Tuesday, June 19, 2012

Dewan Rakyat 19 Jun 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi menggalakkan 
majikan sektor swasta di negara ini memberi komitmen dan sokongan padu terhadap wanita berkerjaya dalam organisasi masing-masing dengan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di premis 
kerja masing-masing.   

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan adakah Bank Negara bercadang untuk kembali melonggarkan syarat pinjaman membeli kenderaan. Apakah strategi Bank Negara untuk menyelesaikan masalah ini.   

3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta  PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Kerajaan menangani Gerakan LGBT di negara ini dan kesan kepada masyarakat Islam sejagat dan masa depan negara.   

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan sebab Kementerian melantik Smart Tag sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuh raya bertol. Apakah Kementerian akan menghendaki syarikat tersebut menambahbaik keberkesanan Smart Tag memandangkan sistem ini semakin tidak berkesan dan malah menyumbangkan kepada kesesakan di plaza tol.    

5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ]  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan jumlah peruntukan dan jumlah peserta di bawah skim  bantuan pekebun kecil ladang sawit, getah dan lada di Sarawak semenjak bantuan ini ditubuhkan.   

6. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah pemantauan yang dijalankan ke atas Melaka dan George Town supaya tapak warisan sedunia UNESCO dapat mengekalkan status pengiktirafan ini.     

7. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah serta lokasi hartanah residensi dan komersil yang diperolehi 
oleh warga asing sejak 5 tahun yang lepas.   

8. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan keberkesanan pindaan Sub Contractor Labour ke  Contractor Labour setakat ini dan kesan 
terhadap pekerja tempatan.   

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ]  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah Klinik 1Malaysia di kawasan Sepupok Dun Bekenu, Parlimen Sibuti. Mengapakah proses untuk membangunkan Poliklinik di kawasan Batu Niah tidak mendapat perhatian serius oleh pihak Kementerian sedangkan pertambahan penduduk dijangka semakin meningkat dan keperluan kesihatan yang baik juga diperlukan oleh penduduk luar bandar.   

10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan secara terperinci jumlah bantuan yang telah diberi kepada penerima di negeri Kelantan di bawah Program Bantuan Rumah dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi tahun 2008 hingga 2011.      

11. Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan peruntukan untuk pembangunan jalan raya dan infrastruktur untuk kawasan SCORE dalam tahun 2012.   

12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PELANCONGAN  menyatakan jumlah kedatangan pelancong asing ke dalam negara mengikut negeri khususnya ke Langkawi sepanjang 5 tahun yang lepas, serta langkah Kementerian untuk memesatkan lagi penglibatan penduduk tempatan dalam mengaut hasil dari kebanjiran pelancong.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan jumlah pendapatan negara untuk tempoh 2006-2011 dari sumber tidak halal seperti perjudian, minuman keras, pusat-pusat hiburan dan maksiat serta nyatakan ke mana hasil pendapatan tersebut dibelanjakan.  

32. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ]  minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab yang konkrit mengapa Kabinet menamatkan pembelian bersilang saham MAS-Air Asia yang dianggap  sebagai 'satu transformasi' dan berapakah jumlah  'fees' yang dibayarkan kepada pihak  investment banker yang mengendalikan 'corporate exercise' ini.      
                                                                    
33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan nilai jualan tahunan stesen-stesen minyak Petronas di Kelantan sejak tahun 2005 hingga sekarang. 

40. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan atas dasar apakah pada 6 Disember 2011 Tabung Haji memindahkan wang sebanyak RM308,700 daripada akaunnya ke akaun Datuk Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif  Tabung Haji.  

50. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah defisit sebenar bagi tahun 2011 setelah diambil kira segala Bajet Tambahan yang telah diluluskan selepas Bajet 2011 dibentangkan di Parlimen.

59. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan berapakah kategori sekolah agama rakyat dalam negara kita. Berapakah bilangan sekolah, pelajar dan guru mengikut kategori serta peruntukan yang disalurkan untuk tahun 2008 hingga 2011.

63. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan sama ada penyenaraian FELDA GVH diteruskan walaupun beberapa buah negeri tidak akan menyerahkan hak milik tanah Felda Plantation kepada FGVH.

68. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Palestin  pada tahun 2011.

74. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ]  minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah keluasan kawasan dan jumlah kos pembangunan  di Tasik Kenyir yang akan dijadikan kawasan bebas cukai pertama bagi tasik di negara ini dan bilakah ia dijangka akan mula beroperasi.

86. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah jenis-jenis cukai yang dikenakan dalam sistem percukaian negara hari ini.

92. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memajukan sektor pertanian seluruh 
negara dan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama ke seluruh negara di samping meningkatkan pendapatan para petani.

95. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa rizab tunai Felda merudum kepada RM1.35 bilion sahaja dan berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beliau  mengambil alih penyeliaan badan itu sedangkan dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang.   

96. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sepanjang tempoh lima tahun iaitu mulai 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2011 berapakah jumlah tindakan tatatertib yang diambil kepada penjawat awam gred 44 dan ke atas dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang telah dikenakan tindakan ditamatkan perkhidmatan mereka.

99. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan adakah lesen telah dikeluarkan kepada pihak yang akan membina pelabuhan laut di negeri Kelantan.  

108. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Penilaian Berdasar Sekolah (PBS) bagi pelajar Tingkatan 1 bermula awal tahun 2012 ini. Bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat sehingga sekarang (Mei 2012) kod untuk key-in markah (score pelajar) belum lagi diterima oleh pihak sekolah. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan perkara ini berlaku  

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Menteri Pengajian Tinggi akan mencadangkan:- 
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Mac 2012, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” 

2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling(Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (18Jun, 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] 

4. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang UmurPersaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ] 

Sunday, June 17, 2012

Dewan Rakyat 18 Jun 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Jawab Lisan

1. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah hala tuju atau arah baru dalam usaha mentransformasikan Dasar Pelajaran Negara. Apakah sebabsebabnya transformasi ini diperlukan.   

2. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan sedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan hak kepada SPRM atau badan lain 
untuk menuduh seseorang untuk sebarang jenayah rasuah atau lain dan sekiranya tidak, kenapa.   

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong  ]  minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan bagaimana Kementerian memastikan penduduk tempatan  yang mengalami sebarang gegaran mengetahui tentang keseriusan gegaran yang mereka alami supaya mereka merasa selamat.   

4. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan apakah jenis pembangunan semula yang telah dirancang untuk perumahan kos rendah di Bandar Tun Razak yang melibatkan pangsapuri Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas serta syarikat manakah yang terlibat dengan projek pembangunan ini.      

5. Tan Sri Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang wajar diambil terhadap pihak yang telah melanggari perintah mahkamah.   

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan jumlah pekerja asing yang berjaya didaftarkan dan gagal didaftarkan di bawah program pemutihan yang lalu dan jumlah wang yang berjaya dibawa keluar pada Mei 2012.   

7. Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa  ]  minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan yang diambil terhadap kegagalan Alam Flora Sdn Bhd untuk menyelenggara kebersihan dan pungutan sampah-sampah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan strategi Kementerian dalam penambahbaikan khidmat yang diberikan terutama di kawasankawasan perumahan pangsapuri.       

8. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI KERJA RAYA  menyatakan bila projek menaik taraf jalan dari Banting ke Putrajaya melalui Bukit Changgang dapat dilaksanakan.   

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan jumlah penuntut yang diambil tindakan atas pelbagai kesalahan mengikut pecahan universiti awam di negara ini 
dan sejauh manakah keberkesanan di sebalik tindakan yang telah diambil itu.   

10. Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah teksi yang dikeluarkan di Lembah  Klang, berapa atas nama syarikat dan berapa dalam nama pemandu individu.   

11. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan untuk mengenal pasti dan menghalang kumpulan seks bebas 
dan kumpulan LGBT terus mendapat tempat di kalangan umat Islam di negara ini.   

12. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bentuk kerjasama yang diwujudkan di antara negaranegara pengeluar getah asli dan kelapa sawit untuk menjamin prospek masa depan kedua-dua komoditi tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan sejauh manakah kajian kemungkinan dari segenap aspek yang dibuat sebelum ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mempersetujui penggabungan MAS dan Air Asia.  

30. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci sembilan projek bernilai RM4.06 juta yang diperuntukkan kepada Kedah ketika lawatan Perdana Menteri 
dan timbalannya ke negeri itu seperti jawapan pertanyaan lisan pada sidang Dewan Rakyat lepas. 

39. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan jumlah pinjaman MARA yang diluluskan di Padang Terap mengikut jenis projek dan kadar kutipan semula.   

40. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan sehingga 31 Mei 2012, berapa peratuskah dan nilainya sekali,  perbelanjaan yang telah digunakan bawah peruntukan 
pembangunan di bawah RMK-10. 

72. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan arah kejatuhan moral masyarakat, jenayah sosial, murtad dan sebagainya yang menjalar dalam 
masyarakat kini, adakah Kerajaan bermatlamat untuk  memasukan semula Sekolah Agama Rakyat dalam Arus Aliran Pendidikan Kebangsaan yang telah dipencilkan sejak 2003.  

83. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan sama ada Kementerian mempunyai program latihan keusahawanan  khususnya 
para belia Bumiputera yang sedang menganggur di kawasan luar bandar.   

84. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan sejauh mana Global of Moderates Movement (GMM) berjaya diperkenalkan di luar negara dan di dalam 
negara.

92. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, 
adakah ia bermaksud agama upacara  (ceremonial religion)  atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).  

101. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dari  semua sudut 
termasuk menaikkan taraf perundangan Islam dan institusi kehakiman.

103. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mengisytiharkan 
jenis perniagaan yang mengganggu ketenteraman seperti menjual burger di hadapan rumah Datuk S. Ambiga baru-baru ini sebagai satu kesalahan dari segi undang-undang.   

104. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status masalah gangsterisme dalam negara dan sebab musabab masalah ini masih berleluasa. Nyatakan juga 
peratusan penglibatan mengikut kaum dan apakah usaha dan strategi Kerajaan untuk menangani masalah ini di kalangan remaja.

c. Rang Undang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (14 Jun, 2012) [ Menteri Kesihatan ]  

2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling(Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] 

4. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang UmurPersaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ] 

6.  Menteri Pengajian Tinggi akan mencadangkan:- 
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Mac 2012, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” 

Thursday, June 14, 2012

Dewan Rakyat 14 Jun 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] mintaMENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah adalangkah-langkah tertentu pihak Kementerian dalam menangani masalahpemotongan gaji pekerja oleh majikan akibat daripada kesilapan pihakketiga. Contohnya apabila pihak pelanggan tidak membayarsesuatu perkhidmatan, maka pihak pekerja yang terpaksa menanggungkos tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Maran, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kebankrapan,pecahan mengikut kumpulan umur dan punca-punca kebankrapan dan samaada Kerajaan bercadang untuk mengurangkan masa untuk bankrapbankrapdilepaskan dari kebankrapan. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Hulu Terengganu ]

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakantentang status hutan simpanan rizab Melayu di Semenanjung Malaysia terutamadi negeri Pahang dan apakah usaha Kerajaan dalam membendung masalah penerokaan hutan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan EIA.[ Soalan Tambahan : BN Lipis, PKR Indera Mahkota ]

4. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaanbercadang untuk meminda Akta Profesyen Guaman 1976 atau menggubal suatu undang-undang baru bagi menubuhkan sebuah badan yang turut menjalankan peranan yang sama seperti Bar Council Malaysia. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ]

5. PR-1252-L49495 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERIKESIHATAN menyatakan :-
(a) berapakahjumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis diseluruh Negara pada tahun 2011; dan
(b) berapakah pusat rawatan di hemodialisis yang telah disediakan oleh Kerajaan seluruh Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, DAP Bukit Mertajam ]

6. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakannyatakan tahap sebenar keselamatan pekerjaan pekerja asing yang bekerja dinegara ini mengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, PAS Bukit Gantang ]

7. Datin Linda Tsen Thau Lin [ BatuSapi ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kadar penembusan (penetration rate) internetjalur lebar di pelbagai Wilayah di Sabah dan bagaimanakah angka penembusanini berbanding dengan angka pada peringkat kebangsaan. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan ]

Soalan MP PAS yangdisenaraikan:
8. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman[ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada Politeknik untuk pelajar menghadiri program Rural Tranformation Centre di Kota Bharu pada 4 Mei 2012 diseluruh Kelantan.

14. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkansedangkan ia merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara.

20. TuanMohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakanrezab tunai FELDA berakhir 31 Disember 2011.

26. TuanSalahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah sumbangan minyak dan gas kepadakeluaran dalam negara kasar (KDNK), berapa tong sehari
yang dikeluarkan,apakah sasaran pengeluaran bagi tahun 2015 dan berapa banyak telaga minyaklama (brown fields) yang disasarkan untuk dimajukan.

42. Tuan HajiNasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ura-ura penubuhan Akademi Peguam dan bagaimanakahhubungan nya dengan Majlis Peguam Malaysia dalam konteks kewujudan dua"badan atau persatuan guaman" yang masing-masing tentutnyamempunyai peranan yang hampir sama tetapi wujud secara berasingan.

44. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan statistik rasmi dan terkini di Jabatan PendaftaranNegara (JPN) jumlah masyarakat Islam yang memohon untuk menukar agama ataumurtad.

51. Puan SitiZailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERIPENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah garis panduanaktiviti hiburan supaya dapat mengukuhkan pembinaan jatidiri generasi mudamelalui aktiviti hiburan dan kesenian.

71. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada penyelarasan dengan Kementerian PengajianTinggi dalam menentukan kadar keperluan kursus yang ditawarkan supayasesuai dengan tuntutan pasaran buruh.

72. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan per kapita yang rendah yangtelah dibuat beberapa tahun yang lalu menyebabkan pentadbir sekolahamat tertekan dalam menyediakan keperluan yang cukup untuk prosesP&P sekolah. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkaraini.

76. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik Rang Undang-undangKesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 walhal ia baru dipersetujui dandiluluskan oleh Wakil BN di Dewan ini.

96. Tuan MohdFirdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakanjumlah terkini siswazah menganggur mengikut bangsa dan bidang pengajian.

104. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANAMENTERI menyatakan senarai jenis-jenis pelaburan dalam ECER dinegeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan berapakah nilai setiap satu pelaburan tersebut.

107. TuanMuhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbandingan jualan produk pertaniantempatan berbanding yang diimport di RTC Wakaf Che Yeh yang dirasmikanYAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

c. RANGUNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012

Usul 24 oleh DAP Batu Gajah.

d. Rang UndangUndang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atasmasalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang.” (13 Jun, 2012)[Menteri Kesihatan ]

[ Perbahasan - PAS Kuala Krai, ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Tangga Batu, PSM Sungai Siput, Bebas Pasir Mas, BN Rembau ] [ Penggulungan - DAP Kepong, BN Rembau, PSM Sungai Siput ] - Bersambung ...

2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang KualitiAlam Sekeliling(Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undangPelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri ]

4. (D.R.26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ MenteriSumber Manusia ]

Wednesday, June 13, 2012

Dewan Rakyat 13 Jun 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :
(a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan
(b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini  ekoran Perhimpunan BERSIH 3.0. 

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan maklumbalas Kerajaan terhadap cadangan yang terkandung dalam interim Report of International Fact-Finding Mission On Elections in Malaysia. 

3. Datuk Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan
sejauh manakah langkah Kerajaan mengisytiharkan 154 butiran terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidak ketara dan 9 tokoh Warisan Kebangsaan Negara mampu memartabatkan pembangunan seni warisan negara serta memupuk semangat kenegaraan.  

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan bukti dakwaan beliau bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pihak Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan. 

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kedutaan negara kita dalam menangani rakyat Malaysia yang berada di luar negara sering memutar belit fakta dan memberi persepsi yang salah terhadap negara sendiri.
 
6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan berapakah jumlah kuota subsidi benih padi yang diagihkan kepada pengeluar benih padi di seluruh negara dari 2005 sehingga 2012 dan siapa atau syarikat manakah yang telah menerima bantuan subsidi ini.  

