah Pendang; dan
(b) projek yang terbengkalai hingga kini bagi seluruh negeri Kedah di bawah JKR.

115. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) kos untuk membina bangunan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pedu dan berapakah kos peralatan yang dibekalkan dalam bentuk tender atau runding terus; dan
(b) apakah kursus yang akan dilaksanakan di IKBN Pedu, bila pengambilan pelajar yang pertama dan berapakah jumlah kapasiti pelajar.

124. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan tawaran penjualan Bank Muamalat Berhad kepada BIMB Holdings Bhd.

BN Padang Rengas mengusulkan 12(1) sehingga jam 8.30 malam.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 3/2011) Rang Undang-Undang Institusi Sukan Negara 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" (16 Jun 2011)

[ Perbahasan - BN Hulu Selangor, DAP Kepong (PAS Tumpat, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PKR Batu, PAS Tumpat, PKR Gombak) ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Muar - Bebas Padang Serai, PAS Padang Terap ] [ Rehat ]

[ Usul 18 (1) oleh DAP Bakri ]

[ Sambung Penggulungan - BN Muar] [ Majlis Dalam Jawatankuasa - Lulus ]

2.(D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 (Jabatan Perdana Menteri)

[ Perbahasan - DAP Bukit Gelugor (BN Kinabatngan, DAP Batu Kawan, BN Kinabatangan, DAP Batu Kawan ), PKR Permatang Pauh (PKR Balik Pulau), BN Ledang, Bebas Wangsa Maju (BN Pasir Salak, Bebas Kulim Bandar Baru), DAP Seremban (DAP Teluk Intan), Bebas Pasir Mas, DAP Teluk Intan (DAP Seremban, PKR Kuala Kedah, BN Kota Belud, DAP Beruas, BN Kota Belud, DAP Beruas, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, DAP Seputeh, BN Kota Belud), DAP Beruas, DAP Puchong, PKR Selayang]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Gelugor, BN Kota Belud, PKR Subang, DAP Beruas, PKR Subang, DAP Beruas, DAP Puchong, ] [ Mesyuarat Jawatankuasa - Lulus ]

3.(D.R. 16/2011) Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - DAP Kepong, bersambung esok 28 Jun 2011 ]

Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. YB Lembah Pantai - Kes Yong Vui Kong yang telah ditangkap kerana mengedar 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007 - Kementerian Luar Negeri.

2. YB Bakri - Peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9 Dalam Pembinaan Bangunan Ambulatory Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar - Kementerian Kesihatan.

Thursday, June 23, 2011

Dewan Rakyat 23 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1.Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi membantu artis veteran yang tidak lagi aktif atau bersara dan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan skim pencen untuk artis bagi menjamin hari tua mereka. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebaikan dan keburukan kepada Malaysia dalam memasuki perjanjian dengan Australia untuk program penempatan semula (resettlement) pelarian. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) berapakah kos kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan ke atas Non-Revenue Water (NRW) serta punca dan cara mengatasi masalah ini dan sama ada Kerajaan akan memasang alat pengesan kebocoran air bagi maksud di atas; dan
(b) sama ada Kerajaan bercadang untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna, misalnya "1000 Liter Pertama Percuma". [ Soalan Tambahan : BN Putatan, PKR Gombak ]

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar getah asli utama di dunia. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Kinabatangan]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah orang Melayu warga emas berumur 60 hingga 79 tahun yang mendapat perlindungan rumah kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dan nyatakan punca keadaan ini berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, DAP Batu Gajah]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilakah tarikh sebenar perlaksanaan Automated Enforcement System (AES); dan
(b) pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pemasangan alatan-alatan AES. Adakah dilakukan oleh Kerajaan melalui JPJ atau syarikat swasta yang dilantik. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Ledang]

7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan lokasi-lokasi di Negeri Sarawak yang dilayan dengan perkhidmatan doktor udara (flying doctor service). Sila jelaskan apakah usaha atau langkah yang diambil oleh Kementerian ini untuk memikirkan sama ada terdapat kaedah yang lain, yang lebih murah dan tetap bagi meneruskan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Kapit ]


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berbagai program telah dilaksanakan untuk melatih siswa yang menganggur seperti program STAR oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd, GEMS oleh Khazanah Nasional, GTP oleh Mdec, Perintis Mekar oleh UiTM, Program Siswazah Industri Pembinaan oleh CIDB. Mengapa pihak Kementerian tidak mengambil langkah untuk membetulkan keadaan ini di IPTS yang menghasilkan graduan ini.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan garis panduan yang menetapkan silibus sejarah negara untuk dijadikan teks bagi mengimbangi fakta dan sensitiviti dalam fakta itu.

24. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan Projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014.

57. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme kelulusan lesen arak dan sehingga akhir 2010 berapakah jumlah premis arak di seluruh negara. Adakah Kementerian tidak bercadang untuk menurunkan kuasa perlesenan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah-daerah di bawah PBT memandangkan Pejabat Daerah tidak ada kemampuan memantau penjualan arak.

60. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah perkhidmatan kereta api dari Kuantan ke Kerteh yang telah mula beroperasi sejak tahun 2004 telah ditamatkan perkhidmatannya serta nyatakan berapakah jumlah kos keseluruhan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api tersebut.

62. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan akan memberi perhatian kepada cadangan Sultan Kelantan supaya lebuh raya dibina dalam negeri Kelantan. Jika ya, jajaran manakah yang akan diberi keutamaan oleh Kerajaan.

72. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen televisyen dan radio kepada pihak pembangkang.

75. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah bentuk standard siasatan yang diguna pakai dalam isu penyebaran video lucah yang melibatkanPresiden MCA dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

80. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku dan berapakah yang berjaya mendapatkan pinjaman mengikut pecahan negeri-negeri.

81. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah masalah sebenar sehingga tanah jerlus di Jalan Mahadi Kampung Baru, apakah langkah-langkah pembaikan dan penstabilan yang diambil sudah mencukupi kerana didapati berlaku lagi tanah jerlus kali kedua serta berapa kos pembaikan keseluruhan dan adakah kontraktor yang dilantik berkemampuan dan berpengalaman untuk menangani masalah tersebut.

86. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang sedang mengikuti pengajian di IPTS sehingga 31 Disember 2010. Daripada jumlah tersebut berapakah jumlah pelajar dari negara Afrika.

88. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah insentif yang dinikmati oleh nelayan; dan
(b) berikutan harga ikan makin mahal, import makin bertambah, apakah mekanisme yang boleh mengatasi perkara ini.

99. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dakwaan kajian "The 2010 Prices and Wages Report by Swiss Bank UBS AG" yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekali gus melenyapkan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.

103. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuhraya Weng-Durian Burung Peringkat C dan D yang telah terbengkalai lebih 2 tahun. Bilakah projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya.

107. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan pencapaian yang telah dicapai setakat ini dalam kajian angkasa dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

110. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjelaskan kembali maksud "Islam Sebagai Agama bagi Persekutuan”.

112. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap aduan yang menyatakan bahawa wujud syarikat-syarikat palsu yang menipu serta mengaku telah dipilih oleh Kementerian untuk program pemutihan pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta bilangan aduan yang diterima.

113. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang pinjaman berhubung industri air bagi setiap negeri di Malaysia kepada Kerajaan Pusat setakat mana pembayaran balik mengikut negeri yang terkini.

123. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran kos terbaru pembinaan MRT di Lembah Kelang dan pecahan kos mengikut pengambilan bilik tanah, pembinaan landasan (atas bumi dan terowong), Pembinaan stesen-stesen (atas bumi dan dalam terowong) serta lain-lain kos.

125. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah mualaf yang diuruskan oleh PERKIM. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan PERKIM kepada mereka dan untuk selama mana hal ehwal kebajikan mereka dipantau.

128. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan untuk menyekat tayangan pornografi yang semakin berleluasa dalam media hari ini yang membawa kesan negatif pada negara.

130. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah rampasan barangan makanan luput tarikh yang dikitar dan dipek semula secara haram untuk dipasarkan, berapakah jumlah denda yang terkumpul dan tindakan yang dikenakan kepada pesalah setakat ini.

138. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan kenapa tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap media terutamanya TV3 yang berulang kali menyiarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan Utusan Malaysia yang mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menyiarkan isu berkaitan agama rasmi.

12(1) oleh BN Batang Lupar bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan RUU Jadual Perbekalan Tambahan dan Ucapan-Ucapan Penangguhan.

18(1) oleh DAP Bakri mengenai ugutan PERKASA terhadap komuniti kaum cina.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (22 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - Kementerian Pelajaran - PAS Kubang Kerian, BN Simpang Renggam, PKR Balik Pulau, BN Limbang, Bebas Bagan Serai, BN Kinabatangan (BN Sri Gading), DAP Bukit Mertajam, BN Sekijang, Bebas Padang Serai (Bebas Kulim Bandar Baru), BN Hulu Terengganu]

[ Penggulungan Menteri - BN Ayer Hitam (BN Kota Belud, PKR Kuala Kedah, BN Tuaran, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - Kementerian Kesihatan - PAS Pendang, BN Kapit, PKR Telok Kemang, BN Sibuti, DAP Kota Melaka, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Sri Gading, PAS Pendang, PKR Gopeng, PAS Kuala Krai, PAS Pendang, BN Tuaran ]

[ Perbahasan - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM 442, 149, 000 - BN Jasin, PKR Sungai Petani, BN Sibuti, DAP Kepong, BN Tangga Batu, PAS Kota Raja, BN Sekijang, PKR Kuala Kedah, BN Simpang Renggam, PAS Hulu Langat, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, PKR Sungai Petani, PAS Kota Raja, PKR Gombak, BN Simpang Renggam, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Perbahasan - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan RM 70, 283, 700 - PAS Pokok Sena, PKR Batu, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau ]

[ Perbahasan - Kementerian Pertahanan RM 493, 297, 600 - ]

[ Perbahasan - Kementerian Dalam Negeri RM 30, 000, 000- ]

1. YB Bakri - Peraturan harus digubalkan untuk melindungi pembeli rumah daripada ancaman anai-anai di kawasan perumahan - Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan.
2. YB Bebas Tawau - Isytihar Perang Melawan Pemerdagangan Dadah Melintasi Sempadan - Kementerian Luar Negeri.

p/s : Dengan Penuh Dukacita dimaklumkan bahawa Siaran Langsung akan Tamat serta merta pada jam 5.30 petang. Sekian Dimaklumkan.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008