Wednesday, March 17, 2010

Dewan Rakyat 17 Mac 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, 17 Mac 2010 (KLIK)

A. Doa

B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada undang-undang mengenai syarat kelayakan/kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia perlu diselaraskan misalnya dengan kriteria yang diterima pakai di Sarawak. [ Soalan Tambahan: PAS Pokok Sena ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan alasan KD Tunku Abdul Rahman, yang pertama dan satu-satunya kapal selam di Malaysia tidak boleh menyelam di bawah air dan kos pembaikan dan mengapa kurang upaya ini tidak ditemui sebelum Malaysia menerima penghantaran kapal selam tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang ; BN Kinabatangan]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) usaha dan perancangan Kementerian bagi memastikan Malaysia tidak terus mengimport makanan daripada negara luar; dan
(b) kawasan Parlimen Lenggong sesuai dibangunkan dengan Projek Lenggong AGROValley. Bagaimana Kementerian boleh membantu menjayakan projek ini.[ Soalan Tambahan: BN Lenggong ; PKR Machang ]

4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah pencapaian KPI ke atas berbagai bidang keberhasilan utama negara sehingga kini dan bagaimanakah Program Transformasi Kerajaan akan diterjemah dan dilaksanakan bagi mencapai sasaran objektif Wawasan 2020.[ Soalan Tambahan: DAP Bukit Bintang ;BN Rembau ]

5. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan jangka panjang dan jangka pendek pihak Kementerian bagi membantu golongan kurang upaya supaya mereka boleh hidup berdikari.[ Soalan Tambahan: BN Sepang ; BEBAS Pasir Mas ]

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kemampuan dan kejayaan kemudahan Penyiaran (Irradiation facilities) Gama dan Elektron di Nuklear Malaysia dalam membantu meningkatkan kualiti produk getah, bahan polimer, peralatan perubatan dan industri makanan.[ Soalan Tambahan: PAS Hulu Langat ; BN Tangga Batu]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa di Sabah, kalau tidak di seluruh negara, ada terdapat banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kewujudannya adalah atas ehsan orang ramai dan tidak sempurna seperti yang sepatutnya; dan
(b) jika sedar, apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini agar menjadi setaraf dengan sekolahsekolah lain.[ Soalan Tambahan: BN Kalabakan ; PAS Kota Raja]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan nelayan yang layak mendapat bantuan di bawah skim sara hidup nelayan.

14. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan oleh Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak untuk membiayai pasukan lumba F1 Lotus dan Mercedes.

28. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf kadar elaun saksi supaya lebih kompetitif bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang melibatkan saksi dalam perbicaraan mahkamah.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berpendapat Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) tidak perlu dipinda bagi memenuhi perkembangan dan tuntutan semasa.

52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai tahanan ISA sejak 2008 (mengikut kaum dan negara) hingga kini dan mengapa mereka ditahan.

66. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab mengapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan langsung tidak turun melawat dan membantu ibu tunggal mangsa ragut di mana suaminya terbunuh di Jalan Perkasa, Taman Maluri dalam Parlimen Titiwangsa.

67. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian ini akan dapat menyelesaikan kerja pengalihan paip air di Empangan Beris yang rosak kerana pembinaan empangan Beris tersebut yang tertangguh sejak 10 tahun lalu. Kelewatan projek amat menyusahkan penduduk kampungkampung yang terlibat. Apakah masalah yang timbul menyebabkan projek ini tertangguh begitu lama.

C. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pelajaran membentangkan Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)(Pindaan) 2010.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku,Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Mac 2010)

[ Perbahasan - sambungan BN Labis - celahan - PKR Sungai Petani, BN Pulai, BN Kinabatangan]

[ PKR Permatang Pauh (12.42 tengahari) - celahan -BN Kota Belud, BN Pasir Salak, sambung (2.30 petang) BN Rembau, PKR Machang, PAS Kuala Selangor (3.21 petang), BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota (3.40 petang), BN Padang Besar, PAS Kuala Selangor (4.10petang), BN Rembau (4.22 petang), DAP Taiping (4.30 petang), DAP PJ Utara, PKR Lembah Pantai (4.34 petang), BN Kota Belud, PAS Titiwangsa ]

[ BEBAS Bayan Baru (4.59 petang) - celahan -PKR Bagan Serai, PKR Padang Serai, BN Sri Gading ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang kepada 10.00 pagi 18 Mac 2010.