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]  minta  MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan apakah peranan National Institute Biotechnology of Malaysia dalam meningkatkan kualiti R&D yang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan apakah bidang-bidang utama yang boleh membantu mempercepatkan pencapaian NKEA.  

8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta MENTERI KESIHATAN  menyatakan apakah usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara serta pertambahan peruntukan kesihatan negara berbanding dengan yang ada sekarang hanya 4.3% daripada KDNK.  

9. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ]  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-  
(a) apakah usaha terkini Kerajaan bagi mentransformasikan minda masyarakat supaya program Kitar Semula mencapai sasaranya menjelang 2020; dan
(b) apakah respons masyarakat serta kejayaan pengguna 5 buah mini incinerator yang telah dilaksanakan di negara ini. 

10. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan jumlah peminjam PTPTN di kalangan siswazah IPTA/IPTS yang disenarai hitam serta implikasi kepada peminjam yang disenarai hitam oleh pihak Kerajaan.  

11. Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan setakat mana liberalisasi separuh (partial liberalisation) Dasar Cabotage dapat menepati matlamatnya serta keberkesanannya dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.  

12. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan pencapaian dan status terkini pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan  (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) setelah dua tahun dilaksanakan dan apakah halangan dalam melaksanakan dasar tersebut. 

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Sivik menjadi mata pelajaran wajib untuk Penilaian Berdasar sekolah (PBS). Di Sekolah Agama Negeri  dan Sekolah Agama Rakyat tidak menawarkan mata pelajaran ini kerana kekurangan guru dan kemudahan. Perkara ini juga baru dimaklumkan. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

26. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan jumlah penonton berita RTM 1, RTM 2, TV 3, NTV 7, CNN, BBC dan Al-Jazeera di Malaysia pada tahun 2011.

49. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak luar nikah di kalangan orang Islam bagi tempoh 2007-2011 dan nyatakan langkah-langkah bagi membendung gejala ini dan keberkesanannya.

54. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA  menyatakan bila tarikh sebenar Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu akan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya.

71. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) maksud pihak Kerajaan apabila YAB. Perdana Menteri mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah; dan
(b) adakah lawatan YAB. Perdana Menteri ke Kelantan yang agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini. 

75. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan apakah pendirian dan usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap konflik di Syria.  

90. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-  
(a) status pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja dalam industri; dan
(b) kejayaan latihan dan penempatan siswazah yang menganggur. 

103. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan berapakah peruntukan kepada MADA untuk petani menghadiri program Rural Tranformation Centre (RTC) pada 4 Mei 2012 di Kota Bharu Kelantan.

108. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan berapa banyak kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang diperlukan untuk industri minyak dan gas negara, berapa yang didaftarkan di Malaysia dan nyatakan berapa banyak yang dimiliki Bumiputera dan berapa banyak yang dimiliki bukan Bumiputera. 

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1.  Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012

c. Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang(Pindaan) 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (12 Jun, 2012)  [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 

2. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ]  

3. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling(Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

4. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] 

Tuesday, June 12, 2012

Dewan Rakyat 12 Jun 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b.Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Puan HajahNancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan inisiatif yangdijalankan oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenaiHarta Intelek di kalangan masyarakat umum. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, PKR Machang ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkinicadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission ofInquiry) bagi mengkaji masalah pendatang haram dalam negara terutamanyadi negeri Sabah. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Kibatangan ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ ParitSulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akanmengambil tindakan undang-undang ke atas individu-individu yang menjadipenganjur perhimpunan Bersih pada April lepas yang telah menjadi suatuprotes jalanan yang ganas dan mengancam keselamatan dan keamanandi Kuala Lumpur yang mana dengan jelas telah melanggar Akta PerhimpunanAman 2011. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Ipoh Timur, BN Jempol ]

4. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ IpohBarat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan proses terkini keanggotaanMalaysia ke Rome Statute Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute ofthe International Criminal Court). [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, ]

5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakanapakah kajian yang dibuat terhadap kenaikan tarif pembetungan bagimemenuhi perbelanjaan operasi untuk urusan pengendalian dan pengurusanpembentungan di negara kita.[ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Taiping ]

6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANmenyatakan pelaksanaan pilihan raya Kerajaan tempatan semula supayakita mempunyai Ahli-ahli Majlis yang dipilih oleh penduduk setempat. [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya ]

Soalan MP PAS yangdisenaraikan:

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ HuluLangat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakanstatistik kecenderungan remaja khasnya dan rakyat Malaysia amnya yangmungkin boleh diukur daripada lawatan mereka ke Pusat Sains Negara,Pusat Remote Sensing Negara, Agensi Angkasa Negara dan AgensiNuklear Malaysia atau program anjuran Kementerian sempena promosiTahun Sains, Gerakan dan Inovasi.

28. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERImenyatakan apakah seseorang pegawai awam berpangkat JUSA "C"atau Gred Khas "C" ke atas dibiarkan "terapung" (float)di perjawatan "JPA Pool" kerana masih tidak disahkanpenempatannnya di mana-mana jabatan yang bersesuaian.

38. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERImenyatakan berapakah jumlah pengundi pos yang berdaftar setakat bulan Jun2012 di seluruh negara. Bagaimanakah mekanisme yang dibuat SPR atauKerajaan untuk membuat pengasingan antara anggota tentera dan anggotapolis yang telah berdaftar sebagai pengundi pos terdahulu dan sekarangperlu mengundi secara pengundian awal.

44. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlahpermohonan dan jumlah biasiswa yang ditawarkan di bawah Program IjazahLuar Negara (PILN) bagi tempoh sepuluh tahun terakhir (2002-2011) danapakah Kerajaan berhasrat menambah lagi jumlah peruntukan tersebut supayalebih ramai yang boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.

46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan sejauh manakah penyelesaian berkaitan caj pembangunan yangdikenakan oleh Kerajaan Singapura bagi kawasan tanah yang diterima olehPerdana Menteri di Marina South dan di Ophir/Rochor berikutan pertukarantanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands,dan tiga lagi di Bukit Timah.

48. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumber kewangan untuk membiayai bayaran 'durian runtuh'sebanyak RM1.68 bilion kepada peneroka Felda. Apakah asas atau formulayang digunakan untuk menentukan jumlah RM15,000 kepada peneroka, isteridan anak peneroka. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran tersebut dapatdiselesaikan.

52. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERImenyatakan adakah SPAD telah mengeluarkan kebenaran atau permit bagivan-van pelancong asing daripada Thailand untuk beroperasimengangkut pelancong di dalam kawasan Malaysia.

56. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kementerian untukmengatasi masalah kos import daging setelah NFC gagal.

59. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan status pemberian royalti petroleum kepada Negeri Terengganuselepas penarikan balik saman Kerajaan Negeri Terengganu terhadap PETRONASdan Kerajaan Persekutuan barubaru ini, adakah pemberian tersebut atas namaroyalti petroleum sepertimana sebelum tahun 2000 atau Wang Ehsan.

60. Dato' Seri Mohammad Nizar binJamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Latihan KhidmatNegara (PLKN) berapakah jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalamikecacatan kekal semasa dalam tempoh latihan mereka. Berapakah pulajumlah pampasan yang telah pihak Kerajaan keluarkan.

64. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah penduduk luar bandar yang masihtidak mendapat kemudahan infrastruktur asas berbanding dengan keseluruhanpenduduk luar bandar di Malaysia.

70. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan statistik kes penyeludupan pendatang asing bagitahun 2010 dan 2011. Kenapakah statistik meningkat begitu ketara daripadatahun 2010 ke 2011 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untukmengatasinya.

83. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANAMENTERI menyatakan senarai semua ajaran sesat yang wujud di negara inikhususnya di Terengganu serta jumlah siasatan dan pendakwaan yang telahdilakukan.

102. Dato'Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini cadangan penswastaan Keretapi TanahMelayu (KTM).
103. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin WanAbdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah AktaPilihanraya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dipinda sebelumPRU 13 nanti.