RUU Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009.

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009.

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Monday, March 15, 2010

Mesyuarat Dewan Rakyat 16 Mac 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)
A. Doa
A1. Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Dipertua
A2. Perutusan oleh Yang Dipertua Dewan Negara

B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang. [ Soalan tambahan : BN Kapit, DAP Bukit Gelugor, BN ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan Kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran serta nyatakan faktor-faktor kemerosotan tersebut dan impaknya kepada ekonomi negara. [ Soalan tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Rembau ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan :-
(a) apakah mekanisme yang digunakan untuk pelaksanaan petrol bersubsidi berpandukan kapasiti kereta dan berapakah peruntukan yang diagihkan untuk pelaksanaan polisi ini; dan
(b) adakah pihak Kementerian sedar akan kelemahan polisi ini. Sebagai contohnya, pemandu yang meminjam kereta pemandu kereta lain akan menghadapi masalah pengisian petrol tidak bersubsidi. [ Soalan tambahan : BN Bintulu, PAS Bachok ]

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti 'smart school', sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi dan apa lagi klasifikasi sekolah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa akan datang. [ Soalan tambahan : PKR Machang, Bebas Bagan Serai ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah keberkesanan untuk mewajibkan pelajar asing mesti menghadiri kuliah 40% untuk terus diberikan permit meneruskan pengajian mereka di negara ini. [ Soalan tambahan : BN Sekijang,

6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan 2 enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini. [ Soalan tambahan : DAP Bagan,

7. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman perniagaan dan persendirian (business and personal loans) oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain dalam tempoh RMK-9 mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan. [ [ Soalan tambahan : BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor ]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) kejayaan matlamat meningkatkan kos efisyensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan sejak menandatangani perjanjian dengan Penjana Kuasa Bebas (IPP), bagi 2008: 45% (atau RM9.4 bilion) daripada kos operasi kesuluruhan dibayar kepada IPP yang beroperasi setakat hanya 40% kapasiti; dan
(b) apakah Kerajaan akan meneruskan perjanjian penswastaan seumpama ini pada masa akan datang.

9. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan suatu akta sebagaimana Bayh-Dole Act di Amerika Syarikat yang telah membantu meningkatkan kerjasama dan
usaha pemindahan teknologi di antara badan penyelidik serta pihak swasta di negara tersebut.

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri. Apakah pula langkah-langkah pencegahan oleh Kerajaan dalam membendung kegiatan ini.

11. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Bidang Keberhasilan Utama (MKRA) Kementerian.

12. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan persediaan Malaysia dalam menghadapi peralihan kuasa ekonomi dunia dari AS ke China pada dekad akan datang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
23. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah mampan bagi meningkat sumbangan pelaburan swasta atau 'Private Investment' dalam formula GDP, yang merosot dari sumbangan 30% KDNK dalam tahun 90an
sebelum krisis 1997, tetapi kini hanya menyumbang 10% kepada KDNK.

27. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membenarkan Petronas membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

29. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana Malaysia Islamic Financial Center (MIFC) berjaya meningkatkan industri pasaran modal Islam di Malaysia.

31. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan tahap dan mutu pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini. Adakah IPTA kita mencapai piawaian bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti ranking tertinggi di dunia.

33. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah syarat-syarat dan pertimbangan yang digunakan oleh Kerajaan untuk menghentikan khidmat pesawatpesawat pejuang dan peralatan-peralatan Tentera Malaysia untuk digantikan dengan yang baru.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan setakat ini berapakah jumlah yang telah didahulukan kepada ibu-ibu tunggal mengikut negeri-negeri dan berapakah jumlah yang telah diperolehi kembali daripada pembayar nafkah ini.

57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai lengkap semua projekprojek yang dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian dan agensiagensi Kerajaan Persekutuan yang telah menggunakan duit Khas Royalti Petroleum di Negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga Mac 2010 serta jumlah kos yang terlibat.

64. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah KPI yang telah ditentukan untuk menilai keberkesanan Kementerian Dalam Negeri dan apakah penilaian terhadap prestasinya pada masa ini.

68. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci langkah-langkah baru atau program terkini supaya sasaran kemiskinan sifar dapat dicapai pada akhir 2012.

71. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan yang telah dibuat bagi mengatasi pencerobohan kereta sewa Thailand dalam membawa penumpang sehingga menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan pemandu kereta sewa.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ Peraturan Mesyuarat Oleh PAS Tumpat, DAP Ipoh Timur ]

2. Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”
[ Pembahas: BN Kuala Krau, BN Labis ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Rang Undang-Undang Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009.

4. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009.

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Mesyuarat Dewan Rakyat bermula hari ini 15 Mac sehingga 15 April 2010

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

merasmikan

MAJLIS PARLIMEN YANG KEDUA BELAS MALAYSIA PENGGAL YANG KETIGA DEWAN RAKYAT / DEWAN NEGARA PADA
HARI ISNIN, 15 MAC 2010, PUKUL 10.00 PAGI

Tuesday, December 22, 2009

Dewan Negara, 22 Disember 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah ketetapan pihak Kementerian dalam soal penjualan terus rumah di bawah Skim PPR yang bukan sahaja membolehkan golongan sasaran memiliki rumah tetapi juga mengatasi masalah PBT sekarang iaitu berkenaan soal pengutipan sewa dan tunggakan serta soal penyelenggaraan.

2. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang hubungan Malaysia-Indonesia apabila segelintir rakyat Indonesia berdemonstrasi dengan memijak Jalur Gemilang dan mengacukan bambu runcing serta provokasi mereka menyerang negara kita. Apakah usaha untuk menyemarakkan keakraban dan setia kawan yang diambil Kerajaan Malaysia terkini.

3. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana 3000 wanita akan mendapat manfaat dari program latihan dan keusahawanan seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2010. Adakah wanita dari semua kaum akan mengikuti latihan ini dan apakah kriteria pemilihan kumpulan sasaran ini.

4. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengawal kemasukan senjata api ke negara ini secara haram yang digunakan penjenayah dalam kes-kes jenayah.

5. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan petani kecil-kecilan seperti penanam sayur dan buah-buahan (penanam tradisional yang beroperasi di keliling rumah di mana keluasan tanah adalah 1-2 ekar) perlu diberi bantuan dari pihak Kerajaan. Apakah jenis bantuan yang dapat mereka pohon dan apakah agensi-agensi yang bertanggungjawab.

6. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kenapakah hidro tenaga di Bakun akan membekalkan tenaga ke Sarawak dan seluruh Semenanjung Malaysia tetapi tidak ke Sabah.

7. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sistem pengajian pondok secara tersusun di samping IPTA dan IPTS di semua negeri bagi mengatasi kepupusan generasi ulama muda dan berapakah bajet yang telah disediakan untuknya.

8. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada pelajar ijazah pertama sepertimana yang diberikan kepada pelajar sekolah.

9. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan yang telah dibuat terhadap dakwat kekal yang telah dibeli dan kemudiannya mahu dijual semula sehingga tarikh luputnya sudah berlalu.

10. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kontraktor utama yang sengaja melengahlengahkan pembayaran kepada sub-kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja dengan sempurna.

11. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah nilai dan kuantiti subsidi mengikut produk masingmasing seperti petrol, diesel, gas dan elektrik, pengangkutan, baja, beras, gula, tepung, buku teks dan sebagainya mengikut isi rumah dan swasta pada tahun 2008 dan 2009; dan
(b) nilai insentif dan geran yang telah diberikan mengikut sektor seperti perkilangan, perhotelan, ternakan, perikanan dan sebagainya pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

12. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah mekanisme mutakhir Kementerian bagi mengatasi kesesakan maksimum lalu lintas bandar raya terutamanya pada waktu puncak.

13. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengikut negeri dan daerah di Malaysia dalam menjamin pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang kondusif.

14. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan maklumat-maklumat berikut mengenai usaha-usaha meningkatkan penternakan lembu dan kambing:-
(a) kadar atau peratusan (termasuk jumlah unit haiwan dan nilai ringgit) haiwan hidup (khususnya lembu dan kambing) yang diimport dari luar negeri berbanding dengan keperluan dalam negeri semenjak 10 tahun yang lalu; dan
(b) nilai daging mentah (yang sudah dibekukan) yang diimport dari luar negeri untuk memenuhi keperluan dalam negeri.

15. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membeli komputer dan perkakasannya pada 2008 sehingga 2009. Nyatakan juga bilangan yang dibeli dan bilangan telah rosak dan tidak boleh diguna pakai oleh pihak sekolah.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. - (Perdana Menteri)

2. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)2009. - (Kementerian Kewangan)

3. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

4. (D.R. 25/2009) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

5. (D.R. 29/2009) Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

6. (D.R. 27/2009) Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

7. (D.R. 26/2009) Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

8. (D.R. 23/2009) Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

9. (D.R. 30/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

10. (D.R. 31/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

11. (D.R. 28/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

12. (D.R. 14/2009) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

13. (D.R. 34/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009. - (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

14. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4) Seksyen 1, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 supaya akta ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai 15 Jun 2010”.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Monday, December 21, 2009

Dewan Negara, 21 Disember 2009

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah program-program yang telah dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi manfaat masyarakat di luar bandar; dan
(b) berapakah geran yang telah diperuntukkan untuk mengelolakan program membaca bagi masyarakat luar bandar.

2. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha-usaha yang telah dan akan diambil di dalam rancangan jangka masa panjang Kerajaan bagi mengatasi rakyat yang nampaknya cenderung makan di fast-food outlets yang mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.

3. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan setakat ini, berapakah jumlah program dan jumlah wang Kerajaan yang telah diperuntukkan dan dibelanjakan kepada MIMOS, MTDC dan lain-lain bagi tujuan R&D dalam bidang Cryptograhy dan setakat ini apakah kejayaan yang telah dicapai.

4. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap kejayaan dari segi pelaksanaan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) dan setakat ini berapa kawasan Parlimen yang diwujudkan Program RAS ini dan apakah peruntukan RM30,000 ini di kawasan Parlimen yang diwakili oleh pembangkang.

5. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan graduan menganggur yang berdaftar dengan Job Clearing System (JCS), Kementerian sehingga 30 September 2009 mengikut IPTA dan bidang utama seperti perubatan, kejuruteraan dan pengurusan.

6. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah atau usaha-usaha baru Kerajaan untuk memajukan koperasi-koperasi di negara ini dengan mengingatkan organisasi ini
penting peranannya di dalam usaha memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana.

7. Datuk Sim Kheng Hui minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada perancangan yang lebih menyeluruh telah digariskan bagi membangunkan sektor pengangkutan awam yang semakin penting akibat perombakan sistem subsidi minyak terutamanya di Sabah dan Sarawak.
8. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mekanisme baru berasaskan "menang-menang" dalam menyalurkan projek-projek Kerajaan kepada kontraktor Kelas F dan kelas utama dapat menjamin kelancaran pembangunan negara. Apakah ini pendekatan sementara atau berterusan.

9. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) isu mengenai pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank komersial, sama ada Kementerian sedar akan kewujudan mereka; dan
(b) apakah langkah pemantauan yang dilaksanakan kerana ada laporan di mana pemungut hutang ini menggunakan kaedah memungut yang ganas, liar dan kadangkala hingga ke
peringkat seperti Ah Long.

10. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pendekatan proaktif HDC untuk memaju dan menghasilkan produk makanan Halal yang bermutu tinggi dan berdaya saing agar Malaysia dapat mencapai matlamatnya untuk menjadi pusat makanan Halal dunia terutamanya dalam soal penglibatan usahawan Bumiputera.

11. Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah Kementerian tidak meluaskan larangan merokok:-
(a) di restoran yang tidak berhawa dingin kerana asap rokok mengganggu pelanggan yang lain; dan
(b) ibu bapa yang merokok sambil mendukung bayi di tempat awam, kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang merokok di khalayak ramai, tindakan sepatutnya diambil terhadap golongan ini untuk kebaikan mereka.

12. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan isu pertikaian mengenai gaji minimum RM800 sebulan pembantu rumah Indonesia masih belum lagi mencapai kata putus. Kebanyakan rakyat yang memerlukan pembantu rumah adalah untuk aktiviti menjaga bayi dan kanak-kanak semasa mereka bekerja. Adakah Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membina rumah-rumah asuhan kanak-kanak di setiap Parlimen yang dikelolakan oleh Kerajaan
agar masalah untuk mendapatkan pembantu rumah ini dapat diatasi segera.

13. Tan Sri Datuk Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk memperkasakan lagi industri seni tanah air dengan melaksanakan program-program yang dapat menaikkan semangat karyawan muda tempatan khususnya, untuk menghasilkan karya-karya yang berkualiti tinggi yang boleh dibanggakan dan boleh dibawa ke luar negara.

14. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dengan kes pesakit buah pinggang dialysis yang meningkat secara mendadak, tetapi di hospital Kerajaan kemudahan peralatan mesin dialisis masih tidak mencukupi. Dalam hal ini, adakah Kerajaan akan memberi geran bantuan kepada pesakit dialisis yang berpendapatan rendah di pusat dialisis swasta.

15. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah strategi pihak Kementerian dalam memastikan pekerja asing yang menjadi pembantu rumah tidak mendera anak-anak atau ibu bapa majikan mereka kerana kini kita sering menumpukan perhatian kepada pekerja asing yang didera oleh majikan mereka sahaja sehinggakan YB. Menteri sendiri ingin melawat mereka di rumah dan membekalkan nombor telefon Kementerian untuk memudahkan mereka membuat laporan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (17 Disember 2009)”. - (Kementerian Kewangan)

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 34/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009. - (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

4. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)2009. - (Kementerian Kewangan)

5. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

6. (D.R. 25/2009) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)
“
7. (D.R. 29/2009) Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.- (Kementerian Kewangan)

8. (D.R. 27/2009) Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

9. (D.R. 26/2009) Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

10. (D.R. 23/2009) Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

11. (D.R. 30/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

12. (D.R. 31/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009. - (Kementerian Kewangan)

13. (D.R. 28/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

14. (D.R. 14/2009) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Thursday, December 17, 2009

Dewan Rakyat, 17 Disember 2009 (Khamis)

Doa
A. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

[ Peraturan mensyuarat - DAP Bandar Kuching, ]

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan perenggan 4 (b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM64,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61) bagi maksud Kumpulan tersebut ”.
[ Perbahasan - DAP Kepong - celah - BN Sri Gading, PAS Kuala Selangor (10.51 pagi) ] PAS Kuala Krai (11.00 pagi), Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota (11.37 pagi), BN Silam, Bebas Tawau, PAS Jerai (12.06 tengahari) ]

[ Menteri menjawab - (BN Alor Setar) - celahan - BN Jasin, PKR Balik Pulau (12.21, 12.30 tengahari), PAS Kuala Krai (12.24 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.29, 12.39 tengahari) ]

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM215.75 juta kepada Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti”.
[ Perbahasan - BN Arau, PKR Machang (12.29 tengahari) ]

Menteri menjawab - (BN Alor Setar) - celahan - PKR Indera Mahkota, PAS Shah Alam, BN Kota Belud, PKR Batu, PKR Kulim Bandar Baru ]

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.110, ST.111, ST.112, ST.113, ST.114, ST.116 dan ST.120 tahun 2009 disahkan”.

[ Perbahasan - DAP Kepong, BN Jasin, DAP Batu Gajah ]

[ Menteri menjawab - (BN Senator) - celahan - DAP Batu Gajah ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 6 Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.122 tahun 2009 disahkan”.

5. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun peratusan pengundi yang keluar mengundi pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum, peratusan ini masih boleh ditingkatkan lagi.Ini berdasarkan dengan kajian yang telah dibuat di luar negara kerana kebanyakan rakyat tidak keluar mengundi disebabkan kekangan masa atau time constraints. Dan mengambil maklum bahawa dengan kemajuan teknologi, negara hendaklah memanfaatkan kemajuan ini ke peringkat maksimum yakni dengan memperkenalkan e-undi atau pun mengundi secara online. Penggunaan ICT juga boleh mengurangkan penyelewengan ataupun manipulasi seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Ini dapat diatasi dengan sistem ICT yang mengutamakan ciri keselamatan seperti penggunaan cap jari elektronik, bio-metrik dan pengimbas iris mata. Dan mengambil maklum bahawa selain daripada ciri keselamatan, e-undi juga boleh membenarkan rakyat mengundi dari mana-mana pelosok dunia ini sama ada dari pejabat, rumah dan lain-lain tempat tanpa hadir secara fizikal di pusat pengundian, di mana beliau didaftar sebagai pemilih. Ini tentu sekali akan dapat mengurangkan kos bagi pemilih tersebut. Bagi pihak Kerajaan pula, pihak Suruhanjaya Pilihan raya akan dapat mengurangkan kos dari segi cetakan kertas undi dan sebagainya selain dapat menjalankan pemilihan yang lebih efisien dan telus. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk melaksanakan eundi bagi pilihan raya yang akan datang”. (Perdana Menteri)

6. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa toleransi kaum dan agama masih rendah di kalangan rakyat di negara ini. Perbuatan seperti caci mencaci, ekpresi muka, bahasa isyarat dan memandang rendah seseorang masih berleluasa di kalangan segelintir masyarakat terutama sekali di kalangan mereka yang tidak seagama, sebangsa, secerdik dan sekedudukan dengan mereka.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Negara, 17 Disember 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilangan firma pakar runding yang diambil untuk merangka KPI dan NKRA serta kos bayaran masing-masing ; dan
(b) sebab-sebab tidak menggunakan perkhidmatan pegawaipegawai Kerajaan yang telah berjaya melaksanakan KPI.

2. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kesan terhadap Pegawai Cari-cari yang sedang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap kawasan Parlimen.

3. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Malaysia My Second Home dan negeri manakah yang paling digemari oleh warga asing untuk tujuan tersebut.

4. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah program air meter sendiri di tiap -tiap rumah pangsa, apartmen dan kondominium di seluruh negara boleh dimulakan bagi mengelakkan kadar bil yang tinggi dikenakan oleh pemaju-pemaju swasta.

5. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah galakkan terhadap produk qardhul hasan yang ditawarkan oleh sistem perbankan Islam akan dibuat sebagai alternatif kepada pinjaman Ah Long dan prestasi Ar Rahnu yang dijalankan oleh bank dan institusi yang berkaitan di Malaysia.

6. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan banyak penduduk pedalaman dan penduduk Asli Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Surat Beranak dan MyKad menyebabkan anak cucu mereka menghadapi pelbagai masalah semasa mendapatkan
pendidikan dan permohonan biasiswa. Apakah langkah-langkah dan mekanisme yang dirancang oleh pihak Kementerian untuk menolong golongan tersebut.

7. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan supaya petani-petani dapat mempelajari pemindahan teknologi daripada negara Thailand yang terkenal dalam industri pertanian seperti laungan pemimpin negara supaya menjadikan bidang pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan.

8. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan mempertimbangkan semula untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mahasiswa-mahasiswa berkelulusan Kelas Pertama pada tahun 2005 hingga 2009.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak kawasan yang terlibat dengan tebatan banjir sepanjang tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 dan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk projek berkenaan dan berapa ramai telah mendapat rahmat daripada projek berkenaan. Berapa pula peruntukan yang dirancang untuk disalurkan sekiranya berlaku keruntuhan cerun dan tanah tinggi semasa banjir terutamanya di kawasan berisiko tinggi di seluruh negara.

10. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah status projek National Feedlot Centre (NFC) iaitu program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan kawasan penternak lembu secara meluas untuk meningkatkan bekalan daging lembu; dan
(b) sejauh manakah syarikat-syarikat yang dilantik membantu menjayakan projek ini.

11. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan pihak Kementerian untuk meningkatkan penyertaan belia dalam program sukan yang telah dirancang oleh Kementerian. Bagaimanakah sambutan dari generasi muda terhadap program Kementerian sepanjang tahun 2009.

12. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status rundingan FTA dengan Amerika Syarikat, serta alasan kenapa Amerika Syarikat lebih berminat menjalin hubungan dengan ASEAN lebih dari Malaysia. Tidakkah ini akan memberikan gambaran kepada dunia bahawa rantau ASEAN mengamalkan sistem perdagangan tertutup.

13. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang menyebabkan kegagalan pelaburan Kerajaan Persekutuan dalam projek usaha sama dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat iaitu InvenQJaya (IQJ) dan Malaysia Life Science Capital Fund (MLSCF) dan berapakah jumlah pelaburan Kerajaan yang terlibat.

14. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian menyedari bahawa terdapat sesetengah pihak termasuk remaja yang meniru stail daripada penyiaran program-program ganas dan keterlanjuran yang disiarkan melalui media elektronik di negara ini.

15. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional cadangan Kerajaan untuk mewajibkan pemeriksaan kenderaan penumpang yang berusia lebih 15 tahun oleh PUSPAKOM mulai 1 Januari 2010.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (16
Disember 2009)”.

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2009. - (Kementerian Kewangan)

4. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan)2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008