106. TuanHaji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakankemampuan server Kementerian bagi ujian PSELT amat perlahan dan kadangkalaberlaku “server breakdown” terlalu lama, guru terpaksa mengakseslaman web ini. Tempoh yang diberi juga terhad (7 hingga 10 minit sekali)menyebabkan ramai guru gagal melaksanakan program ini. Apakah komen Menteri.

c. RangUndang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R.22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 –Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang inidibacakan kali yang kedua sekarang.” (11 Jun, 2012) [ Menteridi Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Lembah Pantai, BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Pengerang, DAP Bandar Kuching, BN Batang Sadong, DAP Teluk Intan, Bebas Kulim Bandar Baru, ]

2. (D.R. 24/2012)Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan]

3. (D.R. 19/2012)Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ MenteriSumber Asli dan Alam Sekitar ]

4. (D.R. 25/2012)Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri ]

Sunday, June 10, 2012

Dewan Rakyat 11 Jun 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' SeriTiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah RumahMesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yangtelah siap dibina di seluruh negara terutamanya di negeriSarawak sejak skim ini diperkenalkan; dan
(b) apakahKementerian dapat mengkaji untuk memasukkan kos penambakan tanah dan koscerucuk (piling) dalam usaha meringankan beban kewangan parapemohon RMR. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PKR Balik Pulau ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkahyang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polisyang bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan danpeserta-peserta perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012 serta maklumbalas Kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai keganasan polis semasa perhimpunan Bersih tersebut.[ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, YB Sri Gading ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor yangmembolehkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai penjanakeuntungan kumpulan syarikat berstatus konglomerat global bagimenghasilkan dana apabila disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan apakahstatus terkini mengenai firma global yang bakal menjadi rakan niagastrategik antarabangsaFGVH.[ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, PKR Machang ]

4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankankajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, danjika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.[ Soalan Tambahan : PAS Marang, BN Arau ]

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ SriGading ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kayu ukurkejayaan 'Himpunan Jutaan Belia' dalam sambutan Hari Belia Negarapada bulan Mei yang lalu serta sejauh mana ia menjadi pemangkin halatuju golongan belia dalam cabaran terkini dan masa depan.[ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PKR Lembah Pantai ]

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak 2008, berapakah projektransformasi yang dianggap berjaya dan berapakah yang disangka kurangberjaya. Apakah faktorfaktornya.[ Soalan Tambahan : DAP Kepong, Bebas Pasir Mas ]

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] mintaMENTERI ENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilakah projekpembinaan stesen Kereta Api Bahau yang baru akan dimulakan; dan
(b) apakahkomponen dalam perancangan pembangunan tersebut dan anggaran kos yang terlibat.[ Soalan Tambahan : ]

8. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid binIbrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI menyatakan sejak bilakah Program Insentif Peningkatan HasilPadi diperkenalkan kepada pesawah di Malaysia dan apakahmekanisme yang diguna pakai dalam pelaksanaan program ini.[ Soalan Tambahan : ]

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang mewujudkan badan baru menggantikan Majlis Peguam Malaysia; dan
(b) apakahKerajaan berpuashati dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam Malaysia.[ Soalan Tambahan : ]

10. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ]minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perananKementerian dalam usaha membantu menyelesaikan rungutan penggunaelektrik yang dibebankan dengan tunggakan bil yang tinggi berikutanbacaan meter elektrik yang tidak dibuat setiap bulan tetapi setiap 2 dan 3bulan sekali.[ Soalan Tambahan : ]

11. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [Batang Sadong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peranan yang dimainkan oleh Kementerian untuk mengawal Perubatan 'Traditional Knowledge' dari diciplak oleh negara asing.[ Soalan Tambahan : ]

12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ HuluLangat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yangdisenaraikan
27. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI BELIADAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untukmenganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuranPiala Monsun akan dilanjutkan.

28. Dr. SitiMariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERImenyatakan fungsi dan peranan Akademi Undang-undang yang akanditubuhkan oleh Kerajaan.

29. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ KubangKerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah jumlah "exposure" Kerajaan di dalam MAS dan PenerbanganMalaysia.

34. Dato'Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-KualaKrai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.

35. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ KualaSelangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan olehJK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.

38. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkanPALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.

48. Tuan MohdFirdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemuakategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakanjumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.

59. Dato'Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. PerdanaMenteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.

81. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai PengerusiJawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalamisu ini.

83. Dr. MohdHatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaankepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi posbagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untukmengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuhmasa dan isteri/ suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundisecara pos).

90. Dato'Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERImenyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat denganProjek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaranganti rugi yang akan dibayar.

93. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.

101. Dato'Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERIPERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikutnegeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburanmasing-masing.

103. TuanHaji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

110. Tuan HajiChe Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan PeruntukanKhas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakanganini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepadaperuntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaanuntuk mengatasi perkara ini.

Usul 18(1) oleh PKR Lembah Pantai mengenai Kes Rasuah dan Kapal Selam Scopene di Perancis. - Di Tolak

c. RANGUNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012.

d. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R.22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Subang ] [ Rehat ] [ sambungan Perbahasan - PKR Subang, BN Rembau, Bebas Pasir Mas, DAP Seremban, DAP Puchong, ]

Ucapan Penangguhan - DAP Bukit Bintang

2. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan]

3. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

Wednesday, May 2, 2012

Dewan Negara 2 Mei 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbandingan penggunaan sumber-sumber Kementerian dari segi bilangan projek (program) yang berorientasikan belia berbanding dengan yang "berorientasikan sukan" di Kementerian berkenaan sepanjang empat tahun yang lalu. Sehubungan itu minta juga diberikan perbandingan sumber tenaga pentadbiran/profesional serta perbandingan kadar bajet/pembiayaan untuk kemajuan/pembangunan belia dan sukan.

2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha strategik yang dilakukan oleh Kementerian dalam membawa usahawanusahawan IKS ke peringkat antarabangsa.

3. Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keterangan mengenai dana RM2 bilion mengikut skim "SME Financing Fund" dengan kadar faedah 2 peratus (profit rate) yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 dan berapa banyakkah bank-bank yang menyertai dan syarikat-syarikat yang telah memohon. Apakah kriteria untuk mendapat pinjaman ini, jaminan yang diberikan oleh Kerajaan dan setakat ini nyatakan jumlah syarikat yang telah berjaya mendapat pinjaman ini terutamanya syarikat-syarikat India.

4. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah terbaru pihak Kementerian dalam membendung aktiviti penipuan perniagaan berasaskan internet yang semakin menjadi-jadi dan adakah pihak Kementerian bercadang mewajibkan para peniaga di internet mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

5. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PELAJARAN menyatakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 baru-baru ini menunjukkan banyak jurang perbezaan di antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dengan sekolahsekolah di kawasan pedalaman. Apakah nisbahnya dan punca utama yang
menyebabkan jurang yang ketara itu yang terdapat di Sarawak.

6. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekitar kawasan bandar telah menjadi satu masalah yang perlu dihadapi oleh kebanyakan penghuni bandar. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

7. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menambah minat membaca di kalangan rakyat bagi mempertingkatkan keperluan pasaran bahan ilmiah sedangkan harga buku di Malaysia mengalami harga pasaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia.

8. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perbandingan perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan oleh Kerajaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

9. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kebaikan dan manfaat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dan adakah kebaikannya lebih banyak berbanding dengan keburukannya yang kita semua sedia maklum.

10. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan pondok polis di setiap tanah rancangan FELDA dan nyatakan nisbah bilangan anggota polis berbanding jumlah penduduk di tanah rancangan FELDA serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin meningkat di kawasan tanah rancangan FELDA masa kini.

11. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya Bank Negara Malaysia mengarahkan supaya institusi perbankan mengurangkan fokus pemberian pinjaman persendirian (kad kredit, sewa beli, pinjaman perumahan) tetapi memberi fokus yang lebih kepada pinjaman korporat.

12. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bentuk tindakan dan perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam mengenal pasti jumlah “hotspot” lebuh raya dan jalan raya yang mempunyai risiko fizikal keadaan lebuh raya/jalan raya yang menimbulkan risiko mala petaka kemalangan jalan raya.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (26 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008